Followers

Wednesday, 28 November 2012

~ Cinta Utara Selatan 4 ~


          Datin Haliza menyenduk nasi ke pinggan suami dan anak kesayangannya itu. Kemudian dia mengambil tempat duduk di hadapan anaknya. Setelah Irfan selesai membaca doa makan, mereka sekeluarga mula menjamu selera. “ Ha Irfan macam mana dengan janji kamu nak bawa Sazzy tu datang rumah? Jadi ke tak?” Datin Haliza memulakan bicaranya.
            “Uhuk..uhuk..uhuk..” Hampir tersedak Irfan bila mama nya menyebut tentang kekasihnya itu. Datin Haliza lantas menghulurkan air kepada Irfan.
            “ Ish awak ni, ni kan time makan. Nanti baru lah borak. Kan dah tersedak budak tu dibuatnya.” Datuk Iskandar menegur sikap isterinya itu.
            Yes! Papa memang terbaik lah. “ Ha Irfan jangan nak sengih – sengih pulak. Nanti lepas makan ni jangan naik bilik dulu. Mama ada hal nak bincang. Irfan jangan ingat Irfan akan terlepas dari mama. Abang pun sama kena ikut berbincang tau. Jangan asyik nak tengok tv tu je.”
            “ Eh abang pun kena jugak? Apa – apa je lah sayang.”
Irfan tersenyum melihat kemesraan mama dan papanya. Walaupun mama nya macam queen control tapi papa nya masih bahagia disamping mama. Dia kagum melihat papa nya yang sabar melayan setiap kerenah isterinya. Walau bagaimanapun, Irfan berdoa isterinya tidak seperti Datin Haliza. Dia sendiri tidak pasti adakah dia akan mewarisi sikap sabar papa nya itu.
            Selesai menjamu selera, mereka sekeluarga berehat di ruang tamu sambil menonton siaran National Geographic di televisyen. “ Macam mana dengan hotel sekarang Irfan?” Datuk Iskandar memulakan bicaranya.
            “ Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan dengan lancar pa. Cuma sejak PM (property manager) lama dah berhenti ni, pening jugak la nak cari PM yang best. Buat masa sekarang ni, Irfan terpaksa take over sikit – sikit la. Kalau abang Am ada kan senang pa. Boleh dia je yang uruskan pentadbiran hotel tu. Irfan just buat engineering and managing for the building.”
            “ Sabar lah Irfan. Abang Am tu perlukan masa lagi. Nanti esok – esok balik lah dia tu.”
            Kelihatan Datin Haliza sedang menuju ke arah mereka sambil menatang pinggan yang berisi beberapa potong buah. “ Sshh..sshh jangan bagi mama dengar pasal abang Am tau. Nanti start la drama dia papa jugak yang susah.” Datuk Iskandar separuh berbisik. Irfan pula menayangkan ibu jari tangan kanannya tanda setuju.
            “ Ha apa bisik – bisik ni? Mengumpat mama la tu kan. Baik mengaku cepat.” Sambil meletakkan pinggan yang berisi buah itu ke atas meja.
            “ Ish mama ni, kami orang lelaki tak reti la nak ngumpat – ngumpat ni. Betul tak pa?” Irfan mengangkat sebelah keningnya bila memandang papa nya.
            “ Tahu tak apa. Maksud mengumpat pun kami tak tahu apa, apatah lagi nak mengumpat.” Datuk Iskandar menyokong anaknya.
            “ Eleh bapak borek, anak rintik. Tunggu la mama dapat menantu nanti, siaplah kaum – kaum lelaki dalam rumah ni. Hahaha. Hah cakap pasal menantu ni, macam mana Irfan dah ready ke nak bawak Sazzy jumpa mama ni?”
            “ Ma, yana tak call ke hari ni? Rindu la pulak dengan minah tu. Hahaha.” Irfan cuba mengubah topik.
            “ Dia ada call mama tadi siang. Katanya dia akan balik cuti raya nanti dua bulan rasanya. Amboi –amboi sedapnya mulut panggil adik sendiri minah. Penat – penat mama letak nama dia Iryana Haziqa tau. Hah pandai Irfan nak tukar topik ye. Jawab cepat soalan mama tadi. Kalau Irfan tak ready, mama dah ready dah nak tunjuk menantu pilihan mama ni.” Datin Haliza berkata dengan bangganya.
            “ Eh mama, mestilah Irfan dah ready. Weekend ni Irfan bawak Sazzy jumpa mama tau. Mama jangan lah risau tau. Mama tu yang kena ready nak tengok perubahan Sazzy tu.” Irfan cuba meyakinkan mama nya.
            “ Takpe – takpe kita tengok siapa yang kena ready sebenarnya.” Datin Haliza masih tidak mahu mengalah.
            “ Ok ma. Irfan naik dulu la ye. Tak nak lah ganggu mama ngan papa dating. Hahaha.” Irfan berlalu pergi sambil ketawa besar. Datuk Iskandar hanya tersengih memandang anak terunanya itu.
            “ Irfan, we will see. Ingat tau.” Laung Datin Haliza ke arah anaknya yang sedang menaiki tangga.
 Irfan pula hanya tersenyum melihat telatah mama nya. Mama aku ni malam – malam pun hyperactive betul.
            “ Ish awak ni macam budak – budak la nak bergaduh dengan anak pulak tu.” Datuk Iskandar menggeleng kepala melihat telatah isterinya itu.
            “ Saya bukan apa bang. Teringin sangat ni nak dapat menantu. Tu yang saya semangat sangat ni. Ha lagi satu, esok pagi saya ingat nak join poco – poco kat lake garden tu boleh tak bang? Saya dah daftar nak jadi ahli kelas tu semalam. Boleh lah tau.”
            “ Awak ni pelik – pelik lah. Yela abang izinkan tapi abang pun nak ikut tau. Awak ni bukan boleh harap sangat. Peramah terlebih. Silap – silap awak yang jadi cikgu poco – poco kat depan tu kang.
            No hal lah bang. Janji tau esok kita pergi poco – poco.” Datin Haliza menunjukkan jari kelinkingnya untuk memaut jari kelinking suaminya tanda mereka sudah berjanji.
            “ Ye sayang.”

Thursday, 22 November 2012

~ Cinta Utara Selatan 3 ~


           “ Betul ke awak setuju dengan tawaran ni Hanna? Anda pasti keputusan anda muktamad?  Tak ada talian hayat tau lepas ni.” nada Hakim serius dengan ayat skema nya itu.
Dalam hati, dia sangat berharap Hanna menolak tawaran hotel tu. Kalau Hanna pergi, siapa lagi aku nak usya ni. Kalau tak dapat couple, dapat pandang pun jadi lah. Dalam diam dia sebenarnya menaruh perasaan kepada property manager nya itu. Dia akui kecantikan asli dan keayuan gadis itu sangat memikat hati setiap lelaki yang melihatnya. Kulitnya tak la macam Chinese look pun tapi disebabkan wajahnya yang dilengkapi dengan sepasang mata yang menawan confirm dapat menggoda setiap lelaki yang memandangnya.
            Namun, harapan nya untuk memperisterikan Hanna musnah apabila dia terbaca gosip artis Aliff Asyraf yang dikatakan sedang bercinta dengan seorang property manager iaitu Hanna Nadira. Akhirnya dia hanya menyimpan perasaannya sendiri.
            “ Hahaha Encik Hakim ni kelakar la. Macam AC Mizal dalam where the money drop pulak. Lagipun saya dah fikir masak – masak dah yang saya akan terima tawaran hotel tu. Parents saya pun dah restu. Saya harap Encik Hakim dapat terima keputusan saya ni.” Hanna tersenyum manis ke arah bos nya itu.
            Ish ni aku lemah ni. Manis betul la dia ni. Wahai hati jangan lah kau cair ye. Ni semua cobaan ni. Sedar lah Hakim dia bukan untuk kau.
            “ Encik Hakim dengar tak apa saya cakap tadi?” Hanna melambai –lambai kan tangannya di hadapan muka bosnya. Dia pelik bila melihat bos nya merenung diri nya. Ada apa – apa ke kat muka aku ni. Tak kan tumbuh tahi lalat baru kot. Kalau betul tumbuh memang aku tak nak hidup dah. Kat muka pulak tu.
            “ Ya saya dengar. Sorry Hanna. Em macam ni lah, kalau awak dah buat keputusan dan awak rasa itu yang terbaik untuk diri awak. Saya tak ada hak nak menghalang. Saya terima perletakkan jawatan awak tu. Tapi ingat ya, bila – bila masa awak nak kerja sini balik just contact saya tau. Anytime saya terima awak balik ye. Saya bukan apa, rasa rugi bila kehilangan pekerja dedikasi macam awak ni.” Ceh, bukan sebab aku memang takut rindu kan dia ke nanti.
            “ Baiklah Encik Hakim. Terima kasih sebab selama ni jaga kebajikan saya sebagai pekerja. Saya tak kan lupa kan company ni sampai bila – bila. Banyak kenangan saya kat sini. Tak apa lah Encik Hakim, sebelum saya menangis kat sini baik saya keluar dulu kalau tak ada apa – apa ya. Terima kasih segalanya ye encik.” Balas Hanna sambil tersengih.
Hakim memandang sayu ke arah Hanna sehingga Hanna hilang di sebalik pintu. Aku rasa aku yang akan menangis sebab kau Hanna. Sungguh aku tak sanggup kehilangan kau.
            Hari ni Hanna lunch dengan housemate nya. Kelihatan Lisa melambai – lambai ke arah Hanna dan Ain. Ain pula sudah menunjukkan mukanya yang masam mencuka tu. “ Lambatnya kau ni. Aku dah kebulur ni sebab semata – mata nak tunggu kau tau. Kau tahu tak kalau kita tak makan ikut time, macam mana badan kita nak sihat?” Hanna mula memberi ceramah free kepada Lisa.
            “ Tau tak pe. Janji pukul 12 datang pukul 1. Ni la janji melayu orang cakap.” Ain pun ikut menyampuk jugak.
            Sorry la girls. Patient aku ramai tadi. Aku kan doktor cemerlang mana boleh tinggalkan patient macam tu je. Hahaha.” Lisa cuba berjenaka untuk memujuk kedua – dua sahabatnya itu.
            “ Perasan betul lah minah ni. Dah tu kenapa kau tak makan je dengan patient kau tu?” Ain masih lagi tidak mahu mengalah.
            “ Sudah la tu korang ni. Karang dua – dua aku sumbat gelas air ni kang. Kau nak makan apa Lisa? Kita order sekali je la.” Hanna sudah malu dengan perbalahan kedua sahabatnya yang disaksikan dengan waiter yang setia menunggu pesanan dari pelanggannya. Rasanya memang kitorang akan wanted la kat restoran ni.
            “ Em saya nak order nasi goreng sotong dan fresh orange satu ye.” Lisa memulakan pesanannya terlebih dahulu.
            “ Aku nak sama dengan kau la.” Hanna menyampuk.
            “ Kalau macam tu, bagi dua ye dik.”
            “ Saya nak nasi goreng pattaya satu ye.” Ain pula memesan.
            “ So, bila kau nak pindah Hanna?” Lisa memulakan bicaranya. Ain pula hanya melihat dan menanti jawapan dari bibir mungil Hanna tu.
            “ Em aku rasa hujung minggu ni kot aku pindah sana. Lagipun aku dah bagitau dekat bos aku tu yang aku nak letak jawatan tadi. Bos dengan staf kat office aku tu semua sedih bila aku cakap nak berhenti. Nampak sangat aku ni disayangi kan. Hahaha.” Hanna ketawa besar.
            “ Eleh staf kat office tu memangla mula – mula sedih nanti bila da lama – lama diorang lupa la kat kau. Tapi aku tau orang yang sentiasa ingat kat kau tu mesti bos kau yang macho tu kan. Hahaha.” Ain mula menyakat Hanna.
“ Ish kau ni, jangan merepek boleh tak?”
“ Betul lah Hanna. Dari gaya Encik Hakim tu pun aku tau dia syok kat kau. Cuma kau je tak perasan.” Lisa pula mencelah.
“ Bos aku tu sayang semua pekerja dia la. Korang ni jangan lah merepek. Lagipun dia dah tau aku dah ada boyfriend. Dia sendiri yang bagitau aku suruh jemput dia makan nasi minyak aku nanti. Tak kan lah dia nak syok kat aku lagi kalau sampai dia pun da cakap macam tu kan.” Hanna cuba menafikan tanggapan teman – temannya itu.
“ Kitorang cakap kau tak nak percaya. Nanti dah terbukti baru kau tau.” Ain membalas.
“ Cik, ini pesanannya. Enjoy you meal.” Waiter restoran itu meletakkan hidangan mereka di atas meja dan berlalu pergi.
“ Sudah la tu. Jom makan. Nanti lambat pulak nak masuk kerja. Dah la si Lisa ni doktor cemerlang. Nanti jatuh pulak reputasi dia kat hospital tu.” Hanna sempat menyindir Lisa.
Ain pulak ketawa terbahak –bahak mendengar usikkan temannya itu. Manakala Lisa sempat menghadiahkan jelingan mautnya sebelum menjamah hidangannya. Haish mahu rindu gila aku dengan korang nanti. Kita mesti jarang dah nak bergurau macam ni lagi.
Selesai makan mereka beredar ke tempat kerja masing – masing. “ Bye, jumpa kat rumah tau. Bawak kereta hati – hati.” Pesan Hanna kepada housemate nya itu. Dia hanya melihat mereka senyum sambil menganggukkan kepala. Hanna tidak membawa keretanya kerana officenya tidak jauh dari restoran yang mereka makan tadi. Jimat sikit minyak dan dapat kurangkan pencemaran.
Sewaktu Hanna hendak melintas menyeberangi jalan raya tersebut untuk  menuju ke officenya tiba – tiba dia hampir di langgar sebuah kereta BMW. Tapi nasib menyebelahi dia kerana baru hendak  melangkahkan kaki kereta itu terus meluncur laju. Ni kalau aku dah kat tengah jalan ni memang arwah dah ni.
 “ Kurang asam punya orang. Dah tahu kereta tu buta, yang kau pun buta apehal? Kalau nak race pergi la daftar kat Litar Sepang tu.” Ha kan dah keluar bahasa tak sopan aku ni. Kat Putrajaya ni pun nak racing ke. Tak kan tak tau ni administration centre. Sempat lagi Hanna menjerkah tuan kereta tersebut walaupun dia tahu tuan kereta itu tak dengar lansung kata –katanya.
Hanna meneruskan perjalanannya untuk ke pejabat. Dalam hati dia bersyukur umurnya masih panjang.
“ Alamak nyaris betul aku tadi. Kalau terlanggar minah tu tadi mesti aku tak sempat nak balik Johor hari ni jugak. Kereta kat depan aku ni pun satu hal. Bawak kereta pun macam kura – kura. Dengan nak beli rantai si Sazzy lagi ni. Haish kalau bukan sebab nak suruh Sazzy ni pakai tudung, jangan harap aku nak turun KL ni semata – mata nak beli rantai Habib Jewels kat dia. Baik aku beli je rantai kat Kedai Emas Siew Ling tu lagi senang. Bukannya tak ada Habib Jewels dekat Johor tu tapi nak nampak grand punya pasal apa pun aku sanggup.
Selepas menerima mesej dari Sazzy yang menyatakan dia ada hal hari ni dan membatalkan temujanji dengan Irfan, Irfan terus meluncur laju dengan BMW nya ke KL untuk membeli sesuatu yang istimewa buat kekasihnya. Dalam hati dia berdoa agar terbuka pintu hati Sazzy untuk menutup aurat walaupun dia tahu caranya memujuk itu salah. Paling penting dia akan buat apa sahaja agar mama nya membatalkan jodohnya dengan anak kawan mamanya itu.

Tuesday, 20 November 2012

~ Cinta Utara Selatan 2 ~


        Irfan yang sedang meneguk air hampir – hampir tersedak apabila mendengar kata – kata dari bibir Datin Haliza. “ Biar betul ni ma? Ma ingat bab kahwin ni benda main – main ke? Kalau Irfan kahwin dengan perempuan lain, macam mana dengan Sazzy ma? Dia tu kekasih Irfan ma. Mestilah Irfan nak kahwin dengan dia. Tak kan ma sanggup tengok anak mama ni hidup dengan orang yang tak dicintai. Please ma, don’t do this to me.” Irfan Haris cuba memujuk. Harap – harap mama cair la dengan pujukan aku ni. Aku masih waras lagi lah nak bernikah dengan perempuan yang tak pernah aku kenal.
            “ Sazzy yang pakai baju tak cukup kain tu yang Irfan nak buat isteri? Mama tak kan setuju tau dia jadi menantu mama. Buat malu mama je nanti. Irfan jugak yang tanggung dosa tau bila isteri tak menutup aurat. Lagipun mama nak balas budi kawan baik mama tu.”
            “ Mama ni mesti banyak baca tengok drama tv ni kan. Mama ku sayang, realiti tak sama tau dengan fantasi. Tak semua orang akan bahagia lepas kahwin dengan orang yang dia tak cinta. Lagipun nanti Irfan nasihat la Sazzy tu pakai menutup aurat ma. Dia pun dah janji dah dengan Irfan yang dia akan pakai tudung nanti.” Ish berdosanya aku ni menipu ibu sendiri. Bila masa pulak Sazzy tu janji nak pakai tudung. Tapi tak apa lah demi kebahagian aku jugak. Sorry ma, Irfan tipu sunat je tau.
            Banyak tengok drama dia cakap? Bertuah punya anak.“ Ok, kalau macam tu Irfan bawa Sazzy datang jumpa mama. Mama nak tengok betul ke si Sazzy tu dah berubah. Lepas tu baru mama decide sama ada nak terima dia jadi menantu atau tak.” Balas Datin Haliza tegas.
            “ Baiklah ma. Ma tunggu je la perubahan buah hati Irfan tu nanti tau. Irfan naik bilik dulu ye. Sayang mama. Mmuahhhh.” Irfan sempat mengucup pipi mamanya sebelum menuju ke bilik.
            “ Ish budak ni, dah besar – besar pun buat manja lagi.” Datin Haliza menggelengkan kepalanya perlahan.
Sementara itu di dalam bilik, Irfan masih buntu memikirkan macam mana nak pujuk Sazzy supaya berubah. Ni kalau aku paksa dia mesti dia akan memberontak nanti. Bukan aku tak masak sangat dengan sikap si Sazzy yang sosial tu. Terpaksa lah aku guna teknik kemewahan demi memancing persetujuan dia. Wang ringgit bukan masalah besar bagi Irfan. Irfan sanggup buat apa saja asalkan mamanya batalkan niat untuk kahwinkan dia dengan pilihan mamanya tu.
            Masuk ni entah kali keberapa Irfan berpusing – pusing ke kiri dan kanan. Haish mata aku ni nak tidur ke tak nak? Sempat juga dia mengira petak – petak syiling di dalam biliknya itu dengan harapan dia akan tertidur. Tapi mata nya tetap masih segar. Akhirnya, dia mencapai telefon bimbit dan menaip mesej untuk kekasihnya.
-          Honey, esok lunch dengan I ok? I have something to tell you. Good night love.
-          Ok sayang. Good night too sweet.
Datin Haliza yang sedang menyapu losyen di telapak tangannya sesekali melirik ke arah Datuk Iskandar. “ Abang rasa betul tak keputusan yang saya buat untuk Irfan tu bang? Melampau sangat ke saya paksa dia kahwin dengan pilihan saya?”
            “ Melampau tu memang lah sebab awak dah banyak terpengaruh dengan drama tv kan? Awak ingat saya tak tahu.”
            “ Eh mana abang tahu ni?”
            “ Abang kenal la isteri abang ni. Dah 30 tahun kita kahwin tau. Awak ni kalau tak sebab drama t.v mesti sebab novel kan. Tapi apa awak buat tu ada hikmahnya buat Irfan. Saya pun tak berkenan sangat dengan budak Sazzy tu. Mengabihkan boraih jo.” Tapi awak jangan la seksa si Irfan tu teruk sangat. Karang lari rumah pulak budak tu.”
            “ Bermakna abang pun setuju dengan saya la ni? Sayang abang tau. Ala tu semua abang jangan lah risau. Saya ada plan macam mana nak buat Irfan tu kahwin dengan gadis pilihan saya tu.”
            “ Yela, awak jangan buat benda bukan – bukan sudah la. Nanti saya terpaksa upah detective conan pulak sebab nak siasat awak. Awak kan terlebih aktif. Hahaha.” Datuk Iskandar ketawa besar. “Aduh, sakitla sayang!”
            Cubitan Datin Haliza hinggap di paha Datuk Iskandar. “ Ha rasakan. Perli saya lagi lain kali. Ingat saya ni pembunuh bersiri ke.”
            “ Yela sayang, abang minta ampun tau. Dah jom tidur ye.”
            “ Eh abang tunggu la sekejap. Yana ada call abang tak hari ni?” Datin Haliza menggoyang – goyangkan tubuh suaminya. Namun, suaminya tidak memberi sebarang reaksi.
             Ish suami aku ni, baru letak kepala dah terlena dah. Macam tak boleh percaya je. 

~ Cinta Utara Selatan 1 ~

           Hanna termenung menatap kaca televisyen di ruang tamu rumahnya. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Entah apa siaran yang ditayangkan di televisyen itupun dia tidak ambil peduli. Ain dan Lisa hanya berpandangan sesama sendiri melihat gelagat teman baik mereka sejak dari bangku sekolah lagi.
            “ Korang rasa aku patut terima tak untuk manage Asean Regency Hotel Suites tu? Dah la jauh sampai ke Johor sana tu. Kalau kat KL ni aku boleh la terima lagi. Apa pendapat korang?”  Hanna Nadira menoleh ke arah housemate nya.
            “Ala kau terima je lah. Bila lagi kau nak maju kan diri kau tu. Asyik terperuk kat Putrajaya ni je buat apa. Untung – untung kau dapat jodoh orang Johor kan bagus tu. Orang cakap orang Johor ni hensem – hensem tau.” balas Ain sambil tersengih menayangkan giginya yang putih.
            “ Betul tu aku sokong sangat. Ala kalau ye pun kau tak sanggup nak tinggalkan kitorang, kau tetap kena fikirkan masa depan kau sama. Kau jangan risau kitorang tak kan curang ngan kau punya lah.” Lisa pula menyampuk sambil ketawa besar dapat mengusik temannya itu.
            Hanna Nadira mengeliat kegelian lantas bangun dari sofa. “ Ish geli lah aku cakap ngan korang ni. Bila masa pulak aku tak sanggup nak tinggal korang ni? Yang aku tak sanggup tinggal kan tu boyfriend aku, bukan nya korang ni. Haish pasrah betul aku.”
            “ Eh Hanna, kau nak ke mana tu? Aku belum habis ceramah ni. Aku gurau je la wei. Jangan la marah.” Lisa terkebil – kebil memandang Hanna yang bingkas bangun dari sofa dan menuju ke biliknya. Ish dia ni tak kan marah aku kot. Selama ni boleh je gurau – gurau senda.
            “ Aku bukan marah kau la cuma ni time aku gayut ngan my beloved Aliff Asyraf ni. So, anda semua please don’t disturb us ok? Hahaha.” Hanna ketawa besar lantas melangkah masuk ke bilik tidurnya.
            “ Alahai, gedik lah pulak aku tengok minah sorang ni.” Ngomel Lisa sendirian. “ Ha Ain, kau jangan nak tiru pulak perangai tak betul dia tu. Nanti dengan aku pun jadi tak betul.
            “ Eh, siapa cakap aku nak tiru dia? Aku tak kan tiru cara gedik dia tu. Tapi aku akan buat skill gedik yang lebih berwawasan sikit. Hahaha.”
              Hahaha kau ni merepek je la Ain. Daripada dengar kau merepek ni, lebih baik aku masuk tidur. Good night.”
            “ Eh tunggu la sekejap. Aku pun nak follow jugak ni. Good night too.”
Sementara itu di dalam bilik Hanna masih lagi pening memikirkan keputusan yang paling berat buat dirinya. Ish, kalau la Johor tu sejam je da sampai memang aku tak pening sampai macam ni. Tiba – tiba handphone nya berdering mendendangkan lagu Korea yang bertajuk The Boys dari kumpulan Girls Generation.
            “ Helo sayang, Hanna tengah buat apa tu?” Aliff bertanya dengan nada suara manja. Tidak dinafikan Aliff memiliki suara yang bisa mencairkan hati setiap wanita. Pakej suara yang menggoda serta wajah yang tampan mendorong Aliff memilih kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon terkenal. Walaupun dia sebenarnya berada dalam skop yang sama dengan Hanna Nadira iaitu Real Estate Management, namun minatnya lebih mendalam ke arah populariti hiburan.
            “ Hanna tengah pening ni memikirkan pasal hotel kat Johor tu lagi. Aliff ade apa – apa pendapat tak? Kalau boleh Hanna tak nak berjauhan dengan Aliff dan mak kat kampung tu.”
            “Aliff rasa lebih baik Hanna terima tawaran tu sayang. Ni semua demi kebaikan Hanna jugak. Percaya lah ibu mana yang tak nak tengok anak dia berjaya kan. Hanna dengar cakap Aliff ni ya. Hanna jangan risau pasal Aliff. Bila – bila je Hanna nak Aliff datang Johor, dengan serta – merta Aliff muncul depan Hanna.”
            “ Betul  ni sayang?
            “ Ye betul sayangku. Aliff mana pernah tipu Hanna kan?”
            “ Kalau macam tu, Hanna terima ya tawaran tu. Thanks sayang. Sayang sangat kat Aliff.”
            “ Sayang Hanna Nadira ni jugak tau. Hehehe. Hanna tidur ya. Esok kerja lagi kan. Nanti bengkak pulak mata tu dah tak cun dah. Hahaha.”
            “ Ye sayang. Aliff pun tidur tau. Good night sayang. Sweet dream.”
            Good night too, honey. Sweet dream too.”
Sekarang ni baru lah aku ada semangat nak bekerjaya tinggi. Asean Regency Hotel Suites, wait for me ok. Aku akan uruskan kau sampai hotel – hotel lain jelous dengan kau. Mana tahu bos kau pun sayang kat aku nanti.

Thursday, 1 November 2012

apa kebaikan blog?

aku pun baru buat je blog ni. sebabnya aku sendiri pun baru tau apa kebaikan blog.Wakaka. kesian aku kan? Aku memang kuno sikit. twitter pun tak ada. tapi nasib baik lah ada fb.hehe Setelah dianalisa dan dikaji selidik, sebenarnya banyak kegunaan blog ni. Walaupun kadang - kadang tu para blogger terasa seperti bercakap sorang - sorang. contohnya aku. hihi. tambah - tambah pulak tak ada orang nak baca n3 kita kan ='( sob..sob..tapi jangan risau ye semua...hehe straight to the point lah senang..




Antara kebaikan blog ~
1st ofkoslah dapat mempopularkan diri kita kan. itupun kalau ramai follower lah. kalau macam aku ni kira blogger yg gagal.hehe
2nd advantage untuk para bisneswan dan bisneswati kat luar sana tu. diorang boleh mempromotkan produk or watever
3rd tempat untuk meluahkan perasaan bagi para gadis comel dan jejaka idaman malaya tu.hihi
4rd tempat berkongsi maklumat. part ni aku sokong sangat. maklumlah aku ni tak pandai masak so bila aku teringin sangat nak masak, aku pun google lah resepi - resepi dari blog orang yang baik hati mahu berkongsi ilmu tu kan.hehe
5th and seterusnya korang pikir lah sendiri ye. setakat ni je idea cute aku nak muncul.




sekian salam cute dari aku..