Sampai sahaja di dalam bilik, Irfan terus berbaring di atas
katil yang bersaiz king itu. Hanna
pula hanya tercegat memandang gelagat Irfan yang seolah – olah merasakan dia
tidak wujud di dalam bilik itu. Alamak, aku nak tidur mana malam ni? Tak kan
nak tidur atas sofa ni kot. Boleh patah pinggang aku nanti. Irfan pula sudah berpura
– pura memejamkan matanya. Dia tahu dalam fikiran Hanna pasti pening nak cari
tempat tidur.
Hanna
menghampiri Irfan yang sedang berpura – pura tidur itu lalu berkata, “ Awak,
saya nak tidur mana malam ni?”
“ Jangan
kacau aku tidur lah. Pandai – pandai kau lah cari tempat tidur kau sendiri.”
Irfan bersuara sambil matanya masih lagi dipejamkan.
Tak gentleman betul lah mamat ni. Aku pun
tak ingin lah tidur satu bilik ngan kau. Hanna mencapai Momo nya lalu memulas
tombol pintu bilik untuk keluar.
“ Eh kau
nak tidur luar ye? Ha jangan lupa kunci pintu tu pulak. Aku tak kan halang kau
pun malam ni sebab tak ada orang yang akan nampak kalau kau tidur kat ruang
tamu tu pun.” Kata Irfan dengan bongkaknya.
“ Saya
bukan nak tidur kat ruang tamu la. Saya nak tidur kat bilik Mak Siti. Saya pergi
dulu ye. Assalamualaikum.” Sempat Hanna memberi salam kepada Irfan sebelum
menutup pintu bilik itu.
Kelam –
kabut Irfan bangun dari katilnya lalu mendapatkan Hanna. Dia menarik lengan
Hanna masuk ke dalam biliknya semula. “ Apa pegang – pegang tangan orang ni?
Sakit lah tau tak.” Marah Hanna sambil meronta – ronta mintak dilepaskan
lengannya.
“ Kau ni
memang sengaja nak cari pasal ngan aku kan. Kau ingat kau tu siapa nak main –
main ngan aku ha? Jangan menyusahkan aku boleh tak? Macam lah kau tak boleh nak
tidur kat sofa tu.” Marah Irfan sambil matanya tepat memandang muka Hanna.
Hanna
terkejut mendengar Irfan yang mula meninggikan suaranya itu. Dia sedaya – upaya
menahan air matanya dari menitis tapi tetap tewas. Lantas air mata itu
dialirkan perlahan. Terpaksa akur dengan kata – kata Irfan. Hanna pantas menuju
ke arah sofa dan berbaring sambil memeluk Momo. Dia memejamkan matanya rapat –
rapat namun air matanya terus mengalir. Mak, Ana tak nak duduk sini mak! Ana
tak sanggup nak hadapi hari – hari yang akan datang dengan lelaki macam ni.
Rintih hati kecilnya.
Irfan yang
hanya melihat gelagat Hanna dari hujung katil mula terbit rasa bersalah di
dalam hatin. Ya Allah, apa lah yang aku dah buat ni? Zalimnya aku membuatkan
perempuan menangis. Hanna, aku mintak maaf. Aku tak segaja. Namun, kata – kata
itu hanya terluah di dalam hati.
Keesokkan paginya, Hanna dan Irfan bersarapan bersama – sama
Datuk Iskandar, Datin Haliza dan Yana. Suasana yang hening pagi itu membuatkan
keadaan menjadi sunyi dan sepi walaupun banglo itu didiami oleh tujuh orang
penghuni termasuk Mak Siti dan Pak Kamal.
Hanna menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya dengan air muka
yang tampak muram. Tanpa disedari Irfan yang berada di hadapan Hanna dari tadi hanya
memerhati tingkah isterinya itu. Em, masamnya muka dia! Marah lagi kot ngan aku
pasal semalam.
“ Kak Ana,
lepas ni akak teman Yana shopping
nak? Sejak balik sini Yana tak pergi shopping
lagi. Boleh tak akak?” Yana mengukir senyuman kepada kakak iparnya.
“ Boleh,
tapi akak tak tahu selok – belok jalan kat sini.” Hanna memaksa dirinya untuk
tersenyum namun masih hambar.
“ Oh, pasal
tu akak jangan risau! Nanti Yana suruh lah Pak Kamal hantar kita nak?”
“ Tak payah
suruh Pak Kamal. Biar abang je yang bawak korang berdua. Lagipun abang ngan Kak
Ana nak tengok – tengok barang rumah sekali.” Sampuk Irfan yang sedang menjamah
nasi gorengnya.
Muka Hanna
yang muram terus bertukar terperanjat bila mendengar ayat dari mulut Irfan.
Barang rumah? Barang apa pulak ni? Tak cukup lagi ke barang – barang dalam
rumah banglo dia ni? Mungkin dia nak beli katil baru untuk aku kot. So, tak payah lah aku nak tidur atas
sofa lepas ni.
“ Beli
barang rumah untuk apa Irfan?” tanya Datuk Iskandar. Pelik.
“ Em Irfan
ngan Ana dah plan lepas ni kami nak
duduk rumah sendiri. Nak privacy
sikit. Boleh kan pa?” Balas Irfan bersahaja.
Hanna
membeliakkan biji matanya kepada Irfan sambil kakinya memijak kaki Irfan di
bawah meja. Nak privacy? Sewel apa
mamat ni. Kalau ye pun nak bagi alasan untuk pindah, tak payah lah cakap macam
tu. Lagi satu, bila masa pulak aku plan
nak pindah duduk berdua dengan dia ni? Pandai – pandai je buaya ni buat
keputusan. Tapi bagus jugak lah. Tak payah aku nak kongsi bilik lagi dengan dia
lepas ni.
“ Papa tak
kisah pun tapi Irfan kena mintak izin kat mama lah. Mama dah tarik muka semacam
dah tu.” Ujar Datuk Iskandar sambil matanya mengerling ke arah Datin Haliza di
sebelah.
“ Kalau tak
pindah tak boleh ke Irfan? Mama baru nak dapat kawan, Irfan dah nak ambik kawan
mama tu.” Kata Datin Haliza dengan nada yang sedih.
Hanna yang
memang pantang dengar orang sedih ni mula lah rasa nak menangis. “ Mama jangan
risau ye. Walaupun kami pindah nanti tapi setiap hari sabtu dan ahad Ana dengan
abang Irfan datang tidur sini ye ma?” Hanna mereka janji yang belum pasti akan
ditunaikannya.
Amboi,
pandainya makcik ni buat janji tak tanya aku dulu. Tapi bagus jugak. Tak lah
mama buat drama sangat nanti. Bijak jugak kepala otak kau kan Hanna. Detik hati
kecil Irfan.
“ Betul ni?
Janji dengan mama Ana dengan Irfan akan datang tidur sini setiap hari sabtu dan
ahad? Kalau Irfan tak nak datang, Ana call
mama ok? Biar mama ajar budak ni.” Datin Haliza mula berwajah ceria.
“ Ye ma,
kami janji. Amboi ma, mentang – mentang dah dapat menantu ni anak sendiri pun
dah di anak tiri kan ye?” usik Irfan. Hanna hanya tersenyum melihat telatah
anak beranak itu.
“ Ala macam
lah mama tak kenal perangai kamu tu Irfan.” Balas Datin Haliza sambil
menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
“ Ewah –
ewah semua orang bersembang macam tak perasan pulak Yana ada kat sini kan. So, kak Ana jadi tak nak ikut Yana shopping ni?” Yana yang dari tadi
mendengar perbincangan orang dewasa itu terus menyampuk.
“ Mesti lah
jadi. Pukul berapa kita nak pergi Yana?”
“ Lepas
makan ni, kak Ana dengan abang pergi lah naik atas bersiap ye. Nanti dalam
pukul 10 pagi kita gerak ok?”
Hanna hanya
tersenyum dan mengangguk bila melihat gelagat adik iparnya itu. Comel! Saling
tak tumpah wajah Datin Haliza. Namun, wajah Irfan juga comel tapi mungkin
ketampanannya lebih terserlah. Macam mana pulak rupa abang sulung Irfan ye?
Dari aku sampai sini hari tu, sampai sekarang aku tak pernah tengok rupa abang
sulung mereka.
Usai makan, Irfan dan Hanna naik ke bilik untuk bersiap –
siap. Hanna mengambil segala baju yang hendak dipakainya nanti dan bawa masuk
ke dalam bilik air. Beberapa minit kemudian, Hanna baru sahaja hendak
menanggalkan pakaiannya tiba – tiba dia terdengar ketukan bertalu – talu dari
luar pintu.
“ Oi Hanna, kau buat apa lama sangat tu? Aku nak buang air
ni. Cepat lah sikit. Kang aku buang kat luar ni kang, kau cuci ye?” kata Irfan
sambil memegang perutnya yang sedang memulas.
Ish, aku nak salin baju pun tak tenteram lah dengan mamat
ni. Time ni lah nak sakit perut pun.
Tadi elok je. Bebel Hanna lalu menyarung semula baju yang dipakainya tadi.
Hanna membuka pintu bilik air lalu tercegat melihat keadaan Irfan yang
membongkok sambil memegang perutnya.
“ Pengotor lah awak ni. Dah besar – besar pun nak buang air
merata lagi. Macam lah tak ada toilet lain
dalam rumah ni.” Perli Hanna.
“ Kau cakap aku pengotor? Tunggu kau. Selesai je urusan aku
ni, kita fight ok?” kata Irfan sambil
meluru masuk ke dalam bilik air.
Hanna hanya ketawa kecil melihat telatah Irfan yang kebudak
– budakkan itu. Dia duduk di atas sofa sambil memegang baju yang hendak ditukar
nanti. Hish lamanya mamat ni buang air. Sembelit lah tu. Dah pukul berapa ni,
nanti lambat pulak. Rasa – rasanya sempat kot aku salin baju sebelum buaya tu
keluar bilik air. Harap – harap dia lambat lagi keluar. Desis Hanna sendirian.
Hanna mula menanggalkan baju T yang dipakainya pagi tadi.
Baru sahaja dia hendak mencapai blouse
lengan panjang yang berwarna purple
itu, Irfan terus membuka pintu bilik air. Kelam – kabut Hanna melindungi
badannya yang terdedah itu dengan baju T nya tadi.
“ Hanna, jom kita...” Irfan tidak dapat menghabiskan kata –
katanya bila melihat keadaan Hanna begitu.
“ Awak masuk dalam bilik air sekarang jugak. Cepat!”
perintah Hanna tegas.
“ Ye ye aku masuk sekarang. Tiba – tiba pulak sakit perut
balik.” Irfan akur tanpa banyak soal. Terkocoh – kocoh dia masuk semula ke
dalam bilik air lalu bersandar di belakang pintu. Fuh, boleh berdarah hidung
aku kalau hari – hari macam ni. Buat seketika fikiran lelakinya mula menjalar
ke saraf otaknya. Dia tersengih sendiri. Hehe. Haish, tak boleh jadi ni. Kena
pindah cepat sikit kalau macam ni.
Aduh, menyesalnya aku salin baju tadi. Rasanya dia tak
sempat nampak apa – apa kot tadi. Lepas ni, kau kena ingat Hanna. Hati – hati
sentiasa tak kira walau dimana pun kau berada. Haish nyaris betul.
Usai bersiap, Irfan dan Hanna mendapatkan Yana yang sedang
menunggu di ruang tamu. Irfan terus berlalu mendapatkan keretanya. Manakala
Hanna jalan beriringan bersama – sama adik iparnya itu.
“ Ni mesti abang lambat bersiap kan akak? Abang tu memang
kalau dapat bersiap, mengalahkan kita orang perempuan ni.” Bebel Yana.
Hanna hanya tersenyum mendengar bebelan adik iparnya itu.
Fikirannya mula menjalar kepada insiden yang berlaku di dalam bilik sebentar
tadi. Gara – gara insiden tu lah mereka lambat bersiap.
Yana terus memasuki perut kereta dan mengambil tempat duduk
belakang. Manakala Hanna terpaksa mengambil tempat duduk di hadapan. Lantas
Irfan terus menghidupkan enjin keretanya dan menekan pedal minyak lalu meluncur
laju dengan BMW nya.
Suasana dalam kereta sunyi sepi tanpa ada seorang pun yang
berkata – kata. Sejak insiden tadi berlaku, Irfan dan Hanna sikitpun tidak
mengeluarkan apa – apa perkataan dari tadi sampai lah sekarang. Yana yang
menyaksikan gelagat Irfan dan Hanna itu menjadi pelik. Tak kan baru kahwin dah
gaduh kot? Mustahil lah.
“ Akak dengan abang ni kenapa dari tadi senyap je? Gaduh
eh?” tanya Yana memecah kesunyian.
“ Eh mana ada lah. Abang dengan kak Ana ok je kan sayang?”
Irfan berpura – pura seperti tidak ada apa – apa yang berlaku. Hanna pula hanya
mengangguk dan berpura – pura tersenyum ke arah Yana.
“ Oh tak apa lah macam tu. Yana ingatkan gaduh tadi. Tak
syok lah kalau time shopping ni nak
gaduh kan akak? Em abang, bila abang Am nak balik sini eh? Yana teringin sangat
nak tengok macam mana rupa anak saudara Yana tu.” Yana tersenyum sendirian bila
membayangkan kanak – kanak comel yang bermain – main dengannya nanti.
Oh, diorang ni dah ada anak saudara rupanya. Maksudnya, aku
pun dah ada biras la kan. Tapi dari gaya Yana cakap macam tak pernah tengok je
muka anak saudara dia sejak dari lahir lagi. Kira lama jugak lah abang sulung
diorang ni tak balik Malaysia.
“ Eh bukan anak saudara Yana je tau. Anak saudara abang
jugak ye.” Sampuk Irfan yang sedang memandu itu.
“ Eleh, tu pun nak berebut dengan Yana ke? Abang kan dah
kahwin. Tak lama lagi abang akan dapat anak. So, kira anak abang Am tu anak buah Yana sorang lah.” usik adik
perempuannya itu.
Hanna serta – merta tersentak dari lamunannya bila mendengar
usikan dari adik iparnya itu. “ Tu lah yang abang tengah usaha sekarang ni kan
sayang? Tapi kalau abang dah ada anak pun, anak abang Am tetap anak buah abang
jugak tau.” Irfan masih lagi menyakat adiknya sambil menoleh ke arah isterinya.
Hanna hanya menghadiahkan jelingan maut kepada Irfan. Tak
serik – serik lagi mamat ni rupanya. Aku gam mulut tu kang baru tau. Yana hanya
ketawa kecil mendengar jawapan dari mulut abangnya itu.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?