Followers

Tuesday, 11 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 9 ~


            “ Ala I tak nak lah baju kurung macam ni. Old fashion la sayang.” Sazzy menolak pilihan Irfan yang sedang memegang baju kurung polka dot yang berwarna ungu putih.
            “ Ha I suka baju macam ni sayang. Kita beli yang ni ye?” Sazzy menunjukkan baju kurung moden yang jarang siap dengan kain terbelah lagi.
            Terbeliak biji mata Irfan melihat baju yang ditayangkan Sazzy. “ Ish you ni agak – agak lah nak pakai baju jarang macam ni. Kalau macam ni baru sampai gate rumah I, you dah kena halau tau.”
            I bukan nak pakai macam ni je lah sayang. Nanti I pakai la inner kat dalam baju ye. You jangan lah risau.” Sazzy cuba memujuk Irfan membeli baju pilihannya itu.
            Up to you la honey. Sekarang you pilih tudung pulak. Cepat lah I nak pergi solat jumaat lagi ni.” Irfan sudah mula menunjukkan muka kebosanannya. Ni aku malas ikut perempuan shopping ni. Banyak songeh betul. Tu tak kena, ni tak kena.
            Sazzy hanya memilih tudung Arini yang berdekatan dan membawa baju dan tudung pilihannya ke kaunter pembayaran. “ Sayang, cepat lah I nak bayar dah ni.” Panggil Sazzy dari kaunter.
            Amboi, cepat lah pulak pilih tudung. Ni sah – sah ambik tudung pakai buang je ni. “Ye sayang. I datang ni.” Irfan datang lalu bertanya kepada cashier di butik tersebut. “ Berapa dik?”
            “ Tiga ratus lapan puluh ringgit je selepas diskaun encik.” Kata cashier tersebut sambil tersenyum kepada Irfan. Hensemnya mamat ni. Desis hatinya.
            Irfan mengeluarkan not RM100 sebanyak 4 keping lalu dihulurkan kepada cashier tersebut. Setelah baki dikembalikan Irfan mengambil barang – barang yang dibelinya lalu mengucapkan terima kasih kepada cashier tersebut. Sazzy pula dengan lagak puan besar di butik itu berlalu keluar dengan muka sombongnya.
            Irfan terus memandu keretanya untuk menghantar kekasihnya pulang. “ I hantar you balik ye. You ada nak gi mana – mana lagi ke lepas ni?”
            “ Em you berhentikan I dekat bus stop depan tu boleh? I nak jumpa kawan sekejap.”
            You ni tak habis – habis jumpa kawan. Cuba la duduk kat rumah tu. Tak lah risau sangat I ni.” Irfan menasihati kekasihnya itu.
            “ Ala sayang, I tahu lah nak jaga diri I ni ye. You jangan risau sangat eh? I jumpa kawan I je, lepas tu I janji I balik rumah terus tau.” Pujuk Sazzy dengan nada yang manja.
            “ Ye lah janji dengan I nanti you terus balik ye. I nak temankan you pun tak boleh ni. Dah nak masuk waktu solat jumaat dah.”
            “ Tak apa sayang. I tak kisah pun. Ha ni bila pulak you nak bawak I datang jumpa mama you?” Sazzy sengaja menukar topik. Dalam hati dia lega Irfan tidak mengesyakinya apa – apa.
            “ Oh lupa pulak. Pasal mama I tu, esok I dah janji nak bawak you jumpa dia. You free kan esok?”
            “ Esok? Cepatnya. Tak apa lah. I free je kalau untuk you sayang. Esok you datang ambik I macam biasa ok?”
            “ Ok make sure you ready ye sayang. Malam ni practise banyak – banyak tau macam mana nak cakap sopan dengan orang tua ya?”
            “ Eh you ni ingat I ni tak ada budi bahasa ke?” Ujar Sazzy dengan nada merajuk.
            I cuma nasihat je sayang. Jangan lah merajuk tau. Nanti tak tenteram pulak I nak solat.” Irfan mengusik buah hatinya itu.
            Irfan memberhentikan Sazzy di bus stop seperti yang dimintanya. Irfan sempat melambaikan tangan  ke arah Sazzy sebelum dia meninggalkan bus stop tersebut. Irfan menuju ke masjid yang terdekat untuk menunaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.
Selesai makan tengah hari bersama keluarganya, Hanna mencuci pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki. Setelah selesai menyiapkan kerjanya, Hanna ke ruang tamu untuk menemani Puan Normah yang sedang menonton saluran Astro Warna di televisyen.
            “ Abah dengan Ajim mana mak? Dah pi solat ka?” tanya Hanna memecah kesunyian mereka anak – beranak.
            “ Dah pi dah pun tadi. Ni hang jadi ka pindah Johor nanti? Hang dah fikir masak – masak dah? Bila hang nak pindah tu?” Bertubi – tubi soalan yang ditanya oleh Puan Normah kepada anak gadisnya itu.
            “ Amboi mak, soalan macam machine gun aih. Dah macam mami jarum gitu. Hahaha. Em orang jadi pindah Johor tapi kalau tak sesuai kat sana nanti, orang tukaq la pi Putrajaya balik. Ahad ni orang pi Johor la kot. Isnin ni orang lapor diri terus. Tak mau la ambik masa lama – lama dah orang bagi kerja kat kita kan.” Jawab Hanna dengan lancar masih dalam loghat utaranya.
            “ Baguih la macam tu Ana. Hang pi sana nanti buat baik dengan bos hang tu tau. Dengaq cakap dia. Em kat sana nanti hang duduk ngan sapa? Mak tak mau la hang duduk sorang. Dah la anak dara pulak tu. Takut jadi apa – apa pulak nanti.” Pesan Puan Normah jelas menampakkan kerisauan di wajahnya. Maklumlah anaknya akan berada jauh dari nya nanti.
            “ Ala mak jangan la risau. Nanti kat sana orang dok ngan Aida kot. Orang dah bagi tau dia. Dia ok je. Katanya ada jugak orang boleh teman dia nanti. Nanti kat sana hari – hari orang call mak eh. Mak jangan la risau sangat. Anak mak ni dah besar dah.” Hanna cuba mnyenangkan hati ibunya itu. Dalam hati, dia sendiri tidak sanngup berjauhan dengan ibunya itu.
            “ Kalau macam tu bila pulak hang nak pi ambik barang – barang hang yang lain kat Putrajaya tu?”
            “ Esok orang balik Putrajaya nak kemas – kemas lah barang yang lain tu. House mate orang pun boleh tolong kemas nanti. Hari ahad baru orang bertolak pi Johor.
            “ Takpe lah kalau macam tu. Lega hati mak dengaq. Ni kalau mak nak tanya sikit boleh?” Puan Normah cuba mencari – cari ayat yang sesuai untuk ditanyakan pada anaknya itu.
            “ Mesti la boleh mak. Tanya je lah.” Mata Hanna masih lagi tertumpu pada siaran tv.
            “ Macam ni Ana. Kawan baik mak time mak kat U dulu tu berkenan sangat nak buat hang tu jadi menantu dia. Hang rasa macam mana?” Puan Normah cuba mentafsir riak muka Hanna setelah mendengar soalannya.
            “ Mak rasa apa jawapan orang?” Hanna menyoal ibunya kembali dengan riak muka yang begitu tenang sambil matanya masih lagi tertumpu pada tv.
            Puan Normah yang sudah memahami maksud anaknya itu, masih berpura – pura tidak mengerti. “ Hang tak mau langsung ka tengok muka anak kawan mak tu  Ana? Mak pun berkenan tengok muka budak tu tau. Kacak orangnya.” Puan Normah cuba memancing persetujuan Hanna.
            “ Mak, kasih sayang ni tak boleh dipaksa tau. Kalau lah dia kacak macam mana sekalipun, mak tetap tau orang cintakan sapa kan?”
            “ Em tak apa lah macam tu. Tapi mak harap sangat hang setuju. Mak tak paksa pun. Mak cuma nak tengok kebahagian anak – anak mak je. Nanti kalau hang dah berubah hati, hang bagitau mak na.” Puan Normah masih lagi dengan nada memujuknya.
            “ Abah tau ke pasai ni mak? Dia cakap apa?”
            “ Abah hang tu setuju je dengan pilihan hang. Hang buat lah keputusan yang tepat tau.”
            “ Mak dengan abah tetap setuju kan apapun keputusan orang nanti?” Hanna bertanya dengan nada yang penuh simpati.
            “ Mesti lah. Ana kan anak mak. Apa – apa pun pilihan Ana mak terima tau.”
            “ Macam tu la mak. Saaaaaayang mak!” Hanna lantas memeluk ibunya itu dengan erat.
            “ Ish hang ni lemas la mak macam ni. Dah lepas la Ana oi.” Hanna meleraikan pelukannya sambil ketawa kecil.
Selesai makan malam, seperti biasa Irfan bersantai bersama ibu dan bapanya di ruang tamu rumah mereka. “ Ha macam mana Irfan jadi ke bawak Ana datang jumpa mama esok?” Datin Haliza memulakan perbualan sambil tangannya menghulurkan pinggan berisi buah tembikai kegemaran Irfan yang telah dipotong dadu.
            “ Ana? Ana mana pulak ni mama?” Tanya Irfan pelik apabila mamanya menyebut nama yang terlalu asing bagi dirinya.
            “ Eh, mama sebut Ana ke tadi? Maksud mama si Sazzy tu lah. Mama tiba – tiba teringatkan Yana tu. Maklum lah Ana dengan Yana kan dekat – dekat je bunyi nye tu.” Datin Haliza cuba mengcoverkan dirinya sambil matanya memandang suaminya yang leka menonton televisyen. Datuk Iskandar pura – pura tidak perasan isterinya yang terlepas cakap.
            “ Ana dengan Yana kan lain bunyinya tu ma. Lagipun memang berbeza sangat lah. Ana kan lebih lembut disebut daripada Yana.” Usik Irfan mengutuk nama adiknya sendiri.
            “ Ish tak habis – habis nak kutuk nama adik tu. Nasib baik dia tak ada kat sini. Kalau tak mesti dia sedih dapat abang macam ni tau.” Datin Haliza menghadiahkan cubitan bisa nya di lengan Irfan.
            “ Aduh, sakit lah mama! Mama pergi lah cubit papa tu apasal Irfan pulak yang kena. Lagipun apa Irfan cakap tu betul kan ma?” Irfan masih lagi mengapikan mamanya.
            “ Eh papa tak masuk campur tau hal korang berdua. Pandai – pandai lah settle ye.” Datuk Iskandar menyampuk sambil menjauhkan kedudukannya dari ibu dan anak tu.
            “ Memang betul pun apa yang Irfan cakap tadi tu. Sedap kan perempuan yang nama Ana ni. Belum lagi tengok orangnya.” Datin Haliza tersengih memandang anaknya itu.
            “ Eh Irfan cakap pasal nama Yana la ma. Bukan Ana. Em berbalik kepada topik asal kita tadi, Irfan confirm bawak Sazzy datang jumpa mama esok. Mama dah ready ke?”
            “ Eh Sazzy tu yang kena ready tau. Bukan mama. Mama memang dah tak sabar sangat nak tengok perubahan kekasih Irfan tu.” Datin Haliza memerli anaknya itu.
            “ Bagus lah macam tu ma. Mama masak sedap – sedap tau esok.”
            “ Eh mesti lah. Mesti sedap gila hidangan untuk esok.” Balas Datin Haliza tersengih.
            “ Mama ni macam ada sesuatu yang mama plan je. Baik mama bagitau Irfan cepat. Mama jangan buat benda bukan – bukan tau esok?” Irfan memberi amaran pada mamanya kerana hatinya sudah mula dilanda kerisauan. Bukan dia tak tahu mamanya jenis yang panjang akal.
            “ Irfan ingat mama ni budak – budak ke? Tahu la mama nanti. Em pasal pengganti PM kat hotel tu mama ngan papa dah uruskan. PM baru akan transfer ke hotel kita tu hari Isnin ni rasanya.”
            “ PM baru? Kenapa papa ngan mama tak bincang dengan Irfan dulu? Tahu – tahu je dah lantik PM baru. Mana tau budak tu tak kena dengan taste Irfan ke.” Bantah Irfan dengan jelas wajah terperanjatnya.
            “ Amboi nak lantik PM pun nak kena ikut taste jugak ke? Irfan kan lebih pentingkan hal kawan Irfan yang kononnya antara hidup dan mati tu kan. Bila pulak papa ada masa nak bincang dengan Irfan pasal ni.” Datuk Iskandar memulangkan paku buah keras kepada Irfan. Datin Haliza hanya tersengih melihat wajah anaknya yang jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati.
            “ Ye lah. Irfan bukan tak setuju dengan pilihan mama dengan papa tu cuma Irfan nak tahu jugak details pasal PM baru tu.” Irfan sudah merendahkan suaranya.
            “ Biar mama bagi tau details PM tu. PM baru tu seorang perempuan. Dia dulu manage office building kat Putrajaya tu.”
            “ Perempuan? Boleh ke seorang perempuan nak manage hotel? Bukan hotel biasa – biasa tau ma. Asean Regency Hotel Suite pulak tu.” Irfan membantah buat kali kedua.
            “ Amboi sedapnya cakap. Ingat orang perempuan sekarang ni lemah ke?” Datin Haliza mula meninggikan suaranya.
            “ Eh ok ok relax la ma. Irfan gurau je tadi. Ye lah Irfan tak kan komen dah pasal PM tu ye. Sensitif sangat ma ni. Tak apa lah ma. Irfan dah mengantuk la. Irfan naik bilik dulu tau. Assamualaikum.”
            “ Waalaikumussalam. Budak ni saja la tu nak naik kan darah saya.” Bebel Datin Haliza kepada suaminya.
             “ Ala awak tu yang sensitif sangat. Cuba kawal perasaan sikit.” Nasihat Datuk Iskandar kepada isterinya.
            “ Ni saya malas cakap ngan abang ni. Suka sangat bela anak. Saya naik tidur dulu lah.” Bebel Datin Haliza mendengar suaminya membela anaknya itu.
            “ Haish mak dengan anak sama je. Bila touching aje tinggal aku sorang – sorang kat sini.” Ngomel Datuk Iskandar sendirian.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?