Followers

Saturday, 27 April 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 9 ~




Penggera telefon yang sedang menunjukkan pukul 6 setengah pagi itu telah menggamatkan suasana bilik buat seketika. Dengan kelopak mata yang masih nak tak nak je celik, Damia cuba mematikan peggera telefon yang sedang memekak. Seperti biasa, sekeliling ruang bilik itu dipandang terlebih dahulu sebelum tubuhnya dibangunkan dari katil. Macam orang baru sedar dari koma pulak!
            Eh? Damia toleh ke sebelah tempat tidurnya yang kosong tiada orang. Hmm budak ni dah bangun ke? Awal betul! Sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut, tapak kakinya terus menghentak lantai. Tapi malangnya bukan lantai...
            “ Adoi!!!” kedengaran satu suara menjerit kesakitan.
            Terbeliak biji mata Damia bila melihat tapak kakinya sudah mendarat di atas perut Fakhri.
            Sorry! Sorry! Sorry! Aku tak sengaja. Sorry!” Damia kelam – kabut turun dari katil lalu menyentuh perut Fakhri. Siap urut lagi.
            “ Kalau ya pun tak suka saya, takkan sampai nak membunuh.” Bebel Fakhri lagi. Mau terkeluar organ – organ dalaman aku ni! Haih.
            Sorry... Aku tak perasan tadi. Lain kali bagitahulah awal – awal kalau nak tidur kat bawah.”
            “ Takkan semua benda saya nak buat kena bagitahu awak dulu?” berkerut – kerut wajah Fakhri mengurut perutnya.
            “ Sakit lagi ke? Nak bubuh minyak gamat tak?” Damia mula dihimpit risau. Tangannya masih sibuk mengurut perut suaminya.
            “ Cik kak, saya bukan sakit perut nak membuang tapi sakit perut kena hempap tahu?” Fakhri jegilkan sikit biji matanya buat Damia.
            “ Habis tu, nak pergi klinik tak?”
            “ Hmm tak payahlah. Nasib baiklah kat perut...”
            Tiba – tiba Fakhri tidak dapat menyambung kata bila terasa satu aura yang asing wujud di ruang itu. Baru dia perasan sejak tadi Damia mengurut – urut perutnya. Erkk! Mata bertentang mata sejenak. Jantung berdetak laju. Pergerakan masing – masing serta – merta mati. Damia segera menjarakkan tubuhnya dari Fakhri.
            “ Tak sakit dah kan? Aku pergi mandi dululah.” Kelam – kabut Damia bingkas meninggalkan Fakhri. Aiseyman, malu siot! Kebas mukanya dirasakan.
            “ Err eloklah tu. Pergilah mandi dulu.” Fakhri pula cepat – cepat mengemas toto yang telah digunakan malam tadi. Sihat terus sakit perutnya yang baru lepas dihempap.
***
Fakhri yang baru saja menyuap makanan ke dalam mulut tak sempat nak kunyah bila terlihat kelibat Damia terkocoh – kocoh menuruni anak tangga menuju ke arah rak kasut. Tangannya sibuk mengikat rambut gaya pony tail di kepala. Langsung dia tak perasankan Puan Rozita dan Fakhri yang sedang tercengang memandang ke arahnya.
            “ Tak makan dulu ke, Damia?” tegur Puan Rozita.
            “ Tak sempat dah mak.”
            “ Kalau ya pun, temankanlah suami kamu makan ni kejap.”
            Erkk! Fakhri tersedak air milo.
            Damia terus terbantut nak sarung sandalnya lagi sebelah. Kepalanya ditoleh ke arah Fakhri yang sedang buat muka blur. Alahai, lupa pulak aku kat budak Fakhri ni! Sandal yang dipakainya tadi dibuka semula. Lantas dia menapak laju menuju ke ruang makan. Beg silang dibadan, dia letakkan atas kerusi lalu melabuhkan punggung berhadapan suaminya. Roti bakar yang sudah disapu peanut butter segera dicapai.
            “ Kamu berdua memang bercinta ke sebelum ni?” soal Puan Rozita tiba – tiba.
            Pasangan suami isteri itu tersentak. Fakhri tersedak buat kali kedua, Damia pula tersedak buat kali pertama. Haih. Rasanya soalan ni dari semalam lagi popular untuk kitorang berdua. Susah sangat ke orang nak faham?
            “ Tak!”
            “ Ya!”
            Serentak Damia dan Fakhri membalas. Buat seketika, mereka bertembung bebola mata.
            “ Mana satu ni? Ya ke tak?”
            “ Err mestilah bercinta, mak. Kalau tak buat apa kitorang kahwin.” Damia cepat – cepat membetulkan keadaan yang hampir kantoi tadi. Fakhri pula sudah tayang muka yang penuh tanda tanya.
            “ Hmm Fakhri ok?”
            Terlihatkan wajah Fakhri yang hanya membisu dari tadi, Puan Rozita segera menukar topik. Sudahlah dia tak dapat berkenalan langsung dengan menantunya itu sebelum kahwin. Tahu – tahu aje anak daranya bercinta dan terpaksa mendirikan rumah tangga dalam masa yang cukup singkat. Disebabkan itu merupakan persetujuan Damia sendiri, dia hanya akur. Asalkan tidak menyalahi di sisi agama.
            “ Ok, makcik eh mak.” Fakhri memberi senyuman. Ikhlas.
            “ Abang kamu macam mana? Dia ok?” Puan Rozita sambung balik topik tadi.
            Damia terus terpandang wajah suaminya. Ternyata air muka Fakhri masih tenang. Pandai sungguh berlakon!
            “ Abang ok. Lagipun mama yang nak Fakhri dan Damia bernikah. Dia selalu patuh dengan cakap mama.” Fakhri maintain senyum. Wajah Damia dilirik sikit.
            “ Baguslah kalau macam tu. Mak bukan apa, janganlah kamu adik beradik masam muka pula sebab Damia. Damia ni nama aje umur 25 tapi sampai pilihan hati sendiri pun tak yakin betul – betul. Bertunang dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Dalam hari yang sama pulak tu.” sempat lagi Puan Rozita buka kuliah pagi di ruang makan itu.
            Fakhri sudah tersengih mengejek ke arah isterinya. Damia mula tarik muka. Erkk! Comellah pulak perempuan ni merajuk!
            “ Mak, orang dah lambat dah ni! Orang gerak dulu eh?”
            Ayat biasa yang digunakan untuk menyelamatkan diri dari tazkirah pagi. Damia segera menghulur tangan untuk menyalami tangan ibunya. Namun, Puan Rozita tidak menyambut.
            “ Damia!”
            “ Ya, mak.” Damia angkat kepala sikit pandang muka ibunya.
            “ Lain kali salam dengan suami dulu. Baru salam dengan orang lain. Suami first!” tegas arahan yang diberikan.
            Air muka Damia serta – merta berubah. Wajah Fakhri dikerling sedikit. Fakhri sudah bersedia dengan bangganya menghulur tangan untuk disalami. Lambat – lambat Damia mencium tangan suaminya. Aduss, segannya! Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Fakhri tarik senyum lebar sampai ke telinga.
***
Damia melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengan Lala. Lala hanya mengukir senyuman nipis lalu menyambung semula aktiviti membaca novel yang dijalankan setiap kali waktu rehatnya. Damia hanya memerhati gadis di depan matanya itu khusyuk membaca. Kadang – kadang Lala tergelak, kadang – kadang pula air mukanya sedih. Damia yang sedang melihat mula menayang wajah pelik.
            Best sangat ke cerita tu?” tegur Damia apabila merasakan kehadirannya di ruang itu tidak dilayan.
            Best, kak! Akak nak pinjam?” Lala bersungguh – sungguh membalas.
            “ Eh, tak apalah. Akak kurang minat baca novel ni.”
            Lala mencebik sikit. “ Tapi best cerita ni kak. Akak try lah baca dulu.”
            Beria – ria Lala mengofferkan novelnya. Menyesal pulak aku tanya best ke tak tadi.
            “ Macam nilah. Nanti kalau akak rasa nak baca, akak minta kat Lala ok?” lembut cara penolakan Damia.
            “ Ok. Jangan lupa tau pinjam nanti.” Sempat lagi Lala berpesan. Tak putus asa jugak tu.
            Damia hanya senyum seraya menganggukkan kepalanya. Dalam restoran itu, staf yang dia paling rapat pun adalah Lala selain Fakhri. Eh, Fakhri? Hmm lepas ni lagi banyak aku kena menghadap muka budak Fakhri tu. Ingatkan dah kena fire, bebaslah hidup aku. Ah, tapi salah aku jugak setuju nak nikah dengan dia! Gila! Memang kerja gila sungguh! Apasal waktu tu aku tak terfikir masa depan? Kalaulah aku tak terima offer Encik Fahim hari tu...
            “ Eh, Encik Fahim!”
Lamunan Damia serta – merta mati bila biji matanya sudah tertancap ke arah tubuh Fahim yang tercegat berdiri di ruang itu. Panjang umur sungguh! Baru seru, dah sampai. Lala kelam – kabut menutup novel yang sedang dibacanya. Satu senyuman dihadiahkan ikhlas buat bos mereka.
“ Lala, boleh awak keluar sekejap? Saya ada hal sikit nak cakap dengan Damia.”
Lala akur dengan arahan. Kerusi juga sudah bertukar tuan. Damia masih membisu tidak memulakan bicara. Dia sendiri sudah boleh agak topik apa yang hendak diutarakan Fahim kala itu. Kalau bukan nak tanya aku ok ke tak mesti dia akan tanya betul ke aku dengan Fakhri sudah lama bercinta? Ah, soalan yang cliche bagi aku dan Fakhri semenjak dua menjak ni!
“ Damia selesa bila Fakhri tak kerja sini?”
Soalan yang baru terbit dari bibir Fahim membuatkan Damia tergamam seketika. Cis, apasal dia tanya soalan lain ni? Buat penat aje aku prepare jawapan siap – siap tadi.
“ Hmm taklah selesa sangat pun.” Erk! Apa benda aku merepek ni? Damia cepat – cepat menekup mulut.
Fahim hanya tersenyum kecil. Air mukanya tenang seperti selalu. “ Esok ada staf baru akan ganti tempat Fakhri. Perempuan.”
Damia hanya menganggukkan kepala sedikit tanda memahami. Dah orang nak bagi pembantu takkan nak tolak kan?
Part time juga ke Encik Fahim?”
Yup. Part time untuk sebulan saja katanya. Hmm janganlah panggil Encik Fahim lagi. Panggil abang. Kita kan dah sekeluarga sekarang.” Fahim maintain senyum.
Abang? Perkataan itu membuatkan Damia tersentak kejap. Mana aku biasa nak panggil Encik Fahim abang. Kekoklah kalau macam ni.
“ Err baiklah, abang Fahim!” Cis, penipu! Kekok konon...
“ Yang pasal hari tu, abang minta maaf. Abang tak tahu pulak Damia dengan Fakhri bercinta selama ni.” Fahim menuju ke agenda sebenar.
Punya panjang mukadimah, baru sekarang dia nak buka topik aku bercinta dengan Fakhri?
“ Damia yang patut minta maaf dengan abang sebab tak tunaikan janji nak tolong abang.” Pelahan nada itu membalas.
Fahim terdiam sejenak. Lama dia tatap wajah adik iparnya itu barulah bibirnya sedikit bergerak untuk berkata sesuatu.
“ Sebenarnya, korang tak ada hubungan apa – apa kan sebelum ni?”
Damia tersentak. Terus dia angkat kepala pandang wajah Fahim. Membulat biji matanya. Air muka yang sedang berubah cuaca sedaya – upaya dikawal.
“ Err kenapa Abang Fahim tanya macam tu?”
“ Saja. Mungkin sebab abang rasa Damia takkan pilih budak – budak macam Fakhri tu untuk jadi kekasih.”
Damia hanya senyum buat seketika. Dalam hati dah ketawa kuat – kuat. Fakhri, dengar tu! Abang kau sendiri cakap kau budak – budak. Hehehe jangan marah aaa...
“ Tapi Fakhri tu dah jadi suami Damia pun, abang. Tak kisahlah umur dia berapa pun dia tetap suami Damia kan sekarang?” Wah, ni kalau Fakhri dengar aku back – up dia ni, mau terjun laut aku kejap lagi. Malu!
Fahim tersenyum nipis tanda mengiakan. “ Tak apalah. Abang doakan kamu berdua bahagia sampai bila – bila ya?”
Sampai bila – bila? Err part yang tu aku tak sure lagi. Mungkin esok, mungkin lusa or mungkin lepas dia habis belajar ni saja jodoh aku dengan dia kekal. Ah, malas fikirlah!
“ Abang!” Damia segera memanggil Fahim yang baru hendak meninggalkan ruang itu.
“ Kenapa?”
“ Abang tolong rahsiakan dari semua staf dalam restoran ni yang kitorang dah nikah boleh?”
“ Kenapa?” Fahim mengulangi soalan sama. Wajahnya dipelikkan.
“ Sebabnya err.. sebab Fakhri yang minta macam tu. Mungkin sebab dia segan kot kalau orang tahu dia kahwin sebelum habis belajar.”
Fuh, sorry Fakhri! Aku terpaksa guna nama kau. Nak guna nama aku tak boleh. Nampak nau tak logiknya aku segan orang tahu aku yang berumur 25 tahun ni dah kahwin betul tak?
“ Hmm oklah kalau macam tu.” Fahim akur. Muka cool dia masih terpampang.
Damia pula sudah menghela nafas lega. Belakang tubuh Fahim yang sedang melangkah pergi diperhati lama. Sepatutnya Fahim Rayyan yang menjadi suami aku kan?
***
Rasanya dah nak dekat sepuluh kali Fakhri menukar siaran televisyen yang sedang ditontonnya. Usai sahaja bersarapan dengan ibu mertuanya tadi, Fakhri terus menuju ke rumah mamanya. Dan sekarang dia sedang bertapa di hadapan televisyen dengan berbekalkan perasaan bosan yang teramat tinggi. Semua rancangan tidak kena pada matanya. Yang tu tak best, yang ni tak best. Hanya mata yang menjamah kaca televisyen tetapi fikiran melayang entah ke planet mana. Puan Maria pula sudah geleng kepala melihat aktiviti tak berfaedah anak bongsunya itu.   
“ Isteri pergi kerja, suami duduk rumah tengok tv. Eloklah tu.” Puan Maria mengomel perlahan.
            Omelan yang hinggap di gegendang telinga Fakhri membuatkan pemuda itu terus menekan punat off di alat kawalan jauh televisyen. Kepalanya segera ditoleh ke arah Puan Maria. Apalah masalah mama asyik tak puas hati aku tak kerja ni? Musykil!
            “ Siapa yang suruh Fakhri kahwin?” Fakhri main perli.
            “ Siapa suruh kacau majlis orang?” Puan Maria juga tak nak mengalah.
            Fakhri terus hilang kata – kata. Terdiam sejenak. Mama ni tak habis – habis dengan modal dia pasal kacau majlis orang tu. Ni kalau menjawab lagi ni mesti keluar ayat ‘mama nak kamu tahu tanggungjawab faham tak?’ Haih. Fakhri sempat mengeluh berat sebelum menekan punat on alat kawalan televisyen semula.
            So, apa planning kamu lepas ni? Nak tinggal dengan mama ke dengan mak mertua kamu?” Puan Maria menyambung lagi.
            “ Tinggal mana pulak, ma? Lepas cuti sem ni kan Fakhri balik UiTM. Duduk rumah sewalah. Duduk mana lagi?” Biji mata Fakhri tepat memandang skrin televisyen. Tiba – tiba pula ada rancangan yang menarik perhatiannya.
            “ Memanglah. Maksud mama sebelum kamu balik U, kamu berdua nak duduk mana?”
            “ Hmm tak tahu lagi, ma. Belum bincang lagi. Kalau kitorang duduk asing boleh?”
            “ Kamu jangan nak mengada, Fakhri! Nanti apa kata mak mertua kamu pulak? Dahla datang buat kacau kat majlis orang.” Puan Maria sekaligus mengutil paha anak bongsunya itu.
            “ Sakitlah, ma!” Haih. Salah cakap sikit aje mesti statement kacau majlis orang tu naik. Sempat lagi Fakhri membebel sambil menggosok – gosok pahanya yang sudah merah.
            “ Tak apalah. Kamu berdua bincanglah dulu mana yang terbaik. Mama tak kisah mana – mana pun.”
            “ Fahim ok, ma?” Fakhri tukar topik tiba – tiba.
            “ Ok je mama tengok dia pagi tadi. Kenapa?” Puan Maria menayang wajah pelik.
            “ Tak ada apa. Manalah tahu dia bengang dengan Fakhri ke.”
            “ Nak bengang kenapa pulak? Perempuan yang dia cinta tu Puteri bukan Damia.”
            “ Memanglah. Tapi Fakhri kan dah rosakkan majlis dia semalam.” Cis, aku sendiri yang ungkit statement tu lagi!
            Puan Maria sudah ketawa kecil. Macam tahu – tahu pula anaknya sedang mengata diri sendiri. “ Sudahlah tu, Fakhri. Benda dah nak jadi nak buat macam mana. Dah ketentuan Allah SWT jodoh kamu dengan Damia. Kalau kamu tak datang kacau pun, mesti ada benda lain jugak yang menghalang sebab dah tertulis Damia tu untuk kamu.”
            Damia untuk aku? Ayat itu terus membuatkan Fakhri terdiam. Tidak membalas. Kata – kata dari bibir mamanya itu sebiji – sebiji masuk ke dalam urat saraf otak. Ditafsirnya satu – persatu. Cuba untuk mencari kepastian di mana dia sendiri masih hambar dengan makna kata – kata dari mamanya. Jodoh?
            Lunch kat sini ya, Fakhri?” Puan Maria bingkas dari sofa. Menuju ke dapur barangkali.
            Lamunan Fakhri dibunuh dengan kejamnya. Kepalanya lambat – lambat dianggukkan. Damia jodoh aku? Nurul Damia binti Ariffin tu? Huish jauh betul aku berangan ni! Sila kembali ke pangkal jalan ya, Fakhri Wafiy.
                                                                                   *****
                                                                         ~ bersambung ~ 
                                                                                     ^_^

8 comments:

  1. kalau ye pun x suka sy, xkan smpai nak membunuh....alahai comel fakhri :)

    ReplyDelete
  2. aduhhh...penat giler marathon bab 7 sampai 9..
    nurrul,nak lagi..noor rasa noor dh fall for fakhri!!!!
    hehehehe...

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh next chapter coming soon dear..
      ha kan dah fall dah tu? hihi

      Delete
  3. asal fakhri jd fahim lak tu?
    Sila semak lg btul2 ya cik writer.
    Hehe #interesting :)

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?