Hari yang ditunggu – tunggu
telahpun tiba. Pagi itu, Wafa setia menunggu Mardiana yang sedang menyolek mukanya.
Masuk kali ni sudah kali keempat dia terpaksa ke bilik air untuk membasuh
wajahnya yang comot diconteng Mardiana itu.
“
Mar, aku suruh kau mekap sikit – sikit je. Yang kau buat muka aku ni jadi badut
kenapa?” bebel Wafa sambil membelek – belek wajahnya di hadapan cermin. Tidak
puas betul hatinya apabila melihat pemerah pipi dan pembayang mata yang begitu
terang disolek oleh Mardiana.
“
Kau cakap nak suruh aku mekap jadi lawak kan? Tak cukup lawak lagi ke aku boleh
tambah.” Mardiana ketawa kecil.
“
Ah, sudah – sudah. Macam ni pun boleh lah. Ni pun aku dah tak sanggup nak
tengok muka aku dekat cermin.” Wafa ketawa besar.
Seketika
kemudian kedengaran bunyi telefon bimbit Mardiana berdering. Mardiana segera
keluar dari bilik itu untuk menjawab panggilan telefon. Wafa pula tidak habis –
habis membelek wajahnya di cermin. Seketika kemudian, matanya mengerling jam di
dinding. Alamak, dah lambat dah ni! Sepantas kilat, Wafa mencapai pakaian yang
sudah tersedia lalu disarungkan ke tubuhnya.
Sepuluh minit kemudian, usai bersiap Wafa
memulas pintu tombol biliknya lantas melangkah keluar menuju ke arah ruang
tamu. Waiz dan Mardiana yang sedang menonton televisyen serta – merta beralih
ke arah Wafa. Kedua – duanya ternganga dengan kelopak mata yang tidak berkedip.
Nyata terkejut benar dibuatnya.
“
Kak...” Waiz tidak mampu menyambung ayatnya. Mardiana pula sudah tidak dapat menahan
ketawa melihat penampilan teman baiknya itu.
“
Jangan komen apa – apa ok? Well, wish me
luck dear.” Dengan penuh gaya menggoda Wafa membalas. Waiz tercengang. Mardiana
pula sudah meledakkan tawanya.
“
Good luck to you, darling!” Sempat
lagi Mardiana membalas apabila melihat kelibat Wafa sudah memasuki perut
kereta. Waiz pula semakin pelik dengan gelagat dua orang perempuan di
hadapannya itu.
***
Perjalanan yang mengambil masa
lebih kurang 3 jam itu akhirnya hampir sampai ke destinasi yang dituju. Wafa
mengerling jam di dash board keretanya
yang sedang menunjukkan pukul 3 petang. Maklong cakap diorang nak datang dalam area waktu macam ni lah. Agaknya
rombongan Si Tonggek tu dah sampai ke belum eh? Wafa mengomel sendiri. Matanya masih
memandang hadapan jalan.
Sepuluh
minit kemudian, Wafa mula memasuki kawasan kampungnya yang terletak lebih
kurang 1 kilometer dari Pekan Gerik. Dia segera memandu keretanya hingga sampai
di perkarangan rumah Puan Naimah. Dia menjengukkan sedikit kepalanya untuk
melihat laman rumah itu. Kelihatan dua buah kereta diparkir elok di kawasan
rumah maklong. Sah diorang dah sampai!
Perlahan
– lahan Wafa memberhentikan enjin keretanya di hadapan rumah itu. Dia segera
memerhatikan wajahnya tika itu melalui cermin pandang belakang. Ok, mekap dah
cun! Betulkan tudung sikit macam ni. Oh, jangan lupa cermin mata ajaib aku ni!
Wafa segera mengambil kacamata hitam yang berbentuk hati yang telah disangkut
di blousenya lalu dipakaikan ke mata.
Sekali lagi dia melihat wajahnya di cermin pandang belakang. Kau memang cun
melecun Wafa! Tak ada siapa boleh lawan kecantikan kau. Hahaha. Wafa ketawa
besar.
Lantas
Wafa segera membuka pintu keretanya lalu melangkah keluar. Dengan mengenakan
kasut tinggi berwarna biru muda, seluar jeans
ketat kembang di bawah berwarna hijau terang, blouse berbunga besar berwarna kuning dan tudung merah menyala
diikat riben ditengkuk, Wafa dengan megah dan bangganya ala – ala agogo 70 an
dulu berjalan menuju ke arah pintu masuk rumah itu. Nasib baik aku pakai tudung, kalau tak pasti rambut afro sudah melekat di kepala sekarang. Hahaha.
“
Assalamualaikum.” Wafa memberi salam ke arah tetamu – tetamu yang berada di
ruang tamu rumah itu.
“
Ha itupun Wafa dah...” Puan Naimah tidak dapat menghabiskan kata – katanya
apabila melihat penampilan anak saudaranya itu. Dia memandang dari atas hingga
bawah ke arah Wafa yang tersengih seperti kerang busuk di muka pintu. Semua
mata yang berada di situ jugak terperanjat. Bagai nak terkeluar biji mata
mereka.
Wafa
yang menyedari perubahan suasana di ruang tamu itu sudah meledakkan tawa besar
dalam hatinya. Padan muka! Dia lantas bersalaman dengan bakal ibu mertuanya dan
perempuan – perempuan yang berada di situ. Kemudian, dia mengambil tempat di
sebelah Puan Naimah sambil tersengih menayangkan giginya yang putih bersih.
“
Makcik ke yang akan jadi mak mertua saya?” tanya Wafa kepada ibu Khairul, Puan
Salbiah.
“
Makcik?” Perlahan – lahan Puan Salbiah menganggukkan kepalanya. Dalam
fikirannya masih tidak mempercayai perempuan pilihan anak terunanya sebegini
rupa. Kau ni waras ke tak Khairul nak suruh mak pinang perempuan macam ni?
“
Makcik ni macam takut je dengan saya. Jangan lah macam tu makcik. Saya ni
nampak je brutal tapi dalam hati saya ada air terjun tau. Hidup kita ni mesti
rock betul tak makcik. Hahaha.” Wafa ketawa besar sambil menepuk paha Puan
Salbiah dengan selambanya. Puan Salbiah terperanjat.
“
Wafa, apa yang kau buat ni ha? Kau jangan nak malukan aku. Siap kau nanti aku
kerjakan.” Puan Naimah separuh berbisik ke telinga Wafa. Wafa sengaja
memekakkan telinganya buat endah tak endah dengan ugutan maklongnya itu.
“
Err Wafa mengajar mata pelajaran apa dekat sekolah?” Puan Salbiah berpura –
pura memaniskan wajahnya.
“
Ha soalan yang bijak tu makcik. Cuba makcik teka saya ajar subjek apa dekat
sekolah?” Wafa tersengih lagi.
Puan
Salbiah sudah menayang wajah pelik. Aku tanya dia, dia tanya aku balik? “ Err
makcik tak tahu.”
“
Mestilah makcik tak tahu. Kalau makcik tahu, buat apa makcik tanya saya betul
tak?” Wafa ketawa lagi.
Puan
Salbiah berpura – pura tersengih lalu menganggukkan kepalanya tanda mengiakan
kata – kata Wafa. Sah budak ni gila! Jangan harap lah kau nak jadi menantu aku.
Bentak Puan Salbiah dalam hati.
“
Saya sebenarnya mengajar budak – budak menyanyi kat sekolah. Ni saya baru balik
dari join pasukan koir sekolah lah
ni. Makcik nak dengar tak saya menyanyi?”
Belum
sempat Puan Naimah menghalang, Wafa telah berdiri tegak di hadapan semua tetamu
itu. Puan Naimah hanya mampu menundukkan wajahnya tika itu. Malunya bertimpa –
timpa. Mukanya juga dirasakan sudah tebal 2 inci. Wafa, kau memang sengaja cari
nahas dengan aku kan!
Wafa
sedaya upaya menahan gelak apabila melihat air muka para tetamu yang tercengang
melihat dirinya itu. Dia berdehem sedikit konon – kononnya hendak menyampaikan
sebuah lagu di hadapan penonton.
“
Saya mula ya, makcik. Bila...larut malam... carakuca carakuca ca ca ca..
Suasana sepi...carakuca carakuca ca ca ca...” Wafa menyanyi dengan penuh
perasaan siap dengan gaya tarian twist ala – ala Saloma lagi. Puan Salbiah and the geng sudah pun ternganga
menyaksikan persembahan yang tak diundang itu.
Puan
Naimah segera menarik lengan Wafa masuk ke dalam bilik. Perasaan amarah yang
sudah menggunung di dalam hatinya itu sudah tidak dapat dibendung lagi. Wafa
hanya menuruti langkah maklongnya dari belakang. Dalam hatinya sudah mengukir
senyuman mekar. Kalau mak Khairul tu tetap nak buat aku jadi menantu jugak
lepas ni, memang sah dia kena makan ubat. Hahaha.
Usai
bersalaman dengan para tetamu yang hadir, Puan Naimah segera mencari kelibat
Wafa. Kelihatan Wafa sedang mengunyah keropok twisties dengan bahagianya di
meja makan. Dia segera menggenggam erat lengan Wafa lalu ditariknya lengan
kecil itu menuju ke ruang tamu. Wafa terperanjat. Mahu tak mahu dia terpaksa
membontoti Puan Naimah.
“
Apa ni maklong? Sakitlah tangan Wafa.” Wafa cuba melepaskan lengannya yang
dicengkam kuat.
“
Kau fikir tangan kau je yang sakit? Kau tak fikir hati aku yang sakit ni?” Puan
Naimah sudah meninggikan suaranya.
“
Kan Wafa dah bagitau hari tu yang Wafa tak nak kahwin dengan Khairul, kenapa
maklong paksa jugak?”
“
Kau ni memang manusia tak kenang budi, Wafa! Aku dah bela kau dari kecil lagi
tapi ni balasannya kau buat dekat aku?”
“
Budi? Kalau maklong nak cakap pasal budi, Wafa tahu budi maklong tu dah
terbalas dah semua. Kalau tak sebab maklong jaga Wafa dan Waiz, keluarga
maklong hidup merempat betul tak? Tanah rumah ni tergadai sebab apa? Sebab
paklong tu kaki judi. Tapi maklong tak pernah nampak kesalahan ahli keluarga
maklong sendiri. Maklong cuma nampak kami dua beradik yang bawak beban dan malang.”
Air mata Wafa sudah mencurah – curah jatuh ke pipi. Habis cair pemerah pipi dan
pembayang matanya apabila bercampur dengan air mata.
Kemarahan
Puan Naimah sudah capai ke kemuncaknya apabila mendengar luahan dari bibir
Wafa. “ Apa kau cakap Wafa? Kau ulang balik!”
“
Wafa cakap paklong tu kaki judi sampai tanah rumah ni tergadai tapi kenapa Wafa
yang kena tanggung semua ni, maklong?” semakin laju air mata Wafa menghambur.
“
Kau memang biadap Wafa!” Puan Naimah sudah menaikkan tangan kanannya dengan kasar
untuk mendarat di pipi lembut gadis itu. Wafa cepat – cepat memejamkan matanya
rapat. Dia redha dengan apa yang akan berlaku. Dari kecil lagi badannya sudah
lali dengan bekas tapak tangan dan rotan oleh Puan Naimah.
Namun, dengan
tiba - tiba pergerakan tangan perempuan
itu terbatas. Puan Naimah tercengang melihat pergelangan tangannya yang sedang
digenggam erat oleh seorang lelaki. Wafa juga tersentak. Dia mencelikkan
matanya semula lalu menoleh perlahan ke arah lelaki itu. Lidahnya kelu seketika. Tengku?!!
Tengku Aakif
Nawfal merenung tajam wajah perempuan yang lebih kurang sebaya dengan ibunya
itu. Lantas dia melepaskan pergelangan tangan itu ke bawah. “ Makcik tak ada
hak nak sentuh perempuan ni apatah lagi nak pukul dia, faham?” serius nada suara
Aakif.
“ Kau ni siapa?
Suka hati aku lah nak pukul dia ke apa ke. Dia anak saudara aku.” Puan Naimah
memandang jelik ke arah lelaki asing yang muncul secara tiba – tiba itu.
“ Saya suami
Wafa.” Balas Aakif serius. Air muka Puan Naimah serta – merta berubah. Wafa
Amani pula memang dah kategori terkejut beruk dah. Bila masa aku jadi bini dia
pulak ni?
“ Jadi, makcik
tak berhak nak sentuh Wafa sikit pun tanpa kebenaran saya faham? Seluruh tubuh
Wafa milik saya!”
Sekali lagi
kedua – dua perempuan yang berada di situ terpempan. Wafa yang mendengar seakan
– akan mahu pengsan. Dunianya dirasakan tunggang terbalik seketika. Ya Allah,
dugaan apa lah yang Kau turunkan pada aku ni!
“ Ok. Apa bukti
korang berdua dah kahwin?” Puan Naimah berlagak tenang.
“ Buktinya sila
lah datang ke rumah kami dan saya akan tunjukkan sijil nikah. Jom kita balik,
sayang.” Tengku Aakif Nawfal segera menarik lengan Wafa menuju ke muka pintu.
Wafa yang masih terpinga – pinga hanya mampu menuruti langkah.
Puan Naimah
hanya memandang tajam kelibat pasangan itu melangkah keluar. Sebentar kemudian,
dia merengus geram. Apa? Dah kahwin? Aku tak percaya langsung diorang ni dah
kahwin. Nak menipu aku konon. Ingat aku tak tahu perangai budak – budak
sekarang? Berlambak – lambak drama dalam tv tu aku tengok. Tak apa kita tengok
siapa yang terkena nanti, Wafa!
Salam, hahh lawaknya si Wafa ni boleh buat konsert depan bakal emak mertua. Akif thanks tolong Wafa akhirnya.
ReplyDeleteWaalaikumussalam..tanks sebab rasa Wafa kelakar =)
ReplyDeleteTahniah penulis sebab bjaya buat sy suka dengan Wafa..kelakar habis haha
ReplyDeletethis chapter superb writer! hahah
ReplyDeletetarakucaa caaaa...... hahahaha
ReplyDeletehaiii sakit perut ketawa sbb wafa ni :)
ReplyDeleteYa allah! Ok kalau lepas ni mak saya try nak paksa saya kahwin saya ikut idea Wafa! Ya allah serious kelakar!
ReplyDeletelucunya,dapat bayangkan cam mana rupa wafa,tepat masanya aakif muncul.
ReplyDeletebestnya
lucunya,dapat bayangkan cam mana rupa wafa,tepat masanya aakif muncul.
ReplyDeletebestnya