Followers

Monday, 15 April 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 6 ~


Damia memaku kaki di hadapan pintu masuk pasar ikan. Kepalanya ditoleh kasar ke belakang. Kelihatan Fakhri turut terperanjat kecil dengan pemberhentian secara mengejut yang dibuat gadis itu secara tiba – tiba. Biji mata Damia dibeliakkan kepada Fakhri supaya nampak wajah garang walaupun sebenarnya lebih menampakkan comel di wajah lembut itu.
            “ Apasal kau ikut aku ni? Dah tolong hantar pun dah cukup dah. Aku boleh beli barang sendiri.” Damia pandang tepat wajah Fakhri. Peristiwa dia salah sangka masuk kereta tadi pun masih berbekas dan mamat ni masih nak tunjuk muka depan dia lagi? Haih!
            “ Hak sayalah nak ikut siapa pun. Kaki saya kan?” Fakhri tayang muka selenge.
            “ Masalahnya aku tak suka kau ikut aku sekarang ni. Tadi aku suruh kau pergi beli, kau tak nak. Sekarang nak follow – follow pulak.”
            “ Saya nak kenal jugak rupa ikan salmon tu macam mana.” Fakhri sengih. Sengaja nak menghangatkan lagi suasana.
            “ Tak payah susah – susah nak bersuai kenal. Kau bukan nelayan pun.” Damia balas sengih sinis sambil memulangkan paku buah keras.
            “ Yup! Tapi manalah tahu kan nanti isteri saya suruh beli ikan kat pasar, boleh jugak saya aplikasikan ilmu yang saya pelajari dari awak ni.”
            Huk aloh! Umur baru setahun jagung ada hati nak cakap pasal isteri. Aku yang patut kahwin dah ni pun tak fikir pasal suami lagi tau. Advanced betul budak – budak zaman sekarang ni!
            “ Suka hati kaulah. Tapi ingat! Disebabkan kau yang nak ikut aku so, kau yang kena angkut semua barang ya? No excuse!” Damia segera menghayun langkah memasuki ruang pasar yang agak berbau hanyir dengan pelbagai jenis ikan yang dijual.
            Fakhri hanya tersengih kecil membontoti gadis itu dari belakang. Entah apa yang membuatkan hatinya cukup senang bila berada di samping Nurul Damia. Semakin Damia tak suka, semakin dia suka. Semakin Damia marah, semakin dia senyum. Ah, sudah! Apa yang berlaku sebenarnya ni?!
            Langkah diatur dengan penuh hati – hati di atas lantai simen yang basah. Risau jugak kaki seluar jeans yang berjenama Levis itu basah dek air ikan yang tertumpah di sana – sini. Terkial – kial Fakhri mengekori Damia dari belakang. Almaklumlah, ini merupakan kali pertama pemuda itu menjejakkan kaki di dalam pasar ikan. Selama ni, tak pernah terlintas pun dalam benaknya untuk menemani Puan Maria ke pasar tapi hari ni dia secara sukarela ingin memecah rekod hidupnya. Apa kes?!
            “ Nah!” Beberapa bungkus plastik yang berisi ikan salmon dihulurkan Damia secara tiba – tiba telah membunuh kejam lamunan Fakhri.
            Erkk! Bila masa makcik ni beli ikan? Tak perasan pulak aku. Plastik yang dihulurkan tetap disambut perlahan. Damia memanjangkan langkah lagi sambil biji matanya sibuk memerhatikan pelbagai jenis ikan yang dijual. Fakhri pula cepat – cepat menyamakan langkahnya dengan gadis itu.
            “ Cakap nak beli ikan salmon je. Awak cari apa lagi ni?” soal Fakhri seraya turut melilaukan biji matanya memerhatikan ikan – ikan yang tertera untuk dijual.
            “ Saja nak tengok ikan – ikan lain. Mana tahu ada yang berkenan di hati ke nanti.” Bersahaja Damia membalas.
            “ Ala tak payahlah membazir. Jomlah kita balik. Kasut saya dah basah dah ni kena air ikan. Hanyir tau!” rungut Fakhri persis budak kecil.
            Damia mematikan langkah tiba – tiba. Segera kepalanya ditoleh ke arah Fakhri. “ Tadi siapa yang gatal sangat nak ikut?” Damia membeliakkan biji mata.
            “ Eh, tolong sikit! Saya tak gatal tau.” Fakhri jegil balik biji mata.
            “ Ada aku cakap kau ke yang gatal tu?” Damia pusing ayat. Sengaja nak menyakitkan hati. Ingat Fakhri seorang je yang boleh putar cakap orang?
            Fakhri terdiam kejap. Buat pertama kali, dia terasa seperti hampir – hampir menempa kekalahan dalam peperangan mulut yang baru saja dilancarkan. Tak boleh jadi ni!
            “ Cara awak cakap tu macam nak menuduh saya yang gatal. Padahal saya tak gatal pun.” Fakhri mula naik pitch suara.
            “ Habis tu kalau bukan kau yang gatal, siapa lagi? Aku?”
            Maybe. Kalau awak tak gatal, saya tak ikut sampai sini.” Begitu selamba nada itu bertutur. Siap dengan menghadiahkan sengih jahat sekali.
            Damia sudah merengus geram. Rasa nak telan hidup – hidup je budak lelaki di hadapan matanya itu. Boleh pulak aku yang dikatakan gatal dalam situasi sekarang ni? Tak masuk akal betul!
            “ Kau yang gatal, lepas tu...” belum sempat Damia hendak menyambung kata, tiba – tiba bahunya ditepuk seseorang.
            Serta – merta keempat – empat biji mata yang berada di situ dialihkan ke arah pemilik tangan yang menepuk bahu Damia tadi. Damia terpempan buat seketika. Mak?!!! Fakhri pula hanya mampu menayang wajah pelik. Terasa asing tiba – tiba.
            “ Lepas tu apa? Apa yang gatal – gatal mak dengar dari tadi tu?” Puan Rozita pandang tepat biji mata Damia bersilih ganti dengan wajah Fakhri. Tubuh Fakhri juga dipandang atas bawah sehingga membuatkan pemuda itu mula tak selesa.
            “ Err mak buat apa kat sini?” Damia masih membuntang biji mata. Terkejut dan tak tahu nak buat apa lagi. Nak menyorok pun, dah sah – sah tak sempat.
            “ Hai... tak kan mak nak pergi pasar pun tak boleh kot? Kamu berdua dah book pasar ni ke?” Puan Rozita kerling sikit wajah Fakhri yang masih membingung dari tadi. Bibirnya senyap seribu bahasa.
            “ Eh.. err mak nak beli ikan ya? Jom orang temankan!”
Damia segera memaut lengan Puan Rozita. Konon – konon aksi tunjuk mesra antara ibu dan anak itu dapat membuatkan Puan Rozita angkat kaki dengan kadar segera dari ruang itu. Namun, amat mengecewakan bila tapak kaki Puan Rozita sudah dipaku betul – betul berhadapan dengan Fakhri Wafiy yang sedang menayangkan muka senyum tak senyum tu atau dalam erti kata lain, senyum serba salah kot.
“ Kamu ni siapa?” Puan Rozita sekali lagi pandang Fakhri atas bawah. Muka gangster gila macam nak ajak bertumbuk!
“ Err saya... err..”
“ Ni anak buah orang kat restoran, mak. Pembantu chef.” Damia cepat – cepat memotong tanpa memberi sebarang signal. Mana tidaknya, Puan Rozita dah mula nak buat sesi perkenalan dengan anak teruna orang la tu. Boleh bikin gawat ni!
“ Ni ke boyfriend kamu, Damia?”
Boyfriend? Soalan yang memberi kejutan elektrik satu badan itu membuatkan air muka Fakhri berubah cuaca serta – merta. Damia dah tepuk dahi. Wajahnya diraut serentak. Ah, sudah! Fakhri pandang Damia dengan wajah yang penuh dengan tanda soal. Dia semakin tak faham dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
“ Mak, apa kata mak pergi beli ikan dulu? Orang tengah kerja sekarang ni. Nanti balik kita sembang panjang lagi ya?”
Damia cepat – cepat memberi isyarat mata kepada Fakhri supaya beredar dari situ cepat. Langkahnya juga sudah disusun laju menuju ke tempat letak kereta. Fakhri sempat menghadiahkan sebuah senyuman mesra buat Puan Rozita sebelum membontoti Damia yang sudah menonong tak tentu hala tu. Puan Rozita masih tercengang. Namun, seketika kemudian bibirnya sudah tersengih kecil. Tak syak lagi! Damia dah ada boyfriend.
***
Tepat pukul 11 malam, usai sahaja pintu dapur dikunci dari luar Damia segera menyilangkan beg kerjanya di badan. Dia terpaksa pulang lewat hari ni disebabkan untuk memastikan urusan stok bahan mentah makanan yang dihantar pada malam itu tiada sebarang masalah. Baru saja dia hendak melintas ruang makan pelanggan, biji matanya melirik ke arah satu cahaya lampu yang samar – samar dari arah penjuru ruang makan. Langkahnya mati tiba – tiba.
            Pelik! Rasanya semua dah balik dah. Ada orang lupa nak tutup lampu ke? Ataupun ada sesuatu yang membuatkan lampu tu terbuka semula? Aduh! Baru je semalam aku tengok cerita Detik 12 Malam. Adakah ini satu kebetulan? Tapi sekarang baru pukul 11 malam. Dalam sibuk mencongak sendirian, tapak kaki Damia tetap jua perlahan – lahan diatur ke kawasan kejadian.
            Damia menjengukkan kepalanya sedikit di ruang itu. Dalam hati tak putus – putus membaca ayat Kursi. Dalam berani itu masih ada takutnya. Tiba – tiba bebola matanya menangkap ke arah susuk tubuh seseorang yang sedang termenung ke luar dinding kaca restoran. Damia tercengang kejap. Fahim Rayyan?!
            “ Kusss! Saya ingatkan siapa tadi! Encik Fahim tak balik lagi ke?” Damia urut dada perlahan. Lega hatinya bila seseorang itu adalah Fahim Rayyan. Cuba kalau lelaki yang tak dikenali? Tak pun seseorang itu hanyalah bayangan hitam semata – mata? Ah, sudah! Mulalah tu nak megarut.
            Fahim Rayyan hanya menghadiahkan sebuah senyuman tawar buat stafnya itu. “ Kejap lagi saya baliklah. Awak dah habis kerja ke?”
            “ Baru je habis. Encik Fahim buat apa sorang – sorang kat sini? Kenapa tak balik lagi?” bertubi – tubi soalan yang ditembak Damia. Saja nak tunjuk caring sikit.
            “ Saya ada masalah sikit.” Balas Fahim perlahan. Pandangannya dilemparkan semula ke luar dinding kaca.
            Damia terkejut kecil. “ Masalah apa, encik? Hmm sebelum tu saya nak ucap tahniah la atas majlis pertunangan encik hari Sabtu ni ya?”
            Thanks tapi saya rasa awak dah boleh tarik balik ucapan tahniah tu, Damia.”
            Kali ni Damia betul – betul tersentak. Lama dia pandang wajah bos kesayangannya itu untuk meminta penjelasan.
            “ Bakal tunang saya dah tinggalkan saya.” Sambung Fahim lagi.
            Ok! Damia dah terlopong pulak sekarang. Rasa macam tak percaya pun ada. Perempuan mana yang ‘cerdik’ sangat meninggalkan lelaki idaman Malaya seperti Fahim Rayyan ni?!
            “ Duduklah. Tak kan awak nak tercegat pandang saya macam tu aje?”
            Damia masih tergamam. Namun begitu, kerusi di hadapan Fahim segera ditarik lalu dilabuhkan punggungnya setelah mendapat kebenaran dari bosnya itu. Rezeki ni dapat duduk depan bos! Kih kih kih.
            “ Habis tu majlis pertunangan Encik Fahim hari Sabtu ni dibatalkan ke?”
            “ Entahlah, Damia. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana lagi ni. Semuanya berlaku dalam masa terdekat. Saya buntu.”
            “ Macam mana boleh jadi macam ni, encik? Puan Maria dah tahu ke belum pasal ni?”
            Puan Maria? Ok, muntah hijau sekarang ya Damia! Nasib depan Fahim je aku terpaksa ber ‘Puan Maria’. Kalau depan Fakhri, dah kantoi dah hari tu! Hahaha. Aik, apasal pulak boleh muncul nama Fakhri pulak ni? Spoil betul!
            Fahim hanya menggeleng kepala perlahan. “ Mama tak tahu lagi.”
            “ Habis tu macam mana? Lagi beberapa hari je lagi ni majlis tu kan?” Damia pulak yang dihimpit risau. Mengalahkan Fahim sendiri.
            So, awak ada idea apa – apa?”
            Eh! Soalan jenis apa ni? Aku yang kena bagi idea ke?
            “ Err saya mana ada idea, Encik Fahim.” Damia garu sikit kepalanya yang tak gatal.
            Fahim segera mengukir senyum kecil. “ Saya tahu. Sorry. Saya main – main aje.”
            Fuh! Damia hela nafas lega walaupun sebenarnya taklah lega sangat. Selama setahun setengah aku kerja sini, tak pernah pulak Encik Fahim main – main dengan aku. Musykil! Apa kes ni?
            “ Damia...”
            Panggilan lembut dari pemuda itu membuatkan Damia bertembung biji mata dengan Fahim. Sabar dia menunggu Fahim Rayyan menyambung kata.
            “ Tolong ganti tempat bakal tunang saya?”
            Erkk! Kali ni Damia sudah tidak mampu lagi bersahaja. Terkejut naw! Rasanya aku tak salah dengar kan? Ataupun aku yang dah lama tak korek telinga ni? Mamat ni biar betik! Damia tidak mampu memberi jawapan. Terkedu tiba – tiba. Lama dia pandang wajah Fahim Rayyan.
            “ Saya tahu apa yang saya buat ni kerja gila tapi saya tak ada pilihan lain demi menyelamatkan maruah keluarga saya. Saya tak nak mama dapat malu dengan saudara – mara yang lain.”
            Habis tu, akulah yang kena tutup malu untuk keluarga diorang eh? Macam tu?! Namun, persoalan itu hanya terluah dalam benak kecil Damia.
            “ Saya minta maaf kalau awak rasa saya ni majikan yang pentingkan diri. Tapi saya dah tak tahu nak minta tolong pada siapa. Saya tak ada kenalan perempuan rapat yang boleh tolong saya dalam situasi sekarang.” Fahim menyambung lagi. Nadanya lebih kepada merayu. Nasib baik tak menangis.
            Damia kerut dahi menatap lama wajah lelaki idamannya itu. Bukan masalah besar pun bagi dirinya untuk menggantikan tempat bakal tunang Fahim memandangkan dia sendiri sudah lama menaruh hati pada lelaki itu. Tapi apa yang merungsingkan kepala otaknya sekarang, Puan Rozita macam mana? Majlis pertunangan tu cuma tinggal beberapa hari aje lagi. Pasti mak terperanjat besar!
            “ Awak jangan risau. Awak cuma perlu bertunang dengan saya dalam majlis tu. Lepas pada majlis tu nanti, awak tak perlu layan saya seperti tunang pun. Boleh?” Fahim cuba nasib lagi.
            Damia sudah membebaskan keluhan berat. Berat yang teramat sangat. Berat untuk membuat keputusan yang terlalu berat. “ Sampai bila kita kena terikat dengan hubungan tunang ni? Encik Fahim akan kahwin dengan saya ke nanti?”
            “ Saya akan bertanggungjawab, Damia. Saya akan cuba jaga awak kalau awak sendiri yang izinkan.” Fahim memasang janji.
            Wajah Fahim masih ditenung lama. Damia tidak segera membalas. Entah mengapa dia langsung tidak berasa bahagia dengan kata – kata yang baru diluahkan oleh pemuda yang pernah mendapat tempat di hatinya dulu. Dulu? Eh, sekarang pun masih Fahim lagi kan yang bertakhta di hati? Err.. not sure!
            “ Ok, saya setuju ganti tempat bakal tunang Encik Fahim tu!”
            Fahim akhirnya mampu menghela nafas lega yang teramat hebat sekali. Bibirnya sudah tersenyum mekar.
            “ Tapi dengan satu syarat.” Sambung Damia tiba – tiba.
            Fahim tersentak kecil. Namun, air mukanya segera dikawal rapi. “ Syarat apa pun saya sanggup tunaikan.”
            Oh, lelaki! Korang semua memang sangat suka menabur janji kan?
            “ Saya nak Encik Fahim pecat Fakhri dari restoran ni!” Aduh! Betul ke apa yang aku cuba buat sekarang ni? Biji mata Damia tikam tepat bebola mata Fahim walaupun dalam hati sedang berkocak hebat.
            Wajah Fahim pula usah digambarkan lagi betapa terkejutnya dia. Ternganga dua minit dibuatnya. Pecat Fakhri dari restoran?! 
                                                                                     *****
Ok! akan bersambung weekend ni in shaa Allah.. =) hehe semoga terhibur awak2 semua!

12 comments:

  1. Replies
    1. haha mana boleh gtau..
      tggu next chapter ye kak =P

      Delete
  2. Replies
    1. ok laju2 sy taip ni smpai lemau jari hihi =)

      Delete
  3. best! best! nak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu dear..
      akan diupdate scepat mgkin ye =)

      Delete
  4. sekali lg tpaksa marathon...
    aduhhh...suspen la plak...
    macam mane nih????
    nurrul,cepat sambung,noor dh rasa nk pengsan tunggu apa akn jadi....

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho lama x baca komen noor..hehe btw tenkiu sgt sbb sudi marathon smpai ke sini tau..
      aik jgn pengsan dulu..
      ok2 baik bos!akan diupdate a.s.a.p =)

      Delete
  5. continue cepat writer
    cant wait

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu anon sbb sudi baca!
      ye next chapter akan mnyusul scepat mgkin =)

      Delete
  6. alamak damia tunang dgn fahim ke nnti?
    fakhriiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. err next chapter soalan shila akan t'jwp.... =)

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?