Followers

Saturday, 22 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 16 ~


         Irfan meletakkann pen di atas mejanya lalu menekan intercom untuk menghubungi Suraya. “ Su, tolong panggil kan Hanna. Cakap kat dia saya nak jumpa.”
            “ Baik, Encik Irfan.” Jawab Suraya pendek.
            Beberapa minit kemudian, kedengaran Hanna mengetuk pintu dari luar. “ Come in!” Irfan menguatkan suaranya supaya Hanna dengar.
            Hanna kemudiannya memulas tombol pintu itu perlahan – lahan untuk masuk ke dalam. Ya Allah, harap – harap lah kali ni aku tak dengar lagi dialog maksiat Encik Irfan dengan perempuan dalam telefon dah.
            Dengan langkah perlahan Hanna masuk dan berdiri terpaku di hadapan Irfan. Hanna melihat Irfan sedang tekun menulis sesuatu di atas mejanya. Ish dia ni buat – buat tak perasan ke aku kat sini? Ingat aku ni setiausaha dia ke nak tercegat lama – lama kat sini.
            Beberapa minit kemudian Irfan meletakkan pen nya kembali di atas meja. Dia memandang wajah Hanna dengan muka serius tanpa sebarang senyuman di bibirnya. Lepas tu, dia melihat jam di tangan kirinya lantas kembali memandang Hanna.
            Hanna mula dilanda perasaan resah yang teramat sangat. Ya Allah, apa lagi dugaan yang cuba Kau bagi kat aku ni. Tolong lah selamatkan hambu Mu yang lemah ini ya Allah.
            “ Saya cakap apa kat awak pagi tadi?” Irfan masih lagi dengan wajah seriusnya.
            “ Cakap apa Encik Irfan?” Hanna cuba mengingati apa pesanan yang diberikan oleh bos nya pagi tadi.
            “ Cakap apa? Awak ni nak kerja ke tak nak kerja? Banyak makan semut ke sampai lupa macam ni? Kan saya cakap lepas lunch saya akan tunjukkan surrounding hotel ni kat awak. Sekarang dah pukul 3 petang tapi kenapa awak tak datang – datang pun jumpa saya kat bilik?” Irfan meninggikan suaranya sampai Suraya kat luar pun boleh rasa tempias nya.
            “ Maafkan saya encik. Saya ingatkan Encik Irfan yang akan panggil saya bila time Encik Irfan nak bawak saya tengok hotel ni. Saya mintak maaf sangat encik.” Tergagap – gagap Hanna membalas selepas mendengar tengkingan dari Irfan.
            “ Eh dengar sini Cik Hanna Nadira. Awak ingat awak dapat offer kerja kat sini, awak dah boleh buat suka hati kat hotel ni? Boleh berlagak macam ‘mem besar’ hotel ni hah? Setakat property manager macam awak ni beribu saya boleh cari tau? Tolong ingat sikit ye, saya yang bayar gaji awak tau. Awak simpan dalam kepala otak awak tu ayat ni, tolong jangan nak jadi macam owner hotel ni pulak ye.” Kata Irfan dengan angkuh dan riaknya. Puas hati.
            Wah, ini sudah lebih! Sumpah aku benci gila dengan mamat poyo ni. “ Encik, lain kali kalau tak suka saya bekerja kat sini, encik jangan offer saya ye. Disebabkan encik pun dah benci saya, dengan rasminya saya sendiri memecat diri saya. Saya pun tak kebulur lah nak jadi owner hotel ni. Encik Irfan cari lah PM yang satu kepala dengan encik ye. Selama saya bekerja dari pagi sampai sekarang, saya mintak maaf kalau saya ada buat salah apa – apa ye. Assalamualaikum.”
            Hanna terus keluar dari bilik Irfan dengan perasaan sebal yang berbuku di hatinya. Geram nya aku dengan mamat berlagak tu. Sedap – sedap mulut je nak hina aku. Ingat aku mati ke tak dapat rezeki dari kau hah? Haish kalau negara ni tak ada undang – undang, mahu aku tampar je mulut dia yang lazer mengalahkan machine gun tu. Ya Allah, apa lah dosa aku sampai Kau turunkan dugaan sebegini rupa? Tak pernah – pernah aku kerja hari pertama, petang tu jugak aku quit. Ni semua sebab lelaki sombong nak mampus tu.
            Sebaik sahaja Hanna memasuki keretanya, dia terus menekan pedal minyaknya selaju mungkin. Ni kalau polis trafik nampak ni, confirm kereta dia kena banned kat Johor ni. Dah la pagi tadi pun dia buat hal bawak kereta laju jugak.
            Irfan yang dari tadi terkebil – kebil memandang Hanna yang keluar dari biliknya sekaligus meletakkan jawatan pada hari pertama masih lagi tercengang dengan tindakan drastik perempuan itu.
            Alamak, apa aku nak buat ni? Aku bukan nak suruh dia berhenti kerja pun cuma aku nak dia benci aku je. Melampau sangat ke apa aku cakap tadi? Apa lah aku nak jawab dengan mama nanti. Mati lah aku macam ni kena tadah telinga 44 hari 44 malam lah jawabnya. Tak apa lah at least aku dah dapat singkirkan dia dari hidup aku dah buat masa ni. Cuma sekarang kena fikir macam mana nak bodek mama ni.
Sampai sahaja di rumah Aida, Hanna menghempaskan badannya di atas sofa di ruang tamu. Dia membuka selendang yang menutupi kepalanya dan berbaring di atas sofa sambil memicit – micit kepala otaknya yang berdenyut. Aida yang sedari tadi melihat tingkah Hanna memandang ke jam dinding rumahnya.
            “ Awalnya kau balik kerja Hanna. Bukan office hour balik pukul 5 ke?” tanya Aida pelik melihat temannya itu.
            “ Em memang lah office hour balik pukul 5 tapi aku ni yang tak ikut office hour. Aku dah quit tadi.” Balas Hanna acuh tak acuh.
            What? Kenapa kau quit? Ada orang buli kau ke kat sana?
            “ Tak lah. Semua staff situ baik je dengan aku tapi bos dia je yang tak baik. Biasa lah anak orang kaya kan.” Hanna berkata sambil tangannya masih lagi memicit kepalanya dan matanya dipejamkan.
            “ Eh yeke? Waktu aku deal dengan bos hotel tu, baik je dia aku tengok. Peramah pulak tu. Paling penting sekali, dia hensem lah.” Aida ketawa kecil.
            “ Entah lah Aida. Mungkin waktu kelahiran yang lepas aku ada buat jahat dengan dia kot sebab tu dia benci aku sampai tahap gaban macam ni. Dah la tu, aku nak mandi dengan solat dulu. Tenangkan jiwa kejap.” Hanna bangun dari sofa lantas menuju ke bilik air untuk mensucikan dirinya.
            “ Hanna, nanti malam sambung cerita tau pasal bos kau yang hensem tu. Aku tak habis tanya lagi ni.” sempat lagi Aida melaung dari ruang tamu.
            Usai makan malam, seperti biasa Aida dan Hanna menonton televisyen di ruang tamu. Aida masih dengan handphonenya yang tak pernah lekang dari tangan. “ Aida, bagi remote control tu kat aku kejap.”
            “ Eh, kau nak buat apa pulak? Aku tengah syok tengok Maharaja Lawak ni.” ujar Aida.
            “ Eleh, kau bukan syok tengok Maharaja Lawak ni tapi kau syok tengok handphone kau tu kan? Lagipun dah nak dekat sepuluh kali dah Astro ni dok tayang Maharaja Lawak ni tau. Bagi sini lah aku nak tengok berita tv 3. Ada jugak faedahnya tau.”
            “ Ye lah. Nah ambik lah.” Aida menghulurkan remote control televisyen kepada Hanna.
            Usai menukar ke siaran tv 3, Hanna menonton berita sambil fikirannya terawang – awang memikirkan hal di ofis Irfan tadi. Kenapa aku asyik dok teringat kat mamat buaya tu pulak ni? Macam lah tak ada rezeki kat tempat lain kan. Ah, fikirkan Aliff lagi bagus. Ha, mana lah si Aliff ni dari aku sampai Johor hari tu sampai sekarang pun tak call aku lagi. Aku call pun tak angkat, mesej pun tak dibalas. Haish lepas satu masalah, timbul lagi satu masalah. Boleh sakit jiwa aku macam ni. Lama – lama aku sendiri pergi daftar kat hospital sakit jiwa.
            Matanya masih lagi merenung kaca televisyen dan pada saat itu juga jantung Hanna hampir – hampir gugur apabila melihat seseorang yang dikenalinya di dalam siaran itu.
            “ Penyanyi dan pelakon popular, Aliff Asyraf dan protegenya, Isya di dapati berkhalwat di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur pada pukul 12 malam semalam. Dalam serbuan semalam, Jabatan Agama Islam Selangor mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan halal dan di dapati berada dalam keadaan yang mencurigakan.” Kata pemberita tv 3 itu.
            Hanna terlopong apabila mendengar berita tentang kekasihnya itu. Saat itu, air mata jernihnya mengalir keluar merembes di pipi. Remote control ditangannya juga terlepas ke lantai. Matanya masih lagi tertancap pada kaca televisyen. Aida yang turut mendengar berita panas itu sudah tercengang memandang Hanna.
            “ Hanna, kau tak apa – apa ke? Jangan lah macam ni Hanna. Kau bersuara lah sikit think pocitive ye.” Aida berkata sambil menggoyang tubuh Hanna laju.
            Hanna masih lagi kaku memandang kaca televisyen. “ Aku ok Aida. Dah nasib aku kan. Aku masuk bilik dulu ye. Penat lah.” Bohong Hanna sambil berlalu menuju ke bilik tidurnya. Aida hanya membiarkan temannya itu melepaskan tangisannya di dalam bilik. Sebagai wanita, dia amat memahami jiwa wanita yang dikecewakan itu.
            Di dalam bilik, Hanna menangis semahu – mahunya dengan menekapkan bantal di mukanya. Ya Allah kalau lah ini dugaan yang Engkau berikan kepada aku, sungguh aku tidak mampu laluinya Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah, ampunkan lah segala dosa aku. Berikan lah aku kekuatan untuk mengatasi segala ujianMu ini. Sesungguhnya, aku hanya insan yang hina dan lemah di sisi Mu.
            Hanna memadam semua gambar – gambar Aliff Asyraf yang berada di dalam telefon bimbitnya. Poster Aliff yang Aida tampal tu pun, Hanna telah pun koyak. Oh, patut lah selama ni dok suruh aku pindah Johor. Rupanya busy dengan perempuan tu kan. Lelaki semuanya sama je. Saat itu, dia teringatkan Encik Irfannya yang 2 x 5 dengan si Aliff ni. Cuma bezanya Encik Irfan tak kantoi lah. Si Aliff ni kantoi. Dasar buaya! Hanna lantas mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon rumahnya di Kedah.
            Seperti biasa usai makan malam Irfan sekeluarga bersantai di ruang tamu rumah mereka. Irfan dan Datuk Iskandar menonton siaran berita utama di tv 3. Biasa lah, orang lelaki kan. Manakala Datin Haliza sibuk mengupas kulit buah epal yang berada di tangannya.
            “ Em Irfan dah tengok dah PM baru kita tu?” Datin Haliza memulakan perbualannya.
            “ Eh mama, cuba tengok tu Aliff Asyraf kena tangkap khalwat la ma. Macam mana boleh jadi sampai macam tu ma?” Irfan cuba menukar topik tatkala matanya tertumpu pada berita sensasi dunia hiburan itu.
            “ Eh budak ni, lain yang ditanya lain pulak yang dijawabnya. Mana lah mama tau kenapa dia kena tangkap khalwat. Lagipun mama bukan minat dia pun. Kalau cerita pasal Aaron Aziz tu mama minat lah. Ha jawab cepat soalan mama tadi.”
            “ Amboi ma, minat Aaron Aziz pulak tu. Ni kat Iskandar ni tak minat pulak ke?” gurau Irfan sambil menepuk bahu Datuk Iskandar. Datuk Iskandar tersengih sambil menunjukkan wajah tampannya itu walaupun telah dimamah usia.
            “ Ish budak ni main – main pulak. Cucuk bijik mata dengan pisau ni kang baru tau.” Datin Haliza berkata sambil menunjukkan pisau di tangannya itu.
            “ Ok Irfan surrender. Em Irfan dah tengok dah PM kita tadi. Kenapa ma?”
            “ Macam mana cantik tak pilihan mama tu?” Datin Haliza tak sabar – sabar menunggu jawapan dari bibir anak terunanya itu.
            “ Cantik tu memang lah cantik tapi kan kalau Irfan bagi tau satu benda ni, mama janji jangan marah ye?” Irfan memandang tepat wajah Datin Haliza.
            “ Ish ada – ada je lah kamu ni. Ha mama janji tak marah. Bagi tau lah cepat.” Tanya Datin Haliza yang sudah mula rasa tak sedap hati.
            Ish macam mana aku nak start cerita ni? Kalau salah start memang naya aku. Silap – silap dari mama kupas kulit epal terus dia kupas kulit aku nanti. “ Em sebenarnya ma, pagi tadi Hanna dah masuk kerja jumpa dengan Irfan tapi..”
            Belum sempat Irfan menghabiskan kata – katanya, Datin Haliza terus memotong. “ Tapi apa Irfan? Cuba cakap laju sikit.”
            “ Tapi dia dah letak jawatan petang tu jugak ma.” tergagap – gagap Irfan memberitahu mamanya itu.
            Serta – merta terbeliak biji mata pasangan suami isteri yang sedang mendengar itu. “ Letak jawatan?” belum sempat Datin Haliza menghabiskan kata – katanya, tiba – tiba kedengaran telefon rumah berbunyi. Mak Siti yang mengangkat panggilan tersebut terus memanggil Datin Haliza yang dah naik merah mukanya menahan marah.
            Datin Haliza bangun dari tempat duduknya untuk menjawab panggilan yang diterima. “ Irfan tunggu dulu. Jangan naik bilik lagi. Mama tak habis settle dengan Irfan lagi ni.” pesan Datin Haliza sambil menuju ke gagang telefon rumahnya itu.
            “ Macam mana pulak Hanna tu boleh quit Irfan? Cuba cerita dengan papa. Jangan cakap Irfan yang fire dia.” Datuk Iskandar mengambil alih tempat Datin Haliza.
            “ Bukan Irfan fire dia pa tapi dia yang nak quit sendiri. Irfan cuma marah dia datang lambat je tadi. Irfan bagi amaran lah sebab tak nak dia naik tocang pa.” Jawab Irfan dengan bersungguh – sungguh membela dirinya.
            “ Irfan, bukan macam tu nak tegur pekerja tau. Kita ni sebagai bos kena hormat pekerja baru lah pekerja pun hormat kita. Kalau tak ada pekerja, larat ke Irfan nak handle hotel tu sorang – sorang? Sekarang ni macam mana Irfan nak cari PM baru pulak? Papa tak kan tolong Irfan dah. Pandai – pandai Irfan lah lepas ni.” Datuk Iskandar kembali menatap kaca televisyen semula.
            “ Tapi pa..”
            “ Tak ada tapi – tapi dah Irfan. Mulai sekarang Irfan tak kan dapat lari dah dari tanggungjawab yang besar tau.” Sampuk Datin Haliza yang menuju ke arah mereka dengan muka cerianya.
            Aik mama aku ni happy semacam ni kenapa? Baru menang loteri ke apa sampai muka berseri – seri sangat ni. Tadi bukan main menyinga lagi muka macam nak telan aku.
            Datin Haliza duduk kembali di sofanya yang ditinggalkan tadi. “ Abang, esok abang free kan?” tanya Datin Haliza kepada suaminya yang sedang leeka menonton televisyen itu.
            Free kot. Kalau tak free pun sebab nak ikut awak gi kelas poco – poco tu aje lah. Kenapa tanya ni?” jawab Datuk Iskandar namunnya matanya masih tak lekang dari kaca televisyen.
            “ Ala saya pun dah cancel kelas poco – poco tu esok. Ada hal lagi penting dari tu kita kena buat bang.” Datin Haliza tersengih ke arah Irfan.
            “ Hal apanya awak ni?”
            “ Esok kita pergi Kedah ye bang. Kita pergi meminang Ana. Tadi mak Ana call cakap Ana terima pinangan kita nanti. Best nya bang tak sabar dah saya nak dapat menantu ni. Lepas ni boleh lah kita timang cucu pulak kan bang.” Kata Datin Haliza dengan gembiranya.
            “ Yeke? Kalau macam tu esok pagi kita gerak ye. Nanti abang ready rombongan semua.” Datuk Iskandar tersenyum memandang isterinya. Dalam hatinya juga bersyukur yang tak lama lagi mereka akan dikurniakan menantu.
            Irfan terlopong melihat reaksi mama dan papanya itu. Apa yang mama dengan papa cakap ni? Diorang plan tak tanya aku apa – apa pun seolah – olah aku tak wujud pulak kat sini. And lagi satu, macam mana si Hanna ni boleh terima pulak tadi petang bukan main benci lagi dia tengok muka aku. Ni mesti ada yang tak kena ni. Mustahil rancangan aku boleh gagal.
            “ Mama, papa apa semua ni? Irfan tak nak lah kahwin dengan Hanna tu. Mama dengan papa cuba fikir kenapa Hanna terima Irfan lagi selepas Irfan dah maki – hamun dia kat ofis tadi. Ni mesti sebab harta ni ma. Dia nak kikis harta kita je ma. Perempuan tu jahat pa.”
            Shut up Irfan. Papa tak pernah ajar anak papa suka hati je nak tuduh orang bukan – bukan. Tu biadap nama nya. So, Ana quit tadi sebab Irfan maki dia lah ye? Sanggup Irfan buat macam tu kat pekerja kan.” Datuk Iskandar mula meninggikan suara kepada anak nya itu.
            “ Irfan dah tak ada pilihan nak. Irfan tetap kena setuju dengan pilihan mama ngan papa. Nak ke tak nak itu terpulang lah kat Irfan ye.” Datin Haliza cuba meredakan suasana tegang anak beranak itu.
            “ Em buat lah suka hati mama ngan papa. Irfan dah ngantuk. Irfan naik bilik dulu.” Irfan berkata lalu menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
            Usai sampai di dalam biliknya, dia menghempaskan diri di atas katilnya yang empuk. Ah, boleh ke aku hidup dengan perempuan tu? Ni semua sebab kau Hanna. Kalau kau tak terima aku, mesti hidup aku tak kan jadi macam ni. Kau tunggu je lah nasib kau nanti. Kau nak sangat kahwin dengan aku kan? Aku akan pasti kan kau tak kan bahagia hidup dengan aku, Hanna. Never!

3 comments:

  1. kenapa tak sambung lg cerita ni kak?

    ReplyDelete
  2. Salam, citer ni bila nak sambung ya? Kalau diselang seli dengan PWC tu best gak?

    ReplyDelete
  3. seri ayu & anon, sudah disambung babnya..sorry atas kelewatan..jemput baca tau =)

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?