Sampai sahaja di hotel, Irfan memberi arahan kepada stafnya untuk
menyambung semula tugas yang tergendala tadi. Kemudian dia meminta Hanna duduk
di tempat duduk pemandu. Hanna hanya akur dengan arahan suaminya.
“ Kita
balik rumah terus. Aku buat half day
hari ni.” kata Irfan.
“ Tapi
kereta saya macam mana?” tanya Hanna.
“ Ala tak
ada orang nak curi pun Viva kau tu. Lagipun hotel ni ada security guard 24 hours.
Nanti esok balik kerja, kau bawak lah balik kereta kau tu.”
Hanna hanya
mengangguk lalu menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan perkarangan hotel
itu. Dalam perjalanan, Irfan dan Hanna hanya menyepikan diri. Hanna berdolak –
dalik dalam hatinya untuk meminta maaf pasal peristiwa tadi.
“ Kau ada
cedera kat mana – mana tak?” tanya Irfan memecah kesunyian.
Hanna
tersentak dari lamunannya. “ Hah tak ada. Saya ok je. Tak cedera apa – apa pun
tadi.” Balas Hanna sambil matanya masih lagi menumpukan pemanduannya.
“ Em bagus
lah. Orang gila tu macam mana pulak?” Irfan bertanya lagi.
“ Dah kena
tangkap dah tadi waktu polis sampai. Em awak, selalu ke jadi macam ni kat hotel
awak tu?”
“ Entah
lah. Ni baru pertama kali jadi hal macam ni semenjak aku jadi pemangku GM.
Biasa lah, dalam bisnes ni customer
always right.” Balas Irfan bersahaja.
Hanna hanya
mengangguk dan meneruskan pemanduannya. Tidak ada lagi soalan yang hendak
diutarakan kepada suaminya itu.
10 minit
kemudian, mereka selamat tiba di perkarangan rumah. Usai mematikan enjin
kereta, Hanna cepat – cepat membuka pintu di bahagian belakang untuk Irfan
keluar. Irfan hanya menggeleng – gelengkan kepalanya dan tersenyum melihat
telatah Hanna yang seolah – olah sedang melayan orang yang sakit tenat.
Irfan
berbaring di atas sofa ruang tamunya lalu menekan remote control televisyen. Hanna pula terus berlalu ke dapur untuk
mengambil segelas air untuk suaminya. Kemudian Hanna menghampiri Irfan dengan
membawa segelas air kosong dan duduk bersimpuh di atas lantai sambil tangannya
menghulurkan air tersebut. Irfan menyambut huluran Hanna lalu meneguk air itu
perlahan – lahan.
“ Awak nak
makan? Saya masakkan bubur nak?” tanya Hanna.
“ Bubur? Eh
takpe – takpe. Kita makan mac’d je lah hari ni ye. Aku dah oder mac’d dah tadi. Kejap lagi sampai lah tu.” Fuh, nasib baik.
Kalau tak memang aku kena telan jugak masakan dia hari ni.
“ Oh, kalau
macam tu tak apa lah. Saya masuk bilik dulu. Nanti apa – apa hal panggil saya
ye.” Ujar Hanna lalu bangun dari duduknya.
“ Eh, kau
nak ke mana tu? Meh duduk sini, aku ada benda nak cakap.” Arah Irfan.
Hanna terus
mematikan langkahnya dan duduk berhadapan dengan Irfan. Matanya memandang Irfan
yang sedang menonton televisyen itu.
“ Awak nak cakap
apa? Cakap lah.” tanya Hanna.
“ Err..yang
pasal aku tertidur kat atas paha kau dalam kereta tadi tu, sorry la eh?” kata Irfan sambil menoleh ke arah isterinya itu.
Hanna
tersentak lalu serta – merta perasaan malunya menerpa diri. “ Oh, pasal tu saya
tak ingat dah pun. Lagipun awak tengah sakit kan melainkan lah awak memang nak
ambik kesempatan.” Balas Hanna.
“ Tak apa
lah kalau macam tu. Em aku nak pesan sikit ni, pasal apa yang berlaku kat hotel
hari ni, kau jangan bagi tahu mama dengan papa tau.”
“ Tapi
kenapa awak?” tanya Hanna pelik.
“ Aku tak
nak diorang risau. Nanti mama mula lah nak buat drama air mata dia. Dia kan
geng kau.” Perli Irfan sambil tersengih.
Hanna
sempat menghadiahkan jelingan manja untuk suaminya. “ Em baiklah, bos. Lagi satu,
saya nak mintak maaf kat awak pasal tadi. Kalau tak sebab saya yang pandai –
pandai mendekati penyangak tu, mesti awak tak cedera kan?” Hanna menambah lagi.
Saat itu, air matanya mula bertakung dan hanya tinggal masa untuk jatuh dari
kolam matanya.
Irfan mula
simpati bila melihat isterinya mengalirkan air mata. Spontan dia menghampiri
Hanna dan menyeka air mata di pipi itu dengan tangannya. Hanna yang terkejut
dengan tindakan Irfan serta – merta air matanya berhenti mengalir.
“ Sudah la
tu. Aku tak salahkan kau pun. Cuma aku nak bagi nasihat lain kali kau jangan
nak tunjuk berani lagi. Tu nasib baik aku ada tadi. Kalau aku tak ada macam
mana? Memang kena potong lapan belas la badan kau nanti.” Gurau Irfan.
Hanna mula
tersenyum namun ngeri juga bila memikirkan badannya dipotong lapan belas. Ingat
aku ni ayam ke sesuka hati je nak main potong – potong. Dalam hatinya
menitipkan berjuta kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana tidak ada nyawa yang
terkorban dalam peristiwa tadi.
“ Em lepas
Asar ni kau siap – siap lah. Kita keluar sekejap.” Kata Irfan apabila melihat
Hanna kembali ceria. Betul lah orang tua – tua cakap, orang yang cepat menangis
ni cepat jugak nak buat dia happy
kan.
“ Kita nak pergi
mana?” tanya Hanna pelik.
“ Aku nak
beli barang sikit. Kau ikut aje lah. Kan kau kena jadi driver aku sementara nak tunggu tangan aku sembuh ni.” balas Irfan
sambil tersengih ke arah Hanna.
Buaya ni start dah perangai dia. Tak padan dengan
sakit. Tak habis – habis nak kenakan aku. Aku tambah lagi luka kat tangan kau
tu baru tau. Bebel Hanna dalam hati.
“ Ye lah.
Saya menurut perintah tuanku!” perli Hanna sambil berlalu masuk ke dalam biliknya.
Irfan pula hanya tersengih melihat telatah isterinya itu.
Tepat pukul
5 petang, seperti yang dijanjikan Hanna memandu kereta menuju ke tempat yang
Irfan kehendaki. Irfan mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu.
“ Awak nak
saya pandu kereta sampai mana ni?” tanya Hanna memecah kesunyian.
“ Kalau
pandu sampai ke bulan boleh tak?” balas Irfan tersengih.
“ Ish awak
ni jangan main – main lah. Saya serius ni.” balas Hanna.
“ Haha
gurau sikit pun tak boleh ke? Tak luak pun Cik Hanna oi. Em kau bawak aku
sampai mana – mana book store. Aku
nak cari buku.” Kata Irfan sambil tangannya rancak mencari siaran radio di
dalam keretanya itu.
“ Ok. Awak
nak cari buku apa?” tanya Hanna. Bagus jugak pergi kedai buku ni. Aku pun dah
lama tak update novel – novel baru
dalam koleksi aku tu.
“ Nanti kau
tengok je lah aku beli buku apa. Kalau aku bagi tau sekarang pun, kau bukannya
paham buku – buku falsafah yang aku selalu baca tu.” Balas Irfan bersahaja.
Eleh, ingat
aku ni koman sangat ke tak tahu pasal buku – buku falsafah! Eh, aku pernah baca
buku Donald Trump tau! Selamba je kutuk aku ye. Bebel Hanna dalam hati sambil
menjuihkan bibirnya apabila menerima kutukan dari suaminya tadi.
Beberapa
minit kemudian, mereka sampai di Kedai Buku Popular. Usai memarkir kereta,
Hanna dan Irfan berlalu masuk ke dalam kedai buku tersebut. Hanna terus meluru
ke arah rak – rak novel remaja yang telah disediakan. Irfan pula menuju ke rak
– rak buku yang diminatinya. Dari jauh dia melihat Hanna yang tekun membelek
dan membaca sinopsis novel di belakang buku. Memang geng mama dengan Yana lah
kalau macam ni. Desis hati kecilnya.
Sedang dia
membelek – belek buku di tangannya, tiba – tiba dia terpandang ke arah rak buku
masakan yang berhampiran dengannya. Dia meletakkan buku yang sedang dipegangnya
lalu mencapai beberapa buah buku masakan. Dia membuka beberapa helai muka surat
dalam buku itu terus membuat keputusan untuk membelinya. Dia memilih buku
masakan yang bertajuk 365 Hari Resepi dan beberapa buku yang masakan yang lain.
Selesai
membuat pembayaran, Irfan dan Hanna menuju ke arah kereta yang diparkir
diseberang jalan. Tidak semena – mena Irfan memegang lengan Hanna ketika hendak
melintas jalan. Sekali lagi, Hanna terperanjat dengan adegan spontan Irfan itu
namun, dibiarkan sahaja.
Sampai di
pintu kereta, Irfan melepaskan lengan Hanna. “ Sini banyak sangat orang bawak
kenderaan tak berhemah. Sebab tu aku pegang tangan kau tadi.” Kata Irfan sambil
memasuki perut kereta.
Kenapa
mamat ni? Aku tak tanya pun. Susah payah je nak terangkan balik. “ Tak apa lah.
Lagipun saya memang jenis tak hati – hati waktu melintas. Dulu kat Putrajaya
pun, saya hampir kena langgar ngan kereta BMW macam kereta awak ni lah.” Balas
Hanna.
Hampir kena
langgar? Haish, bahaya betul lah minah ni kalau keluar sorang – sorang. Tak tahu
nak berhati – hati langsung. Yang hamba Allah tu pun satu hal, bawak kereta tak
reti ke nak tengok kiri kanan. Nasib baik hampir – hampir langgar je. Kalau dah
langgar betul – betul, memang aku cari sampai lubang cacing orang tu.
“ Lepas ni
kita nak pergi mana pulak?” tanya Hanna membuatkan Irfan tersentak dari
lamunannya.
“ Oh, kau
jalan je dulu. Nanti kita pergi makan seafood
untuk dinner malam ni.” balas Irfan.
Hanna hanya
mengangguk dan akur dengan arahan suaminya itu. Dia memandu kereta dengan penuh
berhemah.
“ Kau beli
apa tadi kat kedai buku tu?” tanya Irfan.
“ Beli
novel je. Kenapa?” jawab Hanna acuh tak acuh.
Irfan
mengambil buku masakan yang dibelinya tadi lalu menunjukkan kepada Hanna. Hanna
hanya dapat melihat buku yang berada di
tangan Irfan disebabkan tangannya sedang memegang stereng kereta.
“ Daripada
kau baca novel, apa kata kau baca buku ni?” kata Irfan sambil tersengih ke arah
Hanna.
“ Awak
perli saya eh?” tanya Hanna sambil mengecilkan matanya kepada Irfan. Ni mesti
dia dah makan tom yam aku hari tu. Aduh, malunya mana aku nak letak muka ni!
“ Aku bukan
perli tapi aku cuma nak kau perbaiki skill
masak kau tu. Nah, aku hadiahkan buku – buku ni kat kau ye.” Irfan masih lagi
tersengih ke arah Hanna.
“ Baik awak
berterus – terang ngan saya. Awak dah makan saya punya masakan malam tu kan?”
tanya Hanna tidak puas hati.
“ Ala aku
cuma rasa sikit je. Bila rasa macam nak termuntah je, aku stop lah.” bohong Irfan.
“ Tapi hari
tu bila saya tanya mana pergi lauk yang saya masak tu, awak cakap awak dah
buang semuanya. Kononnya takut basi lah. Sebenarnya awak dah makan habis kan?
Baik awak mengaku cepat.” Ugut Hanna sambil menggenggam lengan baju Irfan
menggunakan tangan kirinya.
“ Eh relax la kau ni. Kang kita accident kang. Bawak kereta elok – elok
lah. Ye memang aku yang makan habis pun. Itupun sebab terlampau lapar. Nasib
baik lah perut aku tak meragam malam tu. Kalau tak, memang aku saman kau.”
Irfan masih lagi mengusik Hanna.
Hanna hanya
tersenyum sendiri apabila mendengar jawapan dari bibir Irfan itu. Tak sangka
kau sanggup makan masakan aku sampai habis kan. Sweet jugak buaya ni rupanya.
ye...satu2nya buaya yg sweet..
ReplyDeletehehe..
nurrul,pendek la n3 ni..cam xpuas jer...;((
baru nk ambik feel,dh habis..terus lari lintang pukang semua feel tuh..sedey tau...sob3..
nk lagi...nk lagi....
-noorwieyl a.k.a noor-
alolo, jgnla sedeh noor..nnti sy pon nak sedeh jgak..hihi
Deletemaaf ye n3 bab ni pendek sikit..
sy akan update lg secepat mgkin ye dear! =)