Followers

Thursday, 27 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 12 ~

Tengku Aakif Nawfal menarik sedikit kerusi buat Wafa Amani. Wafa sedikit terkejut. Baru pertama kali  seumur hidup aku ni, seorang lelaki menarikkan kerusi untuk aku. Dengan pergerakan yang sopan ala – ala perempuan melayu terakhir, perlahan – lahan dia duduk di kerusi yang sudah Aakif khaskan untuk dirinya. Tengku Aakif Nawfal hanya tersengih kecil melihat gelagat Wafa lalu mengambil tempat berhadapan perempuan itu.
            Disebabkan Wafa sudah berjanji dia yang akan belanja makan malam itu, maka Tengku Aakif Nawfal dengan bangganya memilih menu makan malam mereka. Dengan wajah yang penuh yakin, Aakif memesan buffet menu yang berharga RM35 per person kepada pelayan restoran itu. Wafa pasrah. Dia terpaksa menahan untuk membebel dalam hati. Nanti tak ikhlas tak dapat pahala pulak.
            Usai mengambil pesanan, pelayan tersebut berlalu pergi meninggal mereka. Wafa memerhatikan kenderaan yang dari tadi tidak putus – putus melalui jalan raya di hadapan hotel itu melalui dinding kaca disebelahnya. Macam mana aku nak mulakan ni eh? Segan pun ada. Kalau dia tak setuju macam mana? Malu la aku nanti. Tapi kalau aku tak cuba, mana nak tau kan?
            “ Apa yang awak nak bincang dengan saya tadi sebenarnya?” Tengku Aakif Nawfal memulakan bicaranya tiba – tiba.
            Wafa segera mengalihkan pandangannya bertentangan mata dengan si jejaka. Dalam otaknya masih berkira – kira hendak meluahkan apa yang sedang bermain di fikirannya. Em, lantak lah apa nak jadi pun. 1..2..3..
            “ Awak jadi teman lelaki saya boleh tak?”
            Tengku Aakif Nawfal terpaku, terkejut, terperanjat dan semua ter lah. Namun, air mukanya masih dikawal tenang. Tak nak lah nampak terkejut sangat. Nanti tak gentleman pulak. Dia merenung tepat mata galak wanita di hadapannya itu. Wafa pula sudah mengecilkan mata dan menggigit bibir. Malu!
            “ Awak jatuh cinta dengan saya ke?” soal Aakif pula.
            Air muka Wafa berubah. Dia sendiri tidak menduga soalan itu akan terpacul dari bibir lelaki itu. Aku jatuh cinta dengan dia ke? Oh, no! Mustahil! Sepatutnya dia tanya aku kenapa aku nak dia jadi teman lelaki aku.
            “ Err macam ni lah. Biar saya berterus – terang dengan awak. Sebenarnya, Mak Long saya paksa saya kahwin.”
            “ Habis tu, apa kaitan dengan saya?” balas Aakif selamba.
            “ Saya nak awak tolong menyamar jadi kekasih saya lah. So, saya tak payah kahwin dengan pilihan Mak Long saya tu.” Wafa berlagak tenang.
            “ Sampai bila saya nak kena menyamar jadi teman lelaki awak?”
            “ Awak cuma menyamar untuk sehari je. Hujung minggu ni awak ikut saya balik kampung. Saya nak buktikan saya ada kekasih. Ok tak?” Wafa mula tersengih. Dirasakan rancangannya akan berjaya.
            “ Awak merepek apa ni, Cik Wafa? Awak ingat ni telenovela Astro? Ingat senang ke nak tipu – tipu orang? Sorry lah saya tak berminat nak berlakon.” Balas Aakif pedas. Menyakitkan hati.
Please Tengku. Awak seorang je harapan saya sekarang ni. Tolong lah saya tengah terdesak sangat.” Wafa berusaha merayu lagi.
“ Tapi kenapa saya pulak? Doktor Taufiq kan ada. Kenapa tak suruh dia aje?”
“ Saya malu nak mintak tolong dia.” Balas Wafa perlahan.
Tengku Aakif Nawfal sudah mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Sakit benar hatinya bagai ditusuk sembilu apabila mendengar jawapan dari bibir wanita itu.
“ Dengan saya, awak tak malu? Kenapa Wafa? Sebab awak rasa saya ni tak ada perasaan macam lelaki lain?” Aakif menikam tepat biji mata Wafa. Memang boleh membunuh!
“ Bukan maksud saya awak tak ada perasaan tapi saya cuma mintak tolong sikit je. Tak kan benda kecil macam tu pun awak tak boleh nak tolong?” Wafa masih tak mahu mengalah.
 “ Benda kecil awak cakap? Menipu orang tu benda kecil lah? Main dengan perasaan orang pun benda kecil lah? Wah, memang senang hidup awak kan! Tak sangka perangai awak macam ni, Wafa.”
“ Awak ni kenapa? Nak babitkan perangai apa pulak ni? Awak bukan di tempat saya, awak jangan main sedap cakap je.” Wafa mula tak puas hati. Terasa hangin satu badan.
“ Ok ok macam ni lah. Saya sedar saya ni hilang ingatan. Tapi saya tetap manusia yang ada perasaan, Wafa. Bukan patung yang awak boleh buat suka hati. Maaf, saya tak boleh tolong awak. Awak cari lah orang lain.” Tengku Aakif Nawfal bingkas bangun dari kerusinya meninggalkan ruang makan itu.
Wafa merengus geram. Sakit benar hatinya bercakap dengan orang yang tak tahu memahami. Pergi lah pergi! Kau tak jadi boyfriend aku pun aku tak heran lah. Hish geram betul aku dengan mamat ni. Nak tengok muka dia pun dah meluat sangat. Sedap aje cakap perangai aku teruk. Macam lah perangai dia elok sangat. Benci! Benci! Benci!
Suasana di dalam kereta menjadi begitu sunyi dan sepi. Bahang perperangan mulut di hotel tadi masih lagi terasa antara mereka. Kalau diikutkan hati Wafa, mahu je dia tinggalkan lelaki itu balik jalan kaki. Nasib baik perasaan simpatinya masih wujud. Tengku Aakif Nawfal dengan wajah tanpa reaksinya itu juga mendiamkan diri. Fikirannya masih lagi segar mengingatkan insiden tadi. Malu dengan doktor konon. Plastik sungguh perempuan ni. Harap muka je lawa.
Usai mematikan enjin kereta di kawasan garaj rumahnya, Wafa segera melangkah masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa – apa. Tengku Aakif Nawfal hanya mampu memerhati gelagat perempuan itu lalu pergi menutup pagar rumah. Masing – masing buat hal sendiri. Persis suami isteri sedang bergaduh.
Mardiana yang sedang melukis pelan di ruang tamu turut menjadi pelik melihat Wafa terus menuju ke bilik tidurnya. Dia baru berhajat hendak bertanyakan nasi ayam yang dipesannya tadi. Tiba – tiba dia melihat Aakif yang juga terus menuju ke biliknya tanpa sebarang reaksi. Apa kena dengan diorang ni? Muka Wafa macam nak baham orang dah. Mardiana membebel sendiri. Lalu dia menyambung kerjanya semula.
Usai membuka hijab dan membiarkan rambutnya lepas bebas, Wafa menghempaskan tubuhnya di atas katil. Matanya galak melihat kipas di atas syiling biliknya itu. Salah ke aku mintak tolong? Bukannya luak pun kalau tolong berlakon jadi boyfriend aku. Itupun nak marah – marah. Cara cakap macam lah dia tu perfect sangat. Patutnya aku tak payah selamatkan kau hari tu. Tinggal kau sorang – sorang atas jalan raya. Baru padan muka!
Tengku Aakif Nawfal menyangkut tuala di bahunya lalu membuka pintu biliknya untuk ke bilik air. Saat itu juga biji matanya bertembung dengan mata Wafa yang juga baru menutup pintu biliknya. Dengan menghadiahkan sebuah jelingan maut, Wafa terus melangkahkan kakinya menuju ke ruang tamu. Aakif pula hanya menayang muka selamba berlalu ke bilik air.
“ Mar, sorry la aku lupa beli nasi ayam kau tadi.” Wafa mengambil tempat di sofanya sambil memerhatikan Mardiana yang sedang bersila di atas lantai melukis pelan.
“ Aku dah agak dah. Tak apa lah aku dah call Shafiq tadi suruh belikan mac’d.” Mata Mardiana masih lagi tidak melepaskan lukisan di atas kertas itu.
“ Eh, kau dah baik ke dengan Shafiq?” Wafa terperanjat,
Yup, aku terima kasih sangat dekat kau Wafa. Aku tahu mesti kau selalu berdoa hubungan kitorang kekal sehingga akhir hayat kan? Kau nak tahu tak macam mana aku boleh baik dengan dia?” Mardiana sudah pun meletakkan pensel 2b nya di atas lantai. Muka dah semangat gila nak bercerita ni.
Eh, aku ada doakan diorang ke? “ Eh, tak apa Mar. Aku nak mandi ni. Badan melekit.” Wafa tersengih segera mencipta alasan. Lantas dia bangun dari sofa menuju ke bilik air. Nasib baik kau Wafa.
Mardiana tidak sempat berkata apa – apa apabila melihat belakang Wafa yang berlalu pergi. Ala aku nak cerita sikit je pun. Em tak apa lah. Wafa habis mandi nanti, aku cerita lah. Ngomel Mardiana lantas menyambung kerjanya kembali.
Tuk! Tuk! Tuk! Wafa mengetuk rancak pintu bilik air yang dikunci itu. Dah la tadi tuduh aku bukan – bukan, berani pulak dia guna bilik air ni tanpa tuan rumah ni guna dulu. Perangai kau lagi teruk tau dari perangai aku. Wafa terus mengetuk pintu bilik air itu berkali – kali.
“ Awak, keluar lah cepat. Bilik air ni bukan untuk awak mandi seorang aje tau.” Bebel Wafa. Tangannya masih lagi mengetuk pintu. Silap hari bulan boleh roboh bilik air tu dibuatnya.
Seketika kemudian, Wafa menghentikan ketukannya. Eh, apasal bilik air ni senyap je dari tadi? Aku tak dengar bunyi air pun. Jangan – jangan... Wafa mendekatkan telinganya di pintu bilik air untuk mendengar dengan lebih jelas lagi. Dengan dahi yang berkerut – kerut Wafa cuba menangkap sedikit bunyi dari dalam bilik air itu.
Tiba – tiba pintu bilik air dikuak dari dalam. Wafa mengeraskan diri. Air mukanya terperanjat besar bila melihat sepasang kaki di atas lantai itu. Dia menelan air liur yang tersekat di kerongkong. Perlahan – lahan dia bangun menegakkan badannya yang dibongkokkan tadi. Kelihatan Tengku Aakif Nawfal yang hanya memakai sehelai baju T lengan pendek dan sehelai tuala dipinggangnya berdiri terpacak memandang Wafa pelik. Wafa berpura – pura mengukir senyuman. Malu!
“ Kalau bilik air dalam rumah ni tak boleh mandi seorang, maksudnya kena mandi berdua ke?” Tengku Aakif Nawfal tersengih lantas melangkah keluar meninggalkan Wafa yang sedang terkulat – kulat sendirian.
Wafa tercengang. Apa dia cakap? Berani dia cakap macam tu dekat orang yang lagi tua dari dia? Eh, kejap. Hari tu aku tengok IC dia umur berapa eh? Alamak, 28 tahun lah! Ah, peduli apa aku kalau umur dia 82 tahun sekalipun. Dia sepatutnya hormat aku sebagai tuan rumah ni. Eei geram betul aku dengan mamat ni. Yang family dia pun tak reti – reti nak datang kutip ahli keluarga diorang yang sesat dalam rumah ni ke?

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?