Siaran
televisyen malam itu, langsung tidak mampu menenangkan perasaan anak dara Puan
Rozita, Si Nurul Damia ni. Biji mata saja yang dihalakan ke kaca tv tapi fikirannya
sedang menerawang hebat. Insiden yang berlaku di restoran siang tadi betul –
betul menyesakkan nafasnya sekarang. Puan Rozita pula yang kononnya sedang
khusyuk menonton cerita Kuch Kuch Hota Hai di siaran Astro sebenarnya lebih
berminat dengan air muka anaknya yang asyik berkerut – kerut sejak tadi.
Damia membebaskan keluhan berat
sejenak. Kenapa ini semua berlaku terhadap diri aku? Kalaulah jiwa aku penuh
dengan sifat pemaaf pasti perkara ni takkan terjadi. Apalah sangat setakat topi
masuk dalam air bekas mop. Bukannya aku tak boleh basuh balik. Argh stress! Menyesal
apa pun dah tak guna dah sekarang, Damia! Macam mana aku nak berdepan dengan
Fakhri esok? Dahlah dengan bangganya aku boleh perkenalkan diri aku sebagai
bakal isteri Fahim. Kenapa diorang mesti adik beradik? Kenapa?!!
Hah!!! Black Maria?!! Alamak, ni
lagi gawat dong! Kalau Fakhri tu adik kepada Encik Fahim, bermakna Black Maria
tu adalah mak kepada ....?
“ Tidakkkkk!!! Tolong jangan cakap
aku dah mengumpat Black Maria depan anak dia sendiri!”
Puan
Rozita yang pura – pura khusyuk tonton tv tadi terus terkejut beruk dengan
jeritan Damia. “ Eh, apa kamu ni jerit malam – malam buta? Siapa Black Maria?”
Puan Rozita mengurut dadanya perlahan.
Damia
tidak membalas. Wajah ibunya dipandang dengan muka nak nangis. Bibir
dicebikkan. Huwaaa!!! Aku memang patut buat pembedahan plastik lepas ni! Itupun
kalau ada duit lebihlah.
***
Fahim
menepuk perlahan bahu adik lelakinya. Fakhri yang sedang rancak menaip sesuatu
di papan kekunci komputer ribanya sedikit terkejut. Segera kepalanya
dipalingkan ke arah gerangan yang datang bertandang. Dia memberi senyuman kecil
sebentar buat Fahim lantas menyambung kerjanya semula. Fahim pula melabuhkan
punggung di atas sofa yang terletak berdekatan katil.
“ Macam mana suasana kerja dalam
restoran aku tadi?” Fahim memecah sunyi.
Jemari yang sedang ligat menaip itu
serta – merta mati. Kala itu juga, bayangan Nurul Damia menerjah di minda. Fakhri
tersengih kecil. Pasti Damia tak lena tidur malam ni. Entah – entah esok dia
ambil MC sebab takut nak berdepan dengan aku. Damia.. Damia.. Nak menipu pun
pandai – pandailah. Art of lying tu
kena betul timingnya.
“ Hoi, kau dengar tak aku tanya ni?”
Fahim membaling bantal tepat ke muka Fakhri. Pelik dibuatnya bila melihat
Fakhri yang tiba – tiba menyepi tanpa sebarang suara.
Bantal yang hinggap di muka
membuatkan lamunan Fakhri mati dengan kejamnya. Cepat – cepat dia cover!
“ Hmm not bad.” Fakhri hanya acuh tak acuh. Jemarinya kembali menaip.
“ Not bad? Restoran aku yang high
class tu kau cakap not bad je?”
Fahim tak puas hati.
“ Aku bukan maksudkan restoran kau
tu. Maksud aku, staf – staf dalam restoran tu err ok lah. Ala kau bukan tak
tahu kalau bukan sebab mama yang paksa, jangan haraplah aku nak buat part time ni.”
“ Kenapa? Ada orang buli kau ke?
Siapa yang buli? Bagitahu aku.” Fahim tiba – tiba bersemangat.
Fakhri pula segera mengeluh kecil.
Dia kenal sangat dengan perangai abangnya tu. Kamcing dengan mama. Bila masa
pulak aku cakap kena buli tadi? Sengajalah tu nak tukar topik. Fahim memang
sedia maklum yang Fakhri terpaksa kerja part
time di restorannya atas desakan mama. Alasan mama sebab nak ajar Fakhri
berdikari. Sudahla bagi position
sebagai pembantu chef. He is in the field
of law. Law dengan chef?!! Mana
boleh bersatu. Argh, perangai mama memang sukar untuk di predict! Patutlah orang gelar dia ....? Haih, nak cakap pun tak
sampai hati.
“ Yup, ada orang buli aku! Kenapa? Kau tak nak bagi aku datang kerja
dah ke?” Fakhri tersengih.
“ Siapa yang buli kau? Damia?” air
muka Fahim serius. Entah macam mana boleh terbit nama Damia di bibirnya.
Damia? Serta – merta insiden yang
berlaku di dalam bilik mesyuarat tadi bermain semula di ruang minda. Tiba –
tiba Fakhri tersengih penuh misteri. Damia, apa kata aku guna nama kau untuk
bebaskan aku dari kerja part time ni?
Mesti kau setuju kan? Lepas ni, kau tak payah nak tengok muka aku betul tak? Yes, inilah peluang untuk aku larikan
diri!
“ Mana kau tahu Damia yang buli aku,
Fahim?” Fakhri mula berdrama king.
“ Jadi, betullah Damia yang buli kau
ni?! Dia buat apa kat kau?” Fahim naik suara sikit.
“ Susah nak cakap, bro. Kau pun tahu
kan, aku ni bukan jenis mengadu domba tak tentu pasal. Tapi dah alang – alang
kau tanya ni, aku ceritalah. Macam ni kisahnya...” Fakhri sengaja mencipta
elemen suspen untuk menghangatkan lagi suasana. Fahim pula dah pasang telinga selebar
– lebarnya.
“ Waktu kat dalam bilik meeting tadi sebenarnya Damia cuba
nak...” Fakhri mengetap bibir.
“ Nak apa?” Fahim tak sabar. Excited betul muka dia.
“ Aku malu nak cakap.” Fakhri
bersuara perlahan. Kepalanya ditundukkan sikit.
“ Hisy kau ni nak malu apanya?
Ceritalah cepat!” Fahim mula tak puas hati.
“ Ala tak kan kau tak faham lagi
bila perempuan nampak laki handsome
macam aku ni depan mata. Tambah – tambah pulak cuma kitorang berdua aje dalam
bilik meeting tu.”
“ Habis tu dia buat apa kat kau? Dia
sentuh – sentuh kau ke?” Fahim tiba – tiba tergelak kecil.
Fakhri pandang pelik. “ Kau tak
percaya ke?”
“ Memang tak percaya pun.” Belum
sempat Fahim membalas, kedengaran suara Puan Maria menyahut terlebih dahulu.
Daun pintu sudah dikuak dari luar. Muncul Puan Maria sedang melangkah masuk
sambil menatang dua gelas fresh orange
buat kedua – dua anak teruna kesayangannya.
“ Thanks, ma!” Fahim tersenyum seraya menyambut huluran gelas dari
mamanya.
Fakhri pula terus meneguk rakus air
dalam gelas itu. Penat memikirkan helah yang tidak mengena sehingga terlupa
hendak menyebut perkataan terima kasih.
“ Kamu tak payahlah nak reka cerita,
Fakhri. Mama tetap nak kamu kerja kat situ walau apapun yang jadi. Lagipun
bukannya lama sangat. Sebulan aje kan? Tak kan 30 hari pun tak mampu nak
bertahan?”
Puan
Maria mula bertukar karier menjadi pensyarah sambilan. Punggungnya sudah
dilabuhkan disebelah Fahim. Itu tandanya, lama lagi lah dia akan bertapa dalam
bilik tu. Mungkin dalam sejam dua. Atau kalau Fakhri banyak menjawab mungkin
sesi ramah mesra anak beranak itu akan berlanjutan sehingga tiga empat jam. Oh,
ini boleh bikin stress!
“
Sebab 30 hari tu lah Fakhri tak nak kerja, ma. Sepatutnya lepas exam ni, mama bagi peluang Fakhri nak
rehatkan minda. Bukan kerah tenaga Fakhri macam ni.” Fakhri tarik muncung. Saja
tunjuk comel. Mudah – mudahan Puan Maria kesian.
“
Kamu cuti sem satu bulan setengah kan? Yang setengah bulan tu rehatlah sepuas –
puasnya. Lagi banyak kamu cuti, lagi banyak kamu enjoy tau Fakhri. Umur dah 23. Degree
pun dah nak habis tapi perangai tak matang – matang lagi.” Suara Puan Maria
mula naik pitch. Nampaknya, dia tak
kesian.
Fakhri
melirikkan matanya sedikit ke wajah Fahim. Fahim tersengih mengejek. Cis, kalau
aku ada kuasa halimunan serta – merta aku ghaib dari bilik ni!
“
Mama dulu waktu umur 23 tahun macam kamu ni, dah beranak pinak dah tau. Dah
kahwin. Dah ada tanggungjawab.” Puan Maria menyambung lagi. Bersemangat dia
bersyarah.
“
Ma, ayat macam tu mama patut guna untuk anak perempuan lah. Lagipun dah nak
dekat juta kali mama cakap ayat tu kat Fakhri. Fakhri tahu lah.”
“
Ha menjawab! Suka hati mama lah nak cakap apa pun. Dah mama tak ada anak
perempuan. Mama tak peduli. Fakhri kena kerja jugak kat restoran. No more excuse! Full stop!” Puan Maria
bingkas keluar dari ruang itu. Hangat pulak hati dia selepas bertekak tadi.
Fakhri
hanya mampu membebaskan keluhan berat. Kelibat Puan Maria dipandang sepi. Payah
kalau dapat mama terror speaking ni.
Mencengkam kalbu betul bahasa yang dia guna.
“
Sudahlah tu. Lebih baik kau ikut je cakap mama. Lagipun bukannya aku tak bayar
gaji kat kau. Position pun aku bagi
yang terbaik punya. Aku tak suruh kau jadi waiter
pun.”
Fahim
cuba memujuk. Sejak pemergian arwah papa mereka, Fahimlah yang sentiasa menjadi
pemimpin dalam rumah itu. Lagipun, sifat matangnya persis sifat arwah Mohd
Fariduddin. Fakhri pula sebaliknya. Dia lebih banyak mewarisi sifat Puan Maria.
Sebab tu dia tak kamcing dengan mama. Ada aje benda yang tak kena antara
mereka. Walaubagaimanapun, mamanya jugalah yang menjadi tempat dia mengadu
selain Fahim Rayyan.
“
Kau tak kesiankan aku ke, bro? Kau tak percaya eh apa yang aku cerita tadi?”
Fakhri mencuba nasib lagi.
“
Orang gila je yang percaya apa yang kau cerita dekat aku tadi tau. Kalau kau
cakap, kau yang buat bukan – bukan kat Damia tu aku percaya lah.” Fahim
tersengih.
“
Kalau macam tu, sebenarnya aku yang ada buat bukan – bukan kat Damia. So, apa lagi? Pecatlah aku. Kau kena
jaga kebajikan pekerja kau, Fahim.” Fakhri cuba taktik lain pulak. Walaupun dia
tahu, taktiknya tetap takkan menjadi.
Fahim
sudah geleng kepala perlahan. “ Aku tahu takkan berlaku apa – apa antara lelaki
yang berumur 23 tahun dengan perempuan yang berumur 25 tahun. Kalau kau nak pun
kat Damia, Damia takkan nak lelaki muda macam kau.” Fahim tersengih lagi.
Fakhri
terdiam kejap. Biji matanya memandang lama wajah Fahim. “ Kenapa pulak? 25
tahun dengan 23 tahun bukannya jauh beza sangat pun.”
“
Tapi masih ada beza kan? Sudahlah. Esok jangan masuk kerja lambat pulak. Syif
restoran negara Malaysia mula pukul 8 pagi tau. Bukan pukul 10 setengah macam
kau datang pagi tadi.” Sempat lagi Fahim berpesan sebelum berlalu meninggalkan
ruang bilik itu.
Fakhri
masih lagi terkebil – kebil memandang kelibat Fahim yang sudahpun hilang di
balik pintu. Keluhan yang teramat berat dibebaskan buat seketika. Inilah cuti
sem yang paling buruk sekali selama aku jadi student ni! Tak bermakna langsung!
***
Tepat
pukul 7.30 pagi dan Damia masih lagi bertenggek di tempat tunggu bas. Jam di
tangan sudah dikerling beberapa kali. Benaknya resah. Mana pulak bas ni? Bila
aku cepat, dia pulak yang datang lambat. Dah la aku tak cukup tidur pasal Pink Boy tu semalam. Harap – haraplah
dia tak bukak mulut pasal apa yang aku cakap kat dia semalam. Kali ni, aku kena
ugut dia dengan lebih kejam lagi. Lagipun, aku kan ketua dia. Mesti dia takut
dengan aku. Hahaha. Apalah sangat setakat adik taukeh tu. Small the pieces! Encik Fahim takkan ambil kisah punya pasal benda
remeh – temeh ni. Tapi kalau dia dah bagitau Black Maria macam mana?! Hah!!!
Saat itu juga, biji mata Damia
tertancap ke arah sebuah teksi yang semakin menghampiri kawasan tempat tunggu
bas itu. Teksi pun teksilah! Damia segera melompat ke jalan raya untuk menahan teksi
tersebut. Kedengaran brek kecemasan ditekan. Siap dengan berasap hitam lagi
ekzos teksi pakcik tu. Macam kat litar Sepang pulak.
Damia tersengih lantas menerobos
masuk ke dalam perut teksi. Pakcik yang memandu teksi itu tidak mampu berkata
apa – apa. Dia terus menekan pedal minyaknya semula. Damia pula sudah menghela
nafas lega. Fuh! Peduli apa dia dengan penumpang lain yang turut berada dalam
teksi tu. Yang penting dia dapat sampai ke restoran sebelum pukul 8.
“ Nak ke mana cik?” pakcik yang
sedang memandu bersuara.
“ Ke Restoran Seri Puteri ya
pakcik?” Damia membalas sambil mengikat tocang kuda rambut lurusnya paras bahu.
Penumpang yang berada di sebelah terus
memalingkan mukanya ke arah Damia bila mendengar perkataan Restoran Seri
Puteri. Damia turut memandang wajah pemuda yang turut sama menjadi penumpang
teksi pakcik tu.
“ Oh, kalau macam tu cik dan encik
ni nak ke tempat yang sama lah ya?” Pakcik yang sedang memandu mengerling
cermin pandang belakang.
Damia dan pemuda di sebelahnya
tercengang seketika. Damia?! Fakhri?! Masing – masing terkejut. Namun, air muka
segera dikawal rapi. Cepat – cepat mereka kembali memandang ke cermin tingkap.
Macam mana aku boleh tak perasan mamat ni ada dalam teksi ni?! Macam mana
perempuan ni boleh ada dalam teksi ni jugak? Haih.
Suasana agak sunyi tanpa sebarang
bual bicara. Yang hanya kedengaran bunyi radio yang dipasang perlahan. Sesekali
bebola mata Damia melirik ke arah Fakhri di sebelah. Fakhri masih lagi khusyuk
memandang luar tingkap. Muka nampak mengantuk je. Nak tanya ke tak nak tanya
eh? Hmm tanya aje lah. Aku dengan dia kan rakan sekerja. Mestilah kena beramah
mesra.
“ Sorry, topi awak saya tak basuh lagi. Awak ada topi spare kan?”
Belum sempat Damia membuka mulut,
Fakhri terlebih dahulu bersuara. Damia tergamam sekejap. Tak basuh lagi?! Dia
nak buat pekasam ke apa topi aku tu? Sabar Damia sabar! Kawal emosi kau.
“ Err tak apa. Aku ada topi lain.
Kalau aku nak tanya sikit boleh tak?” Damia ukir senyum plastik.
“ Tanyalah.” Fakhri masih bersahaja.
“ Apasal kau naik teksi? Kenapa tak
pergi restoran dengan Encik Fahim?”
“ Sebab saya tak suka bangun awal.”
Ringkas jawapan yang diberikan.
“ Tak kan tak bangun solat?” Damia
sudah menggeleng kepala perlahan. Ni lah anak muda sekarang. Benda wajib yang
senang pun tak nak buat.
“ Saya cuma cakap saya tak suka
bangun awal tapi saya tak cakap pun saya tak bangun untuk solat kan?” bila
bakal lawyer mula membahas terus membuatkan
si plaintif terdiam.
Damia berdehem sikit. Rasa bersalah
pulak bila tuduh orang bukan – bukan. “ Err yang pasal semalam tu, aku mintak
maaflah.” Tukar topik terus.
“ Pasal semalam tu pasal apa?”
Fakhri tersengih. Sengaja buat – buat tak ingat.
Damia sudah merengus geram. Mamat ni
memang sengaja lah tu nak kenakan aku. Tak apa. Cool Damia cool!
“ Pasal Puan Maria dengan Encik
Fahim tu lah.” Damia tunduk kepala sikit. Segan la pulak.
“ Oh, don’t worry! Saya bukan jenis yang suka mengadu pun.” Fakhri
tersengih lagi.
Damia sudah hela nafas lega. Bagus
betul budak ni. Bukan pendendam orangnya. Kalau aku ada adik perempuan, memang
aku adjust dah mamat ni untuk adik
aku. Ada ciri – ciri nak jadi adik ipar mithali ni!
“ Tapi dengan satu syarat!” Fakhri tiba
– tiba berwajah misteri.
Tersentak Damia dibuatnya. Dia mula
pelik. “ Apa syaratnya?”
“ Dalam masa seminggu ni, awak kena
buat Fahim pecat saya dari restoran. Boleh?”
Membuntang biji mata Damia bila
mendengar syarat yang diberikan. Belum sempat Damia membalas, pakcik teksi
sudahpun menekan pedal brek kereta betul – betul di hadapan pintu masuk
restoran. Fakhri membayarkan tambang teksi buat mereka berdua dan terus
melangkah keluar. Damia pula terpinga – pinga mengejar pemuda itu dari
belakang.
***
“
Kau ni gila ke apa? Silap – silap aku yang kena pecat nanti tahu tak?!” Damia
tak mampu bersabar lagi. Pitching
suara dah tinggi di ruang dapur.
“ Itu bukan masalah saya. Kalau awak
nak saya tutup mulut, awak buat macam apa yang saya cakap. As simple as that!” Fakhri masih selamba sambil membetulkan sut
chef yang baru ditukarnya tadi.
Damia sudah merengus geram. Tak
guna! Berani mamat ni memeras ugut aku pulak. “ Kalau kau tak nak kerja sini,
kau cakap aje lah sendiri dengan abang kau tu. Apasal nak libatkan aku pulak?”
Damia masih tak puas hati.
“ Saya dah buat macam – macam dah
tapi tetap tak jalan. So, saya tak
ada pilihan lain lah.” Fakhri tersengih.
Damia menarik nafas dalam. Cuba
bertenang. “ Ok ok aku akan cuba. Tapi aku tak janji tau berjaya ke tak apa
yang aku buat nanti.” Suaranya sudah dikendurkan.
“ Must be success or kalau Fahim tahu ada perempuan yang mengaku dia
bakal tunang Fahim Rayyan ataupun lebih teruk lagi kalau Puan Maria tahu dia
digelar Black...”
Sepantas kilat Damia menerkup mulut
Fakhri supaya lelaki itu tidak terlajak kata. Tak guna! Memang mamat ni nak
cari nahas betullah dengan aku. Boleh pulak dia cakap kuat – kuat perkataan BM
(Black Maria) tu kat sini. Ni yang buat darah aku naik ni!
“ Korang buat apa ni?” tak semena –
mena muncul suara Farah di ruang itu. Wajahnya pelik.
Buat seketika Damia dan Fakhri
tergamam. Cepat – cepat Damia melepaskan tapak tangannya dari mulut Fakhri.
Fakhri mengelap bibirnya siap dengan berkumur di sinki lagi. Hisy perempuan ni
suka hati dia je nak sentuh orang. Tangan tu entah bersih ke tidak. Pembawa
kuman betul lah!
“ Kau ni datang awal ke lambat sama
aje kan, Damia?”
Farah
mula memberi kuliah pagi itu. Ni lagi seorang manusia yang sering tak puas hati
dengan Damia. Apa yang dia sakit hati sangat pun entahlah. Nak cakap sebab
jawatan, sah – sah jawatan Farah lagi tinggi dari Damia. Gaji pulak usah
diungkitlah. Jawatan tinggi, gaji mestilah tinggi.
“ Apasal pulak?” seperti biasa Damia
pasti akan menjawab.
“ Sejak dari pagi tadi kau datang,
apa yang kau buat?” Farah mula nak bertukar ke wajah singa.
“ Err saya nak ready la ni. Lagipun belum pukul 9 lagi kan? Bukannya ada customer lagi pun. Restoran ni kan bukak
pukul 9.” Damia cuba membela diri.
“ Kau ni ada je modal nak menjawab
kan? Cuba terus buat kerja bila aku suruh. Ini tak, asyik melawan je kau tahu.
Kau ingat kau tukang masak, kau orang penting sangat ke dalam restoran ni?”
“ Memang dia orang penting pun.”
Fakhri yang hanya memeluk tubuh dari
tadi menyaksikan adegan penyelia dan orang bawahannya itu segera menyampuk
tanpa rasa segan silunya. Biji matanya tepat dihalakan ke muka Farah.
“
Cuba tanya mana – mana restoran. Staf mana yang paling penting dalam sesebuah
organisasi makanan? Dah tentu chefnya, betul tak?”
Damia
terus angkat muka pandang muka Fakhri. Terharu pulak dia bila dibela
sedemikian. Farah pula sudah tercengang memandang pemuda itu.
“
Nak cari seorang chef adalah berlipat kali ganda susahnya dari nak cari seorang
supervisor. So?” Fakhri sengaja menyindir Farah. Pedas.
Farah
cepat – cepat melarikan biji matanya ke tempat lain. “ Err nak pukul 9 dah ni.
Kau ready cepat, Damia!” serta –
merta dia ghaib dari situ.
Damia
masih lagi memandang lama wajah Fakhri yang sedang tersengih dengan penuh
perasaan macho. Musykil. Kenapa mamat ni tiba – tiba buat baik dengan aku? Tadi
bukan main lagi ugut – ugutan segala.
“
Kau tersengih apa lagi kat situ? Tolong aku ready
bahan – bahan masak cepat!” giliran Damia pulak memberi arahan kepada Fakhri.
Sengaja tunjuk kuasa.
Fakhri
tersentak. Cis, perempuan ni tak terpedaya rupanya! Tak cukup gentlemankah aku tadi back – up dia? Ingatkan dapatlah
bersenang – lenang sekejap.
***
p/s: tolong terpikat dengan hero cite ni ok?
hihi semoga t'hibur dears..
lagi! lagi! lagi! :)
ReplyDeletemmg tergoda pun dgn hero cite ni! hehe
ReplyDeletehero lg muda dr heroin ye? o_O
jln cite yg rare tp bru bab 2 pun dah best
continue cpt ye
best!!!!bes!!!!
ReplyDelete:)
beza 2 tahun
ReplyDeleteso sweettt
luv mia n fakhri..
marathon bca smua bab...(mcm la byk sgt bab)hehe...
ReplyDeletenurrul,seyes noor suka novel ni...
mungkin terlalu awal,so noor blum jatuh cintan dgn fakhri...
but later...fakhri must be mine...hahahaha...
-noorwieyl a.k.a noor-
hoho fakhri is yours?
Deletetakpe2 tggu chapter sterusnye..
sy akan pastikan noor t'goda abis ngan fakhri hahaha
mana bab 3 ????
ReplyDelete-rumah 23-
bab 3 otw =D
Delete-psiaran iskndar prdana 56-
tenkiu sume laling2 yg sudi bace n suke cite ni.. t'haru lak kite =') sobs3
ReplyDeleteAiii soooo likeeee....
ReplyDelete