Wafa resah menanti kehadiran teman
baiknya, Mar yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya. Dari tadi dia mundar –
mandir di ruang tamu rumahnya sambil memegang telefon bimbit di tangan.
Langsirnya yang belum digantung sempurna dibiarkan tergendala. Alamak, aku nak
menipu apa lagi ni hah? Mar cuma tahu sepupu aku si Najwa gedik tu je. Kalau
dia tanya lebih – lebih nanti macam mana pulak?
“
Akak kenapa ni macam risau semacam je?” tanya Waiz yang tiba – tiba muncul di
muka pintu bersama – sama Ali. Barangkali kerja menyuci kereta sudah selesai.
Wafa
terperanjat kecil apabila memandang kelibat kedua – dua lelaki muda yang berada
di muka pintu rumahnya itu. “ Fuh, semangat... Em tak ada apa – apa lah. Korang
dah siap cuci kereta akak ke?”
Waiz
dan Ali menganggukkan kepala serentak lantas mereka melangkah ke dapur untuk menyimpan
perkakas mencuci yang digunakan tadi. Wafa pula hanya memandang sepi kelibat
dua lelaki yang berlalu pergi di hadapannya itu. Fikirannya masih serabut.
Sepuluh
minit kemudian, seperti yang dijanjikan bunyi deruman kereta yang sudah
diparkir di belakang kereta Wafa kedengaran di gegendang telinganya. Wafa
menjengukkan kepalanya sedikit di cermin tingkap. Kelihatan seorang perempuan
muda yang sebaya dengannya turun dari kereta Produa Alza berwarna ungu.
Ya,
itulah Mardiana binti Marzuki atau nama komersialnya Mar. Seorang arkitek wanita
yang berkaliber di sebuah syarikat construction
di Taiping. Dan dengan secara tidak sengaja, Mardiana ni telah menjadi
teman baik aku sejak aku mula pindah ke kawasan utara Perak ni. Aku kenal dia
pun sebab aku ternampak dia menangis seorang diri di Taman Tasik Taiping
sewaktu aku jogging. Aku pun dengan baik
hatinya pergi lah tanya apa sebab dia menangis. Rupa – rupanya sebab boyfriend. Dan dari saat itu lah, setiap
kali dia ada masalah dengan boyfriend,
dia akan cari aku. Macam apa yang sedang berlaku sekarang ni.
“
Assalamualaikum, Wafa. Aku masuk tau rumah kau ni.” kedengaran suara Mardiana
memberi salam dari luar. Lantas dia melangkah masuk seperti rumahnya sendiri
dan menghenyakkan punggungnya di atas sofa.
“
Waalaikumussalam.” Balas Wafa sambil membetulkan langsir tingkapnya yang
diintai tadi.
“
Astaghfirullahalazim.. terkejut aku Wafa. Kau ni entah dari mana – mana je
muncul.” Mardiana mengurut dadanya perlahan.
Wafa
mengambil tempat berhadapan dengan temannya itu lalu melabuhkan punggungnya ke
atas sofa. “ Aku yang patut terkejut tau tengok kau dah landing kat sofa aku ni.”
“
Ops sorry la Wafa.” Balas Mardiana
sambil tersengih.
“
Ha kenapa kau kelam – kabut sangat tadi datang rumah aku ni Mar?”
“
Eh, lupa pulak. Aku ada satu berita baik dan satu berita buruk. Kau nak dengar
yang mana dulu, Wafa?”
Wafa
memandang pelik temannya itu. “ Berita baik dulu lah. Nanti aku tak ada mood pulak bila dah dengar berita buruk
kau tu.”
Mardiana
tersengih memandang Wafa yang tidak sabar menunggu. “ Pandai kau kan? Tapi aku
akan bagitau berita buruk dulu lah. Baru nampak suspen sikit, betul tak?”
“
Haish kau ni ada – ada je lah. Bagitau je lah apa berita hot kau tu?”
“
Berita buruknya adalah aku dah clash
dengan boyfriend aku.” Mardiana
berkata perlahan.
“
Kali ni betul – betul serius ke?” soal Wafa bersahaja.
Wafa langsung
tidak terkejut dengan berita yang baru didengarnya itu. Bukannya dia tak tahu
kali ni sahaja dah masuk kali kelima dia mendengar berita Mardiana dengan
Shafiq putus hubungan. Asal gaduh aje nak putus. Apa pun tak boleh. Tapi
nampaknya, selesai sudah tanggungjawab aku menjadi pendengar setia cerita cinta
untuk si Mardiana ni.
“
Aku serius kali ni Wafa. Aku yakin sangat Shafiq tu bukan tercipta untuk aku.”
“
Sabar lah Mar. Kumbang kan bukan sekuntum. Ha apa pulak berita baik yang kau
nak bagitau aku tadi?”
“
Kumbang bukan seekor la makcik. Em berita baiknya pulak aku akan duduk rumah
kau selama seminggu. Seronoknya Wafa. Tak sabar aku tau.” Mardiana tersenyum
riang memberitahu hasrat hatinya itu.
“
Apa?!!!” Terkejut beruk muka Wafa tika ini memandang temannya. Dirasanya
seperti kilat sabung – menyabung dan guruh berdentuman di langit apabila
menerima berita hangit dari teman baiknya. Dalam otaknya sudah terbayang wajah
Ali.
“
Kenapa kau ni Wafa? Macam kena electric
shock je.” Mardiana menayang muka pelik.
“
Ke.. kenapa kau nak tumpang rumah aku pulak Mar?” Tergagap Wafa dibuatnya.
“
Oh, sebabnya aku ada projek dekat Parit Buntar ni baru start. Kau ada nampak tak construction
site tepi highway nak ke
Kamunting tu? Tu company aku punya
projek lah. Dalam masa seminggu, hari – hari aku kena pergi lawat site tu. Dah alang – alang construction site tu dekat sini, aku
tumpang je lah rumah kau untuk seminggu. Jimat sikit minyak kereta aku betul
tak?” Panjang lebar Mardiana menerangkannya.
Wafa
pula boleh dikatakan hanya mendengar dengan telinga kanan dan segala – galanya
keluar semula di telinga kiri. Ya Allah, ujian apakah ini? Macam mana dengan
Ali kalau Mar tumpang rumah aku nanti? Kalau ini lah yang dikatakan berita
baik, maka ini lah berita paling buruk yang pernah aku dengar. Argh tension!
Mardiana
mengerling jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 6 petang di ruang tamu itu.
“ Wafa, aku balik rumah dulu lah ye. Dah petang dah ni. Hari Isnin ni aku
datang bawak pakaian semua ok?” lantas Mardiana bangun dari tempat duduknya.
Wafa
pula masih dalam keadaan terpinga – pinga memandang sahabatnya. Apa pun
perkataan tidak mampu diluahkannya tika ini. Belum sempat Mardiana melangkah
keluar, kedengaran seseorang memulas tombol pintu bilik. Langkah Mardiana
terhenti. Alamak! Mintak – mintak lah Waiz yang bukak pintu bilik tu. Wafa
memejamkan matanya rapat takut untuk melihat kelibat orang yang membuka pintu
bilik itu.
Mardiana
memandang lama wajah tampan yang dilihatnya itu. Terpegun! Wafa pula
mencelikkan matanya perlahan – lahan. Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan
berat. Akhirnya, kantoi jugak! Perlu ke kau nak keluar dari bilik tu time ni jugak, Ali? Bentak hati Wafa.
Wafa memandang pelik temannya yang masih diam seribu bahasa apabila melihat kelibat
lelaki itu. Ditoleh pula ke arah Ali yang juga sedang memandang Mardiana lama.
Apahal pulak diorang ni?
“
Eh, tadi bukan kau cakap nak balik rumah ke Mar? Baik kau balik cepat. Hari dah
nak malam ni.” Wafa segera menarik tangan temannya itu ke muka pintu.
Mardiana
yang seperti baru tersedar dari khayalan hanya menurut perintah. Dia menekan alarm keretanya sambil memandang pelik
ke arah Wafa yang berada di sebelahnya.
“ Siapa lelaki
tadi tu, Wafa? Aku tak pernah tengok pun selama ni.”
Mampus
lah aku kali ni. Apa aku nak jawab pulak ni? Nak menipu ke tak nak? “ Errr
lelaki tu sebenarnya errr sebenarnya aku punya...” Wafa gagap. Tidak tahu apa
yang hendak dijawabnya tika itu.
“
Saya sepupu Wafa. Selamat berkenalan.” Tiba – tiba kedengaran suara garau
seorang lelaki dari muka pintu.
Kedua
– dua perempuan itu memandang Ali serentak. Ali memberikan senyuman tampan. “ Ha dia sepupu aku, Mar. Ali nama dia.” Wafa
menarik nafas lega. Harap – harap makcik ni percaya lah cakap aku.
“
Ali? Oh, selamat berkenalan jugak.” Balas Mardiana tersenyum ke arah Ali.
Lantas dia berbisik ke telinga Wafa.
“
Handsome gila sepupu kau ni Wafa. Aku
rasa macam jatuh cinta pandang pertama pulak.” Mardiana tersengih memandang
Wafa.
“
Pandang pertama? Sudah la tu kau balik cepat nanti lambat.” Wafa cepat – cepat memaksa
Mardiana masuk ke dalam kereta. Usai menghidupkan enjin kereta, Mardiana
mengundurkan keretanya ke luar garaj. Sempat lagi dia melambaikan tangannya ke
arah Ali yang masih tercegat di muka pintu sebelum meninggalkan perkarangan
rumah itu.
Wafa
akhirnya menghembuskan nafas yang teramat lega sekali. Tamat sudah saat – saat
genting yang dihadapinya tadi. Fuh, nasib baik Mar percaya cakap aku tadi.
Kalau tak, memang tamat lah riwayat aku malam ni. Seketika kemudian, dia segera
mencari kelibat Ali.
“
Thanks Ali. Awak muncul tepat pada
masanya tadi.” Wafa menepuk bahu Ali dengan penuh perasaan bangga lalu melangkah
masuk ke dalam rumah. Ali masih lagi terpinga – pinga dengan apa yang berlaku
sebentar tadi.
***
Usai menunaikan solat Maghrib, Wafa
menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam bagi mereka sekeluarga.
Dijenguknya ke ruang tamu. Suasana sunyi seperti tiada penghuni dalam rumah
itu. Diorang dalam bilik lagi kot. Em apa aku nak masak malam ni ye? Masak nasi
goreng ayam sudah lah. Sebelum tu, aku nak basuh kain dulu. Tak lah membazir
masa aku. Lepas habis masak, kain baju pun dah siap basuh. Hehe bijak betul otak
aku ni. Wafa mengomel sendirian sambil tersengih. Lantas dia menuju ke arah
mesin basuh yang terletak di tepi pintu bilik air.
Wafa
membetulkan setiap helai pakaian yang hendak dicampaknya ke dalam mesin basuh.
Tiba – tiba dia terlihat seluar slack
hitam lelaki di dalam bakul pakaian yang belum dibasuh itu. Eh, ni kan seluar
yang Ali pakai waktu aku accident
hari tu. Dibelek – beleknya seluar itu. Ada sedikit kesan koyak dan calar pada
lutut dan kaki seluar. Dia menyentuh perlahan kesan koyak di seluar itu. Mesti
teruk aku langgar kau hari tu kan Ali? Aku minta maaf sangat – sangat. Aku
betul – betul berdosa dengan kau. Lantas Wafa membetulkan seluar yang terkalih
itu lalu dicampaknya ke dalam mesin basuh.
Usai
membiarkan mesin basuh menjalankan kerjanya, Wafa kembali ke dapur untuk
memasak. Dia membuka pintu peti ais dan membongkokkan badannya sedikit untuk
mencari bahan yang hendak dimasaknya. Lantas dia mencapai ayam mentah lalu
menutup pintu peti aisnya semula.
“
Astaghfirullahalazim.. Ali? Boleh tak jangan muncul secara tiba – tiba kat
depan saya? Kalau saya ada sakit jantung macam mana?” Wafa mengurut dadanya
perlahan apabila terlihat Ali sedang memeluk tubuh sambil memandang tepat ke
arahnya.
“
Ada apa – apa yang boleh saya tolong?”
Wafa
memandang tubuh lelaki itu dari atas hingga bawah. “ Awak tahu masak ke?”
“
Itupun kalau awak ajar lah.” balas Ali selamba.
“
Cis, baik tak payah tolong kalau macam tu.” Wafa menjuihkan bibirnya.
“
Ok awak yang jual mahal eh.” Ali mula melangkah pergi.
“
Eh, kejap. Em awak tolong basuh ayam lah kalau macam tu. Basuh bersih – bersih
tau.” Wafa meletakkan ayam mentah yang belum dibersihkan itu ke dalam sinki.
Haha senang kerja aku bila ada orang gaji tanpa upah ni. Tapi ni bukan kes buli
eh. Dia sendiri yang offer nak tolong
aku tadi. Hehehe.
Ali
hanya menurut perintah lalu menuju ke arah sinki. Dia mula menyiang ayam mentah
yang sudah dipotong kecil – kecil itu. Wafa pula menjalankan tugas menghiris
bawang dan memotong sayur – sayuran yang hendak ditumis. Suasana menjadi sunyi
seketika di antara mereka. Yang hanya kedengaran cuma bunyi air paip yang
digunakan untuk membasuh ayam.
Sesekali
Wafa mengerling ke arah Ali sambil tangannya masih ligat memotong sayur.
Agaknya mamat ni asal dari mana eh? Muka dia memang aku akui handsome pun macam kacukan pun ada. Dari
gaya dia macam anak orang berada je. Mana tidaknya, time breakfast nak makan roti bakar dan peanut butter. Kalau aku, mahu muak pagi – pagi makan benda alah
tu.
“
Em kenapa awak tak duduk dengan parents awak?”
Ali memecah kesunyian.
Wafa
tersentak dari lamunannya. Air mukanya serta – merta berubah. “ Ibu dan ayah
saya dah lama tak ada. Diorang meninggal dunia waktu saya dan Waiz kecil lagi.”
Balas Wafa perlahan.
“
Oh, saya minta maaf. Saya tak tahu pulak yang..” belum sempat Ali menghabiskan
ayatnya, Wafa terus menyampuk.
“
Its ok Ali. Saya tahu awak mesti
pelik bila tengok keluarga saya cuma ada Waiz je kan?”
“
Bersyukur lah Wafa. Sekurang – kurangnya awak bertuah tau, awak masih ada adik.
Macam saya ni, saya tak tahu siapa diri saya sebenarnya. Yang saya tahu, sejak
saya celik mata kat hospital hari tu, hanya awak seorang yang kenal saya. Siapa
family saya pun, saya tak tahu.”
Wafa
hanya memandang sayu lelaki di sebelahnya itu. Tidak tahu apa yang hendak
dijawabnya lagi. Semuanya salah aku, Ali. Terlampau banyak dosa aku dengan kau.
“
Em perempuan yang datang siang tadi tu kawan awak ke?” Ali menukar topik.
Hah? Perempuan yang datang siang
tadi? Alamak, macam mana aku boleh lupa pasal Mar ni. Wafa segera menganggukkan
kepalanya laju.
“
Aah dia kawan saya. Kenapa awak tanya?”
“
Dia selalu datang sini ke?” soal Ali lagi.
“
Kadang – kadang je dia datang.” Balas Wafa ringkas.
“
Tapi kenapa dia tak kenal saya langsung? Kan saya dah lama duduk kat sini.”
Alamak,
err apa aku nak jawab ni ha? “ Sebenarnya, baru dua kali dia datang sini.
Pertama kali dia datang dulu, awak keluar ada hal.”
“
Oh, hal apa pulak?”
“
Hal apa? Err entah lah saya pun tak ingat.” Banyak la pulak soalan mamat ni.
Tolong lah jangan tanya apa – apa dah.
Ali
hanya mendiamkan diri tanda mengerti. Tidak ada soalan lagi yang hendak
diajukan. Wafa pula sudah menarik nafas lega. Macam mana lah aku nak hidup
kalau hari – hari kena lalui benda macam ni?
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?