Dari jauh lagi sudah kedengaran
Tengku Danial Hakimi ketawa besar dalam ofisnya. “ Bagus Black bagus! Aku tahu
kau sorang je yang layak buat kerja ni. Kau tak pernah hampakan aku Black.
Habuannya, aku akan bayar kau berlipat kali ganda.” Pecah berderai lagi tawa
Tengku Danial Hakimi. Lagaknya seperti J.W.W Birch yang baru sahaja berjaya
menawan negeri Perak pada zaman penjajahan British dulu.
Tengku
Danial Hakimi menghenyakkan punggungnya di atas kerusi empuk yang telah ditempah
khas dari Itali pada bulan lepas. Dia tersengih sinis sendirian sambil matanya
memandang ke arah permandangan di luar tingkap ofisnya.
Tamatlah
riwayat kau hari ni Tengku Aakif Nawfal. Kau jangan berangan nak duduk di
kerusi CEO MS Land Holdings ni. Hanya
aku sahaja yang layak meneraju generasi syarikat ni. Kimi mintak maaf nenda,
cucu kesayangan nenda si Aakif tu dah tak ada dalam dunia ni tau. Yang ada cuma
cucunda yang nenda benci ni. Baru padan muka nenda ku sayang! Tengku Danial
Hakimi menyambung tawanya lagi apabila membayangkan wajah nendanya nanti
apabila mendapat berita cucunda kesayangannya telahpun menjadi arwah.
Sementara itu, di dalam rumah argam
milik keluarga Allahyarham Tan Sri Tengku Mustapha dan Puan Sri Tengku Sakinah
kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan 75 tahun sedang mundar – mandir di
hadapan ruang tamu rumahnya yang tersergam indah. “ Bonda jangan lah macam ni.
Cuba bawak bertenang. Duduk dulu atas kerusi ni. Ni asyik dok mundar – mandir
je sakit mata Muaz ni tengok bonda tau.” Tengku Muaz menyelak surat khabar di
tangannya sambil melirik ke arah Puan Sri Tengku Sakinah yang sedang
kegelisahan.
“
Kenapa pulak kau nak sakit mata tengok bonda ni Muaz? Mata kau tu bonda tengok
dari tadi asyik tengok newspaper je.
Sampai anak balik lambat pun tidak dipedulikan. Ni lah ibubapa zaman sekarang
ni. Tak sama macam ibubapa zaman dulu yang jaga anak tertib macam menatang
minyak yang penuh tau.” Sindir Puan Sri Tengku Sakinah pedas sambil matanya
melirik ke arah Puan Nafeesah yang berada bersebelahan suaminya, Tengku Muaz
yang masih lagi membelek – belek surat khabar di tangannya.
“
Bonda jangan lah risau sangat ye. Tahu lah si Aakif tu balik. Lagipun dia dah
janji nak temankan bonda shopping
hari ni. Mungkin ada hal dekat ofis kot sampai telefon pun tidak dijawabnya.”
Balas Puan Nafeesah tenang sambil tersenyum ke arah ibu mertuanya itu.
Akhirnya
Puan Sri Tengku Sakinah menghenyakkan punggungnya di atas sofa sambil
melepaskan keluhan yang berat. Matanya masih lagi tidak melepaskan pandangan ke
arah pintu besar rumah argamnya itu. Dengan harapan, Tengku Aakif Nawfal muncul
di muka pintu itu.
Tengku
Muaz dan Puan Nafeesah hanya menggelengkan kepala melihat telatah bonda mereka
yang seperti sedang menunggu arwah ayahanda pulang dari kerja suatu ketika
dulu.
Sepuluh
minit kemudian, muncul kelibat Tengku Danial Hakimi di muka pintu sambil menjinjing
sebiji kek yang berbalut kemas. Puan Sri Tengku Sakinah terus meluru ke arah
cucundanya yang berada di muka pintu itu.
“
Kimi, mana Aakif? Aakif tak ikut Kimi balik sekali ke?” Puan Sri Tengku Sakinah
terus bertanyakan perihal cucunda kesayangannya itu.
Orang tua ni tak
habis – habis dengan Aakif. Yang aku ni ada depan mata pun tak pernah nampak.
Macam aku ni cucu pungut pulak. Ngomel Kimi dalam hati sambil matanya memandang
wajah yang sudah di mamah usia di hadapannya itu. Seketika kemudian, Tengku
Danial Hakimi pura – pura senyum. “ Entah la nenda. Aakif call Kimi tadi cakap dia melawat site dekat Penang hari ni. Lagipun Kimi tak masuk ofis hari ni. Outstation dekat Klang tadi. Ni ada buah
tangan sikit dari mama. Mama yang buat kek ni tau.” Tengku Danial Hakimi
menghulurkan sebuah kotak kecil yang mengandungi sebiji kek itu kepada Puan
Nafeesah.
Puan Sri Tengku
Sakinah kembali duduk di atas sofa dengan wajah yang hampa. Hatinya tidak henti
– henti mendoakan keselamatan cucu kesayangannya itu. Tengku Danial Hakimi pula
mengambil tempat bersebelahan bapa saudaranya, Tengku Muaz.
“ Ada berita
hangat ke hari ni paksu?” Tengku Danial Hakimi sengaja berbasa – basi sambil
tangannya mencapai segelas jus oren di atas meja.
“ Ala biasa lah
tak habis – habis dengan kes bunuh. Hari ni kes pembunuhan sepupu sendiri. Teruk
sungguh manusia sekarang. Macam tak ada orang lain nak dibunuhnya.” Balas
Tengku Muaz selamba sambil menayangkan tajuk utama muka depan Harian Metro
kepada Tengku Danial Hakimi.
Tersedak – sedak
Tengku Danial Hakimi dibuatnya apabila membaca muka depan utama surat khabar
itu. Serta – merta dia meletakkan gelas yang berisi air itu di atas meja sambil
mengelap bibirnya. “ Nenda, Kimi balik dulu lah ye. Dah lewat dah ni.” Tengku
Danial Hakimi bingkas menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan nendanya.
“ Amboi, baru
duduk je dah nak balik dah? Kimi, sesekali tu datang lah tidur sini. Bawak lah
mama kamu tu sekali.” Tegur Puan Sri Tengku Sakinah sambil tangannya bersalaman
dengan cucundanya itu.
Ala kalau aku
duduk dalam rumah ni lama – lama pun, orang tua ni mana pernah nak hargai aku.
Apa – apa hal pun nama Aakif jugak yang diserunya. Bebel Tengku Danial Hakimi
dalam hati sambil berpura – pura senyum. “ InsyaAllah, nenda. Paksu, Kimi balik
dulu ye. Kirim salam kat Maksu tau.” sempat Tengku Danial Hakimi bersalaman
dengan bapa saudaranya sebelum melangkah keluar.
Puan Nafeesah
berjalan menuju ke ruang tamu sambil menatang dulang yang berisi piring yang
diletakkan kek yang diberi Tengku Danial Hakimi tadi. “ Eh, Kimi dah balik ke?
Tak sempat nak jamah kek yang dia bawa tadi.” Puan Nafeesah memandang kelibat
Tengku Danial Hakimi yang hilang di muka pintu sambil meletakkan dulang di atas
meja kopi. Tengku Muaz hanya menjongketkan bahu memandang isterinya.
***
Sudah hampir sejam Wafa Amani
menahan telinga mendengar leteran dari ibu saudaranya itu. Sepupunya merangkap
anak dara kepada ibu saudaranya yang berusia 25 tahun, Najwa hanya tersengih
memandang Wafa yang sedang dimarahi. Seronok lah tu tengok aku kena bebel. Dah
macam watak Cinderella pulak aku ni. Haish kalau tak balik kampung, dikatakan
lupa daratan lah, kacang lupakan kulit lah. Tapi bila balik kampung, macam ni lah
jadinya. Agaknya tak penat ke mulut orang tua ni pot pet pot pet je dari tadi.
Ngomel Wafa dalam hati kecilnya, bibirnya pula dicebikkan sambil tangannya
ligat memotong sayur.
“ Tu lah kau
Wafa, bila aku cakap sikit je kau mencebik. Umur kau tu dah tua bangka pun
perangai macam budak tadika lagi. Semua yang pinang kau, semua kau tolak. Kau
ingat muka kau tu lawa sangat macam Kareena Kapoor. Dulu waktu zaman aku muda –
muda dulu, umur 18 dah beranak – pinak tau. Kau ni umur dah 27 habuk pun tak
ada.” Bebel Puan Naimah dengan pedasnya.
Eleh, siapa cakap aku nak jadi
Kareena Kapoor? Cukup lah orang ramai cakap muka aku ni comel iras – iras
Heliza Helmi gitu. Hahaha. Tapi kira ok lah muka aku ni lagi lawa dari si Najwa
gedik tu. Lepas tu bajet nak jadi Najwa Latiff. Piirrahh!!
“ Ala maklong,
tu zaman dulu. Kalau ada jodoh tak kan ke mana punya lah maklong.” Balas Wafa
Amani selamba. Biji matanya masih lagi memandang sayur yang sedang dipotong.
“ Bila aku cakap
pandai kau menjawab ye. Aku tak peduli. Kalau sampai hujung bulan ni kau tak
dapat cari calon suami kau, aku akan kahwinkan kau dengan anak ketua kampung si
Khairul tu, paham?” Bengis wajah Puan Naimah memandang raut wajah anak
saudaranya itu. Najwa pula sedang tersengih mengejek ke arah kakak sepupunya itu.
Terbeliak biji
mata Wafa Amani apabila mendengar berita buruk yang baru berdesing di gegendang
telinganya itu. Biar betul maklong ni. Dia ingat aku ni apa senang – senang nak
kahwinkan aku dengan si Khairul bajet handsome
tu. Dah la kaki rempit. Tak habis – habis menonggek dengan motor RXZ dia tu. Huish
tak boleh dibayangkan kalau aku betul – betul jadi bini Khairul. Dah lah anak
bapak. Not my taste ok.
“ Wafa bantah
habis – habisan cadangan maklong tu. Suami Wafa, biar Wafa yang cari sendiri,
paham?” Wafa Amani mula meninggikan suaranya. Dia terus meletakkan pisau di
atas meja lalu meninggalkan ruang dapur yang mulai tegang itu.
“ Wafa!!! Kalau
sampai hujung bulan ni kau tak dapat calon, aku tetap terima pinangan si Khairul
tu kau dengar tak?” Puan Naimah separuh menjerit ke arah anak saudaranya itu.
Berang hatinya bukan kepalang lagi. Wafa ni tak habis – habis buat darah aku
naik. Tunggu lah kau nanti aku kerjakan.
Beberapa minit
kemudian, kedengaran deruman enjin kereta meninggalkan perkarangan rumah Puan
Fatimah. Wafa terus meluncur laju dengan hati yang begitu sebal. Sejak kecil
dia tidak suka dengan keluarga ibu saudaranya itu. Puan Naimah sering
mengarahkan Wafa dan adik lelakinya, Waiz Aiman melakukan macam – macam kerja
dirumah. Kalau tidak disebabkan ibubapa mereka yang telah meninggal dunia,
pasti Wafa dan Waiz bahagia di samping keluarga tercinta.
Walaubagaimanapun,
Wafa tetap terima qada’ dan qadar yang telah Allah SWT tentukan buat dirinya.
Dia tetap menghargai secebis kasih sayang yang diberikan oleh keluarga Mak Long
kepada dia dan adiknya itu. Walaupun dia tahu hakikatnya, maklong sanggup
menjaga kebajikan dirinya dan Waiz hanya kerana harta yang ditinggalkan oleh
arwah ibubapa mereka.
Tamat sahaja
pengajiannya di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Wafa mula
mengajar di sebuah sekolah menengah di sebuah pekan di Perak iaitu Parit
Buntar. Dia kemudiannya terus menetap di sebuah rumah teres setingkat yang
disewa bersama adiknya yang baru berumur 22 tahun itu. Waiz pula masih lagi
sedang belajar di Universiti Malaya dalam bidang perubatan.
Wafa terus
menekan laju pedal minyak keretanya meninggalkan kampung halaman keluarganya di
daerah Gerik menuju ke Parit Buntar. Perjalanan yang mengambil masa lebih
kurang 3 jam itu membuatkan Wafa terasa begitu lama memandu ditambah pula
hatinya begitu geram dengan tindakan ibu
saudaranya yang dirasakan sudah melampau itu. Ah, apa nak jadi pun jadi lah.
Jangan ingat aku ni budak – budak lagi nak paksa – paksa pulak. maklong ni tak
habis – habis nak cari gaduh dengan aku. Yang anak dara dia tu tak nak pulak
dikahwinkan dengan si Khairul tonggek tu. Umur pun dah 25 dah. Sesuai sangat la
si Tonggek dengan si Gedik tu.
Wafa tidak putus
– putus membebel seorang diri di dalam keretanya. Perempuan lah katakan
ditambah pula dengan Wafa yang memang terkenal dengan sikap degilnya sejak dari
kecil lagi. Dia hanya akan menuruti apa yang dirasakan baik buat diri dan
adiknya sahaja.
Sampai di satu
selekoh yang agak sunyi, Wafa tidak semena – mena telah terlanggar satu objek
yang agak keras di tepi jalan. Sepantas kilat Wafa menekan brek kecemasan
kereta Myvinya. Ya Allah, apa yang dah berlaku ni? Aku langgar apa pulak ni? Ni
lah balasannya lawan cakap orang tua tadi. Haish. Sempat lagi Wafa mengeluh
dalam keretanya.
Cepat – cepat
Wafa membuka pintu keretanya lalu keluar untuk melihat apa yang berlaku di hadapan
keretanya. Suasana yang sunyi di waktu senja itu membuatkan dia sedikit cuak
namun tetap diberanikan dirinya. Perlahan – lahan dia menjengukkan kepalanya di
hadapan kereta.
Seakan hendak tersembul
biji mata Wafa apabila mendapati objek yang dilanggarnya itu sekujur tubuh
seorang lelaki muda. Hah!! Ya Allah, aku dah langgar orang! Ibu! Tolong Wafa bu!
Wafa dah jadi pembunuh. Wafa Amani seakan – akan mahu pengsan tika itu. Seolah
– olah semuanya hanya mimpi.
all the best penulis! :)
ReplyDelete-melaka bandaraya bersejarah-
tenkiu melaka ku syg! =')
ReplyDeletewaa . ada macam cinta korea rooftop prince la .... all the best penulis :)
ReplyDeletemacam cerita save your last dance for me pun ada..sama jugak kesnya..hilang ingatan..
ReplyDeletetak boleh kongsi ke?? malaslah baca tak dah line dan mood
ReplyDelete