Tengku Danial Hakimi melambaikan
tangannya apabila ternampak Qistina yang sedang tercari – cari kelibatnya di
dalam sebuah restoran mewah. Qistina melangkah dengan lenggok pinggangnya yang
ramping ke arah pemuda yang sedang menunggunya itu. Dia yang hanya berskirt
paras lutut dan berbaju kemeja merah terus mengambil tempat di hadapan Tengku
Danial Hakimi.
“
Ada apa you nak jumpa I ni?” tanya Qistina seraya meletakkan
tas tangannya di kerusi sebelah.
“
Kalau ye pun, you tak nak order makanan dulu ke?” balas Kimi
apabila melihat seorang pelayan berjalan menuju ke arah mereka.
“
I datang sini bukan nak makan.” Balas
Qistina sinis.
“
Two fresh orange please.” Tengku
Danial Hakimi tetap membuat pesanan. Pelayan itu menganggukkan kepalanya
sedikit dan melangkah pergi.
“
Cakap lah cepat apa hal yang you nak
sangat jumpa I ni?”
“
Kenapa you sombong sangat dengan I eh? Nak cakap I ni tak handsome, ramai
je perempuan nak dekat I. Or sebab I tak sekaya Aakif? Sebab bukan I
yang akan jadi chairman MS Land
Holdings nanti?” duga Kimi sambil tersengih memandang wanita cantik di
hadapannya itu.
“
Apa yang you merepek ni? Kalau
setakat nak jumpa I cakap pasal benda
– benda mengarut ni, tak payah ok? Buang masa I je.” Qistina mula meninggikan suara sedikit. Dia mencapai tas
tangannya lalu bangun dari kerusi.
Serta
– merta Tengku Danial Hakimi memegang tangan Qistina yang hendak melangkah
pergi. “ Relax dulu, Qis. I’m sorry ok. Sebenarnya I ada benda lebih menarik nak invite you join.”
Qistina
melabuhkan semula punggungnya di kerusi. Dia memandang pemuda di hadapannya
lama. “ Nak invite I untuk apa?”
Tengku
Danial Hakimi mengeluarkan Samsung Galaxy Notenya lalu dia mencalit skrin
sentuh itu dengan pen yang disediakan. Seketika kemudian, dia menayangkan skrin
Galaxy Note itu kepada Qistina.
“
Ni contoh development proposal untuk
projek I dekat Perak.”
“
Habis tu apa kena mengena dengan I
pulak?” soal Qistina pelik. Matanya masih lagi tidak melepaskan skrin sentuh
ditangannya itu.
“
I nak you marketkan property I.”
“
Excuse me Encik Tengku Danial Hakimi,
I bukannya estate agent. Mana I tahu
nak market property.”
“
You kan marketing manager. You
patut tahu macam mana nak market apa
yang client you ask.”
“
Marketing manager company you pergi mana yang you sibuk nak suruh I
buat ni?”
“
Dia ada je sihat wal afiat lagi. Tapi I
nak pastikan projek I ni boom. I tak nak libatkan sesiapa pun dalam MS
Land Holdings tu.”
Qistina
berfikir sejenak. “ Sounds weird but
nevermind I’ll try. Bila nak start?”
“
Tomorrow.” Balas Kimi ringkas.
Terbeliak
biji mata Qistina mendengar perkataan yang terbit dari bibir Tengku Danial
Hakimi itu. Esok?!!
***
Mardiana sudah pun menghidupkan
enjin keretanya sambil menunggu yang lain selesai bersiap. Wafa Amani pula
setia menunggu ketibaan dua pemuda yang bersiap mengalahkan orang perempuan di
tepi pintu rumahnya sambil memegang kunci di tangan. Mardiana membunyikan hon
keretanya kepada Wafa. Wafa yang terperanjat sedikit segera tersengih
menayangkan gigi putihnya itu.
“
Wa..” Wafa baru hendak memanggil nama adiknya tiba – tiba muncul kelibat Ali
sedang menuju ke arahnya. Wafa terkedu.
Ali yang
mengenakan kemeja biru gelap belang putih dan seluar jeans hitam tampak begitu
padan sekali dengan tona kulit cerahnya. Lengan bajunya pula dilipat hingga
paras siku menampakkan lebih santai dan kasual. Rambutnya pula digayakan ala –
ala Lee Min Ho dalam drama Personal Taste.
Wafa
bukan sahaja terpegun bahkan mulutnya sudah ternganga melihat penampilan lelaki
yang digelar sepupunya itu. Amazing!
Hon kereta kali kedua yang dibunyikan Mardiana membuatkan Wafa terperanjat
lagi. Serta – merta lamunannya mati.
“
Awak tunggu apa lagi? Jom lah.” Ali memandang pelik Wafa yang masih tidak
melepaskan pandangan ke arahnya dari tadi.
“
Err..Waiz mana awak?” soal Wafa pula apabila kelibat Waiz masih belum dilihatnya
dari tadi.
“
Em Waiz cakap dia ada hal nak jumpa kawan dia nanti. So, dia tak dapat ikut.” Sempat Ali membalas sebelum melangkah
menuju ke kereta.
Wafa
cepat – cepat menutup pintu rumahnya dan berjalan beriringan bersama Ali menuju
ke arah Mardiana yang sedang menunggu di luar pagar. “ Err mana awak dapat
pakaian ni?”
“
Waiz yang bagi pinjam. Kenapa tak sesuai ke dengan saya?”
“
Eh tak lah. Sesuai sangat dengan awak.” Balas Wafa tersengih lalu membuka pintu
memasuki perut kereta. Begitu juga dengan Ali.
***
Mereka bertiga hanya memilih untuk
membeli – belah di Pasaraya Tesco.Wafa sibuk mencari barang – barang makanan
yang hendak dibelinya. Manakala Ali pula hanya ditugaskan menolak troli
membontoti perempuan itu dari belakang. Mardiana pula seperti dijangka akan
berkepit dengan Ali yang sedang menolak troli. Kalau boleh, troli itu juga
hendak ditolak bersama – sama. Nasib baik, pemegang troli tu tak muat.
Wafa
membelek – belek buah tembikai yang dilambakkan di dalam bakul besar itu.
Diketuk – ketuk sedikit buah tembikai itu untuk mendengar bunyinya. Tika itu,
matanya tertancap ke arah Mardiana yang sedang ketawa riang bersama Ali apabila
melihat ikan keli hidup di dalam akuarium.
Eleh,
apa yang kelakar sangat entah? Macam tak pernah tengok ikan keli pulak. Yang
Mar pun satu hal. Cakap nak teman aku beli barang tapi dari tadi asyik berkepit
dengan Si Ali tu je. Baik korang keluar berdua je kalau macam tu. Bentak hati
Wafa. Geram melihat gelagat mereka yang cukup menyakitkan matanya tika itu.
Tanpa disedari
tangannya sudah mengangkat sebiji tembikai yang besar hendak dimasukkan ke
dalam plastik yang kecil. Matanya masih lagi tidak dikalihkan ke tempat lain.
Manakala tangannya tetap berusaha menolak tembikai besar itu masuk ke dalam
plastik. Apasal degil sangat plastik ni dari tadi tak boleh nak masuk?
“ Err cik tak
boleh letak buah tembikai dalam plastik. Plastik ni kecil tak muat.” Tegur
seorang lelaki muda tiba – tiba.
Wafa serta –
merta tersentak dari lamunannya. Kelam – kabut dia melihat plastik kecil yang
dipegangnya itu. Astaghfirullahalazim..apa yang aku cuba buat ni? Wafa berpura
– pura senyum lalu mengangkatkan kepalanya sedikit melihat pemilik suara yang
menegurnya tadi.
“ Eh, doktor?”
bulat mata Wafa memandang lelaki di hadapannya itu.
“ Cikgu Wafa?
Cikgu buat apa kat sini?” Nadiatul Wahida, pelajar tingkatan 5 di sekolah
tempat Wafa mengajar, membesarkan matanya akibat terperanjat melihat guru
tingkatannya di pasaraya itu.
Wafa mengalihkan
pandangannya ke arah remaja perempuan yang berada di sisi doktor muda itu. Eh,
Nadia pun ada? Wafa berpura – pura senyum lantas dia menarik tangan Nadia
merapati tubuhnya. “ Mesti lah cikgu datang beli barang, tak kan cikgu datang
main roller blade pulak kat sini.
Yang kamu ni kerja sekolah dah siap ke belum?” Wafa separuh berbisik. Pemuda
tampan itu sudah tersengih melihat gelagat anak murid dan cikgu di depan
matanya itu.
Nadia tersengih.
Dia menggelengkan kepalanya perlahan tanda belum siap. “ Cikgu, kenalkan ni
abang saya.” Nadia menukar topik. Fuh, nyaris – nyaris aku tadi!
“ Abang?” Wafa
segera mengalihkan pandangan kepada pemuda yang sudah mengukir senyuman tampan
ke arahnya.
“ Oh, jadi Cik
Wafa ni cikgu kepada adik saya lah ye?”
Wafa teragak –
agak menganggukkan kepalanya. Seketika kemudian, dia pula mengukir senyuman
manis. “ Err doktor buat apa kat sini?” Wafa sedikit segan.
“ Abang saya
datang beli barang lah cikgu, tak kan nak main badminton pulak dekat sini.”
Selamba Nadia menyampuk. Wafa cepat – cepat menekup mulut anak muridnya itu
lantas tersengih ke arah lelaki di hadapannya itu.
“ Cikgu tak
tanya kamu.” Wafa separuh berbisik.
Nadia
menganggukkan kepalanya laju lalu mengangkat tangan kirinya tanda mengaku
kalah. Wafa melepaskan tapak tangannya dari mulut anak muridnya itu. “ Abang,
Nadia ke tandas sekejap ye. Tak tahan dah ni.” Nadia segera melangkah pergi
meninggalkan abang dan cikgunya.
“ Mari saya
tolong bawakan buah tembikai ni, tak payah Cik Wafa nak letak dalam plastik
dah.” Doktor muda itu mengambil sebiji tembikai lalu diletakkan ke dalam trolinya.
Wafa hanya
berpura – pura senyum. Tapi dalam hatinya, Ya Allah kenapa lah setiap kali
perkara yang memalukan akan terjadi depan doktor kacak ni? Tak reti nak control cun langsung. Confirm, saham aku jatuh merudum. Sempat
lagi Wafa membebel sendirian lantas mempercepatkan langkahnya mengekori doktor
muda itu.
“ Err doktor shopping dengan adik doktor aje ke?”
Wafa memecah sunyi apabila melihat doktor itu mengambil sebungkus roti gardenia
lalu dimasukkan ke dalam trolinya.
“ Yup, itupun Nadia nak teman. Kalau tak,
orang bujang macam saya ni biasanya sorang – sorang je lah.” balas doktor itu
sambil tersenyum.
“ Eh, doktor tak
kahwin lagi ke? Biar betul?” Wafa menayang wajah terperanjat. Dalam hati mula
berbunga – bunga.
“ Err kenapa?
Muka saya nampak tua ke?” soal doktor kacak itu pula.
“ Eh, tak lah.
Saya cuma terkejut aje tadi.” Balas Wafa sambil tersengih. Segan pula
dirasakannya. Wah, adakah ini yang dinamakan pertemuan cinta? Wafa ini lah
peluang keemasan kau. Lepas ni aku boleh stop
dah tengok rancangan Mimi Mencari Cinta yang Astro asyik buat siaran ulangan banyak
kali kat tv tu. Hehehe.
“ Em Cik Wafa datang
shopping sorang aje ke?” giliran
doktor itu menyoal.
Serta – merta
Wafa tersentak dari lamunannya. Bayangan Ali dan Mardiana kini silih berganti
dalam kotak fikirannya. Alamak! Macam mana aku boleh lupa dekat diorang ni?
Wafa segera mengambil tembikai di dalam troli doktor itu kembali.
“ Saya minta
maaf doktor. Saya terlupa yang saya datang dengan kawan saya tadi. Saya pergi
cari diorang sekarang ye.” Kelam – kabut Wafa membalas. Kakinya sudah hendak
melangkah pergi sambil tangannya memegang sebiji tembikai.
Tiba – tiba
doktor muda itu memegang lengan Wafa. Langkah Wafa serta – merta terhenti. Dia
menoleh perlahan ke arah doktor itu. “ Tak berat ke Cik Wafa nak bawak tembikai
ni? Macam ni lah, biar saya yang teman Cik Wafa cari kawan – kawan Cik Wafa tu
ye.” Lantas lelaki itu mengambil buah tembikai di tangan Wafa dan meletakkannya
semula ke dalam troli.
Wafa hanya mampu
menganggukkan kepalanya tanda setuju. Adakah aku mimpi dia pegang lengan aku
tadi? Wafa masih tercegat memandang belakang doktor muda itu sedang melangkah
pergi. Lantas dia mempercepatkan langkahnya beriringan doktor itu.
“ Err tak
menyusahkan doktor ke nak kena teman saya pulak ni?” tanya Wafa.
“ Nama saya Taufiq
Afif. Cik Wafa boleh panggil saya Taufiq. Kalau awak panggil saya doktor jugak,
terpaksa lah saya panggil awak cikgu.” Balas lelaki itu tersenyum.
Buat kedua
kalinya Wafa tersentak lagi. Sah aku bukan mimpi sekarang ni! Wafa hanya
tersenyum lalu menganggukkan kepalanya tanda akur. Tanpa disedari, gelagat Wafa
dan Doktor Taufiq diperhatikan oleh Ali dan Mardiana. Ali memandang lama lelaki
yang pernah dilihatnya itu tanpa berkedip. Mardiana pula semakin pelik. Siapa
pulak lelaki dengan Wafa tu? Aku tak pernah nampak pun selama ni.
“ Wafa!!”
panggil Mardiana tiba – tiba.
Wafa mengalihkan
pandangannya mencari – cari pemilik suara yang memanggil namanya itu. Lantas
dia melambaikan tangan kanannya ke arah Mardiana dan Ali. Doktor Taufiq juga
turut tersenyum memandang ke arah mereka. Mardiana segera mengajak Ali menuju
ke arah Wafa.
“ Em kenalkan
Doktor Taufiq.” Wafa memperkenalkan lelaki di sebelahnya itu kepada Mardiana.
Doktor Taufiq pula hanya mengukir senyuman.
“ Saya
Mardiana.” Balas Mardiana tersengih. Ali pula hanya mendiamkan diri.
“ So, awak keluar dengan sepupu awak jugak
lah ye?” tanya Taufiq tiba – tiba.
“ Sepupu? Err
lebih kurang macam tu lah.” balas Wafa tersengih. Ali sudah menayangkan muka
menyampah melihat adegan di hadapan matanya itu.
“
Kalau macam tu apa kata kita lepak di coffee
house dulu lepas ni? Or you all
ada program lain?” pelawa doktor muda itu tiba – tiba.
“
Em ok jugak tu. Korang semua tak ada hal kan?” tanya Wafa pula.
Mardiana
hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. “ Aku ok je Wafa.”
“
Saya tak ok.” Ali bersuara tiba – tiba.
Semua
mata yang berada di situ serta – merta tertancap ke arahnya meminta penjelasan.
Alamak, apa aku nak jawab ni ha? Macam mana aku boleh terlepas cakap macam tu
tadi? Haish.. ni semua doktor ni punya pasal lah ni.
“
Err sebenarnya Waiz pesan tadi kita tak boleh balik lambat sebab dia tak ada
kunci rumah nak masuk nanti.” Tergagap – gagap Ali memberi alasan. Ah, bedal
lah!
“
Hah? Ye tak ye jugak. Nasib baik awak ingatkan saya, Ali. Em sorry lah doktor eh lupa pulak Taufiq.
Saya kena balik awal.” Wafa tersengih membetulkan panggilannya.
Fuh,
selamat aku! Sorry Waiz. Abang terpaksa
pinjam nama kau sekejap nak buat alasan. Harap kau memahami. Eleh, Taufiq
konon. Meluatnya aku dengar. Buat – buat tersalah panggil ke apa minah ni?
“
Oh, kalau macam tu tak mengapa lah. Lain kali pun boleh kan? Lagipun, saya
masih ada hutang yang belum selesai dengan awak.” Balas doktor itu tersenyum.
Wafa
menayang muka pelik. “ Eh, hutang apa pulak Taufiq?”
“
Nanti awak akan tahu lah. Em buah tembikai ni saya belanja ya?”
Belum sempat
Wafa membantah, lelaki itu terus menolak troli barangnya menuju ke kaunter
pembayaran. Ali yang dari tadi hanya melihat adegan itu berasa melimpah -
limpah perasaan menyampahnya. Sempat lagi diorang buat drama sinetron depan
aku.
cite ne ada kat pasaran ke
ReplyDeletebelom ada d pasaran..
Deleteade rezki dterbitkan nnti..sy roger ye..
terima kasih sudi membaca =') *t'haru