Tengahari itu, suasana menjadi
kecoh dengan kehilangan tuan muda rumah argam itu, Tengku Aakif Nawfal. Habis
semua saudara – mara dan kaum kerabat telah ditelefon oleh Puan Sri Tengku
Sakinah. Namun, semuanya langsung tidak mengetahui khabar berita mengenai
Tengku Aakif Nawfal.
“
Macam mana ni bonda? Kita nak buat apa sekarang?” tanya Puan Nafeesah resah
memandang Puan Sri Tengku Sakinah yang masih mundar – mandir dengan telefon
bimbitnya di tapak tangan.
“
Kita buat police report terus lah
kalau macam ni. Biar polis yang cari Aakif. Kalau tunggu dalam rumah macam ni
pun tak guna jugak.” Tengku Muaz memberi cadangan secara tiba – tiba. Sepantas
kilat Puan Sri Tengku Sakinah dan Puan Nafeesah menganggukkan kepala mereka
tanda bersetuju.
Sampai
sahaja di ibu pejabat polis Bukit Aman, Tengku Muaz dan Puan Sri Tengku Sakinah
terus membuat laporan mengenai kehilangan Tengku Aakif Nawfal semenjak 24 jam
yang lalu. Manakala Puan Nafeesah hanya menunggu suami dan ibu mertuanya di
ruang menunggu.
Beberapa
minit kemudian, muncul pula kelibat Tengku Danial Hakimi bersama ibunya, Puan Diyana
yang bergegas masuk ke ruang laporan jenayah dilakukan. Puan Diyana segera
mendapatkan Puan Nafeesah manakala Tengku Danial Hakimi terus menuju ke arah
bapa saudara dan nendanya.
“
Macam mana boleh jadi macam ni nenda? Tak kan Aakif tak bagitau dia pergi ke
mana sebelum dia hilang?” Tengku Danial Hakimi sengaja berpura – pura tanya
kepada Puan Sri Tengku Sakinah.
Puan
Sri Tengku Sakinah terus memeluk cucu sulungnya itu sambil menangis. “ Entah
lah Kimi. Aakif hilang macam tu je tanpa khabar berita.” Suara Puan Sri Tengku
Sakinah serak dalam tangisan bila mengenangkan cucu kesayangannya itu hilang
entah ke mana.
Tengku
Danial Hakimi menepuk perlahan bahu nendanya. “ Sabar lah nenda. InsyaAllah
Aakif tak apa – apa. Dia mesti selamat. Nenda jangan risau ye.” Pujuk Kimi
kononnya untuk menenangkan hati nendanya. Padahal, dalam hatinya sudah menguntumkan
senyuman mekar. Baru padan muka orang tua ni. Lepas ni aku nak tengok, siapa
pulak kau nak harapkan bila Aakif tak ada. Hahaha.
***
Perlahan – lahan Wafa melangkah
masuk ke dalam wad pesakit dengan kasut tingginya. Wafa yang mengenakan baju
kurung berwarna merah jambu dan bertudung putih pada pagi itu tercari – cari
kelibat pesakit yang dimasukkan ke dalam wad kecemasan semalam. Tiba – tiba
bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang.
“
Hoi mak kau kahwin lapan!” terperanjat besar Wafa sehingga terkeluar sifat
latahnya yang telah disimpan rapi sejak sekian lama.
Kelihatan
doktor yang menepuk bahu Wafa itu ketawa besar apabila mendengar gadis itu
melatah. “ Mak saya kahwin satu je lah.” balas doktor muda itu yang masih
berbaki lagi sisa tawanya.
“
Huish doktor ni, lemah semangat saya tau. Nasib baik saya ni tak ada sakit
jantung.” Wafa mengurut – ngurut dadanya yang terkejut besar tadi. Alamak,
apasal aku melatah pulak tadi? Habis hancur segala control cun aku depan doktor kacak ni. Haishh..
Doktor
muda itu ketawa kecil. “ Cik Wafa cari katil sepupu cik yang semalam tu ke?”
Wafa
menganggukkan kepalanya laju. “ Aah tadi saya tanya nurse, diorang cakap sepupu saya dipindahkan ke dalam wad ni. Tapi
saya tak nampak pun dari tadi.”
“
Oh, jom saya bawakan cik ke katil dia.” Pelawa doktor itu sambil melangkah ke
katil pesakit. Wafa pula hanya membontoti dari belakang.
Tiba
– tiba doktor muda itu berhenti di katil yang kosong. Doktor itu memusingkan
kepalanya ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat pesakit di katil itu. Riak
wajahnya menjadi pelik.
“
Kenapa doktor?” Wafa Amani juga memandang pelik dengan gelagat doktor muda di
hadapannya itu.
“
Sebentar ye cik. Nurse, ada nampak
tak mana pesakit di katil ni pergi?” Doktor muda itu bertanya kepada jururawat
yang sedang membersihkan pesakit di katil sebelah.
“
Rasanya pesakit katil ni ke tandas tadi, doktor. Kejap lagi dia datang lah tu.”
Balas jururawat muda itu sambil memberi senyuman.
Doktor
muda itu hanya menganggukkan kepalanya. Serta – merta berubah air muka Wafa
apabila mendengar apa yang dikatakan oleh jururawat tadi. Ini bermakna laki tu
dah sedar! Alamak, mati lah aku!
“
Cik Wafa tunggu sini sekejap ye. Kejap lagi, sepupu cik datang lah tu.” Kata
doktor itu sebelum melangkah pergi. Namun, baru setapak doktor itu melangkah
Wafa terus memanggil doktor itu semula.
“
Doktor!! Tunggu sekejap.” Wafa segera menghampiri doktor muda itu. “ Doktor,
sepupu saya dah sedarkan diri ke?” tanya Wafa dengan nada yang seriusnya
memandang wajah doktor di hadapannya itu.
Doktor
muda itu tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. “ Ye, sepupu cik dah
sedarkan diri dalam lingkungan pukul 4 pagi tadi. Mungkin disebabkan darah cik
yang memberikan keajaiban buat sepupu cik tu.” Gurau doktor itu tersenyum sambil
berlalu pergi.
Tercengang
wajah Wafa tanpa berkata apa – apa sambil melihat kelibat doktor itu berlalu
pergi. Wafa terus terduduk di atas katil pesakit yang tidak bertuan pada waktu
itu. Ya Allah, laki tu memang betul – betul dah sedar lah. Apa aku nak buat
sekarang ni? Entah – entah dia cam aku yang langgar dia semalam. Tak boleh jadi
ni. Aku mesti larikan diri sekarang jugak. Mintak maaflah encik. Saya mesti
lari dari encik. Saya tak boleh masuk penjara. Saya masih ada adik yang sedang
belajar lagi. Lagipun, murid – murid saya kat sekolah sangat perlukan saya.
Sempat lagi Wafa membebel sendirian.
Namun
belum sempat Wafa bangun dari katil itu, muncul kelibat seorang lelaki yang
bertubuh sasa berdiri betul – betul di hadapan Wafa Amani. Wafa perlahan –
lahan mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah pemilik tubuh itu. Terkejut
beruk dibuatnya apabila melihat lelaki yang dilanggarnya semalam kini tegak berdiri
betul – betul di hadapannya.
Lelaki
asing itu meneliti setiap inci wajah perempuan di hadapannya itu. Pelik! Aku
tak pernah tengok wajah perempuan ni seumur hidup aku. Dia kenal aku ke? Lelaki
itu bermonolog sendirian. Wafa pula masih lagi memandang wajah lelaki di hadapannya
itu tanpa berkedip. Dalam hatinya tidak putus – putus berdoa demi keselamatan
dirinya.
“
Cik ni siapa?” Lelaki itu memulakan bicaranya apabila melihat Wafa masih lagi
mendiamkan diri.
Eh,
dia tanya aku siapa? Dia tak ingat langsung ke aku yang langgar dia semalam?
Ataupun dia buat – buat tak ingat ni. Nak test
aku la konon.
“
Err awak tak ingat ke apa yang berlaku semalam?” soal Wafa pula. Wajahnya jelas
untuk mendapatkan kepastian.
Lelaki
itu mengerutkan dahinya memandang Wafa. Lagaknya seperti ingin mengingati
sesuatu. “ Apa yang berlaku semalam sebenarnya?” sesi soal – menyoal masih lagi
diteruskan tanpa sebarang jawapan.
Wafa
mengecilkan matanya memandang lelaki asing di hadapannya itu. Hish, dia ni
macam betul – betul tak ingat je. Entah – entah hilang ingatan kot mamat ni. Yes! Ni lah peluang aku nak larikan
diri. Mintak maaf lah ye Mr. Hilang Ingatan. Sampai di sini sahaja lah pertemuan
kita.
“
Eh, sorry ye encik. Sebenarnya saya
tersilap duduk atas katil encik ni. Saya nak cari pak cik saya yang dimasukkan
dalam wad ni jugak. Saya tak kenal encik pun. Saya pergi dulu ye.” Bohong Wafa
sambil tersengih. Dia segera bangun dari katil pesakit itu dan melangkah pergi
meninggalkan lelaki asing itu.
Lelaki
itu terpinga – pinga jelas menunjukkan dia langsung tidak memahami apa yang
sedang berlaku sekarang. Dia hanya mampu melihat kelibat Wafa yang melangkah
pergi meninggalkan dirinya. Hatinya entah kenapa tiba – tiba meruntun sedih.
Belum
sempat Wafa melangkah jauh, tiba – tiba kedengaran satu suara lelaki yang
memanggil namanya dari belakang. “ Cik Wafa!!!” Laungan namanya itu membuatkan
Wafa memberhentikan langkahnya serta – merta. Perlahan – lahan dia menoleh ke
belakang mencari pemilik suara yang memanggilnya tadi.
Kelihatan
doktor muda itu tersenyum ke arah Wafa sambil berdiri di sisi lelaki asing yang
ditinggalnya tadi. Alamak, mampus aku kali ni! Macam mana pulak doktor kacak ni
boleh muncul tiba – tiba pulak? Haish aku ni memang tak boleh nak buat jahat
langsung lah dengan orang. Wafa membalas senyuman doktor itu secara terpaksa.
Dia melepaskan keluhan kecil lalu perlahan – lahan menghampiri doktor dan
lelaki asing itu.
Wafa
memandang wajah lelaki asing itu terlebih dahulu sebelum menoleh ke arah doktor
muda di hadapannya itu. “ Ye, doktor. Ada apa?”
“
Sebenarnya saya nak bagitau yang cik Wafa dah boleh bawak sepupu cik ni keluar
hospital petang ni.” Balas doktor muda itu bersahaja.
Terperanjat
besar muka lelaki asing itu dan Wafa apabila mendengar berita yang baru
disampaikan oleh doktor. “ Sepupu?!” “ Petang ni?!!” Kedua – duanya
berpandangan sesama sendiri sambil berkata serentak.
“
Ye encik. Sebenarnya saya diberitahu yang encik ni sepupu kepada cik Wafa ni.”
Balas doktor tersebut sambil tersenyum. Lelaki itu masih lagi tercengang seakan
– akan tidak percaya. Dia memandang perempuan di hadapannya dari atas hingga
bawah. Biar betul perempuan ni sepupu aku. Muka dia tak ada langsung ciri –
ciri darah daging aku pun.
“
Petang ni cik dah boleh bawak sepupu encik ni pulang ke rumah tapi sebelum tu
boleh cik ikut saya ke ofis tak? Saya ada hal nak dibincangkan sedikit.” Pelawa
doktor muda itu sambil melangkah pergi.
Wafa
pula tidak membalas. Dia melepaskan keluhan berat. Dengan langkah perlahan,
dia terus membontoti doktor itu menuju
ke ofisnya. Dalam hatinya tidak henti – henti merintih atas nasib yang bakal
menimpanya kali ni. Haish, tak pasal – pasal kes ni jadi lagi rumit. Padahal
kes kemalangan je pun semalam. Semuanya gara – gara aku takut sangat masuk
penjara lah ni.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?