Followers

Wednesday, 28 November 2012

~ Cinta Utara Selatan 4 ~


          Datin Haliza menyenduk nasi ke pinggan suami dan anak kesayangannya itu. Kemudian dia mengambil tempat duduk di hadapan anaknya. Setelah Irfan selesai membaca doa makan, mereka sekeluarga mula menjamu selera. “ Ha Irfan macam mana dengan janji kamu nak bawa Sazzy tu datang rumah? Jadi ke tak?” Datin Haliza memulakan bicaranya.
            “Uhuk..uhuk..uhuk..” Hampir tersedak Irfan bila mama nya menyebut tentang kekasihnya itu. Datin Haliza lantas menghulurkan air kepada Irfan.
            “ Ish awak ni, ni kan time makan. Nanti baru lah borak. Kan dah tersedak budak tu dibuatnya.” Datuk Iskandar menegur sikap isterinya itu.
            Yes! Papa memang terbaik lah. “ Ha Irfan jangan nak sengih – sengih pulak. Nanti lepas makan ni jangan naik bilik dulu. Mama ada hal nak bincang. Irfan jangan ingat Irfan akan terlepas dari mama. Abang pun sama kena ikut berbincang tau. Jangan asyik nak tengok tv tu je.”
            “ Eh abang pun kena jugak? Apa – apa je lah sayang.”
Irfan tersenyum melihat kemesraan mama dan papanya. Walaupun mama nya macam queen control tapi papa nya masih bahagia disamping mama. Dia kagum melihat papa nya yang sabar melayan setiap kerenah isterinya. Walau bagaimanapun, Irfan berdoa isterinya tidak seperti Datin Haliza. Dia sendiri tidak pasti adakah dia akan mewarisi sikap sabar papa nya itu.
            Selesai menjamu selera, mereka sekeluarga berehat di ruang tamu sambil menonton siaran National Geographic di televisyen. “ Macam mana dengan hotel sekarang Irfan?” Datuk Iskandar memulakan bicaranya.
            “ Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan dengan lancar pa. Cuma sejak PM (property manager) lama dah berhenti ni, pening jugak la nak cari PM yang best. Buat masa sekarang ni, Irfan terpaksa take over sikit – sikit la. Kalau abang Am ada kan senang pa. Boleh dia je yang uruskan pentadbiran hotel tu. Irfan just buat engineering and managing for the building.”
            “ Sabar lah Irfan. Abang Am tu perlukan masa lagi. Nanti esok – esok balik lah dia tu.”
            Kelihatan Datin Haliza sedang menuju ke arah mereka sambil menatang pinggan yang berisi beberapa potong buah. “ Sshh..sshh jangan bagi mama dengar pasal abang Am tau. Nanti start la drama dia papa jugak yang susah.” Datuk Iskandar separuh berbisik. Irfan pula menayangkan ibu jari tangan kanannya tanda setuju.
            “ Ha apa bisik – bisik ni? Mengumpat mama la tu kan. Baik mengaku cepat.” Sambil meletakkan pinggan yang berisi buah itu ke atas meja.
            “ Ish mama ni, kami orang lelaki tak reti la nak ngumpat – ngumpat ni. Betul tak pa?” Irfan mengangkat sebelah keningnya bila memandang papa nya.
            “ Tahu tak apa. Maksud mengumpat pun kami tak tahu apa, apatah lagi nak mengumpat.” Datuk Iskandar menyokong anaknya.
            “ Eleh bapak borek, anak rintik. Tunggu la mama dapat menantu nanti, siaplah kaum – kaum lelaki dalam rumah ni. Hahaha. Hah cakap pasal menantu ni, macam mana Irfan dah ready ke nak bawak Sazzy jumpa mama ni?”
            “ Ma, yana tak call ke hari ni? Rindu la pulak dengan minah tu. Hahaha.” Irfan cuba mengubah topik.
            “ Dia ada call mama tadi siang. Katanya dia akan balik cuti raya nanti dua bulan rasanya. Amboi –amboi sedapnya mulut panggil adik sendiri minah. Penat – penat mama letak nama dia Iryana Haziqa tau. Hah pandai Irfan nak tukar topik ye. Jawab cepat soalan mama tadi. Kalau Irfan tak ready, mama dah ready dah nak tunjuk menantu pilihan mama ni.” Datin Haliza berkata dengan bangganya.
            “ Eh mama, mestilah Irfan dah ready. Weekend ni Irfan bawak Sazzy jumpa mama tau. Mama jangan lah risau tau. Mama tu yang kena ready nak tengok perubahan Sazzy tu.” Irfan cuba meyakinkan mama nya.
            “ Takpe – takpe kita tengok siapa yang kena ready sebenarnya.” Datin Haliza masih tidak mahu mengalah.
            “ Ok ma. Irfan naik dulu la ye. Tak nak lah ganggu mama ngan papa dating. Hahaha.” Irfan berlalu pergi sambil ketawa besar. Datuk Iskandar hanya tersengih memandang anak terunanya itu.
            “ Irfan, we will see. Ingat tau.” Laung Datin Haliza ke arah anaknya yang sedang menaiki tangga.
 Irfan pula hanya tersenyum melihat telatah mama nya. Mama aku ni malam – malam pun hyperactive betul.
            “ Ish awak ni macam budak – budak la nak bergaduh dengan anak pulak tu.” Datuk Iskandar menggeleng kepala melihat telatah isterinya itu.
            “ Saya bukan apa bang. Teringin sangat ni nak dapat menantu. Tu yang saya semangat sangat ni. Ha lagi satu, esok pagi saya ingat nak join poco – poco kat lake garden tu boleh tak bang? Saya dah daftar nak jadi ahli kelas tu semalam. Boleh lah tau.”
            “ Awak ni pelik – pelik lah. Yela abang izinkan tapi abang pun nak ikut tau. Awak ni bukan boleh harap sangat. Peramah terlebih. Silap – silap awak yang jadi cikgu poco – poco kat depan tu kang.
            No hal lah bang. Janji tau esok kita pergi poco – poco.” Datin Haliza menunjukkan jari kelinkingnya untuk memaut jari kelinking suaminya tanda mereka sudah berjanji.
            “ Ye sayang.”

1 comment:

  1. haha...sweetnya mummy and daddy irfan...

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?