Doktor muda itu memulas tombol
pintu biliknya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi empuk di dalam ofis.
Wafa pula mengambil tempat di hadapan doktor yang sedang menulis sesuatu di
atas kertas. Suasana menjadi sunyi seketika sehingga doktor di hadapannya itu
menayangkan skrin yang terpapar beberapa contoh rajah X – ray otak manusia.
Wafa menayangkan wajah pelik disamping otaknya cuba mentafsir rajah X – ray di
depan matanya.
“
Sebenarnya tujuan saya panggil Cik Wafa ke sini sebab nak bagitau keadaan
sepupu Cik Wafa tu. Selepas pemeriksaan terperinci yang saya buat, sepupu Cik
Wafa tu mengalami Amnesia. Ni disebabkan hentakan yang kuat di belakang
kepalanya.” Terang doktor sebiji – biji sambil laser di tangannya diacukan ke
arah rajah X – ray di hadapan.
Terbeliak
biji mata Wafa memandang rajah yang ditunjukkan oleh doktor. Terkejut beruk
jugak lah dibuatnya. Hah?! Amnesia? Maksudnya hilang ingatan ke? Biar betul apa
yang aku dengar ni? Aku bukan bermimpi kan? Bertubi – tubi soalan yang keluar
di benak Wafa Amani.
Doktor
itu tersenyum kecil memandang gadis cantik yang telah berubah wajah itu. “
Jadi, buat masa ni sepupu Cik Wafa tu kemungkinan besar tak kan ingat apa – apa
yang berlaku tentang dirinya langsung. Saya yakin belakang kepala sepupu cik ni
telah dipukul dengan objek keras oleh seseorang. Kalau ini melibatkan kes
jenayah, lebih baik cik buat laporan polis secepat mungkin ye.” Sambung doktor
itu lagi.
Wafa
hanya mendiamkan diri seketika. Matanya masih lagi tidak berkedip memandang
rajah X – ray di hadapannya. Tolong lah sesiapa bagitau aku yang semua ini
hanya mimpi semata – mata. Aku lebih rela ikut cakap Mak Long suruh kahwin
dengan Khairul dari buat hamba Allah hilang ingatan. Eh, kejap! Bukan doktor tu
cakap laki tu hilang ingatan ke? Maksudnya, dia mestilah tak ingat langsung aku
yang langgar dia semalam kan? Hah! Aku ada idea baik punya. Hahaha. Wafa ketawa
besar dalam hati.
Usai
membayar semua perbelanjaan rawatan, Wafa kembali mendapatkan lelaki asing itu
di dalam wad pesakit. Dari jauh lagi, lelaki itu memandang kelibat Wafa yang
sedang menghampirinya. Wafa yang terlihat lelaki asing itu turut memandangnya
hanya mengeluh kecil. Kakinya tetap jua melangkah.
Sampai
di katil pesakit, Wafa memandang sekeliling katil yang sudah dikemas rapi. “
Eh, cepat betul nurse kemas katil
awak!” Wafa menayang muka pelik.
Lelaki
itu hanya menjongketkan kedua – dua belah bahunya. Matanya masih lagi tepat
memandang wajah perempuan muda yang tidak pernah dikenalinya itu. “ Betul ke
awak ni sepupu saya?” soal lelaki itu secara tiba – tiba.
Terperanjat
kecil Wafa dibuatnya lalu kepalanya hanya dianggukkan perlahan. “ Awak dengar
kan doktor cakap yang awak ni sepupu saya? Bermakna betul lah tu.” Balas Wafa
selamba.
Lelaki
itu masih lagi memandang pelik ke arah Wafa. “ Tapi kenapa tadi awak cakap awak
tak kenal saya?”
Alamak,
apa aku nak jawab ni? Haish banyak betul soalan mamat ni lah. “ Tu sebabnya
saya saja nak test awak ingat ke tak
saya ni sepupu awak. Sudah la tu. Jom kita balik rumah. Doktor dah bagi kebenaran
awak keluar wad hari ni.” Balas Wafa menukar topik. Lalu dia terus melangkah
keluar dari wad pesakit itu menuju ke arah keretanya. Lelaki asing itu hanya
mengekori Wafa dari belakang.
Sementara
itu di dalam kereta, masing – masing hanya menyepikan diri. Yang hanya
kedengaran hanyalah suara radio yang dipasang perlahan. Wafa hanya menumpukan
pemanduannya di hadapan kereta. Sesekali matanya melirik ke arah lelaki asing
yang duduk bersebelahan dengannya. Haish mana lah aku nak bawak mamat ni pergi
eh? Tak kan aku tinggal dia sorang – sorang tepi jalan pulak. Confirm tak sampai hati aku nanti. Nak
hantar ke balai polis pun, sah – sah mamat ni tak ingat apa – apa yang berlaku
kat dia. Buat polis syak aku cuba nak bunuh dia macam mana? Hah bakal berdepan dengan
hukuman gantung lah jawabnya. Arghh tak sanggup aku kalau macam tu.
Akhirnya
suasana sepi dalam kereta Wafa tamat apabila mereka sampai di perkarangan rumah
yang dihuni Wafa dan adik tunggalnya, Waiz. Wafa mematikan enjin keretanya lalu
melangkah keluar dari keretanya. Lelaki asing itu turut melangkah keluar. Dia
mengamati kediaman Wafa lama. Dalam otaknya cuba mengingatkan sesuatu tentang
rumah itu. Namun, segalanya hambar begitu saja. Sikitpun dia langsung tak ingat
apa – apa.
“
Awak tengok apa lagi? Masuk lah cepat.” Wafa bersuara tiba – tiba apabila pelik
melihat gelagat lelaki asing itu. Tahu lah rumah aku ni buruk tapi tak payah
lah nak usya lama – lama sangat. Bebel Wafa dalam hati sambil kakinya melangkah
masuk ke dalam rumah. Lelaki itu tersentak kecil dari lamunannya lalu turut
melangkah masuk ke dalam rumah.
“
Em awak duduk lah dulu kat ruang tamu tu. Jangan usik apa – apa barang pulak.”
Wafa memberi amaran sebelum melangkah masuk ke bilik tidurnya.
Lelaki
itu hanya menganggukkan kepalanya perlahan lalu duduk di atas sofa yang
terletak di ruang tamu itu. Dia memandang sekeliling hiasan dalam rumah itu.
Tak mewah mana pun. Tapi apa yang dia begitu tertarik adalah lukisan – lukisan
yang tergantung pada dinding rumah itu. Dia memandang ke arah lain pula. Setiap
penjuru dinding di rumah itu mempunyai lukisan yang sudah dibingkaikan. Lelaki
itu menghampiri lukisan yang rata – ratanya dilukis dengan gambar permandangan
itu. Dia menyentuh perlahan lukisan – lukisan itu. Cantiknya. Tempat – tempat
ni betul – betul wujud atau hanya khayalan?
Beberapa
minit kemudian, kedengaran suara Waiz berdehem kecil. Terperanjat kecil lelaki
itu lantas dia menoleh ke belakang untuk mencari pemilik suara itu. Kelihatan
seorang lelaki dalam lingkungan 20 – an sedang memeluk tubuh sambil
memerhatikan dirinya. Dia hanya menghadiahkan senyuman kecil.
Waiz
menghampiri lelaki itu lalu duduk di atas sofa. Lelaki asing itu juga mengambil
tempatnya kembali seperti tadi. Suasana sepi seketika. Waiz hanya memerhatikan
lelaki di hadapannya itu dari atas hingga bawah. Sekali – sekala dia menggaru
dagunya dengan jari telunjuk. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Ni bukan ke lelaki
yang Kak Wafa langgar semalam. Macam mana dia boleh sedar cepat sangat? Tengok
gaya macam dia tak ingat apa – apa yang berlaku semalam je. Hah lagi satu, yang
Kak Wafa bawak lelaki ni balik rumah ni kenapa pulak? Bertubi – tubi soalan
yang muncul di benak Waiz. Matanya masih tepat memandang lelaki itu.
Lelaki
asing itu pula berasa tidak selesa dengan pandangan tajam dari Waiz. Budak ni
siapa pulak dah? Apahal pulak ni dok pandang – pandang aku? Entah – entah...?
Lelaki itu semakin tidak senang duduk.
***
Usai menyucikan diri, Wafa
mengeringkan rambutnya yang lurus paras bahu itu. Dia menggosok – gosok kepalanya
dengan tuala sambil matanya tepat memandang cermin. Kepalanya ligat memikirkan
pasal lelaki asing yang dibawanya pulang tadi. Hmm apa aku nak buat dengan laki
ni eh? Dah hilang ingatan macam ni mesti lah dia tak tahu rumah dia kat mana
kalau aku nak hantar balik pun. Kerja apa pun sah – sah mamat tu tak tahu
punya. Habis tu tak kan aku nak tanggung dia pulak sekarang ni? Haish runsing!
Beberapa
minit kemudian, Wafa memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik
tidurnya. Dia hanya memakai baju T dan seluar track berwarna hitam. Rambutnya pula ditutupi dengan tuala yang
digunakan tadi. Kedua – dua lelaki muda yang berada di ruang tamu itu
terperanjat kecil dengan kemunculan Wafa. Wafa terus mengambil tempat di
sebelah Waiz. Air mukanya sengaja berpura – pura tenang.
“
Em ni adik saya, Waiz Aiman. Biasa orang panggil Waiz je.” Wafa memulakan
bicaranya sambil matanya melirik ke arah Waiz yang duduk bersebelahan.
Lelaki
asing itu hanya mengangguk memandang Waiz. “ Maksudnya Waiz ni pun sepupu saya
jugak lah kan?” tanya lelaki itu pula.
Serta
– merta kedua – dua adik – beradik itu tersentak kecil. Mereka saling
berpandangan seketika. Waiz memberi isyarat mata tanda meminta penjelasan
daripada Wafa. Wafa hanya pura – pura tersengih lalu dia menoleh semula ke arah
lelaki di hadapan mereka itu.
“
Ye, Waiz pun sepupu awak jugak lah kalau macam tu.” Balas Wafa sambil mengeluh
perlahan. Berapa banyak lah aku nak bohong kau wahai Mr. Hilang Ingatan.
“
Kalau macam tu, apa nama saya? Mana tempat tinggal saya?” tanya lelaki itu
pula. Matanya masih memandang Wafa dan Waiz di hadapan.
Hah
nama? Tempat tinggal? Alamak, apa yang aku nak menipu lagi ni. Ya Allah,
ampunkan lah dosa hamba Mu ini ye. Aku terpaksa Ya Allah. “ Nama awak
sebenarnya...err..” tergagap Wafa dibuatnya. Kepala otaknya ligat memikirkan
nama yang sesuai. Lelaki asing itu pula sudah tidak sabar menunggu nama yang
hendak disebut oleh Wafa.
“
Nama awak Ali.” Selamba Wafa menjawab.
Terkejut
beruk muka kedua – dua lelaki yang berada di ruang tamu bersama Wafa. Kedua –
duanya tercengang melihat muka Wafa. Namun, Wafa hanya berpura – pura tenang.
Namun, dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Control
Wafa control. Ya Allah, macam
mana aku boleh terfikir nama Ali pulak. Ah bedal lah.
Waiz
segera menyiku lengan kakaknya di sebelah. Haish apa Kak Wafa cakap ni? Suka
hati dia je nak bagi nama orang bukan – bukan.
Lelaki
asing itu masih memandang muka Wafa seolah – olah tidak percaya.
“
Kenapa awak tengok saya macam tu?Ada masalah ke dengan nama Ali tu?” tanya Wafa
pelik.
“
Err.. awak pasti ke nama saya Ali?” tanya lelaki itu lagi.
“
Eh mesti lah. Awak kan sepupu kitorang. Sebenarnya, saya tak ingat lah apa nama
penuh awak. Selama ni, kitorang panggil awak Ali je. And one more thing, awak memang tinggal kat sini dengan kitorang. So, tolong ingat tu ye.” Selamba je Wafa
mencipta satu lagi pembohongan.
Kali
ini, kedua – dua lelaki itu ternganga pula mendengar penjelasan dari Wafa.
Barangkali terlampau terkejut. Biar betul aku tinggal kat sini dengan diorang? Mana
keluarga aku? Rumah family aku kat
mana? Bertubi – tubi soalan yang keluar di benak lelaki itu. Dia mula
mencengkam rambutnya yang lurus cuba mengingatkan sesuatu. Wafa dan Waiz
menjadi pelik dengan gelagat lelaki itu secara tiba – tiba.
“
Awak ok ke? Kenapa ni?” tanya Wafa sedikit risau.
Lelaki
itu melepaskan genggaman rambutnya. “ Saya nak ke bilik air sekejap.” Pinta
lelaki itu lalu menuju ke bilik air yang terletak di kawasan dapur. Wafa hanya
memerhatikan lelaki itu berlalu pergi.
Sebaik
sahaja kelibat lelaki itu hilang di muka dapur, Waiz terus menepuk perlahan
paha kakaknya. “ Kak! Apa yang akak nak buat sebenarnya ni? Kenapa akak cakap
dia memang duduk dengan kita pulak?” Betubi – tubi soalan yang keluar dari
bibir Waiz.
“
Sshh.. kau jangan lah cakap kuat – kuat Waiz. Nanti dia dengar macam mana? Akak
membohong pun, sebab kau yang pandai – pandai mengaku dia sepupu kita depan
doktor semalam kenapa? Akak dah tak ada pilihan la selain bawak dia balik
rumah.” Balas Wafa separuh berbisik.
“
Betul jugak kan. Sorry la kak. Waiz
ingat nak menipu doktor semalam nak selamatkan akak dari pengetahuan polis je.
Tak tahu pulak sampai jadi macam ni. Sekarang ni, apa plan akak?” tanya Waiz pula.
Wafa
melepaskan keluhan berat. Pandangannya dilemparkan ke tempat lain. Tiba – tiba
gadis itu tersengih jahat kepada adiknya. Wajahnya jelas menunjukkan idea yang
kurang baik telah tercipta dalam kepala otak. Tahu lah aku apa yang aku nak
buat dengan si Ali tu nanti.
Beberapa
minit kemudian, kelibat lelaki tadi muncul dari arah dapur menuju ke arah
mereka adik – beradik. Dia mengambil tempatnya kembali seperti tadi.
“
Ok kita sambung balik. Disebabkan umur awak lebih muda daripada saya, so awak kena panggil saya kakak, paham?”
Wafa tersengih memandang lelaki itu.
“
Kakak? Biar betul? Umur saya berapa kalau macam tu?” tanya lelaki itu tidak
puas hati.
“
Umur saya 27 tahun. Umur awak pulak 25 tahun. Kan banyak bezanya tu. So, tolong hormat saya sebagai yang
paling tua dalam rumah ni ye.” Wafa tersengih pula memandang Waiz bersebelahan.
Waiz hanya menggelengkan kepala perlahan dengan pembohongan yang kakaknya cipta
itu.
Wajah
lelaki itu jelas tidak puas hati dengan apa yang baru disampaikan oleh
perempuan yang bergelar sepupunya itu. Nak panggil kakak? Tak logik langsung!
“
Umur awak 27?” soal lelaki itu lagi.
Wafa
memandang lelaki itu sambil tersenyum bangga. “ Saya tahu lah muka saya ni awet
muda tapi awak tak payah lah tanya banyak kali. Memang umur saya 27 pun.
Kenapa?”
“
Oh, sebab perempuan yang berumur 27 ni kebiasaannya dah kahwin tapi dari tadi
saya tak nampak pun suami awak. Awak single
lagi ke?” tanya lelaki itu sambil ketawa kecil.
Soalan
cepumas yang dilontarkan oleh lelaki asing itu benar – benar telah membuatkan
asap keluar dari telinga Wafa Amani. Kalau boleh, sekarang jugak dia nak
bertukar menjadi makhluk hijau iaitu The Hulk ataupun Shrek. Dia mengecilkan
matanya memandang lelaki dihadapannya itu.
“
Waiz, kau pergi ambik pisau kejap. Akak nak toreh – toreh mulut mamat ni.” mata
Wafa tepat memandang mata lelaki itu. Serta – merta lelaki itu senyap dan
berhenti ketawa.
Waiz
yang dari tadi menyaksikan perbualan antara lelaki dan perempuan itu segera
cuba meleraikan mereka. “ Eh, bawak bersabar kak! Anak orang tu kalau ye pun.
Sudah la tu ya. Hari pun dah petang ni. Akak pergi lah masak eh. Waiz dah lapar
ni. Abang Ali pun mesti lapar jugak kan.”
Wafa
bangun dari tempat duduknya dan berlalu menuju ke dapur. Sempat lagi dia
menghadiahkan jelingan maut kepada Ali yang sedang terkulat – kulat
memandangnya.
Sebaik
sahaja hilang kelibat Wafa di dapur, Waiz segera menghampiri Ali yang sudah
menarik nafas lega. “ Abang Ali, peraturan penting yang abang kena ingat kalau
nak duduk dalam rumah ni adalah Abang Ali tak boleh sekali pun sebut pasal
kahwin dengan Kak Wafa tau. Dia sensitif sangat pasal bab ni.” pesan Waiz
kepada lelaki yang baru menjadi abang sepupunya itu. Ali pula hanya
menganggukkan kepalanya laju tanda memahami.
“
Jom Waiz tunjukkan bilik Abang Ali.” Pelawa Waiz lantas melangkah pergi.
Manakala Ali hanya akur lalu membontoti adik sepupunya itu menuju ke bilik
tidur.
***
Usai menunaikan solat Isyak,
seperti biasa Wafa akan mengambil kertas – kertas lukisan pelajarnya untuk
dibawa ke ruang tamu. Dia mula menyemak sehelai demi sehelai kertas lukisan di
hadapannya matanya itu. Sekali – sekala dia menghirup milo panas yang
dibancuhnya tadi. Sedang asyik dia meneliti gambar di atas kertas lukisan di
tangannya itu, tiba – tiba kedengaran bunyi siren kereta polis diluar rumahnya.
Serta
– merta pen merah di jarinya terlepas ke atas meja. Wafa tersentak. Jantungnya
berombak kencang bagaikan hampir luruh. Ya Allah, selamatkanlah hamba Mu ini.
Polis tahu ke pasal Ali tu? Apa aku nak buat ni? Dia segera menuju ke tingkap
rumahnya lalu menyelak sedikit langsir untuk melihat apa yang berlaku di
rumahnya.
Kelihatan
beberapa buah kereta polis diparkir di hadapan kawasan rumahnya. Tiba – tiba
dia terlihat beberapa orang anggota polis sedang mengiringi dua orang lelaki
yang digari tangannya keluar dari rumah yang berhadapan dengan rumahnya.
Seketika kemudian, Wafa menarik nafas lega. Alhamdulillah, nasib baik! Agaknya
kalau aku kena cekup dengan polis pun mesti jadi macam tu kan. Habis hancur
karier aku selama ni. Maka gelap lah masa depan aku nanti. Wafa mengeluh sendirian
sambil matanya masih ralit mengintai kejadian di luar rumahnya itu.
Sedang
asyik Wafa mengelamun di jendela rumahnya itu, tiba – tiba bahunya ditepuk
seseorang. Terkejut beruk Wafa dibuatnya. Lantas dia segera berpaling mencari
kelibat orang yang telah menganggu kosentrasinya itu.
“
Kau Ali? Nasib baik lah akak ni bukan lemah semangat tau.” Wafa mengurut
dadanya perlahan akibat terperanjat tadi. Lantas dia bingkas menuju ke sofa
semula untuk menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
Ali
pula hanya mengekori Wafa dari belakang lalu duduk berhadapan sepupunya yang
sedang membuat kerja itu. Dia mengamati wajah Wafa lama. Segala tingkah laku
Wafa turut dia perhatikan. Dalam kepala otaknya ligat memikirkan sesuatu.
Kenapa perempuan ni langsung tak familiar
dalam ingatan aku eh? Siapa dia sebenarnya?
Wafa
yang sedari tadi perasan dirinya diperhatikan akhirnya meletakkan pen merah
dijarinya di atas meja. Lantas dia memandang tepat wajah lelaki yang dari tadi
memerhatikan dirinya. “ Kalau nak tanya apa – apa, tanya je lah. Tak payah lah
dok tengok – tengok akak macam tu. Tak selesa tau.” Wafa akhirnya bersuara dan dia
menyambung semula kerjanya.
“
So, awak ni cikgu sekolah lah ye?
Sekolah menengah ke rendah?” tanya Ali tiba – tiba.
Wafa
hanya menganggukkan kepalanya lalu menjawab, “ Sekolah menengah.” Balas Wafa
ringkas. Matanya masih lagi memandang lukisan yang disemaknya di atas meja.
“
Saya pulak kerja apa?” tanya Ali lagi.
Wafa
tersentak kecil. Dia terus memandang lelaki tampan di depan matanya itu.
Alamak, apa aku nak jawab ni? Lelaki macam dia ni sesuai kerja apa eh? Hmm
tengok dari bentuk badan dia yang sasa tu nampak macam ahli sukan je. Tapi tak
kan aku nak cakap dia ni ahli sukan pulak. Buat dia tak tahu main apa – apa
sukan kang kan naya je aku. Ah, bedal je lah janji aku selamat.
“
Sebenarnya, kau baru je habis belajar. Tak sempat nak cari kerja lagi.” Balas
Wafa selamba. Bertambah lagi satu pembohongan.
Ali
hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanda memahami. Sudah tidak ada soalan
yang hendak diutarakannya lagi. Wafa pula sudah menarik nafas lega. Fuh,
selamat..selamat...
“
Sekarang turn akak pulak tanya kau.”
Wafa memandang tepat wajah Ali yang sudah menayang muka pelik itu.
“
Kau memang betul – betul tak ingat apa – apa langsung pasal diri kau ke?” duga
Wafa.
Ali
memandang lama wajah Wafa yang tidak sabar – sabar menanti jawapan dari
mulutnya. Seketika kemudian, dia menggelengkan kepalanya perlahan. “ Saya tak
ingat apa – apa langsung.” Balas Ali perlahan.
Wafa
mengeluh perlahan bila mengenangkan nasib hamba Allah di hadapannya itu. Aku
pun tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tak Ali. Kasihan pulak akak tengok
kau dah macam orang hilang arah tuju hidup je. Patut ke akak berterus – terang
je akak yang langgar kau hari tu? Atau akak patut bawak kau pergi balai polis
je? Ah, peningnya!
“
Awak, boleh tak awak jangan bahasakan diri awak tu kakak dengan saya?” pinta
Ali tiba – tiba.
Wafa
tersentak kecil dari lamunannya. Lantas dia memandang pelik lelaki dihadapannya
itu dengan penuh tanda tanya. “ Kenapa pulak?”
“
Sebab saya tak biasa lah. Lagipun saya rasa macam tak sesuai je nak panggil
kakak.” Balas Ali bersahaja.
Eh,
muka aku ni memang nampak muda sangat ke sampai mamat ni rasa tak sesuai nak
panggil kakak? Wah, alangkah bahagianya hidup ku ini! “ Ok saya tak kisah pun
kalau awak yang mintak macam tu.” Wafa tersenyum bahagia.
“
Saya tak nak panggil kakak bukan sebab awak nampak muda tapi sebab saya rasa
diri saya ni macam tak sesuai je nak dianggap muda walaupun umur lebih muda. Saya
masuk tidur dulu ye. Assalamualaikum.” Balas Ali tersengih sambil melangkah
menuju ke bilik tidurnya.
Wafa hanya mampu merengus geram
apabila merasakan dirinya diperli. Mamat ni memang tak ada insuran mulut kot.
Jangan sampai aku bungkus kain baju kau kang. Eh kejap, dia mana ada kain baju.
Ah kalau tak, ada jugak yang kena sumbat dengan kertas – kertas lukisan murid –
murid aku ni dalam mulut kang. Tak berbudi bahasa betul!
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?