Followers

Wednesday, 2 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 19 ~


Tengku Aakif Nawfal membukakan pintu keretanya untuk Wafa. Biji mata Wafa pula masih melilau tercari – cari keretanya yang diparkir tadi. Eh, aku rasa tadi aku parkir kereta aku dekat tepi pasu bunga ni tapi mana kereta aku pulak? Wafa segera mencari – cari kunci keretanya dalam beg tangan. Alamak, baru aku ingat aku tertinggal kunci dalam kereta tadi! Jadi, maksudnya kereta aku dah kena curi? Tidakkkkkk...
“ Awak buat apa lagi dekat situ? Masuk lah.” panggil Aakif yang sedang tercegat di pintu keretanya.
Dengan langkah yang lemah, Wafa menuju ke arah Tengku Aakif Nawfal. “ Awak, kereta saya dah kena curi.” Wafa berkata lemah. Air mukanya sedih.
Tengku Aakif Nawfal serta – merta terperanjat. “ Hah macam mana boleh kena curi pulak?”
“ Saya tertinggal kunci dalam kereta tadi.” Balas Wafa perlahan.
“ Bijaknya awak! Dah masuk cepat. Nanti kita pergi buat report polis.”
Perlahan – lahan Wafa memasuki perut keretanya. Dalam otaknya masih mengingatkan perihal kereta kesayangannya yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh itu. Tak sangka hari ni merupakan hari terakhir aku bersama kau wahai keretaku! Tengku Aakif Nawfal menghidupkan enjin keretanya lalu meninggalkan perkarangan rumah kampung itu.
Suasana yang sunyi dalam perjalanan itu membuatkan masing – masing terasa mengantuk. Wafa masih lagi melayan fikirannya yang entah ke planet mana. Aakif pula sesekali mengerling Wafa di sebelahnya. Itulah kerja mereka sejak dari tadi sehinggalah mereka sampai di satu selekoh yang sunyi.
“ Awak, berhenti!” Wafa bersuara tiba – tiba.
Tengku Aakif Nawfal menekan brek kecemasan keretanya. Dia terkejut. Segera dia menoleh ke arah Wafa. “ Kenapa dengan awak ni?”
Wafa tidak membalas. Dia segera keluar dari perut kereta lalu melihat sekeliling jalan raya yang dikelilingi hutan rimba itu. Aakif menjadi pelik melihat gelagat gadis itu. Sebentar kemudian, Wafa memasuki perut kereta semula.
“ Awak tahu kenapa saya suruh awak berhenti?” soal Wafa tiba – tiba. Aakif tidak menjawab. Dia hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Wajahnya penuh tanda tanya.
“ Awak ingat tak tempat ni?” duga Wafa lagi.
Aakif memerhati sekeliling tempat itu dari dalam kereta. Dilihatnya tempat itu penuh dengan pokok – pokok liar dan semak samun. Dia cuba mengingati sesuatu. Ya, dia pernah nampak satu gambaran yang sama seperti sekarang! Aakif cuba mengingati dengan lebih jelas lagi. Namun, otaknya gagal memainkan semula apa yang berlaku di situ.
“ Sebenarnya, ni lah tempat saya jumpa awak dulu. Awak tiba – tiba datang dari arah hutan ni hari tu.” Terang Wafa sambil menuding jarinya ke arah hutan rimba itu.
Aakif tersentak. So, betul lah aku pernah ada dalam hutan ni? Tapi apa yang aku buat dekat sini? Macam mana pulak aku boleh ada kat sini? Orang yang pukul aku dulu... Arghh ingatannya masih kabur.
“ Tak apa lah saya cuma nak tunjukkan dekat awak di mana tempat saya jumpa awak dulu. Perlahan – lahan lah ingat semula ya. Jangan paksa diri tau.” Wafa tersenyum hambar.
Tengku Aakif Nawfal memulakan perjalanan semula. Kini giliran Wafa pula mengerling lelaki di sebelahnya itu. Dia sedar perubahan air muka Aakif sejak dari tempat yang mereka berhenti tadi. Perasaan bersalah mula menghimpit dirinya. Aku ada salah cakap ke tadi?
Tak lama kemudian, Aakif memberhentikan keretanya di dalam kawasan R & R di tepi lebuh raya itu. “ Jom.” Aakif berkata sepatah sambil membuka pintu keretanya.
Wafa segera menahan. “ Kita nak pergi mana ni?” soal Wafa sambil menayang wajah pelik.
“ Pergi makan lah tak kan nak main boling pulak dekat sini.” Balas Aakif tersengih.
“ Awak tak nampak ke muka saya dengan tompok – tompok merah macam monyet dah ni? Malu lah saya orang tengok nanti.”
“ Habis tu saya tengok ni, awak tak malu?” Sengaja dia mengulang ayat yang sama seperti dulu.
Wafa mencebik bibir. “ Saya tak peduli. Awak hantar saya balik rumah sekarang jugak. Lepas tu awak nak makan sampai esok pagi pun tak apa.”
Aakif hanya tersengih lalu melangkah keluar menuju ke kedai makan yang berada di situ. Wafa merengus geram apabila ditinggalkan terkontang – kanting dalam kereta. Tak guna mamat ni! Sanggup dia pergi makan tinggal aku dalam kereta ni sorang – sorang. Wafa menekan sedikit perutnya yang sedang mendendangkan lagu Bila Larut Malam itu. Aduh, lapar la pulak!
Seketika kemudian, Aakif membuka pintu kereta lalu memasuki perut keretanya semula. Wafa terperanjat kecil. Hish mamat ni nak masuk kereta pun macam penyamun. Wafa memandang pelik perilaku Aakif yang sedang membasahkan sehelai sapu tangan kecil dengan air mineral. Namun belum sempat Wafa berkata apa – apa, Aakif bersuara terlebih dahulu.
“ Mari sini muka tu.” Pinta Aakif dengan sapu tangan yang tersedia ditangannya.
“ Tak payah. Saya boleh buat sendiri.” Wafa lantas mengambil sapu tangan lembap di tangan Aakif lalu menonyoh mukanya sekali gus. Kemudian dia melihat wajahnya di cermin. Alamak, warna blusher dah bercampur dengan warna eye shadow aku lah! Tolong, hodohnya muka aku!
Tengku Aakif Nawfal ketawa besar apabila melihat wajah gadis itu setelah dibersihkan. Padan muka, tadi jual mahal sangat!
“ Eh, tunggu apa lagi? Dah elok kan muka awak tu? Jom lah turun makan.” Perli Aakif sambil tersengih.
“ Awak sengaja nak perli saya kan?” Wafa mengecilkan matanya memandang pemuda itu.
Seketika kemudian, Wafa menayang muka sedih meminta simpati. Tangannya terus menghulurkan sapu tangan itu ke arah Aakif. Perlahan – lahan dia mendekatkan wajahnya dan menghalakan mukanya kepada pemuda itu sambil memejamkan mata. Aakif hanya tersengih lalu menyambut huluran dari gadis itu. Dia membasahkan semula sapu tangan kecil itu dengan air lalu dia menyapu lembut wajah itu perlahan bermula dari pipi.
Dia meneliti setiap inci wajah indah di hadapan matanya itu. Dalam diam, dia memuji – muji kecantikan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa itu. Sungguh hatinya dia sudah terpikat! Beberapa minit kemudian, Aakif selesai membersihkan wajah gadis itu. Aakif merenung lama wajah Wafa yang masih memejamkan matanya. Dia tersengih lantas meletakkan sapu tangan lembap itu di atas kepala Wafa. Wafa tersentak. Serta – merta dia mencelikkan matanya yang hampir terlena itu. Dia mencapai sapu tangan lembap di atas kepalanya lalu menoleh ke arah Aakif yang sudah menuju ke arah tempat makan. Cis, tak guna!


Wafa memilih nasi goreng ayam dan fresh oren untuk dijadikan santapannya. Aakif pula hanya menikmati nasi goreng pattaya dan milo ais. Mereka makan dengan begitu lahap sekali. Sedikitpun tidak menoleh ke kiri dan kanan. Tak sampai lima minit, kedua – dua pinggan telah pun licin dikerjakan. Cuma dalam pinggan Wafa masih ada beberapa batang tulang ayam yang tidak mampu ditelannya.
Aakif memandang Wafa dari atas hingga bawah. Baru dia perasan gadis itu memakai pakaian yang begitu meriah sekali. Patut lah dari tadi orang dok tengok – tengok hala aku. “ Mana awak dapat kostum traffic light ni?” Aakif tersengih.
Traffic light? Wafa melihat pakaian yang tersarung ditubuhnya tika itu. Mana tidaknya, kombinasi warna merah, kuning dan hijau begitu ketara sekali. Wafa tersengih malu. “ Saya terpaksa pakai macam ni untuk gagalkan rancangan maklong saya.” Balas Wafa separuh berbisik.
Well, saya rasa rancangan awak tu tak berjaya pun.” Balas Aakif selamba.
Wafa sedikit terperanjat. “ Apa maksud awak?”
“ Sebab saya dengar bakal mak mertua awak tu tetap terima awak sebagai menantu walaupun selepas awak buat konsert depan diorang. Sedap suara awak. Cuba nyanyi sikit.” Aakif ketawa besar.
Wafa langsung tidak menghiraukan gurauan yang langsung tak lawak buat dirinya tika itu. “ Macam mana awak tahu yang mak Khairul tu tetap terima saya?”
“ Saya dengar lah maklong awak pujuk bakal mak mertua awak tu. Dia cakap awak ni banyak mewarisi harta arwah mak bapak awak. So, bakal mak mertua awak pun setuju lah.”
Wafa terkejut. “ Apasal awak tak bagitau awal – awal tadi? Jom kita patah balik jumpa maklong saya.” Maklong ni memang sengaja nak cari gaduh dengan aku! Bentak hati Wafa. Dia segera bingkas dari kerusi namun, langkahnya ditahan Aakif.
“ Bawak bertenang dulu, Wafa. Cuba duduk dulu.”
“ Bertenang apa lagi? Dah nampak sangat dia macam nak jual saya.” Wafa merengus geram.
“ Awak jangan lah berangan nak lawan dengan orang tua tu. Baru tadi je awak dah nak kena makan penampar dia kan.” Aakif tersengih.
Wafa terdiam. Serta – merta ingatannya kembali ketika dia nyaris – nyaris mendapat high – five di pipi tadi. Segera dia melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi tadi. Seketika kemudian dia melepaskan keluhan berat. Haish banyak sungguh masalah!
“ Eh, baru saya teringat! Macam mana awak boleh ada dekat rumah maklong saya tadi?” Wafa menayang muka pelik.
“ Waiz dan Mar lah merayu – rayu dekat saya suruh tolong awak. Sebab tu saya datang.” Balas Aakif bersahaja.
Cis, korang memang tak boleh diharap! Buat malu aku aje. “ Ha lagi satu, hari tu saya suruh awak berlakon jadi teman lelaki saya je kan? Pandai – pandai awak cakap awak suami saya pulak kan?” Wafa menghambur bertubi – tubi ke arah lelaki di hadapannya itu.
“ Habis tu kalau saya cakap saya boyfriend awak, awak ingat maklong awak tu nak takut? Hanya seorang suami yang berkuasa ke atas seorang perempuan tu tahu tak?”
Wafa senyap. Dia akui benar kenyataan dari pemuda itu. “ Kalau ye pun, awak tak payah lah cakap yang badan saya ni apa?”
            “ Oh, pasal tu sorry lah. Saya cuma nak bagi real aje lakonan tu.” Aakif tersengih.
            Sorry tahi kucing kau! Bentak Wafa. “ Sekarang ni, kalau maklong saya betul – betul nak tengok sijil nikah kita macam mana?”
            Just make it real. As simple as that.” Aakif menayang muka selamba.
            “ Hah maksud awak, kita nak buat sijil nikah yang palsu ke?” Wafa jelas terperanjat.
Tengku Aakif Nawfal sudah melepaskan keluhan berat. Dia memandang kesal ke arah gadis di hadapannya itu. Astaghfirullahalazim, susah sangat ke perempuan ni nak faham maksud aku? Nak buat sijil palsu apa pulak? Kesian aku tengok, naif betul makcik ni!
“ Cik Wafa, maksud saya kita nikah betul – betullah. Make it real. Cikgu apa ni ayat English macam tu pun tak faham.” Bebel Aakif.
Wafa terlopong. Terasa apa yang didengari di gegendang telinganya itu langsung tidak boleh dipercayai. “ Ni..nikah? Dengan awak?” Wafa gagap.
Aakif menganggukkan kepalanya dengan yakin. “ Yup, kenapa? Awak jangan risau. Saya bukan jatuh cinta dengan awak pun. Saya ada sebab sendiri kenapa saya buat macam ni.”
“ Sebab apa pulak?” soal Wafa pelik.
“ Sebab saya pun kena paksa kahwin.” Balas Aakif perlahan.
Serta – merta Wafa menghamburkan ketawa besar di hadapan lelaki itu. Patut lah beria – ria nak tolong aku rupanya ada udang di sebalik char kueytiow. Hahaha. Ini lah masanya aku nak membalas dendam. Jangan harap aku nak tolong kau!
No, saya tak nak kahwin. Pandai awak nak pergunakan saya ya? Hari tu saya minta tolong awak jual mahal. Apa awak cakap ya hari tu, awak ingat ni telenovela Astro? Ingat senang ke nak tipu – tipu orang? Sorry lah saya tak berminat nak berlakon.” Wafa membalas dengan angkuhnya. Sengaja dia memulangkan paku buah keras. Rasakan kau!
“ Ok, actually saya tak kisah pun kalau awak tak nak. I am a man. Saya boleh kahwin dengan siapa dan pada waktu bila pun. Saya ingat nak tolong awak lepaskan diri dari Khairul tapi niat baik saya nampaknya disalah ertikan. Cuba bayangkan, hidup terpaksa dijual kepada seorang lelaki sebab nak selamatkan harta. Aduhai, kasihan bunyinya!” Aakif sengaja membuat drama. Dia mengerling air muka Wafa yang sudah berubah. Yes!
Wafa menarik nafas dalam. Dia merenung lama wajah lelaki di hadapannya itu. Haish mamat ni sengaja lah tu nak takutkan aku! Patut ke aku kahwin dengan mamat ni? Nak setuju ke tak nak? Kalau aku kahwin dengan dia, pertama sekali maklong mesti tak kan kacau aku dah. Dan yang paling penting, aku tak dipanggil andartu lagi oleh Cikgu Fatty. Hahaha.
“ Ok saya setuju. Bila kita nak nikah?”
“ Pagi esok.” Balas Aakif tersengih.
Wafa tercengang. Pagi esok? Gila ke apa mamat sorang ni? Agaknya kalau hari ni hari bekerja, memang sekarang jugak dia bawak aku pergi nikah! “ Kenapa esok? Awalnya.” Bantah Wafa.
“ Sebab saya kena nikah hujung minggu ni. Tak kan awak nak tunggu jadi isteri yang kedua dulu kot?” Aakif tersengih lagi.
Wafa menghadiahkan jelingan maut. “ Kursus kahwin macam mana? Awak dah ada sijil?”
Yup, kalau saya tak ada sijil lagi saya tak kan dipaksa kahwin minggu ni. Dan saya tahu awak pun dah ada.”
“ HIV test?”
“ Esok jugak kita buat.”
Wafa mengeluh kecil. Sudah tidak ada lagi soalan yang hendak ditanyanya. Ya Allah, betul kah keputusan yang aku buat sekarang ni? Ibu ayah tetap sokong Wafa kan walau apapun keputusan Wafa?

3 comments:

  1. Janganlah kahwin kontrak Wafa dan Akif oooiiii...bosanlah kahwin kontrak...please make it real.

    ReplyDelete
  2. aakif ajak kawin,??so sweet...saya suka khwin kontrak dari khawin paksa

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?