******
Tengku Aakif Nawfal menyeka peluh
yang merinik di dahinya. Ekor matanya mengerling barang yang dibungkus dalam
plastik di tempat duduk sebelahnya. Haish, dah pecah rekod aku macam ni. Macam
mana lah aku boleh beli benda – benda macam ni? Aakif ketawa kecil tiba – tiba.
Masih teringat – ingat di dalam kepala otaknya ketika hendak mencari barang
keperluan Wafa di kedai serbaneka tadi.
“
Err cik, saya nak tanya sikit boleh?” Aakif berpura – pura mengukir senyuman ke
arah jurujual wanita di kaunter itu.
“
Boleh, tanya lah.” ramah jurujual itu membalas.
“
Yang benda petak tu ada jual tak? Saya tengok dekat rak tadi tak ada pun.”
“
Benda petak apa ya encik?” jurujual itu mula menayang muka pelik.
“
Err benda yang selembut kapas dalam iklan tv tu.” Aakif berkias lagi. Kepalanya
yang tidak gatal digaru sedikit. Alamak, tak kan tu pun tak faham!
“
Em saya jarang tengok tv, encik.” Balas jurujual itu pula sambil tersengih.
Aakif
mula melepaskan keluhannya. Duduk dalam hutan ke apa budak ni sampai tv pun tak
tengok. “ Tak apa lah. Saya pergi tanya orang yang selalu tengok tv ya.” Balas
Aakif selamba sambil melangkah keluar dari kedai itu. Jurujual itu sekali lagi
memandang pelik.
Lebih
kurang lima minit, Aakif memandu masuk keretanya ke dalam garaj banglo itu. Dia
segera melangkah keluar masuk ke dalam rumah. Dilihatnya setiap ruang dalam
banglo itu sunyi sepi. Dia menghela nafas lega seketika. Semua orang dah tidur
agaknya. Bisik hati kecilnya lantas dia melajukan langkah menuju ke bilik
tidur.
Dia
memulas perlahan tombol pintu biliknya lalu melangkah masuk. Dicarinya kelibat
Wafa yang tidak kelihatan. Dia mengetuk pula pintu bilik air perlahan – lahan.
“ Wafa, awak ada dekat dalam lagi ke?”
Wafa
tersentak. Hampir – hampir dia terlena di dalam bilik air sementara menunggu
suaminya pulang tadi. Segera dia membuka pintu itu. “ Lambatnya awak pergi
beli. Saya dah nak tertidur tadi tahu tak.” Bebel Wafa di muka pintu.
Aakif
merengus geram. “ Lambat? Eh, awak tahu tak betapa susahnya nak cari benda ni?
Lebih susah daripada nak bina satu bangunan tau. Bukan nak cakap terima kasih
ke apa.” Balas Aakif tidak puas hati usahanya seperti tidak dihargai.
Wafa
tercengang seketika. Apa kaitan pad aku dengan nak bina bangunan pulak? “ Ye
lah terima kasih banyak ya sayang.” Balas Wafa tersengih lantas mencapai
bungkusan plastik ditangan Aakif.
Aakif
terdiam tidak membalas. Sayang? Mindanya cuba diperbetulkan. Adakah aku salah
dengar? Wafa pula segera mengunci pintu bilik air. Dia menyandarkan tubuhnya di
belakang pintu. Tangannya menampar kecil bibirnya beberapa kali. Aduh, apa
benda aku merepek tadi? Macam mana boleh terlepas panggil mamat tu sayang
pulak?
***
Usai Aakif mengaminkan doa yang
dibacanya selepas solat, dia bangun seraya melipat sejadah dan menggantung songkoknya
di tempat yang telah disediakan. Ekor matanya mengerling sedikit isterinya yang
sedang berbaring di atas sofa. Dah tidur ke perempuan ni? Hati kecilnya
menerbit soalan. Seketika kemudian, kedengaran isterinya mendesah kecil. Segera
dia mendekati tubuh kecil itu.
“
Awak tidur lah atas katil. Biar saya tidur sini.” Aakif memberi arahan kecil.
Wafa
segera mencelikkan kelopak matanya lalu dihalakan pandangan ke arah Aakif. Dia
terperanjat kecil. “ Jadi, semalam awak lah yang angkat saya letak atas katil
ya?” Wafa menjegilkan matanya sedikit.
Aakif
tersengih. “ Kenapa setiap apa yang berlaku awak mesti tuduh saya ya? Waktu
kereta awak hilang hari tu pun, awak cakap saya upah orang suruh drive balik. Malam ni pulak cakap saya
yang angkat awak letak atas katil. Am I
look that free to you?”
Air
muka Wafa tiba – tiba berubah. Malu pulak dirasakannya saat itu. “ Saya bukan
nak tuduh, tapi dah awak aje yang ada dengan saya dalam bilik ni. Siapa lagi
yang angkat kan? Tak kan saya yang tidur berjalan pulak.”
“
Bercakap dalam tidur pun boleh so,
tak mustahil lah awak tidur berjalan betul tak?” Aakif menayang muka selamba.
“
Jadi betul lah saya yang tidur berjalan?” soal Wafa seperti tidak percaya.
Aakif
hanya tersengih. Bahunya dijongketkan sedikit. Mahu sahaja dia meledakkan tawa
besar. Boleh jadi peguam rupanya aku ni. Pandai putar belitkan cerita. Sorry lah Wafa aku terpaksa menipu demi
keselamatan diri aku daripada kena baham. Hehe.
Wafa
menggarukan sedikit kepalanya yang tidak gatal. Dia segera bangun dari sofa
untuk memberi ruang kepada suaminya. “ Err awak cakap nak tidur sini tadi kan?
Saya tidur atas katil ya.”
Wafa menukar
topik lalu melompat di atas katil empuk itu. Tubuhnya segera dibaringkan. Dia
memejam mata rapat. Aduh, malunya malunya malunya! Apasal aku ni tak habis –
habis nak tuduh mamat tu? Mungkin sebab aku selalu ingat mamat tu gentleman kot padahal hampeh! Sempat
lagi Wafa mengomel memarahi dirinya sendiri. Aakif pula mula berbaring di atas
sofa utuk merehatkan tubuhnya itu.
Sudah lebih setengah
jam Aakif cuba melelapkan matanya, namun seperti biasa masih tidak boleh tidur.
Entah – entah aku ni dah kena penyakit insomnia ke apa. Dah lah amnesia,
insomnia pulak tu. Aakif mengeluh kecil. Dicelikkan matanya sedikit lalu
dikerlingkan ke arah Wafa. Tiba – tiba gengendang telinganya menangkap bunyi
isterinya mengerang kecil. Aakif mengerut dahi. Eh, apahal pulak ni? Segera dia
bangun lalu menuju ke arah katil.
“ Awak ok ke tak
ni?” soal Aakif tiba – tiba.
Wafa menghalakan
biji matanya ke arah Aakif dengan tidak bermaya. “ Saya sakit.” Nada suaranya
lemah sekali.
Aakif mula
dihimpit risau. “ Awak sakit apa? Macam mana boleh tiba – tiba sakit pulak ni?”
“ Tak apa lah
saya dah biasa.” Balas Wafa masih lemah. Jawapannya langsung tidak menepati
soalan yang ditanya.
Aakif segera
meletakkan tapak tangannya di dahi dan leher Wafa untuk merasa suhu badan. Tak
panas pun. Tapi berpeluh – peluh ni kenapa? Ngomel Aakif perlahan. Lantas dia
menyelak selimut yang menutupi tubuh kecil isterinya itu. Dilihatnya tangan
Wafa menekan – nekan dibahagian perutnya sambil mengerang kecil.
“ Awak sakit
perut ke?”
Wafa
menggelengkan kepalanya perlahan. “ Saya sakit perempuan je. Awak pergi lah
tidur ya. Kejap lagi elok lah ni.”
“ Dalam hal
macam ni pun awak nak berkias lagi ke? Cuba bagitahu elok – elok sakit apa?
Boleh saya pergi ambil ubat.” Bebel Aakif tiba – tiba.
“ Saya
senggugut.” Balas Wafa perlahan. Masih dalam keadaan lemah lagi.
Aakif tersentak
kecil. “ Oh, habis tu macam mana? Awak ada ubat tak?”
“ Saya tak
pernah makan ubat pun. Saya cuma perlu tahan sakit aje.”
“ Berapa lama
awak kena bertahan?” soal Aakif lagi.
“ Dalam 4 or 5 jam.” Balas Wafa pendek.
Aakif melepaskan
keluhan berat. Lama jugak tu. Mahu tak boleh tidur sampai pagi kalau macam tu.
Bisik hati kecilnya. Lantas dia melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan
isterinya berseorangan. Wafa pula masih lagi cuba menahan kesakitan yang
dialaminya setiap bulan itu.
Beberapa minit
kemudian, Aakif kembali sambil membawa sebotol air suam ditangannya. Dia segera
mendekati isterinya semula lalu duduk di tepi katil. Dia mengambil perlahan
tangan Wafa yang sedang menekan perutnya sedikit. Wafa terperanjat kecil.
“ Awak nak buat
apa ni?” soal Wafa pelik.
Aakif meletakkan
botol yang berisi air suam itu di atas tangan Wafa. “ Awak tuamkan benda ni
dekat perut awak. In shaa Allah lega sikit sakit tu nanti.” Balas Aakif tenang.
“ Berkesan ke
kalau buat macam tu?”
“ Belum cuba
belum tahu.”
Wafa terpaksa
akur. Dia menuamkan perlahan – lahan botol yang berisi air suam itu di atas
perutnya selama beberapa minit. Dia cuba merasakan kesan tuaman itu seketika.
Lalu dia menghulurkan semula botol air suam itu kepada Aakif.
“ Tak berkesan
langsung. Nah, ambil balik!” protes Wafa.
“ Memang lah tak
berkesan kalau tuam dengan cara salah. Ke tepi tangan awak tu. Biar saya buat.”
Aakif mendekatkan sedikit ke tubuh Wafa.
“ Awak selak
sikit baju awak tu.” Aakif memberi arahan.
Wafa tersentak.
“ Apasal pulak?”
“ Habis tu,
macam mana awak nak rasa kepanasan dia kalau awak tuam atas baju? Kalau ada
penebat haba, macam mana nak tahu tindak balas terhadap haba tu betul tak?”
Aakif mula memberi ceramah bebas.
Wafa hanya
mencebik. Perlahan – lahan dia menyelak sedikit baju Tnya sehingga menampakkan
perutnya sedikit. Matanya dikerlingkan ke arah Aakif yang masih menunjukkan
wajah tenang. Namun, dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Alamak, kenapa tiba –
tiba tangan aku menggeletar pulak ni? Relax
Aakif relax. Jangan menggelabah tak
tentu pasal. Sempat lagi dia mengomel dalam hati.
Aakif mula
menuam perut kecil itu dengan botol air suam tadi. Matanya dihalakan ke tempat
lain. Tidak berani dia hendak melihat lama di bahagian perut isterinya itu.
Rasa menyesal pun ada bila menawarkan dirinya untuk menuamkan perut itu. Tiba –
tiba Wafa memegang botol yang digunakan Aakif itu. Aakif tersentak lantas
segera menoleh ke arah isterinya.
“ Saya rasa air
ni dah sejuk lah. Awak urut pakai minyak panas boleh?” pinta Wafa lemah.
Sekali lagi
Aakif tersentak. Urut? Biar betul perempuan ni. Aku sedang berangan ke apa ni dengar
Wafa cakap macam tu? Tadi bukan main menyinga lagi muka dia.
“ Awak boleh
tolong tak? Saya tak larat ni.” Sambung Wafa lagi. Kali ni dengan nada yang
lebih lemah.
Teragak – agak
Aakif menganggukkan kepalanya. Lalu dia bangun mencapai minyak panas yang
berada di dalam almari. Usai meletakkan sedikit minyak di atas tapak tangannya,
dia mula mengurut perlahan perut isterinya. Boleh tahan laju jantungnya berlari
tika itu. Nasib baik aku masih boleh mengawal emosi. Aakif membebel sendiri.
Tangannya masih mengurut lembut perut itu.
“ Pandai awak
mengurut.” Wafa bersuara perlahan. Air mukanya kelihatan lega sedikit.
“ Awak rasa
macam mana sekarang? Ada kurang tak sakit tu?” soal Aakif pula.
“ Ada kurang
sikit.” Balas Wafa pendek. Matanya cuba dipejamkan.
“ Bagus lah
macam tu. Awak cuba lah tidur dulu.” Balas Aakif bersahaja.
“ Terima kasih
sebab tolong saya. Saya sayang awak.” Wafa tersenyum lemah. Matanya sudah
memejam rapat.
Aakif terkesima.
Air mukanya terperanjat dengan ayat yang baru mengetuk gegendang telinganya
tadi. Saya sayang awak? Biji matanya merenung lama wajah lembut isterinya yang
sedang dibuai mimpi itu. Tiba – tiba kedengaran Wafa sedang berbicara kecil
dalam tidurnya. Aakif cuba memasang telinga lagi.
“ Aakif sepupuku
yang paling ku sayangi!” Wafa tersengih dengan matanya yang dipejam rapat.
Jelas menunjukkan dia sedang mengingau.
Aakif
mula menguntum senyum. Kepalanya digelengkan perlahan bila melihat gelagat
isterinya itu. Wafa..Wafa.. sampai dalam mimpi pun kau sayang sepupu kau ya?
Tak padan dengan sakit tu. Bebel Aakif sambil tersengih.
***
Pagi itu, Qistina cuba mencelikkan
kelopak matanya yang dirasakan amat berat untuk dibuka. Dia melihat sekeliling
ruang yang amat asing buat dirinya itu. Aku dekat mana ni? Seketika kemudian,
dia memicit perlahan kepalanya yang dirasakan sedikit pening tika itu. Dia cuba
mengingati kembali apa yang berlaku semalam. Tiba – tiba kedengaran tapak kaki
seseorang sedang menapak masuk ke dalam bilik itu. Qistina segera mengalih
pandangan.
“
Morning Qis.” Tengku Danial Hakimi
tersengih sambil membutangkan bajunya yang terbuka.
Wajah
Qistina jelas terperanjat besar. Dia merenung lama kelibat Tengku Danial Hakimi
di hadapan matanya itu. Perlahan – lahan dia mengalihkan pandangan ke tubuhnya
pula. Dia menyelak sedikit selimut yang menutupi tubuhnya tika itu. Serta –
merta dia terpempan. Terbeliak biji matanya apabila melihat tubuhnya yang tidak
ditutup dengan seurat benang pun. Cepat – cepat dia menutup semula tubuhnya
yang terdedah itu dengan selimut.
“
Apa yang you dah buat dengan I ni Kimi?” Menyinga wajah Qistina
menengking Tengku Danial Hakimi di ruang itu.
Kimi
hanya tersengih menayangkan giginya. Dia duduk di tepi katil sambil memandang
wajah wanita itu. “ Can’t you just tell
by looking?” selamba Kimi membalas.
“
How dare you do this to me? You animal!
Monkey! You memang tak guna Kimi!” Qistina mula mengangkat tangan untuk
dilayangkan ke pipi pemuda itu.
Namun,
Kimi sempat menahan tangan kecil itu. “ You
jangan nak berlagak baik lah Qis. You
ingat I tak tahu ke you ni perempuan macam mana? Kalau I tak tidur dengan you pun, bukannya you
suci lagi.”
Qistina
membuntangkan matanya apabila mendengar bait – bait ayat yang selamba badak
dikeluarkan dari mulut lelaki itu. “ Mana you
tahu ni?”
“
Come on la Qis. Kawan I sendiri pun
pernah jadi anak ikan you. That’s why I like to try. Not bad.” Kimi
tersengih nakal.
“
You biadap! You keluar dari sini sekarang! I
tak nak tengok muka you. Keluar!!!”
Qistina menengking kuat ke arah lelaki itu. Perasaan amarahnya yang ditanggung
tika itu membuak – buak dirasakan.
“
Ok ok I keluar sekarang. I tahu you tetap akan perlukan I
lepas ni. So, jangan marah lama
sangat ya sayang.” Kimi masih lagi menghangatkan hati wanita itu seraya
melangkahkan kaki menuju ke pintu bilik.
“
By the way, thanks for the last night.”
Sambung Kimi lagi sebelum menutup daun pintu.
Qistina merengus
geram. Tangannya mencapai sebiji bantal lalu dibalingkan ke arah pintu itu.
Kurang ajar kau Kimi! Kau ingat aku ni siapa senang – senang kau nak makan?
Memang patut lah semua perempuan dekat KL ni bencikan kau.
***
Wafa duduk di birai katil dengan
kakinya digoyang – goyangkan sedikit sambil memerhatikan suaminya yang sedang
khusyuk menunaikan solat Subuh. Jam di dinding bilik juga sudah dikerlingnya. Nak
turun sarapan pun awal lagi ni. Kang kalau tinggal mamat ni pulak, aku jugak
yang dipersalahkan nanti. Bisik hati kecilnya.
Usai
mengaminkan bacaan doa, Aakif terus menghalakan pandangannya kepada Wafa. “
Macam mana perut awak? Sakit lagi hari ni?” soal Aakif tiba – tiba.
Wafa
hanya menggelengkan kepalanya perlahan. “ Terima kasih sebab tolong saya
semalam.” Balas Wafa perlahan. Segan pula dirasakannya tika itu.
“
It’s ok benda kecik aje. Tapi saya
pelik, kenapa awak sanggup tahan kalau dah sakit? Tak ada ubat tahan sakit ke?”
“
Ubat tu memang lah ada tapi tak elok sangat kalau makan ubat tahan sakit ni.”
“
Kenapa pulak tak elok?” soal Aakif pelik.
“
Kawan saya cakap nanti boleh kena darah tinggi kalau selalu sangat makan ubat
tahan sakit. Sebab tu saya tak nak makan.” Balas Wafa bersahaja.
Darah
tinggi? Aakif terdiam seketika. Seketika kemudian, dia ketawa kecil. “ Kawan
awak tu doktor hospital mana?” perli Aakif tersengih.
“
Tak nak percaya sudah.” Wafa menghadiahkan jelingan tajam lalu bingkas dari
katilnya. Segera dia menuju ke arah pintu bilik. Aakif pula masih tersengih dan
membontoti isterinya melangkah keluar dari bilik.
Sampai
di ruang makan, Aakif segera duduk di atas kerusi. Kali ni tempatnya di sebelah
Tengku Muaz pula disebabkan Puan Nafeesah yang sudah mengambil tempat di
sebelah Puan Sri Tengku Sakinah. Wafa pula tiada pilihan lain dan terpaksa
mengambil tempat sebelah suaminya.
“
Bernikah sudah, bersanding pun sudah. Lepas ni apa planning kamu pulak Kif?” Tengku Muaz memecah sunyi.
“
Lepas honeymoon ni, hidup seperti
biasalah pa apa lagi.” Balas Aakif selamba.
Wafa
yang baru hendak menelan nasi lemak yang dikunyah di dalam mulutnya serta –
merta tersedak. Cepat – cepat dia meneguk air milo di dalam cawannya. Honeymoon? Apa yang mamat ni merepek
pulak ni? Dia sedar tak apa yang dia sedang cakap? Atau aku yang salah dengar
ni?
“
Papa tahu lah hidup macam biasa tapi kamu berdua tinggal dengan kami ke atau
duduk rumah asing?” soal Tengku Muaz lagi.
“
Aakif dah setuju nak tinggal dengan kita sekali hari tu. Kau tak payah tanya
pasal tu dah Muaz.” Belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah segera
menyampuk. Wajahnya serius.
“
Tapi kita tak boleh nak paksa diorang bonda kalau diorang nak duduk asing.
Macam mana kalau Wafa tak selesa nak duduk dengan kita?” bantah Tengku Muaz
pula.
“
Kalau tak selesa dengan kita, kenapa nak jadi ahli keluarga kita?” bidas Puan
Sri Tengku Sakinah pula.
Bahang suasana
hangat di ruang itu mula terasa. Wafa hanya mampu mengetap bibir. Dia menolak
sedikit siku suaminya. Aakif segera menoleh ke arah Wafa. Dengan hanya
menggunakan bahasa isyarat mata, Wafa memberi arahan kepada suaminya supaya
meleraikan pertegangan di hadapan mata mereka. Aakif pula sengaja berpura –
pura tidak memahami. Wafa merengus kecil. Mamat ni memang sengaja nak kenakan
aku lah tu!
“
Err sebenarnya buat masa sekarang ni, Wafa sedang uruskan pertukaran tempat
mengajar. In shaa Allah kalau tak ada aral melintang, bulan depan Wafa pindah
KL.” Wafa segera menyampuk. Bibirnya dipaksa senyum.
“
Bulan depan? Bermakna sementara tu, kamu berdua kena duduk asing lah ya?”
giliran Puan Nafeesah pula menyoal.
“
Nampak gayanya macam tu lah, ma.” balas Wafa teragak – agak.
“
Habis tu, macam mana kami nak timang cucu cepat kalau macam ni?” nada Puan
Nafeesah sedikit tidak puas hati.
Buat
kali kedua Wafa tersedak mendengar ayat yang terbit dari mulut ibu mertuanya. Warna
merah mula menyerbu mukanya menahan malu. Aakif yang juga terperanjat sudah
melemparkan pandangannya ke arah lain. Direct
betul mama aku ni bercakap!
“
Mama tak setuju. Isteri mesti kena duduk dengan suami. Payah – payah sangat
Wafa berhenti aje kerja.” sambung Puan Nafeesah lagi. Kali ni sedikit tinggi
nada suaranya. Semua yang berada di situ serta – merta senyap.
“
Err bawak bertenang ma. Macam ni, sekarang projek kita yang dekat Parit Buntar
tu masih belum siap kan pa?” soal Aakif tiba – tiba.
Tengku
Muaz menganggukkan kepalanya perlahan. “ Yup,
kenapa dengan projek tu?”
“
Biar Aakif yang handle projek tu
sampai siap. So, buat masa ni Aakif
duduk dekat Parit Buntar dulu lah dengan Wafa. Sementara tu, boleh jugak tunggu
proses pertukaran tu siap ok tak?” Aakif cuba menyelamatkan keadaan. Wafa pula
sudah menghela nafas lega. Bagai nak luruh jantungnya tadi bila dipaksa
berhenti kerja.
“
Tapi idea asal projek tu dari Kimi. Tak kan papa tiba – tiba nak tukar ketua
pulak? Nanti apa pulak kata dia.”
“
Bukan maksud Aakif nak rampas projek dia, tapi Aakif nak join projek tu. Kimi boleh manage
dekat ofis, Aakif boleh control site.
Kerja pun jadi cepat dan mudah betul tak pa?” sambung Aakif lagi.
Kelihatan
Tengku Muaz sedang berfikir sejenak. “ Nenda setuju. Lagipun, Kimi belum mahir
selok – belok projek syarikat, elok lah Aakif tolong dia sama.” Sampuk Puan Sri
Tengku Sakinah pula.
“
Kalau boleh Wafa percepatkan lah urusan Wafa tu ya. Buat masa sekarang ni, biar
Aakif duduk dengan Wafa dulu.” Puan Nafeesah masih lagi dengan topiknya. Wafa
hanya mampu menganggukkan kepalanya perlahan dan cuba mengukir senyum.
“
Ok nanti papa bagitahu dengan Kimi.” Tengku Muaz akhirnya memberi kata putus.
Tengku Aakif Nawfal dan Wafa Amani menguntum senyum sesama sendiri. Mereka
sudah boleh menghela nafas lega. Selesai satu masalah!
***
Wafa menarik beg pakaiannya menuju
ke kereta Aakif. Lalu dihumbannya beg itu ke dalam bonet kereta. Dia menyeka
peluhnya yang merinik di dahi. Fuh, apa benda yang aku letak dalam ni sampai
rasa macam bawak batu pulak! Keluh Wafa sendiri. Bukannya Aakif tidak menawarkan
diri untuk menolong tadi tapi dia sendiri yang menjual mahal. Terimalah
padahnya.
Usai
bersalaman dengan ahli keluarga yang setia menunggu di laman, Aakif
menghidupkan enjin kereta lalu menekan pedal minyak meninggalkan perkarangan
rumah mewah itu. BMWnya mula menelusuri lebuh raya utara selatan untuk pulang
ke rumah isterinya. Dalam diam, dia mengeluh kecil. Penat jugak kalau selalu
ulang – alik macam ni.
“
Esok awak kerja ke?” Aakif mengerling isterinya di sebelah.
Wafa
mengangguk perlahan. “ Esok hari Isnin kan? Mesti lah kerja.”
“
Bagus lah. Lepas tu, awak mintak cuti tiga hari ya?”
Wafa
tersentak. Serta – merta wajahnya bertukar pelik. “ Nak cuti buat apa?”
“
Awak tak dengar ke tadi, saya cakap kita nak pergi honeymoon?” balas Aakif bersahaja. Matanya masih memandang hadapan
jalan.
“
Tapi ada saya cakap saya setuju ke tadi nak pergi honeymoon? Siapa suruh awak pandai – pandai cakap macam tu depan family awak.” Bantah Wafa. Air mukanya
jelas tidak puas hati.
Aakif
segera mengambil dua helai kertas kecil dari dalam laci dashboard keretanya lalu dihulurkan kepada Wafa. Wafa menyambut huluran
suaminya lalu membelek perlahan kertas kecil ditangannya. Matanya membaca
sebiji – sebiji ayat yang tertera di atas kertas itu. Ni tiket flight ni!
“
Awak ingat saya suka – suka ke nak cakap pasal honeymoon tadi? Tiket yang awak pegang tu adalah hadiah perkahwinan
kita dari nenda. So, bukan saya yang
rancang faham?” selamba Aakif membalas.
“
Tapi kalau kita tak pergi pun boleh kan? Bukannya nenda awak tahu.” Wafa
mencuba nasib lagi.
“
Yup. Nenda saya memang lah tak tahu
tapi orang – orang flight dengan
hotel nanti akan tahu. Awak tak baca ke tiket VIP tu? Dan tak mustahil jugak
nenda saya akan tahu lepas tu.” balas Aakif.
“
Habis tu, maksud awak kita nak kena pergi jugak lah ni ya?” Wafa mula menarik
muncung.
Aakif
hanya tersengih lantas menjongketkan bahunya sedikit. Matanya masih lagi
menumpukan ke arah pemanduan.
Wafa
pula hanya mampu melepaskan keluhan berat. Haish, tak ada hadiah lain ke kalau
ye pun nak bagi? Kalau dah kaya sangat, bagi lah peti sejuk ke mesin basuh ke
boleh jugak aku tukar dengan barang – barang rumah aku yang dah berkurun lama
tak berganti tu. Ini tak, tiket honeymoon
yang dibaginya. Dengan mamat ni pulak tu.
wahhhh...sweet nye aakif, tolong beli 'benda petak' tu utk wafa..
ReplyDeleteni yg btambah syg n chenta kt aakif nih...hikhik!!
nurrul,xsbr la nk tunggu pwc ni diterbitkn..
cus n pwc mmg terbaekkk!!!
saya sentiasa sokong nurrul sbb kite sebaya tau..hehe..(xde kena mengena langsung kn...suka sgt merepek..)
-noorwieyl a.k.a noor-
hehe tenkiu so much laling..
Deletein shaa Allah kalo ade rezeki kita sme2 jmpe pwc versi cetak tau..
eh, kita sebaya ye noor? wah,kita bleh jd besfren la kalo cani..hihi
terima kasih sgt2 ye noorwieyl..=') *mula la nk tharu ni..sob3
Cmner nk dptkn nvel ni???
Deletesuke watak aakif...caring..
ReplyDeletetenkiu hayat! =') xsgka ko folow gak cite ni..^^
Deletesaya pun tido mengigau. terasa sgatt. hahaha
ReplyDelete-melaka bandaraya bersejarah-
oh my..tharunye melaka bndraya bsjrh ni komen..haha
Deletetrasa je xguna..kalo kua versi cetak nnti, aku list ko org first kena beli..huahua
-taiping bandar warisan-
oh sy amat tpikat nan aakif...
ReplyDeletekalau lah aakif mmg betol2 wujud....hihi :)
hehehe..
Deletekalo aakif memang btul2 wjud,sy terus pinangkan dia utk ain ok?hepi?
hihi
bila lah nk keluar cite ni agaknya ek?
ReplyDeletegeramnya rase x sabar giler..hehehe
i luv u aakif nan wafa!
hihi sabar byk2 anon!
Deletejgn geram2 nnti xmanis..hehe
in shaa Allah kalo cite ni dah terbit nnti, sy war2kan ye..
btw tenkiu alot dear =)
like!!!!!!!!!
ReplyDeleteupdate la lg...
tenkiu alot anon!
Deleteupdate lepas ni kena tggu versi cetak tau..hihi
baik nyeee layanan Aakif...
ReplyDeleteluv Aakif...
Padan ngan Qistnia, tp.... musti ader konflik/agenda yg di rancang oleh meke kan
hehe harus la kak..
Deleteorg jhat balasannya jhat jugak =)
huhuh sudah jatuh cinta ngn Tengku Aakif.... :)
ReplyDelete