Tepat pukul 4 petang keesokkan harinya, Datuk Iskandar dan
Datin Haliza sampai di banglo mereka yang tersergam indah itu. Kelihatan Irfan
di laman rumah sedang membaca sebuah buku yang bertajuk Filsafat Islam yang
baru di belinya dari kedai buku. Sengaja pemuda itu berpura – pura tidak
mendengari bunyi enjin kereta papanya yang masuk ke dalam garaj.
Datin
Haliza yang keluar dari kereta terus menuju ke arah Irfan seolah – olah macam
setahun tak jumpa Irfan. Datuk Iskandar pula terus masuk ke dalam rumah untuk
mensucikan diri.
Datin
Haliza mengerling jam di tangannya lalu bertanya, “ Baru pukul 4 ni. Irfan tak
masuk kerja ke hari ni?”
“ Em Irfan
masuk ofis setengah hari je tadi ma. Pening kepala banyak sangat kerja kat ofis
tu. Lama mama bercuti kat Kedah ye? Mama pergi Langkawi terus ke dengan bakal
menantu ma tu?” Perli Irfan kepada Datin Haliza.
Datin
Haliza memulas telinga Irfan yang putih itu sehingga kemerahan. “ Ha rasakan
azabnya selepas memerli mama tadi.”
“ Aduh ma,
sakit lah. Mama ni lain kali nak attack
bagi lah signal dulu. Pedih bangat dong.” Irfan berkata dalam loghat
Indonesia sambil menggosok – gosok telinganya yang merah itu.
“ Tak ada
makna nya nak signal – signal dulu.
Dah la malas mama layan kamu ni. Malam ni ingat tau turun makan. Mama ada benda
penting nak cakap nanti.” Datin Haliza berkata sambil berlalu masuk menuju ke
dalam rumahnya.
Irfan hanya
melihat kelibat mamanya yang berlalu pergi.
Macam biasa lah perintah mama mana boleh ingkar. Aku dah agak dah mesti
ada berita hot punya malam ni. Sebab
tu muka mama excited semacam je
datang kat aku tadi. Muka papa tak dapat nak tengok lah pulak sebab dia awal –
awal lagi dah masuk rumah dah. Tak kan marah kat aku pasal hari tu lagi kot.
Ala aku bukannya sengaja nak biadap ngan orang tapi dah terpaksa. Hmm kau
tunggu je lah Irfan nasib kau malam ni.
Irfan
meneruskan bacaannya kembali. Tika itu, otaknya memainkan semula wajah Hanna
yang tersenyum, marah dan menyampah terhadapnya ketika mereka berada di dalam
ofisnya tempoh hari. Paling tak boleh lupa, saat dia bertentang mata dengan
Hanna ketika Hanna ingin melangkah keluar dari restoran di mana buat pertama
kalinya Hanna perli Irfan berkenaan dengan ketepatan masa. Wow, mata dia memang
superb habis lah! Menggoda siot!
Irfan tersenyum bila mengenangkan semula mimik muka Hanna yang bercampur baur
terhadapnya hanya dalam masa sehari.
Ish apa
kena dengan kau ni Irfan? Macam baru jatuh cinta pandang pertama lah pulak. Dok
teringat kat minah sewel tu kenapa? Dah la lupakan dia. Buku yang kau baca ni
lagi penting dari dia tau. Seperti biasa naluri jahatnya akan menegakkan semula
ego sebagai seorang lelaki.
Hanna menolong Aida memasak di dapur. Menu mereka malam itu
hanya nasi goreng dan ayam goreng. Hanna hanya memotong sayur dan menghiris bawang.
Tumis – menumis adalah tugas Aida sebab Aida je yang tahu masak. Hanna dikira beruntunglah
jugak sebab mempunyai sahabat – sahabat yang pandai masak. Kalau nak harapkan
dia, potong sayur tu power lah.
“ Em kau
tak nak mintak kerja lain ke? Tak kan kau nak jadi penganggur terhormat pulak.”
Aida memecah kesunyian sambil tangannya menumis rencah di dalam kuali untuk
memasak nasi goreng.
“ Aku
memang ingat nak cari kerja lain pun tapi kena tunggu lagi dua minggu rasanya. Company kau tak ada nak guna orang ke?”
balas Hanna smabil tangannya masih menghiris bawang.
“ Kenapa
nak tunggu lagi dua minggu pulak? Lambat gila. Rasa – rasanya company aku ada nak cari assistant valuer. Kalau kau nak aku
boleh ‘kabel’ kan. Tapi jadi assistant
je lah. Kau nak ke?”
“ Betul ke?
Ala aku tak kisah jawatan apa pun janji ada kerja. Tapi kalau tunggu lagi dua
minggu boleh tak Aida? Aku nak kena balik kampung lah hujung minggu ni.”
“ Esok tak
boleh start dah ke? Aku takut kalau
diorang dah dapat orang baru nanti melepas kau. Lagi pun kau kan baru je datang
Johor, tak kan tak sampai sebulan stay
sini kau nak balik Kedah dah?”
“ Aku nak
balik ni sebab nak kahwin lah.” ringkas jawapan Hanna membuatkan Aida
membeliakkan matanya. Terkejut dengan perkhabaran temannya itu membuatkan sudip
yang dipegangnya terlepas ke lantai.
“ Eh Aida,
kau ni lebih – lebih pulak reaksinya. Aku yang nak kahwin ni pun tak terkejut
beruk macam kau ni tau.” Hanna mengutip sudip yang terjatuh itu lalu
membasuhnya di sinki.
“ Mahu aku
tak terkejut dengan berita kau ni? Tahu – tahu je nak kahwin. Kau nak kahwin
dengan Aliff ke Hanna?” Aida menutup api dapur gasnya lantas duduk di hadapan
Hanna yang sedang memotong sayur sawi.
“ Wah, bila
nak siap nasi goreng kau tu kalau kau dok tenung muka aku macam ni?” gurau
Hanna tersengih memandang temannya itu.
“ Ah nanti
aku sambung lah goreng balik. Hey, cerita lah cepat aku tak sabar nak dengar
ni.” Aida masih lagi menunggu jawapan dari mulut Hanna.
“ Macam ni
lah, kau jangan sebut lagi nama mamat tak guna tu ye. Aku bukan kahwin ngan dia
pun. Aku kahwin ngan pilihan mak aku. Anak kawan dia. Nanti kau jangan tak
datang pulak majlis aku tu.” Jawab Hanna bersahaja.
“ Pilihan
mak kau? Siapa Hanna? Hensem tak? Kerja apa dia?” ceria muka Aida menanyakan
soalan itu.
“ Kau ni
banyak betul soalan lah. Aku sendiri pun tak tahu macam mana rupa dia, dia
kerja apa and nama dia pun aku tak
tau siapa wahai sahabatku Aida. Sekarang kau boleh sambung balik kerja
menggoreng nasi ni ye.” Hanna mengangkat pinggan yang berisi sawi yang telah
dipotong itu ke sinki untuk dibersihkan.
“ Macam
mana kau boleh tak tau Hanna? Kau tak tanya mak kau ke? Kalau aku jadi kau, aku
selidik siap – siap siapa laki tu tau.”
Selesai
membersihkan sayur, Hanna menuju ke ruang tamu. Sikitpun dia tidak membalas
pertanyaan Aida. Dia berbaring di atas sofa lalu mencapai remote control untuk mencari – cari siaran tv yang best.
“ Oi Hanna,
aku tanya kau ni. Jawab lah mak cik.” Aida melaung kepada Hanna dari arah
dapur.
“ Aku dah
tak ada mood nak tau semua tu Aida. Kalau ada kebahagian buat aku lepas ni ada
lah ye. Kalau dah tak ada jugak nak buat macam mana kan.” Hanna meninggikan
sikit suaranya supaya didengari Aida.
Aida di
dapur yang sedang menggoreng ayam hanya menggelengkan kepala mendengar keluhan
temannya itu. Kasihan Hanna. Macam – macam dugaan kau terima dalam masa yang
singkat. Sabar lah Hanna. Moga ada sinar bahagia untuk diri kau nanti.
Usai menjamu selera, seperti biasa Irfan dan keluarganya
akan beristirahat di ruang tamu rumah mereka. Malam ni Datin Haliza tidak
banyak cakap seperti malam – malam yang biasa. Manakala Datuk Iskandar pula
yang memulakan perbualan di antara mereka. Ni mesti taktik nak takutkan aku tu.
Papa mula lah nak guna kuasa veto dia tu. Desis hati Irfan.
“ Irfan,
semalam papa ngan mama dah gi meminang Hanna.” Kata Datuk Iskandar pendek.
“ Em jadi?”
Irfan berdebar – debar menunggu kata – kata papanya itu.
“ So, Irfan dengan Hanna akan nikah hari
jumaat minggu depan, bersanding kat rumah Hanna hari sabtu berikutnya dan
bersanding kat rumah kita hari Ahad minggu yang satu lagi. And lagi satu mama dan papa dah decide
akan adakan makan malam beradap kat hotel kita khas untuk ahli keluarga
terdekat dan staff kita sahaja. Or any other request Irfan? Terang Datuk
Iskandar satu – persatu.
“ Irfan
dibenarkan buat request ke? Irfan
ingat Irfan ni patung boneka yang hanya mengikut arahan tuannya. I don’t have any request. It’s all up to you pa, ma. Irfan naik
dulu.” Irfan lantas menuju ke biliknya. Hatinya sakit bila mengingatkan lagi
dua minggu dia akan menjadi suami Hanna.
“ Irfan!”
Datin Haliza memanggil anaknya yang berlalu pergi itu. “ Ish abang ni, tengok
lah Irfan dah merajuk dah.”
“ Ish abang pulak yang kena? Bukan awak ke yang bincang tadi
suruh saya tunjuk muka serius depan budak tu?” Jawab Datuk Iskandar.
“ Ye lah
tapi jangan lah garang sangat nanti rosak pulak plan kita bang. Dah la saya nak pergi tengok Irfan kat atas kejap.
Irfan!” Datin Haliza pergi mendapatkan anak terunanya di dalam bilik.
Datin
Haliza mengetuk pintu bilik Irfan dua kali lalu menguak sedikit pintu bilik
itu. Matanya melilau mencari kelibat anaknya di dalam bilik yang tersergam
indah itu. Saat iu, anak matanya tetancap ke arah bayang tubuh sasa anaknya di
belakang tirai balkoni. Datin Haliza melangkah perlahan lalu duduk di hujung
katil.
“ Irfan,
mama datang ni. Masuk lah kat dalam ni. Luar tu kan sejuk angin malam.” Datin
Haliza memanggil anaknya.
Irfan yang
terkejut dengan kehadiran mamanya itu, lantas masuk dan duduk di atas sofa yang
berhadapan dengan mamanya. “ Kenapa ma datang?”
“ Irfan,
jangan lah marah dengan mama ngan papa. Kami cuma nak yang terbaik dalam hidup
Irfan. Kami ni dah tak lama dah dapat hidup dekat muka bumi Allah ni. Mama cuma
mintak Irfan nikah je. Mama teringin sangat nak tengok Irfan naik pelamin
sebelum terlambat nak.”
“ Apa mama
cakap ni? Mama tak kan pergi mana – mana lah. Mama kan kuat. Irfan bukan tak
nak nikah ma cuma Irfan ada satu syarat.” Irfan memandang wajah ibunya yang
saling tak tumpah dengan wajah Yana yang comel tu.
“ Syarat
apa Irfan?” Datin Haliza memandang Irfan kehairanan.
“ Irfan tak
nak adakan sebarang persandingan kat Johor. Kita buat kat Kedah je. Irfan tak
nak kawan - kawan Irfan tahu pasal ni, boleh ma?” Irfan menduga mamanya.
“ Em boleh
tapi mama pun akan bagi syarat jugak.” Datin Haliza tersengih ke arah anaknya.
“ Syarat?”
Irfan tayang muka hairan.
“ Yup. Kalau nak mama ikut syarat Irfan,
Irfan mesti lah ikut syarat mama jugak. Syaratnya, dalam masa setahun Irfan
mesti bagi cucu kat mama. Tak kisah lah Hanna tengah mengandung ke baru hamil
ke time tu at least dah ada dah tanda – tanda mama nak dapat cucu. Boleh?
Terbeliak
biji mata Irfan apabila mendengar syarat mamanya. Mama aku ni biar betul. Dia
ingat senang ke nak ikut syarat dia tu. Aku sendiri pun tak tau mana hala tuju
aku lepas nikah nanti. Mama pulak dah boleh
plan untuk keluarga aku nanti.
“ Syarat
apa tu ma? Anak kan rezeki Allah. Kita mana boleh nak tentukan suka hati. Kalau
dah tak ada rezeki nak buat macam mana?” Bantah Irfan.
“ Betul
jugak kan. Tapi Irfan kena janji yang Irfan akan usaha tau.” kata Datin Haliza
sambil membayangkan baby yang comel –
comel.
“ In shaa Allah
ye ma.” jawab Irfan acuh tak acuh.
“ Ha ni
mama ada satu lagi benda nak cakap ni. Lepas kahwin nanti, mama nak Irfan pujuk
balik Hanna kerja kat hotel tu, paham?”
“ What? No way ma. Dia yang quit sendiri tak kan Irfan nak pujuk
dia pulak.” Bantah Irfan.
“ Nanti kan
dia jadi isteri Irfan dah, nak malu apanya?”
Ni bukan
masalah malu ma. Ala mama tak kan paham perasaan Irfan ni. “ Em tengok lah
macam mana nanti ye ma. Irfan dah ngantuk lah ma. Esok nak kerja lagi ni.”
Irfan cuba memberi alasan.
“ Pandai
lah Irfan nak lepaskan diri ye. Solat Isyak dah ke belum nak tidur dah ni?”
tanya Datin Haliza sebelum melangkah keluar dari bilik anaknya itu.
“ Solat dah
tadi.” Sempat Irfan menjawab sebelum dia menghempaskan badannya di atas katil.
Ish aku rasa macam nak telefon je Hanna sekarang. Kenapa lah dia nak sangat
kahwin ngan aku? Tak power lagi ke ayat aku maki dia hari tu? Penat je aku buat
skrip. Haish dia mencapai telefon bimbitnya lalu mencari – cari nombor telefon
seseorang. Ish aku tak save la pulak
nombor minah ni.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?