Followers

Thursday, 6 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 6 ~


           Ain memasukkan pakaian Hanna ke dalam beg. Manakala Lisa pula hanya melihat mereka berkemas di dalam bilik Hanna. “ Betul ni korang tak nak ikut aku balik Jitra? Nanti aku dah gerak korang jangan nak menyesal ke meratap ke tau. Korang menangis air mata darah pun aku tak kan patah balik tau.” Hanna berjenaka memecah kesunyian.
            “ Tak apa lah Hanna. Aku bukan dapat cuti pun nak balik. Kau tu drive hati – hati tau. Jangan asyik ingat Aliff je. Em ni baru kau nak balik kampung sorang – sorang aku dah sedih dah. Bila kau pindah Johor nanti aku tak tahu la macam mana perasaan aku ni.” Lisa meluahkan perasaannya.
            “ Betul tu Lisa. Lepas ni rumah ni tinggal dua orang je lah. Sunyi je.” Ain pula mencelah.
            Hanna yang mendengar terus mengalirkan air mata. Dia lantas memeluk kedua – dua temannya itu. “ Korang saja buat aku nangis kan? Korang jangan lah sedih. Kita still keep in touch ok?” Hanna menyeka air mata teman – temannya itu. Manakala mereka juga menyeka air mata Hanna.
            “ Korang kahwin la cepat – cepat sikit. Tak lah rasa sunyi sangat nanti.” Sempat lagi Hanna bergurau.
            “ Eh kitorang muda lagi dari kau tau. Silap – silap kau yang kena kahwin dulu nanti. Jangan lupa pulak ajak kitorang makan nasi minyak kau tu.” Ain pulak bergurau.
            “ Eei tolong sikit. Kita ni sama umur tau. Kalau ikut tarikh lahir pun aku paling muda tau. November ok?” Hanna tidak mahu kalah.
            “ Dah la tu korang ni. Kau nak bertolak pukul berapa ni Hanna? Nanti lambat pulak.” Lisa meleraikan mereka.
            “ Ye tak ye jugak. Eh korang keluar dulu lah. Aku nak solat zohor ni sekejap. Lepas ni aku gerak lah. sshhuuhh..shhhuhh..”
            “ Ye lah. Ingat kitorang ni kucing ke apa nak shhhuhh..sshhuuhh pulak.” Lisa dan Ain berlalu keluar dari bilik Hanna.
            Selesai solat, Hanna bersiap – siap untuk pulang. “ Korang jaga diri tau. Ingat sentiasa kunci rumah ni kalau nak gi mana – mana.” Pesan Hanna kepada teman – temannya itu.
            “ Ye lah kau ni pun macam la tak balik sini dah. Barang – barang kau tu belambak lagi tau kat sini. Eh kirim salam kat mak kau ye. Ha ni jangan lupa Momo kau ni. Kang terlupa bawak Momo, kencing malam pulak kang. Hahaha.” Lisa berkata sambil meghulurkan tangan nya untuk bersalam dan memberi teddy bear Hanna yang diberi nama Momo. Disusuli pula dengan Ain menyalami tangan Hanna.
            Selesai bersalam, Hanna terus menuju ke kereta Viva kesayangannya. Saat itu, dia ternampak kereta BMW silver diparkir sebelah Viva nya. Ish BMW lagi. Tahu la orang Malaysia ni kaya tapi pakai la kereta lain sama. Asyik BMW je aku tengok. Tak pun contohi aku ni, pakai kereta buatan Malaysia. Ni la baru rakyat Malaysia yang setia. Hehehe.
            Hanna memandu keretanya sampai ke luar kawasan parking dan terus meluncur laju ke negeri tanah tumpah darahnya. Perjalanan yang agak jauh akhirnya sampai ke penamatnya. Hanna sanggup tidak berhenti untuk makan semata – mata untuk sampai ke kampung lebih awal. Cuma dia sempat berhenti solat di R & R berdekatan. Kewajipan kepada Allah tidak pernah dilupakan kerana dia telah dididik  dengan ajaran agama. Manusia sememangnya lalai dan banyak melakukan kesilapan. Oleh itu, sebagai hamba Allah dia tahu dia perlu mantapkan segala yang wajip, memperbanyakkan yang sunat dan menjauhi yang haram.
            Irfan memilih restoran KFC yang berdekatan dengan kedudukan mereka sekarang. “ Dah sampai. Jom cepat.” Irfan membukakan pintu sebelah Sazzy dan memegang tangannya untuk mengajak keluar.
            “ Tak sangka you serius kan nak makan kat sini jugak.” Sinis nada Sazzy kepada Irfan.
            “ Ala you ni sudah – sudah la tu merajuk ya. Nanti muka jadi tak cantik macam Datin Maimun dalam Maharaja Lawak Mega tu baru tau. Penat je you pakai cantik – cantik macam ni kan sayang?” Pujuk Irfan.
            “ Hahaha ye lah I tak merajuk dah. You ni kalau bab memujuk memang hebat kan.” Sazzy yang sudah memaniskan wajahnya itu mencuit hidung mancung Irfan. Senang hati bila melihat kekasihnya sudah ceria.
            Di kaunter pesanan, mereka memilih dua set snack plate sahaja. Selesai membayar makanan, mereka memilih tempat yang agak tersorok supaya lebih senang untuk berbincang.
            “ Ha you cakap ada benda nak bagitau I, cakap la sayang.” Sazzy memulakan perbualan sambil memasukkan cubitan ayam goreng spicy ke dalam mulutnya.
            “ Em I memang ada benda nak bincang dengan you ni. Tapi kalau I cakap janji dengan I yang you tak kan marah ke naik suara ke or apa – apa lah yang sewaktu dengannya boleh?” pinta Irfan.
            “ Macam suspen je bunyi nye. I janji tapi apa dia sayang? Cakap lah.” balas Sazzy tidak sabar menunggu.
            “ Em macam ni sebenarnya mama I nak kahwinkan I dengan anak kawan baik dia. I mestilah tak nak sebab I nak kahwin dengan you. Tapi masalahnya sekarang, mama I nak menantu yang menutup aurat. So, can u help me honey?”
            Wait, maksudnya you nak I pakai menutup aurat? Pakai baju kurung? Pakai tudung?” Sazzy membeliakkan matanya kepada Irfan.
            Yes, can you do it for me honey?” Irfan berkata dengan nada memujuk.
            Oh my God. You dah gila ke? Tu semua bukan taste I ok. Ish dengan baju kurung and tudung bagai. Urghh panas tau semua tu sayang. Habis lah hancur karier sebagai model kalau I pakai macam tu. I don’t think I can help you.” Sazzy membalas dengan megah tanpa dia menyedari kata – katanya itu adalah dari golongan ahli neraka jahanam.
            Semakin hari semakin meluat pulak aku dengan dia ni. Ni kalau memang dia lah yang jadi bini aku nanti, banyak procedure aku nak kena buat untuk ubah perangai dia ni. “ Please sayang. You tak nak kahwin dengan I ke? Sanggup you tengok I kahwin dengan orang lain nanti?” Irfan masih lagi memujuk.
            “ Em mesti lah I tak sanggup tengok you kahwin dengan orang lain. Macam ni lah sayang, I ada plan. Apa kata I berlakon depan mama you je nanti. Lagipun sehari je kan nak jumpa mama you tu.”
            Apa – apa je lah janji depan mama aku, kau menutup aurat. Nanti lepas kahwin tau lah macam mana aku nak ajar kau menutup aurat. “ Tak apa lah kalau macam tu sayang. Esok I ambik you, kita pergi beli baju kurung ngan tudung ye sayang?” Irfan tersenyum puas. Dalam hati, dia amat gembira dengan persetujuan Sazzy walaupun sekadar lakonan semata – mata. At least dia yakin mamanya akan tunaikan janji sekiranya Sazzy menutup aurat.
            “ Em ye lah. Tapi you mesti beli kat butik tau. I like to buy at Nor Arfa Batik for the traditional clothes. Ok tak sayang?” Sazzy masih lagi dengan standard nya.
            Em bankrap lagi la aku macam ni. “ Boleh sayang. Apa – apa je untuk you ye sayang. Janji you setuju dengan I. Ha since you setuju dengan I ni, I ada hadiah tau untuk you ni.” Irfan berkata sambil meraba – raba poket seluarnya mencari sesuatu. Eh, mana ni aku lupa bawak ke tadi. Ngomel Irfan sendirian.
            “ Hadiah apa sayang? Ni I sayang you lebih ni. Suka buat surprise kat I.” Sazzy tidak sabar menanti hadiah apakah yang akan diterimanya. Kalau Irfan yang bagi confirm barang mahal ni.
            “ Alamak sayang, I lupa bawak kot. Tak ada lah dalam poket I ni. Macam ni lah bila selesai je you pikat hati mama I, I bagi kat you hadiah tu ye. Hadiah tu special tau untuk perempuan yang pandai pikat hati mama I je.” Pujuk Irfan sambil mencuit hidung mancung Sazzy.
            “ Ala you ni saja buat – buat lupa bawak la tu kan. I nak merajuk lah macam ni.” Sazzy mula memasamkan wajahnya.
            “ Jangan lah merajuk ye sayang. Nanti I bagi ye kat you. Sumpah I lupa bawak tadi. Bukan sengaja. Em you tak ada photoshoot ke hari ni?” Irfan sengaja menukar topik sebab tak nak rajuk Sazzy berpanjangan.
            “ Ye lah. Em tak ada pun hari ni. Kenapa you tanya?”
            “ Saja je bakal suami nak tahu apa aktiviti bakal isterinya hari ni. Tak boleh ke?” Usik Irfan.
            “ Mesti lah boleh sayang.” Sazzy mencubit manja pipi Irfan.
            “ Cepat makan sayang. Lepas ni I hantar you balik ye. I ada kerja lagi ni kat hotel.” Ujar Irfan sambil menghabiskan makanannya di dalam pinggan.
            “ Eh you hantar I kat Danga City Mall boleh? I nak jumpa kawan sekejap.”
            “ Ok sayang.”

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?