Pagi itu atas arahan Puan Sri
Tengku Sakinah, mahu tak mahu Tengku Aakif Nawfal terpaksa keluar menemani
tunangnya, Qistina keluar membeli – belah. Kalau diikutkan hatinya, dia hendak
berehat sahaja di rumah pada hari cuti itu. Sebut sahaja nama shopping complex yang berdiri tegak di
tengah – tengah bandaraya Kuala Lumpur itu, habis semua dikunjungi Qistina.
Pavilion? Time Square? SOGO? Nama – nama
kompleks beli – belah ini memang di antara yang wajib tersenarai dalam
tempat penyinggahannya. Itupun ada hati nak pergi Sunway Piramid lagi.
Dengan
muka yang penuh kebosanan, Aakif hanya memerhati Qistina memilih baju di sebuah
butik pakaian wanita. Sesekali Qistina menayangkan pakaian yang dipilih itu ke
tubuhnya di hadapan cermin. Lantas dia menayangkan pula pakaian itu di hadapan
Aakif. Aakif hanya menganggukkan kepalanya perlahan lalu memberikan senyuman
palsu. Jelas langsung tidak berminat.
Usai
melihat reaksi palsu dari tunangnya itu, Qistina segera melangkah masuk ke
dalam fitting room untuk mencuba.
Aakif ternganga seketika. Cis, berapa tahun lagi aku nak kena tunggu perempuan
ni? Aku ingatkan dia tak nak try dah tadi.
Buat penat aku senyum aje. Sempat lagi Aakif membebel sementara menunggu
tunangnya yang ternyata sudah lama bertapa di dalam fitting room itu. Masuk kali ni, entah berapa kali mulutnya
menguap. Beg – beg kertas yang berisi barang – barang yang diborong Qistina
tadi sudah diletakkan di atas lantai.
Lima
minit kemudian, Qistina membuka pintu fitting
room lalu memperagakan sehelai blouse
tanpa lengan betul – betul mengikut susuk tubuhnya yang ramping. Dipusing –
pusing sedikit badannya di hadapan Aakif. Biji mata Aakif yang macam nak
tersembul melihat rezeki di hadapannya cepat – cepat mengalih pandangan. Mak
ai, seksi betul bakal bini aku ni!
“
Macam mana? Cantik tak I?” Qistina
membetulkan sedikit blouse yang
dicubanya itu.
“
Kalau you rasa cantik, so cantik lah.” balas Aakif acuh tak
acuh.
“
You ni, I ajak you shopping sebab
I nak tahu pendapat you. Semua baju yang I try, you asyik bagi jawapan sama aje.” Qistina sudah memasamkan
wajahnya.
“
Ish you tak malu ke orang tengok you bising – bising ni? Ok ok baju tu
lawa sangat. Puas hati?”
“
I tak peduli, I nak pendapat yang ikhlas.” Balas Qistina tegas. Langsung tidak
berganjak dari tempatnya.
Aakif
sudah menayang muka menyampah. Lantas dia melepaskan keluhan berat. “ You ingat, I datang sini suka – suka ke nak bagi pendapat dekat setiap kedai
yang you masuk? Kalau tak sebab nenda
yang suruh I, you ingat I nak sangat
teman you ni? Buang masa I aje tau.” Aakif sudah membidas. Puas
hatinya tika itu.
“
Buang masa you cakap? Kenapa dengan you ni Aakif? I ni tunang you. You tak boleh buat macam ni. Mesti lah you yang kena temankan I.”
“
Oh, kalau I ni tunang you. I
nak kena dengar semua cakap you lah?”
“
Of course.” Balas Qistina dengan
bangganya.
“
Kalau macam tu, kita putus tunang.” Aakif membalas ringkas. Lantas dia mengatur
langkah laju meninggalkan Qistina yang sedang terpinga – pinga.
“
Aakif!!!” Qistina hanya mampu melaungkan nama jejaka tampan itu dari belakang.
Namun, kelibat Aakif hilang begitu sahaja di dalam kompleks beli – belah Times
Square itu. Qistina merengus geram. Sakit benar hatinya diperlakukan begitu. Tak
guna kau Aakif! Berani kau tinggal aku sorang – sorang macam ni.
***
Bibir Tengku Aakif Nawfal tersenyum
puas. Dia mengatur langkahnya laju meninggalkan kompleks beli – belah itu. Yes, Aku sudah bebas dari perempuan
plastik tu! Dalam hatinya teramat gembira sehinggakan dia rasa hendak memberitahu
semua orang yang dia sudah memutuskan tali pertunangannya. Yahoo! Freedommm!!
Baru
sahaja Aakif hendak melangkah ke arah pintu keluar kompleks beli – belah itu,
tiba – tiba dengan tak semena – mena dia terlanggar seorang perempuan muda yang
sedang bercakap dengan telefon bimbit. Tak pasal – pasal telefon bimbit itu
jatuh ke lantai dan berkecai. Aakif terperanjat lalu tolong mengutip bateri dan
telefon bimbit yang bertaburan di atas lantai lantas dia menghulurkan ke arah
gadis itu.
“
Sorry.” Aakif hanya berkata sepatah
kepada gadis yang sedang merenung lama ke arahnya.
“
Aakif kan? Hey kau buat apa dekat sini? Qis mana? Tadi dia call aku suruh datang dekat dia.” Aqilah atau nama manjanya, Qila
seorang teman baik Qistina merangkap teman sekelas Aakif sewaktu di universiti
dulu sudah menunjukkan wajah terkejut kepada lelaki itu.
“
Err kita kenal ke?” Seperti biasa pertanyaan yang sama akan lahir dari mulut
Aakif kepada orang yang tidak dikenalinya.
“
Mesti lah kita kenal. It’s ok. Qis
dah cerita dekat aku semuanya apa yang jadi. Jom, sekarang kita pergi jumpa Qis
dekat dalam.” Aqilah segera menarik lengan Aakif masuk ke dalam kompleks beli –
belah itu semula.
Huish
gila ke apa? Aku yang beria – ria nak chow
dari Qis tadi tiba – tiba nak masuk jumpa perempuan tu balik? No way, man! Tengku Aakif Nawfal segera
melepaskan lengannya dari gadis itu. Langkahnya dihentikan. Aqilah sedikit
terperanjat.
“
Buat pengetahuan kau, aku baru aje putuskan pertunangan aku dengan Qis tadi. So, aku dah bebas sekarang ni. Kalau kau
nak jumpa dia, kau jumpa dia sorang – sorang. Aku chow dulu. Assalamualaikum.” Sempat lagi Aakif memberi salam
sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan Aqilah yang jelas terperanjat
besar. Dah putus tunang?!
***
Wafa mengeluarkan semua pakaian –
pakaian lama arwah ibunya dari dalam sebuah bagasi yang sudah berhabuk setebal
2 inci itu. Dia menggayakan pakaian – pakaian zaman dahulu kala itu di hadapan
Mardiana. Mardiana hanya tersengih memandang gelagat teman baiknya itu.
“
Amacam kalau aku pakai baju dan seluar ni esok?” Wafa segera menyarungkan
pakaian yang dipilih ke tubuhnya itu.
Mardiana
meneliti dari atas hingga bawah penampilan yang akan digayakan oleh Wafa esok
hari. “ Kau serius ke Wafa nak pakai macam ni?”
“
Yup, kalau dengan cara ni sahaja aku
dapat hancurkan rancangan maklong aku, why
not?” Wafa sudah tersengih.
“
Bukan kau cakap kau nak buat – buat sawan ke tengah orang ramai nanti?”
“
Tu kau yang cakap, bukan aku yang cakap ok?” Wafa menjegilkan sedikit biji
matanya.
Mardiana
ketawa besar. “ Kau ni memang gila lah Wafa. Tapi kan, Khairul tu bukan dah
kenal ke kau macam mana sebenarnya? Boleh ke dia percaya lakonan kau tu nanti?”
“
Khairul memang lah dah kenal aku tapi mak bapak dia mana kenal aku lagi. Aku
nak tunjuk depan mak bapak dia la ni. Mudah – mudahan mak bapak dia reject lah aku nanti. Amin. Hahaha.”
Wafa menyambung tawanya lagi.
Mardiana
hanya menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum kecil. “ Wafa.. Wafa..
Kalau tak sebab projek company aku tu
ada masalah, memang dah lama aku ikut kau balik kampung tau.”
“
Tak apa Mar. Kalau kau ikut aku, aku risau aku tak jadi berlakon kang. Mana
tidaknya, dengar kau gelak pun dah berkilo – kilo nanti macam mana aku nak
fokus kan?” Wafa tersengih.
“
Betul jugak kan. Kalau macam tu, esok aku tolong solekkan muka kau je lah bagi
lawa ya?”
“
Bagi lawak tau bukan bagi lawa.” Serentak mereka ketawa bersama. Puas hati Wafa
apabila melihat pakaian dan prop yang akan diguna pakai esok hari sudah
tersusun kemas di atas katil bagi melancarkan misinya.
***
Tengku Aakif Nawfal mematikan enjin
kereta BMW seriesnya yang berwarna hitam berkilat di perkarangan banglo milik
keluarganya. Dengan hati yang begitu lapang dan perasaan yang begitu tenang,
dia terus menuju ke arah nendanya yang sedang menanam pokok bunga orkid di
laman rumah besar itu. Lantas dia memeluk erat bahu wanita yang sudah lebih
separuh abad itu.
“
Nenda buat apa ni?” tanya Aakif mesra.
“
Hai tak kan sampai tak boleh nampak apa yang nenda tengah buat sekarang ni?”
balas Puan Sri Tengku Sakinah dengan nada sindiran.
Aakif
sudah mengesyaki sesuatu. Alamak, dia dah tahu ke aku dah putuskan pertunangan
dengan Qis? Lain macam je bunyi suara nenda ni. Namun belum sempat Aakif
membalas, Puan Sri Tengku Sakinah sudah meletakkan perkakas menanamnya di atas
meja. Wanita itu segera bangun dari kerusi.
“
Aakif tahu kan apa yang Aakif dah buat hari ni?”
“
Aakif buat apa nenda?” Tengku Aakif Nawfal sudah dapat menangkap maksud Puan
Sri Tengku Sakinah. Sah perempuan ni dah mengadu!
“
Mari kita masuk dulu. Nenda ada hal nak tanya sikit.” Puan Sri Tengku Sakinah
segera mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Aakif hanya menuruti langkah
wanita itu dari belakang.
Sampai
di ruang tamu, Puan Sri Tengku Sakinah duduk tempat biasanya di atas sofa.
Tengku Aakif Nawfal pula mengambil tempat
berhadapan Puan Nafeesah dan Tengku Muaz yang turut berada di situ.
Suasana tika itu dirasakan semakin tegang apabila semua mata tepat menghala ke
arahnya. Hilang sudah rasa perasaan bebasnya tadi.
“
Betul ke Aakif dah putuskan pertunangan dengan Qis tadi?” Puan Nafeesah memecah
sunyi.
Aakif
teragak – agak untuk memberikan jawapan apabila menyedari biji mata nendanya
yang tiba – tiba bertukar warna seperti memakai contact lense warna merah. Jelas menunjukkan hatinya sedang
membara. Mahu tak mahu, Aakif terpaksa menganggukkan kepalanya perlahan.
“
Betul ma.” balas Aakif perlahan.
“
Tapi kenapa Kif?” Tengku Muaz pula menyampuk. Sengaja berpura – pura tidak puas
hati dengan keputusan anaknya itu
“
Sebab Aakif rimas dengan dia, pa. Aakif tahu Aakif tak pernah cintakan Qis
selama ni.”
“
Macam mana Aakif tahu pulak? Aakif kan tak ingat apa – apa lagi sekarang.” Puan
Nafeesah menayang wajah pelik.
“
Memang lah Aakif tak ingat apa – apa sekarang ni tapi Aakif dapat rasakan yang
selama ni Aakif tak pernah sukakan Qistina pun. Sejak dari hari tu Aakif tengok
dia, Aakif langsung tak berkenan dengan dia. Tiba – tiba pulak papa bagitau
yang Qis tu tunang Aakif. Ok sejak
dari tu Aakif try nak bergaul dengan
dia as tunang but at last jadi macam ni.” jelas Aakif satu persatu.
“
Tapi Aakif tetap tak boleh buat Qistina macam tu. Kasihan dia.” Puan Nafeesah
separuh memujuk.
“
Tak apa lah Kif. Apa sahaja keputusan kamu, kami tetap sokong.” Tengku Muaz
pula menyampuk.
“
No. Aakif tetap akan kahwin dengan
Qistina.” Belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah sudah membidas
kata – kata dari Tengku Muaz.
Semua
mata yang berada di situ serta – merta beralih ke arah wanita itu. Kesemuanya
terperanjat. Terutama sekali Tengku Aakif Nawfal. “ Apa nenda cakap ni?” Aakif
mula tidak puas hati.
“
Nenda cakap, Aakif tetap kena kahwin dengan Qis. Kamu berdua akan nikah minggu
depan.” Balas Puan Sri Tengku Sakinah tegas.
“
Aakif tak nak! Apa nak jadi pun jadi lah. Aakif tak kan kahwin dengan perempuan
tu.” Tengku Aakif Nawfal mula meninggikan suaranya.
“
Kenapa Kif? Kamu kena ingat jodoh kamu bukan kamu yang tentukan sendiri. Tapi
kami yang tentukan, paham?” Puan Sri Tengku Sakinah masih tidak mahu mengalah.
“
Nenda, jodoh Aakif Allah yang tentukan dan Aakif yakin sangat Qistina bukan
dicipta untuk Aakif.” Balas Aakif lagi. Kali ini lebih rendah suaranya.
“
Habis tu siapa yang diciptakan untuk Aakif?” perli Puan Sri Tengku Sakinah.
“
Betul tu Kif. Aakif ada berkenan dengan perempuan lain ke?” sampuk Puan
Nafeesah pula.
Tengku
Aakif Nawfal sudah menarik nafas dalam. Matanya melirik ke arah Tengku Muaz
yang sudah menjongketkan bahu sambil tersengih. Alamak, aku ada suka orang lain
ke? Apa aku nak jawab pulak ni? Tika itu juga, bayangan dalam otaknya berlegar
– legar dengan wajah Wafa Amani. Eh, tak kan aku nak cakap aku suka minah ni
kot! Namun, belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah menyambung
lagi.
“
Perempuan mana pun yang kamu suka Aakif, nenda tak nak ambil tahu. Yang nenda
tahu mulai minggu depan, Aakif kena lupakan perempuan – perempuan tu semua.
Nenda tetap akan kahwinkan Aakif dengan Qistina. Muktamad!” Puan Sri Tengku
Sakinah memberi arahan tegas lantas meninggalkan ruang hangat itu.
Tengku
Aakif Nawfal memandang tajam kelibat nendanya yang terkenal dengan sifat
diktator di dalam rumah argam itu. Sungguh hatinya kini ingin mengadakan
pemberontakkan secara besar – besaran. Tak adil langsung arahan yang diberikan oleh
nenda. Tapi tak apa, aku akan cari jalan jugak. Yang pasti, aku tak kan kahwin
dengan Qistina!
***
Tengah malam itu, Aakif masih belum
lagi mampu memejamkan matanya untuk lena. Sekejap – sekejap tubuhnya dipusing
ke kiri. Lepas tu, ke kanan pula. Akhirnya, dia menelentangkan badannya sambil
matanya melihat syiling. Dalam kepala otaknya ligat memikirkan cara untuk
mengelakkan dari dirinya dikahwin dengan Qistina. Sebentar kemudian, dia
melepaskan keluhan berat.
Ni
kalau dekat rumah Wafa, boleh jugak aku tengok kipas berpusing. Tak lah boring sangat tengok syiling kosong
macam ni. Ngomel Aakif perlahan. Tiba – tiba kedengaran bunyi nada dering
panggilan dari telefon bimbitnya. Dengan perasaan yang begitu lemah, Aakif
mencapai telefon bimbitnya di atas meja kecil di sebelah katil lalu dia menekan
butang call.
“
Assalamualaikum.” Aakif memberi salam kepada nombor pemanggil yang tidak
dikenalinya itu.
“
Waalaikumusssalam, aku ni Mardiana.” Kedengaran suara Mardiana dari corong
telefon bimbitnya. Sejak – sejak hubungannya dengan Shafiq sudah baik,
panggilannya mula berubah menjadi aku – kau dengan lelaki lain. Setia lah
katakan.
“ Eh, mana kau
dapat nombor aku ni? Kenapa pulak call
tiba – tiba malam – malam buta ni?”
“ Waiz yang bagi nombor kau. Aku cuma nak
tanya kau dah fikir masak – masak ke belum? Aku bukan apa, aku harap sangat kau
boleh tolong Wafa.”
“ Aku bukan tak
nak tolong, tapi berdosa tau menipu orang macam tu. Suruh aje Wafa berterus –
terang yang dia tak mahu kahwin. Habis cerita.”
“ Senang kau cakap
kan? Cuba kau fikir berapa banyak dah Wafa tolong kau dulu. Aku bukan nak
mengungkit tapi aku tahu walaupun aku tengok muka Wafa tu macam tak ada masalah
tapi hati dia sakit sangat. Dia tak setabah tu. Waiz pernah cerita kat aku,
waktu mula – mula dia bawak kau balik rumah dengan darah berlumuran di dahi,
dia lah orang yang paling risau. Selama aku kenal dia aku tak pernah tengok dia
menangis, tapi malam itu juga dia menangis sebab kau. Walaupun doktor cakap kau
hilang ingatan bukan sebab kemalangan, tapi dia tetap bagi darah dia untuk
selamatkan kau. Kau fikir lah elok – elok eh. Masih ada masa tak kurang 12 jam
aje lagi. Assalamualaikum.” Usai selesai memberikan ceramah bebas, Mardiana
segera mematikan panggilan telefonnya. Dalam hatinya amat berdoa agar pintu
hati Aakif terbuka untuk menolong Wafa.
Tengku Aakif
Nawfal terkejut besar bila mendengar bait – bait ayat terakhir dari Mardiana.
Matanya masih merenung skrin telefon bimbit ditangannya itu. Wafa yang derma
darah untuk aku? Bermakna aku selama ni aku hidup sebab Wafa? So, darah yang mengalir dalam badan aku
ni campuran darah Wafa? Kenapa aku langsung tak tahu selama ni? Bertubi – tubi
soalan yang muncul di benaknya tika itu. Seperti sukar untuk mempercayai
kenyataan yang baru didengarinya tadi.
harap - harap lah akif tolong wafa nanti..
ReplyDeleteye shila..akif sudah bantu wafa di bab seterusnya..teruskan membaca ye..tanks =)
DeleteSalam dan Selamat Tahun Baru. Kenapa nenek Akif beria nak kahwinnya dengan Qistina tu? Takkan buta mata hati sebagai orang tua melihat perangai Qistina tu, kalau diberi pilihan harta dengan mengahwini Qistina atau sebaliknya, keluarlah dari rumah tu Akif pergilah pada Wafa. Lagipun bukankah Qistina dan sepupunya ada perancangan nak singkirkan Akif. Bantulah Wafa walaupun olok-olok Akif tetapi mungkin mampu membuka pinti hati kalian berdua...cehhhh...
ReplyDeleteWaalaikumussalam..slmt tahun baru juga =)ye nenek akif memang buta sebab harta pun..tapi dia taklah sebuta yang disangka..
DeleteMAKIN BEST...
ReplyDeleteberbaloi akk rekemenkan citer ni kat Bos KS...
wah akak ke yg rekemenkan cite sy ni kat KS??
Deletetenkiu so much kak!
terima ksh sgt sbb sudi baca n suka cite ni.. =)
baru padan dengan qistina,mengetik jak..nice story
ReplyDeletebaru padan dengan qistina,mengetik jak..nice story
ReplyDelete