Followers

Saturday, 12 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 19 ~


Hari ini genap dua minggu di mana hari pernikahan mereka tiba. Hanna sungguh tidak menyangka bahawa anak mak cik Liza yang akan bernikah dengannya petang nanti. Patut lah mak aku sibuk sangat dok suruh aku melawat mak cik Liza ni kat hospital. Meskipun dia tak pernah tak kenal siapa anak lelaki mak cik Liza tu tapi dia yakin bakal suaminya itu mesti baik budiman orangnya seperti ibunya juga.
            “ Cantiknya menantu mama ni. Ops, bakal menantu mama! Baru bertunang. Hehe lepas nikah petang ni, Hanna tak boleh panggil untie dah tau. Lepas ni panggil mama ye.” Kata Datin Haliza lalu menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Hanna. Cantik! Amat padan tersarung di jarinya. Kemudian, Datin Haliza mengucup dahi bakal menantunya itu.
            “ Mama, tepi lah sikit. Yana nak tengok jugak wajah bakal kakak ipar Yana ni.” Yana yang baru balik dari overseas semata – mata untuk menghadiri majlis perkahwinan abangnya itu menyelak sedikit langsir di pintu bilik Hanna.
            “ Wow, untung lah abang Fan kalau macam ni. Yana ingat Yana pun nak kahwin dengan pilihan mama lah nanti. Mesti mama carikan yang hensem – hensem kan untuk Yana nanti.” Gurau Yana separuh berbisik ke telinga mamanya itu. Datin Haliza mencubit lengan anak daranya itu.
            “ Tu ha Hazim adik lelaki Hanna tu mama nak jodoh kan dengan Yana nak tak? Hensem tau.” Usik Datin Haliza.
            “ Ish mama ni. Kan budak – budak lagi tu. Sekolah pun tak habis lagi mama nak jodohkan ngan Yana pulak. Orang yang berjenis sikit tak ada ke ma?” Yana menjeling manja kepada ibunya.
            Hazim berpura – pura tak mendengari perbualan mereka dan terus melayari internet dengan komputer di ruang tamu rumahnya. Boleh pulak depa mengata aku kat sini. Ni kalau ada laptop ni aku tak online dah kat ruang tamu ni. Nak pinjam laptop Kak Ana pulak siapa je yang tak kenal dengan perangai kedekut dia tu. Barang – barang dia jangan harap lah dapat usik sikit pun.
            “ Amboi, gatalnya nak kahwin. Belajar pun tak habis lagi tau. Sibuk nak suruh orang cari jodoh kat dia pulak.”
            “ Ala ma, apa salahnya kita hanya merancang kan? Em Abang Am tak balik sini lagi ke ma? Tak kan dia tak nak tengok adik dia kahwin kot.” Tanya Yana.
            “ Mama dah bagi tau dah kat dia tapi entah lah. Kalau dia balik, dia datang lah nanti. Kalau tak balik nak buat macam mana kan.” Sayu hati Datin Haliza bila mengingatkan perihal anak sulungnya itu.
            “ Sabar lah ma. Kita doa lah supaya dia balik nanti ye. Em Yana masuk bilik jumpa Kak Hanna kejap tau ma. Dari balik hari tu, Yana tak pernah bertegur dengan dia lagi.” Yana menepuk perlahan bahu mamanya dan menuju ke bilik Hanna. Datin Haliza hanya mengangguk tanda membenarkan.
            Yana memberi salam dan melangkah masuk ke bilik Hanna yang sudah dihias cantik untuk hari persandingannya nanti. Yana mengambil tempat di sebelah Hanna di atas  katil. Dia meneliti tubuh Hanna dari atas hingga bawah. Hanna semakin pelik bila melihat reaksi bakal adik iparnya itu.
            “ Em biasa je. Kak Sazzy lagi putih rasanya. Tapi kenapa Abang Fan setuju nak kahwin ngan Kak Ana ye?” tanya Yana sambil memandang muka bakal kakak iparnya itu.
            Belum sempat Hanna menjawab, kedengaran Datin Haliza memanggil anak daranya itu dari dapur. “ We will continue later.” Yana sempat berpesan kepada Hanna sebelum meninggalkan bilik itu.
             Budak ni macam tak suka aku je. Nak sakitkan hati aku ke apa tadi tu? Wait! Abang Fan? Oh, bermakna nama suami aku nanti mesti ada perkataan Fan. Tapi apa nama penuh dia eh? Tak kan Kafan pulak. Shahfan maybe? Ah, tak sedap lah nama tu. Arfan kot. Ha ni nampak macam logik sikit tapi susah nak cari orang nama Arfan ni. Kalau Irfan banyak lah. Hah Irfan?? No no no.. tak mungkin kasanova bajet tu. Kalau betul pun bukan dia sorang je nama Irfan dalam dunia ni. Bawak bertenang ye Hanna.
            Selesai sudah solat Jumaat hari tu, Hanna bersiap untuk majlis akad nikah lepas Asar nanti. Dia hanya berbaju kurung putih yang disulami dengan bunga berwarna kuning cair. Dikenakan pula dengan tudung bawal kuning cair untuk menutupi mahkota dirinya itu. Dengan hanya solekan yang nipis dari sentuhan tangan Lisa dan Ain, Hanna tampak begitu ayu dan menawan sekali.
            “ Wah, cantiknya member aku sorang ni. Tak sangka kau nak kahwin dah kan Hanna? Kan betul tekaan aku, kau kahwin dulu. Tapi kan, aku memang tabik lah dengan kau weh. Sampai sekarang kau boleh tak tahu siapa bakal suami kau tu kan. Kalau aku kat tempat kau, aku mesti pasti kan dia hensem dengan kaya dulu tau. Hahaha.” Gurau Lisa.
            Ain dan Hanna hanya tersenyum mendengar gurauan dari Lisa itu. “ Kau memang lah mata duitan. Memang kasihan lah bakal suami kau nanti.” Jawab Ain.
            “ Aku bukan tak nak tau semua tu Lisa, tapi aku dah malas nak memilih. Korang sendiri boleh tengok kan, semua pilihan aku ada je yang tak kena. Aku dah fed up korang tau tak. Aku dah terlampau kecewa. Sebab tu aku terima je apa yang ada sekarang ni.” Jawab Hanna dengan matanya yang mula berlinangan air.
            “ Shh..shh.. dah la tu Hanna. Kang rosak make up yang kitorang buat ni nanti. Allah menarik setiap anugerah yang Dia bagi sebab Dia nak kurniakan anugerah yang lebih baik dari tu. Kau banyak – banyak bersabar lah tau Hanna.” Ain menyeka air mata Hanna lalu memeluk sahabatnya itu. Lisa juga begitu.
            “ Ish budak – budak ni sudah – sudah la tu nanti kedut baju Hanna tu kang. Buat drama pulak hangpa ni na?” bebel Puan Normah apabila masuk ke bilik Hanna. Mereka meleraikan pelukan dan ketawa.
            Bunyi deruman enjin kereta menandakan pihak pengantin sudah pun sampai. Hanna duduk di birai katil di dalam biliknya dengan ditemani oleh kedua sahabatnya itu. Aida tak boleh datang ke majlis Hanna disebabkan oleh urusan clientnya. Berdebar – debarnya hati aku ni. Macam nak luruh jantung aku dah ni. Mesti lelaki tu dah bersila depan abah dah ni. Maklum lah abah yang akan nikah kan aku nanti. Betul ke apa yang aku buat ni Ya Allah? Lepas ni memang aku tak kan berpatah balik dah. Hanna memegang tangan Ain seeratnya seperti tidak mahu lepas.
            “ Eh Hanna, hensem gila lah laki kau. Tampan, macho, kacak semua cukup lah. Terbaik dari ladang tau.” Lisa yang sedang mengintai ke ruang tamu dari bilik Hanna menayangkan ibu jarinya kepada temannya itu.
            “ Kau ni Lisa, orang tengah cuak kau boleh pulak bergembira. Tepi sikit, meh aku intai pulak.” Ain pula mengambil alih tempat Lisa.
            Hanna hanya tersenyum tawar melihat telatah teman – temannya itu. Dalam hatinya rasa macam nak lari rumah pun ada. Kenapa lah aku rasa takut sangat ni macam ada benda buruk je nak berlaku. Saat itu gegendang telinganya sudah mendengar Encik Hasyim memulakan akad nikah.
            “ Irfan Haris bin Iskandar, aku nikahkan dikau dengan puteriku Hanna Nadira binti Hasyim dengan  mas kahwinnya 1500 ringgit tunai.”
            “ Aku terima nikahnya Hanna Nadira binti Hasyim dengan mas kahwinnya 1500 ringgit tunai.” Jawab Irfan sekali nafas yang jelas dan terang.
            Selesai sudah majlis ijab dan qabul, kini Irfan Haris sudah sah menjadi suami kepada Hanna. Majlis membatalkan air sembahyang pun bermula apabila Irfan menyarungkan cincin ke jari runcing Hanna. Hanna menghulurkan jarinya dengan rela untuk disarungkan cincin pernikahannya. Hanna kemudiannya mencium tangan lelaki yang kini sah menjadi suaminya. Irfan pula mencium dahi Hanna yang dibencinya itu. Ah, semuanya sandiwara depan keluarga! Bentak hati Irfan. Tika itu, Hanna mendongak sedikit untuk melihat wajah suaminya itu. Terbeliak biji matanya melihat lelaki yang berdiri di hadapannya kini. Irfan pula hanya tersenyum sinis melihat reaksi Hanna. Eleh, pura – pura terkejut pulak minah ni tengok aku.
            Irfan Haris? Ya Allah, adakah lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku kini? Ah, tidak! Ini semua tak benar. Semuanya tipu! Kenapa mesti kasanova tu? Aku tak nak!!! Mak tolong Ana mak. Orang tak sanggup. Tiba – tiba pandangan Hanna menjadi kelam dan kepala otaknya seperti berpusing – pusing kepeningan. Badannya serta – merta lemah dan terkulai di atas katil. Hanna akhirnya pitam pada hari pernikahannya.
            Ahli keluarga dan sahabat terdekat yang menyaksikan peristiwa itu terkejut lalu memanggil – manggil nama Hanna yang tak sedarkan diri. Akhirnya dalam keadaan kelam – kabut, Hanna dibiarkan berehat di dalam biliknya mungkin kerana keletihan tak cukup tidur. Maklum lah orang yang nak nikah mana lah lena nak tidur malam. Saudara – mara yang hadir sudah pun beransur pulang. Manakala Irfan bersama – sama mama dan adiknya itu beredar ke ruang tamu. Hanna hanya ditemani oleh kedua temannya.
            “ Apa Irfan dah buat ni sampai Hanna pengsan tengok muka Irfan tu ha?” Datin Haliza menampar perlahan bahu sasa Irfan dan separuh berbisik ke telinga anaknya itu. Dari tadi tak habis – habis lagi leteran dihadiahkan untuk anak terunanya itu.
            “ Ish sakit lah ma. Mama ni macam gangster lah suka pukul orang.” Irfan menggosok – gosok bahunya yang ditampar tadi.
            “ Jawab cepat soalan mama tadi. Macam mana pulak Hanna boleh pengsan?”
            “ Mana lah Irfan tahu ma. Irfan baru kiss sikit je dahi dia tadi. Tak sentuh lebih – lebih pun. Tahu – tahu je pengsan. Bukan salah Irfan.” Selamba je Irfan menjawab.
            “ Ish budak ni orang tanya main – main pulak dia.” Sebuah cubitan pula hinggap di lengan Irfan. Irfan menggosok – gosok lengannya pulak. Yana yang dari tadi menyaksikan telatah mama dan abangnya itu sudah ketawa kecil.
            “ Apa gelak – gelak ha?” marah Irfan kepada adiknya itu.
            “ Eleh, bukan gelak kat abang Fan pun. Perah santan betul. Buekk!” Yana menjelirkan lidahnya.
            “ Kita nak balik Penang pukul berapa malam ni ma?” Irfan menukar topik sebab malas nak layan adiknya tu.
            “ Kita? Eh abang Fan lupa ke yang abang tu dah jadi suami orang? Tak kan nak duduk bawah ketiak mama lagi kot, betul tak ma?” Yana menyakat abangnya itu sambil tersengih.
            “ Betul tu Irfan. Mula – mula tu memang lah mama ingat nak bawak Irfan balik Penang sekali sebab senang sikit nak bersiap untuk persandingan esok tapi disebabkan Hanna jatuh sakit, Irfan kena jaga dia lah malam ni. Esok pagi – pagi mama suruh Pak Kamal ambik Irfan kat sini.”
            “ Tidur sini? Tak nak lah ma. Lagipun Hanna tu bukan sakit pun ma. Dia pengsan je nanti dia sedar lah tu.” Bantah Irfan dengan mencuka kan mukanya itu.
            “ Hish budak ni nasib baik mak ayah dia tak dengar tau. Irfan tolong jaga sikit bahasa tu. Dah jadi suami orang pun tak reti – reti lagi ke? Mama tak peduli. Irfan tidur jugak sini. Kalau tak, balik Johor nanti mama sandingkan Irfan nak? Siap mama jemput semua rakyat Johor dengan Singapore nanti.” Ugut Datin Haliza.
            “ Ye lah mama ni mana aci main ugut – ugut pulak.” Irfan mengaku kalah. Sempat lagi dia menarik muka masam.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?