Sampai di kawasan KPJ Specialist Hospital, Hanna memarkir
keretanya di tempat letak kereta pelawat. Hanna mengambil buah tembikai yang
hendak dihadiahkan itu untuk dibawa keluar. Sempat juga dia melihat penampilan
dirinya di cermin pandang belakang keretanya.
Amboi,
selekeh gila muka aku ni. Tudung dah tak macam tudung dah aku pakai ni. Ni yang
leceh pakai tudung bawal ni. Walaupun
Makcik Liza tu perempuan, aku tetap kena jaga penampilan. Baru lah
mencerminkan anak Puan Normah ni cun. Ah, tukar tudung kejap lah. Hanna
mencapai beg bajunya lalu menyarungkan tudung Arini yang dibawanya. Ha kalau
pakai tudung ni, angin kuat macam mana pun tak kan kemek tudung aku. Hahaha.
Lagi satu,
aku tak boleh bawak tembikai gedabak ni macam tu je. So, untuk mengelakkan orang kenal aku, apa kata aku pakai cermin
mata gelap ni. Baru lah orang tak nampak siapa aku. Hahaha cerdik betul aku ni.
Hanna
mencapai cermin mata hitamnya yang selama ni hanya dijadikan hiasan di dalam
keretanya. Dia mengenakan cermin mata itu lalu mengambil buah tembikai di
tempat duduk sebelahnya. Amboi, berat jugak tembikai ni. Untung lah Makcik Liza
sekeluarga nanti. Mesti sampai bila – bila diorang ingat anak dara Puan Normah
ni.
Setelah
mengetahui nombor bilik kawan ibunya itu, dia terus menuju ke bilik tersebut
sambil matanya melilau mencari nombor bilik yang hendak ditujunya.
Apasal lah
semua orang dok tengok – tengok aku ni. Tak kan tak pernah nampak orang bawak
buah tembikai kot. Nasib baik aku pakai spek hitam kalau tak mesti ada yang
tangkap gambar aku lepas tu upload
kat facebook. Huish, malu aku nanti.
Alamak, mana bilik Makcik Liza ni? Aku dah tak tahan jadi tontonan umum ni. Ha,
dah jumpa pun.
Sampainya
Hanna di hadapan pintu bilik Makcik Liza, dia terpandang perkataan ‘V.I.P
room’. Kaya jugak kawan mak aku ni siap duduk dalam V.I.P room lagi. Hanna mengetuk perlahan pintu bilik itu, lalu
membukanya.
“
Assalamualaikum.” Hanna memberi salam kepada penghuni bilik itu sambil matanya
melilau mencari kelibat kawan ibunya di sekitar bilik itu.
“ Eh, betul
lah nombor bilik ni tapi kenapa tak ada orang pulak?” Hanna tidak berani masuk
ke bilik yang tiada penghuninya.
Tiba – tiba
bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang separuh abad umurnya. “ Cik cari
siapa?” tanya lelaki itu.
“
Astaghfirullahalazim, terkejut saya pakcik. Oh, saya nak cari kawan mak saya.
Nama dia Haliza binti Hamdan. Tadi nurse
cakap ni nombor bilik kawan mak saya tu.”
“ Oh, si
Haliza tu ye. Pakcik kenal dia. Cik masuk dulu tunggu kat dalam bilik ni ye.
Nanti saya panggilkan Puan Haliza tu ye.”
“ Baiklah,
terima kasih pakcik.” Balas Hanna sambil membawa tembikainya masuk ke dalam
bilik Datin Haliza.
Siapa pulak
budak perempuan tu ye? Ni mesti bukan anak sahabat aku dekat – dekat sini.
Kalau tak, tak mungkin lah dia tak kenal aku ni suami Haliza tu. Pelik betul
budak tu dah la pakai spek hitam dalam hospital pulak tu.
“ Liza,
sudah – sudah la tu main dengan budak – budak ni. Tak kan awak teringin nak
anak lagi kot? Saya on aje.” Datuk
Iskandar tersengih melihat gelagat isterinya itu.
“ Abang
merepek apa ni? Saya ni teringin nak cucu tau. Dulu baru je cucu saya lahir Am
dah bawak dia lari sampai ke mana entah sampai sekarang saya tak tahu apa
khabar cucu saya tu tau. Silap – silap budak tu tak tahu pun dia ada nenek ngan
datuk.”
“ Awak mula
lah tu nak buat drama kan. Ni tadi ada orang cari awak kat bilik. Dia tunggu
lama dah tu. Jom lah tengok.”
“ Eh siapa
bang? Laki ke perempuan?” tanya Datin Haliza.
“ Perempuan
muda rasanya. Dia cakap dia nak jumpa awak.” Datuk Iskandar memimpin tangan
isterinya ke bilik pesakit.
Sampainya
mereka di bilik rawatan Datin Haliza, mereka memandang pelik ke arah Hanna yang
masih dengan kaca mata hitamnya. Hanna lantas bangun menyalami tangan Datin
Haliza. “ Makcik, saya Hanna Nadira anak
kepada Puan Normah. Mak saya yang suruh saya datang..” Belum sempat Hanna
menghabiskan kata – katanya, Datin Haliza terus memeluk Hanna.
Hanna
tergamam dengan tindakan sahabat ibunya itu tetapi dia tetap membalas pelukan
Datin Haliza.
“ Ya Allah
Ana, untie dah lama sangat nak jumpa
Ana tau. Akhirnya, Allah makbulkan doa untie
ni.”
“ Tapi
macam mana untie kenal Ana pulak ni?”
Hanna pelik dengan kata – kata sahabat ibunya itu.
Alamak, aku
terlepas cakap lah pulak. “ Em mak Ana lah selalu cerita pasal Ana dekat untie sejak dari Ana lahir lagi tau. So, untie teringin sangat lah nak
tengok macam mana rupa anak kawan untie
ni.” Datin Haliza mereka alasan.
“ Oh, patut
lah mak semangat sangat suruh Ana melawat untie
ni. Untie macam mana sekarang?
Sihat?” tanya Hanna sambil melihat Datin Haliza dari atas ke bawah.
“ Untie sihat Alhamdulillah. Ni untie kenalkan suami untie. Panggil uncle je lah kat dia.” Datin Haliza memperkenalkan suaminya yang
dari tadi hanya menyaksikan perbualan mereka.
“ Eh, ni
pakcik yang tadi tu kan. Kenapa uncle
tak bagi tau Ana yang uncle ni suami
untie?”
“ Uncle saje je nak tengok sama ada Ana
kenal uncle ke tak. Tapi ternyata
memang Ana tak kenal uncle lah ye.”
Datuk Iskandar tersenyum ke arah Ana.
“ Kenapa
Ana pakai kaca mata hitam dalam bilik ni? Ana menyorok dari seseorang ke?”
tanya Datin Haliza yang dari tadi tengok Hanna yang masih tidak menanggalkan
kaca matanya itu.
Alamak,
terlupa la pulak nak bukak spek ni. Buat malu betul lah. “ Oh, Ana nak
tanggalkan lah ni. Tadi Ana pakai time on
the way dari Putrajaya lepas tu terlupa pulak nak tanggalkan.” Ana membuka
kaca matanya itu lalu disangkutkan dibajunya.
“ Oh, patut
lah. Cantiknya Ana. Tadi untie tak
perasan sangat bila Ana pakai spek hitam tu. Sekarang ni baru untie dapat lihat wajah ayu Ana ni.”
“ Ish untie ni mana ada cantiklah. Ana biasa
je macam perempuan lain jugak.” Balas Hanna tersipu.
“ Betul
lah. Dah untie puji ni sebab Ana
betul – betul cantik tau. Em mak Ana bagi tau Ana dapat offer kerja kat sini. Kerja apa Ana?” Datin Haliza berpura – pura tanya.
“ Oh, Ana
dapat offer jadi property management dekat hotel. Esok Ana dah mula start kerja untie.”
“ Bagus lah
macam tu. Ana tinggal dengan siapa kat sini? Kalau tak ada tempat tinggal lagi,
Ana boleh duduk dengan untie. Betul
tak bang? Datin Haliza memandang ke arah suaminya.
Datuk
Iskandar mengangguk tanda bersetuju. Bini aku ni mula lah tu nak buat agenda
dia. Nasib baik budak ni nampak baik je orangnya. Memang sesuai pun dijadikan
menantu. Sejuk hati memandang.
“ Eh, tak apa
lah untie. Hanna dah janji nak duduk
dengan kawan Ana kat sini. Lepas ni Ana nak pergi rumah dia lah.” Alahai,
baiknya kawan mak aku ni. Peramah pulak tu.
“ Ala tak apa
lah kalau macam tu. Untie ingat baru
nak hilangkan kesunyian kat rumah tu sebab anak perempuuan untie belajar kat overseas.
Untie tak ada kawan lah kat rumah.”
Rengek Datin Haliza persis anak kecil minta susu dari ibunya.
“ Oh ye ke untie. Tak apa lah nanti bila Ana cuti,
Ana datang rumah untie ye. Untie jangan lah sedih ye.” Pujuk Hanna.
“ Betul ni?
Ana datang ye rumah untie bila free nanti.”
“ Ye Ana
janji. Untie, Ana rasa Ana mintak
diri dulu la ye. Ana pun dah lama kat sini.”
“ Ala Ana
nak balik dah ke? Cepatnya.” Datin Haliza berkata dalam nada berat hati.
“ Tak apa
lah untie. Nanti kan Ana nak datang
jumpa untie lagi. Ana balik dulu ye.
Salam untie. Ha lupa pulak, Ana ada
bawak tembikai tadi untuk untie.
Nanti untie makan lah sekeluarga ye.
Ana balik dulu untie, uncle.”
Usai
bersalaman, Hanna memakai semula kaca mata gelapnya sebelum membuka pintu. Dia
memulas tombol pintu dan terus melangkah keluar setelah memandang kiri dan
kanannya. Harap – harap tak ada orang cam aku lah. Ish malu betul lah aku hari
ni dengan rakyat Johor.
Eh makcik
mana pulak yang keluar dari bilik mama aku ni? Siap dengan spek hitam lagi.
Barangkali buat direct selling kot.
Lepas tu bila dah malu orang halau, mula lah nak tutup muka dengan spek hitam
tu.
Irfan
memulas tombol pintu sebaik sahaja sampai di bilik mamanya. “ Assalamualaikum
ma, pa.” Irfan memberi salam dan terus masuk ke bilik Datin Haliza.
“
Waalaikumussalam Irfan. Lambatnya Irfan datang. Mama baru nak kenalkan Irfan
dengan PM kita yang baru tadi.” Ujar Datin Haliza.
“ PM baru?
Perempuan yang baru keluar dari bilik mama tadi tu ke?” Irfan menayang muka
terkejut.
“ Ye lah.
Dia baru je balik tadi. Irfan dah tengok ke budak tu?” sampuk Datuk Iskandar
pula.
“ Tak kan
perempuan tu kot pa. Macam makcik direct
selling je Irfan tengok tadi. Dengan tudung sarung dia tu lagi. Lepas tu
boleh pulak pakai spek hitam kat dalam hospital ni.” Bantah Irfan.
“ Amboi –
amboi sedapnya mulut tu cakap. Ni mesti Irfan tak tengok muka dia lagi kan. Apa
salahnya dia pakai macam tu pun. Comel je gelagat dia mama tengok.” Datin
Haliza tak habis – habis memuji Hanna.
“ Ala kalau
pilihan mama, semuanya yang terbaik kan. Siapa lah Irfan ni nak membantah.”
Irfan masih lagi menunjukkan perasaan tidak puas hatinya.
“ Tahu tak apa
Irfan. Syurga Irfan kan di bawah tapak kaki mama.” Datin Haliza memberikan
senyuman kepada anak terunanya itu.
“ Apa – apa
je lah ma. Em mama macam mana hari ni? Doktor cakap bila mama boleh keluar
hospital pa?” Irfan bertanya pada papanya.
“ Mama
Irfan tu mesti lah dah sihat sebab tu boleh je dia bertekak dengan Irfan tadi.
Petang ni boleh keluar dah. Elok lah Irfan datang pun, boleh lah tolong kemas
sikit barang mama kamu ni.” Jawab Datuk Iskandar.
Irfan mengangguk lalu mengambil bekas bubur
yang digunakan oleh Datin Haliza pagi tadi untuk dibasuh. Eh, besarnya
tembikai. Siapa pulak yang bagi tembikai sebijik macam ni. “ Wah, besarnya
tembikai ni ma. Mana mama dapat tembikai ni?” tanya Irfan.
“ Oh, papa
yang beli tadi tembikai tu.” Belum sempat Datin Haliza hendak bersuara, Datuk
Iskandar terlebih dahulu menjawab.
“ Malam ni
dapat lah Irfan makan tembikai puas – puas. Jom lah kita balik cepat ma. Tak
sabar dah nak rasa ni.”
“ Sabar lah
Irfan. Dah macam mengandung pulak kamu ni. Kejap lagi balik, mama masak kari
tembikai terus untuk Irfan ye. Dah pergi basuh bekas makanan mama tu cepat.”
Datin Haliza ketawa kecil melihat anaknya itu.
“ Ish mama
ni orang serius dia main – main pulak.” Irfan mencapai bekas makanan mamanya
dan terus berlalu masuk ke dalam bilik air.
Datin
Haliza lantas mencubit kecil lengan suaminya. “ Abang, kenapa abang tipu Irfan
cakap abang yang beli tembikai tu tadi?” Datin Haliza separuh berbisik kepada
suaminya itu.
“ Aduh,
awak ni ganas betul lah cubit orang! Mesti lah saya kena tipu tadi. Awak tak
nampak ke Irfan yang anti sangat dengan Ana tu tadi.” Balas Datuk Iskandar.
“ Betul
jugak. Cerdik otak abang.” Datin Haliza tersengih kepada suaminya.
“ Eh, mesti
lah! Ni awak bila nak bagi tau kat dia pasal Ana tu? Start esok diorang dah la nak kerja sekali. Nanti jadi benda tak
elok kan kempunan kita nak bermenantukan si Ana tu.”
“ Oh, pasal
tu abang jangan lah risau. Malam ni jugak saya bagi tau dia. Tak sabarnya bang.
Dah lama saya tak dapat menantu ni.” Datin Haliza tersenyum apabila
membayangkan menantunya akan menemaninya memasak, bergosip, poco – poco dan
macam – macam lah.
Irfan
keluar dari bilik air dengan membawa bekas makanan yang dibersihkan tadi. Eh kenapa
mama senyum sorang – sorang ni pa?” tanya Irfan pelik apabila melihat telatah
mamanya.
“ Biasa lah
doktor cakap senyum sorang – sorang tu antara simpton – simpton selepas
diserang sakit jantung.” Usik Datuk Iskandar. Irfan hanya ketawa kecil mendengar
kata ayahnya itu.
“ Ish abang
ni ingat saya ni orang gila ke? Dah la saya nak tukar baju sekejap. Lepas ni
boleh lah kita check out. Saya pun
naik lemas dah duduk dalam hospital ni lama – lama.” Datin Haliza terus berlalu
untuk menyalin pakaian di dalam bilik air.
Irfan pula
mengambil buah tembikai kegemarannya itu lalu keluar dari bilik mamanya. Kalau
papa yang beli, kenapa dia bawak naik bilik mama pulak? Bukannya boleh potong
pun kat bilik tu. Pelik – pelik betul lah papa ni.
Hanna sampai di rumah Aida tepat pukul 6 petang. Sampai pun
akhirnya. Fuh, susah jugak nak cari rumah minah ni. Boleh sesat aku dibuatnya.
Maklumlah, kereta tak ada GPS kan kena lah bersusah payah sikit.
Hanna
memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumah Aida. Lalu dia membunyikan hon
keretanya bagi memastikan ada penghuni dalam rumah tu. Dia kemudiannya keluar
dari keretanya untuk berjumpa dengan penghuni rumah teres satu tingkat itu.
Dalam beberapa minit,
kelihatan seorang perempuan muda yang berbaju t – shirt dan seluar track
bottom keluar membuka pintu dan pagar
rumahnya. Perempuan tersebut menghampiri Hanna lalu berkata, “ Mintak maaf la
makcik, saya tak berminat nak beli karpet. Karpet rumah saya dok elok lagi tu.”
Hanna
membatalkan niatnya untuk terus memeluk Aida yang sudah lama tidak dijumpainya
itu. Amboi, teruk sangat ke baju aku hari ni sampai Aida ni ingat aku makcik
jual karpet pulak! Ni mesti sebab spek hitam ajaib ni la sampai Aida pun tak
kenal aku dah. “ Weh, ni aku lah Hanna. Sampai hati kau tak kenal aku kan.”
Hanna berkata seraya membuka kaca mata hitamnya.
“ Hanna!!! Sorry aku tak cam kau tadi. Aku ingatkan
siapa yang datang tadi. Jom masuk jom.” Aida memeluk Hanna lalu menarik lengan
Hanna untuk masuk ke rumahnya.
Hanna
memandang sekeliling rumah temannya itu. Wah, cantiknya rumah Aida ni. Lagi
luas dari rumah aku kat KL tu. Perhiasan rumah pun cantik gila. Mesti mahal ni.
Anak orang kaya kot dia ni. Hanna duduk di sofa yang terletak di ruang tamu
setelah dijemput oleh Aida.
“ Sorry lah Hanna, tadi serius aku memang
tak perasan kau. Yang kau pun pakai macam orang tua ni kenapa? Ni tudung sarung
kau ni la nampak sangat tuanya tau. Lepas tu siap pakai spek hitam lagi. Dengan
barang – barang kau yang penuh dalam kereta tu lagi, memang aku ingat kau nak
jual karpet la tadi. Hahaha.” Aida ketawa besar apabila mengenakan teman
lamanya itu.
“ Amboi,
sedapnya mengata aku nampak. Ala aku ada sebab tadi kenapa aku pakai macam ni.
Eh, lawa gila rumah kau kan. Mana kau dapat duit beli semua ni ha? Kau kan
duduk rumah ni sorang je.” Tanya Hanna kepada temannya itu.
“ Oh, aku
sekarang practise estate agent. So, ada duit lebih sikit aku beli lah
barang – barang ni.” terang Aida dengan terperinci.
Estate agent? Patut lah pun kaya. Tapi
dia ni memang sesuai pun jadi estate
agent. Dah la pandai, cantik pulak tu. Memang characteristic seorang estate
agent pun. Macam aku ni jangan harap lah. Kulit pun dah macam orang
berjemur kat pantai je. Dah la kasar, nak pujuk orang beli property apatah lagi. Memang fail
lah aku ni kalau jadi estate agent.
“ Patut lah
kau kaya kan. Aku ingat kau ada sugar
daddy tadi. Hahaha.” Gurau Hanna.
“ Ish ada
ke patut cakap aku pasang sugar daddy.
Dah la tu. Aku tau kau mesti penat. Kau pergi lah mandi ngan solat dulu. Bilik
kau yang hujung tu tau. Aku dah kemaskan tadi. Nanti lepas makan, baru kita
angkat barang kau yang berlambak tu ye.”
Hanna hanya
mengangguk dan menuju ke bilik tidurnya. Manakala Aida ke dapur untuk
menyediakan makan malam mereka berdua. Mulai hari ni, ada lah teman aku nak makan
dalam rumah ni. Kalau tak sunyi je. Thanks
Hanna sebab sudi teman aku.
Wah, bilik
tidur aku pun cantik jugak minah ni hias. Full
of purple. Ingat lagi dia dengan colour
kegemaran aku tu. Eh, macam kenal je poster kat katil aku tu. Poster Aliff
Asyraf! Alamak, dia ni memang minat dengan Aliff tu ke or sengaja letak poster tu kat bilik aku? Em whatever lah. Lagipun dia memang tau aku couple dengan Aliff tu pun. Kitorang kan satu kelas time dekat Uitm dulu.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?