Followers

Tuesday, 20 November 2012

~ Cinta Utara Selatan 1 ~

           Hanna termenung menatap kaca televisyen di ruang tamu rumahnya. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Entah apa siaran yang ditayangkan di televisyen itupun dia tidak ambil peduli. Ain dan Lisa hanya berpandangan sesama sendiri melihat gelagat teman baik mereka sejak dari bangku sekolah lagi.
            “ Korang rasa aku patut terima tak untuk manage Asean Regency Hotel Suites tu? Dah la jauh sampai ke Johor sana tu. Kalau kat KL ni aku boleh la terima lagi. Apa pendapat korang?”  Hanna Nadira menoleh ke arah housemate nya.
            “Ala kau terima je lah. Bila lagi kau nak maju kan diri kau tu. Asyik terperuk kat Putrajaya ni je buat apa. Untung – untung kau dapat jodoh orang Johor kan bagus tu. Orang cakap orang Johor ni hensem – hensem tau.” balas Ain sambil tersengih menayangkan giginya yang putih.
            “ Betul tu aku sokong sangat. Ala kalau ye pun kau tak sanggup nak tinggalkan kitorang, kau tetap kena fikirkan masa depan kau sama. Kau jangan risau kitorang tak kan curang ngan kau punya lah.” Lisa pula menyampuk sambil ketawa besar dapat mengusik temannya itu.
            Hanna Nadira mengeliat kegelian lantas bangun dari sofa. “ Ish geli lah aku cakap ngan korang ni. Bila masa pulak aku tak sanggup nak tinggal korang ni? Yang aku tak sanggup tinggal kan tu boyfriend aku, bukan nya korang ni. Haish pasrah betul aku.”
            “ Eh Hanna, kau nak ke mana tu? Aku belum habis ceramah ni. Aku gurau je la wei. Jangan la marah.” Lisa terkebil – kebil memandang Hanna yang bingkas bangun dari sofa dan menuju ke biliknya. Ish dia ni tak kan marah aku kot. Selama ni boleh je gurau – gurau senda.
            “ Aku bukan marah kau la cuma ni time aku gayut ngan my beloved Aliff Asyraf ni. So, anda semua please don’t disturb us ok? Hahaha.” Hanna ketawa besar lantas melangkah masuk ke bilik tidurnya.
            “ Alahai, gedik lah pulak aku tengok minah sorang ni.” Ngomel Lisa sendirian. “ Ha Ain, kau jangan nak tiru pulak perangai tak betul dia tu. Nanti dengan aku pun jadi tak betul.
            “ Eh, siapa cakap aku nak tiru dia? Aku tak kan tiru cara gedik dia tu. Tapi aku akan buat skill gedik yang lebih berwawasan sikit. Hahaha.”
              Hahaha kau ni merepek je la Ain. Daripada dengar kau merepek ni, lebih baik aku masuk tidur. Good night.”
            “ Eh tunggu la sekejap. Aku pun nak follow jugak ni. Good night too.”
Sementara itu di dalam bilik Hanna masih lagi pening memikirkan keputusan yang paling berat buat dirinya. Ish, kalau la Johor tu sejam je da sampai memang aku tak pening sampai macam ni. Tiba – tiba handphone nya berdering mendendangkan lagu Korea yang bertajuk The Boys dari kumpulan Girls Generation.
            “ Helo sayang, Hanna tengah buat apa tu?” Aliff bertanya dengan nada suara manja. Tidak dinafikan Aliff memiliki suara yang bisa mencairkan hati setiap wanita. Pakej suara yang menggoda serta wajah yang tampan mendorong Aliff memilih kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon terkenal. Walaupun dia sebenarnya berada dalam skop yang sama dengan Hanna Nadira iaitu Real Estate Management, namun minatnya lebih mendalam ke arah populariti hiburan.
            “ Hanna tengah pening ni memikirkan pasal hotel kat Johor tu lagi. Aliff ade apa – apa pendapat tak? Kalau boleh Hanna tak nak berjauhan dengan Aliff dan mak kat kampung tu.”
            “Aliff rasa lebih baik Hanna terima tawaran tu sayang. Ni semua demi kebaikan Hanna jugak. Percaya lah ibu mana yang tak nak tengok anak dia berjaya kan. Hanna dengar cakap Aliff ni ya. Hanna jangan risau pasal Aliff. Bila – bila je Hanna nak Aliff datang Johor, dengan serta – merta Aliff muncul depan Hanna.”
            “ Betul  ni sayang?
            “ Ye betul sayangku. Aliff mana pernah tipu Hanna kan?”
            “ Kalau macam tu, Hanna terima ya tawaran tu. Thanks sayang. Sayang sangat kat Aliff.”
            “ Sayang Hanna Nadira ni jugak tau. Hehehe. Hanna tidur ya. Esok kerja lagi kan. Nanti bengkak pulak mata tu dah tak cun dah. Hahaha.”
            “ Ye sayang. Aliff pun tidur tau. Good night sayang. Sweet dream.”
            Good night too, honey. Sweet dream too.”
Sekarang ni baru lah aku ada semangat nak bekerjaya tinggi. Asean Regency Hotel Suites, wait for me ok. Aku akan uruskan kau sampai hotel – hotel lain jelous dengan kau. Mana tahu bos kau pun sayang kat aku nanti.

4 comments:

  1. best saya baru nak mula baca,novel tajuk saya kenal sayang saya bila nak update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu so much baby mio sbb sudi bace =)
      SKSS akan di update scepat mgkin ye..saba tau ^^

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?