Qistina bagaikan hendak tercabut
jantungnya apabila mendapat berita pernikahannya dengan Tengku Aakif Nawfal
akan dibatalkan hari Sabtu ini. Paru – parunya tika itu terasa sukar untuk
menafas lagi. Perasaan amarahnya yang sudah membuak – buak tidak mampu dikawal . Lantas dia menepis kasar semua barang – barang yang berada di atas meja ofisnya
tika itu jatuh ke lantai. Dia mencengkam kepalanya kuat. Masih terngiang –
ngiang lagi kata – kata dari Tengku Danial Hakimi yang didengarnya dari corong
telefon bimbit tadi.
“ Qis, I ada bad news untuk you ni. Sure you will be very suprised!”
“ Berita apa
pulak pagi – pagi ni Kimi? I masuk
ofis pun belum lagi, surprised apa
pulak? You nak kahwin ke?” Qistina
ketawa kecil.
“ Bukan I yang nak kahwin, tapi buah hati you tu yang dah kahwin. He already have a wife.”
Qistina
terlopong. “ What??!!!”
“ Arghh kau
memang tak guna Aakif!” Qistina meraung sendiri.
Tiba – tiba
pintu ofisnya dibuka dari luar. Kelihatan Datin Qad segera melangkah masuk ke
dalam bilik pejabat anak perempuannya itu. “ Qis, apa dah berlaku ni? Betul ke
apa yang mama dengar tadi?”
Qistina
menyandarkan tubuhnya lemah di atas kerusi empuk itu. Dengan wajah yang tak ada
mood, dia mengangguk perlahan. “
Betul lah tu ma. Kimi yang call
bagitahu Qis tadi.”
Datin Qadijah terperanjat
besar. Jadi, betul lah! “ Macam mana boleh jadi macam ni Qis? Mana mama nak
letak muka lepas ni? Semua orang dah tahu kamu berdua akan bernikah Sabtu ni
tahu tak?” Datin Qad jelas tidak puas hati.
“ Mana Qis tahu,
ma. Mama ingat mama aje yang malu? Qis ni lagi malu ma. Semua kawan – kawan Qis
tahu yang Qis akan jadi isteri cucu Tan Sri Tengku Mustapha.”
“ Tak boleh jadi
ni. Mama nak jumpa Puan Sri sekarang jugak!” Datin Qad segera bangun dari
kerusinya.
Namun belum
sempat Datin Qadijah melangkah pergi, Qistina sudah menahan. “ Sabar dulu ma.
Kalau mama pergi serang family
diorang sekarang pun, kita jugak yang akan dapat malu nanti.”
“ Habis tu, Qis
nak mama duduk diam aje tengok keluarga kita jadi macam ni? Diorang belum tahu
lagi mama ni siapa sebenarnya.”
“ Mama serah aje
pada Qis ya? Qis tahu apa yang Qis patut buat ma. Qis bersumpah ma, Aakif tak
kan dapat lari dari genggaman Qistina Datuk Malik. Walaupun Qis akan jadi yang
kedua, but he must be mine!” Qistina
bersuara yakin. Dia nekad.
Datin Qadijah
sudah menayang wajah pelik. “ Qis nak buat apa, sayang?”
Qistina tidak
membalas. Dia hanya tersengih kecil ke arah Datin Qadijah. Otaknya ligat
mengatur rancangan yang bakal dilaksanakan nanti.
***
Sudah beberapa kali Wafa cuba
menghidupkan enjin keretanya pagi itu. Namun, kereta kesayangannya itu masih
lagi mematikan diri. Dia mengerling jam ditangannya yang sudah menunjukkan
pukul 7 suku. Aduh, aku dah lambat dah ni nak pergi sekolah! Kereta ni pun satu
hal, aku jaga kau bagai nak rak tapi ni balasan kau dekat aku ya? Tak apa siap
kau nanti aku balik kerja!
Bebel
Wafa sendiri lantas mencapai beg tangan dan beg kertas yang diisi dengan buku
latihan anak muridnya lalu melangkah keluar dari perut kereta. Kalau macam ni
terpaksa lah aku tumpang kereta Mar. Nasib baik lah minah tu extent masa nak duduk dengan aku lagi
minggu ni. Kalau tak, tak pasal je kena tunggu bas pulak pagi – pagi ni.
Wafa
setia menunggu Mardiana yang sedang menyarung kasut tinggi di kakinya di tepi
pintu kereta. Mardiana pula menayang wajah pelik ke arah temannya yang sedang
menunjukkan muka simpati itu. Usai Mardiana menekan alarm membuka kunci keretanya,
Wafa segera membuka pintu dan melompat masuk.
“
Apasal ni Wafa? Kereta kau rosak ke?” soal Mardiana pelik.
Wafa
tersengih sambil menganggukkan kepalanya laju. “ Entah lah kereta aku tu tiba –
tiba aje buat hal. Aku tumpang kau boleh?”
“
Boleh.” Balas Mardiana sepatah lantas menghidupkan enjin keretanya meninggalkan
perkarangan rumah teres itu.
Suasana
agak sunyi seketika tanpa ada sebarang perbualan dalam kereta itu. Sekali –
sekala Mardiana mengerling temannya yang dari tadi tak henti – henti menguap.
Sampaikan dia pun rasa teringin nak menguap sama. Maklum lah pagi – pagi ni
syok kalau dapat tidur. Sebab tu lah tidur di waktu selepas Subuh macam ni
adalah waktu tidur yang paling dikeji.
“
Kau tak cukup tidur ke semalam Wafa? Dari tadi aku tengok kau asyik menguap
aje.” Mardiana memecah sunyi.
“
A’ah Mar. Dari malam semalam aku rasa macam tak sedap hati. Mata pun tak nak
lelap tau. Aku tengok kau nyenyak aje tidur tak sampai hati pulak nak kacau.”
balas Wafa.
“
Patut lah aku nak tidur tak berapa lena semalam. Rupanya orang sebelah dok
memerhatikan aku.” Mardiana ketawa kecil.
Wafa
menjuihkan bibir. “ Eleh, tak lena apanya sampai dah siap berdengkur lagi!
Entah – entah orang sebelah yang lain kot yang perhatikan kau Mar. Aku rasa aku
tengok kau semalam sekali aje. Lepas tu, aku tidur lah.” Wafa tersengih
mengusik temannya itu.
“
Kau jangan Wafa. Nasib baik hari ni aku last
tumpang rumah kau.” Meremang pula bulu roma Mardiana bila membayangkan.
Wafa
sudah meledakkan ketawa. “ Kau ni penakut betul. Tapi bila keluar movie seram yang baru, kau lah orang
pertama yang semangat ajak aku pergi tengok wayang.” Bebel Wafa dengan ketawa
yang masih berbaki.
“
Movie lain, Wafa. Dah terang – terang
kita tahu hantu tu berlakon.” Balas Mardiana bersahaja.
“
Ye lah. Ni kau berhentikan aku tepi pagar utama tu aje lah. Nanti aku masuk
dalam sendiri.” Balas Wafa sambil menuding jarinya ke arah pintu pagar sekolah.
“
Ok.” Balas Mardiana ringkas lalu memberhentikan keretanya ditempat yang
diarahkan.
Wafa
Amani segera mencapai beg – beg bukunya lantas melangkah keluar dari perut
kereta. “ Thanks, Mar.” Sempat Wafa
mengucapkan terima kasih sebelum menutup pintu kereta itu.
“
Welcome. Eh, nanti kau nak balik
dengan apa? Nak aku datang ambil ke?”
“
Hari ni kan hari Jumaat. Aku balik awal. Tak payah lah. Aku call teksi aje nanti. Kesian pulak dekat
kau nak datang ambil aku lepas tu nak pergi kerja pulak.”
Mardiana
menganggukkan perlahan. “ Kalau macam tu, tak apa lah. Kalau tak dapat teksi
nanti, call aku ok?”
Wafa
mengukir senyuman. Bertuah rasanya mempunyai sahabat baik seperti Mardiana. Dia
segera melambaikan tangannya apabila melihat Mardiana meluncur laju dengan
keretanya meninggalkan kawasan sekolah. Seketika kemudian, dia mengatur langkah
masuk ke dalam sekolah. Dua orang pengawas sekolah yang sedang berdiri di tepi
pintu pagar memberi salam kepadanya. Wafa membalas salam dari pelajarnya
berserta senyuman di bibir.
***
Bau harum minyak wangi yang
disembur Tengku Aakif Nawfal ke tubuhnya itu sungguh memikat kalbu para
penghidunya. Dengan mengenakan seluar jeans hitam dan baju T lengan pendek berwarna
biru muda, Aakif kelihatan begitu santai sekali. Kekacakkannya masih terserlah.
Usai puas hati
dengan meneliti penampilannya di cermin, Tengku Aakif Nawfal segera melangkah
keluar dari bilik tidurnya. Dia menuruni anak tangga menuju ke arah ahli
keluarganya yang sedang bersarapan di ruang makan itu. Seperti biasa Aakif
mengambil tempat yang dikhaskan bersebelahan nendanya. Dia terus mencapai
sekeping roti bakar yang sudah disapu dengan coklat.
“ Kamu tak masuk
ofis ke hari ni, Kif?” Tengku Muaz memandang pelik.
Aakif
menggelengkan kepalanya sambil mengunyah roti bakar yang disumbatkan ke dalam
mulutnya tadi.
“ Tak masuk, pa.
Ni pun Aakif dah lambat ni. Aakif gerak dulu ya?” Tengku Aakif Nawfal segera
meneguk air Nescafe panas di dalam cawannya lantas bersalaman dengan semua yang
berada di meja makan itu.
“ Ish budak ni
sampai tak sempat nak makan.” Bebel Puan Nafeesah sambil melihat kelibat anak
terunanya itu melangkah menuju ke pintu besar.
Puan Sri Tengku
Sakinah masih berdiam seribu bahasa melihat gelagat cucunya pagi itu. Mee
goreng di dalam pinggannya dijamah tanpa selera. Tengku Muaz dan Puan Nafeesah
yang menyedari keadaan wanita itu segera mengunci mulut. Kalau nak bersembang
pun, mereka terpaksa menggunakan bahasa mata.
Kedengaran enjin
kereta BMW hitam berkilat kepunyaan tuan muda rumah argam itu sudahpun bergerak
meninggalkan kawasan banglo mewah itu. Dari tadi bibir Tengku Aakif Nawfal
tidak lekang dengan senyuman. Siap dengan bernyanyi kecil lagi. Lapang betul
rasa hatinya pagi ini.
***
Wafa tekun membaca syarat – syarat
untuk menukar tempat mengajar di skrin komputernya. Sesekali jarinya akan
menekan tetikus yang sedang dipegangnya itu. Seketika kemudian, dia melepaskan
keluhan berat. Banyaknya syarat nak mohon mintak tukar sekolah ni? Leceh betul
lah! Kalau tak sebab mamat tu, mesti aku tak payah tukar sekolah. Tapi kalau
tak sebab mamat tu jugak, kau kena kahwin dengan Khairul tau. Naluri kecilnya
mula memainkan peranan. Mahu tak mahu dia terpaksa memohon semula untuk
pertukaran tempat mengajarnya.
Sedang
dia asyik melayari internet di komputernya, tiba – tiba kedengaran bunyi tapak
kasut tinggi yang amat familiar di
gegendang telinga sedang melangkah menuju ke arahnya. Wafa segera menyandarkan
tubuhnya di kerusi sambil mendongak sedikit melihat gerangan pemilik bunyi
tapak kasut itu. Aku dah agak Cikgu Fatty! Apa benda pulak dia tak puas hati
dengan aku kali ni? Wafa sudah memeluk tubuh sambil memandang ke arah teman
sekerjanya itu. Bibirnya sengaja mengukir senyuman perli.
“
Ha ada apa, cikgu?” Wafa segera bersuara.
“
Puan Norlida suruh Cikgu Wafa jumpa dia dekat bilik sekarang.” Balas Cikgu
Fatimah bersahaja dan berlalu pergi.
Serta
– merta berubah air muka Wafa tika itu. Apasal pulak pengetua nak jumpa aku ni?
Wafa segera menyemak jadual kelas pengajarannya. Nak cakap aku ponteng mengajar
tak ada pun. Dalam keributan otaknya itu, Wafa segera mencapai beg tangannya
dan mengatur langkah menuju ke arah bilik pengetua sekolah menengah tempat dia
mengajar. Dalam hatinya tidak henti – henti berdoa agar tiada perkara yang
buruk akan berlaku.
Tiba
di hadapan bilik pengetua sekolah itu, perlahan – lahan Wafa mengetuk pintu
bilik itu dari luar. Usai mendapat arahan masuk, Wafa segera memulas tombol
pintu dan melangkah masuk penuh berhati – hati. Kelihatan seorang wanita yang
berumur dalam lingkungan 50 tahun sedang menulis sesuatu di atas meja. Wanita
itu memberikan senyuman ke arah anak buahnya yang jelas menunjukkan wajah
gentar. Almaklum lah ini lah baru kali kedua Wafa dipanggil masuk ke dalam
bilik pengetua sekolah sejak dia mula mengajar di sekolah itu. Kali pertama
adalah waktu dia mula – mula mendaftarkan diri di sekolah itu.
“
Sila duduk, Cikgu Wafa.” Bibir Puan Norlida masih menguntum senyum.
Wafa
menganggukkan kepalanya perlahan. Perlahan – lahan dia menarik kerusi di
hadapan pengetua sekolah itu lantas melabuhkan punggungnya. Beg tangannya pula
diletakkan di atas paha.
“
Ada apa puan nak jumpa saya?” Wafa segera bersuara.
“
Sepanjang awak mengajar di sini, apa yang awak rasa?” soal Puan Norlida pula.
Soalan yang diajukan Wafa tadi tidak dijawab.
Wafa
menarik nafas dalam. “ Saya suka sangat dengan suasana sekolah ni, puan.
Persekitaran sekolah, kemudahan yang disediakan, tempat mengajar, cara
pentadbiran dan yang paling penting sekali pelajar di sekolah ini semuanya saya
sayang.” Balas Wafa tersenyum.
“
Awak selesa dengan sekolah ni?” soal Puan Norlida lagi.
Wafa
menganggukkan kepalanya perlahan. “ Saya cukup bertuah sebab dapat mengajar di
sekolah ni, puan. Kalau boleh sampai hujung umur saya, saya nak berkhidmat
untuk sekolah ni aje.”
“
Cikgu Wafa, awak tak boleh cakap macam tu. Kita sebagai seorang pendidik, kita
tidak boleh memilih dalam mendidik anak bangsa kita. Semuanya kena adil. Kalau
di sekolah ini awak mengajar huruf A, di sekolah lain pun awak tetap kena ajar
huruf A betul tak?” jelas Puan Norlida.
Wafa
menganggukkan kepalanya lagi. Terasa bersalah pula bila ditegur begitu. Nampak
sangat kecetekan ilmunya dalam menjadi seorang pendidik. “ Betul puan.” Balas
Wafa ringkas.
Puan
Norlida hanya tersenyum memandang anak buahnya. Lantas dia mencapai sepucuk
sampul putih yang berada di atas mejanya. Dia menghulurkan sampul putih itu
kepada Wafa. Dengan wajah yang pelik, Wafa menyambut huluran dari bosnya itu.
Dia membelek – belek sampul yang masih bergam rapi.
“
Saya ucapkan awak selamat maju jaya walau di mana pun awak berada. Ingat, jadi
lah seperti bulan dan matahari yang memberi cahaya tanpa mengira sesiapun.”
Sambung Puan Norlida lagi.
Wafa
Amani hanya mampu tersenyum tanda mengiakan. Kepala otaknya masih bingung
memikirkan isi sampul surat yang baru diterimanya itu. Mahu saja dia
mengoyakkan pembuka sampul itu sekarang tapi risau pula dikatakan gelojoh.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk membuka di bilik guru nanti.
***
Tepat pukul 12 setengah hari, Wafa
melangkah perlahan dengan membawa beg kertas yang diisinya dengan buku menuju
ke arah pintu pagar sekolah. Disebabkan dia telah menelefon teksi tadi,
terpaksa lah dia pulang awal hari itu. Kalau tidak, kebiasaannya dia akan
pulang lewat sedikit. Wafa mengeluh perlahan bila memikirkan hal yang berlaku
di dalam bilik pengetua tadi. Otaknya runsing memikirkan isi sampul sampul
surat yang baru diterimanya tadi.
Tiba
– tiba kedengaran suara yang amat dikenalinya dari belakang. “ Awal cikgu balik
hari ni?”
Wafa
segera menoleh ke belakang mencari pemilik suara itu. Semestinya Cikgu Fatty
lah! Kelihatan Cikgu Fatty sedang melajukan langkah menuju ke arahnya. Alamak,
aku dah lah tengah serabut ni! Ada aje yang nak tambah keserabutan aku ni lagi.
Wafa berpura – pura tersengih.
“
Cikgu pun balik awal jugak ya hari ni?” balas Wafa dengan senyuman plastik.
“
A’ah penat lah hari ni. Nasib baik baby datang
jemput hari ni. Kalau tak, letih lah nak drive
pulak kan?” balas Cikgu Fatimah dengan
lenggok gediknya.
Baby? Ok sekarang jugak aku rasa nak
muntah berkilo – kilo. Laki pun dah tua bangka nak panggil baby lagi. Tolonggg lah! Sengaja nak berlagak dengan aku lah tu.
Aku tak heran lah wei! Wafa hanya mampu membentak dalam hati.
“
Oh, untung lah cikgu kan tak payah nak drive.
Jimat minyak kereta.” Balas Wafa pura – pura tersengih.
“
Saya bukan nak berjimat sangat tapi baby
tu beria – ria sangat nak ambil. Kesian pulak dekat dia.” Cikgu Fatty masih berdrama
lagi.
Wafa
sudah menayangkan muka meluatnya. Ya Allah, tolong lah jauhkan aku dari makhluk
asing ni. Tekak aku dah loya sangat ni. Tak pasal – pasal je ada orang kena lap
muntah aku kang. Sempat lagi Wafa membebel dalam hati. Cikgu Fatty sudah
tersenyum puas. Padan muka kau!
Tika
itu, Wafa terpandang ke arah sebuah kereta mewah yang diparkir betul – betul di
tepi pagar sekolahnya. Dia cuba meneliti nombor plat kereta itu. Ah, nombor
plat kereta aku sendiri pun aku susah nak ingat ni kan nombor plat kereta
orang! Tapi macam pernah ku lihat ini kereta tapi di mana ya?
Lantas biji mata
Wafa tertancap ke arah susuk tubuh lelaki sasa yang sedang bersandar di tembok
pagar sekolah itu. Pemuda itu sudah mengukir senyuman ke arah Wafa sambil
melambaikan tangannya. Wafa tercengang seketika. Seketika kemudian, dia segera
membalas senyuman pemuda itu. Hahaha ini lah masanya yang paling dinantikan!
“ Sayang!!!”
Wafa Amani memanggil suaminya yang sedang tercegat berdiri di tepi pagar
sekolah.
Tengku Aakif
Nawfal terperanjat. Lambaian tangannya terhenti. Lidahnya kelu tiba – tiba. Dia
panggil aku apa tadi? Cikgu Fatimah pula usah digambarkan betapa terkejut beruk
mukanya tika itu. Sayang? Adakah aku dah lama tak korek telinga? Wafa sedaya –
upaya menahan ketawanya waktu itu. Dia segera melajukan langkah menuju ke arah
Aakif.
“ Abang, sayang
penat lah hari ni. Abang tolong letakkan beg sayang dalam kereta boleh?” rengek
Wafa manja sambil menghulurkan beg bukunya kepada Aakif. Biarlah Aakif nak
anggap aku gedik pun hari ni, aku redha! Hahaha.
Mahu tak mahu
Aakif terpaksa menyambut huluran isterinya itu. Fikirannya masih bingung. Apa
yang dah berlaku sekarang ni? Betul ke perempuan ni Wafa Amani yang aku kenal
selama ni?
“ Abang,
kenalkan ni Cikgu Fatimah. Cikgu paling ‘vogue’
sekali dekat sekolah ni.” Wafa tersengih memerli.
Cikgu Fatimah
berpura – pura mengukir senyuman lalu menundukkan kepalanya sedikit. Tak guna
kau Wafa! Bentak hati kecilnya.
“ Cikgu, ni
pulak suami saya. TENGKU Aakif Nawfal nama dia.” Wafa memperkenalkan suaminya
pula. Sengaja dia menekankan perkataan Tengku itu.
Hampir terbeliak
biji mata Cikgu Fatimah mendengar. Suami? Dia melihat susuk tubuh lelaki itu
dari atas hingga bawah. Handsomenya!
Matanya beralih pula ke arah BMW hitam yang sedang berkilat di bawah sinaran cahaya
matahari itu. Serta – merta Cikgu Fatimah menelan air liur yang tersekat
dikerongkongnya.
Aakif sudah
menayangkan muka pelik ke arah Wafa. Wajahnya jelas menunjukkan beribu tanda
tanya. Wafa pula terpaksa menggunakan bahasa matanya tika itu. Alamak, mamat ni
bersabar lah sikit! Dalam kereta nanti aku terangkan lah. Ngomel Wafa perlahan.
“ Sayang, jom.
Abang dah lapar ni.” Tengku Aakif Nawfal bersuara tiba – tiba. Dia segera
membukakan pintu kereta buat Wafa.
Kali ni, Wafa
pula yang terkejut beruk. Namun, kakinya tetap melangkah masuk ke dalam perut
kereta itu. “ Cikgu, saya balik dulu ya. Assalamualaikum.” Sempat lagi Wafa
memberi salam dengan wajah plastiknya itu. Yes!
I am the winner!
Tengku Aakif
Nawfal segera menekan pedal minyak keretanya meninggalkan perkarangan sekolah.
Cikgu Fatimah pula sudah merengus geram. Suami? Handsome? Tengku pulak tu? BMW? Sumpah aku tak percaya Wafa boleh
dapat suami perfect macam tu. Tak
mungkin! Entah – entah diorang berlakon aje depan aku tadi. Tak kan lah tak ada
ribut tak ada angin, Wafa dah ada suami. No
way, man!
Haha semakin lama semakin kelakar cite ni! keep always like this writer..
ReplyDeletethank u ain.. i will..hihi =)
Deletehahahaha....padan muka cikgu fatty tu...
ReplyDeletehaha...wafa mmg terbaikkk ar...
aakif pon terbaikk bagi kerjasama yg mantap walaupun xtau apa yg jdi..
terbaikkk jugak utk penulis yg telah bekerja keras utk cari idea bg mmantapkn lg cter ni...terskn penulis..chaiyok!!
-noorwieyl-
hehe terima kasih noorwieyl sebab suka cite ni..=)
Deletekesian ckgu fatty, tak jadi dia nak belagak hehe..kita tunggu next chapter pulak ^^
cepatlah sambung ,, dah tak sabar sangat lah ni :]
ReplyDeletesabar ye ain rahman..akak tengah usaha nak update ni..hihi btw terima ksih sebab sudi baca n komen ^^
Delete