Followers

Thursday 10 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 24 ~


Qistina bagaikan hendak tercabut jantungnya apabila mendapat berita pernikahannya dengan Tengku Aakif Nawfal akan dibatalkan hari Sabtu ini. Paru – parunya tika itu terasa sukar untuk menafas lagi. Perasaan amarahnya yang sudah membuak – buak tidak mampu dikawal . Lantas dia menepis kasar semua barang – barang yang berada di atas meja ofisnya tika itu jatuh ke lantai. Dia mencengkam kepalanya kuat. Masih terngiang – ngiang lagi kata – kata dari Tengku Danial Hakimi yang didengarnya dari corong telefon bimbit tadi.
“ Qis, I ada bad news untuk you ni. Sure you will be very suprised!
“ Berita apa pulak pagi – pagi ni Kimi? I masuk ofis pun belum lagi, surprised apa pulak? You nak kahwin ke?” Qistina ketawa kecil.
“ Bukan I yang nak kahwin, tapi buah hati you tu yang dah kahwin. He already have a wife.
Qistina terlopong. “ What??!!!
“ Arghh kau memang tak guna Aakif!” Qistina meraung sendiri.
Tiba – tiba pintu ofisnya dibuka dari luar. Kelihatan Datin Qad segera melangkah masuk ke dalam bilik pejabat anak perempuannya itu. “ Qis, apa dah berlaku ni? Betul ke apa yang mama dengar tadi?”
Qistina menyandarkan tubuhnya lemah di atas kerusi empuk itu. Dengan wajah yang tak ada mood, dia mengangguk perlahan. “ Betul lah tu ma. Kimi yang call bagitahu Qis tadi.”
Datin Qadijah terperanjat besar. Jadi, betul lah! “ Macam mana boleh jadi macam ni Qis? Mana mama nak letak muka lepas ni? Semua orang dah tahu kamu berdua akan bernikah Sabtu ni tahu tak?” Datin Qad jelas tidak puas hati.
“ Mana Qis tahu, ma. Mama ingat mama aje yang malu? Qis ni lagi malu ma. Semua kawan – kawan Qis tahu yang Qis akan jadi isteri cucu Tan Sri Tengku Mustapha.”
“ Tak boleh jadi ni. Mama nak jumpa Puan Sri sekarang jugak!” Datin Qad segera bangun dari kerusinya.
Namun belum sempat Datin Qadijah melangkah pergi, Qistina sudah menahan. “ Sabar dulu ma. Kalau mama pergi serang family diorang sekarang pun, kita jugak yang akan dapat malu nanti.”
“ Habis tu, Qis nak mama duduk diam aje tengok keluarga kita jadi macam ni? Diorang belum tahu lagi mama ni siapa sebenarnya.”
“ Mama serah aje pada Qis ya? Qis tahu apa yang Qis patut buat ma. Qis bersumpah ma, Aakif tak kan dapat lari dari genggaman Qistina Datuk Malik. Walaupun Qis akan jadi yang kedua, but he must be mine!” Qistina bersuara yakin. Dia nekad.
Datin Qadijah sudah menayang wajah pelik. “ Qis nak buat apa, sayang?”
Qistina tidak membalas. Dia hanya tersengih kecil ke arah Datin Qadijah. Otaknya ligat mengatur rancangan yang bakal dilaksanakan nanti.
***
Sudah beberapa kali Wafa cuba menghidupkan enjin keretanya pagi itu. Namun, kereta kesayangannya itu masih lagi mematikan diri. Dia mengerling jam ditangannya yang sudah menunjukkan pukul 7 suku. Aduh, aku dah lambat dah ni nak pergi sekolah! Kereta ni pun satu hal, aku jaga kau bagai nak rak tapi ni balasan kau dekat aku ya? Tak apa siap kau nanti aku balik kerja!
            Bebel Wafa sendiri lantas mencapai beg tangan dan beg kertas yang diisi dengan buku latihan anak muridnya lalu melangkah keluar dari perut kereta. Kalau macam ni terpaksa lah aku tumpang kereta Mar. Nasib baik lah minah tu extent masa nak duduk dengan aku lagi minggu ni. Kalau tak, tak pasal je kena tunggu bas pulak pagi – pagi ni.
            Wafa setia menunggu Mardiana yang sedang menyarung kasut tinggi di kakinya di tepi pintu kereta. Mardiana pula menayang wajah pelik ke arah temannya yang sedang menunjukkan muka simpati itu. Usai Mardiana menekan alarm membuka kunci keretanya, Wafa segera membuka pintu dan melompat masuk.
            “ Apasal ni Wafa? Kereta kau rosak ke?” soal Mardiana pelik.
            Wafa tersengih sambil menganggukkan kepalanya laju. “ Entah lah kereta aku tu tiba – tiba aje buat hal. Aku tumpang kau boleh?”
            “ Boleh.” Balas Mardiana sepatah lantas menghidupkan enjin keretanya meninggalkan perkarangan rumah teres itu.
            Suasana agak sunyi seketika tanpa ada sebarang perbualan dalam kereta itu. Sekali – sekala Mardiana mengerling temannya yang dari tadi tak henti – henti menguap. Sampaikan dia pun rasa teringin nak menguap sama. Maklum lah pagi – pagi ni syok kalau dapat tidur. Sebab tu lah tidur di waktu selepas Subuh macam ni adalah waktu tidur yang paling dikeji.
            “ Kau tak cukup tidur ke semalam Wafa? Dari tadi aku tengok kau asyik menguap aje.” Mardiana memecah sunyi.
            “ A’ah Mar. Dari malam semalam aku rasa macam tak sedap hati. Mata pun tak nak lelap tau. Aku tengok kau nyenyak aje tidur tak sampai hati pulak nak kacau.” balas Wafa.
            “ Patut lah aku nak tidur tak berapa lena semalam. Rupanya orang sebelah dok memerhatikan aku.” Mardiana ketawa kecil.
            Wafa menjuihkan bibir. “ Eleh, tak lena apanya sampai dah siap berdengkur lagi! Entah – entah orang sebelah yang lain kot yang perhatikan kau Mar. Aku rasa aku tengok kau semalam sekali aje. Lepas tu, aku tidur lah.” Wafa tersengih mengusik temannya itu.
            “ Kau jangan Wafa. Nasib baik hari ni aku last tumpang rumah kau.” Meremang pula bulu roma Mardiana bila membayangkan.
            Wafa sudah meledakkan ketawa. “ Kau ni penakut betul. Tapi bila keluar movie seram yang baru, kau lah orang pertama yang semangat ajak aku pergi tengok wayang.” Bebel Wafa dengan ketawa yang masih berbaki.
            Movie lain, Wafa. Dah terang – terang kita tahu hantu tu berlakon.” Balas Mardiana bersahaja.
            “ Ye lah. Ni kau berhentikan aku tepi pagar utama tu aje lah. Nanti aku masuk dalam sendiri.” Balas Wafa sambil menuding jarinya ke arah pintu pagar sekolah.
            “ Ok.” Balas Mardiana ringkas lalu memberhentikan keretanya ditempat yang diarahkan.
            Wafa Amani segera mencapai beg – beg bukunya lantas melangkah keluar dari perut kereta. “ Thanks, Mar.” Sempat Wafa mengucapkan terima kasih sebelum menutup pintu kereta itu.
            Welcome. Eh, nanti kau nak balik dengan apa? Nak aku datang ambil ke?”
            “ Hari ni kan hari Jumaat. Aku balik awal. Tak payah lah. Aku call teksi aje nanti. Kesian pulak dekat kau nak datang ambil aku lepas tu nak pergi kerja pulak.”
            Mardiana menganggukkan perlahan. “ Kalau macam tu, tak apa lah. Kalau tak dapat teksi nanti, call aku ok?”
            Wafa mengukir senyuman. Bertuah rasanya mempunyai sahabat baik seperti Mardiana. Dia segera melambaikan tangannya apabila melihat Mardiana meluncur laju dengan keretanya meninggalkan kawasan sekolah. Seketika kemudian, dia mengatur langkah masuk ke dalam sekolah. Dua orang pengawas sekolah yang sedang berdiri di tepi pintu pagar memberi salam kepadanya. Wafa membalas salam dari pelajarnya berserta senyuman di bibir.
***
Bau harum minyak wangi yang disembur Tengku Aakif Nawfal ke tubuhnya itu sungguh memikat kalbu para penghidunya. Dengan mengenakan seluar jeans hitam dan baju T lengan pendek berwarna biru muda, Aakif kelihatan begitu santai sekali. Kekacakkannya masih terserlah.
Usai puas hati dengan meneliti penampilannya di cermin, Tengku Aakif Nawfal segera melangkah keluar dari bilik tidurnya. Dia menuruni anak tangga menuju ke arah ahli keluarganya yang sedang bersarapan di ruang makan itu. Seperti biasa Aakif mengambil tempat yang dikhaskan bersebelahan nendanya. Dia terus mencapai sekeping roti bakar yang sudah disapu dengan coklat.
“ Kamu tak masuk ofis ke hari ni, Kif?” Tengku Muaz memandang pelik.
Aakif menggelengkan kepalanya sambil mengunyah roti bakar yang disumbatkan ke dalam mulutnya tadi.
“ Tak masuk, pa. Ni pun Aakif dah lambat ni. Aakif gerak dulu ya?” Tengku Aakif Nawfal segera meneguk air Nescafe panas di dalam cawannya lantas bersalaman dengan semua yang berada di meja makan itu.
“ Ish budak ni sampai tak sempat nak makan.” Bebel Puan Nafeesah sambil melihat kelibat anak terunanya itu melangkah menuju ke pintu besar.
Puan Sri Tengku Sakinah masih berdiam seribu bahasa melihat gelagat cucunya pagi itu. Mee goreng di dalam pinggannya dijamah tanpa selera. Tengku Muaz dan Puan Nafeesah yang menyedari keadaan wanita itu segera mengunci mulut. Kalau nak bersembang pun, mereka terpaksa menggunakan bahasa mata.
Kedengaran enjin kereta BMW hitam berkilat kepunyaan tuan muda rumah argam itu sudahpun bergerak meninggalkan kawasan banglo mewah itu. Dari tadi bibir Tengku Aakif Nawfal tidak lekang dengan senyuman. Siap dengan bernyanyi kecil lagi. Lapang betul rasa hatinya pagi ini.
***
Wafa tekun membaca syarat – syarat untuk menukar tempat mengajar di skrin komputernya. Sesekali jarinya akan menekan tetikus yang sedang dipegangnya itu. Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan berat. Banyaknya syarat nak mohon mintak tukar sekolah ni? Leceh betul lah! Kalau tak sebab mamat tu, mesti aku tak payah tukar sekolah. Tapi kalau tak sebab mamat tu jugak, kau kena kahwin dengan Khairul tau. Naluri kecilnya mula memainkan peranan. Mahu tak mahu dia terpaksa memohon semula untuk pertukaran tempat mengajarnya.
            Sedang dia asyik melayari internet di komputernya, tiba – tiba kedengaran bunyi tapak kasut tinggi yang amat familiar di gegendang telinga sedang melangkah menuju ke arahnya. Wafa segera menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil mendongak sedikit melihat gerangan pemilik bunyi tapak kasut itu. Aku dah agak Cikgu Fatty! Apa benda pulak dia tak puas hati dengan aku kali ni? Wafa sudah memeluk tubuh sambil memandang ke arah teman sekerjanya itu. Bibirnya sengaja mengukir senyuman perli.
            “ Ha ada apa, cikgu?” Wafa segera bersuara.
            “ Puan Norlida suruh Cikgu Wafa jumpa dia dekat bilik sekarang.” Balas Cikgu Fatimah bersahaja dan berlalu pergi.
            Serta – merta berubah air muka Wafa tika itu. Apasal pulak pengetua nak jumpa aku ni? Wafa segera menyemak jadual kelas pengajarannya. Nak cakap aku ponteng mengajar tak ada pun. Dalam keributan otaknya itu, Wafa segera mencapai beg tangannya dan mengatur langkah menuju ke arah bilik pengetua sekolah menengah tempat dia mengajar. Dalam hatinya tidak henti – henti berdoa agar tiada perkara yang buruk akan berlaku.
            Tiba di hadapan bilik pengetua sekolah itu, perlahan – lahan Wafa mengetuk pintu bilik itu dari luar. Usai mendapat arahan masuk, Wafa segera memulas tombol pintu dan melangkah masuk penuh berhati – hati. Kelihatan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50 tahun sedang menulis sesuatu di atas meja. Wanita itu memberikan senyuman ke arah anak buahnya yang jelas menunjukkan wajah gentar. Almaklum lah ini lah baru kali kedua Wafa dipanggil masuk ke dalam bilik pengetua sekolah sejak dia mula mengajar di sekolah itu. Kali pertama adalah waktu dia mula – mula mendaftarkan diri di sekolah itu.
            “ Sila duduk, Cikgu Wafa.” Bibir Puan Norlida masih menguntum senyum.
            Wafa menganggukkan kepalanya perlahan. Perlahan – lahan dia menarik kerusi di hadapan pengetua sekolah itu lantas melabuhkan punggungnya. Beg tangannya pula diletakkan di atas paha.
            “ Ada apa puan nak jumpa saya?” Wafa segera bersuara.
            “ Sepanjang awak mengajar di sini, apa yang awak rasa?” soal Puan Norlida pula. Soalan yang diajukan Wafa tadi tidak dijawab.
            Wafa menarik nafas dalam. “ Saya suka sangat dengan suasana sekolah ni, puan. Persekitaran sekolah, kemudahan yang disediakan, tempat mengajar, cara pentadbiran dan yang paling penting sekali pelajar di sekolah ini semuanya saya sayang.” Balas Wafa tersenyum.
            “ Awak selesa dengan sekolah ni?” soal Puan Norlida lagi.
            Wafa menganggukkan kepalanya perlahan. “ Saya cukup bertuah sebab dapat mengajar di sekolah ni, puan. Kalau boleh sampai hujung umur saya, saya nak berkhidmat untuk sekolah ni aje.”
            “ Cikgu Wafa, awak tak boleh cakap macam tu. Kita sebagai seorang pendidik, kita tidak boleh memilih dalam mendidik anak bangsa kita. Semuanya kena adil. Kalau di sekolah ini awak mengajar huruf A, di sekolah lain pun awak tetap kena ajar huruf A betul tak?” jelas Puan Norlida.
            Wafa menganggukkan kepalanya lagi. Terasa bersalah pula bila ditegur begitu. Nampak sangat kecetekan ilmunya dalam menjadi seorang pendidik. “ Betul puan.” Balas Wafa ringkas.
            Puan Norlida hanya tersenyum memandang anak buahnya. Lantas dia mencapai sepucuk sampul putih yang berada di atas mejanya. Dia menghulurkan sampul putih itu kepada Wafa. Dengan wajah yang pelik, Wafa menyambut huluran dari bosnya itu. Dia membelek – belek sampul yang masih bergam rapi.
            “ Saya ucapkan awak selamat maju jaya walau di mana pun awak berada. Ingat, jadi lah seperti bulan dan matahari yang memberi cahaya tanpa mengira sesiapun.” Sambung Puan Norlida lagi.
            Wafa Amani hanya mampu tersenyum tanda mengiakan. Kepala otaknya masih bingung memikirkan isi sampul surat yang baru diterimanya itu. Mahu saja dia mengoyakkan pembuka sampul itu sekarang tapi risau pula dikatakan gelojoh. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk membuka di bilik guru nanti.
***
Tepat pukul 12 setengah hari, Wafa melangkah perlahan dengan membawa beg kertas yang diisinya dengan buku menuju ke arah pintu pagar sekolah. Disebabkan dia telah menelefon teksi tadi, terpaksa lah dia pulang awal hari itu. Kalau tidak, kebiasaannya dia akan pulang lewat sedikit. Wafa mengeluh perlahan bila memikirkan hal yang berlaku di dalam bilik pengetua tadi. Otaknya runsing memikirkan isi sampul sampul surat yang baru diterimanya tadi.
            Tiba – tiba kedengaran suara yang amat dikenalinya dari belakang. “ Awal cikgu balik hari ni?”
            Wafa segera menoleh ke belakang mencari pemilik suara itu. Semestinya Cikgu Fatty lah! Kelihatan Cikgu Fatty sedang melajukan langkah menuju ke arahnya. Alamak, aku dah lah tengah serabut ni! Ada aje yang nak tambah keserabutan aku ni lagi. Wafa berpura – pura tersengih.
            “ Cikgu pun balik awal jugak ya hari ni?” balas Wafa dengan senyuman plastik.
            “ A’ah penat lah hari ni. Nasib baik baby datang jemput hari ni. Kalau tak, letih lah nak drive pulak kan?” balas  Cikgu Fatimah dengan lenggok gediknya.
            Baby? Ok sekarang jugak aku rasa nak muntah berkilo – kilo. Laki pun dah tua bangka nak panggil baby lagi. Tolonggg lah! Sengaja nak berlagak dengan aku lah tu. Aku tak heran lah wei! Wafa hanya mampu membentak dalam hati.
            “ Oh, untung lah cikgu kan tak payah nak drive. Jimat minyak kereta.” Balas Wafa pura – pura tersengih.
            “ Saya bukan nak berjimat sangat tapi baby tu beria – ria sangat nak ambil. Kesian pulak dekat dia.” Cikgu Fatty masih berdrama lagi.
            Wafa sudah menayangkan muka meluatnya. Ya Allah, tolong lah jauhkan aku dari makhluk asing ni. Tekak aku dah loya sangat ni. Tak pasal – pasal je ada orang kena lap muntah aku kang. Sempat lagi Wafa membebel dalam hati. Cikgu Fatty sudah tersenyum puas. Padan muka kau!
            Tika itu, Wafa terpandang ke arah sebuah kereta mewah yang diparkir betul – betul di tepi pagar sekolahnya. Dia cuba meneliti nombor plat kereta itu. Ah, nombor plat kereta aku sendiri pun aku susah nak ingat ni kan nombor plat kereta orang! Tapi macam pernah ku lihat ini kereta tapi di mana ya?
Lantas biji mata Wafa tertancap ke arah susuk tubuh lelaki sasa yang sedang bersandar di tembok pagar sekolah itu. Pemuda itu sudah mengukir senyuman ke arah Wafa sambil melambaikan tangannya. Wafa tercengang seketika. Seketika kemudian, dia segera membalas senyuman pemuda itu. Hahaha ini lah masanya yang paling dinantikan!
“ Sayang!!!” Wafa Amani memanggil suaminya yang sedang tercegat berdiri di tepi pagar sekolah.
Tengku Aakif Nawfal terperanjat. Lambaian tangannya terhenti. Lidahnya kelu tiba – tiba. Dia panggil aku apa tadi? Cikgu Fatimah pula usah digambarkan betapa terkejut beruk mukanya tika itu. Sayang? Adakah aku dah lama tak korek telinga? Wafa sedaya – upaya menahan ketawanya waktu itu. Dia segera melajukan langkah menuju ke arah Aakif.
“ Abang, sayang penat lah hari ni. Abang tolong letakkan beg sayang dalam kereta boleh?” rengek Wafa manja sambil menghulurkan beg bukunya kepada Aakif. Biarlah Aakif nak anggap aku gedik pun hari ni, aku redha! Hahaha.
Mahu tak mahu Aakif terpaksa menyambut huluran isterinya itu. Fikirannya masih bingung. Apa yang dah berlaku sekarang ni? Betul ke perempuan ni Wafa Amani yang aku kenal selama ni?
“ Abang, kenalkan ni Cikgu Fatimah. Cikgu paling ‘vogue’ sekali dekat sekolah ni.” Wafa tersengih memerli.
Cikgu Fatimah berpura – pura mengukir senyuman lalu menundukkan kepalanya sedikit. Tak guna kau Wafa! Bentak hati kecilnya.
“ Cikgu, ni pulak suami saya. TENGKU Aakif Nawfal nama dia.” Wafa memperkenalkan suaminya pula. Sengaja dia menekankan perkataan Tengku itu.
Hampir terbeliak biji mata Cikgu Fatimah mendengar. Suami? Dia melihat susuk tubuh lelaki itu dari atas hingga bawah. Handsomenya! Matanya beralih pula ke arah BMW hitam yang sedang berkilat di bawah sinaran cahaya matahari itu. Serta – merta Cikgu Fatimah menelan air liur yang tersekat dikerongkongnya.
Aakif sudah menayangkan muka pelik ke arah Wafa. Wajahnya jelas menunjukkan beribu tanda tanya. Wafa pula terpaksa menggunakan bahasa matanya tika itu. Alamak, mamat ni bersabar lah sikit! Dalam kereta nanti aku terangkan lah. Ngomel Wafa perlahan.
“ Sayang, jom. Abang dah lapar ni.” Tengku Aakif Nawfal bersuara tiba – tiba. Dia segera membukakan pintu kereta buat Wafa.
Kali ni, Wafa pula yang terkejut beruk. Namun, kakinya tetap melangkah masuk ke dalam perut kereta itu. “ Cikgu, saya balik dulu ya. Assalamualaikum.” Sempat lagi Wafa memberi salam dengan wajah plastiknya itu. Yes! I am the winner!
Tengku Aakif Nawfal segera menekan pedal minyak keretanya meninggalkan perkarangan sekolah. Cikgu Fatimah pula sudah merengus geram. Suami? Handsome? Tengku pulak tu? BMW? Sumpah aku tak percaya Wafa boleh dapat suami perfect macam tu. Tak mungkin! Entah – entah diorang berlakon aje depan aku tadi. Tak kan lah tak ada ribut tak ada angin, Wafa dah ada suami. No way, man!

6 comments:

  1. Haha semakin lama semakin kelakar cite ni! keep always like this writer..

    ReplyDelete
  2. hahahaha....padan muka cikgu fatty tu...
    haha...wafa mmg terbaikkk ar...
    aakif pon terbaikk bagi kerjasama yg mantap walaupun xtau apa yg jdi..
    terbaikkk jugak utk penulis yg telah bekerja keras utk cari idea bg mmantapkn lg cter ni...terskn penulis..chaiyok!!

    -noorwieyl-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih noorwieyl sebab suka cite ni..=)
      kesian ckgu fatty, tak jadi dia nak belagak hehe..kita tunggu next chapter pulak ^^

      Delete
  3. cepatlah sambung ,, dah tak sabar sangat lah ni :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye ain rahman..akak tengah usaha nak update ni..hihi btw terima ksih sebab sudi baca n komen ^^

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?