Suasana yang terlalu bising dengan
alunan muzik yang melalaikan majoriti remaja melayu dan tempat yang hanya
disinari dengan lampu warna – warni yang berkelipan tidak sedikitpun membataskan
pandangan Tengku Danial Hakimi kepada seorang perempuan muda yang boleh tahan
seksinya sedang meneguk lembut air coca cola di dalam gelas.
Tengku
Danial Hakimi mendekati gadis itu sambil membawa segelas air yang digelar air
kencing syaitan. “ Hai, Qistina right?”
Tengku Danial Hakimi menghadiahkan senyuman menggoda ke arah perempuan itu.
Pandangan mata nakal Kimi mula menjalar ke setiap inci tubuh gadis genit yang
terdedah itu.
“
Yup, so?” Qistina hanya membalas
dengan senyuman sinis di bibirnya kepada bakal sepupu iparnya itu. Dia tahu
lelaki itu amat terkenal dengan sikap kasanovanya. Ah, lelaki biasalah.
Semuanya pantang kalau tengok perempuan.
“
Hmm hari tu I tengok you bukan main baik lagi bila jumpa family Aakif. Bila malam tak kan dah
jadi kelawar kot?” Pedas sindiran Kimi sambil ketawa besar.
Qistina
pula hanya tersenyum sinis dan tidak membalas. Dia terus meneguk air di dalam
gelasnya sambil kepalanya digoyang – goyangkan sedikit mengikut alunan muzik.
Sedikit pun kata – kata Tengku Danial Hakimi tidak memberikan kesan dalam
hatinya.
Tengku
Danial Hakimi hanya memandang perempuan yang telahpun menjadi tunangan Aakif
dan tidak lama lagi bakal menjadi isteri kepada sepupunya itu. Perempuan cantik
macam kau ni mana sesuai untuk Aakif, Qis. Kau hanya sesuai untuk aku. Sekarang
ni kau sombong lah dengan aku, Qis. Nanti baru kau tahu siapa aku. Aku tetap
akan dapatkan kau. Kalau tak dapat zahir dan batin pun, batin kau pun dah cun
Qis. Hahaha. Tengku Danial Hakimi ketawa besar dalam hatinya. Tak habis – habis
dengan nafsu syaitannya.
***
Sementara itu di hospital,
kelihatan Wafa dan Waiz resah menanti di luar bilik kecemasan. Dari tadi Wafa
hanya mundar – mundir di hadapan pintu bilik kecemasan sementara menunggu pintu
itu dibuka. Wajahnya jelas menunjukkan perasaan risau yang teramat sangat.
Beberapa minit
kemudian, pintu bilik kecemasan dibuka dari dalam. Muncul seorang doktor muda
lelaki bersama jururawat sambil membawa fail rawatan ditangannya. Wafa yang
dari tadi mundar – mandir di luar bilik itu segera menyerbu doktor dan
jururawat yang baru keluar tadi.
“ Doktor, macam
mana dengan pesakit tu doktor?” tanya Wafa dengan nada resahnya.
Doktor itu
memberikan senyuman manis kepada dua beradik di hadapannya itu sebelum menjawab
soalan cepumas dari Wafa. “ Sebelum tu, boleh saya tahu apa hubungan cik dengan
pesakit?”
Serta – merta
berubah air muka Wafa. Wafa segera memandang Waiz yang berada di sisinya itu
meminta jawapan. Waiz pula hanya menjongketkan bahu memandang kakaknya. Alamak,
apa aku nak jawab ni ha? Tak kan nak mengaku aku dah langgar laki tu tadi. Confirm masuk jail punya kalau aku mengaku. Nak mengaku adik – beradik lagi la
tak logik. Terang – terang laki tu handsome.
Aku ni bukan lawa mana pun. Setakat comel tu adalah. Sempat lagi Wafa mengomel
dalam hatinya.
“ Err sebenarnya
doktor, lelaki tu sepupu kami berdua. Kenapa doktor tanya? Teruk sangat ke
keadaan dia doktor?” belum sempat Wafa membalas Waiz terus menjawab sambil
memandang ke arah Wafa. Wafa pula menyiku lengan Waiz setelah mendengar penjelasan
dari adiknya tadi. Hish, apa kau cakap ni, Waiz? Cakap je lah laki tu
kemalangan. Bebel Wafa dalam hatinya.
“
Oh begitu. Sebenarnya sepupu awak tu kehilangan banyak darah disebabkan
hentakan yang kuat di kepala dia. Saya yakin sepupu awak tu dipukul dengan
objek keras di kepalanya sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan
kehilangan banyak darah. So, saya
mintak tolong lah awak berdua cari penderma darah yang sesuai dengan sepupu
awak tu. As soon as possible. Bekalan
darah yang kami ada sekarang ni kemungkinan besar tak cukup.” Balas doktor
dengan panjang lebarnya.
Ternganga
sedikit mulut Wafa apabila mendengar penjelasan dari doktor muda di hadapannya
itu. “ Kalau macam tu, doktor ambil lah darah saya. Darah saya jenis O boleh
derma dekat siapa – siapa kan?” Wafa terus menawarkan dirinya tanpa berfikir
panjang. Baginya, dengan cara begini sahaja dapat mengurangkan sedikit perasaan
bersalahnya kepada hamba Allah itu.
Waiz
sedikit terperanjat dengan tindakan drastik kakaknya itu. Setahu dia, Wafa amat
takut dengan perkara yang melibatkan suntikan di tubuhnya. Segera dia menarik
Wafa jauh sedikit untuk berbincang. “ Kak, kenapa akak nak derma darah pulak
ni?” Tanya Waiz separuh berbisik.
Wafa
tersenyum tawar kepada adiknya. “ Ala, derma darah je dik. Tak luak pun kalau
akak derma. Lagipun, ni je satu – satunya cara akak nak kurang perasaan
bersalah kat laki tu Waiz.” Balas Wafa tenang.
“
Tapi kak, kan doktor dah cakap laki tu hilang darah sebab kena pukul bukannya
sebab kemalangan kak.” Waiz masih lagi tidak puas hati dengan tindakan
kakaknya.
“
Tak apa lah Waiz. Kau ni jangan lah risau sangat. Walau apapun sebab dia, akak
tetap orang yang langgar dia dik.” Wafa menepuk perlahan bahu Waiz sambil
berlalu menuju ke arah doktor yang sedang menunggu mereka. Waiz hanya mengeluh
perlahan.
“
Em macam mana cik?” tanya doktor muda itu mesra.
“
Saya akan derma darah saya malam ni jugak.” Balas Wafa tersenyum. Waiz pula
hanya mengangguk apabila matanya bertentangan dengan doktor itu.
“
Baik lah kalau macam tu kita ke bilik
derma darah sekarang ye. Saya perlu check
darah cik dulu.” Kedua – dua adik beradik itu hanya mengangguk lalu
membontoti doktor dari belakang.
Selesai
pemeriksaan dilakukan kepada kandungan darah dalam tubuh Wafa, doktor muda itu
mula melakukan proses mengambil darah yang hendak didermakan. Perlahan – lahan
doktor memasukkan tiub jarum di tangan Wafa untuk mengambil darah. Wafa yang
sememangnya takut akan benda tajam terus memejam matanya rapat. Waiz yang dari
tadi memerhatikan kakaknya hanya menggelengkan kepala. Tu lah tadi macam berani
sangat. Ngomel Waiz sendirian.
Beberapa
minit kemudian, selesai sudah proses pengambilan darah dilakukan. Wafa
mencelikkan matanya semula. Terasa kepalanya pening sedikit mungkin disebabkan
perasaan dirinya yang agak manja bila melihat jarum memasuki kulitnya tadi.
Doktor
muda itu tersenyum memandang Wafa. “ Ok dah selesai cik. Cik boleh lah balik
rumah dulu berehat. Esok baru datang melawat sepupu cik tu ye.”
“
Eh, saya tak dapat ke sekotak susu dan roti lepas derma darah ni doktor?” tanya
Wafa dengan wajah yang selamba.
“
Susu dan roti? Errr..” tergagap doktor muda itu untuk menjawab soalan pelik
dari Wafa.
Merah
muka Waiz menahan malu dengan gelagat kakaknya itu. Segera dia membisik ke
telinga Wafa. “ Kak, susu dan roti tu cuma dapat waktu kempen derma darah lah.
Sekarang ni akak bukan sedang berkempen.” Waiz tersengih memandang doktor di
hadapannya itu.
Wafa
pula hanya tersengih menahan malu. “ Sorry
lah doktor. Saya ingatkan setiap orang yang derma darah akan dapat susu dan
roti tak kira bila dan di mana jua anda berada.”
Doktor
muda itu ketawa kecil. “ Its okay.
Sebenarnya kalau ada stok susu dan roti tu sekarang, memang saya bagi dah dekat
cik.”
Wafa
tersenyum kecil mendengar gurauan dari doktor muda itu. Dalam hatinya mula
berbunga – bunga. Hai lah doktor, tampan sungguh wajahmu ketika ketawa. “
Terima kasih ye doktor. Kalau tak cukup lagi darah nak tolong sepupu saya tu,
doktor bagitau saya ye. Assalamualaikum.” Wafa sempat memberi salam sebelum
melangkah pulang bersama Waiz.
“
Ye waalaikumussalam.” Doktor itu hanya menggelengkan kepala sambil tersengih
memandang kelibat Wafa dan Waiz berlalu pergi.
time belajar awak xpenah derma darah pun.
ReplyDelete-melaka bandaraya bersejarah-
sy nak derma la tp awk sume yg slalu larang sy..
Deletesuka jeles ngan kebajikan yg sy nk buat kan?hehehe