Followers

Wednesday 19 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 3 ~


Suasana yang terlalu bising dengan alunan muzik yang melalaikan majoriti remaja melayu dan tempat yang hanya disinari dengan lampu warna – warni yang berkelipan tidak sedikitpun membataskan pandangan Tengku Danial Hakimi kepada seorang perempuan muda yang boleh tahan seksinya sedang meneguk lembut air coca cola di dalam gelas.
            Tengku Danial Hakimi mendekati gadis itu sambil membawa segelas air yang digelar air kencing syaitan. “ Hai, Qistina right?” Tengku Danial Hakimi menghadiahkan senyuman menggoda ke arah perempuan itu. Pandangan mata nakal Kimi mula menjalar ke setiap inci tubuh gadis genit yang terdedah itu.
            Yup, so?” Qistina hanya membalas dengan senyuman sinis di bibirnya kepada bakal sepupu iparnya itu. Dia tahu lelaki itu amat terkenal dengan sikap kasanovanya. Ah, lelaki biasalah. Semuanya pantang kalau tengok perempuan.
            “ Hmm hari tu I tengok you bukan main baik lagi bila jumpa family Aakif. Bila malam tak kan dah jadi kelawar kot?” Pedas sindiran Kimi sambil ketawa besar.
            Qistina pula hanya tersenyum sinis dan tidak membalas. Dia terus meneguk air di dalam gelasnya sambil kepalanya digoyang – goyangkan sedikit mengikut alunan muzik. Sedikit pun kata – kata Tengku Danial Hakimi tidak memberikan kesan dalam hatinya.
            Tengku Danial Hakimi hanya memandang perempuan yang telahpun menjadi tunangan Aakif dan tidak lama lagi bakal menjadi isteri kepada sepupunya itu. Perempuan cantik macam kau ni mana sesuai untuk Aakif, Qis. Kau hanya sesuai untuk aku. Sekarang ni kau sombong lah dengan aku, Qis. Nanti baru kau tahu siapa aku. Aku tetap akan dapatkan kau. Kalau tak dapat zahir dan batin pun, batin kau pun dah cun Qis. Hahaha. Tengku Danial Hakimi ketawa besar dalam hatinya. Tak habis – habis dengan nafsu syaitannya.
***
Sementara itu di hospital, kelihatan Wafa dan Waiz resah menanti di luar bilik kecemasan. Dari tadi Wafa hanya mundar – mundir di hadapan pintu bilik kecemasan sementara menunggu pintu itu dibuka. Wajahnya jelas menunjukkan perasaan risau yang teramat sangat.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik kecemasan dibuka dari dalam. Muncul seorang doktor muda lelaki bersama jururawat sambil membawa fail rawatan ditangannya. Wafa yang dari tadi mundar – mandir di luar bilik itu segera menyerbu doktor dan jururawat yang baru keluar tadi.
“ Doktor, macam mana dengan pesakit tu doktor?” tanya Wafa dengan nada resahnya.
Doktor itu memberikan senyuman manis kepada dua beradik di hadapannya itu sebelum menjawab soalan cepumas dari Wafa. “ Sebelum tu, boleh saya tahu apa hubungan cik dengan pesakit?”
Serta – merta berubah air muka Wafa. Wafa segera memandang Waiz yang berada di sisinya itu meminta jawapan. Waiz pula hanya menjongketkan bahu memandang kakaknya. Alamak, apa aku nak jawab ni ha? Tak kan nak mengaku aku dah langgar laki tu tadi. Confirm masuk jail punya kalau aku mengaku. Nak mengaku adik – beradik lagi la tak logik. Terang – terang laki tu handsome. Aku ni bukan lawa mana pun. Setakat comel tu adalah. Sempat lagi Wafa mengomel dalam hatinya.
“ Err sebenarnya doktor, lelaki tu sepupu kami berdua. Kenapa doktor tanya? Teruk sangat ke keadaan dia doktor?” belum sempat Wafa membalas Waiz terus menjawab sambil memandang ke arah Wafa. Wafa pula menyiku lengan Waiz setelah mendengar penjelasan dari adiknya tadi. Hish, apa kau cakap ni, Waiz? Cakap je lah laki tu kemalangan. Bebel Wafa dalam hatinya.
            “ Oh begitu. Sebenarnya sepupu awak tu kehilangan banyak darah disebabkan hentakan yang kuat di kepala dia. Saya yakin sepupu awak tu dipukul dengan objek keras di kepalanya sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan kehilangan banyak darah. So, saya mintak tolong lah awak berdua cari penderma darah yang sesuai dengan sepupu awak tu. As soon as possible. Bekalan darah yang kami ada sekarang ni kemungkinan besar tak cukup.” Balas doktor dengan panjang lebarnya.
            Ternganga sedikit mulut Wafa apabila mendengar penjelasan dari doktor muda di hadapannya itu. “ Kalau macam tu, doktor ambil lah darah saya. Darah saya jenis O boleh derma dekat siapa – siapa kan?” Wafa terus menawarkan dirinya tanpa berfikir panjang. Baginya, dengan cara begini sahaja dapat mengurangkan sedikit perasaan bersalahnya kepada hamba Allah itu.
            Waiz sedikit terperanjat dengan tindakan drastik kakaknya itu. Setahu dia, Wafa amat takut dengan perkara yang melibatkan suntikan di tubuhnya. Segera dia menarik Wafa jauh sedikit untuk berbincang. “ Kak, kenapa akak nak derma darah pulak ni?” Tanya Waiz separuh berbisik.
            Wafa tersenyum tawar kepada adiknya. “ Ala, derma darah je dik. Tak luak pun kalau akak derma. Lagipun, ni je satu – satunya cara akak nak kurang perasaan bersalah kat laki tu Waiz.” Balas Wafa tenang.
            “ Tapi kak, kan doktor dah cakap laki tu hilang darah sebab kena pukul bukannya sebab kemalangan kak.” Waiz masih lagi tidak puas hati dengan tindakan kakaknya.
            “ Tak apa lah Waiz. Kau ni jangan lah risau sangat. Walau apapun sebab dia, akak tetap orang yang langgar dia dik.” Wafa menepuk perlahan bahu Waiz sambil berlalu menuju ke arah doktor yang sedang menunggu mereka. Waiz hanya mengeluh perlahan.
            “ Em macam mana cik?” tanya doktor muda itu mesra.
            “ Saya akan derma darah saya malam ni jugak.” Balas Wafa tersenyum. Waiz pula hanya mengangguk apabila matanya bertentangan dengan doktor itu.
            “ Baik lah kalau macam tu kita  ke bilik derma darah sekarang ye. Saya perlu check darah cik dulu.” Kedua – dua adik beradik itu hanya mengangguk lalu membontoti doktor dari belakang.
            Selesai pemeriksaan dilakukan kepada kandungan darah dalam tubuh Wafa, doktor muda itu mula melakukan proses mengambil darah yang hendak didermakan. Perlahan – lahan doktor memasukkan tiub jarum di tangan Wafa untuk mengambil darah. Wafa yang sememangnya takut akan benda tajam terus memejam matanya rapat. Waiz yang dari tadi memerhatikan kakaknya hanya menggelengkan kepala. Tu lah tadi macam berani sangat. Ngomel Waiz sendirian.
            Beberapa minit kemudian, selesai sudah proses pengambilan darah dilakukan. Wafa mencelikkan matanya semula. Terasa kepalanya pening sedikit mungkin disebabkan perasaan dirinya yang agak manja bila melihat jarum memasuki kulitnya tadi.
            Doktor muda itu tersenyum memandang Wafa. “ Ok dah selesai cik. Cik boleh lah balik rumah dulu berehat. Esok baru datang melawat sepupu cik tu ye.”
            “ Eh, saya tak dapat ke sekotak susu dan roti lepas derma darah ni doktor?” tanya Wafa dengan wajah yang selamba.
            “ Susu dan roti? Errr..” tergagap doktor muda itu untuk menjawab soalan pelik dari Wafa.
            Merah muka Waiz menahan malu dengan gelagat kakaknya itu. Segera dia membisik ke telinga Wafa. “ Kak, susu dan roti tu cuma dapat waktu kempen derma darah lah. Sekarang ni akak bukan sedang berkempen.” Waiz tersengih memandang doktor di hadapannya itu.
            Wafa pula hanya tersengih menahan malu. “ Sorry lah doktor. Saya ingatkan setiap orang yang derma darah akan dapat susu dan roti tak kira bila dan di mana jua anda berada.”
            Doktor muda itu ketawa kecil. “ Its okay. Sebenarnya kalau ada stok susu dan roti tu sekarang, memang saya bagi dah dekat cik.”
            Wafa tersenyum kecil mendengar gurauan dari doktor muda itu. Dalam hatinya mula berbunga – bunga. Hai lah doktor, tampan sungguh wajahmu ketika ketawa. “ Terima kasih ye doktor. Kalau tak cukup lagi darah nak tolong sepupu saya tu, doktor bagitau saya ye. Assalamualaikum.” Wafa sempat memberi salam sebelum melangkah pulang bersama Waiz.
            “ Ye waalaikumussalam.” Doktor itu hanya menggelengkan kepala sambil tersengih memandang kelibat Wafa dan Waiz berlalu pergi.

2 comments:

  1. time belajar awak xpenah derma darah pun.
    -melaka bandaraya bersejarah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy nak derma la tp awk sume yg slalu larang sy..
      suka jeles ngan kebajikan yg sy nk buat kan?hehehe

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?