“
No way, ma! Ok, ok Fakhri admit salah Fakhri ganggu majlis orang
tadi tapi takkan hukumannya sampai kena kahwin dengan Damia?! Fakhri cuma tak
nak tengok Fahim nikah dengan perempuan tu, ma.” Fakhri cekak pinggang depan
Puan Maria.
“ Yang kamu beria – ria nak bantah
sangat diorang kahwin, kenapa? Mama tak fahamlah.” Puan Maria memeluk tubuh dengan air
muka yang tenang.
“ Fakhri bantah sebab... err..
sebabnya Fahim tak cintakan Damia, ma.”
“ Mana kau tahu aku tak cintakan
Damia?” Belum sempat Puan Maria membalas, Fahim tiba – tiba menyampuk dari arah
anak tangga yang menuju ke tingkat atas.
“ Habis tu kau tak cintakan Puteri?”
Fakhri segera membidas.
Fahim terdiam sejenak.
“ Puteri dah tak wujud dalam hidup
aku.” Lambat – lambat pemuda itu membalas.
“ Dah tak wujud ke atau kau yang
buat – buat tak wujud?”
Bebola
mata Fakhri tepat ke wajah Fahim. Serius. Fahim sudah kematian kata. Biji mata
adik beradik itu bertembung buat seketika.
“ Kalau macam tu, apa masalahnya
lagi Fakhri? Mama pun dah cancel
majlis nikah Fahim dengan Damia kan esok?” Puan Maria pula meneruskan
perbincangan.
“ Masalahnya sekarang, kenapa Fakhri
pulak yang kena jadi pengganti?”
“ Habis tu, dah kamu yang jadi
pengacau majlis orang tadi kan? Takkan mama nak biar keluarga Damia dapat malu
macam tu aje. Bukan keluarga dia je, keluarga kita pun sama malu tau. Nasib
baik tak ramai orang dalam rumah Damia tadi. Kalau tak, mana mama nak letak
muka hah?” Puan Maria secara tidak langsung telah memberi syarahan percumanya
pagi itu.
Fakhri tarik nafas dalam sebentar. “
Ok, macam nilah. Apa kata mama postpone
dulu tarikh nikah kitorang ni sampai Fakhri habis belajar? Lepas grad, Fakhri
janji Fakhri setuju nikah dengan Damia ok?”
“ Apa yang kamu merepek ni, Fakhri?
Kalau nak nikah lepas grad, tak payah nikah pun tak apa dah. Eloklah mama pun
dah tanggung malu dengan saudara – mara yang datang petang nanti.” Puan Maria
sudah memicit kepalanya yang sakit memikirkan hal anak – anak.
“ Ma, tak apalah. Lagipun sebab
Fahim semua benda ni terjadi. Biarlah Fahim yang...”
“ Ok, ma. Fakhri setuju nikah dengan
Damia petang ni!”
Belum sempat Fahim menyambung kata,
Fakhri terlebih dahulu memintas. Puan Maria dan Fahim Rayyan serta – merta
tersentak. Masing – masing tercengang memandang wajah Fakhri yang tiba – tiba
membuat keputusan.
“ Lepas Asar kan bernikah? Ok, noted!”
Fakhri terus berlalu meninggalkan
mama dan abangnya yang masih membungkam kata di ruang tamu itu. Kelibat Fakhri
hanya mampu dipandang sepi. Seperti dalam mimpi bila anak manja dalam rumah itu
tiba – tiba menurut kata. Ajaib!
***
“ Aku terima nikahnya Nurul Damia binti
Ariffin dengan mas kahwinnya seratus ribu ringgit tunai...”
“ Seratus ribu? Tidakkkk! Aku kaya!
Aku kaya! Aku kayaaaaaaa! Hahaha. Terima kasih, Fakhri! Thank you so much!”
“ Hoi! Hoi! Seratus ribu apa benda
awak ni? Bangunlah. Dah nak maghrib ni.” Fakhri menggoyangkan sedikit tubuh
Damia yang sedang terbungkang atas katil.
Damia cuba mencelikkan kelopak
matanya yang terasa amat berat kala itu. Astaghfirullahalazim... mimpi rupanya! Patutlah orang tua – tua selalu pesan tak
elok tidur selepas waktu Asar. Pening lalat dibuatnya sebentar. Perlahan –
lahan dia menegakkan tubuh. Kelibat Fakhri yang betul – betul sedang berdiri di
hadapannya sambil memeluk tubuh membuatkan gadis itu terperanjat kecil.
“ Lena tidur?” soal Fakhri tiba –
tiba.
“ Lena lah jugak.” Balas Damia
selamba sambil menggosok – gosok.
“ Baguslah. Sebab malam ni turn saya pulak tidur atas katil.”
Erkkk! Damia tersentak kecil. “
Habis tu, saya nak tidur mana?” Eh, kejap! Saya? Ah, sudah! Sejak bila pulak
aku jangkit bersaya – awak dengan mamat ni pulak?
“ Tidurlah mana – mana pun. Awak
yang nak kahwin dengan saya kan? So, just
follow the flow.” Fakhri tersengih. Sengaja menghangatkan lagi hati Si
Pendengar.
“ Eh, kejap! Siapa nak kahwin dengan
siapa sekarang ni hah? Sekarang kau bagitahu aku siapa pandai – pandai datang
buat kacau kat majlis orang tadi?!” Damia juga tak nak mengalah.
“ Saya.” Fakhri membalas sepatah.
“ So?”
“ So... ada saya cakap nak kahwin dengan awak ke pagi tadi? Tak kan?”
“ Memanglah tak. Tapi aku nak bagi
kau pengajaran sikit lain kali jangan bertindak macam budak – budak. Umur dah
23 tapi...”
Belum sempat Damia menyambung kata,
Fakhri tiba – tiba mendekatkan wajahnya betul – betul beza seinci dari wajah
Damia. Damia terkedu. Lidah terus kelu hilang bicara. Mamat ni buat dah
perangai gila dia. Dah la kitorang berdua aje dalam bilik ni sekarang. Nak minta
tolong pun dah tak sempat dah ni.
Lama Fakhri mengamati wajah lembut
yang berada betul – betul di hadapan matanya sekarang. Dari sepasang mata gadis
itu turun ke hidung yang tak berapa nak mancung hingga ke bibir mungil yang tak
pernah lekang dengan bicara. Damia pula sudah terkedip – kedip kelopak matanya
terkedu memandang Fakhri.
“ You talk too much to your sweet 23 husband, Damia. Better awak pergi mandi sekarang sebelum
saya muntah dek bau masam yang berkepuk – kepuk dalam bilik ni!”
Fakhri
tersengih kambing seraya menjarakkan semula mukanya dari wajah Damia. Damia
pula hanya mampu merengus geram yang teramat sangat. Bau masam? Sabar Nurul Damia
sabar! Akan aku sekolahkan balik budak U ni nanti. Tengoklah!
***
Usai
menapak keluar dari bilik air, Damia mengeringkan rambut panjangnya yang basah
dengan tuala yang digunakan untuk lap badan tadi. Dia memang biasa guna sehelai
tuala aje. Rimas nak pakai banyak – banyak tuala, satu untuk badan, satu untuk
kepala... Err tak rajinlah pulak aku nak membasuh tuala banyak – banyak!
Uniform tidurnya lengkap disarung dari dalam bilik air lagi sebelum melangkah
keluar.
“ Dah ambil wudu’?” soalan yang tiba
– tiba terbit dari bibir Fakhri membuatkan Damia terkejut kecil. Kelam – kabut dia
mengangguk kepala laju.
“ Jom solat dengan saya.” Fahkri
segera mencapai songkok dan berdiri tegak di atas sejadah yang sudah dibentang.
Damia tercengang kejap. Agak lama dia
perhatikan belakang tubuh Fakhri yang sudah tegak berdiri menghadap kiblat.
Sungguh dia tak sangka pemuda itu juga mempunyai sifat – sifat yang mengajak ke
arah kebaikan. Macam tak sesuai je dengan imej dia. Hehehe. Hisy aku merepek
apa ni? Tak baiklah mengata err... su...a...mi... sendiri. Patutlah dua helai
sejadah sudah sedia terbentang di ruang solat itu. Memang sweet ke pura – pura sweet mamat
ni?
“ Hoi! Tercegat apa lagi kat situ? Kenapa? Awak nak jadi imam ke?” Fakhri memaling mukanya memandang Damia.
“ Eh, aku mana boleh jadi imam!”
“ Ha tahu pun. Dah tu, tunggu apa
lagi? Cepatlah.”
Fakhri kembali memandang kiblat semula.
Damia pulak dah buat gaya nak cekik tengkuk Fakhri dari belakang. Sabar ajelah
aku dengan mamat ni! Lantas cepat – cepat dia memakai telekung dan berdiri di
belakang imamnya, Fakhri Wafiy bin Mohd Fariduddin. Buat pertama kali perasaannya
terasa begitu janggal berimamkan seorang lelaki yang telah sah menjadi
suaminya. Dan dalam janggal itu mula terbit rasa bahagia. Bahagia?
Selesai pasangan suami isteri itu
bersalaman, dengan songkok yang masih berada di kepala Fakhri terus melompat ke
atas katil. Nasib baik tak patah kaki katil dibuatnya. Damia pula sudah
menggeleng kepala perlahan melihat gelagat suaminya. Dah ghaib la tu perangai
matang dia tadi! Sempat lagi Damia mengomel seraya melipat sejadah yang telah
digunakan.
“ Awak memang cintakan saya ke?”
Soalan yang tak tercapai akalmu dari
bibir Fakhri benar – benar menyentakkan Damia seketika. Terbantut dia nak
gantung telekung. Biji matanya segera dihalakan ke arah Fakhri yang senang –
lenang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di kepala katil.
“ Kau patut tanya soalan tu kat diri
kau sendiri, tahu tak?” Damia kembali menggantung telekungnya.
“ Apasal pulak?”
“ Ye lah. Kalau kau tak cintakan
aku, buat apa kau nak halang aku nikah dengan Fahim. Buat susah – susah aje.”
Damia tersengih mengejek. Berkata dengan penuh perasaan bangga.
Fakhri tercengang kejap dengan
jawapan yang diberikan isterinya. “ Eh, perasannya...”
Damia hanya tersenyum tidak
membalas. Dan buat pertama kalinya, Fakhri terpesona dengan senyuman yang
diukir di bibir gadis itu. Manis!
“ Kenapa awak setuju dengan cadangan
mama nak nikahkan kita? Bukan awak dah lama sukakan Fahim ke?” Fakhri
menyambung lagi sesi ice breakingnya.
“ Aku sukakan Encik Fahim tapi Encik
Fahim sukakan aku ke?” perlahan Damia membalas. Air mukanya sedikit berubah.
“ Dah tu, kenapa yang nak bertunang
dengan dia jugak?”
“ Entahlah. Mungkin sebab waktu tu
aku teruja sangat Encik Fahim ajak aku bertunang kot. Hah yang kau tanya aku
ni, apa motif kau sebenarnya datang buat kacau pagi tadi?” Giliran Damia pulak
menyoal.
“ Err entahlah. Mungkin sebab saya
teruja dapat tahu korang berdua nak bertunang kot.” Fakhri tarik sengih. Sengaja
memanipulasikan ayat isterinya.
Damia
sudah merengus geram. Budak ni kalau tak buat aku sakit hati sehari tak boleh
ke? “ Ok, logik sangat alasan kau tu kan?”
Usai
menghadiahkan sebuah jelingan buat suaminya, Damia melabuhkan punggungnya di
tepi katil. Fakhri sedikit terperanjat.
“
Eh, awak nak tidur atas katil jugak ke?”
“
Ye lah. Kau jangan cakap kau expect
aku nak tidur atas lantai pulak? Dahla aku tuan bilik ni.”
“
Sebab tu lah awak kena hormat saya sebagai tetamu bilik ni. Bagilah saya tidur
atas katil. Saya orang muda perlukan tenaga banyak tahu tak?”
“
Amboi, sedapnya bercakap! Orang mudalah patut tidur atas lantai sebab tenaga
korang masih fresh lagi. Orang tua
macam kitorang ni berpotensi tinggi kena osteoporosis tahu tak? Buat penat je aku minum
Anlene Chocolate hari – hari kalau macam tu.” bidas Damia pula.
“ Eleh, bukannya jauh sangat pun beza umur kita! Kalau saya tak nak tidur atas lantai jugak, awak boleh buat apa?” Fakhri masih
tak nak mengalah.
“
Tak nak sudah! Ala setakat tidur sekatil apa la sangat...” Damia tayang muka
selamba.
Fakhri
sudah tercengang. Apa la sangat? “ Ok, ok... meh sini meh, bucuk – bucuk tidur
sebelah abang meh!” Fakhri tersengih sambil menepuk bantal di sebelahnya untuk
Damia.
Erkk!
Abang? Rasa nak gelak terbahak – bahak pulak. Tanpa segan – silunya, Damia
terus merebahkan tubuhnya di sebelah Fakhri. Fakhri tergamam kejap. Air liur
yang tersekat di kerongkong cuba ditelan. Huish perempuan ni memang betul –
betul beranilah! Tiba – tiba Damia meletakkan bantal peluk di tengah – tengah ruang
antara mereka.
“
Kalau esok pagi aku dapat tahu kau langkah benteng pertahanan ni, bersiap
sedialah kaki kau untuk jadi daging cincang faham?” Damia menjegilkan biji
matanya sikit. Kononnya nak bagi pemuda itu kecut perut.
Fakhri
tergelak kecil. Damia pula buat mimik muka pelik. “ Kenapa gelak?”
“
Nothing. Kalau awak merayu dengan air
mata darah sekalipun saya takkan langkahlah benteng ni. Same to you, miss! Kalau esok pagi saya tengok kaki awak dah takluk
kawasan jajahan saya, jangan tanya kenapa tiba – tiba dapat surat lawyer dari court ok?”
Kali
ni, Damia pula yang gelak besar. “ Ok, deal!”
Lantas
gadis itu memusingkan tubuhnya membelakangkan Fakhri. Hmm hari tu aku tengok
Semanis Kurma, tak elok tidur membelakangkan suami. Haih. Nak tak nak, Damia
memusingkan tubuhnya menghadap Fakhri semula. Kelopak matanya dipejam rapat. Tak
sanggup nak tengok wajah Fakhri yang confirm
sedang pelik melihat gelagatnya. Ah, halal aje lah! Budak – budak je pun mamat
ni. Tapi budak lagi ke kalau dah umur 23 tahun?
*****
~ to be continued ~
Sorry
tau kalau chapter kali ni x memuaskan hati..karang dlm masa sehari je ni..klu
nmpk selerak tu, tutup mata je tau? =)
pendeknya...x puas baca nih .hehehhe
ReplyDeleteBEST TAPI PENDEK X PUAS.
ReplyDeletebetul2..nak lg writer. xpuas bab ni
ReplyDelete