Wafa Amani memegang sebuah buku
teks dan buku rujukan sambil berjalan masuk ke dalam kelas 5 sains 1. Usai
membalas ucapan selamat pagi dari pelajarnya, dia segera meletakkan buku –
bukunya di atas meja yang dikhaskan untuk guru. Dia memandang setiap wajah
murid – murid di hadapannya itu.
“
Ada sesiapa tak hadir hari ni?” selaku guru tingkatan bagi kelas itu, ayat
itulah yang akan keluar dari bibirnya sebelum memulakan pengajarannya.
“
Nadia, cikgu.” balas ketua tingkatan yang dilantik melalui undian ramai itu.
“
Nadia?” Serta – merta biji matanya beralih ke arah tempat duduk Nadia. Betul
lah, kerusi dan mejanya kosong. Kenapa budak ni tak hadir pulak hari ni? Tak
pernah – pernah pun dia ponteng sekolah selama ni.
Usai
mencatatkan sesuatu dalam buku kedatangannya, dia mencapai buku rujukan matematik tingkatan lima di atas mejanya.
Diselak – selaknya muka surat itu seketika. Lantas dia mencapai marker pen dan bangun dari kerusinya
menuju ke papan putih.
“
Ok kerja rumah semalam, hantar ke hadapan ya. Hari ni seperti biasa cikgu akan
bagi latihan sebagai penutup bab yang kita dah habiskan semalam. Lepas ni, kita
akan masuk bab yang baru pulak.” Tangan Wafa ligat menulis sesuatu di atas
papan putih. Pelajarnya turut menyalin apa yang ditulis oleh guru mereka itu.
Tak
sampai 15 minit, Wafa sudah duduk di kerusinya sambil memerhatikan anak
muridnya membuat kerja. Tulisannya usah dipersoalkan lah. Sudah tentu hodoh.
Nasib baik banyak main nombor aje. Kalau jadi cikgu BM memang fail dah ni.
“
Cikgu, yang bawah sekali tu nombor berapa?” kedengaran suara Akmal bertanya
dari tempat duduknya.
Wafa
segera menoleh ke arah papan putih. Kemudian, dia mencari semula soalan yang
ditulisnya itu dalam buku rujukan yang digunakan tadi. “ Oh, tu nombor 56.”
Balas Wafa tersengih. Cis, aku sendiri pun tak faham dengan tulisan aku!
Wafa
kembali memerhatikan gelagat anak muridnya menyiapkan kerja. Ada yang sedang
berbincang, ada yang buat seorang diri, jangan ada yang tak buat langsung
sudah. Seketika kemudian, dia mencapai kerja rumah yang telah dipungut oleh
ketua tingkatan tadi. Dengan pen merah yang sudah tersedia di celah jari
runcingnya, dia mencari – cari kakulator dalam beg tangannya. Tiba – tiba
kedengaran bunyi telefon bimbitnya berdering. Segera dia mencapai handphonenya terlebih dahulu.
“
Assalamualaikum.” Wafa memberi salam kepada nombor pemanggil yang tidak
dikenalinya itu.
“
Waalaikumussalam, Cikgu Wafa. Saya ni Taufiq.” Kedengaran suara garau seorang
lelaki dari corong telefon bimbitnya.
Wafa
terperanjat kecil. Taufiq? “ Oh ya ada apa awak telefon saya?” Wafa mengawal
suara.
“
Em saya nak bagitahu yang adik saya tak dapat datang ke sekolah hari ni.” balas
Doktor Taufiq tenang.
“
Tak apa saya tahu dia tak datang sekolah hari ni. Tapi pastikan dia datang esok
bawa surat alasan kenapa dia tak datang sekolah ya. Kalau tak, saya terpaksa
anggap dia ponteng.” Jelas Wafa.
“
Ok pasal surat tu nanti saya akan uruskan. Em lagi satu, saya nak bagitahu yang
Nadia akan dipindahkan sekolah tak lama lagi.”
Sekali
lagi Wafa terperanjat. “ Eh, pindah sekolah mana awak?”
“
Sekolah di KL. Saya akan uruskan pertukaran sekolah dia tak lama lagi.”
“
Tapi tahun ni kan dia akan ambil SPM. Kenapa tak tunggu dulu? Alang – alang dah
pun nak tukar sekolah waktu ni.”
“
Sebabnya saya akan mula bertugas di KL tak lama lagi. Jadi, Nadia tak ada
pilihan lain dia terpaksa ikut saya. Lagipun, ibu dan ayah saya dekat KL pun
dah paksa kami duduk sana.” Jelas Taufiq satu persatu.
“
Em jadi awak pun akan pindah KL lah ya?” balas Wafa perlahan.
“
Yup. Kenapa? Awak sedih ya?” soal
Taufiq dalam nada gurau.
“
Eh, mana ada lah. Em kalau macam tu nanti saya tolong awak uruskan pertukaran
Nadia dengan pihak pentadbiran ya?” balas Wafa lagi.
“
Ok. Nanti kalau ada apa – apa hal awak bagitahu saya ya.”
“
In shaa Allah. Assalamualaikum.”
“
Waalaikumussalam.”
Usai
salamnya dijawab, Wafa segera mematikan talian telefon bimbitnya. Hatinya mula
terasa kosong. Sedih? Hmm apasal semenjak dua menjak ni ramai orang nak pindah
KL pulak? Dalam kepala otaknya mula mengingatkan bayangan Aakif yang sudah
kembali sisi keluarganya. Mesti keluarga Tengku tu berada. Duduk KL pulak tu.
Untung lah kau Tengku lahir – lahir dah boleh main Ipad. Aku ni lahir – lahir
dulu tahu main congkak je tau. Itupun kena korek lubang sendiri dekat tanah.
***
Hari ni merupakan hari pertama
sejak kepulangan Tengku Aakif Nawfal menjejakkan tapak kakinya ke Menara MS
Land Holdings. Biji matanya memerhatikan ruang sekeliling syarikat milik
keluarganya itu. Fantastic! Seluruh
warga syarikat mega itu begitu terperanjat dengan kehadiran orang kedua
terbesar dalam ahli lembaga pengarah yang sudah dikhabarkan hilang sejak minggu
lepas. Namun, mereka hanya mampu menundukkan kepala tanda hormat dan berbicara
sesama sendiri. Tidak berani untuk bertanya lebih – lebih.
Dari
jauh lagi, kelihatan Tengku Danial Hakimi hanya memerhatikan sepupunya
merangkap musuhnya berjalan beriringan dengan Tengku Muaz menuju ke pejabat.
Sakit hatinya bukan kepalang lagi apabila melihat anak – beranak itu kembali
bersatu. Aku benci kau, Aakif! Jerit hati kecilnya. Memberontak.
Tengku
Muaz membukakan pintu bilik anak tunggalnya itu lalu melangkah masuk ke dalam.
Tengku Aakif Nawfal hanya membontoti papanya dari belakang. Hampir terbeliak
biji matanya tika itu apabila melihat ofisnya yang serba mewah. Tengku Muaz
sudah pun duduk bersandar di sofa sambil tersengih memandang gelagat anaknya
itu.
“
Betul ke ni ofis Aakif pa?” Aakif terpegun. Betul – betul teruja.
“
Yup. Kalau tak percaya, tengok lah
nama Aakif dekat meja tu.” Balas Tengku Muaz tersenyum.
Aakif
segera mengalihkan kepalanya ke arah meja. Dilihatnya nama Tengku Aakif Nawfal
tertera di hadapan meja itu. Lantas dia menuju ke arah kerusi kulit berwarna
hitam lalu melabuhkan punggungnya perlahan. Dia bersandar megah. Sesekali
kerusinya itu dipusing – pusingkan sedikit. Huish selesa gila! Rasa macam nak
tidur pulak.
Tiba
– tiba matanya tertancap ke arah sebuah bingkai gambar di atas mejanya. Dia
segera mencapai gambar yang mempamerkan dirinya dan seorang perempuan muda.
Lama dia merenung gambar itu. Dalam otaknya ligat memikirkan sesuatu.
“
Pa, siapa perempuan ni?” Aakif menayang muka pelik sambil menunjukkan bingkai
gambar tersebut ke arah Tengku Muaz.
Belum
sempat Tengku Muaz membalas, pintu bilik itu tiba – tiba dibuka dari arah luar.
Kelihatan Qistina dan Tengku Danial Hakimi segera melangkah masuk ke dalam
bilik itu. Qistina tercegat berdiri di hadapan tunangnya. Matanya tidak
berkedip memandang Tengku Aakif Nawfal. Aakif mula mengerutkan dahi. Lantas
pandangannya dialihkan ke arah Tengku Muaz meminta jawapan.
“
Aakif tanya lah tuan empunya diri sendiri.” Balas Tengku Muaz tersengih.
Qistina
sudah bergenang air mata memandang buah hatinya itu. Lantas dia terus memeluk
tubuh sasa itu kerana terlalu gembira. Semua mata yang berada di situ serta –
merta terperanjat. Termasuk Tengku Aakif Nawfal. Dia keras. Langsung tidak
membalas pelukan wanita itu.
“
Ke mana you pergi selama ni, Aakif? You tahu tak I risaukan you sangat? I
tak sanggup kehilangan you Aakif.”
Wajah Qistina sudah mulai comot dengan eyeliner
dan maskara akibat air matanya yang mencurah – curah.
Aakif
segera meleraikan pelukan dari wanita itu. Diperhatinya gadis itu dari atas
hingga bawah. Siapa pulak perempuan ni? Bini aku ke nak peluk – peluk bagai?
Lantas dia mencapai kotak tisu di atas mejanya lalu dihulurkan kepada Qistina.
Qistina memandang pelik jejaka di hadapannya. Air matanya sudah pun berhenti.
Tangannya tetap menyambut huluran dari Aakif.
“
Err boleh saya tahu awak ni siapa?” Aakif bersuara tiba – tiba.
Qistina
tersentak. Tengku Danial Hakimi sudah mengukir senyuman. “ Kif, kenapa dengan you ni? Tak kan you tak kenal I dah.”
Jari – jemari Qistina sudah memegang lengan Aakif.
Aakif
cepat – cepat melepaskan lengannya. “ Cakap pakai mulut aje boleh tak? Tak
payah lah nak pegang – pegang.” Aakif mula meninggikan suaranya sedikit. Entah
mengapa dia tidak begitu menyukai wanita di hadapannya itu.
“
Tengku Aakif Nawfal! Sampai hati you
cakap dekat I macam ni. Hantu mana
yang dah rasuk badan you ni ha?” Qistina mula melenting. Sakit hatinya.
“
Kimi, kamu bawak Qis keluar dulu. Aakif biar paksu yang uruskan.” Tengku Muaz
segera berbisik ke telinga Kimi untuk meredakan suasana.
Tengku Danial
Hakimi hanya menganggukkan kepalanya tanda akur. Lantas dia memegang lengan
Qistina dan memujuknya keluar meninggalkan ruang bilik itu. Dengan air mata
yang masih berbaki, Qistina melangkah laju keluar dari bilik tunangnya.
Tengku Muaz
melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Aakif. “ Kenapa
Aakif cakap macam tu dekat dia? Aakif tak suka dia ke?” duga Tengku Muaz.
“ Bukan tak suka
pa. Tapi cara dia tu main terkam orang. Entah siapa – siapa je perempuan tu.”
“ Kalau Aakif
nak tahu, nama dia Qistina.”
Qistina?
Macam pernah je aku dengar nama ni. “ Qistina yang nenda sebut hari tu ke pa?”
Soal Aakif lagi.
Tengku
Muaz hanya menganggukkan kepalanya. “ Qistina tu sebenarnya tunang Aakif.”
Sambung Tengku Muaz lagi.
Tengku
Aakif Nawfal terperanjat besar. “ Tu..tunang?” Aakif gagap. Terasa berita yang
baru diterimanya itu langsung tidak boleh dipercayai.
“
Yup. Tak lama lagi dia akan jadi
isteri Aakif.” Balas Tengku Muaz bersahaja.
Isteri?
Aduh, berita apakah yang begitu buruk untuk aku dengar ini? Rupanya hidup aku
ni tak seindah yang disangka. “ Wait pa,
are you kidding me?”
“
Aakif ada nampak muka papa sedang buat lawak ke sekarang?” soal Tengku Muaz
pula selamba.
Tengku
Aakif Nawfal menggelengkan kepalanya perlahan. Seketika kemudian, dia
melepaskan keluhan berat. “ Pa, cuba story
sikit macam mana Aakif boleh bertunang dengan perempuan tu pulak?”
“
Nenda yang nak sangat jodohkan kamu berdua. Katanya nak luaskan lagi empayar
syarikat kita. Mama Qis tu pulak antara pemegang saham syarikat ni.” jelas
Tengku Muaz tenang.
“
Habis tu, Aakif setuju nak kahwin dengan Qistina?” soal Aakif tidak puas hati.
“
Ye lah. Kalau kamu tak setuju, macam mana pulak boleh bertunang.”
Sekali
lagi Tengku Aakif Nawfal melepaskan keluhan berat. “ Aakif rasa ada hikmah apa
yang berlaku semua ni pa. Aakif tak rasa yang Aakif memang sukakan Qistina.”
“
Tak apa lah, Kif. Apa yang kamu buat pun, papa tetap sokong dari belakang.
Sudah lah. Papa masuk ofis dulu ya. Kamu tengok – tengok lah fail – fail kerja
yang kamu selalu handle kat sini
dulu.” Balas Tengku Muaz tersenyum lantas bangun dari kerusinya dan melangkah
keluar dari bilik itu.
Tengku
Aakif Nawfal hanya memandang sepi kelibat Tengku Muaz melangkah keluar. Usai
pintu biliknya tertutup rapat semula, dia segera menyelak fail kerjanya di atas
meja. Dalam otaknya masih terngiang – ngiang penjelasan dari papanya tadi.
Nasib baik lah baru tunang. Kalau bini aku tak ke naya. Itupun kira bakal jadi
bini aku jugak lah tak lama lagi. Haish serabut pulak rasanya.
Tak
lama kemudian, kedengaran bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbitnya. Aakif
segera mencapai telefon bimbitnya itu lalu dia membuka pesanan yang baru
diterimanya dari Waiz. Nasib baik dia sempat menyimpan nombor telefon Waiz
sebelum pulang ke rumahnya tempoh hari. Kalau tak, susah lah dia hendak
berhubung dengan keluarga itu.
- Abang, lusa dah hari Ahad. Abang tak kasihan ke
dekat Kak Wafa?
Aakif segera melihat ke arah kalendar
di atas mejanya. Ahad? Lantas dia menaip sesuatu di atas skrin sentuh Samsung
Galaxy S3 nya.
- Tak apa Waiz. Doktor Taufiq boleh tolong Kak
Wafa nanti.
- Abang tahu tak, sejak abang tak ada Kak Wafa tu
macam tak ceria aje. Pagi tadi waktu breakfast, boleh pulak dia terjerit –
jerit nama abang dari dapur suruh bangun tidur.
Aakif tersenyum
apabila membaca teks yang baru diterimanya itu. Tak sangka kau ingat jugak
dekat aku kan Wafa. Tapi betul ke Waiz ni? Entah – entah nak pancing aku kot?
Tak apa lah sekurang – kurangnya tenang
sikit hati aku ni mendengarnya. Tengku Aakif Nawfal mula mengukir senyuman.
betul ada hikmah... qistina x sesuai tuk Aakif
ReplyDelete