Followers

Saturday, 16 February 2013

Cerpen ~ Tomboy Pencuri Hati


Iffat Wajdi mengamati lama wajah perempuan yang sedang control ayu di hadapannya itu. Dari segi percakapannya, tutur caranya, rupa parasnya nampak sangat sedang dibuat – buat. Lantas dia membebaskan keluhan berat. Perempuan semuanya sama. Plastik! Semakin lama dia duduk di restoran itu, semakin berapi punggungnya dirasakan. Jangan sampai aku bertukar jadi Goku Super Saiyan kang. Ni kalau bukan sebab mama ugut nak bawak aku jumpa bomoh bagi mandi bunga, jangan harap aku nak datang temu janji ciptaannya ni! Bukannya dia tak kira, masuk kali ni saja sudah nak dekat sepuluh orang perempuan yang dia nak kenalkan dekat aku. Agak – agaknya bila lah mama nak give up ni?

            “ Dah habis dah?” tegur Iffat tiba – tiba.
      
Eryna sedikit tersentak. Lantas dia meletakkan perlahan cawan yang berisi coklat panas itu di atas meja.

            “ Habis apa awak?” wajahnya dipelikkan.

            “ Habis minum air tu lah.” Iffat membalas malas. Rimas betul matanya bila melihat gadis ‘ayu’ di hadapannya itu teguk air mengalahkan kura – kura dalam perahu.

            “ Oh, habis dah. Awak ada benda nak tanya saya ya?” Eryna mengukir senyuman paling manis sekali dalam seumur hidupnya. Dengan harapan pemuda di hadapannya itu tergoda.

            “ Agak – agak sampai pukul berapa temu janji kita ni nak habis?”

            Air muka Eryna sudah berubah. Namun, sedaya upaya dikawalnya. Bibirnya masih tak lekang dengan senyuman. “ Err usahawan muda macam awak ni mesti sibuk dengan kerja kan?”

            “ Kalau dah tahu tu bagus lah...” belum sempat Iffat menghabiskan kata, gegendang telinganya tiba – tiba menangkap ke arah seorang chef yang sedang ditengking hebat oleh salah seorang pelanggan wanita restoran mewah itu. Segera biji matanya dihalakan.

            “ Saya minta maaf sangat – sangat, puan. Biar saya tukarkan dengan masakan yang baru ya?”

“ Awak ingat saya datang sini nak buang masa tunggu awak masak makanan yang lain? Mana pengurus restoran ni? Saya nak jumpa sekarang!” suara wanita ala – ala datin itu sudah naik pitch.

            Iffat pula tersengih sinis lantas mengalih semula pandangan ke arah gadis di hadapannya itu. “ Awak percaya tak chef tu akan kena pecat kejap lagi?”

            Eryna sudah merenung tajam pemuda di hadapannya. Patut lah mak dia beria – ria sangat suruh aku bertemu janji dengan anak dia ni. Rupanya memang jenis lelaki perangai perasan bagus! Berang betul hatinya bila ditanya dengan soalan yang langsung tak ada kaitan dalam hal temu janjinya itu. Sudahlah sejak tadi lelaki di hadapannya itu pura – pura menguap banyak kali bila dia sedang bercerita. Nampak sangat lelaki itu sengaja ingin menyakitkan hati. Pantas dia mencapai kasar tas tangannya lalu disangkutkan ke bahu.

            “ Saya tak berminat nak ambil tahu chef tu kena pecat ke tak. Yang saya tahu, kalau Encik Iffat Wajdi tak berminat nak bertemu janji dengan saya tolong bagitahu mak awak tu yang anak lelaki dia ni tak ada perasaan pada perempuan, faham!”

Lantang suara gadis itu tepat ke muka Iffat. Puas hatinya. Hayunan laju kaki gadis itu segera meninggalkan Iffat yang sedang memberi sengihan mantapnya. Ma, tengok lah sendiri. Semua perempuan yang mama pilih tak sukakan Iffat. Apa salah Iffat, ma? Ah, drama king sungguh kau ya! Padahal sendiri punya pasal. Hahaha. Biji matanya dikalihkan semula ke arah insiden chef dengan pelanggan tadi.

“ Mulai esok, awak tak payah datang kerja dah!”

Kedengaran pengurus restoran itu memberi arahan tegas. Chef yang baru saja dipecat tadi nampaknya terpaksa menelan pahit arahan yang diberikan. Kan aku dah cakap, chef tu akan kena pecat. Rugi kau balik awal, Eryna! Hahaha.

***

Sebulan berlalu..

Nurul Husna atau nama saintifik aku Hus, menghempas bebas tubuh di atas sofa di ruang tamu itu. Topi di kepala aku buka lalu aku biarkan bertaburan di atas lantai. Ayu, teman serumah sewa aku sudah menggelengkan kepala melihat tabiat aku yang masih tidak berubah sejak dulu. Lantas secara tidak langsung dia menjadi bibik sementara aku mengutip topi di atas lantai lalu diletakkan di atas meja.

            “ Kau ni Hus bila lah nak berubah jadi perempuan sejati hah? Perangai mengalahkan lelaki. Tu rambut kau tu lagi kesian. Asal nak panjang sikit je, kau potong. Kenapa lah kau tak bagi dia hidup lama sikit?” Ayu memulakan mukadimah syarahan percumanya seperti biasa. Entah – entah mak aku yang suruh Ayu take over syarahan dia sementara dia pergi umrah ni.

            “ Ala nanti dah kahwin aku jadi lah perempuan sejati, Yu. Aku simpan rambut panjang, mekap lawa – lawa, buat gaya ayu macam kau selalu buat tu kan?” sempat lagi aku memerli serentak menghambur ketawa. Padahal tak lawak mana pun.

            “ Ada ke orang yang nak kahwin dengan kau selagi kau tak ubah gaya tomboy kau ni?” giliran Ayu pula menyindir.

            “ Eh, kau jangan pandang rendah dengan aku tau! Gaya je tomboy tapi aku bukan tomboy. Aku bukan tomboyyyy!!!” boleh pulak aku jerit ala – ala Scha Alyahya dalam filem Aku Bukan Tomboy tu.

            Ayu sudah tersengih. Memang dia faham sangat perangai aku ni macam mana. “ Ha macam mana dengan interview kerja kau tadi?” tukar topik. Malas nak layan aku agaknya.

            Bila mengingatkan hal kerja ni, serta – merta sakit ulu hati aku datang balik. Berapa botol Gaviscon aku telan pun aku tak kira dah. Kalau tak disebabkan aku kena berhenti dari restoran dulu, mesti aku dah dilabelkan sebagai chef yang terkemuka di Malaysia ni.

            “ Ya encik, sedap sangat ke masakan saya ni? Oh, jangan lah puji macam tu encik! Malu pulak saya.” Haish dalam mimpi pun belum tentu kau akan dapat pujian macam ni, Hus. Berangan sudah semestinya!

            Kalau mak datin tu tak complain spaghetti aku masak hari tu, mesti aku dah dengar pujian melambung – lambung dekat telinga aku ni. Ni semua mak datin cucuk vitamin C tu punya pasal. Kalau aku jumpa dia kat tepi jalan, memang aku sumbat vitamin Z dalam mulut dia. Baru dia tahu nak zip mulut.

            “ Hoi! Kau berangan apa? Tak dengar ke aku tanya apa?”

Suara Ayu terus membunuh lamunan aku dengan kejamnya. Menganggu konsentrasi betul minah ni! Aku baru nak bayangkan muka mak datin tu kena zip mulut.

“ Mesti lah aku tak dapat kerja tu. Kalau dapat, aku dah kecoh satu alam semesta dah tau. Bak kata pepatah, kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Aku tersengih dahsyat. Berkata dengan penuh yakin.

Ayu sudah menghambur tawa bagai kena sampuk. Aku rasa aku tak buat lawak pun. Tapi tak apa lah janji kau bahagia wahai sahabatku!

Tak habis – habis dengan pepatah kau tu, Husna. Dah la guna peribahasa tak kena tempat. Merosakkan bahasa ibunda betul! Ayu membebel sendiri dengan ketawa yang masih berbaki.

***

            “ Apa kau cakap, Khamis? Kau ulang balik.” suara garau itu sudah memenuhi ruang pejabat. Terkejut benar lagaknya.

            “ Saya cakap kita punya model produk baru tu dah hilangkan diri, bos. Saya dah cuba contact dia banyak kali tapi yang asyik tak dapat, bos. Saya rasa dia ada hutang along kot sampai nak larikan diri segala.” Khamis, satu – satunya setiausaha lelaki yang boleh bertahan dengan karenah Iffat.

            “ Dia tu gila ke apa? Boleh pulak dia larikan diri dalam saat – saat genting macam ni! Arghh.. tak guna!” Iffat menumbuk meja kuat. Nasib baik tak pecah, kalau tak membazir aje nak beli meja baru.

            “ Bos, bawak bersabar bos! Kita kena cari model ganti secepat mungkin, bos. Malam ni, perfume baru kita akan diperkenalkan.”

            “ Kau tak cakap pun, aku tahu lah. Sekarang aku nak dalam masa lima minit kau pergi cari mana – mana perempuan datang bawak jumpa aku. Cepat!!!” boleh pecah gegendang telinga Khamis rasanya dengan lantangan suara itu.

            “ Li..lima minit, bos?” tergagap Khamis dibuatnya.

            “ Yup! Lima minit! Seminit dah pun berlalu dan kau masih bertenggek dekat sini lagi?!”

            Terkocoh – kocoh Khamis melangkah keluar dari bilik bosnya itu. Sudah lah dia jenis yang lemah semangat. Diberi pulak arahan kejam sebegitu rupa. Memang sadis sungguh hidupnya!

            Betul – betul tak sampai lima minit, kelihatan Khamis dan seorang perempuan tercegat berdiri di hadapan mata Iffat. Terkejut jugak air muka Iffat dibuatnya namun bibirnya sudah mengukir senyuman puas hati kepada Khamis. Ni yang aku suka secretary lelaki ni! Pantas!

            “ Mana model baru tu?” tak sabar nada Iffat.

            Khamis menggerakkan biji matanya ke sebelah kiri. Iffat turut sama mengalihkan pandangannya ke arah perempuan yang jelas sedang terpinga – pinga itu. Ditelitinya dari topi di atas kepala perempuan itu sehinggalah di hujung kasut sukan yang tersarung  di kaki. Tu belum campur dengan seluar jeans lusuh dan baju T gambar Goku Dragon Ball GT yang tersarung di tubuh perempuan itu lagi. Perempuan macam ni nak jadi model?

            “ Sekejap ya, cik!” Segera Iffat memberi isyarat mata kepada Khamis untuk keluar berbincang seketika.

            Usai memastikan kelibat bos dan setiausaha lembutnya hilang di ruang itu, Husna pun apa lagi terus cari kerusi untuk melabuhkan punggung lah. Ya, aku lah perempuan yang terpilih untuk diberi kerja dalam syarikat ni. Kerja apa tu aku tak tahu lah. Jadi kerani pun dah ok asalkan aku mampu bayar sewa rumah yang tertunggak dua bulan tu. Kalau masuk bulan ketiga memang merempatlah aku dengan Ayu. Tapi apasal bakal bos aku ni lambat sangat nak interview? Tadi setiausaha dia cakap syarikat ni terdesak nak pakai orang. Nasib aku memang baik lah sebab aku baru try nak mintak kerja dekat sini tadi. Tiba – tiba di offer pulak. Bertuah badan betul!

            “ Model apa yang kau cari ni, Khamis? Tomboy tu tahu tak?” Iffat sedaya – upaya perlahankan suaranya yang memang sudah meninggi itu.

            “ Habis tu, dah bos yang cakap nak perempuan dalam masa lima minit. Bos tak cakap pun tak nak tomboy.” Polos lah pulak si Khamis ni.

            Iffat membebaskan keluhan berat sejenak. “ Patut lah orang suka ambil perempuan jadi secretary kan?” Lantas lelaki itu melangkah masuk ke dalam pejabatnya semula. Dengan muka yang tak kenal erti perasaan bersalah, Khamis membontoti Iffat dari belakang.

            Aku membetulkan cara duduk apabila menyedari pasangan lelaki tadi kembali memenuhi ruang mataku ini. Aku menayang wajah pelik apabila melihat bos yang turut pelik memandang ke arah aku. Buat seketika kami sama – sama pelik. Tiba – tiba tangan lelaki itu terus membuka topi di atas kepalaku. Rambut depanku yang disikat ke belakang jatuh menutup dahi. Aku terkejut sekejap. Ini yang buat aku rasa nak pukul orang sampai koma ni!

            “ Hoi, apa ni?!” suara perempuan aku pecah seketika. Aku pantas merampas topi dari tangan lelaki biadap itu.

            Iffat langsung tak terkejut. Yang pasti, dia sudah terpegun gila melihat raut wajah di sebalik topi tadi. Cantiknya, tomboy ni! Eh, perempuan lah! Kenapa dia sorok wajah cantik mcam ni bawah topi? Air liur yang tersekat di kerongkong cuba ditelan. Tapi aku macam pernah tengok muka perempuan ni. Aku pernah jumpa dia ke?

            “ Ok done!” suara Iffat terkeluar tiba – tiba. Terkejut beruk aku dibuatnya. Bukan aku sorang je, Khamis bin Jumaat ni pun terkejut jugak tau!

            Done apa bos?” tergagap Khamis bertanya. Iffat memberi sengihan misteri pulak.

***

Aku mengerling tajam lelaki tampan di sebelah. Jangan ingat kau handsome kau boleh poyo dengan aku! Aduh, buat pertama kalinya dalam sejarah Melayu Melaka, Nurul Husna binti Ahmad Hassan memakai gaun beropol – ropol! Sudah lah gaun yang penuh dengan ciri – ciri keperempuanan, boleh pulak warna pink. Tak sesuai langsung dengan imej aku. Tapi tak apa, aku sanggup calarkan imej aku malam ni sebab bayaran yang berbaloi – baloi. Kalau tak, memang jangan harap lah!

            Dari tadi, Iffat asyik mengintai model tangkap muat di sebelahnya melalui ekor mata. Waktu mula – mula dia melihat Husna selesai didandan cantik oleh juru mekap, dia tidak mampu memandang ke tempat lain lagi. Apatah lagi bila gadis itu betul – betul berada di sebelahnya sekarang. Sungguh, hatinya sudah terjerat!

            Tepat pukul 11 malam, majlis tamat dengan jayanya tanpa wujud sebarang masalah. Aku yang sudah membersihkan cat di muka yang diorang tempek tebal – tebal tadi segera melangkah keluar dari bilik touch – up. Sedang aku sibuk membetulkan topi di kepala, tiba – tiba biji mataku menangkap secara automatik ke arah lelaki yang sedang bersandar di tepi dinding sambil memeluk tubuh. Apa hal pulak mamat ni buat dekat sini? Aku sengaja buat – buat tak perasan.

            “ Kenapa awak mesti pakai topi?”

            Teguran itu telah membuatkan langkah kaki aku mati tiba – tiba. Lantas aku menoleh ke arah Iffat yang sedang berwajah macho. “ Ada masalah ke saya pakai topi?”

            “ Ada. Masalah besar bagi saya tau.” Iffat masih menahan macho.

            Oh, please... Nak muntah aku tengok muka macho dia tu! “ Apa masalahnya?”

            “ Masalahnya, saya susah nak tengok muka awak.”

            Jawapan itu membuatkan aku terkesima sekejap. Air muka yang sedang berubah cuaca sedaya – upaya aku kawal. Tolong jangan tunjuk kau teruja ya, Hus!

            “ Gila ke apa?” Aku terus berlalu pergi meninggalkan Iffat yang terkulat – kulat sendirian.

            Iffat pula sudah ternganga mendengar ayat yang baru keluar dari mulut gadis itu. Dia cakap aku gila? Perempuan jenis apa ni? Tak kan dia tak faham langsung bila seorang lelaki hendak memikat perempuan?

***

Pagi itu, Iffat kelam – kabut mengikat tali lehernya di dalam pejabat. Ni semua sebab perempuan tu punya pasal semalam. Kalau aku boleh tidur dengan tenteram tanpa membayangkan muka dia semalam, mesti aku bangun awal pagi tadi. Ini sampai nak pakai tali leher pun dah tak sempat. Haish... Keluhan berat dilepaskan seketika. Pantas dia menekan interkom di meja.

            “ Khamis, masuk kejap!”

            Tak sampai dua minit, Khamis muncul di hadapan mata Iffat dengan efisiennya. Maklum lah sebab dia amat berpegang pada cogan kata Mesra, Cepat dan Betul. Hehe.

            “ Ya, bos!”

            “ Model ganti semalam tu ada tinggalkan contact number dia tak?”

            Khamis berfikir sejenak. “ Tak sure lah, bos. Lepas dapat payment semalam, dia terus balik.”

            Iffat menggosok – gosok dagunya sedikit. “ Kenapa bos?” soal Khamis pelik.

            “ Aku nak dalam masa lima minit, kau pergi cari buku biodata tentang model ganti semalam tu!” Iffat mula menggunakan kuasa vetonya.

            “ Buku biodata? Untuk apa bos?”

            “ Seminit dah berlalu, Khamis!”

            “ Ok, ok bos!” sekelip mata Khamis ghaib. Berpuaka betul arahan dari mulut Iffat Wajdi ni.

            Dan selang beberapa minit, Khamis betul – betul terpacak di hadapan Iffat yang kononnya sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas. Iffat Wajdi ni bukannya jenis yang tekun bekerja pun. Kalau boleh, dia nak goyang kaki aje dekat rumah dan duit hari – hari masuk poket. Tapi hal itu adalah tersangat mustahil bila mempunyai seorang mama yang suka sangat main ugutan. Kalau dia tak kerja di syarikat arwah papanya, maka merempatlah dia di tepi – tepi jalan raya. Segala kemewahan yang dia kecapi selama ini akan ghaib sekelip mata. Dan sebab itulah dia tabah mengharungi segala masalah syarikat yang mendatang.

            “ Dah dapat ke belum apa yang aku suruh kau cari tadi?” soal Iffat tiba – tiba apabila menyedari Khamis sudah tersengih mengalahkan kambing di hadapan mejanya.

            “ Dapat dah, bos. Tapi saya cuma dapat nombor telefon dia aje. Buku biodata mungkin susah saya nak cari sebab zaman sekolah dah lama berlalu.” Ujar Khamis perlahan. Kepalanya ditundukkan sedikit.

            “ Tak apa lah. Bagi sini nombor telefon dia.” Iffat menadah tangannya manakala Khamis segera meletakkan sekeping kertas kecil di atas tapak tangan Iffat.

            Iffat tersenyum puas melihat nombor yang tertera sepuluh buah angka di hadapan matanya kini. Rasa macam tak percaya pulak bila melihat nombor telefon gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya kala itu. Nak telefon ke tak nak? Nak? Tak nak? Nak? Tak nak? Boleh pulak main cak – cak kat sini!

            “ Bos suka dekat Cik Husna semalam tu ya?” Khamis bersuara tiba – tiba. Masih dengan sengihan di bibir.

            Lamunan Iffat serta – merta mati. “ Kalau aku suka pun kenapa?”

            “ Baguslah macam tu, bos! Lepas ni bos tak payah nak pergi temujanji lagi dah.” Khamis tersenyum meleret.

            Sangkanya senyuman itu akan melegakan hati sang pendengar tapi meleset sama sekali. Iffat membalas dengan pandangan tajam kepada setiausahanya itu. “ Kau perli aku ya?”

            “ Eh, mana ada bos! Bos, saya pernah baca dalam satu artikel tau kalau kita nak mengorat perempuan kita kena cakap lembut – lembut dengan dia. Perempuan ni mudah cair bila lelaki cakap benda – benda romantik ni.” Khamis memberi idea lapuk yang memang sudah sekian maklum berkurun diketahui oleh ramai lelaki.

            Iffat memandang lama wajah lelaki yang agak skema di hadapannya itu. Otaknya sedang ligat merencana bait – bait kata yang baru keluar dari mulut setiausahanya tadi. Nak kena buat ayat romantik ke? Tapi ayat romantik tu macam mana? Kalau tak buat, tak boleh ke?

***

Aku berpeluk tubuh sambil memerhatikan Ayu mengacau kuah kari yang dimasak untuk santapan kami berdua tengahari itu. Kuah kari tu aku yang masak sebenarnya, Ayu cuma tolong kacau aje. Kalau nak harapkan dia masak, memang cirit – birit lah aku nanti. Dia tu nama aje perempuan melayu terakhir tapi aku yang tak berapa nak perempuan ni jugaklah yang pandai masak. Kalau tak, aku taklah dilantik menjadi chef dekat sebuah restoran terkemuka bulan lepas. Arghh...bila ingat pasal restoran tu mulalah aku rasa macam nak asma pulak! Ok, stop pasal restoran tu kat sini!

            “ Ayu, cukup tak duit yang aku bagi untuk bayar sewa rumah yang tertunggak tu?” aku memecah sunyi setelah bosan menyepi dari tadi.

            “ Cukup. Kalau tak cukup sikit – sikit nanti aku coverlah.” Bersahaja nada Ayu.

            Aku hanya mengangguk perlahan. Tidak membalas tanda memahami. Keluhan kecil aku bebaskan buat seketika. Harap – harap berjayalah interview aku kejap lagi. Haish... Nak cari kerja pun susah. Tu belum nak cari suami lagi tu. Tapi tak apa. Bab suami, aku serah pada mak aku. Bukan calang – calang anak dara aje tau yang sanggup nak ikut jodoh pilihan mak melainkan aku. Itupun sebab aku malas nak bercintan – cintun. Bukan sebab aku tak suka laki! Jangan salah sangka di situ ya?

            “ Eh Hus, mana kau dapat duit nak bayar sewa rumah tu eh? Kalau kau dah dapat kerja, buat apa kau nak pergi interview kat restoran kejap lagi?” Ayu menyoal tiba – tiba.

            Aku tersentak kejap. Nak cerita ke tak nak cerita eh? Kalau aku cerita nanti, jatuh pulak reputasi aku. “ Err aku jadi model sambilan malam semalam.” Akhirnya, aku cerita jugak.

Seperti yang dijangka, Ayu terkejut tahap gaban punya! Ye lah, sesiapa yang dapat tahu Nurul Husna jadi model pun pasti akan terperanjat punya. Tambah – tambah kalau mak aku yang dapat tahu, mesti dia terus pengsan. Mana tidaknya, siang malam dia berdoa nak tengok anak dara dia ni jadi perempuan sejati. Cuma aku ni yang tak berapa nak sedar diri lagi. Haish. Bila kau nak berubah, Hus?!

Bunyi telefon bimbit aku yang ikat getah tu terus mematikan lamunan yang aku ingin cipta lebih mendalam lagi. Telefon bimbit aku ikat getah bukan sebab line clear tau tapi sebab bateri dia dah kembung. Housing tak muat nak tutup bateri. So, aku ikatlah dengan getah. Nak beli bateri baru pun ekonomi pulak tengah gawat.

“ Helo.” Aku terus bersuara kepada nombor pemanggil yang tidak dapat dikenalpasti itu.

“ Nurul Husna binti Ahmad Hassan?” kedengaran suara macho dari hujung panggilan. Aku pelik sekejap. Siapa yang berani panggil nama penuh aku tanpa rasa segan silu ni?

“ Ya, siapa ni?” aku masih kawal suara. Tanganku sudah mencapai segelas air oren di atas meja lalu kuhirup perlahan untuk membasahkan tekak.

“ Awak tak kenal saya ke? Saya rasa semua perempuan yang pernah bercakap dengan saya mesti akan ingat siapa saya. Mustahil awak tak ingat saya ni siapa. Atau awak saja buat – buat tak ingat?” Lelaki itu boleh pulak bermain kata.

Aku membebaskan keluhan sebentar. Mamat mana yang mengada – ngada sangat bagi teka – teki kat aku ni? Atau aku terkena panggilan hangit Hot FM ke apa ni?

“ Dengar sini ye, encik. Kalau encik telefon saya semata – mata nak buat ice breaking, sorry lah saya tak berminat nak layan.”

Belum sempat aku mematikan talian, kedengaran mamat poyo dalam telefon tu terjerit – jerit panggil nama aku. Dengan penuh perasaan simpati, aku tekapkan balik telefon aku ke telinga. Baru kau serik nak main – main dengan aku lagi!

“ Nak apa lagi?” kasar bahasa aku.

“ Apasal awak ni garang sangat eh? Awak tahu tak betapa bertuahnya awak dapat panggilan telefon dari saya. Awak sepatutnya....”

“ Encik Iffat! Sebelum saya cabut bateri telefon saya ni, lebih baik encik bagitahu apa yang encik nak daripada saya tiba – tiba ni?”

Belum sempat Iffat habis cakap lagi, aku cepat – cepat memotong. Aku boleh cam suara dia tiba – tiba pun sebab trademark dia yang asyik control macho tu. Menyampah gila aku! Kalau tak sebab mamat tu secara tak sengaja jadi bos aku malam semalam, jangan harap aku nak ber saya – awak dengan dia!

“ Ok, ok saya nak offer awak kerja dengan saya ni sebenarnya.” Iffat terus ke agenda utama. Risaulah tu kalau – kalau aku cabut bateri.

Kerja? Aku berfikir sejenak. “ Kerja apa? Model lagi ke? Err saya mintak maaflah ye, encik. Saya terima tawaran semalam tu pun sebab saya memang betul – betul perlukan duit. Lagipun hari ni saya dapat panggilan interview untuk kerja yang lebih sesuai dengan kelulusan saya.” Panjang lebar aku menjelaskan. Tiba – tiba berbudi bahasa pulak dengan mamat tu.

Iffat sedikit terkejut. Hancur lebur rancangan yang baru tercipta dalam kepala otaknya tadi. “ Awak dapat offer kat mana? Tak payah lah kerja sana. Nak kena interview la bagai. Saya terus offer awak kerja dengan saya tanpa interview. Amacam?”

“ Kalau Encik Iffat nak offer saya jadi chef, saya setuju. Macam mana?” giliran aku pulak membalas.

“ Chef? Mana boleh jadi chef. Saya bukannya ada restoran pun.”

“ Kalau dah tahu tu, buat apa buang masa offer saya lagi? Ok, bye!” Aku terus memutuskan talian. Apa lah masalah mamat tu sebenarnya?

“ Helo! Helo! Helo!” Terjerit – jerit Iffat dihujung talian apabila menyedari suara gadis itu sudah ghaib. Telefon bimbitnya dihempas kasar di atas meja. Keluhan berat dilepaskan buat seketika.

Haish.. Macam mana lah kau boleh suka perempuan yang tak berbudi bahasa macam ni, Iffat?! Aku sikit punya baik nak offer dia kerja dalam company ni,  boleh dia tolak mentah – mentah? Chef? Berkerut – kerut dahi Iffat cuba berfikir sesuatu. Hah, aku dah tahu dah kat mana aku pernah jumpa tomboy ni! Bibir Iffat menguntum senyum tiba – tiba. Khamis yang dari tadi hanya memerhati gelagat bosnya sudah menghadiahkan pandangan pelik.

***

Usai pelayan menghidangkan dua pinggan chicken cop yang dipesan tadi, Iffat terus menjamu selera tanpa menghiraukan gadis yang menjadi blind datenya malam itu. Seperti biasa, setiap bulan pertemuan yang diaturkan oleh mama tidak boleh diingkar sama sekali. Terpaksalah dia membuang masa sekali lagi untuk memenuhi permintaan mamanya. Dia sendiri pun tak paham dengan perangai mamanya yang suka sangat kenenkan perempuan dekat dia. Macam dia ni anak dara pulak nak kena kahwin awal!

            You tak rasa ke ayam ni macam keras sikit?” rengek Wanda, anak gadis kepada kawan mamanya.

            “ Bukannya mati pun kalau makan.” Iffat membalas pedas. Mulutnya tetap mengunyah tanpa henti. Malas hendak melayan perempuan gedik di hadapannya itu.

            Wanda sudah membuat muka. Pantas tangannya diangkat sedikit untuk memanggil pelayan datang ke meja mereka.

            You buat apa ni?” soal Iffat tiba – tiba. Mulutnya dilap sedikit dengan napkin.

            I nak panggil tukang masak dia. Kenapa?” Wanda menyoal angkuh.

            You jangan nak mengada – ngada lah. Macam lah tak boleh nak makan langsung. I makan relax aje. Tak mati pun.” Balas Iffat selamba.

            Mengada – ngada? Wanda merengus geram. Selang beberapa saat, seorang pelayan perempuan datang menghampiri meja mereka. “ Ya, cik.”

            “ Panggil tukang masak restoran ni sekarang! Sampah apa yang dia masak ni?!” Lantang suara Wanda di ruang itu. Beberapa pelanggan lain sudah mencuri pandang ke arah mereka.

            Iffat pula sudah membebaskan keluhan yang teramat berat sekali. Malu betul dibuatnya bila tempat mereka berdua sudah dijadikan bahan tontonan. Aku rasa macam silap besar je aku ikut cakap mama hari ni!

            “ Kalau you nak buat kecoh kat sini, I blah dulu ok?”

            Wanda sedikit tercengang. Namun, belum sempat Iffat mengangkat punggung dari kerusi, tiba – tiba biji matanya tertancap ke arah chef restoran yang lengkap beruniform putih, berapron, dan bertopi chef di kepala sedang menghayun langkah ke arah mereka berdua. Automatik Iffat melabuhkan punggungnya semula di kerusi. Dia terkesima seketika bila melihat wajah perempuan yang yang sudah sebulan tidak dijumpainya selepas kes model tangkap muat dulu.

            Aku melajukan langkah ke arah meja pelanggan yang menyeru aku tadi. Rasa macam tak sedap hati pun ada. Ya Allah, tolonglah jangan tamatkan kerjaya aku malam ni! Baru sebulan aku dapat cari rezeki, ada aje customer yang tak puas hati dengan masakan aku. Sabar Hus sabar! Ingat! Customer always right!

            Sampai saja di meja pelanggan terhormat tadi, aku terus menghalakan pandangan kepada seorang perempuan muda. Aku kira perempuan ni lah kot yang seru nama aku tadi. Tak kan boyfriend dia pulak. Err boyfriend ke? Mestilah boyfriend kalau dah dating berdua malam – malam ni.

            “ Ya, cik. Ada apa cik panggil saya?” Aku berbudi bahasa lengkap dengan senyuman di bibir. Dari ekor mata, aku perasan yang biji mata boyfriend perempuan ni tak berkedip tenung muka aku. Nak cari gaduh ke apa?

            “ Benda apa yang you masak ni?” perempuan tu menghulur kasar pinggan yang berisi chicken chop tu ke arah aku.

            Aku sudah berwajah pelik. Buta ke apa minah ni? “ Chicken chop, cik!” Aku masih sedekah senyum lagi.

            “ Chicken chop apanya keras macam batu ni?!” kali ni Wanda mencucuk – cucuk ayam di dalam pinggan itu dengan garpu pula. Nadanya yang tinggi melangit itu usah dikhabarkan lagi.

            Aku tarik nafas dalam. Suasana menjadi kecoh seketika disebabkan perempuan itu. Tenang Hus tenang! Yang boyfriend dia pun tak reti – reti nak bawak girlfriend dia blah dari sini ke? Ni kalau Encik Khairul dapat tahu memang masaklah aku. Lupa nak bagitahu, Encik Khairul tu pengurus restoran ni. Muda, handsome, manis, baik hati semua cukup rencah. Paling penting, sesuai untuk dibuat suami. Tapi suami orang lain lah kot sebab suami aku kan mak aku yang akan carikan nanti.

            Tanpa disangka – sangka, Encik Khairul betul – betul dah berdiri disebelah aku sekarang ni. Lambat – lambat aku menoleh ke kiri melihat bos yang sudah terpacak di ruang itu. Baru aje aku nak tolong selamatkan keadaan tadi. Sudahlah, Hus! Terima aje hakikat yang malam ni merupakan malam terakhir kau pakai topi chef ni.

            “ Boleh saya bantu, cik?” Encik Khairul mengukir senyum kepada pelanggan cerewet itu.

            You ni pengurus sini ke?” Wanda pandang lelaki kacak itu atas bawah.

            “ Ya, saya. Ada apa – apa masalah ke dengan makanan tu cik?”

            Yup. Tukang masak awak ni tak reti masak. Dia ingat nak bagi kucing makan ke apa dengan makanan macam ni!” perempuan tu sekali lagi meninggikan pitch suara.

            Encik Khairul terus pandang muka aku. Aku pun apa lagi. Tunjuk muka tak bersalah la. Dengan harapan, ada belas kasihan yang akan diberikan.

            Sorry ya, cik. Kalau cik tak suka makanan ni, saya tukarkan dengan yang lain ya?” Encik Khairul masih bersahaja.

            “ Tak payah. Better you fire je chef you ni. Buat bankrap restoran you jugak nanti.” Selamba je perempuan tu bagi cadangan yang akan memusnahkan kehidupan aku. Ini memang bikin gaduh ni!

            Belum sempat aku membela diri, tiba – tiba boyfriend perempuan gila tu yang hanya menjadi pemerhati bebas dari tadi terus menyampuk. Aku terkunci mulut terus.

            You jangan nak buat hal kat sini lah, Wanda. Lebih baik you balik sekarang!” Arah lelaki itu tiba – tiba.

            Aku terkejut sedikit. Boyfriend mana yang sanggup halau girlfriend sendiri ni?

            Selang beberapa minit, perempuan gila tu terus menghentak lantai meninggalkan kawasan restoran. Malu lah tu kena halau dengan boyfriend sendiri. Aku ketawa galak dalam hati. Padan muka!

            Sorry sebab timbulkan masalah sikit tadi.” Lelaki itu menutur kata kepada Encik Khairul.

            It’s ok.” Encik Khairul hanya mengangguk perlahan lantas memberi isyarat mata kepada aku untuk mengambil pinggan yang berisi chicken chop yang telah di reject tadi.

            Kelam – kabut aku menurut arahan. “ Terima kasih, encik.” Sempat lagi aku memberi sebuah senyuman buat boyfriend perempuan gila yang masih lagi bermaharajalela di atas kerusi itu.

            “ Nurul Husna binti Ahmad Hassan!” Suara garau itu serta – merta mematikan langkahku yang hendak menuju ke tempat masak. Aku macam kenal je intonasi suara ni. Lambat – lambat aku memusingkan kepala ke belakang.

            Iffat tersengih kambing. Mengalahkan kambing gurun di padang pasir Sahara! Lama aku mengamati lagak macho dari lelaki itu. Macho?! Encik Iffat? Terkedip – kedip kelopak mata aku memandang wajah lelaki itu. Kenapa mesti mamat ni lagi? Keluhan kesal aku lepaskan buat seketika.

***

Hampir seminggu insiden perempuan gila tu berlaku dan aku rasa macam hari – hari aje aku nampak muka Encik Iffat dalam restoran ni. Apa motif dia sebenarnya? Kenapa hari – hari nak lunch kat sini? Ok, aku boleh terimalah kalau dia suka masakan yang aku masak tapi kenapa setiap kali lepas makan dia akan panggil chef restoran ni? Dan yang paling merimaskan adalah chef tu adalah aku! Aku fikir customer always right je, kalau tidak ....

“ Awak boleh terangkan kat saya, apa ingredient yang awak guna dalam hidangan spaghetti yang saya makan ni?” Iffat meletakkan sudu dan garpunya lalu mengelap bibir dengan napkin.

Aku yang tercegat berdiri di hadapan lelaki itu segera tayang muka pelik. Mamat ni ingat dia dalam rancangan Masterchef ke apa? Panggil aku semata – mata nak tanya resepi je ke?

“ Saya guna spaghetti lah. Kenapa?” Aku berloyar buruk. Padan muka. Memang sengajalah tu nak membazirkan masa aku.

Iffat tersengih lagi. Lantas dia memintal spaghetti dalam pinggan kaca itu dengan garpu lalu disuakan ke mulut aku. “ Nah, cuba rasa!”

Aku tersentak kejap. Kepalaku segera ditoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada sesiapa yang memandang ke arah kami. Nasib baik cuma ada dua tiga orang pelanggan aje waktu tu. Pantas aku mencapai garpu yang dihulurkan. Spaghetti yang dipintal tadi aku sumbat ke dalam mulut. Aku kunyah perlahan – lahan dan dengan tiba – tiba kunyahanku automatik terhenti. Aiseyman, masinnya!

Iffat sudah tersengih bila melihat air muka aku yang berubah kelat. Cepat – cepat aku cover baik punya!

“ Err sorry, terlebih garam pulak!”

“ Terlebih garam dan terkurang sesuatu.” Balas Iffat bersahaja.

Aku bertambah pelik. “ Apa yang kurang?”

“ Kurang kasih sayang dalam masakan.” Iffat tersengih sinis. Aku yang mendengar ni dah berasap telinga. Bila lah laki ni nak blah dari sini agaknya?

“ Ok. Saya tukarkan dengan yang lain.” Malas aku hendak melayan lelaki bajet macho ni.

Belum sempat aku mengambil pinggan kaca yang berisi spaghetti itu, Iffat segera menahan. “ Tak payah. You know something, Nurul Husna? Anything that come first is the most valuable in our life. Macam spaghetti yang awak hidangkan kat saya ni, tak kan sama dengan spaghetti yang awak tukarkan nanti. Same like love. Cinta pertama datang sekali dalam seumur hidup. Sebab tu ianya sangat bermakna.”

Ok, aku tak mampu bersahaja lagi! Terkesima sebentar. Kata – kata dari bibir lelaki itu terus menusuk dahsyat ke lubuk hati. Kenapa tiba – tiba mamat ni cakap pasal cinta kat aku pulak?

***

Tengahari itu, aku hanya menjamah nasi goreng cina sebagai habuan perut pada waktu rehat yang telah dikhaskan buat aku. Sementara aku berehat, ada pembantu chef yang akan menggantikan tugas aku di dapur. Sedang aku ralit menjamu selera, sempat jugak aku memerhati sekeliling ruang restoran mewah milik Encik Khairul ni. Cantik! Baru aku perasan reka bentuk restoran ni ala – ala Itali. Memang da bomb!

            Tak semena – mena biji mataku menangkap ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang lengkap berkemeja dan seluar jeans sedang menuju ke arahku. Aku membebaskan keluhan berat yang teramat sangat. Sangkaku mamat ni tak bertandang ke restoran hari ni memandangkan hari ni hari Sabtu. Rupanya muncul jugak! Dengan selamba badak je duduk depan aku pulak tu. Mak dia tak masak kat rumah ke apa?

            “ Hmm nak makan apa?” soalku seraya mengangkat pinggan untuk berlalu pergi.

            Namun belum sempat aku bangun, Iffat segera menahan. Aku terkejut sekejap. Perlahan – lahan aku menghenyakkan semula punggung di kerusi. Pandangan pelik sudah dihadiahkan buat lelaki itu. Aku cuba membaca riak muka Iffat yang tidak seperti selalu. Agak muram air mukanya hari ni. Hendak bertanya kenapa, memang tak mungkinlah kan!

            “ Saya akan kahwin.” Ayat pertama yang terbit dari bibir lelaki itu terus menyentakkan aku.

            “ Dengan siapa?” Alamak, soalan apa aku tanya ni? Lantaklah dia nak kahwin dengan siapa pun.

            Iffat memandang wajah aku lama. Lambat – lambat dia membalas. “ Dengan pilihan mama saya.”

            “ Oh, baguslah! Tahniah.” Air muka yang sedang berubah aku kawal rapi. Masih bersahaja. Tiba – tiba ada rasa kurang bahagia dalam hati. Kenapa ya?

            “ Awak tak rasa kecewa?” duga Iffat pula.

            Kecewa? Aku serta – merta menghambur tawa besar di ruang itu. Beberapa orang pelanggan yang terpandang ke arah kami berdua cepat – cepat membuatkan tawa aku mati. Aku berdehem sikit sebelum membalas.

            “ Encik Iffat ni buat lawaklah. Kenapa pulak saya nak kecewa? Kita bukannya ada hubungan apa – apa pun. Saya bukannya suka Encik Iffat.” Selamba aku membalas sambil menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulut.

            “ Tapi saya suka awak.”

            Jawapan dari bibir lelaki itu terus membantutkan kunyahan makanan di dalam mulut. Tersedak – sedak aku dibuatnya. Nasib baik tak tersembur kat muka dia. Wah, mamat ni memang suka bagi orang kejutan budaya ke apa?!

***

Siaran Astro yang sedang mengulang tayang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu sikitpun tak dapat tarik perhatian aku malam itu. Fikiranku sibuk berangankan perihal Iffat di restoran siang tadi. Kadang – kadang terkejut jugak aku bila dengar mak tergelak – gelak tengok cerita tu. Pelik. Padahal dah nak dekat sepuluh kali dah dia tengok tapi kadar gelak dia tetap sama. Oh, disebabkan esok aku cuti so aku balik rumah mak malam ni! Mak pun baru balik dari umrah. Rindu pulak rasa bila dah lama tak bersua ni.

            “ Hus, mak ada benda nak cakap sikit ni. Memandangkan kamu pun ada kat rumah malam ni, eloklah mak bagitahu kamu siap – siap.”

            Aku terus toleh kepala ke arah mak. Macam suspen je nada suara mak tiba – tiba. Air muka dia pun tampak serius. Aku tidak membalas dan sabar menunggu dia menyambung kata.

            “ Sebenarnya ada orang dah datang merisik kamu.”

            Aku tersentak. Biji mata pun dah terbeliak. Memang suspen betul berita yang baru aku dengar ni!

            “ Siapa mak?”

            “ Anak lelaki kawan mak. Hujung minggu depan diorang nak hantar rombongan meminang. Kamu setuju tak?” mak intai wajah aku masih terkejut.

            Aku mengeluh kecil. Nak setuju ke tak? Tapi aku kan dah pegang prinsip nak kahwin dengan lelaki pilihan mak aku. Argh..stress pulak rasanya!

            “ Ikut mak lah. Apa yang baik buat mak, baik jugak buat Hus.”

Aku membalas perlahan. Mithali sungguh anak perempuan Puan Hasyimah ni. Mak pulak dah tersenyum lebar. Gembira benarlah gamaknya tu.

***

Aku termenung ke luar dinding kaca restoran yang menampakkan orang lalu – lalang. Sengaja aku masuk kerja awal hari ni walaupun syif aku sepatutnya bermula pukul 1 petang. Masuk hari ni rasanya dah nak dekat lima hari Iffat tak datang sini. Sejak peristiwa Sabtu lepas berlaku, aku langsung tak nampak batang hidung dia. Aku tertanya – tanya jugak, dia dah tukar lokasi lunch ke sekarang ni? Setiap orang yang melangkah masuk dari pintu utama restoran ni, aku harap sangat salah seorang daripadanya adalah Iffat. Tapi ternyata mengecewakan.

            Aku mengaku, memang Iffat dah banyak pengaruh otak aku sekarang ni. Mana aku pergi pun, mesti ada bayang dia. Tapi adakah itu bermaksud aku ada hati dengan dia? Belum sempat soalan aku berjawab, tiba – tiba Tira salah seorang waiter kat restoran ni datang bagi sehelai tisu yang berlipat kepadaku. Mukaku penuh tanda tanya namun tangan tetap menyambut huluran dari teman sejawatku itu. Tira cuma menjongket bahu lantas berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terkulat – kulat.

            Perlahan – lahan aku buka lipatan tisu yang diberikan tadi. Walaupun aku kenal sangat dengan tisu yang bercop lambang restoran ni, namun jantungku tetap berlari laju. Memang memahami situasi betul.

            Nurul Husna binti Ahmad Hassan,

1.      Saya mintak maaf sebab mengata awak waktu pertemuan pertama kita
2.      Saya mintak maaf sebab bukak topi tanpa kebenaran awak waktu pertemuan kedua kita
3.      Saya mintak maaf sebab buat awak hampir dipecat waktu pertemuan ketiga kita
4.      Saya mintak maaf sebab ganggu awak pada setiap kali pertemuan kita
5.      Saya mintak maaf sebab makan spaghetti dari bekas garpu yang awak guna
6.      Saya mintak maaf sebab saya sukakan awak
7.      Lastly, saya mintak maaf sebab saya tak bagitahu yang saya cintakan awak Nurul Husna
          
-Iffat Wajdi

            Iffat Wajdi? Perasaan aku bila baca bait – bait ayat yang tertera atas tisu itu usah digambarkan betapa terkejutnya. Ya, tak syak lagi! Bertambah terperanjat bila aku baca ayat pertama yang ditulis. Aku sangka kes model tangkap muat dulu adalah pertama kali aku jumpa Iffat. Pelik. Aku jumpa dia kat mana sebelum ni? Ah, tu semua tak penting sekarang!

            Aku bingkas menuju ke locker barang di belakang restoran. Apron dan topi chef di kepala terus aku buka. Usai menukar pakaian, aku terus berlalu keluar. Tisu tadi masih lagi aku pegang di tangan.

            “ Aku ambil emergency leave hari ni. Tolong bagitahu Encik Khairul tau.” sempat lagi aku berpesan kepada Tira sebelum bergegas keluar.

            Tira yang sedang tercengang teragak – agak menganggukkan kepalanya. Dia berfikir sejenak. Encik Khairul pun cuti hari ni.

***

Tiba saja di hadapan pintu masuk company Iffat, tanpa berlengah aku terus meluru ke arah pejabat lelaki itu. Khamis yang cuba menahan, aku tolak kasar. Nasib baik tak terjatuh lelaki lemah semangat tu. Biji mata aku kini tepat berhenti di wajah Iffat yang masih selamba memandang ke arahku. Sikitpun dia tak terkejut tengok muka aku tiba – tiba ada dalam pejabat dia.

            “ Kau keluar dulu.” Iffat memberi arahan kepada Khamis.

            Tanpa disuruh, aku terus melabuhkan punggung di kerusi. Siap dengan peluk tubuh lagi. Macam pejabat tu aku yang punya. Oh, lupa pulak! Aku menghulurkan tisu yang aku usung dari restoran tadi kepada writernya. Iffat memandang lama sebelum menyambut huluran aku.

            “ Apa yang awak cuba buat sebenarnya ni?” aku terus menyoal tanpa sebarang mukadimah.

            “ Saya cuma luahkan perasaan saya. Kenapa?” selamba Iffat membalas.

            Aku terdiam kejap. Keluhan kecil aku bebaskan buat seketika.

            “ Kita ada adat, Encik Iffat. Kalau nak luahkan perasaan, awak sepatutnya jumpa keluarga saya. Terus masuk meminang.” Alamak, agresif sangatkah aku? Ah, lantaklah! Yang penting, aku pun sukakan Iffat jugak. Hehe.

            Kali ni, Iffat pulak yang terdiam. Lama dia pandang wajah aku. Aku mula pelik. Alamak, jangan cakap dia sebenarnya nak bang bang boom aku! Memang aku pukul dia sampai koma nanti. Tengoklah kalau tak percaya!

            “ Kalau saya masuk meminang awak, macam mana dengan anak kawan mama saya nanti? Saya dah setuju dengan pilihan mama saya.”

            Aku terlopong. “ Habis tu yang awak bagi saya tisu tu buat apa? Buat lap air mata ke?” Tak puas hati betul aku. Dah la aku sendiri yang siap suruh dia masuk minang aku. Aiseyman!

            “ Saya cuma nak bagitahu perasaan saya terhadap awak sebelum terlambat. Lagipun, saya tahu saya cuma bertepuk sebelah tangan.”

Iffat masih bersahaja. Muka tak bersalah langsung. Aku? Usah ditanya la betapa aku tak dapat terima hakikatnya waktu tu! Tiba – tiba suhu badan jadi hangat. Malu! Tak kan mamat ni tak tahu lagi apa perasaan aku kat dia? Bukannya dia tepuk sebelah tangan pun. Aku pun tumpang tepuk dengan dia jugaklah! Arghh, stress!

Aku tarik nafas dalam. “ Awak tak paham lagi ke kenapa saya sanggup ponteng kerja datang jumpa awak ni?”

“ Sebab awak nak tanya saya pasal tisu ni, betul tak? Atau ada sebab lain?” Iffat masih ber-imej innocent.

Kali ni, aku mengeluh pulak. Aku nak cakap guna bahasa apa agaknya dengan mamat ni? “ Saya sukakan awak.” Akhirnya, aku lepas jugak dalam bahasa Melayu!

“ Suka je?” Iffat main duga pulak. Aku dah ketap bibir.

“ Cinta sekali.” Lambat – lambat aku membalas. Aduh, malu siot! Aku intai wajah Iffat yang sedang tersengih pandang aku. Masih menunggu jawapan dari lelaki itu.

“ Saya tahu. So, bila kita boleh kahwin?”

Aku terkejut. Terbeliak terus biji mata aku pandang Iffat. “ Kahwin?”

“ Yup. Tadi awak yang ajak saya kahwin kan? Bila?”

Aku dah ternganga. Wah, mamat ni kenapa sebenarnya? Sengaja nak buat aku malu ke? Jangan mengalah, Hus! Tegakkan pendirian wanita kau.

“ Bila masa saya ajak kahwin? Saya cakap kalau awak suka saya, masuklah meminang. Kalau tak suka, tak payahlah.”

Aku membalas angkuh. Saja jual mahal. Buat dia betul – betul tak suka aku, baru padan muka! Iffat tersengih mantap. Mula lah tu nak tunjuk muka macho dia. Belum sempat Iffat membalas, tiba – tiba kedengaran telefon bimbit aku menjerit – jerit dalam poket seluar. Aku terus mencapai handphone ‘mahal’aku tu lalu menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum, mak. Ada apa mak call waktu office hour ni?” Cewah aku ni, padahal hari ni dah ambil cuti!

“ Mak nak bagitahu yang mak nak terima cincin dari kawan mak yang datang meminang kamu ni.”

Aku terus tersentak. “Apa dia mak?! Mak tak boleh terima pinangan kawan mak tu. Tunggu kejap. Hus balik rumah sekarang jugak!”

“ Kamu jangan buat gila, Hus! Hari tu kamu jugak yang setuju kan? Kenapa tiba – tiba pulak tak setuju ni? Apa mak nak jawab dengan diorang tu?” suara mak tak puas hati. Macam nak ajak bertumbuk.

“ Tenang, mak! Tunggu Hus balik rumah dulu ya. Biar Hus yang cakap dengan diorang. Ok, bye!” Aku terus putuskan panggilan sebelum dapat lecture free dari mak.

Iffat dah pandang pelik bila lihat aku kelam – kabut. “ Kenapa ni?”

“ Saya ada emergency sekarang ni. Nanti saya call awak. Ingat! Awak belum balas lagi kata – kata saya tadi tau?”

Sempat lagi aku berpesan sebelum meluru keluar dari pejabat Iffat. Staf – staf dalam company tu pun dah pandang pelik kat aku. Mana tak nya tadi datang dah macam gangster, sekarang keluar dah macam mafia. Haih, dengan nak ambil teksi lagi ni! Harap – harap tak lambatlah sampai rumah nanti.

***

 Dari jauh lagi kepala aku dah mengintai kawasan luar rumah mak. Nampaknya ada dua buah kereta mewah diparkir elok. Wah, diorang bawak team bola ke apa sampai dua biji kereta sekali? Tapi sejak bila mak aku kawan dengan orang berada ni? Pakai kereta mewah bagai. Ah, aku tak boleh tertipu dengan wang ringgit! Itu semua duniawi semata – mata. Ingat, Hus! Iffat tengah tunggu kau. Settlekan hal kawan mak kau cepat – cepat.

            Usai membayar tambang teksi, aku terus melompat keluar. Hari ni merupakan hari bersejarah disebabkan dua kali aku menaiki teksi. Biasanya, aku lebih prefer naik bas. Jimat. Tapi soal bakal suami punya pasal, aku sanggup berkorban!

            “ Assalamualaikum.” aku beri salam di muka pintu sambil membuka kasut.

            “ Waalaikumussalam.” Ramai pulak yang menyahut. Meriah.

            Aku melangkah masuk seraya menyalami tangan yang muhrim. Aku ambil tempat di sebelah mak. Mak masih control senyum. Pura – pura macam tak ada apa – apa yang berlaku. Aku siku sikit tangan mak. Siap dengan isyarat mata lagi. Mak buat – buat tak paham. Dia siku tangan aku balik. Aku semakin stress. Aku tarik nafas dalam dulu sebelum bersuara.

            “ Puan, saya minta maaf. Saya tak boleh terima pinangan ni.” tanpa berlengah lagi, aku terus meluah rasa.

            Seperti yang dijangka, kesemua mata yang berada di situ terus pandang muka aku. Nampak sangat terkejut beruk. Aku mula serba – salah. Segera aku tunduk kepala sikit.

            “ Kenapa Hus tak boleh terima nak?” mak menyentuh lembut bahu aku. Aku angkat muka sikit. Musykil. Kenapa mak tak marah aku ni? Oh, ni mesti sebab depan orang ramai!

            “ Sebab Hus sukakan orang lain, mak. Hus cintakan Iffat Wajdi.” Aku buat sesi luahan perasaan. Kesemua yang ada di situ sekali lagi terkejut.

            “ Kalau macam tu, kenapa awak tak boleh terima pinangan keluarga saya?” tak semena – mena muncul satu suara garau dari muka pintu.

            Kali ni, aku pulak yang terbeliak biji mata. Iffat?! Lama aku pandang wajah dia. Tak percaya. Iffat dengan selamba melangkah masuk beserta sengihan di bibir. Mak dah geleng kepala tengok muka aku. Ahli rombongan meminang juga turut tersengih pandang muka aku. Aku pulak semakin bingung dengan situasi sekarang.

            Untie datang nak menyunting Hus untuk Si Iffat ni lah.” perempuan sebaya mak bersuara tiba – tiba. Maybe mama Iffat kot.

            Aku teragak – agak mengangguk. Warna merah menyerbu ke muka. Malunya!

***

Majlis pernikahan petang tadi, selesai ditamatkan dengan jayanya. Malam tu, dalam lingkungan pukul 10 aku terus masuk bilik setelah memastikan line clear. Aku duduk di meja solek sambil pandang cermin. Aku tunggu Iffat dengan penuh kesabaran. Mesti pakcik – pakcik kat luar tu sibuk nak beramah mesra dengan Iffat. Dah la banyak benda aku tak settle lagi dengan Iffat sejak hari keluarga dia masuk meminang tu. Sabar Hus sabar!

            Selang beberapa minit, kedengaran tombol pintu dikuak dari luar. Aku segera memeluk tubuh sambil pandang muka suami tercinta. Iffat memberi senyuman paling tampan sekali dalam dunia. Alamak, tolong jangan cair lagi Hus!

            “ Kenapa awak tak bagitahu saya yang keluarga awak memang dah masuk meminang saya hari tu?” aku pandang muka Iffat serius. Iffat masih dengan senyumnya melabuhkan punggung di atas sofa.

            “ Saya nak bagitahu, tapi awak yang terus meluru keluar dari pejabat saya. Tak sempat nak cakap apa – apa.”

            “ Eleh, macamlah awak tak boleh panggil saya! Memang sengaja kan nak tipu saya?” aku masih tak nak mengalah.

            “ Saya bukan nak tipu awak tapi saya nak tahu sejauh mana perasaan cinta awak dekat saya.” Iffat masih bersahaja. Aku dah kematian kata. Gulp!

            “ Err awak pernah cakap yang pertama kali awak jumpa saya, awak ada mengata saya kan? Awak jumpa saya kat mana?” Aku tukar topik terus.

            “ Kat restoran yang awak pernah kena pecat dulu. Waktu awak kena marah dengan pelanggan tu, saya ada cakap dengan blind date saya yang awak mesti kena pecat. Tak sangka pulak mulut saya masin.” Iffat tersengih.

Aku tiba – tiba jadi sakit ulu hati pulak bila dengar. Pantas aku bagi dia jelingan manja. Eh, manja? Alamak, malunya!

“ Awak ke sini kejap.” Pinta Iffat tiba – tiba.

Langkahku menurut arahan. Aku berdiri betul – betul di hadapan Iffat yang sedang yang duduk di atas sofa sambil kepalanya mendongak pandang aku. Iffat raih lembut kedua – dua tangan aku. Dia genggam erat lalu dikucup perlahan. Aku terkesima seketika. Perasaan bahagia menggamit jiwa dan raga.

“ Boleh janji dengan abang satu benda tak?”

Abang? Aku senyum mekar dalam hati. “ Err janji apa abang?”

“ Jangan potong rambut tau lepas ni. Abang nak tengok rambut sayang panjang.” Iffat bernada lembut. Lengkap dengan senyuman.

Aku senyum manis seraya mengangguk laju. “ Ok, sayang janji!”

Dan kesimpulannya, apa yang aku pernah cakap pada Ayu dulu akan jadi kenyataan. Aku akan berubah jadi ayu atas permintaan suami tercinta!

                                                                     *Tamat*

p/s: First n3 utk bulan feb 2013. Mohon ampun atas sebarang kekurangan ye. Semoga terhibur. Komen korang sangatlah bernilai.. =)

26 comments:

  1. Klu ada butang like, memang like smpai lebam
    hahaha
    superb writer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak rugi x letak butang like..
      hihi tengs anon!

      Delete
  2. goodluck housemate!
    semoga berjaya dunia akhirat. :)
    -iu-

    ReplyDelete
  3. waaa best giler cite ni
    asyik ketawa je bace..kelakar!!
    cik pnulis wat lg cite baru ye
    as usual,cite awk x pernah mghampakan
    chaiyokkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu alot ain!
      in shaa Allah ade novel baru mnyusul pasni =)

      Delete
  4. tidak menghampakan...
    bestttttt

    ReplyDelete
  5. awesome story!
    taniah pnulis.. :)

    -novel reader

    ReplyDelete
  6. best!! best... Seronok baca.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu so much cahaya sbb sudi baca cite ni.. ^^

      Delete
  7. suka cite ni.best sangat....

    ReplyDelete
  8. Comel jerr cerita ni. Huhu ^^

    ReplyDelete
  9. Best sgt citer nie...

    ReplyDelete
  10. Sy gelak guling2 smpi kepala terlangar bucu kerusi...bile masok bab gangster dgn mafia tu..huhu sakit

    ReplyDelete
  11. Bestnyeeee cerpen nii..
    Kelakar sngattt...

    Terbaikkklahh..

    ReplyDelete
  12. Bestnyeeee cerpen nii..
    Kelakar sngattt...

    Terbaikkklahh..

    ReplyDelete
  13. Bestt,,,,superbbbbb,,,,,rsenyer 2 3 ari ni dukk usyar blog ni je.....pape pon tahniah writer,,,,u r the best

    ReplyDelete
  14. Best ,,,,,,, terbaik ,,,,, dah 2 hari usyar blog ni

    ReplyDelete
  15. Best ,,,,,,, terbaik ,,,,, dah 2 hari usyar blog ni

    ReplyDelete
  16. superb...jalan ceritanya menarik.So sweet,,,

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?