Puan
Maria meletakkan secawan Nescafe panas di atas meja kopi di laman rumah. Pelik
juga benaknya semenjak dua menjak ni tepat pukul 6 petang Fahim pulang ke rumah
dan menemaninya di laman. Selalunya lepas sahaja restoran tutup pada waktu
malam, barulah wajah Fahim muncul dalam rumah mewah itu. Takkan dua tiga hari
ni baru ada kesedaran sivik untuk meluangkan masa bersama keluarga di waktu
petang kot?
“ Kejap lagi kamu pergi restoran
semula ke?” soal Puan Maria seraya melabuhkan punggung di kerusi sebelah anak
sulungnya itu.
“ Ya, ma.” balas Fahim ringkas
sambil mencapai secawan Nescafe panas lalu dihirup perlahan.
“ Buat apalah membazir minyak kereta
kejap balik rumah, kejap pergi restoran. Kan lebih bagus kamu duduk kat
restoran tu pantau mana – mana pekerja yang curi tulang ke...”
“ Ala tak adanya staf Fahim yang nak curi – curi tulang ni. Diorang
semua pekerja tauladan tau.” Fahim tarik sengih. Sengaja membangkang kata –
kata mamanya.
“ Eh, mana kamu tahu?! Entah – entah
kamu tak ada dalam restoran, diorang buat kerja sambalewa. Silap – silap ada
yang tak buat kerja langsung. Hati orang mana kita tahu kan. Bukan semua orang
baik dan patuh dengan arahan. Dalam sepuluh orang yang kononnya pekerja
tauladan tu mesti ada seorang yang akan curi tulang tau.” Hah! Ambik kau! Berjela bebelan Puan Maria
petang itu. Memang tersalah langkahlah bila membangkang kata – katanya tadi.
Fahim sudah tersenyum kecil. “
Patutlah staf – staf Fahim tu kecut perut kan bila mama datang restoran. Apa
kata mama jadi spy dalam Seri Puteri
tu? Live CCTV punya? Amacam?”
“ Hisy budak ni, orang cakap betul –
betul dia main – main pulak!”
“ Ok, ok! Ala mama janganlah risau
sangat ya. Hmm Fakhri mana, ma?” soal Fahim tiba – tiba bila bebola matanya
terpandang garaj yang dikhaskan buat Suzuki Swift milik anak bongsu dalam rumah
itu kosong.
“ Entahlah. Katanya nak jemput Damia
balik kerja. Orang dah ada isteri la katakan.” Puan Maria ketawa kecil. Sungguh
tak sangka, anak teruna bongsunya itu sudahpun bergelar seorang suami atau
dalam erti kata lain menjadi seorang pemimpin dalam sebuah keluarga. Dengan
perangai yang tak matang anaknya itu, tak ke kejam sangat dirinya menikahkan mereka?
Fahim diam. Tidak membalas sepatah
pun. Lama dia tenung garaj kosong yang tidak bertuan itu. Patutlah dia tak
nampak kelibat Damia menunggu bas lepas waktu kerja tadi. Sengaja dia melintasi
bus stop kononnya hendak memandu
kereta pulang ke rumah. Apa salahnya buat baik dengan adik ipar kan?
“ Eh, kamu tak terserempak dengan
Fakhri ke kat restoran tadi?”
Soalan Puan Maria telah membunuh
lamunan Fahim tanpa perasaan belas kasihan. Fahim cepat – cepat mencapai cawan
yang berisi air Nescafe yang masih berbaki lagi.
“ Tak perasanlah pulak. Oklah, ma.
Fahim gerak dulu ya? Takut nanti ada staf yang curi tulang pula.”
Usai bersalaman dengan Puan Maria,
Fahim terus menapak laju meninggalkan mamanya. Puan Maria tercengang sebentar.
Semakin pelik dibuatnya dengan perangai anak sulungnya itu. Baru teman aku kat
laman ni tak sampai sepuluh minit, dah nak balik restoran dah? Fahim...
Fahim... Semakin tak tentu hala hidup kamu ni mama tengok. Nampaknya mama kena
kahwinkan kamu cepat ni!
***
Damia
memandang lama menu hidangan yang Fakhri pilih untuk mereka berdua. Satu set
steamboat untuk dirinya dan nasi goreng ayam untuk Fakhri sendiri. Ternganga
sejenak. Apa motif nasi goreng ayam dipesan kalau niat setakat nak makan
steamboat? Kalau dah suka membazir tu, memang akan membazir jugaklah kan? Haih.
Fakhri
tayang wajah pelik tiba – tiba. “ Kenapa tak buang kulit udang tu dulu sebelum
makan?”
“
Malas. Ala bukannya mati pun kalau makan kulit udang sekali.” Selamba Damia
membalas lantas mencapai seekor udang lagi.
Namun belum sempat Damia menyumbat
ke dalam mulut, Fakhri segera menahan. Garfu yang isterinya pegang sudah pun bertukar
tangan. Damia tercengang kejap.
“ Nak kupas kulit udang pun malas.
Nama aje chef. Kalau tercekik nanti macam mana?” bebel Fakhri sambil mengupas kulit udang buat isterinya. Damia masih diam. Tindakan Fakhri hanya diperhati
lama.
“
Nah!” Udang yang siap dikupas segera disuapkan ke dalam mulut Damia.
Teragak
– agak Damia mengunyah. Terkedu dibuatnya. Perasaan mula bercampur – baur. Ada
rasa terharu, ada rasa bahagia, ada rasa berbunga dan mungkin rasa sayang yang
mulai berputik... Eh, kejap! Kejap! Apa benda yang aku merepek ni? Ah, sudah!
Sila bunuh diri kau 15 kali ya, Nurul Damia!
“ Kenapa? Panas ke udang tu?” nada
Fakhri berbaur risau bila melihat wajah isterinya yang mula kemerahan.
“ Eh, tak! Tak! Ok aje ni.” Damia
cuba untuk tersengih.
“ Oh, nak udang lagi?”
“ Tak nak dah. Aku nak makan benda
lain pulak.” Cepat – cepat Damia memintas. Fuh, kalau dia suap lagi mau pengsan
aku dibuatnya nanti!
“ Sedap tak seafood ni?” Fakhri menyoal tiba – tiba.
Damia tersentak. Baru dia perasan
sejak tadi Fakhri langsung tidak menyentuh set steamboat yang dipesannya tadi.
Nampak sangat betapa khusyuknya Damia melantak sorang – sorang tanpa pedoman.
“ Rasalah sendiri.”
“ Tak naklah. Tapi sedap tak?”
“ Ya Allah kau ni, kalau kau nak
tahu sedap ke tak kau rasalah sendiri! Tu pun aku nak kena ajar ke?” Damia
mengeluh kecil.
“ Susah sangat ke nak bagitahu sedap
ke tak? Just tell sedap or tak. As simple as that!”
“ Sedap sangat. Puas?” Damia bagi
hadiah jeling sekali. Geram betul dengan suaminya yang tak habis – habis nak
bertekak. Eleh, dia pun apa kurangnya! Dah tahu akan kalah pun, nak juga
berlawan.
Fakhri automatik mengukir senyum
kecil sambil menganggukkan kepala perlahan. “ Baguslah. Tak sia – sia saya ajak
makan kat sini.”
“ Tapi kenapa kau tak nak makan pun seafood ni semua? Asyik makan nasi
goreng ayam aje dari tadi.” Damia pelik.
“ Hmm bukan tak nak tapi tak boleh
makan. Alergik.” Fakhri bersahaja. Sesudu nasi goreng disuapkan ke dalam mulut.
Alergik? Damia semakin pelik. Mimik
muka berubah. “ Alergik apa?”
“ Alergik makanan lautlah.”
“ Ye lah tapi alergik sebab apa?”
“ Hmm resdung.” Perlahan Fakhri
membalas.
Damia tercengang dua minit. Seminit
kemudian, dia sudah menghambur tawa besar di ruang itu. Fakhri yang baru lepas
terkejut segera tersengih ke arah pelanggan lain yang sedang memandang ke arah
mereka. Sah – sah diorang pun terkejut dengar Damia ketawa mengalahkan Hantu
Kak Limah nyanyi lagu enjit – enjit semut tu.
“ Badan tough macam ni pun ada resdung ke?” balas Damia dengan ketawa yang
masih berbaki.
“ Eh makcik, ingat badan tough tak boleh sakit ke? Lagipun, semua
human being ada resdung ok! Yang
membezakan cuma kuantiti sikit atau banyak aje resdung tu. Suka hati je nak
gelak kat orang.” Fakhri naik suara sikit. Tak puas hati.
“ Memanglah tapi imej kau yang handsome ni ada resdung buat aku rasa
kelakar pulak.”
“ Handsome ke? Thank you.”
Fakhri sengih. Damia mematikan tawa terus.
“ Eh, aku cakap handsome ke tadi? Aku teringat kat orang lain kot. Aku tarik balik
tau perkataan handsome tu.” Damia
pura – pura sengih. Sengaja cipta alasan. Walhal muka dah tebal gila terlepas
puji mamat tu handsome tadi. Haih.
Wahai mulut, memanglah budak ni handsome
muka baby face tapi janganlah buat
malu tuan kau sendiri ya!
Air muka Fakhri yang sedang berubah
sedaya – upaya dikawal rapi. Teringat Fahimlah tu!
“ Kalau kau makan seafood jugak, apa yang jadi?”
Damia
menyambung lagi soalannya. Selama ni, dia sendiri sedia maklum ada segelintir
orang yang tak boleh makan seafood.
Kadang – kadang ada customer yang oder makanan dan berpesan supaya jangan
campurkan makanan laut, dia hanya iakan dan menurut arahan. Tapi bila suaminya
sendiri juga begitu membuatkan perasaan ingin tahu dalam dirinya jadi membuak –
buak.
“
Entah. Nak saya cuba ke? Nanti awak tengoklah kesannya.” Fakhri tarik sengih.
Tangannya sudah mengacau kuah sup yang digunakan untuk merebus makanan laut
itu.
“
Eh tak payah, tak payah! Nanti jadi apa – apa, siapa yang nak drive balik?”
“
Kenapa? Awak tak tahu drive ke?”
“
Tahu. Cuma tak berani je.”
“
Lesen ada?
“
Ada. Kenapa?”
“
Nampak gaya je brutal tapi tak berani pandu kereta rupanya.” Giliran Fakhri
pula memulangkan paku buah keras. Damia dah bagi jelingan maut sebiji.
“
Kalau dah tahu kau tak boleh makan seafood,
kenapa kau ajak makan kat sini?” Damia sambung topik yang sama lagi.
“
Saja. Saya tak boleh makan. So bila
tengok orang terdekat makan and dia
cakap sedap, saya dah cukup puas hati.”
Damia
terdiam buat seketika. Terasa kasihan pula tiba – tiba. Jangan nak menangis kat
sini pula ya, Damia!
“
Sikit pun kau tak boleh makan ke?”
Fakhri
hanya menggeleng kepala perlahan seraya tersenyum kecil. Damia pula sudah tidak
ada kata lagi yang hendak diutarakan. Seekor sotong yang baru lepas direbus terus
disumbatkan ke dalam mulut sebagai penutup bicara.
***
Damia
mengintai segenap ruang dari daun pintu biliknya yang terkuak sedikit.
Kelihatan Fakhri dengan penuh perasaan bahagia berbaring di atas katil sambil
menyentuh skrin Ipadnya. Tapak kaki diatur perlahan – lahan menembusi ruang
kamar. Fakhri masih dalam posisi tadi. Tidak berkutik sikitpun. Bebola matanya
masih melekat di skrin sentuh itu. Damia mengambil tempat di kerusi yang
berhadapan dengan meja soleknya. Dari arah cermin, bebola mata gadis itu sudah
beberapa kali mengerling wajah suaminya yang masih selamba. Hmm nak tanya ke
tak nak ni eh?
“ Err kau cuti sem sampai bila?” Erk!
Nak tanya benda lain, tertanya benda lain pulak! Patutnya tanya dia belajar kat
mana. Haih.
“ Kan saya dah pernah bagitahu mak
sampai bila saya cuti.” Balas Fakhri tanpa memandang sikitpun wajah isterinya.
“ Tapi aku tak ingat.”
Tak ingat?! Fakhri secara automatik
menghalakan biji mata ke wajah Damia. Mata bertentang mata seketika. Terasa
suasana asing mulai menghimpit ruang antara mereka.
“ Habis tu, apa je yang awak ingat
tentang saya?”
Gulp! Damia kematian kata. Apa yang
aku ingat pasal dia? Apapun aku tak tahu tentang dia. Tarikh lahir? Tempat
lahir? Makanan kegemaran? Kenangan manis dan pahit? Argh! Yang aku tahu nama
dia Fakhri Wafiy, berumur 23 tahun dan ada penyakit resdung yang alergik dengan
makanan laut. Tu ajelah kot.
“ Sebab aku nak cuba ingat ni lah
aku tanya kau balik.” Cover!
“ Tak payah ingatlah. Tak penting
pun.” Nada pemuda itu tiba – tiba berubah ton. Mendatar tanpa sebarang perasaan.
“ Kau ni kenapa? Tak percaya? Betullah
aku tak ingat. Lagipun, kita baru kenal kan? Macam mana aku nak ingat semua
tentang kau.” Damia tak puas hati. Nadanya meninggi sedikit.
“ Kalau kita dah lama kenal pun,
awak akan ingat ke? No, right? So?”
Sekali lagi Damia membungkam kata.
Suasana menjadi sepi seketika. Fakhri sudahpun menukar tempat baring dari atas
katil ke atas toto yang sudah dibentang.
“ Habis tu, kau ingat semuanya
tentang aku ke?” Damia menyambung lagi. Tak mahu mengalah.
“ Tak.”
“ So, fair and square kan?
Yang kau nak marah aku seorang aje kenapa? Kau pun sama.”
“ Habis itu, awak nak saya marah
diri saya jugak? Orang gila aje yang marah diri dia sendiri tau.” Fakhri tarik
sengih.
Damia mula merengus geram. Budak ni
buat dah perangai dia. Ada aje modal nak menjawab. Nak kata lawyer, bukan. Haih.
“ Sudahlah tu. Jom tidur. Penat aku
melayan kau lama – lama.” Tukar topik. Tubuh Damia sudah direbahkan di atas
katil.
“ Eleh, macam melayan apa pulak
sampai nak penat tu!” ngomel Fakhri perlahan.
Gegendang telinga yang dapat
menangkap butir – butir perkataan Fakhri terus membuatkan Damia terbeliak biji
mata.
“ Apa kau cakap? Ulang balik!”
“ Cakap apa pulak?” Fakhri pelik.
“ Cakap err layan apa tadi?”
“ Yelah ingat saya ni budak kecil ke
sampai nak melayan karenah pun penat bagai. Kenapa?”
“ Oh, err tak apalah. Good night!” Damia segera menyelubungi
wajahnya dengan selimut. Pergh, malu siot! Nasib baik Fakhri tak syak aku fikir
bukan – bukan.
“ Awak ingat layan apa? Jangan cakap
awak ingat melayan saya....”
Oh, crap! “ Tak! Tak! Tak! Betullah tu. Aku penat layan kau yang macam
budak kecil ni.” Belum sempat Fakhri menamatkan ayat, Damia segera memotong.
Warna merah sudah menyerbu wajah gadis itu. Malu!
“ Oh, ok!” Fakhri bersahaja. Lantas
dia mengiringkan tubuhnya membelakangkan Damia.
Damia segera menghela nafas lega
dalam diam. Fakhri pula sudah tersengih nakal dengan kelopak matanya yang sudah
tertutup rapat. Damia... Damia... Otak kuninglah tu! Fuh, tapi nasib baik dapat
cover! Kalau tak, memang tidur luarlah
aku malam ni. Lain kali tolong hati – hati ya, mulut! Danger ada di mana – mana saja. Jangan main lepas aje!
*****
++
bersambung ++
as usual, sorry atas kelewatan tau.. a big thanks to awak2 yg sggup menunggu tu..=') *t'haru jap..sobs3! btw, ada benda best ni nak kasi tau sikit.. jeng3x..hihi novel PWC dah lulus utk diterbitkan tau..bulan bape terbit? blum diinfom lg..stil dlm susunan jadual pnerbitan..harap2 tahun ni lah kan? =)..penerbit mana? hmmm apa kata kita rahsia dulu..hehe dah smpai surat stuju terbit nanti, bru sy reveal ok?
kontroversi sbntr brsme kit kat~~~
ReplyDeletekontrovesi dah delete =P
DeleteSweet couple btul la damia n fakhri ni..
ReplyDeleteI loike!!hehe(dgn nada gedik nk mampus)
Yeay!!!yeay!!!berita baik ttg PWC sgt la mengujakan...hahaha..
Tahniah nurrul..xsbr nk bli novel tu...
-noorwieyl a.k.a noor-
hahah i like tooo *nada gedik jugak..hihi
Deletehoho sbr2..bwk btenang noor..hehe dah tebit nnti, noor org fist nurul listkan kena bli tau =)
tahniah....
ReplyDeletetenkiu dear..=)
Deletetime ksh dear..=)
ReplyDeletebab sterusnye please...
ReplyDeletebile nk sambung nie....lame tunggu....
ReplyDeleteYeah yeah....blh beli dh nnti ....x sbr nk beli huhu
ReplyDeleteBest nya sweet
ReplyDelete