Followers

Saturday 18 May 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 12 ~


Puan Maria meletakkan secawan Nescafe panas di atas meja kopi di laman rumah. Pelik juga benaknya semenjak dua menjak ni tepat pukul 6 petang Fahim pulang ke rumah dan menemaninya di laman. Selalunya lepas sahaja restoran tutup pada waktu malam, barulah wajah Fahim muncul dalam rumah mewah itu. Takkan dua tiga hari ni baru ada kesedaran sivik untuk meluangkan masa bersama keluarga di waktu petang kot?
            “ Kejap lagi kamu pergi restoran semula ke?” soal Puan Maria seraya melabuhkan punggung di kerusi sebelah anak sulungnya itu.
            “ Ya, ma.” balas Fahim ringkas sambil mencapai secawan Nescafe panas lalu dihirup perlahan.
            “ Buat apalah membazir minyak kereta kejap balik rumah, kejap pergi restoran. Kan lebih bagus kamu duduk kat restoran tu pantau mana – mana pekerja yang curi tulang ke...”
            “ Ala tak adanya staf  Fahim yang nak curi – curi tulang ni. Diorang semua pekerja tauladan tau.” Fahim tarik sengih. Sengaja membangkang kata – kata mamanya.
            “ Eh, mana kamu tahu?! Entah – entah kamu tak ada dalam restoran, diorang buat kerja sambalewa. Silap – silap ada yang tak buat kerja langsung. Hati orang mana kita tahu kan. Bukan semua orang baik dan patuh dengan arahan. Dalam sepuluh orang yang kononnya pekerja tauladan tu mesti ada seorang yang akan curi tulang tau.” Hah! Ambik kau! Berjela bebelan Puan Maria petang itu. Memang tersalah langkahlah bila membangkang kata – katanya tadi.
            Fahim sudah tersenyum kecil. “ Patutlah staf – staf Fahim tu kecut perut kan bila mama datang restoran. Apa kata mama jadi spy dalam Seri Puteri tu? Live CCTV punya? Amacam?”
            “ Hisy budak ni, orang cakap betul – betul dia main – main pulak!”
            “ Ok, ok! Ala mama janganlah risau sangat ya. Hmm Fakhri mana, ma?” soal Fahim tiba – tiba bila bebola matanya terpandang garaj yang dikhaskan buat Suzuki Swift milik anak bongsu dalam rumah itu kosong.
            “ Entahlah. Katanya nak jemput Damia balik kerja. Orang dah ada isteri la katakan.” Puan Maria ketawa kecil. Sungguh tak sangka, anak teruna bongsunya itu sudahpun bergelar seorang suami atau dalam erti kata lain menjadi seorang pemimpin dalam sebuah keluarga. Dengan perangai yang tak matang anaknya itu, tak ke kejam sangat dirinya menikahkan mereka?
            Fahim diam. Tidak membalas sepatah pun. Lama dia tenung garaj kosong yang tidak bertuan itu. Patutlah dia tak nampak kelibat Damia menunggu bas lepas waktu kerja tadi. Sengaja dia melintasi bus stop kononnya hendak memandu kereta pulang ke rumah. Apa salahnya buat baik dengan adik ipar kan?
            “ Eh, kamu tak terserempak dengan Fakhri ke kat restoran tadi?”
            Soalan Puan Maria telah membunuh lamunan Fahim tanpa perasaan belas kasihan. Fahim cepat – cepat mencapai cawan yang berisi air Nescafe yang masih berbaki lagi.
            “ Tak perasanlah pulak. Oklah, ma. Fahim gerak dulu ya? Takut nanti ada staf yang curi tulang pula.”
            Usai bersalaman dengan Puan Maria, Fahim terus menapak laju meninggalkan mamanya. Puan Maria tercengang sebentar. Semakin pelik dibuatnya dengan perangai anak sulungnya itu. Baru teman aku kat laman ni tak sampai sepuluh minit, dah nak balik restoran dah? Fahim... Fahim... Semakin tak tentu hala hidup kamu ni mama tengok. Nampaknya mama kena kahwinkan kamu cepat ni!
***
Damia memandang lama menu hidangan yang Fakhri pilih untuk mereka berdua. Satu set steamboat untuk dirinya dan nasi goreng ayam untuk Fakhri sendiri. Ternganga sejenak. Apa motif nasi goreng ayam dipesan kalau niat setakat nak makan steamboat? Kalau dah suka membazir tu, memang akan membazir jugaklah kan? Haih.
Fakhri tayang wajah pelik tiba – tiba. “ Kenapa tak buang kulit udang tu dulu sebelum makan?”
“ Malas. Ala bukannya mati pun kalau makan kulit udang sekali.” Selamba Damia membalas lantas mencapai seekor udang lagi.
            Namun belum sempat Damia menyumbat ke dalam mulut, Fakhri segera menahan. Garfu yang isterinya pegang sudah pun bertukar tangan. Damia tercengang kejap.
            “ Nak kupas kulit udang pun malas. Nama aje chef. Kalau tercekik nanti macam mana?” bebel Fakhri sambil mengupas kulit udang buat isterinya. Damia masih diam. Tindakan Fakhri hanya diperhati lama.
“ Nah!” Udang yang siap dikupas segera disuapkan ke dalam mulut Damia.
Teragak – agak Damia mengunyah. Terkedu dibuatnya. Perasaan mula bercampur – baur. Ada rasa terharu, ada rasa bahagia, ada rasa berbunga dan mungkin rasa sayang yang mulai berputik... Eh, kejap! Kejap! Apa benda yang aku merepek ni? Ah, sudah! Sila bunuh diri kau 15 kali ya, Nurul Damia!
            “ Kenapa? Panas ke udang tu?” nada Fakhri berbaur risau bila melihat wajah isterinya yang mula kemerahan.
            “ Eh, tak! Tak! Ok aje ni.” Damia cuba untuk tersengih.
            “ Oh, nak udang lagi?”
            “ Tak nak dah. Aku nak makan benda lain pulak.” Cepat – cepat Damia memintas. Fuh, kalau dia suap lagi mau pengsan aku dibuatnya nanti!
            “ Sedap tak seafood ni?” Fakhri menyoal tiba – tiba.
            Damia tersentak. Baru dia perasan sejak tadi Fakhri langsung tidak menyentuh set steamboat yang dipesannya tadi. Nampak sangat betapa khusyuknya Damia melantak sorang – sorang tanpa pedoman.
            “ Rasalah sendiri.”
            “ Tak naklah. Tapi sedap tak?”
            “ Ya Allah kau ni, kalau kau nak tahu sedap ke tak kau rasalah sendiri! Tu pun aku nak kena ajar ke?” Damia mengeluh kecil.
            “ Susah sangat ke nak bagitahu sedap ke tak? Just tell sedap or tak. As simple as that!
            “ Sedap sangat. Puas?” Damia bagi hadiah jeling sekali. Geram betul dengan suaminya yang tak habis – habis nak bertekak. Eleh, dia pun apa kurangnya! Dah tahu akan kalah pun, nak juga berlawan.
            Fakhri automatik mengukir senyum kecil sambil menganggukkan kepala perlahan. “ Baguslah. Tak sia – sia saya ajak makan kat sini.”
            “ Tapi kenapa kau tak nak makan pun seafood ni semua? Asyik makan nasi goreng ayam aje dari tadi.” Damia pelik.
            “ Hmm bukan tak nak tapi tak boleh makan. Alergik.” Fakhri bersahaja. Sesudu nasi goreng disuapkan ke dalam mulut.
            Alergik? Damia semakin pelik. Mimik muka berubah. “ Alergik apa?”
            “ Alergik makanan lautlah.”
            “ Ye lah tapi alergik sebab apa?”
            “ Hmm resdung.” Perlahan Fakhri membalas.
            Damia tercengang dua minit. Seminit kemudian, dia sudah menghambur tawa besar di ruang itu. Fakhri yang baru lepas terkejut segera tersengih ke arah pelanggan lain yang sedang memandang ke arah mereka. Sah – sah diorang pun terkejut dengar Damia ketawa mengalahkan Hantu Kak Limah nyanyi lagu enjit – enjit semut tu.
            “ Badan tough macam ni pun ada resdung ke?” balas Damia dengan ketawa yang masih berbaki.
            “ Eh makcik, ingat badan tough tak boleh sakit ke? Lagipun, semua human being ada resdung ok! Yang membezakan cuma kuantiti sikit atau banyak aje resdung tu. Suka hati je nak gelak kat orang.” Fakhri naik suara sikit. Tak puas hati.
            “ Memanglah tapi imej kau yang handsome ni ada resdung buat aku rasa kelakar pulak.”
            Handsome ke? Thank you.” Fakhri sengih. Damia mematikan tawa terus.
            “ Eh, aku cakap handsome ke tadi? Aku teringat kat orang lain kot. Aku tarik balik tau perkataan handsome tu.” Damia pura – pura sengih. Sengaja cipta alasan. Walhal muka dah tebal gila terlepas puji mamat tu handsome tadi. Haih. Wahai mulut, memanglah budak ni handsome muka baby face tapi janganlah buat malu tuan kau sendiri ya!
            Air muka Fakhri yang sedang berubah sedaya – upaya dikawal rapi. Teringat Fahimlah tu!
            “ Kalau kau makan seafood jugak, apa yang jadi?”
Damia menyambung lagi soalannya. Selama ni, dia sendiri sedia maklum ada segelintir orang yang tak boleh makan seafood. Kadang – kadang ada customer yang oder makanan dan berpesan supaya jangan campurkan makanan laut, dia hanya iakan dan menurut arahan. Tapi bila suaminya sendiri juga begitu membuatkan perasaan ingin tahu dalam dirinya jadi membuak – buak.
“ Entah. Nak saya cuba ke? Nanti awak tengoklah kesannya.” Fakhri tarik sengih. Tangannya sudah mengacau kuah sup yang digunakan untuk merebus makanan laut itu.
“ Eh tak payah, tak payah! Nanti jadi apa – apa, siapa yang nak drive balik?”
“ Kenapa? Awak tak tahu drive ke?”
“ Tahu. Cuma tak berani je.”
“ Lesen ada?
“ Ada. Kenapa?”
“ Nampak gaya je brutal tapi tak berani pandu kereta rupanya.” Giliran Fakhri pula memulangkan paku buah keras. Damia dah bagi jelingan maut sebiji.
“ Kalau dah tahu kau tak boleh makan seafood, kenapa kau ajak makan kat sini?” Damia sambung topik yang sama lagi.
“ Saja. Saya tak boleh makan. So bila tengok orang terdekat makan and dia cakap sedap, saya dah cukup puas hati.”
Damia terdiam buat seketika. Terasa kasihan pula tiba – tiba. Jangan nak menangis kat sini pula ya, Damia!
“ Sikit pun kau tak boleh makan ke?”
Fakhri hanya menggeleng kepala perlahan seraya tersenyum kecil. Damia pula sudah tidak ada kata lagi yang hendak diutarakan. Seekor sotong yang baru lepas direbus terus disumbatkan ke dalam mulut sebagai penutup bicara.
***
Damia mengintai segenap ruang dari daun pintu biliknya yang terkuak sedikit. Kelihatan Fakhri dengan penuh perasaan bahagia berbaring di atas katil sambil menyentuh skrin Ipadnya. Tapak kaki diatur perlahan – lahan menembusi ruang kamar. Fakhri masih dalam posisi tadi. Tidak berkutik sikitpun. Bebola matanya masih melekat di skrin sentuh itu. Damia mengambil tempat di kerusi yang berhadapan dengan meja soleknya. Dari arah cermin, bebola mata gadis itu sudah beberapa kali mengerling wajah suaminya yang masih selamba. Hmm nak tanya ke tak nak ni eh?
            “ Err kau cuti sem sampai bila?” Erk! Nak tanya benda lain, tertanya benda lain pulak! Patutnya tanya dia belajar kat mana. Haih.
            “ Kan saya dah pernah bagitahu mak sampai bila saya cuti.” Balas Fakhri tanpa memandang sikitpun wajah isterinya.
            “ Tapi aku tak ingat.”
            Tak ingat?! Fakhri secara automatik menghalakan biji mata ke wajah Damia. Mata bertentang mata seketika. Terasa suasana asing mulai menghimpit ruang antara mereka.
            “ Habis tu, apa je yang awak ingat tentang saya?”
            Gulp! Damia kematian kata. Apa yang aku ingat pasal dia? Apapun aku tak tahu tentang dia. Tarikh lahir? Tempat lahir? Makanan kegemaran? Kenangan manis dan pahit? Argh! Yang aku tahu nama dia Fakhri Wafiy, berumur 23 tahun dan ada penyakit resdung yang alergik dengan makanan laut. Tu ajelah kot.
            “ Sebab aku nak cuba ingat ni lah aku tanya kau balik.” Cover!
            “ Tak payah ingatlah. Tak penting pun.” Nada pemuda itu tiba – tiba berubah ton. Mendatar tanpa sebarang perasaan.
            “ Kau ni kenapa? Tak percaya? Betullah aku tak ingat. Lagipun, kita baru kenal kan? Macam mana aku nak ingat semua tentang kau.” Damia tak puas hati. Nadanya meninggi sedikit.
            “ Kalau kita dah lama kenal pun, awak akan ingat ke? No, right? So?
            Sekali lagi Damia membungkam kata. Suasana menjadi sepi seketika. Fakhri sudahpun menukar tempat baring dari atas katil ke atas toto yang sudah dibentang.
            “ Habis tu, kau ingat semuanya tentang aku ke?” Damia menyambung lagi. Tak mahu mengalah.
            “ Tak.”
            So, fair and square kan? Yang kau nak marah aku seorang aje kenapa? Kau pun sama.”
            “ Habis itu, awak nak saya marah diri saya jugak? Orang gila aje yang marah diri dia sendiri tau.” Fakhri tarik sengih.
            Damia mula merengus geram. Budak ni buat dah perangai dia. Ada aje modal nak menjawab. Nak kata lawyer, bukan. Haih.
            “ Sudahlah tu. Jom tidur. Penat aku melayan kau lama – lama.” Tukar topik. Tubuh Damia sudah direbahkan di atas katil.
            “ Eleh, macam melayan apa pulak sampai nak penat tu!” ngomel Fakhri perlahan.
            Gegendang telinga yang dapat menangkap butir – butir perkataan Fakhri terus membuatkan Damia terbeliak biji mata.
            “ Apa kau cakap? Ulang balik!”
            “ Cakap apa pulak?” Fakhri pelik.
            “ Cakap err layan apa tadi?”
            “ Yelah ingat saya ni budak kecil ke sampai nak melayan karenah pun penat bagai. Kenapa?”
            “ Oh, err tak apalah. Good night!” Damia segera menyelubungi wajahnya dengan selimut. Pergh, malu siot! Nasib baik Fakhri tak syak aku fikir bukan – bukan.
            “ Awak ingat layan apa? Jangan cakap awak ingat melayan saya....”
            Oh, crap! “ Tak! Tak! Tak! Betullah tu. Aku penat layan kau yang macam budak kecil ni.” Belum sempat Fakhri menamatkan ayat, Damia segera memotong. Warna merah sudah menyerbu wajah gadis itu. Malu!
            “ Oh, ok!” Fakhri bersahaja. Lantas dia mengiringkan tubuhnya membelakangkan Damia.
            Damia segera menghela nafas lega dalam diam. Fakhri pula sudah tersengih nakal dengan kelopak matanya yang sudah tertutup rapat. Damia... Damia... Otak kuninglah tu! Fuh, tapi nasib baik dapat cover! Kalau tak, memang tidur luarlah aku malam ni. Lain kali tolong hati – hati ya, mulut! Danger ada di mana – mana saja. Jangan main lepas aje!
                                                                                     *****
                                                                        ++ bersambung ++
as usual, sorry atas kelewatan tau.. a big thanks to awak2 yg sggup menunggu tu..=') *t'haru jap..sobs3! btw, ada benda best ni nak kasi tau sikit.. jeng3x..hihi novel PWC dah lulus utk diterbitkan tau..bulan bape terbit? blum diinfom lg..stil dlm susunan jadual pnerbitan..harap2 tahun ni lah kan? =)..penerbit mana? hmmm apa kata kita rahsia dulu..hehe dah smpai surat stuju terbit nanti, bru sy reveal ok?

11 comments:

  1. kontroversi sbntr brsme kit kat~~~

    ReplyDelete
  2. Sweet couple btul la damia n fakhri ni..
    I loike!!hehe(dgn nada gedik nk mampus)
    Yeay!!!yeay!!!berita baik ttg PWC sgt la mengujakan...hahaha..
    Tahniah nurrul..xsbr nk bli novel tu...

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah i like tooo *nada gedik jugak..hihi
      hoho sbr2..bwk btenang noor..hehe dah tebit nnti, noor org fist nurul listkan kena bli tau =)

      Delete
  3. bab sterusnye please...

    ReplyDelete
  4. bile nk sambung nie....lame tunggu....

    ReplyDelete
  5. Yeah yeah....blh beli dh nnti ....x sbr nk beli huhu


    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?