Followers

Thursday, 21 February 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 1 ~


NURUL DAMIA mengintai segenap ruang dalam restoran mewah itu dari muka pintu masuk. Peluh yang merinik di dahi segera diseka. Turun saja dari bas tadi, terkocoh – kocoh dia berlari anak menuju ke pintu restoran. Cara jalan usah dikhabarkan lagi. Dah tentu macam King Kong terlepas dari zoo! Ni semua pasal dia lambat bangun pagi tadi. Mentang – mentanglah minggu ni dia diberi cuti khas dari Allah. Makin menjadi – jadi waktu tidurnya. Alih – alih pukul 10 pagi baru nak masuk kerja. Patutnya shif dia hari ni mula pukul 8. Memang pekerja contoh betul untuk tahun ni!
Baru saja dia hendak melangkah masuk, tiba – tiba seorang lelaki yang berbaju T warna pink telah merempuh hebat tubuhnya dan menyebabkan topi chef yang dipegang terjatuh ke dalam baldi yang berisi air bekas dari mop lantai. Langkahnya terhenti. Dia memandang sadis bila melihat topi putihnya itu sedang berenang – renang di dalam air kotor. Lelaki tadi terus berlalu tanpa menoleh sikitpun ke arah Damia. Apatah lagi nak minta maaf kan?
Damia merengus geram. Mamat mana yang berani buat topi ajaib aku macam ni? Pantas dia mencelup tangannya ke dalam baldi untuk mengambil topi itu lalu segera mengejar lelaki biadap tadi. Baru saja dia hendak memanjangkan langkah menuruti kaki pemuda itu, tiba – tiba Farah Wahida atau lebih popular dengan panggilan Kak Farah segera memintas. Langkah Damia serta – merta mati. Bibirnya automatik tersengih kambing kepada penyelianya yang sentiasa perasan bagus tu.
“ Kau tahu sekarang dah pukul berapa?” bukan main menyinga lagi muka Farah. Nak tunjuk tegas tahi kucing dia lah tu konon.
“ Err pukul 10 setengah, Kak Farah.” Dalam dok mengata Si Farah tu, tergagap jugak Damia membalas.
“ Oh, 10 setengah... Kau ikut shif restoran negara mana yang masuk kerja pukul 10 setengah ni?” sekali lagi suara Farah naik pitch. Terkejut halwa telinga Damia dibuatnya.
“ Negara Malaysia.” Damia membalas perlahan. Kepalanya ditunduk sedikit. Dalam takut tu, berani pulak dia berloyar buruk.
Farah mula tarik nafas dalam. Kecik besor kecik besor je dia rasakan budak peremuan di hadapannya itu. “ Hey menjawab kau eh? Hish kalau restoran ni aku yang punya, memang riwayat kau kerja kat sini tamat sekarang jugak tau!!”
“ Nasib baiklah restoran ni bukan Kak Farah yang punya.” Damia mengomel perlahan.
Namun, ayat yang keluar dari bibir Damia tetap berjaya mengetuk gegendang telinga Farah. Farah mula tak dapat kawal emosi. Baru dia hendak membuka mulut untuk menyembur gas gunung berapi, tiba – tiba muncul pengurus restoran yang sentiasa kacak bergaya, Fahim Rayyan. Suasana di ruang itu serta – merta menjadi sunyi seketika. Damia masih lagi menundukkan kepalanya sedikit. Farah pula terus control ayu tiba – tiba.
“ Farah, awak free tak sekarang?” soal Encik Fahim.
Farah mengangguk kepalanya laju. Tersengih meleret. Macamlah Fahim boleh cair dengan senyuman dia tu.
“ Kalau macam tu, awak ikut saya meeting kat main branch.” Fahim memberi arahan.
“ Sekarang ke encik?” Farah masih lagi dengan sengihannya. Damia mula rasa nak loya tekak dengar suara lembut Farah.
“ Ya, sekarang. Err Damia?”
Damia terus angkat kepala. Pandang tepat ke muka Fahim. Dalam hati mula berbunga – bunga. Bukan senang nak dengar bibir Encik Fahim sebut nama aku ni. Control Damia control! Kalau Farah pun boleh control ayu, apatah lagi kau yang memang dah ‘ayu’ ni kan.
“ Sementara saya pergi meeting ni, saya nak awak terangkan kat staf part time baru kita tentang restoran dan serba sedikit cara penyediaan makanan. Dalam masa sebulan ni, dia akan jadi penolong awak sementara dia masih bercuti semester.”
Damia hanya mengangguk perlahan tanda akur. “ Mana staf baru tu, Encik Fahim?”
“ Dia ada dalam bilik meeting. Lepas ni, awak bolehlah terangkan apa yang patut. Dia start hari ni.” sambung Fahim lagi sebelum melangkah meninggalkan ruang dapur itu.
Damia mengangguk lagi. Dia memandang lama belakang tubuh bosnya yang berlalu pergi. Fahim Rayyan, dengar nama pun dah tahu macam mana rupa lelaki tu kan? Tampan sudah semestinya! Menjadi pujaan hati setiap staf perempuan dalam restoran mewah itu termasuk Damia sendiri. Tu belum campur dengan pelanggan perempuan yang setiap hari mengunjungi restoran itu semata – mata nak tengok muka Fahim. Nampak tak di situ betapa handsomenya dia?
***
Selesai berangankan lelaki idaman Malaya itu, Damia segera mengatur langkah menuju ke bilik mesyuarat. Langkahnya terlalu berat dirasakan. Rasa macam berkilometer jauhnya bilik mesyuarat itu. Padahal terletak di tingkat dua aje. Walaubagaimanapun, dalam hati dia sudah menitip rasa syukur yang teramat sangat bila Fahim datang menyelamatkan keadaan tadi. Kalau tidak, sah – sah dia menjadi mangsa ngauman singa betina tu.
Langkah kakinya diteruskan lagi dengan menaiki anak tangga ke tingkat dua. Baru dia perasan tangannya masih lagi memegang topi chef yang sudah bertukar warna kelabu tahi anjing tu. Argh! serta – merta perasaan geramnya membuak – buak bila mengingatkan pemuda baju pink yang biadap tadi. Kalau aku jumpa kau bila – bila nanti, siap kulit kau aku siat – siat!
Tapak kaki Damia betul – betul mati di hadapan pintu bilik mesyuarat. Perlahan – lahan tangannya memulas tombol pintu. Kepalanya dijengukkan sedikit mencari kelibat pekerja baru yang dikatakan oleh Fahim tadi. Tiba – tiba biji matanya tertancap ke arah tubuh seorang lelaki muda yang duduk membelakangi pintu masuk. Mungkin lelaki ni orangnya!
Damia terus menapak masuk. Lelaki yang terdengarkan bunyi tapak kasut, segera memalingkan kepalanya memandang Damia. Damia masih berlagak selamba. Dia terus melangkah tanpa menoleh sikitpun ke arah pekerja baru tu. Sengaja dia tunjuk sombong memandangkan lelaki tu akan jadi anak buahnya nanti.
Topi chef yang diusung dari ground floor tadi diletakkan atas meja. Dengan penuh perasaan bangga, dia duduk bersilang kaki dan siap memeluk tubuh betul – betul di hadapan pemuda itu. Damia memandang lama wajah pemuda yang masih bersahaja dihadapannya. Amboi, boleh tahan handsome! Muka baby face pulak tu. Mesti bawah umur lagi ni. Biji matanya turun pula ke baju T yang tersarung di tubuh pemuda itu. Warna PINK??! Bermakna inilah lelaki yang tak kenal budi bahasa budaya kita tu ya? Damia sudah merengus geram dalam diam. Siap kau Pink Boy!
“ Encik Fahim cakap kau staf part time baru ya kat sini?” Damia memulakan kuasa jahatnya. Evil face ditayang selagi boleh.
Lelaki tadi hanya menganggukkan kepalanya. Muka dia masih lagi selamba. Tak takut sikit pun dengan Damia a.k.a chef senior dalam restoran tu. Damia mula pandang pelik. Bisu ke budak ni? Senyap aje dari tadi. Tak pun, dia mesti takut dengan aku ni sampai tak boleh nak bercakap. Hahaha siap kau Pink Boy! Aku akan buat sampai kau terkencing dalam seluar. Tengoklah!
“ Apa nama kau?”
“ Fakhri Wafiy bin...”
Belum sempat lelaki tu menghabiskan kata, Damia segera menyampuk.
So, kau datang sini nak jadi pembantu aku lah ya? Ada resume?” Damia masih berwajah sombong.
“ Ada. Ni dia.” Fakhri menghulurkan beberapa helai kertas A4 putih kepada Damia. Damia tidak menyambut. Masih lagi memeluk tubuh seperti tadi.
“ Letak aje atas meja tu. Kejap lagi aku tengok. Umur kau berapa?”
“ Kan ada dalam resume tu. Cik err.. Damia tengoklah.” Balas Fakhri sambil biji matanya mengintai nametag Damia yang tersemat di bahu.
Damia mula merenung tajam Pink Boy di hadapannya itu. Ewah – ewah baru masuk kerja hari ni dah pandai menjawab nampak! Sabar Damia sabar! Game baru nak start ni.
“ Aku tahulah ada dalam resume. Kenapa kau nak buat part time kat sini? Apa specialnya restoran ni? Soalan ni tak ada dalam resume kan? So, tolong jawab!”
Fakhri tersengih kecil. “ Penting ke Cik Damia nak tahu kenapa saya nak buat part time kat sini?”
Damia sudah mendengus geram. Rasa macam dia nak telan hidup – hidup pulak budak lelaki depan matanya itu. “ Perlulah. Kau nak tahu sebab apa aku perlu tahu? Kau mesti dah kenal kan dengan Encik Fahim Rayyan pemilik restoran ni?”
“ Kenal. Kenapa dengan dia?” Fakhri pelik.
“ Bagus. Aku nak tahu sebab aku ni bakal isteri Fahim Rayyan tu kau tahu tak?” Damia membalas megah. Dalam hati dah ketawa kuat – kuat. Biarlah aku menipu si Pink Boy ni sikit. Bukannya lama pun dia kerja kat sini. Sebulan je.
Fakhri hanya tersengih meleret memandang gelagat wanita di hadapannya itu. Damia mematikan tawa.
“ Kau tak percaya ke?” Damia pandang pelik.
So, Cik Damia lah yang akan bertunang dengan Encik Fahim minggu depan ya?” Fakhri masih dengan sengihan di bibir.
Damia terdiam kejap. Tunang? Encik Fahim nak bertunang dah ke? “ Err yup! Aku lah perempuan yang akan bertunang dengan Encik Fahim nanti.”
Damia membalas yakin. Ah, lantaklah yang penting mamat ni percaya apa yang aku cakap! Tak mungkin dia akan tanya kat Encik Fahim pulak kan.
“ Ok, I see..” Fakhri masih tersenyum. Dua kali pandang nampak macho pulak budak laki ni walaupun dia pakai baju T warna pink.
“ Kau kenal Puan Maria? Mak kepada Fahim Rayyan tu?” soal Damia dengan menjongketkan kening kirinya sikit.
“ Bakal mak mertua Cik Damia tu ke?” soal Fakhri pula.
Mak mertua? “ Err betullah tu. Aku nak bagitahu kau siap – siap ni, sepanjang kau kerja kat sini orang yang paling kau kena hormat adalah Puan Maria tu tahu tak? Pada bila – bila masa saja dia akan datang memantau setiap cawangan restoran anak dia. Annoying kan? Macamlah restoran tu semua dia yang punya. Eksyen je lebih!” Sempat lagi Damia mengumpat ibu kepada bosnya itu.
Dia memang menyampah gila pun dengan perangai Puan Maria sejak dia mula bekerja di restoran tu dulu. Betapa cerewetnya perempuan tu hanya Allah yang tahu! Sudahlah kalau setiap kali dia datang melawat, semua staf terpaksa melayan kerenahnya terlebih dahulu. Yang paling teruk kena, Damia lah. Ada saja makanan yang dia tak puas hati. Mentang – mentanglah anak dia punya restoran. Nak tunjuk kuasa veto dia lah tu!
Fakhri masih tersenyum sendiri. Tidak membalas dan hanya mendengar luahan rasa dari perempuan yang bernama Nurul Damia itu.
“ Dan lagi satu!!!”
Damia menjegilkan biji matanya tiba – tiba ke arah Fakhri. Terkejut Fakhri dibuatnya. Dia jegilkan balik biji matanya kepada Damia. Damia memberi sengihan seram.
“ Kau tahu kitorang kat sini gelar Puan Maria tu apa?”
“ Tak tahu.” Teragak – agak Fakhri membalas.
“ Kitorang panggil dia Black Maria. Hahaha.” Damia menghambur tawa besar.
Fakhri mula memelikkan wajahnya. “ Black Maria?”
“ Yup. Bukan sebab dia black ataupun dia minat Black Mentor tu tapi sebab perangai dia tu penuh dengan ciri – ciri kehitaman. Kalau nak kerja kat sini, kau kena hati – hati dengan dia faham?!”
Papp!! Serentak Damia menampar kuat meja mesyuarat itu. Terkejut beruk Fakhri dibuatnya. Nasib baik tak terkencing dalam seluar. Fuh, perempuan ni memang boleh buat orang masuk ICU lah!
“ Cik Damia tak rasa bersalah ke mengata mak mertua sendiri?” Fakhri tersengih lagi. Mungkin kali ni lebih misteri sengihnya.
Gulp! Damia terkunci mulut tiba – tiba. Alamak, ni macam nak kantoi aje ni yang Fahim tu bukan bakal suami aku! Ah, stress aku dengan budak ni! Pandai pulak dia bermain kata. Mesti playboy terlaris dalam U dia ni. Pandai pusing ayat!
“ Sudah! Sudah! Berbalik kepada skop kerja kau tadi, kau tahu kan yang kau akan  jadi pembantu aku?” Damia terus tukar topik. Layan lebih – lebih kang, kantoi pulak temberang dia nanti.
“ Yup. Encik Fahim ada bagitahu saya tadi pasal position saya dalam restoran ni.”
Damia menggosok – gosok dagunya sikit. “ Bagus! Bagus! Kau nampak topi chef tu?” Jari telunjuk Damia ditunjang ke arah topi yang berada di atas meja itu.
“ Nampak.” Fakhri mula pelik.
“ Sebagai homework kau, aku nak kau bawak balik rumah topi tu basuh bersih – bersih faham?! Jangan lupa letak Downy sekali. Kalau tak ada Downy, Softlan pun boleh. Yang penting wangi!” Damia menggunakan kuasanya sebagai ketua.
“ Tapi apasal pulak saya yang kena basuh? Saya memanglah pembantu Cik Damia tapi bukan orang gaji Cik Damia pun.” Fakhri mula tak puas hati.
Damia sudah berasap telinga. “ Aku bukan sengaja nak buli kau tahu tak? Kalau bukan sebab kau yang langgar aku tadi, topi aku ni tak jatuh dalam baldi air mop lantai faham?”
“ Cik Damia ada bukti ke saya yang langgar?” Fakhri masih tak mahu mengalah.
Wah, mamat ni memang sengaja nak cari maut dengan aku ke apa? “ Baju pink kau telah membuktikan kau yang langgar aku tadi tau. Aku tak peduli. Kau basuh balik topi aku ni!” Sekali lagi Damia menampar meja. Kuat. Pedih jugak tapak tangannya dirasakan.
“ Kalau saya tak nak basuh pun, Cik Damia boleh buat apa?” Fakhri masih selamba.
Keluhan berat Damia bebaskan buat seketika. “ Ok, kau nak melawan sangat kan? Aku akan bagitahu dengan bakal suami aku nanti. Kau jangan menyesal!” Damia cuba taktik mengugut pula.
Belum sempat Fakhri membalas, tak semena – mena pintu bilik mesyuarat itu dikuak dari luar. Terpacul wajah Fahim Rayyan di muka pintu. Perbalahan mereka terhenti. Masing – masing menghalakan pandangan tepat ke arah Fahim.
So, banyak benda yang kau dah belajar dari Damia ni Fakhri?” soal Fahim seraya melangkah masuk.
Fakhri hanya tersengih. Tidak segera membalas. Biji matanya dihalakan pula ke wajah Damia. Damia cepat – cepat memberi isyarat mata supaya Fakhri berkata ya.
“ Macam – macam benda Cik Damia terangkan kat aku, Fahim. Termasuklah siapa bakal tunang kau minggu depan.” Fakhri memberi sengihan jahat ke wajah Damia.
Damia sudah membuntangkan biji mata. Alamak, apa yang mamat ni merepek? Tak kan mamat ni nak bagitahu Encik Fahim pasal apa yang aku cakap kat dia tadi kot? Habislah kau, Damia! Padan muka kau sendiri. Pandai – pandai sangat nak menipu orang.
“ Oh, pasal majlis pertunangan saya minggu depan tu nanti saya akan edarkan kad! Saya tak buat majlis besar – besar pun.” Fahim tersenyum kecil.
Damia hanya mampu menundukkan kepalanya sikit. Tak mampu lagi dia hendak berhadapan dengan Fakhri yang masih lagi galak tersengih ke arahnya. Temberangnya sudah pecah! Tak guna Pink Boy ni! Nak mengejek aku lah tu.
“ Bro, cakap nak bagi aku uniform chef tadi. Mana?” soal Fakhri tiba – tiba. Biji matanya sengaja dilirikkan ke wajah Damia yang semakin terkejut. Bro?
“ Oh, jom ikut aku!” Fahim segera berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu.
Fakhri pula bingkas dari kerusinya. Tangannya mencapai topi chef Damia di atas meja. “ Letak Downy ya? Jangan risau. Nanti saya spray minyak wangi terus.”
Fakhri tersenyum galak memerli. “ Oh, lagi satu! Nanti balik rumah saya tolong kirim salam awak kat Black Maria sekali ya?” sempat lagi Fakhri ketawa galak sebelum meninggalkan ruang bilik itu.
Damia hanya mampu menarik nafas sedalamnya bila menyedari kelibat Fakhri hilang di muka pintu. Dia meluku – luku kepalanya banyak kali. Aduh, malu siot aku! Kenapalah aku tak selidik latar belakang mamat tu dulu tadi sebelum aku nak kenakan dia? Argh stress betul!
Tiba – tiba biji mata Damia tertancap ke arah resume Fakhri yang terletak elok di atas meja. Pantas dia mencapai kertas A4 yang berwarna putih itu. Dia menyelak kasar helaian kertas itu untuk mencari butir – butir peribadi Fakhri. Dan saat itu juga, biji mata Damia terbeliak bila melihat nama penuh Fakhri yang tertera di situ. Fakhri Wafiy bin Mohd Fariduddin? Macam sama aje dengan Fahim Rayyan bin Mohd Fariduddin. Alamak!!
Terlepas terus helaian kertas dari tangan gadis itu. Damia terduduk. Kepalanya diketuk – ketuk pula atas meja. Air mukanya penuh dengan perasaan kesal. Apasallah aku ni gelojoh sangat? Kenapa tak baca dulu resume yang mamat tu bagi tadi?!!
                                                                      ***
p/s: novel baru is coming!!! mcm biasalah..kalo rasa best, komen n tick reaction.. kalo x best, komen apa yg x puas hati n sy akan repair later..hihi




21 comments:

  1. writer tolong cntinue cpt tau
    sgt3 best ini cerita!!
    klakar x ingat dunia hahaha

    ReplyDelete
  2. i really2 love it!
    superb writer
    next chapter please

    ReplyDelete
  3. besttt
    kena update hari2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu alot anon!
      update hari2 tu xleh jnji la,update scepat mgkin in shaa Allah =)

      Delete
  4. the best kak !! Tapi kenapa Mario Maurer ????!!!!!! Tu abang kita lew ...... hahaha .. gurau jeh ... daebak daebak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb mario maurer ssuai dgn watak hero yg akak wat..hihi akak sndiri pun jeles sbb akak bkn heroin mario tau dlm cite ni huhu

      Delete
  5. Haha,.. kelakar giler,.. x henti ketawa.. cepat2 lah sambg ya!,.

    -Aira-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu sayang!
      skss dlm penilaian terbit ^_^

      Delete
  6. Replies
    1. sebab skss dlm penilaian terbit..
      tpaksa drehatkan buat smentara =)

      Delete
  7. Salam cik writer...saya baru jumpa blog ni. Tu pun sbb ada post d penulisan. Saya suka...teruja nak teruskan bacaan.

    ReplyDelete
  8. novel ini dah publish ke...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. blom dear..novel ni dlm penilaian terbit ^_^

      Delete
  9. Always. I always find malay novel is centered around girls who make fool of themselves. It used to be funny. Just. Not anymore.

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?