Malam itu seperti biasa Irfan akan menjamu selera bersama
mama dan papanya. Suasana agak sunyi di dalam banglo Datuk Iskandar pada malam
itu. “ Wow, ada jus tembikai malam ni. Manisnya tembikai ni ma. Mesti orang
yang beli tembikai ni ikhlas sangat kan pa?” Irfan menoleh ke arah papanya
selepas meneguk jus tembikai tu.
“ Eh mesti
lah. Ikhlas sangat kan bang?” Datin Haliza pula memandang suaminya. Datuk
Iskandar hanya menjamah makanannya buat – buat tak dengar apa yang dibualkan
oleh anak beranak itu.
“ Irfan,
mama ada benda nak cakap ni.” Datin Haliza memulakan agendanya.
Irfan yang
sedang menjamu makanannya terus memandang Datin Haliza. “ Ada apa ma? Cakap
lah.”
“ Irfan dah
janji kan tak kan bantah semua cakap mama lepas ni kan?”
“ Ye Irfan
janji. Tapi apa bendanya ma. Macam suspen je bunyi nya.” Irfan masih lagi
meneruskan suapan di mulutnya.
“ Irfan dah
tahu kan perempuan yang Irfan nampak keluar dari bilik mama tu akan jadi Irfan
punya PM?”
“ PM? Oh,
makcik direct selling tu ke? Dah tau
dah. Kenapa ma?
“ Irfan,
cuba jaga bahasa tu sikit. Kalau orang tu dengar macam mana?” Datuk Iskandar
pula menyampuk kerana tidak menyenangi dengan jawapan anak terunanya itu.
“ Ala Irfan
gurau je lah pa. Ok sorry ye bos.”
Datin Haliza
masih lagi berkira – kira dalam otaknya macam mana hendak bagi tau anaknya itu.
“ Sebenarnya Irfan, perempuan yang Irfan nampak tadi tu jugak lah bakal jadi
isteri Irfan nanti. Budak tu lah anak kawan mama yang mama nak jodohkan dengan
Irfan nanti.”
Irfan
tekejut besar bila mendengar kata – kata ibunya itu. Tak pernah dia menyangka
makcik tu akan jadi isterinya nanti. Kenapa mesti dia? Dah la tak sepadan
lansung dengan aku. Memang jauh gila dari taste
yang aku nak. Sampai hati mama dera aku sampai macam ni.
“ Mama,
kenapa perempuan tu ma? Anak kawan mama yang lain tak ada ke? Irfan akan ikut
pilihan mama tapi bukan dengan makcik direct
selling tu. Tak berkenan langsung la Irfan tengok dia ma.” Irfan menagih
simpati mama nya itu.
“ Irfan
jangan degil ye. Irfan dah janji nak ikut cakap mama kan? Lagipun Irfan tak
tengok dia lagi mana Irfan tau dia tak cantik. Mama sure sangat esok Irfan tengok dia mesti Irfan cair punya.” Datin
Haliza mula meninggikan suaranya.
“ Pa, apa
semua ni? Tolong lah Irfan pa. Papa kan laki, mesti papa paham perasaan Irfan
kan.” Irfan mula memancing simpati Datuk Iskandar.
“ Papa
paham Irfan. Kalau papa masih single
pun, papa pun akan kahwin dengan budak tu tau.”
Datuk Iskandar tersengih memandang anaknya itu.
“ Dah la
Irfan tak lalu lah nak makan. Irfan naik bilik dulu lah.” Irfan terus membasuh
tangannya lalu menuju ke biliknya dengan perasaan yang tak puas hati.
“ Tak lalu
apa nya sampai lauk pun dah nak habis dibedalnya.” Datin Haliza membebel
melihat telatah anaknya itu. Datuk Iskandar hanya menggelengkan kepala melihat
anaknya.
Sampai di
bilik tidurnya, Irfan membaringkan badannya yang tinggi lampai itu di atas
katilnya yang empuk. Kepalanya serabut memikirkan hal di meja makan tadi. Kalau
tak sebab perjanjian dengan ibunya, mahu jugak dia lari rumah malam ni.
Ah, sebab
perempuan lah hidup aku tak tentu hala macam ni. Boleh ke aku bahagia dengan
makcik tu? Memang lah paras rupa tu tak penting tapi siapa yang tak nak hidup
dia dapat apa yang di impikan. Mama ni kenapa lah sangup buat aku macam ni.
Yang perempuan tu pulak setuju ke nak kena kahwin dengan aku? Ah, mesti lah dia
nak. Daripada tak ada siapa – siapa nak kahwin dengan dia, baik dia kahwin
dengan aku ni. Siap kau makcik. Aku akan buat sampai kau benci kat aku nanti.
Ya Allah kenapa Kau uji hidup aku sampai macam ni sekali?
Usai makan malam, Hanna dan Aida berehat di ruang tamu
sambil menonton televisyen di ruang tamu. Sekali – sekala Hanna memandang ke
arah Aida yang leka bermain sms dengan seseorang. “ Aida, kau mesej dengan siapa
tu? Pakwe kau eh?” Hanna memulakan perbualannya.
“ Eh, mana
ada lah. Ni kawan aku je. Aku bukan macam kau ada boyfriend artis pulak tu.” Jawab Aida yang masih lagi dok menaip
mesej di telefon bimbitnya.
“ Eleh, kau
jangan tipu aku lah. Mana ada orang yang main sms dengan kawan senyum sorang –
sorang. Baik kau mengaku cepat siapa boyfriend
kau tu?” Ugut Hanna dalam nada gurauan.
“ Ala kalau
aku bagi tau pun kau bukannya kenal.” Balas Aida bersahaja.
“ Betul
jugak kan. Tapi kira kau mengaku kau dah ada boyfriend lah ni ye. Nanti ada masa kenalkan lah dia kat aku ye.”
Ujar Hanna sambil matanya kembali menatap kaca televisyen.
“ Ok lah
Cik Hanna. Eh, esok kau start kerja
dah ye? Kau kerja kat hotel mana?” Aida mengubah topik.
“ Asean Regency
Hotel Suites. Kenapa?
Terbeliak
biji mata Aida apabila mendengar nama hotel yang disebut oleh Hanna tadi. “
Wow, five star kan hotel tu. Hari tu
aku ada negotiate pasal owner hotel tu nak bukak branch baru kat Penang. Kau tahu tak dah
banyak dah branch hotel tu kat
Malaysia ni. Sampai kat Singapore pun
dah ada branch baru bukak tau.
Bertuah kau kan dapat offer jadi PM kat main
branch dia.”
“ Ala kau
ni, aku di offer jadi PM dia je.
Kalau di offer jadi owner dia kat branch yang baru bukak kat Penang tu, baru lah aku bertuah gila.
Hahaha. Tapi apa – apa pun aku bersyukur sangat lah ada jugak rezeki aku kan
dalam bidang property ni.”
“ Tu lah
rezeki ni ada kat mana – mana je kan. Contohnya kau ni dari Kedah sampai ke
Johor kau cari rezeki ye.”
Hanna hanya
tersenyum memandang temannya itu. Kalau banyak rezeki tapi hidup tak bahagia
pun susah jugak Aida. Haish, apa lah si Aliff ni buat. Aku call tak angkat. Nak tunggu dia call
memang berjanggut la jawabnya. Jelousnya
tengok Aida ngan kekasih dia tu. Dah lama dah aku tak macam ni. Masing – masing
sibuk dengan kerja ni la padahnya.
“ Eh kau
ada download drama Korea yang baru
tak? Aku dah lama tak update drama –
drama baru dalam hard disk aku tu.”
Tanya Hanna.
Hanna memang menggilai drama – drama Korea sejak dari bangku
sekolah lagi. Dia sanggup beli dua hard
disk hanya untuk menyimpan drama – drama Korea nya. Wall paper laptopnya juga dihias dengan gambar Lee Dong Wook, hero
drama My Girl yang di gilainya itu.Tapi, nasib baik lah Puan Normah tak tahu
perbuatan membazirnya itu. Kalau tak memang dapat ceramah free selama 44 hari lah.
“ Oh nasib
kau memang baik, Hanna. Aku baru je download
cerita baru. The King 2 Hearts tajuk dia. Ha Ji Won yang berlakon tau. Kau pergi
lah ambik cerita tu dalam hard disk
aku dalam bilik tu.” Balas Aida.
“ Ok, aku pergi
ambik ye.” Hanna berlalu ke bilik Aida untuk mengambil hard disk temannya itu. Usai mendapatkan barang yang dicarinya,
Hanna keluar lalu menutup pintu bilik Aida.
“ Aida, aku masuk tidur dulu lah ye. Penat lah drive tadi.”
“ Betul ke
nak tidur ni? Mentang – mentang dah dapat cerita baru terus nak tidur ye? Cuci
kaki dulu tau sebelum tidur. Good night.”
Pesan Aida kepada temannya itu.
Hanna hanya
tersengih dan mengangguk apabila mendengar usikan temannya itu. Lantas langkah
kakinya mula menuju ke bilik tidur. Best
nya dapat cerita baru. Tak sabar betul aku nak tengok heroin Secret Garden tu
beraksi lagi.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?