Sampai
saja di dalam bilik, Damia mengeluarkan beg pakaiannya dari dalam almari.
Beberapa helai pakaian yang tergantung juga dicapainya kasar lalu disumbatkan
ke dalam beg. Berang betul hatinya kala itu. Apa? Nak jadi isteri owner? Kalau sehari tak cari gaduh
dengan aku memang tak sah betullah budak ni! Menyakitkan hati aje tahu. Cubalah
kalau sekali tak sindir aku, tak boleh ke? Ini tidak. Fahim, Fahim, Fahim!
Pergi sini ada Fahim. Sana ada Fahim. Stress! Tak faham lagi ke? Aku dah tak
ada perasaan kat dia, Fakhri!
“ Nak pergi mana?” tegur Fakhri tiba
– tiba sebaik saja sampai di muka pintu bilik.
“ Tidur bilik mak.” Damia masih menyumbat
pakaian ke dalam beg. Time – time ni
lah pun beg tak boleh zip.
“ Ha eloklah tu. Tak payah saya nak
tidur atas lantai lagi. Aduh, sakitnya belakang badan ni! Kalau pergi pusat
urut pun nikmat ni.” Fakhri sengih untuk menyakitkan hati.
Damia pula sudah mengerling tajam
wajah suaminya. Nak pergi, pergilah! Ada aku kisah? Usai zip beg pakaiannya
ditutup rapat, Damia segera melangkah keluar dari bilik itu. Dia punya hentak
kaki macam tak cukup tanah nak pijak. Saja tunjuk protes. Ingat dia saja boleh
pergi pusat urut? Aku pun boleh pergi bilik maklah. Mak tolong urut.
“ Jangan lupa tutup pintu tu. Kunci
sekali. Nanti ada pula yang patah balik bilik kang.” Fakhri menghangatkan lagi
suasana.
Damia pula rasanya dah angin satu
kepala. “ Tak hingin! Goodbye,
Fakhri! Lepas ni awak jagalah makan minum sendiri. Jangan sampai salah makan seafood lagi. Nanti tak ada siapa nak
teman kat hospital dah.” Damia ketawa mengejek.
“ Oh, really? Ambil berat juga awak kat saya ya?” Fakhri tayang sengih
lagi.
Damia tersentak kejap. Eh, ambil
berat ke macam tu? “ Sudah! Sudah! Bye!
Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.” Fakhri mencebik
bila menyaksikan pintu biliknya sudah tertutup rapat. Eleh, ingat aku takut?
Belum sempat Fakhri menambah lagi
bebelan seorang diri, kedengaran telefon bimbitnya berdering meminta dijawab.
Fakhri segera mendapatkan telefon bimbitnya yang ditinggalkan semalaman dalam
bilik itu. Dia mengamati seketika panggilan tidak dikenali yang tertera di
skrin telefon bimbit. Lantas butang call
dicalit.
“ Helo.”
“ Helo, Encik Fakhri. Saya doktor
yang merawat Encik Fakhri semalam.” Kedengaran suara garau seorang lelaki di
hujung speaker.
“ Ya, doktor. Kenapa?” Fakhri pelik
tiba – tiba.
“ Berkenaan dengan laporan
pemeriksaan Encik Fakhri semalam, saya dah hantar ke hospital besar kat KL
memandangkan Encik Fakhri memang dari sana.” Sambung doktor itu lagi.
Sekali lagi Fakhri pelik. “ Kenapa
doktor? Ada apa – apa yang berlaku ke?”
“ Eh, bukan macam tu maksud saya.
Cuma kami di sini kurang tenaga pakar. Jadi eloklah buat pemeriksaan
selanjutnya di hospital besar.”
“ Oh, kalau begitu tak apalah
doktor.” Nada Fakhri kembali tenang.
“ Nanti encik boleh ambil result pemeriksaan tu di hospital sana
ya?” sekali doktor itu berpesan.
“ Ok, doktor. Terima kasih.”
“ Sama – sama.” Talian dimatikan.
***
Rasanya
kali ni saja entah keberapa kali Fakhri mencuri pandang isterinya yang sedang
leka bermain dengan anak – anak saudara itu. Damia juga dalam tidak sedar turut
mengerling suaminya yang sedang bersantai bersama sepupu – sepapat yang lain.
Hajatnya tadi memang ingin sama turut serta tapi bila mengenangkan perasaan tak
mahu mengalah dengan Encik Suami itu, dia lebih rela memilih untuk melayan
kerenah budak – budak kecil.
“ Damia memang sukakan budak – budak
pun.” Tegur satu suara garau bila perasankan Fakhri yang dari tadi asyik
mencuri pandang isterinya.
Fakhri terus kalih kepala mencari
pemilik suara garau berkenaan. Abang Aiman?! Terkejut dua minit.
“ Macam mana korang berdua boleh
kenal?” Aiman terus melabuhkan punggungnya di kerusi yang berdekatan dengan
Fakhri. Soalan terus diajukan walaupun Fakhri masih tidak bersuara sepatah pun.
“ Hmm kenal kat tempat kerja dulu.”
Balas Fakhri ada tidak. Takkan nak cerita habis pasal topi chef masuk dalam air
kotoran mop lantai kot.
“ Kahwin tanpa cinta?” duga Aiman
tiba – tiba.
Soalan itu membuatkan Fakhri pandang
tepat wajah pemuda yang agak tampan bersebelahannya itu. “ Taklah. Damia
cintakan aku.” Bidas Fakhri dengan yakin. Ah, yang penting dia takkan tunjuk
dia kalah dengan lelaki yang tiba – tiba datang menyibuk ni!
“ Oh, kau cintakan Damia?”
Eh, soalan apa pulak yang lelaki ni
tanya? Nak soal selidik latar belakang aku ke apa. Sepupu aje pun dia ni. Kalau
ex boyfriend tu haruslah nak busy body. Fakhri tidak membalas.
Pandangannya dibuang ke tempat lain. Rasanya tak perlu kot aku jawab soalan
yang tak penting dari ‘Abang Aiman’ ni.
“ Dulu waktu kecil, Damia selalu
cakap bila dah besar nanti dia nak kahwin dengan lelaki yang lebih tua dari
dia. Sebab dia anggap seorang abang itu sebagai tempat untuk dia berlindung.”
Aiman menyambung lagi tanpa disuruh. Fakhri masih seperti tadi tidak bersuara.
Rasa macam kena sindir pun ada dengan ayat baru keluar dari mulut lelaki itu.
“ Damia tu nampak aje macam hati
kering tapi sebenarnya dia lemah. Dia teringin nak ada seorang abang. Waktu
sekolah dulu, dia selalu kena buli dengan budak – budak perempuan nakal. Alasan
yang dia guna untuk selamatkan diri, dia cakap dia ada abang kat sekolah tu.
Nasiblah aku satu sekolah dengan dia dulu. So,
dia minta aku tolong marah budak – budak yang buli dia tu.” Aiman ketawa kecil.
Fakhri masih fokus memasang telinga.
“ Cubalah jadi seorang abang untuk
dia. Lindung dia. Jaga dia. Dalam cinta ni umur tu tak penting. Kalau kita rasa
sayang kenapa kita nak halang hati tu untuk suka, betul tak?” Aiman senyum
kecil lantas menepuk perlahan bahu Fakhri.
Fakhri masih menyepi. Tidak membalas
apa – apa. Walaupun dia sendiri tidak tahu apa motif Aiman bercerita tanpa
ditanya itu tapi dia seperti mendapat satu ilmu baru tentang hati isterinya.
Kali ni, dia tidak lagi mencuri pandang ke arah Damia. Gadis itu diperhati
jelas dengan kedua – dua biji mata. Dalam tidak sedar, bibirnya sudah meniti
nama indah seorang perempuan. Nurul Damia...
***
“ Nak main jugak!” Damia segera
menghampiri sepupu – sepapatnya yang sudah dibahagikan kepada dua kumpulan itu.
Sempat juga dia mengerling wajah Fakhri yang sudahpun turut serta dalam
permainan yang bakal berlangsung sebentar lagi.
“ Eh, tapi kitorang dah cukup pemain
ni! Lagipun, Mia pandai main futsal ke?” soal Aiman pelik.
“ Haah betul tu. Kau nak masuk
kumpulan mana kalau nak main? Kau jadi referee
aje lah.” kedengaran Ain, seorang dari sepupu perempuannya pula menyampuk.
“ Weh aku nak main jugak! Korang ni
tak adillah. Tak naklah jadi referee.
Lagipun, permainan apa je yang aku tak tahu main? Ala setakat futsal. Bukan ada
law macam bola sepak pun.” Damia
berkata sambil memeluk tubuh. Yakin sungguh dia!
“ Damia, awak tak payah mainlah.
Pandu kereta pun tak berani, inikan nak main futsal.” Giliran Fakhri pula
menyibuk. Sengaja nak menyakitkan hati si isteri.
Damia dah bagi jelingan maut buat
suaminya. Geram pula bila tiada sesiapapun yang menyebelahinya kala itu. “
Pandu kereta dengan main futsal adalah perkara yang berbeza, Encik Fakhri oii.
Awak tak boleh nak judge saya macam
tu.” bulat biji mata Damia membidas kata – kata suaminya. Fakhri pula sudah
tersengih kerang busuk.
“ Oklah! Mia main sekali. Mia masuk team Fakhri ok?” Aiman cepat – cepat
meredakan keadaan sebelum berlaku perang mulut antara mereka. Kalau tak, futsal
ke mana apa ke mana kang.
“ Tak naklah!” Damia bantah tiba –
tiba. Dia kerling wajah Fakhri sikit.
“ Mia nak masuk team abang.” Damia segera menghampiri kumpulan Aiman. Kesemua yang
berada di situ terkejut seketika. Terutama sekali Fakhri. Mencerlang biji
matanya memandang wajah isterinya yang memang sengaja mencari nahas itu.
“ Err kalau macam tu biar abang jadi
refereelah.” Aiman menarik diri cepat
– cepat bila perasankan wajah Fakhri yang sudah kelat di situ.
“ Ala mana boleh macam ni. Nanti team kitorang tak cukup pemain
lelakilah.” Ain pula membantah. Damia mula tunduk muka. Rasa bersalah pula bila
menjadi pengacau tak diundang di situ.
“ Hmm abang mainlah. Biar Mia jadi referee aje.” Perlahan nada itu seraya
melangkah keluar dari kumpulan yang tidak menerima kehadirannya.
Fakhri
mula jatuh kasihan melihat wajah isterinya yang masam mencuka tidak dapat turut
serta. Namun, jauh di sudut hatinya dia tersangat bersyukur Damia tidak boleh
bermain bersama mereka. Dia memang tak berkenan isterinya bercampur main
bersama lelaki – lelaki lain. Walaupun mereka bersaudara tapi bukannya muhrim.
Mesti ada yang tersentuhlah apalah. Better
kau bersila atas rumput tu jadi pengadil tengok aku seorang aje. Hahaha. Lebih
– lebih pula kau berangan ya Fakhri!
“
Ok! Kita mula sekarang ya?” Bola dilambung tinggi di tengah – tengah antara dua
kumpulan dan bermulalah aksi merebut bola antara mereka. Ada yang sedang
berlari, ada yang sedang menjaga barisan pertahanan, dan ada juga yang sempat
bermain sms sambil mengejar bola. Hebat! Harimau Malaya pun tak buat macam tu.
Awal
permainan, khusyuk sungguh Damia menyaksikan perlawanan antara dua kumpulan
itu. Ke kiri, ke kanan kepalanya bergerak mengikut bola yang ditendang. Siap
bersorak. Terlompat – lompat macam cheer group.
Semangat! Walaupun tak dapat main, tapi rasa macam dia pula yang bermain.
Pertengahan
permainan, Damia sudah mula bersila di atas rumput. Tangan menongkat dagu
melihat aksi kejar – kejaran antara mereka. Dalam kepala otak mula berfikir,
apasallah diorang ni beria – ria nak berebut bola yang satu? Pergi kedai, beli
sorang satu kan senang. Tak payah nak kejar – kejar, main sorang – sorang. Lagi
puas! Ini tidak, bola yang satu tulah yang nak direbutnya. Buat penat aje.
Di
minit akhir permainan, tumpuan Damia sudah ke tempat lain. Anak – anak
saudaranya yang comel – comel itu sudah mengelilingi dia. Dan dia sibuk melayan
karenah budak – budak kecil itu. Suka sungguh dia dengan kanak – kanak. Kanak –
kanak juga suka dengannya. Rasa macam artis pula bila budak – budak asyik
menyendeng dengannya. Acik Mia nak itu, Acik Mia nak yang ni... Alahai, comel!
Tapi sayang... malang yang sangat tidak berbau!
“
Damia, jaga kepala!!!”
Damia
tersentak hebat. Kedengaran suara Fakhri yang sudah melaung kuat namanya dan
membuatkan dia menoleh kepala ke arah pemain – pemain futsal yang sudah
berhenti beraksi itu. Bukkk!!! Bunyi macam nangka busuk jatuh. Damia terlalu
terperanjat bila bola yang ditendang oleh siapa entah mendarat di mukanya. Berpinar
biji matanya sekejap. Kebas. Seminit berlalu, gadis itu terus rebah di atas
rumput tanpa sebarang bicara.
“
Acik Mia! Acik Mia!” anak – anak saudaranya cuba menggoyangkan tubuhnya yang
kaku di situ.
Pemain
– pemain ‘handalan’ futsal itu segera berlari menghampiri Damia yang sudah
tidak sedarkan diri. Fakhri yang merupakan orang paling risau di situ berlari pecut
mendapatkan isterinya yang sudah terbaring. Siapa tak sayang bini oiii!
“
Damia!!! Bangun!” Fakhri menggongcang tubuh isterinya banyak kali. Hendak
menampar lembut pipi gadis itu risau pula bengkak di muka isterinya semakin
teruk.
“
Damia! Damia! Bangun!” Fakhri tak putus asa. Yang lain juga turut menyeru nama
gadis itu.
Perlahan
– lahan Damia mencelikkan kelopak matanya. Terasa pedih dan sakit. Pening
sebentar bila melihat beberapa orang yang sedang mengerumuninya tika itu.
Fakhri serta – merta membantu isterinya menegakkan badan.
“
Damia, awak okey tak?” soal Fakhri resah dengan keadaan isterinya itu.
“
Hmm kenapa saya rasa sakit kat mata dengan kepala ni eh?” lambat – lambat Damia
menyoal kembali. Peningnya masih belum reda.
“
Sorry. Saya tertendang bola kena
kepala awak tadi. Awak okey tak ni?” Fakhri segera membalas. Dahi isterinya
yang bengkak dan bertukar warna merah itu disentuh perlahan.
Biji
mata Damia dah terbeliak. “ Awak tendang kepala saya?!”
“
Haah eh sorry, sorry bukan tendang
kepala tapi tendang bola kena kepala. Sorry
sangat. Saya minta...”
Belum
sempat Fakhri menyambung kata, tubuh Damia sekali lagi longlai. Sepantas kilat
Fakhri memaut tubuh kecil itu. “ Damia! Dengar tak saya cakap ni?”
Damia
tidak berkutik sedikitpun dalam lengan suaminya. Kelopak matanya tertutup rapat
kembali. Lantas Fakhri mencempung tubuh kecil isterinya untuk di bawa ke bilik.
Langkahnya dilajukan menuju ke ruang rehat. Makcik ni tidur ke pengsan
sebenarnya? Haih. Aku pun satu hal. Tak pasal – pasal aje tendang bola kena
muka orang. Isteri sendiri pula tu.
Semua mata yang berada di situ sudah
menggeleng kepala perlahan menyaksikan adegan suami isteri itu. Nasib baik Puan
Rozita and the geng tak ada di tempat
kejadian. Kalau tidak, lagi gamat jadinya.
*****
bersambung ~
ngeh ngehngeh...hampagas punya laki..adeilah bole plak tendang bola p kat bini sendri..kekekeke
ReplyDeletehehe fakhri nak tnjuk skill pun x btempat
DeleteHahaha terbaek la....nma akk mmg shuhada ke? Ker nama tinta je?
Deletehehehe nama akak mmg shuada yunk.. nama dlm ic ^^
Deleteadesss..sabo ajela
ReplyDeletepangai same jek dua2
kan? hehehe =)
Deletekih kih kih kcian damia..
ReplyDeletefakhri agak2 la kalau ye pun hehe
tah fakhri ni...xpasal je damia jd mgsa huhu
Deletehaha.. sweet la dyorg ni.. dlm bergaduh, blh main curi2 pndg lg tu.. gaduh2 mnja la katakan..
ReplyDeletekan? gaduh tp suka =)
Deletecepat2 le sambung~~hehe~~
ReplyDeleteorait bos!
Deletetenkiu baby mio =)
ReplyDelete