Malam itu Tengku Danial Hakimi dan
Puan Diyana turut menjamu selera bersama keluarga besar mereka di dalam banglo
mewah itu. Tidak ketinggalan juga Qistina dan Datin Qadijah yang telah dijemput
bagi memeriahkan lagi majlis makan malam sempena kepulangan tuan muda rumah argam
itu. Tengku Danial Hakimi yang duduk berhadapan dengan Tengku Aakif Nawfal dan
Qistina sudah menayangkan muka meluat ke arah pasangan itu.
Qistina dari
tadi tak habis – habis menyendeng dengan Aakif. Atau dengan erti kata lain,
menggedik. Sejak Qistina mendapat tahu tunangnya mengalami amnesia, hatinya
sudah tenang. Disangkanya Aakif sudah lupakan dirinya. Hampir kesemua lauk –
pauk di dalam pinggan Aakif, Qistina yang tolong cedokkan. Tengku Aakif Nawfal
pula semakin tidak senang duduk. Rimas.
Apasal lah
perempuan ni duduk sebelah aku? Nasib baik lah depan nenda. Kalau tak, siap
kau! Bentak Aakif dalam hatinya. Makanan di hadapannya juga langsung dirasakan
tidak menyelerakan. Agaknya macam ni lah nasib aku dulu kan? Kasihan kau Aakif.
“ Aakif, kenapa
tak makan makanan tu? Tak sedap ke mama masak?” Puan Nafeesah memandang pelik
ke arah anak terunanya.
Aakif tersentak
dari lamunannya. Serta – merta dia mengukir senyuman palsu lalu segera
menyuapkan sesudu nasi dan lauk ke dalam mulutnya. Dikunyahnya perlahan –
lahan. Kenapa aku rasa hati aku ni macam kosong eh? Fikirannya kembali
mengimbau ketika dia makan bersama
keluarga Wafa. Walaupun di meja makan itu hanya terdiri daripada empat orang
iaitu Wafa, Waiz, Mardiana dan dirinya sendiri, sudah cukup membuatkan suasana
menjadi kacau – bilau. Tidak seperti sekarang.
“ Waiz, kau
jangan meratah lauk boleh tak? Nanti orang lain tak kan nak makan nasi kosong.”
Marah Wafa apabila melihat adiknya yang asyik meratah ayam goreng. Waiz hanya
tersengih malu tapi tangannya tetap mencapai seketul ayam goreng lagi.
“ Yang awak ni
kenapa tak makan ayam pulak?” Wafa menegur Aakif yang hanya menjamah nasi dan
sayur kangkung tumis.
Belum sempat
Aakif menjawab, Wafa sudah menyampuk. “ Awak jangan risau lah ayam ni dah tak
ada lemak. Saya dah buang kulit dan lemak – lemak dia.”
“ Awak nak perli
saya eh?” balas Aakif tidak puas hati memandang tepat wajah wanita itu.
“ Mana ada saya
perli. Saya cuma nak bagitahu yang saya masak makanan yang dijamin halal,
bersih, kurang lemak dan baik untuk kesihatan.” Jelas Wafa dengan bangganya.
Sengaja hendak memanaskan hati pemuda itu.
“ Oh ya? Setahu
saya, mana ada orang yang puji masakan sendiri.” Balas Aakif tersengih.
“ Awak ni kan..”
belum sempat Wafa membalas, Mardiana sudah memotong untuk meredakan keadaan.
“ Sudah lah tu
korang ni. Kasihan aku dengan Waiz nak makan pun tak tenteram. Kalau korang nak
gaduh jugak, korang pergi gaduh dekat garaj kereta tu eh.”
Wafa Amani
segera mengunci mulut. Sempat lagi dia menghadiahkan sebuah jelingan buat pemuda
itu. Aakif hanya menayang muka selamba tanda dia sudah memenangi perang mulut
yang baru berlangsung sebentar tadi.
“ Sorry, saya memang tak suka makan ayam
goreng.” Aakif bersuara tiba – tiba.
Tika itu, semua
mata tertancap ke arahnya. Tak makan ayam goreng? Biar betul mamat ni. Apa lah
nikmat hidup di dunia jika tak suka makan ayam goreng. Pelik – pelik betul.
“ Lelaki jenis
apa ni sampai ayam goreng pun tak nak makan.” Bebel Wafa perlahan. Lantas
menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
Aakif sudah
mengangkatkan kepalanya sedikit memandang ke arah perempuan itu. Belum sempat
dia membalas, kelihatan Mardiana sudah menyiku lengan Wafa di sebelahnya. Aakif
membantutkan niatnya untuk membidas kata – kata perempuan itu. Tak apa Wafa.
Hari ni hari kau! Bentak hati kecil Aakif.
“ Muaz, kau dah
cari ke belum doktor untuk Aakif tu?” kedengaran suara Puan Sri Tengku Sakinah
memecah sunyi.
Tengku Aakif
Nawfal serta – merta tersentak dari lamunannya. Huish, jauh betul aku berangan!
Wafa..wafa.. ada aje yang tak kena dekat mata kau kan Wafa. Sampai aku tak suka
makan ayam goreng pun jadi masalah bagi diri kau. Aakif tersengih sendiri bila
mengingatkan gelagat bekas sepupunya itu.
“ Oh, pasal tu
Muaz dah uruskan bonda. Em agak – agak bila kamu boleh jumpa doktor tu, Kif?”
soal Tengku Muaz pula. Semua mata yang berada di situ serta – merta tertancap
ke arah Aakif.
Lamunan Aakif
sekali lagi mati. Dia terperanjat kecil. “ Err..doktor apa pulak pa?”
Tengku Muaz
menayang wajah pelik. “ Doktor untuk rawat penyakit Aakif sekarang ni lah.”
“ Oh, err.. ok.
Aakif bila – bila free aje kalau nak
jumpa.” Balas Aakif sambil berpura – pura tersenyum. Dia sudah menarik nafas
lega. Tu lah berangan lagi. Padan muka!
***
Usai makan malam, seperti biasa
Wafa setia dengan buku latihan, kakulator dan pen merah ditangannya untuk
menyemak kerja sekolah di ruang tamu. Sedang asyik dia menyemak buku latihan
anak muridnya itu, tiba – tiba dia terlihat tangan seseorang meletakkan sebiji
mug di atas meja. Dia membetulkan sedikit cermin matanya lalu segera mendongak.
Lantas dia mengukirkan senyuman ke arah Mardiana. Ingatannya tika itu segera
mengimbau sewaktu Aakif menemani dirinya untuk membuat kerja dulu.
“
Thanks.” Wafa mengucapkan terima
kasih lalu mencapai mug yang berisi
milo panas itu lantas dihirupnya sedikit.
“
Huish manisnya!” Wafa memberi komen. Lalu meletakkan mug itu di atas meja semula. Tak sesedap air yang Tengku bancuh.
Bisik Wafa dalam hati.
“
Kau ni aku dah tolong air buat pun tak tahu nak bersyukur.” Mardiana berpura –
pura memasamkan wajahnya.
Wafa
mengukir senyuman ke arah Mardiana. “ Ye lah sedap air yang kau buat ni, Mar.
Semanis tuannya.” Balas Wafa lalu menyambung kerjanya semula.
Mardiana
hanya tersengih. “ Eh, kenapa kau sibuk – sibuk semak buku malam ni? Esok kan
hari Sabtu. Bukan cuti sekolah ke?” Mardiana memandang pelik.
“
Aku saja bagi kerja siap cepat. Mana lah tahu Sabtu dan Ahad ni ada program ke
tak lah aku bertanggung kerja betul tak?” balas Wafa sambil tangannya masih
menekan kakulator.
“
Kau perli aku eh Wafa?”
“
Eh, apasal pulak aku nak perli?” Wafa sengaja menayang muka pelik.
“
Ye lah aku tak ajak dah kau shopping
minggu ni. Tapi minggu depan in shaa Allah lah.” balas Mardiana sambil ketawa
besar.
Wafa
hanya tersenyum kecil melihat gelagat temannya itu. Aku dah agak dah! Dia
segera menyambung kerjanya semula. Seketika kemudian, kedengaran telefon
bimbitnya pula berdering meminta dijawab. Wafa mengerling sedikit nama
pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Sengaja dibiarkan lama
telefon bimbitnya menjerit. Dalam otaknya berkira – kira sama ada untuk
menjawab atau tidak.
“
Kenapa kau tak jawab telefon tu Wafa?” Mardiana memandang pelik.
Mahu
tak mahu Wafa mencapai telefon bimbitnya perlahan – lahan. Dia menekan butang call lalu ditekapkan telefon bimbitnya
ke telinga.
“
Assalamualaikum.” Teragak – agak Wafa memberi salam.
“
Waalaikumussalam. Kenapa lambat sangat kau nak angkat telefon tu Wafa?”
kedengaran suara maklong sudah mula menyembur.
“
Ada apa maklong call malam – malam
ni?”
“
Em aku nak ingatkan kau ni, jangan lupa balik kampung hari Ahad ni. Pakai
cantik – cantik sikit tau.”
“
Ok.” Wafa menjawab sepatah.
“
Kau ingat Wafa, kau balik ke tak balik ke aku tetap terima pinangan Khairul tu,
faham?” Perempuan itu segera memutuskan talian telefonnya.
Wafa
melepaskan keluhan berat. Lantas dia meletakkan telefon bimbitnya kembali di
atas meja. Mardiana pula dari tadi tidak melepaskan pandangan matanya terhadap
Wafa. Setiap butir bicara Wafa dengan ibu saudaranya itu masuk ke dalam
gegendang telinganya sebiji – biji.
“
Kenapa Wafa? Tiba – tiba je muram ni ada masalah ke?” Mardiana pelik.
“
Tak lama lagi aku akan kahwin, Mar.” Balas Wafa perlahan. Matanya masih
merenung tulisan di dalam buku latihan anak muridnya itu. Seakan air mata
jernihnya hendak menitis.
Mardiana
terlopong. Terperanjat benar dibuatnya. Mana tidaknya, angin tak ada ribut tak
ada tiba – tiba sahaja mendapat berita teman baiknya itu akan kahwin tak lama
lagi. Biar betul?
“
Dengan siapa Wafa?” mata Mardiana masih terbeliak. Seolah – olah tidak
mempercayai berita hangit yang baru didengarinya itu.
“
Khairul. Anak ketua kampung aku tu.” Balas Wafa ringkas.
“
Macam mana boleh jadi macam tu pulak? Kau memang suka dekat dia ke?”
“
Maklong aku yang paksa aku kahwin. Dia dah bagi tempoh dekat aku sebulan kalau
aku tak ada calon jugak, dia akan kahwinkan aku dengan anak ketua kampung tu.”
“
Habis tu, kau pun setuju lah?”
“
Gila kau aku nak setuju? Tapi apa lagi yang aku boleh buat? Dah memang aku tak
ada calon pun. Hari tu aku ada mintak tolong si Tengku tu suruh dia menyamar
jadi boyfriend aku tapi dia tak nak
pulak.”
“Ha
bila kau mintak tolong dia Wafa?” Mardiana sekali lagi terperanjat.
“
Waktu yang kitorang keluar makan berdua petang hari tu.”
“
Oh, patut lah malam tu korang berdua masuk rumah muka macam nak baham orang aje.”
Mardiana ketawa kecil.
“
Mar, aku serius ni.”
“
Ok ok habis tu kenapa kau tak mintak tolong orang lain? Kan kau ada kawan
dengan doktor yang kita jumpa dekat Tesco tu kan? Kenapa tak mintak tolong dia
pulak? Aku tengok muka dia boleh tahan handsome.”
Mardiana tersengih.
“
Kau ni agak – agak lah. Malu lah aku nak mintak dia tolong. Doktor tu orang
asing tau tak kan aku nak bawak dia masuk campur urusan keluarga aku.”
“
Habis tu, Tengku tu bukan orang asing ke dalam diri kau?” usik Mardiana
tersengih.
Serta
– merta mulut Wafa terkunci. Lidahnya menjadi kelu. Biji matanya merenung lama
wajah temannya. Tengku bukan orang asing ke dalam hidup aku? Kenapa aku tak
boleh nak cakap dia orang asing eh?
“
Err..tu sebab dia kan pernah tinggal dekat sini. So, aku rasa dia lagi rapat lah.” balas Wafa gagap sedikit.
Seketika kemudian, dia menarik nafas lega.
“
Hah aku ada satu idea! Apa kata kau...” Mardiana mula berdrama.
Wafa
memeluk erat kaki bakal ibu mertuanya itu. Juraian air mata di pipi gebunya
dibiarkan merembes. “ Makcik, saya tak sangka makcik sanggup nak buat saya jadi
menantu. Terima kasih banyak – banyak, makcik.”
“ Ya, sama –
sama. Tapi lepaskanlah kaki makcik ni dulu.”
“
Makcik, makcik ni ibarat ibu kandung saya tau. Tapi apakan daya saya makcik.
Uhuk..uhuk..uhuk..” Wafa terbatuk – batuk sambil tangannya menekup mulut.
Tiba
– tiba Wafa membulatkan biji matanya bila melihat cecair merah di atas tapak
tangannya. “ Makcik, tengok ni makcik! Saya sebenarnya....ada luekemia. Tapi
makcik jangan risau, saya janji akan sayang Khairul sehingga hujung nyawa
saya.”
“
Cut!!!” suara Wafa telah mematikan
drama ciptaan Mardiana. Serta – merta fikiran gadis itu kembali ke dunia nyata.
“
Apa kau ni main luekemia bagai? Buat mulut kau masin kang, tak ke naya aku nak
tanggung penyakit tu. Kanser tu tahu tak?” bebel Wafa sama sekali tidak
bersetuju dengan idea temannya itu.
Mardiana
mencebik. “ Ala kalau kau cakap kau sakit, mesti mak si Khairul tu tak nak bermenantukan
kau betul tak? Tak pun kau buat macam ni...” Mardiana mula tersengih.
Suasana
di ruang tamu itu menjadi ribut dengan gadis yang tiba – tiba meracau tak tentu
hala. Masing – masing sibuk menyelamatkan diri kecuali ibu Khairul yang masih
lagi tercegat berdiri tidak mampu melangkah disebabkan kakinya yang dipeluk
erat oleh Wafa.
“
Makcik, tolong bagi saya ubat makcik. Saya sakit sangat ni.” terketar – ketar
suara serta tangan Wafa memeluk kaki perempuan itu.
“
U...ubat apa?” ibu Khairul turut sama ketar.
“
Ubat sawan, makcik. Saya sebenarnya ada sakit sawan. Tapi makcik jangan risau,
saya tetap akan sayang Khairul sehingga hujung nyawa saya makcik.”
Kali
ni, Wafa mengetuk pula kepala Mardiana dengan buku tulis muridnya itu. Mardiana
tersentak. “ Sawan dengan luekemia tu tak sama ke makcik?” Wafa menjegilkan
biji matanya. Geram dengan idea yang langsung tak masuk dek akal itu.
“
La kau yang cakap tak nak penyakit kanser kan, sawan tu ok apa?” Mardiana menghambur
ketawa.
Wafa
membebaskan keluhan berat seketika. “ Pasrah betul aku dapat kawan macam kau
ni.”
Ketawa
Mardiana masih bersisa. “ Habis tu kau ada idea lain ke macam mana nak halang
maklong kau nanti?”
“
Aku cuba lah dulu apa yang mampu. Paling penting aku tak kan berlakon aku ada
penyakit, faham?” perli Wafa.
Mardiana
hanya tersengih dengan balasan temannya itu. “ Kau jangan buat bukan –bukan
sudah, Nanti bukan Khairul je tak nak pinang kau, habis dengan semua lelaki –
lelaki dalam kampung tu reject kau
tahu?”
“
Bagus lah. Lepas ni, maklong aku tak sibuk – sibuk lah nak jodohkan aku dengan
lelaki – lelaki dekat kampung tu lagi.” Wafa tersengih. Dalam otaknya sudah
membayangkan reaksi maklongnya nanti dengan perangai tak betulnya itu. Confirm aku kena sembur dengan gas
gunung berapi. Suhu panas tahap lebur gitu!
***
Tengku Aakif Nawfal ketawa
sendirian di dalam biliknya apabila mendengar bual bicara dari dua orang anak
dara itu. Lantas dia mematikan talian telefon bimbitnya yang dari tadi
dihubungkan oleh Waiz. Wafa..Wafa.. memang patut sangat lah korang berdua kawan
karib pun. Sama – sama tak betul. Hahaha. Aakif menyambung lagi tawanya.
“
Yes, settle satu kerja!” Ngomel Waiz perlahan sambil tersenyum puas.
Talian telefon bimbitnya sudah dimatikan. Dia dari tadi terpaksa mengintai ke
arah ruang tamu semata – mata untuk memancing pertolongan dari bekas abang
sepupunya itu.
suwitnya
ReplyDeleteterima kasih joijoi8o sebab sudi baca =)
Deletelawak lahhhh plan si mar..hhaahahaaa
ReplyDelete