Followers

Friday, 4 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 21 ~




Wafa dan Waiz yang sedang menjamu sarapan pagi itu, serta – merta mengalihkan pandangan ke arah Mardiana yang baru menarik kerusi di meja makan itu. Kedua – duanya sudah menayang muka pelik sesama sendiri. Mardiana hanya berlagak selamba lantas tangannya mencapai sebungkus nasi lemak di atas meja.
            “ Amboi, lawanya! Siap wangi – wangi lagi.” Wafa sengaja menghalakan hidungnya ke arah Mardiana untuk menghidu dengan lebih dekat.
            Thanks.” Balas Mardiana tersengih.
            “ Aku yang nak nikah, apasal kau pulak yang bersolek lebih Mar?” soal Wafa pelik.
            “ Eh, mesti lah nanti kan aku nak ambil gambar dengan pengantin. So, kena lah nampak lawa dalam gambar tu.” Balas Mardiana sambil menyuapkan sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya.
            “ Ambil gambar apanya? Kau ingat aku nak pergi bersanding ke makcik? Entah – entah nikah pun dekat pejabat agama aje ni.”
            “ Ala kau ni sekeping gambar pun cukup lah buat kenangan betul tak?” Mardiana separuh merayu.
            “ Ada – ada je lah kau ni, Mar.”
            “ Akak betul – betul dah ready ke nak jadi isteri orang ni?” Waiz bersuara tiba – tiba. Malam semalam lagi dia sudah dimaklumkan yang Wafa akan bernikah hari ni.
            Wafa tersentak seketika. Aku dah bersedia ke? “ Entah lah akak pun tak tahu betul ke tidak keputusan akak ni sebenarnya.” Wafa mengeluh kecil.
            It’s ok kak. Waiz sentiasa doa akak bahagia.” Waiz menguntum senyum.
            “ Betul tu Wafa. Kalau kita kahwin dengan orang yang kita suka, tu namanya cinta. Tapi kalau kita kahwin dengan orang yang kita tak pernah suka, ini lah dinamakan jodoh.” Mardiana pula menyampuk sambil tersenyum.
            “ Wah wah korang ni bermadah pujangga pulak dengan aku eh! Apa – apa pun aku dah cukup bahagia dah dengan adanya korang dalam hidup aku ni tau.” Wafa turut mengukir senyum. Dilupakan seketika perihal pernikahannya yang bakal berlansung sebentar lagi.
***
Tengku Aakif Nawfal memberhentikan keretanya di kawasan perkarangan pejabat agama. Dia mengerling cermin pandang belakang keretanya yang menampakkan dua orang gadis yang hanya sepi memandang ke arah luar tingkap. Di sebelahnya pula Waiz yang sedang sibuk bermain game di handphonenya. Tak sangka hari ni aku akan jadi suami orang. Bisik hati kecil Aakif.
            “ Ok kita dah sampai. Jom.” Aakif sudah membuka pintu keretanya. Diikuti pula dengan yang lain. Serentak mereka mengatur langkah menuju ke arah pintu masuk. Cuma Wafa yang masih teragak - agak untuk menghayunkan langkah kakinya di belakang.
            “ Tengku!” panggil Wafa tiba – tiba.
            Mereka bertiga berpaling serentak. Ketiga – tiganya menayang muka pelik apabila melihat Wafa masih tercegat langsung tidak berganjak dari tempatnya. Kelihatan Aakif berbincang sesuatu dengan Mardiana dan Waiz. Seketika kemudian, mereka memasang langkah bergerak terlebih dahulu. Aakif pula segera berjalan mendekati Wafa.
            “ Kenapa dengan awak ni? Sakit ke? Pucat semacam aje muka.” Aakif sedikit risau.
            “ Awak, saya rasa saya tak jadi lah nak nikah.” Wafa bersuara tiba – tiba.
            Aakif tersentak. “ Eh apasal pulak? Awak dah janji kan semalam.”
            “ Tapi saya tak pasti sama ada keputusan saya ni betul ke tidak.”
            “ Ok macam ni lah. Awak cuba fikir, kalau awak tak nak nikah dengan saya hari ni maksudnya nanti awak kena nikah dengan Khairul tau. Awak pilih nak yang mana satu?”
            “ Mesti lah saya tak nak nikah dengan Khairul.” Cepat – cepat Wafa membalas. Lantas keluhan kecil dibebaskan seketika. Aku dah tak ada pilihan lain lah kalau macam ni.
            “ Kalau macam tu apa lagi jom lah cepat.” Aakif sudah mula menggerakkan kakinya.
            “ Eh, tunggu kejap!” Wafa segera menahan.
            “ Kenapa lagi awak ni...” belum sempat Aakif menghabiskan kata – katanya, Wafa sudah menjengketkan kaki lalu memakaikan songkok di atas kepala Aakif. Tengku Aakif Nawfal terkedu. Lidahnya kelu tiba – tiba.
            “ Em awak lupa nak pakai songkok.” Balas Wafa bersahaja lalu melangkahkan kaki meninggalkan jejaka tampan yang masih tercengang memandang ke arahnya.
Aakif menyentuh perlahan dadanya. Ah, sudah! Lajunya jantung aku berlari. Gegendang telinganya pula seperti terdengar – dengar lagu C.I.N.T.A K.I.T.A satu rasa.... dari dendangan XPDC. Ya Allah Kif, apa kau fikir ni? Aakif tolong lah kembali ke dunia nyata. Kau ada misi yang lagi penting hari ni tahu tak? Naluri lelakinya mula memainkan peranan lantas dia segera mengatur langkah laju membontoti Wafa.
***
Melilau biji mata Puan Sri Tengku Sakinah mencari kelibat cucu kesayangannya itu dari tadi. Kelihatan Tengku Muaz dan Puan Nafeesah pula sedang bersarapan pagi di ruang makan. Lantas Puan Sri Tengku Sakinah segera mendekati pasangan suami isteri itu.
            “ Muaz, kenapa dari semalam bonda tak nampak pun batang hidung Aakif?” soal Puan Sri Tengku Sakinah pelik.
            “ Betul tu bang. Mana Aakif? Dari semalam saya tak nampak dia.” Sampuk Puan Nafeesah pula.
            “ Mana lah Muaz tahu bonda. Lagipun dia dah besar, pandai lah dia jaga diri tu.” Balas Tengku Muaz selamba.
            “ Sebab dia dah pandai jaga diri lah tu yang sampai hilang ingatan macam ni.” perli Puan Sri Tengku Sakinah. Geram dengan perangai sambalewa anaknya itu.
            “ Ish abang ni, ada cakap macam tu pulak.” Tegur Puan Nafeesah lantas mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi anak terunanya itu.
            “ Awak tak payah telefon dia. Biarkan budak tu. Degil sangat. Cakap orang tak nak dengar. Ingat! Jangan ada sesiapa pun dalam rumah ni yang telefon Aakif. Biar dia balik rumah ni sendiri, faham!” Bila Tengku Muaz sudah mula memberi arahan, kesemuanya senyap. Langsung tidak berani bersuara termasuk Puan Sri Tengku Sakinah.
            Puan Nafeesah meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja. Niatnya untuk menelefon Aakif tadi terpaksa dibatalkan. Puan Sri Tengku Sakinah pula sudah menayang wajah pelik. Apa yang berlaku dengan anak beranak ni sebenarnya? Tengku Muaz pula sengaja berlagak selamba di hadapan dua orang wanita itu. Dia tetap meneruskan suapan roti bakar ke dalam mulutnya. Dalam kepala otaknya masih terngiang – ngiang perbualan dengan anak terunanya melalui telefon bimbit semalam.
            “ Assalamualaikum, pa.” Kedengaran suara Tengku Aakif Nawfal memberi salam dari corong telefon bimbitnya.
            “ Waalaikumussalam. Kamu dekat mana ni Kif? Tak balik – balik lagi dari tadi.” Balas Tengku Muaz yang sedang membaca sesuatu di dalam bilik bacaan.
            “ Aakif di Parit Buntar ni, pa.”
            Tengku Muaz terperanjat kecil. “ Kamu buat apa sampai ke sana tu, Kif?”
            “ Esok Aakif akan bernikah pa.”
            Sekali lagi Tengku Muaz terperanjat. Namun kali ni lebih besar lagi kejutan buat dirinya. Buku ditangannya sudahpun ditutup. “ Apa kamu cakap ni Kif? Atau papa yang salah dengar?”
            “ Betul, pa. Aakif akan nikah esok pagi.”
            “ Tapi dengan siapa?”
            “ Wafa. Perempuan yang selamatkan Aakif hari tu. Sebab tu  Aakif ada dekat sini.”
            “ Wafa? Tapi macam mana boleh tiba – tiba aje ni? Serious, I cannot believe this.
            You have too, pa. Papa tak marah Aakif kan?”
            Kedengaran Tengku Muaz ketawa kecil. “ Oo dah pandai buat keputusan sendiri, lepas tu baru tahu nak takut ya?”
            Sorry, pa. Aakif tahu ni bukan adat kita tapi Aakif janji balik nanti, Aakif akan jelaskan segalanya dekat papa ok? Buat masa ni papa tolong simpan rahsia ni dari mama and especially nenda lah. Boleh tak?”
            Don’t worry, son. By the way, I am proud of you. But kamu bukan nikah sebab tangkap khalwat ke apa kan?”
            “ Hish papa ni ada fikir macam tu pulak. Jangan risau lah pa. Aakif masih suci lagi. Hahaha. Pa, ingat tau jangan bagitau sesiapa. Aakif tahu papa mesti geng Aakif punya betul tak?” Aakif sudah meledakkan tawa besar.
            “ Kalau tak, orang tak cakap lah like father like son.” Tengku Muaz juga ikut ketawa.
            “ Ok lah pa. Nanti papa tolong cover Aakif eh kalau primadona – primadona dalam rumah tu tanya Aakif pergi mana ok?”
            “ Ok settle. Selamat pengantin baru, Kif.”
Sempat lagi Tengku Muaz mengucapkan selamat pengantin baru lantas mematikan talian telefon bimbitnya. Tengku Aakif Nawfal sedikit terkejut namun, seketika kemudian dia tersengih. Thanks, pa. Bisik hati kecilnya.
***
Alhamdulillah dengan sekali lafaz yang jelas dan terang, Wafa Amani telahpun sah menjadi isteri kepada Tengku Aakif Nawfal di hadapan kadi, saksi dan wali hakim yang telah dilantik khas. Waiz dan Mardiana sudahpun menguntum senyuman sesama sendiri apabila akad nikah selesai dilakukan.
            Tengku Aakif Nawfal pula sudah menghela nafas lega. Gugup juga dibuatnya tadi apabila tangan kanannya sudah disalam erat oleh kadi yang nikahkan mereka. Sekuat mana pun seorang lelaki tu mesti akan lemah di hadapan kadi. Aku adalah salah seorang daripadanya. Sempat lagi Aakif mengomel dalam hati.
            Wafa pula dari tadi hanya menghadiahkan senyuman hambar kepada sesiapa sahaja yang memberikan senyuman untuknya. Tika itu, dia tidak mampu memberi senyuman yang ikhlas buat sementara waktu. Walaupun saat gentingnya sudah berlalu tadi, namun dalam kepalanya masih lagi serabut memikirkan hari – hari akan datang yang bakal dilaluinya nanti.
            “ Kenapa ni Wafa? Dari tadi aku tengok kau macam sedih aje.” Tegur Mardiana yang sedang duduk di sisi temannya itu.
            “ Aku takut lah, Mar. Lepas ni apa pulak yang akan berlaku dalam hidup aku? Aku takut aku tak mampu hadapi dugaan yang lagi besar dari ni kau tahu tak.” Wafa bersuara gentar.
            “ Wafa cuba bawak bertenang. Kau nak takut apa? Sekarang kan kau dah ada suami betul tak? Maklong mesti tak boleh kacau kau dah. Kalau kau takut dengan Tengku, kau buat lah kontrak. Ala macam cerita – cerita dalam novel tu. Peraturan nombor satu, bilik tidur mesti lah asing. Itu antara syarat yang wajib ada dalam kontrak yang selalu aku dok baca tu. Hahaha.” Usik Mardiana sambil ketawa besar.
            Betul jugak lah. Aku lupa pulak yang aku dah buat surat perjanjian semalam. So, aku nak takut apa lagi kan. Tapi...“ Mar, semalam aku ada jugak buat kontrak macam yang kau cakap tu tapi aku tak letak syarat apa – apa pun pasal bilik tidur.”
            Mardiana tercengang. “ Wafa, aku sebenarnya main – main aje suruh kau buat kontrak tu. Tak sangka pulak kau betul – betul dah buat.”
            “ Eh, mesti lah aku kena buat kalau tak macam mana nak hidup kan?” Wafa sudah mula tersengih. Kekusutan di dalam kepalanya tadi hilang sekelip mata.
            “ Ala tak kisah lah. Bagi handphone kau kejap, Wafa.” Mardiana menadah tapak tangannya ke arah Wafa.
            Wafa memandang pelik. Perlahan – lahan dia meletakkan telefon bimbitnya di atas tapak tangan Mardiana. “ Kau nak buat apa, Mar? Jangan nak bergayut dengan Shafiq pulak. Kredit aku tinggal 50 sen aje tu.”
            Mardiana hanya tersengih. Dia menekan – nekan butang kekunci telefon bimbit Wafa. Kemudian, dia menekan pula butang kekunci telefon bimbitnya. Tiba – tiba kedengaran bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbit Wafa.
“ Nah!” Mardiana memulangkan semula telefon bimbit itu kepada tuannya.
Wafa mencapai semula handphonenya dari tangan Mardiana. Lantas dia segera membuka pesanan ringkas yang baru diterimanya itu. Tika itu juga, serta – merta biji mata Wafa membulat. Terkejut benar dibuatnya.
“ Ni bukan ke waktu aku bagi Tengku pakai songkok tadi?” kelopak mata Wafa masih tidak berkedip memandang gambar yang baru dihantar Mardiana tadi.
Mardiana menganggukkan kepalanya laju. “ Yup, sweet kan? Cantik tak angle yang aku ambil gambar korang ni?” Mardiana ketawa kecil.
“ Ish kau ni bukan – bukan aje lah. Aku nak delete gambar ni sekarang. Nanti tak pasal – pasal jadi skandal pulak.” Wafa segera mencari butang delete dalam telefon bimbitnya.
Belum sempat dia memadam, Mardiana sudah merampas telefon bimbit temannya itu. “ Kau ingat kau artis ke nak takut – takut ada skandal pulak? Kalau kau nak padam jugak, aku hantar gambar ni dekat Tengku. Kau nak?” ugut Mardiana.
“ Ok ok aku tak padam. Sumpah aku tak padam. Bagi balik handphone aku tu.”
Mardiana tersengih lantas menghulurkan semula telefon bimbit Wafa. “ Kalau bila – bila aku buat spot check dalam handphone kau tengok gambar tu tak ada, automatic gambar ni aku sent dekat Tengku ok?”
“ Ye lah kau ni asyik buli aku aje. Kau jangan bagi tau gambar ni dekat dia. Malu aku nanti.”
“ Eleh, malu ke? Yang kau bagi dia pakai songkok tadi tak malu pulak?” Mardiana mengusik lagi.
Wafa terkedu. Tidak mampu membalas lagi. Lidahnya kelu tiba – tiba. Betul jugak. Waktu aku letak songkok dekat kepala dia tadi, aku tak rasa apa – apa pun. Apasal bila aku tengok gambar aku dengan dia pulak aku rasa berdebar tiba - tiba?
***
Wafa hanya memerhati Tengku Aakif Nawfal di sebelah yang sedang memandu keretanya memasuki perkarangan coffee house yang berdekatan. Mardiana dan Waiz pula sudah awal – awal lagi pulang bersama Shafiq. Patut lah minah tu pakai baju lawa – lawa hari ni rupanya menyelam sambil minum air. Hati kecilnya mengomel.


            Usai memarkir kereta di tempat yang disediakan, pasangan yang baru sahaja bergelar suami isteri itu mengatur langkah menuju ke pintu masuk coffee house. Aakif memilih tempat duduk berdekatan dengan dinding kaca yang jelas menampakkan suasana di luar coffee house itu.
            “ Awak tunggu apa lagi? Duduk lah.” Tengku Aakif Nawfal menayang wajah pelik dari tempat duduknya apabila melihat Wafa yang masih tercegat memandang ke arahnya.
            Perlahan – lahan Wafa menarik kerusi lalu duduk berhadapan pemuda itu. Matanya memandang tepat biji mata Aakif yang dari tadi tidak henti – henti tersengih.
            Ops sorry. Saya lupa nak tarik kerusi untuk awak tadi.” Aakif tersengih lagi menayangkan giginya yang tersusun rapi.
            “ Tak payah, saya tak suruh pun.” Balas Wafa selamba lantas mencari – cari sesuatu dalam beg tangannya.
            “ Ni surat perjanjian kita.” Wafa membuka lipatan sehelai surat yang dicampakkan pagi tadi dalam beg tangannya lalu dihulurkan kepada Aakif.
            Aakif sudah menayangkan wajah pelik. Tangannya segera menyambut huluran dari isterinya itu. Dia meneliti setiap bait – bait ayat yang tertera di atas kertas putih tersebut. Seketika kemudian, dia meledakkan tawanya. Giliran Wafa pula menjadi pelik. Aku ada buat lawak ke dalam surat tu?
            “ Satu aje ke syarat yang awak tulis ni? Kertas punya lah besar.” Aakif menyambung ketawa. Geli hatinya apabila membaca isi kandungan syarat yang ditulis Wafa yang berbunyi ‘ Walaupun kita sudah sah menjadi suami isteri tapi tetap tak boleh masuk campur hal peribadi masing – masing.’ Wafa..Wafa..nak buat kontrak pun tak reti.
            “ Saya malas nak taip banyak – banyak. Walaupun satu ayat aje, tapi mendalam maksudnya tu. Awak faham kan?” jelas Wafa.
            Aakif hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Ketawanya masih berbaki. “ Bagi sini pen. Saya nak sign.”
            Wafa segera menyelongkar beg tangannya untuk mencari sebatang pen. Alamak, mana pen aku pulak ni? Biasanya aku bawak. Ngomel Wafa sendiri.
            “ Saya tertinggal pen lah. Kejap ya saya pergi tanya waiter kat situ.” Belum sempat Wafa bangun dari kerusinya, Aakif segera menahan.
            “ Tak payah.” Balas Aakif pendek. Lantas dia menyeluk poket seluarnya dan  mengeluarkan sebatang pen. Dengan selamba dia menandatangani surat perjanjian yang sudah dicap mohor oleh nama Wafa  Amani.
            “ Cis, ada pun pen! Tapi mintak kat aku.” Ngomel Wafa sendiri.
            “ Saja saya tak nak membazir ink mahal ni.” Balas Aakif selamba lalu menghulurkan surat perjanjian itu kepada Wafa.
            Wafa menayang muka menyampah apabila mendengar kenyataan dari Aakif. Eleh, tak luak pun dakwat pen kau tu! Bentak hati kecil Wafa. Seketika kemudian, dia tersenyum puas melihat tandatangan di atas surat perjanjiannya lalu dilipatnya semula dan dimasukkan ke dalam beg tangan. Dia mengambil pula telefon bimbitnya lalu dihalakan ke arah Aakif.
            “ Eh awak nak buat apa ni?” soal Aakif pelik.
            “ Saya nak ambil gambar awak lah sebagai bukti. Duduk diam – diam ok?”
            Aakif segera mencapai pasu bunga kecil di atas meja itu lalu melindungi mukanya. “ Saya tak nak. Nanti awak sebarkan dekat internet macam mana?”
            “ Ish tak ada masa lah saya nak buat macam tu. Cepat lah.”
Tangan Wafa cuba menolak sedikit tangan Aakif yang menutup mukanya dengan pasu bunga itu. Pelanggan – pelanggan pula sudah menoleh ke arah mereka. Akhirnya, Wafa mengalah apabila menyedari mereka berdua dijadikan tontonan. Dia meletakkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangan.
“ Tak nak sudah. Macam lah saya tak ada gambar awak langsung.” Ngomel Wafa perlahan.
“ Awak cakap apa?” Aakif sudah meletakkan semula pasu bunga di tempat asalnya.
“ Err tak ada apa – apa. Em awak tak ada apa – apa syarat ke nak bagi dekat saya?”
Tengku Aakif Nawfal terdiam. Syarat? Syarat apa aku nak bagi kat perempuan ni ya? Dalam kepala otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dahinya sekali – sekala dikerutkan. “ Saya rasa tak ada apa – apa syarat kot cuma sebagai isteri tolong lah jaga nama baik suami ya? Pergaulan dengan lelaki bukan muhrim mesti dijaga ya, Wafa Amani.” Aakif tersengih.
Wafa sudah mengecilkan matanya ke arah Aakif. “ Baiklah, Tengku Aakif Nawfal. Macam lah saya ni sosial sangat.”
“ Sekarang ni memang lah tak sosial cuba kalau jumpa Doktor Taufiq.” Perli Aakif.
“ Awak ni tak habis – habis nak perli saya kan?” balas Wafa mula tak puas hati.
Aakif hanya mencebikkan bibir. “ Mulai sekarang, awak buat lah prosedur tukar tempat mengajar. Dalam masa terdekat ni, saya akan bawak awak pindah KL.”
Wafa terlopong. Terperanjat besar dengan kenyataan yang tiba – tiba dibuat oleh suaminya itu. “ What??! Are you kidding me?”
Kidding? Awak kan dah sah jadi isteri saya sekarang, mesti lah kena duduk dengan saya. Awak jangan nak cakap kita kena duduk asing pulak.”
“ Tapi kenapa? Kan kita dah ada sijil nikah. Awak tunjuk aje lah sijil tu dekat family awak. Saya tak nak tinggalkan tempat ni. Saya sayang sekolah tu. Anak – anak murid saya lagi macam mana?” Dalam fikiran Wafa sudah terbayang wajah – wajah pelajarnya di sekolah.
“ Habis tu awak ingat sijil nikah tu dah cukup untuk selamatkan saya? Family saya akan cakap apa pulak nanti kalau kita tak duduk sekali?” soal Aakif sedikit tinggi nada suaranya.
“ Ala ramai je suami isteri kat luar sana tu yang duduk berjauhan. Boleh aje diorang hidup.” Balas Wafa selamba.
“ Senang awak cakap kan? Saya ni rasanya ibarat melepaskan anjing tersepit kot.” Perli Aakif pedas.
Air muka Wafa mula berubah. Terasa perasaan bersalah menghimpit dirinya pula. Alahai, merajuk lah pulak mamat ni! “ Ok ok macam ni lah. Saya dah pernah buat permohonan tukar tempat mengajar tu dulu.”
So, apa masalahnya lagi?”
Wafa melepaskan keluhan berat. “ Masalahnya dah bertahun permohonan saya masih tak dapat jawapan. Kalau saya buat permohonan baru pun, prosedur dia akan makan masa bertahun jugak.”
“ Kalau lambat sangat, awak berhenti aje lah jadi cikgu.”
“ Amboi, mulut tu sedapnya bercakap. Awak tahu tak berapa puluh ribu saya kena bayar dengan kerajaan nanti kalau saya berhenti?”
“ Saya mampu bayar.” Balas Aakif selamba.
Wafa mencebik. Nak berlagak lah tu! “ Tak payah susah – susah. Saya masih nak berkhidmat untuk kerajaan lagi.”
“ Awak patut berterima kasih dengan saya patutnya. Saya bayar cukai banyak tau dekat kerajaan.”
“ Habis tu, apa kaitan dengan saya pulak?”
“ Apa kaitan? Tu gaji awak tu kerajaan bayar pakai duit cukai yang saya bayar tau.”
“ Bukan awak sorang aje yang bayar cukai, Encik Tengku.”
“ Awak nak saya bagitahu ke berapa banyak cukai pendapatan saya kena bayar setiap tahun? Itu belum masuk cukai tanah, cukai taksiran dan bil – bil untuk property milik keluarga saya lagi.” Jelas Tengku Aakif Nawfal dengan bangganya.
Wafa menelan air liur yang tersekat dikerongkongnya. “ Sudah – sudah. Ye lah awak menang ok?” Wafa sudah menayang muka meluat.
Thank you. Em lagi satu, lepas ni awak jangan panggil saya Tengku lagi.”
“ Habis tu, saya nak panggil apa pulak?” soal Wafa pelik.
“ Panggil Aakif ke Nawfal ke asalkan bukan Tengku, faham?”
“ Tapi kenapa? Saya lebih suka panggil pangkal nama seseorang.”
“ Ok saya bagitau awak satu benda ni. Dalam family saya, semuanya pangkal nama diorang ada Tengku tau. So, awak rasa logik ke nak panggil nama saya Tengku lagi?”
Wafa tersengih lantas menggelengkan kepalanya laju. “ Kenapa dari dulu lagi awak tak suruh panggil Aakif or Nawfal aje?”
“ Sebab dulu saya tak pernah fikir pun awak akan jadi family saya macam sekarang. So, awak kena lah hormat saya sikit.” Balas Aakif megah. Wafa pula sudah menghadiahkan sebuah jelingan buat pemuda itu. Cis, menyampah aku!

4 comments:

  1. Agak2 bile bab seterusnya akn di publish?saya xsba nk bc..

    ReplyDelete
  2. Sweet..tp ayat tue perlu perbaiki sikit..tkpe wei slow2..jalan cerita sweet dah..haha LOVE NAWFAL haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha syukran ya! love u 2 nawfal..hehe

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?