Aakif tekun meneliti fail cadangan
pembangunan yang telah dibuat oleh Tengku Danial Hakimi di dalam ofis
sementaranya itu. Setiap perkataan dibacanya dengan penuh teliti. Sesekali
dahinya dikerut sedikit. Gambar – gambar cadangan serta lampiran yang turut
disertakan dalam fail itu turut diamatinya lama. Sengaja dia membaca buat kali
kedua isi fail yang diambilnya dari Kimi itu untuk memastikan tidak ada
kesalahan yang berlaku di belakang hari.
Tuk!
Tuk! Tuk! Kedengaran bunyi ketukan pintu di luar ofis Aakif. Usai mendapat
kebenaran masuk, kelihatan seorang lelaki muda yang sedang memakai topi
keselamatan di kepala segera menapak ke dalam ofis. Lantas dia menghulurkan
satu gulung lukisan projek kepada Aakif.
“
Ini drawing yang Encik Aakif minta
tadi.” Lelaki itu menghadiahkan senyuman kecil.
“
Thanks. Nanti ada apa – apa yang saya
tak faham, saya panggil awak ya.” Balas Aakif ramah kepada orang bawahannya itu.
Lelaki
itu membalas dengan senyuman dan mengangguk perlahan. Langkah kakinya mula
menapak keluar dari ofis. Aakif segera membentangkan gulungan lukisan projek
yang baru diterimanya itu. Fail yang sedang ditelitinya tadi sudahpun ditutup.
Dia mengamati lama lakaran sebuah bangunan di atas sehelai kertas putih. Otaknya
ligat memikirkan sesuatu. Seperti ada satu tayangan yang sedang memutar rancak
di dalam kepalanya. Aku kenal bangunan ni!
Tiba
– tiba padangan mata Aakif tertancap ke arah tulisan kecil samar – samar di
hujung sebelah kiri gambar bangunan yang dilukis oleh arkitek syarikat milik
keluarganya itu. NAT? Apa benda ni? Aakif berfikir sejenak. Dia cuba mengingati
dengan lebih dalam lagi. Namun, segalanya masih hambar begitu sahaja. Aakif
semakin bingung dengan apa yang baru dilihatnya tika itu. Lantas dia mencapai
telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.
“
Helo Kamal, tolong panggil arkitek yang datang hantar drawing dekat saya tadi!” Aakif memberi arahan kepada pembantu
sementaranya itu.
“
Ok bos!” Kedengaran suara Kamal membalas dengan penuh semangat.
***
Wafa menyapu sampah di ruang tamu
rumahnya. Disebabkan hari ni hari Jumaat, dapat juga dia pulang lebih awal dari
sekolah. Oleh itu, dia menggunakan masanya itu dengan mengemas rumah yang
tunggang – terbalik akibat dia bercuti selama tiga hari. Sesekali dia
mengerling tajam ke arah Waiz yang sedang bermaharajalela di atas sofa sambil
bermain PSP. Tahap kesabarannya mula hilang.
“
Waiz!!” Wafa mencekak pinggang dengan kedua – dua belah tangannya.
Waiz
terperanjat. PSP ditangannya hampir terjatuh ke atas lantai apabila mendengar
pekikan dari naga betina yang begitu familiar
di telinganya. Lantas dia berpura – pura tersengih.
Wafa
merengus geram. “ Selama akak tak ada dalam rumah ni, apa yang kau buat?”
“
Buat apa kak? Waiz jaga rumah lah apa lagi.” Balas Waiz bersahaja.
“
Jaga rumah tahi kucing kau! Kau tengok sampah yang akak sapu ni. Berapa tahun
punya sampah ni kau tak sapu?” bebel Wafa lagi.
“
Ala kak, baru tiga hari. Lagipun ni bukan kerja orang lelaki kak.” Balas Waiz
selamba.
Wafa
sudah terjegil biji mata apabila menerima balasan sedemikian rupa dari adik
tunggalnya itu. Ni tak lain tak bukan mesti ajaran sesat dari Si Tengku tu!
Siap kau Waiz akak akan brainwash
balik otak kau! Dia cepat – cepat menyiapkan tugas menyapu sampahnya yang tergendala
tadi.
Tak sampai beberapa minit tiba – tiba
kelihatan sebuah kereta mewah berhenti betul – betul di hadapan pagar rumahnya.
Wafa yang sedang menyapu sampah di laman sudah mengangkat kepala sambil menayang
wajah pelik apabila melihat kereta yang langsung tidak dikenalinya itu. Pintu
kereta itu dibuka lalu terpacul lah seorang perempuan cantik yang mengenakan
sehelai blouse dan seluar jean ketat
ditubuh langsingnya. Wafa segera mendekati wanita yang sedang melilaukan
matanya melihat kawasan itu.
“
Ya cik, nak cari siapa?” soal Wafa mesra.
“
Tengku Aakif Nawfal tinggal di sini ke?” soal wanita itu pula dengan nada
sombong.
“
Ya, dia tinggal dekat sini. Cik ni siapa ya?” soal Wafa semakin pelik dengan
situasi yang berlaku di depan pagar rumahnya tatkala itu.
“
I Qistina. Bekas tunang Aakif and bakal madu you.” Balas Qistina sinis.
Wafa
tersentak. Air mukanya tiba – tiba berubah namun segera dikawal. Macam mana
bekas tunang boleh jadi bakal madu? Buat lawak ke apa makcik ni? Ngomel Wafa
dalam hati.
“
Oh, I ingatkan siapa tadi! Mari lah
masuk dulu.” Wafa segera menarik tangan Qistina menuju masuk ke dalam rumahnya.
Qistina sudah tercengang.
“
You duduk lah dulu ya. I nak buatkan air kejap.” pelawa Wafa
sambil menghadiahkan senyuman palsu. Lantas dia mengatur langkah menuju ke
dapur. Eleh, I you konon. Kulit pun
terang – terang kulit Melayu ada hati nak ber I you dengan aku. Pirrahhhh!
Qistina
hanya memandang pelik kelibat Wafa yang hilang di muka dapur. Perempuan ni tak
ada perasaan ke apa? Tak kan tak sakit hati langsung dengan aku tadi. Pandangan
mata Qistina mula beralih ke arah sekelililing ruang tamu kecil itu. Macam ni punya
rumah pun kau sanggup duduk Aakif? What a
lowly fellas!
Sebentar
kemudian, Wafa datang sambil menatang dulang yang berisi segelas air oren.
Senyuman palsunya kembali diukir. “ Jemput minum ya, Cik Qistina.” Wafa
mengambil tempat di hadapan tetamu yang tidak diundangnya itu.
Qistina
hanya memandang sepi gelas air yang sudah diletakkan di atas meja itu. “ Air
apa tu?”
“
Air oren.” Balas Wafa ringkas.
“
Oh, air yang bancuh pakai perasa oren yang murah tu eh?” Qistina menayang mimik
muka jijik.
Wafa
sudah merengus geram. Sabar Wafa sabar! Berani dia hina air yang aku bancuh ni?
Aku pakai Sanquick tau! Wafa hanya mampu membentak dalam hati.
“
Actually, I datang ni bukan nak minum air pun. I saja nak tengok apa lebihnya you
sampai Aakif tinggalkan I.”
“
Jadi...” belum sempat Wafa membalas, Qistina menyambung lagi. Sekali lagi Wafa
menahan geram.
“
But I tak kisah. I ada bagitahu
Aakif yang I setuju nak bermadu. And dia pun dah setuju.”
Wafa
serta – merta tersentak. “ Bermadu?”
“
Yup, Aakif mungkin takut nak bagitahu
you so biar I yang...” belum
sempat Qistina menghabiskan ayat, Wafa pula menyampuk. Dari tadi dia asyik
menunggu gilirannya untuk bercakap.
“
Sshhh silence please! Cukup – cukup
lah tu, Cik Qistina. Saya bukannya budak – budak yang senang ditipu. Sebelum
saya muntah dekat sini, lebih baik cik balik lah. Jangan lupa bawak balik
loghat mat salleh tu sekali ya?”
Sempat lagi Wafa
menyindir. Puas hatinya. Bermadu konon! Kalau Aakif nak kahwin dengan kau, dia
tak payah susah – susah nak kahwin dengan aku lah. Bebel Wafa dalam hati.
“ How dare you are so rude to me? You tak
kenal I ni siapa lagi.” Qistina sudah
bangun dari tempat duduknya.
Wafa hanya
mencebik. Macam lah aku takut sangat.
“ You jangan ingat you akan bahagia. I tetap
akan pastikan Aakif jadi suami I
faham?” Qistina menyambung lagi lantas melangkah laju menuju ke keretanya.
Wafa hanya
tersengih di muka pintu rumahnya sambil melihat kelibat kereta mewah itu
berlalu pergi. Agaknya orang – orang kaya ni memang suka cakap English kot. Memang
patut lah Aakif tak nak kahwin dengan kau pun, Qistina! Bebel Wafa perlahan.
Tiba – tiba kedengaran bunyi enjin kereta suaminya pula sudah dimatikan di
hadapan rumah. Cepat – cepat Wafa kembali duduk di atas sofa di ruang tamu. Pemuda
itu pula segera melangkah masuk ke dalam rumah.
“ Siapa yang
datang tadi?” soal Aakif ke arah Wafa yang sedang berpura – pura khusyuk
menonton televisyen itu.
“ Kucing garong
awak lah.” balas Wafa acuh tak acuh.
Aakif sedikit
tercengang. Kucing garong? Lantas bibirnya tersengih tiba – tiba. “ So, harimau jadian vs kucing garong
siapa yang menang?”
Wafa serta –
merta mengerling tajam ke arah suaminya. “ Mesti lah harimau.” Balas Wafa tiba
– tiba.
Aakif serta –
merta meledakkan tawa. Aku dah agak dah! Tiba – tiba dia mendekati tubuh kecil
yang sedang bersandar di atas sofa itu. Aakif meletakkan tapak tangannya di
dahi Wafa. Dia menyentuh lembut dahi itu beberapa kali. Wafa mula mempamer
wajah pelik. Jelas dia sedikit terperanjat.
“ Hmm berkesan
jugak air yang saya bagi semalam.” Ujar Aakif lantas menapak masuk ke dalam
biliknya.
Wafa pula masih
berada di awang – awangan. Terasa bahagia disaat itu. Kehangatan tapak tangan
suaminya di dahi masih lagi terasa. Lantas dia menyentuh lembut dahi itu. Ya,
ini bukan mimpi Wafa!
***
Siaran televisyen yang ditayangkan
malam itu langsung tidak berjaya menarik perhatian Tengku Aakif Nawfal.
Walaupun biji matanya sedang khusyuk menonton siaran tv namun fikirannya sudah
melayang kepada hal yang berlaku di tempat kerjanya siang tadi. Wafa yang
sedang melakukan rutin hariannya untuk menyemak buku tulis sesekali mengerling
hairan ke arah suaminya.
Apahal
pulak dengan mamat ni? Senyap aje dari tadi. Selalunya waktu – waktu macam ni
dia dah kacau aku buat kerja dah. Ada aje benda dia nak cari gaduh dengan aku.
Tak kan malam ni bateri dah habis kot. Sempat lagi Wafa mengomel dalam hati.
Tiba – tiba dia terus meletakkan pen merahnya di atas meja. Belum sempat dia
hendak membuka mulut, Aakif sudah bersuara terlebih dahulu.
“
Awak ingat lagi tak lukisan bangunan yang saya pernah lukis depan awak dulu?”
soal Aakif tiba – tiba.
Wafa
sedikit tercengang. Dia cuba mengingati semula perkara yang dikatakan oleh
suaminya itu. Lalu kepalanya diangguk laju. “ Ingat. Kenapa?”
“
Bagi balik lukisan tu dekat saya.” Pinta Aakif pula.
“
Ish buruk siku betul!” bebel Wafa perlahan. Lantas dia bangun untuk mengambil
lukisan yang pernah dilukis oleh suaminya itu dalam bilik.
Tak
sampai beberapa minit, Wafa menghulurkan lukisan itu kepada Aakif. Aakif
menyambut perlahan huluran itu. Biji matanya tepat memandang ke arah gambar sebuah
bangunan di atas kertas putih ditangan. Dia merenung lama sambil kepalanya yang
sedang ligat berfikir sesuatu. Macam mana bangunan ni boleh sama dengan lakaran
projek Kimi?
“
Awak tengok apa tu?” Wafa turut menjengukkan kepalanya ke arah kertas ditangan
Aakif.
Soalan
Wafa serta – merta telah mematikan lamunan Aakif sebentar tadi. Lantas dia
menggulung semula lukisan ditangannya itu. “ Saya pinjam ya lukisan ni. Nanti
saya bagi balik.”
Wafa
hanya mencebik. “ Tak payah lah bagi balik. Lagipun memang lukisan tu milik
awak kan.”
“
Siapa cakap lukisan ni milik saya? Tak nampak ke nama Ali dekat lukisan ni.”
“
Ali?” Wafa sedikit tercengang.
“
Yup, tak kan awak tak kenal siapa
Ali.” Perli Aakif tersengih.
Wafa hanya mampu
merengus geram. Ni lah masalahnya bila mamat ni mula bercakap. Kalau tak
menyakitkan hati aku memang tak sah!
“ By the way, hari Ahad ni awak free tak?” soal Aakif lagi.
“ Free kot. Itupun kalau Mar tak ajak
keluar. Kenapa?”
“ Mar tu tak ada
kawan lain ke asyik ajak awak aje yang teman dia?”
“ Entah lah.
Saya pun cuma rapat dengan dia sorang aje.” Balas Wafa bersahaja seraya
menyambung kerjanya kembali.
“ Patut lah pun.
Dua – dua katak bawah tempurung.” Ngomel Aakif perlahan.
Gegendang telinga
Wafa yang sudah menangkap ngomelan suaminya itu mula mengeluarkan asap. Biji
matanya merenung tajam raut wajah pemuda itu. Aakif hanya tersengih lantas
mengangkat tangan kanan tanda sorry.
“ Em kalau awak
tak ada apa – apa hal, Ahad ni ikut saya naik Bukit Larut lah.” Aakif menyambung
semula.
Wafa sedikit
tersentak. Bukit Larut? “ Nak buat apa pergi sana?” soal Wafa pelik.
“ Orang cakap
kalau nak tengok pembangunan bandar ni boleh tengok dari atas bukit tu, betul
ke?” soal Aakif pula.
“ Err sebenarnya
saya pun tak pernah naik bukit tu.” Wafa tersengih.
Aakif sedikit
terperanjat. “ Bila orang cakap katak bawah tempurung tahu pulak nak marah tapi
tengok lah. Tempat sendiri pun tak pernah pergi.” Bebel Aakif.
“ Awak tak boleh
cakap dekat saya macam tu. Lagipun saya mana ada kawan nak pergi tempat –
tempat macam tu.”
“ Mar tu bukan
kawan?”
“ Mana best pergi dengan Mar.” Wafa menarik
sedikit muncung.
“ Habis tu,
pergi dengan saya best ke?” duga
Aakif tersengih.
Gulp. Wafa
kematian kata. Warna merah mula menyerbu ke muka. “ Sekarang ni awak yang ajak
saya pergi ke, saya yang ajak awak?” Wafa segera menyimpul kata untuk menutup
malu.
“ Ok, set hari Ahad ni.” Aakif masih
tersengih. Lantas dia bingkas dari tempat duduknya untuk ke bilik tidur.
Wafa sudah
tersenyum bahagia apabila menyedari kelibat suaminya hilang di depan mata. Yes, tak sangka aku dapat naik Bukit
Larut nanti! Tapi nak kena prepare
baju sejuk ke?
***
Mardiana sudah menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Pelik! Bulat matanya apabila melihat troli yang sedang
ditolak Wafa di dalam pasaraya itu sudah dipenuhi dengan barang – barang
makanan. Betulkah ini Wafa Amani yang aku kenal selama ni? Tiba – tiba tangan
Mardiana segera menahan tangan Wafa dari mencapai sebungkus Roti Gardenia.
“
Tak cukup penuh lagi ke troli kau ni, Wafa? Kau nak buat kenduri eh?”
“
Ish roti ni aku nak buat sandwich untuk esok lah.” balas Wafa seraya tangannya
mencapai semula roti itu.
“
Esok? Untuk bawak bekal naik Bukit Larut tu ke?”
“
Yup.” Balas Wafa tersenyum.
“
Cewah, sejak bila ni Wafa? Siap nak bawak bekal bagai.” Mardiana mula tersengih
nakal.
Wafa
sedikit tersentak. “ Eh, kau merepek apa ni Mar? Aku cuma teman kan Aakif buat
kerja dia aje dekat atas tu lah. Bukan ada apa – apa pun.”
“
Menyelam sambil minum air la, Wafa. Kalau tak, tak kan lah semangat nak bawak
bekal kan? Patut lah tak nak keluar dengan aku hari Ahad, rupanya ada date esok.” Sambung Mardiana lagi sambil
ketawa kecil.
“
Date apa pulak? Buat kerja lah atas
tu. Lagipun mesti lah kena semangat. First
time tau aku naik Bukit Larut ni.”
“
Eleh, Bukit Larut tu bila – bila masa pun kau boleh naik Wafa.”
Wafa
sudah melepaskan keluhan berat. “ Kau dengar sini aku ulang lagi sekali eh. Aku
cuma temankan Aakif jalan – jalan atas tu. Dia nak tengok corak bangunan dekat
bandar ni untuk projek dia. Nak cari rezeki bukannya untuk suka – suka, Cik
Mardiana.”
“
Em tak apa lah kalau macam tu. Tapi ingat Wafa, perasaan tak boleh tipu tau.”
sambung Mardiana lagi sambil menapak meninggalkan temannya yang jelas sudah
tercengang.
Perasaan?
Aku ada perasaan dengan Aakif ke? No no
no, tak mungkin! Hati kecilnya mula
berbicara.
***
Pagi itu usai menyiapkan diri, Wafa
duduk bersandar di atas sofa sambil menunggu suaminya yang masih belum keluar
dari bilik. Pandangan matanya dihalakan ke arah beg yang berisi bekal sandwich
yang disediakan tadi. Bibirnya pula sejak tadi tidak lekang dengan senyuman.
Gembira benar hatinya pagi itu. Eh, apasal kau nak happy sangat ni Wafa? Ingat Wafa, kau cuma teman Aakif buat kerja
aje. Jangan seronok sangat. Bibir tu pun jangan asyik senyum aje. Control sikit. Sempat lagi Wafa
bermonolog sendiri.
Beberapa
minit kemudian, kedengaran Aakif memulas tombol biliknya lalu menapak keluar.
Air mukanya agak terperanjat apabila melihat Wafa yang sudah tersengih
memandang ke arahnya.
“
Eh, saya mimpi ke apa ni? Biasanya saya yang kena tunggu awak bersiap.” Perli
Aakif sambil tersengih.
Wafa
pula segera menghadiahkan sebuah jelingan apabila menerima sindiran dari pemuda
itu. “ Awak tunggu apa lagi? Jom lah.” Wafa memberi arahan.
“
Err sebenarnya saya nak kena pergi ofis dulu ni.” Aakif bersuara tiba – tiba.
“
Ala mana boleh lambat – lambat nanti tiket jip habis. Hari minggu pulak tu.”
Wafa menarik muncung sedikit.
“
Habis tu macam mana? Saya memang kena singgah ofis dulu nak ambil barang. Kalau
tak, apa guna kita naik atas tu.”
“
Macam ni lah, saya pergi beli tiket dulu sementara tu awak pergi ofis. Nanti
awak datang lah dekat saya balik. Saya tunggu dekat kaki bukit tu ok?” Wafa
segera memberi cadangan.
Aakif
berfikir sejenak. Lantas dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. “ Saya nak
kena hantar awak ke atau awak nak drive
sendiri?”
“
Mesti lah saya drive sendiri. Buang
masa aje kalau awak nak hantar saya pulak kan.” balas Wafa sambil tangannya
menutup daun pintu rumah.
Usai
mencapai kata persetujuan, masing – masing mula memandu kereta menuju ke haluan
yang berbeza. Wafa terus menekan pedal minyak keretanya laju sedikit. Harap –
harap sempat lah aku nak beli tiket tu. Bisik hati kecilnya.
***
Aakif sibuk mencari barang yang
diperlukan dalam ofis. Matanya sudah dililaukan ke merata tempat. Haish time aku nak cepat ni lah barang nak
hilang pun. Bebel Aakif seperti memarahi sesuatu. Tiba – tiba kedengaran
telefon bimbitnya sedang rancak berdering meminta dijawab. Lantas tangannya
menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbit.
“
Helo.” Aakif terus bersuara apabila telefon bimbitnya sudah dilekapkan ke
telinga. Nama pemanggil pun dia tidak sempat tengok.
“
Helo Aakif, Mia ni.” kedengaran lemah nada suara Mia di hujung panggilan.
Aakif
serta – merta tersentak. Segera dia melihat skrin telefon bimbitnya yang sedang
menayangkan nama Mia. Kemudian, dia melekapkan semula ke telinga.
“
Ya, ada apa Mia?” soal Aakif serius.
“
Mia dekat wad hospital ni.” balas gadis itu lemah.
Aakif
sudah membuntangkan matanya akibat terperanjat. Hospital?!!
***
Wafa tidak henti – henti memberikan
senyuman manis ke arah para pelancong yang datang ke bukit itu. Rasanya kali ni
dah nak masuk lima kali dia membaca tulisan di atas dua keping tiket untuk
menaiki jip menuju ke puncak bukit itu. Belum campur dengan dua kali dia
berulang – alik ke tandas untuk membuang air kecil lagi. Haish mamat ni pergi
ofis pun macam pergi KL. Lambat gila!
Tiba
– tiba kedengaran telefon bimbitnya mendendangkan lagu. Dia melihat skrin
telefon yang sedang menayangkan nama Aakif. Em nak minta maaf lah tu sebab
lambat. Tiada maaf bagimu kau tahu tak? Sempat lagi Wafa membebel sebelum
menjawab panggilan itu.
“
Helo.” Wafa cuba mengawal suara.
“
Wafa, awak dekat mana tu?” soal Aakif sedikit resah nadanya.
“
Saya dekat rumah. Tunggu orang tu datang lambat sangat.” Wafa menyindir. Dah
tahu aku ada dekat sini, lagi mahu tanya.
Aakif
menghela nafas lega. “ Bagus lah. Saya on
the way pergi KL ni. Ada hal sikit. Nanti kita jumpa dekat rumah ya.” Belum
sempat Wafa membalas, Aakif segera mematikan telefon.
Wafa
tercengang seketika dengan apa yang berlaku. Tiket ditangannya sudah terlepas
ke tanah. Saat itu juga, air mata hangatnya perlahan – lahan mengalir ke pipi.
Wafa segera menyeka cecair jernih yang sedang galak melimpah keluar dari anak
mata itu. Teresak – esak dia menahan tangis seorang diri. Hatinya betul – betul
terasa hiba. Apasal lah aku ni bodoh sangat?
Tiba
– tiba dia merasakan bahunya ditepuk seseorang. Lantas kepalanya menoleh ke
arah gerangan yang bertandang. Taufiq?! Cepat – cepat Wafa mengelap air matanya
yang masih masih membasahi pipi. Taufiq sudah menghadiahkan wajah pelik. Lantas
dia mengambil tempat di hadapan Wafa.
“
Hey kenapa awak menangis ni?”
“
Err saya sebenarnya teringin sangat nak naik atas bukit tu tapi tiket jip pulak
habis. So, sedih lah sikit.” Bohong
Wafa seraya memaksa bibirnya untuk mengukir senyum.
“
Awak tipu saya kan?” biji mata Taufiq tertancap ke arah dua keping tiket yang
sedang bertaburan di atas tanah itu.
Wafa
sudah menghalakan pandangannya ke tempat lain. “ Em macam mana awak boleh ada
dekat sini?” Dia cuba menukar topik.
“
Kenapa ni Wafa? Aakif ada buat apa – apa dekat awak ke?”
“
Ssshhh Aakif tak buat salah apa pun. Dia sikit pun tak salah dalam hal ni.
Orang yang paling bersalah adalah saya.” Air mata Wafa kembali mengalir.
“
Wafa...”
“
Salah saya, Taufiq. Semuanya salah saya awak tahu tak. Kalau saya tak setuju
kahwin dengan dia hari tu, benda ni semua tak kan jadi. Saya memang bodoh kan?”
Wafa menangis
semahu – mahunya. Beberapa pasang mata yang sedang melihat adegan itu langsung
tidak dihiraukannya. Taufiq pula sudah melepaskan keluhan berat. Dia merenung
lama wajah mulus yang sudah dibasahi dengan air mata itu. Terang – terang kau
cintakan Aakif, Wafa!
***
Seorang pelayan wanita di restoran
Pizza Hut meletakkan dua pinggan spaghetti bolognaise dan dua gelas air pepsi
di atas meja. Usai Taufiq mengucapkan terima kasih, pelayan itu berlalu pergi
meninggalkan pemuda dan gadis itu.
“
Betul ni awak yang belanja?” soal Taufiq sengaja ingin memastikan.
“
Betul. Makan lah saya belanja.” Wafa tersengih.
“
Kalau macam tu, saya rasa macam nak oder
piza pulak.” Usik Taufiq.
“
Oder aje apa awak nak oder. Today is my treat, ok.” Sambung Wafa lagi sambil ketawa kecil.
Taufiq hanya tersenyum kecil dengan gelagat gadis di hadapannya itu.
“
Err sebenarnya saya nak mintak tolong awak sikit ni.” Wafa memulakan bicara
setelah memerhati seketika pemuda di hadapannya menjamu selera.
“
Nak mintak tolong apa?” Taufiq segera mengangkat kepala sedikit lalu mengelap
bibirnya dengan tisu.
“
Err yang pasal pagi tadi tu awak lupakan lah boleh?” Wafa teragak – agak.
Pandangan
mata pemuda itu sudah melekat pada wajah gadis di hadapan matanya. “Awak rasa dengan
belanja saya makan ni, saya boleh lupakan ke?”
“
Kalau awak tak boleh lupa pun, awak janji dengan saya eh jangan bagitahu siapa
– siapa?” nadanya sedikit merayu.
“
Even dengan Aakif pun?” Taufiq mula
menduga.
Wafa
sedikit tersentak. Lantas dia membebaskan keluhan berat. Kepalanya dianggukkan
perlahan. “ Especially Aakif. Saya
tak nak dia tahu saya menangis sebab dia.” Wafa membalas perlahan.
Taufiq
Afif mula merenung lama wajah lembut yang sudah melemparkan pandangan ke luar
restoran yang hanya menggunakan dinding kaca itu. Jelas menampakkan orang yang
tidak putus lalu – lalang di situ.
“
Cuba awak berterus – terang dengan saya. Sebenarnya awak kahwin dengan Aakif
bukan sebab cinta kan?”
Wafa
segera mengalihkan pandangan ke arah pemuda itu. “ Kalau awak dah tahu pasal tu
jugak, awak tolong lah simpan rahsia ni sekali ya. Saya ada sebab sendiri yang
memang kena kahwin dengan dia.”
“
Dan dengan sebab awak tu lah yang membuatkan awak rasa bersalah jatuh cinta
dengan dia kan?”
Biji
mata Wafa sudah dibuntangkan. “ Awak jangan cakap sembarangan, Taufiq. Awak ni
doktor apa sebenarnya? Psikologi ke? Awak tak tahu perasaan saya, jangan nak
main tuduh aje.” Wafa menempelak tiba – tiba.
“
Tak semestinya doktor psikologi aje yang boleh baca perasaan orang, Cik Wafa.
Awak dah jatuh hati dengan Aakif kan?” Taufiq sengaja menduga lagi.
Wafa sudah merengus geram. “ Saya masih waras
lah nak jatuh hati dengan orang yang suka mungkir janji macam tu. Perangai
entah apa – apa aje.”
Taufiq
hanya tersengih mendengar bebelan dari bibir mungil itu. Kau dah terlambat,
Taufiq! Cinta Wafa sudah dimiliki. Hati kecil lelaki itu mula berbisik halus.
“
Em macam mana awak boleh muncul tiba – tiba dekat sini tadi? Bukan awak dah
pindah KL ke?” Wafa menyambung lagi setelah menyedari suasana sunyi di antara
mereka.
“
Memang saya dah pindah sana tapi hati saya masih di sini.” Balas Taufiq
selamba.
Wafa
segera mengunci mulutnya untuk tidak mengeluarkan kata – kata. Biji matanya
pula merenung lama wajah lelaki di hadapannya itu. Apa maksud hati dia masih di
sini?
*****
Mesti korang pelik kan siapa Mia ni? Jawapannye mestilah ade
dlm bab sblum ni..sje nk buat korang t’tanya2..nmpk x kekejaman sy di situ? Hehe
apa2 pun layan aje tau..btw, officially PWC sy dah selamat hntr ke pnerbitan
kaki novel..doakan yg tbaik ye lalingku semua =)
hope jd novel cita ne
ReplyDeletetenkiu so much anon! =)
Deletewriter mmg kejam :)
ReplyDeletesaje wat kite org geram kan nk tggu cite ni trbit
tak sbr giler!!
alolo,writer mmg suke mgkejamkan diri pun..hihi
Deletejgn mara ye ain =)
naga betina????harimau jadian vs kucing garong?????
ReplyDeletehahahahahaha......(ketawa guling2)
adoi...sakit dh perut noor ketawa...
kesian wafa...nick name yg sgt2 nk minta penampar wafa tu...
yeay!!!yeay!!!!(lompat tinggi2)...
hehehe...best nyer...xsbr nk baca versi cetak...
tp sementara ni mesti rindu giler dgn aakif n wafa...
nurrul,ada cter baru x????hehe...
-noorwieyl a.k.a noor-
haha tenkiu noor sbb smpai bguling2 gelak tu..=)
Deletesiap lompat tu yg wat t'haru tu..hihi
em cite baru ade tp rangka otak lg kot..
ble dah ready nnti sy publish ok?hehe
pnulisan2u lmbt update la
ReplyDeletensb jmpe blog writer
cite ni superb!
dah trbit nnti bgtau ye
-novel reader
0o sy dah hntr kat penulisan2u smpai bab20..
Deletekat sne myb lmbt sikit..
bce kat sini pun bleh..
tenkiu novel reader sbb suke cite ni
in shaa Allah ade rezki dterbitkan nnti, sy war2kan ok
suka la buat kite tertanya2.
ReplyDeletebge la taw sapa mia 2? hahaha
-GIRLS GENERATION YOONA-
popular blog aku yoona bce..haha
Delete-hyun bin-
ala akif gaduh nan wafa ke?
ReplyDeletejhat la akif
HUHU X SABAR NAK TUNGGU NOVEL KELUAR.
ReplyDeletetenkiu alot baby mio sbb sudi baca!
Deletein shaa Allah ada rezki PWC ni terbit nnti, sy roger naa =)
alamak sapa lak mia ni....
ReplyDeleteharap2 cpt terbit. can't wait
-nana-
kak.. knapa bab sebelum ni x der?? nk baca.. :( btw novel ni mcm boleh di bawak jadi drama tv jer.. kan bagus klw muncul kat tv.. ^_^ i love this novel..
ReplyDeleteBestnye cite ni xsbr nk bli
ReplyDeleteKalau betul Aakif ngan Taufiq betul betul betul betul wujud kan bagus .. harap harap novel ni keluar tv .. aakif + wafa so so so sawitt ..
ReplyDelete-Book Worm-
wah..saya suka je bila watak akif ngan wafa tu muncul..ada je yang buat kan saya tersengih sendiri..haha so sweet la cite ni ..saya harap cite ni di buat drama..hehe
ReplyDelete