Followers

Tuesday 29 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 35 ~


Aakif tekun meneliti fail cadangan pembangunan yang telah dibuat oleh Tengku Danial Hakimi di dalam ofis sementaranya itu. Setiap perkataan dibacanya dengan penuh teliti. Sesekali dahinya dikerut sedikit. Gambar – gambar cadangan serta lampiran yang turut disertakan dalam fail itu turut diamatinya lama. Sengaja dia membaca buat kali kedua isi fail yang diambilnya dari Kimi itu untuk memastikan tidak ada kesalahan yang berlaku di belakang hari.
            Tuk! Tuk! Tuk! Kedengaran bunyi ketukan pintu di luar ofis Aakif. Usai mendapat kebenaran masuk, kelihatan seorang lelaki muda yang sedang memakai topi keselamatan di kepala segera menapak ke dalam ofis. Lantas dia menghulurkan satu gulung lukisan projek kepada Aakif.
            “ Ini drawing yang Encik Aakif minta tadi.” Lelaki itu menghadiahkan senyuman kecil.
            Thanks. Nanti ada apa – apa yang saya tak faham, saya panggil awak ya.” Balas Aakif ramah kepada orang bawahannya itu.
            Lelaki itu membalas dengan senyuman dan mengangguk perlahan. Langkah kakinya mula menapak keluar dari ofis. Aakif segera membentangkan gulungan lukisan projek yang baru diterimanya itu. Fail yang sedang ditelitinya tadi sudahpun ditutup. Dia mengamati lama lakaran sebuah bangunan di atas sehelai kertas putih. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Seperti ada satu tayangan yang sedang memutar rancak di dalam kepalanya. Aku kenal bangunan ni!
            Tiba – tiba padangan mata Aakif tertancap ke arah tulisan kecil samar – samar di hujung sebelah kiri gambar bangunan yang dilukis oleh arkitek syarikat milik keluarganya itu. NAT? Apa benda ni? Aakif berfikir sejenak. Dia cuba mengingati dengan lebih dalam lagi. Namun, segalanya masih hambar begitu sahaja. Aakif semakin bingung dengan apa yang baru dilihatnya tika itu. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.
            “ Helo Kamal, tolong panggil arkitek yang datang hantar drawing dekat saya tadi!” Aakif memberi arahan kepada pembantu sementaranya itu.
            “ Ok bos!” Kedengaran suara Kamal membalas dengan penuh semangat.
***
Wafa menyapu sampah di ruang tamu rumahnya. Disebabkan hari ni hari Jumaat, dapat juga dia pulang lebih awal dari sekolah. Oleh itu, dia menggunakan masanya itu dengan mengemas rumah yang tunggang – terbalik akibat dia bercuti selama tiga hari. Sesekali dia mengerling tajam ke arah Waiz yang sedang bermaharajalela di atas sofa sambil bermain PSP. Tahap kesabarannya mula hilang.
            “ Waiz!!” Wafa mencekak pinggang dengan kedua – dua belah tangannya.
            Waiz terperanjat. PSP ditangannya hampir terjatuh ke atas lantai apabila mendengar pekikan dari naga betina yang begitu familiar di telinganya. Lantas dia berpura – pura tersengih.
            Wafa merengus geram. “ Selama akak tak ada dalam rumah ni, apa yang kau buat?”
            “ Buat apa kak? Waiz jaga rumah lah apa lagi.” Balas Waiz bersahaja.
            “ Jaga rumah tahi kucing kau! Kau tengok sampah yang akak sapu ni. Berapa tahun punya sampah ni kau tak sapu?” bebel Wafa lagi.
            “ Ala kak, baru tiga hari. Lagipun ni bukan kerja orang lelaki kak.” Balas Waiz selamba.
            Wafa sudah terjegil biji mata apabila menerima balasan sedemikian rupa dari adik tunggalnya itu. Ni tak lain tak bukan mesti ajaran sesat dari Si Tengku tu! Siap kau Waiz akak akan brainwash balik otak kau! Dia cepat – cepat menyiapkan tugas menyapu sampahnya yang tergendala tadi.
             Tak sampai beberapa minit tiba – tiba kelihatan sebuah kereta mewah berhenti betul – betul di hadapan pagar rumahnya. Wafa yang sedang menyapu sampah di laman sudah mengangkat kepala sambil menayang wajah pelik apabila melihat kereta yang langsung tidak dikenalinya itu. Pintu kereta itu dibuka lalu terpacul lah seorang perempuan cantik yang mengenakan sehelai blouse dan seluar jean ketat ditubuh langsingnya. Wafa segera mendekati wanita yang sedang melilaukan matanya melihat kawasan itu.
            “ Ya cik, nak cari siapa?” soal Wafa mesra.
            “ Tengku Aakif Nawfal tinggal di sini ke?” soal wanita itu pula dengan nada sombong.
            “ Ya, dia tinggal dekat sini. Cik ni siapa ya?” soal Wafa semakin pelik dengan situasi yang berlaku di depan pagar rumahnya tatkala itu.
            I Qistina. Bekas tunang Aakif and bakal madu you.” Balas Qistina sinis.
            Wafa tersentak. Air mukanya tiba – tiba berubah namun segera dikawal. Macam mana bekas tunang boleh jadi bakal madu? Buat lawak ke apa makcik ni? Ngomel Wafa dalam hati.
            “ Oh, I ingatkan siapa tadi! Mari lah masuk dulu.” Wafa segera menarik tangan Qistina menuju masuk ke dalam rumahnya. Qistina sudah tercengang.
            You duduk lah dulu ya. I nak buatkan air kejap.” pelawa Wafa sambil menghadiahkan senyuman palsu. Lantas dia mengatur langkah menuju ke dapur. Eleh, I you konon. Kulit pun terang – terang kulit Melayu ada hati nak ber I you dengan aku. Pirrahhhh!
            Qistina hanya memandang pelik kelibat Wafa yang hilang di muka dapur. Perempuan ni tak ada perasaan ke apa? Tak kan tak sakit hati langsung dengan aku tadi. Pandangan mata Qistina mula beralih ke arah sekelililing ruang tamu kecil itu. Macam ni punya rumah pun kau sanggup duduk Aakif? What a lowly fellas!
            Sebentar kemudian, Wafa datang sambil menatang dulang yang berisi segelas air oren. Senyuman palsunya kembali diukir. “ Jemput minum ya, Cik Qistina.” Wafa mengambil tempat di hadapan tetamu yang tidak diundangnya itu.
            Qistina hanya memandang sepi gelas air yang sudah diletakkan di atas meja itu. “ Air apa tu?”
            “ Air oren.” Balas Wafa ringkas.
            “ Oh, air yang bancuh pakai perasa oren yang murah tu eh?” Qistina menayang mimik muka jijik.
            Wafa sudah merengus geram. Sabar Wafa sabar! Berani dia hina air yang aku bancuh ni? Aku pakai Sanquick tau! Wafa hanya mampu membentak dalam hati.
            Actually, I datang ni bukan nak minum air pun. I saja nak tengok apa lebihnya you sampai Aakif tinggalkan I.”
            “ Jadi...” belum sempat Wafa membalas, Qistina menyambung lagi. Sekali lagi Wafa menahan geram.
            But I tak kisah. I ada bagitahu Aakif yang I setuju nak bermadu. And dia pun dah setuju.”
            Wafa serta – merta tersentak. “ Bermadu?”
            Yup, Aakif mungkin takut nak bagitahu you so biar I yang...” belum sempat Qistina menghabiskan ayat, Wafa pula menyampuk. Dari tadi dia asyik menunggu gilirannya untuk bercakap.
            “ Sshhh silence please! Cukup – cukup lah tu, Cik Qistina. Saya bukannya budak – budak yang senang ditipu. Sebelum saya muntah dekat sini, lebih baik cik balik lah. Jangan lupa bawak balik loghat mat salleh tu sekali ya?”
Sempat lagi Wafa menyindir. Puas hatinya. Bermadu konon! Kalau Aakif nak kahwin dengan kau, dia tak payah susah – susah nak kahwin dengan aku lah. Bebel Wafa dalam hati.
How dare you are so rude to me? You tak kenal I ni siapa lagi.” Qistina sudah bangun dari tempat duduknya.
Wafa hanya mencebik. Macam lah aku takut sangat.
You jangan ingat you akan bahagia. I tetap akan pastikan Aakif jadi suami I faham?” Qistina menyambung lagi lantas melangkah laju menuju ke keretanya.
Wafa hanya tersengih di muka pintu rumahnya sambil melihat kelibat kereta mewah itu berlalu pergi. Agaknya orang – orang kaya ni memang suka cakap English kot. Memang patut lah Aakif tak nak kahwin dengan kau pun, Qistina! Bebel Wafa perlahan. Tiba – tiba kedengaran bunyi enjin kereta suaminya pula sudah dimatikan di hadapan rumah. Cepat – cepat Wafa kembali duduk di atas sofa di ruang tamu. Pemuda itu pula segera melangkah masuk ke dalam rumah.
“ Siapa yang datang tadi?” soal Aakif ke arah Wafa yang sedang berpura – pura khusyuk menonton televisyen itu.
“ Kucing garong awak lah.” balas Wafa acuh tak acuh.
Aakif sedikit tercengang. Kucing garong? Lantas bibirnya tersengih tiba – tiba. “ So, harimau jadian vs kucing garong siapa yang menang?”
Wafa serta – merta mengerling tajam ke arah suaminya. “ Mesti lah harimau.” Balas Wafa tiba – tiba.
Aakif serta – merta meledakkan tawa. Aku dah agak dah! Tiba – tiba dia mendekati tubuh kecil yang sedang bersandar di atas sofa itu. Aakif meletakkan tapak tangannya di dahi Wafa. Dia menyentuh lembut dahi itu beberapa kali. Wafa mula mempamer wajah pelik. Jelas dia sedikit terperanjat.
“ Hmm berkesan jugak air yang saya bagi semalam.” Ujar Aakif lantas menapak masuk ke dalam biliknya.
Wafa pula masih berada di awang – awangan. Terasa bahagia disaat itu. Kehangatan tapak tangan suaminya di dahi masih lagi terasa. Lantas dia menyentuh lembut dahi itu. Ya, ini bukan mimpi Wafa!
***
Siaran televisyen yang ditayangkan malam itu langsung tidak berjaya menarik perhatian Tengku Aakif Nawfal. Walaupun biji matanya sedang khusyuk menonton siaran tv namun fikirannya sudah melayang kepada hal yang berlaku di tempat kerjanya siang tadi. Wafa yang sedang melakukan rutin hariannya untuk menyemak buku tulis sesekali mengerling hairan ke arah suaminya.
            Apahal pulak dengan mamat ni? Senyap aje dari tadi. Selalunya waktu – waktu macam ni dia dah kacau aku buat kerja dah. Ada aje benda dia nak cari gaduh dengan aku. Tak kan malam ni bateri dah habis kot. Sempat lagi Wafa mengomel dalam hati. Tiba – tiba dia terus meletakkan pen merahnya di atas meja. Belum sempat dia hendak membuka mulut, Aakif sudah bersuara terlebih dahulu.
            “ Awak ingat lagi tak lukisan bangunan yang saya pernah lukis depan awak dulu?” soal Aakif tiba – tiba.
            Wafa sedikit tercengang. Dia cuba mengingati semula perkara yang dikatakan oleh suaminya itu. Lalu kepalanya diangguk laju. “ Ingat. Kenapa?”
            “ Bagi balik lukisan tu dekat saya.” Pinta Aakif pula.
            “ Ish buruk siku betul!” bebel Wafa perlahan. Lantas dia bangun untuk mengambil lukisan yang pernah dilukis oleh suaminya itu dalam bilik.
            Tak sampai beberapa minit, Wafa menghulurkan lukisan itu kepada Aakif. Aakif menyambut perlahan huluran itu. Biji matanya tepat memandang ke arah gambar sebuah bangunan di atas kertas putih ditangan. Dia merenung lama sambil kepalanya yang sedang ligat berfikir sesuatu. Macam mana bangunan ni boleh sama dengan lakaran projek Kimi?
            “ Awak tengok apa tu?” Wafa turut menjengukkan kepalanya ke arah kertas ditangan Aakif.
            Soalan Wafa serta – merta telah mematikan lamunan Aakif sebentar tadi. Lantas dia menggulung semula lukisan ditangannya itu. “ Saya pinjam ya lukisan ni. Nanti saya bagi balik.”
            Wafa hanya mencebik. “ Tak payah lah bagi balik. Lagipun memang lukisan tu milik awak kan.”
            “ Siapa cakap lukisan ni milik saya? Tak nampak ke nama Ali dekat lukisan ni.”
            “ Ali?” Wafa sedikit tercengang.
            Yup, tak kan awak tak kenal siapa Ali.” Perli Aakif tersengih.
Wafa hanya mampu merengus geram. Ni lah masalahnya bila mamat ni mula bercakap. Kalau tak menyakitkan hati aku memang tak sah!
By the way, hari Ahad ni awak free tak?” soal Aakif lagi.
Free kot. Itupun kalau Mar tak ajak keluar. Kenapa?”
“ Mar tu tak ada kawan lain ke asyik ajak awak aje yang teman dia?”
“ Entah lah. Saya pun cuma rapat dengan dia sorang aje.” Balas Wafa bersahaja seraya menyambung kerjanya kembali.
“ Patut lah pun. Dua – dua katak bawah tempurung.” Ngomel Aakif perlahan.
Gegendang telinga Wafa yang sudah menangkap ngomelan suaminya itu mula mengeluarkan asap. Biji matanya merenung tajam raut wajah pemuda itu. Aakif hanya tersengih lantas mengangkat tangan kanan tanda sorry.
“ Em kalau awak tak ada apa – apa hal, Ahad ni ikut saya naik Bukit Larut lah.” Aakif menyambung semula.
Wafa sedikit tersentak. Bukit Larut? “ Nak buat apa pergi sana?” soal Wafa pelik.
“ Orang cakap kalau nak tengok pembangunan bandar ni boleh tengok dari atas bukit tu, betul ke?” soal Aakif pula.
“ Err sebenarnya saya pun tak pernah naik bukit tu.” Wafa tersengih.
Aakif sedikit terperanjat. “ Bila orang cakap katak bawah tempurung tahu pulak nak marah tapi tengok lah. Tempat sendiri pun tak pernah pergi.” Bebel Aakif.
“ Awak tak boleh cakap dekat saya macam tu. Lagipun saya mana ada kawan nak pergi tempat – tempat macam tu.”
“ Mar tu bukan kawan?”
“ Mana best pergi dengan Mar.” Wafa menarik sedikit muncung.
“ Habis tu, pergi dengan saya best ke?” duga Aakif tersengih.
Gulp. Wafa kematian kata. Warna merah mula menyerbu ke muka. “ Sekarang ni awak yang ajak saya pergi ke, saya yang ajak awak?” Wafa segera menyimpul kata untuk menutup malu.
“ Ok, set hari Ahad ni.” Aakif masih tersengih. Lantas dia bingkas dari tempat duduknya untuk ke bilik tidur.
Wafa sudah tersenyum bahagia apabila menyedari kelibat suaminya hilang di depan mata. Yes, tak sangka aku dapat naik Bukit Larut nanti! Tapi nak kena prepare baju sejuk ke?
***
Mardiana sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik! Bulat matanya apabila melihat troli yang sedang ditolak Wafa di dalam pasaraya itu sudah dipenuhi dengan barang – barang makanan. Betulkah ini Wafa Amani yang aku kenal selama ni? Tiba – tiba tangan Mardiana segera menahan tangan Wafa dari mencapai sebungkus Roti Gardenia.
            “ Tak cukup penuh lagi ke troli kau ni, Wafa? Kau nak buat kenduri eh?”
            “ Ish roti ni aku nak buat sandwich untuk esok lah.” balas Wafa seraya tangannya mencapai semula roti itu.
            “ Esok? Untuk bawak bekal naik Bukit Larut tu ke?”
            Yup.” Balas Wafa tersenyum.
            “ Cewah, sejak bila ni Wafa? Siap nak bawak bekal bagai.” Mardiana mula tersengih nakal.
            Wafa sedikit tersentak. “ Eh, kau merepek apa ni Mar? Aku cuma teman kan Aakif buat kerja dia aje dekat atas tu lah. Bukan ada apa – apa pun.”
            “ Menyelam sambil minum air la, Wafa. Kalau tak, tak kan lah semangat nak bawak bekal kan? Patut lah tak nak keluar dengan aku hari Ahad, rupanya ada date esok.” Sambung Mardiana lagi sambil ketawa kecil.
            Date apa pulak? Buat kerja lah atas tu. Lagipun mesti lah kena semangat. First time tau aku naik Bukit Larut ni.”
            “ Eleh, Bukit Larut tu bila – bila masa pun kau boleh naik Wafa.”
            Wafa sudah melepaskan keluhan berat. “ Kau dengar sini aku ulang lagi sekali eh. Aku cuma temankan Aakif jalan – jalan atas tu. Dia nak tengok corak bangunan dekat bandar ni untuk projek dia. Nak cari rezeki bukannya untuk suka – suka, Cik Mardiana.”
            “ Em tak apa lah kalau macam tu. Tapi ingat Wafa, perasaan tak boleh tipu tau.” sambung Mardiana lagi sambil menapak meninggalkan temannya yang jelas sudah tercengang.
            Perasaan? Aku ada perasaan dengan Aakif ke? No no no, tak mungkin!  Hati kecilnya mula berbicara.
***
Pagi itu usai menyiapkan diri, Wafa duduk bersandar di atas sofa sambil menunggu suaminya yang masih belum keluar dari bilik. Pandangan matanya dihalakan ke arah beg yang berisi bekal sandwich yang disediakan tadi. Bibirnya pula sejak tadi tidak lekang dengan senyuman. Gembira benar hatinya pagi itu. Eh, apasal kau nak happy sangat ni Wafa? Ingat Wafa, kau cuma teman Aakif buat kerja aje. Jangan seronok sangat. Bibir tu pun jangan asyik senyum aje. Control sikit. Sempat lagi Wafa bermonolog sendiri.
            Beberapa minit kemudian, kedengaran Aakif memulas tombol biliknya lalu menapak keluar. Air mukanya agak terperanjat apabila melihat Wafa yang sudah tersengih memandang ke arahnya.
            “ Eh, saya mimpi ke apa ni? Biasanya saya yang kena tunggu awak bersiap.” Perli Aakif sambil tersengih.
            Wafa pula segera menghadiahkan sebuah jelingan apabila menerima sindiran dari pemuda itu. “ Awak tunggu apa lagi? Jom lah.” Wafa memberi arahan.
            “ Err sebenarnya saya nak kena pergi ofis dulu ni.” Aakif bersuara tiba – tiba.
            “ Ala mana boleh lambat – lambat nanti tiket jip habis. Hari minggu pulak tu.” Wafa menarik muncung sedikit.
            “ Habis tu macam mana? Saya memang kena singgah ofis dulu nak ambil barang. Kalau tak, apa guna kita naik atas tu.”
            “ Macam ni lah, saya pergi beli tiket dulu sementara tu awak pergi ofis. Nanti awak datang lah dekat saya balik. Saya tunggu dekat kaki bukit tu ok?” Wafa segera memberi cadangan.
            Aakif berfikir sejenak. Lantas dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. “ Saya nak kena hantar awak ke atau awak nak drive sendiri?”
            “ Mesti lah saya drive sendiri. Buang masa aje kalau awak nak hantar saya pulak kan.” balas Wafa sambil tangannya menutup daun pintu rumah.
            Usai mencapai kata persetujuan, masing – masing mula memandu kereta menuju ke haluan yang berbeza. Wafa terus menekan pedal minyak keretanya laju sedikit. Harap – harap sempat lah aku nak beli tiket tu. Bisik hati kecilnya.
***
Aakif sibuk mencari barang yang diperlukan dalam ofis. Matanya sudah dililaukan ke merata tempat. Haish time aku nak cepat ni lah barang nak hilang pun. Bebel Aakif seperti memarahi sesuatu. Tiba – tiba kedengaran telefon bimbitnya sedang rancak berdering meminta dijawab. Lantas tangannya menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbit.
            “ Helo.” Aakif terus bersuara apabila telefon bimbitnya sudah dilekapkan ke telinga. Nama pemanggil pun dia tidak sempat tengok.
            “ Helo Aakif, Mia ni.” kedengaran lemah nada suara Mia di hujung panggilan.
            Aakif serta – merta tersentak. Segera dia melihat skrin telefon bimbitnya yang sedang menayangkan nama Mia. Kemudian, dia melekapkan semula ke telinga.
            “ Ya, ada apa Mia?” soal Aakif serius.
            “ Mia dekat wad hospital ni.” balas gadis itu lemah.
            Aakif sudah membuntangkan matanya akibat terperanjat. Hospital?!!
***
Wafa tidak henti – henti memberikan senyuman manis ke arah para pelancong yang datang ke bukit itu. Rasanya kali ni dah nak masuk lima kali dia membaca tulisan di atas dua keping tiket untuk menaiki jip menuju ke puncak bukit itu. Belum campur dengan dua kali dia berulang – alik ke tandas untuk membuang air kecil lagi. Haish mamat ni pergi ofis pun macam pergi KL. Lambat gila!
            Tiba – tiba kedengaran telefon bimbitnya mendendangkan lagu. Dia melihat skrin telefon yang sedang menayangkan nama Aakif. Em nak minta maaf lah tu sebab lambat. Tiada maaf bagimu kau tahu tak? Sempat lagi Wafa membebel sebelum menjawab panggilan itu.
            “ Helo.” Wafa cuba mengawal suara.
            “ Wafa, awak dekat mana tu?” soal Aakif sedikit resah nadanya.
            “ Saya dekat rumah. Tunggu orang tu datang lambat sangat.” Wafa menyindir. Dah tahu aku ada dekat sini, lagi mahu tanya.
            Aakif menghela nafas lega. “ Bagus lah. Saya on the way pergi KL ni. Ada hal sikit. Nanti kita jumpa dekat rumah ya.” Belum sempat Wafa membalas, Aakif segera mematikan telefon.
            Wafa tercengang seketika dengan apa yang berlaku. Tiket ditangannya sudah terlepas ke tanah. Saat itu juga, air mata hangatnya perlahan – lahan mengalir ke pipi. Wafa segera menyeka cecair jernih yang sedang galak melimpah keluar dari anak mata itu. Teresak – esak dia menahan tangis seorang diri. Hatinya betul – betul terasa hiba. Apasal lah aku ni bodoh sangat?
            Tiba – tiba dia merasakan bahunya ditepuk seseorang. Lantas kepalanya menoleh ke arah gerangan yang bertandang. Taufiq?! Cepat – cepat Wafa mengelap air matanya yang masih masih membasahi pipi. Taufiq sudah menghadiahkan wajah pelik. Lantas dia mengambil tempat di hadapan Wafa.
            “ Hey kenapa awak menangis ni?”
            “ Err saya sebenarnya teringin sangat nak naik atas bukit tu tapi tiket jip pulak habis. So, sedih lah sikit.” Bohong Wafa seraya memaksa bibirnya untuk mengukir senyum.
            “ Awak tipu saya kan?” biji mata Taufiq tertancap ke arah dua keping tiket yang sedang bertaburan di atas tanah itu.
            Wafa sudah menghalakan pandangannya ke tempat lain. “ Em macam mana awak boleh ada dekat sini?” Dia cuba menukar topik.
            “ Kenapa ni Wafa? Aakif ada buat apa – apa dekat awak ke?”
            “ Ssshhh Aakif tak buat salah apa pun. Dia sikit pun tak salah dalam hal ni. Orang yang paling bersalah adalah saya.” Air mata Wafa kembali mengalir.
            “ Wafa...”
            “ Salah saya, Taufiq. Semuanya salah saya awak tahu tak. Kalau saya tak setuju kahwin dengan dia hari tu, benda ni semua tak kan jadi. Saya memang bodoh kan?”
Wafa menangis semahu – mahunya. Beberapa pasang mata yang sedang melihat adegan itu langsung tidak dihiraukannya. Taufiq pula sudah melepaskan keluhan berat. Dia merenung lama wajah mulus yang sudah dibasahi dengan air mata itu. Terang – terang kau cintakan Aakif, Wafa!
***
Seorang pelayan wanita di restoran Pizza Hut meletakkan dua pinggan spaghetti bolognaise dan dua gelas air pepsi di atas meja. Usai Taufiq mengucapkan terima kasih, pelayan itu berlalu pergi meninggalkan pemuda dan gadis itu.
            “ Betul ni awak yang belanja?” soal Taufiq sengaja ingin memastikan.
            “ Betul. Makan lah saya belanja.” Wafa tersengih.
            “ Kalau macam tu, saya rasa macam nak oder piza pulak.” Usik Taufiq.
            Oder aje apa awak nak oder. Today is my treat, ok.” Sambung Wafa lagi sambil ketawa kecil. Taufiq hanya tersenyum kecil dengan gelagat gadis di hadapannya itu.
            “ Err sebenarnya saya nak mintak tolong awak sikit ni.” Wafa memulakan bicara setelah memerhati seketika pemuda di hadapannya menjamu selera.
            “ Nak mintak tolong apa?” Taufiq segera mengangkat kepala sedikit lalu mengelap bibirnya dengan tisu.
            “ Err yang pasal pagi tadi tu awak lupakan lah boleh?” Wafa teragak – agak.
            Pandangan mata pemuda itu sudah melekat pada wajah gadis di hadapan matanya. “Awak rasa dengan belanja saya makan ni, saya boleh lupakan ke?”
            “ Kalau awak tak boleh lupa pun, awak janji dengan saya eh jangan bagitahu siapa – siapa?” nadanya sedikit merayu.
            Even dengan Aakif pun?” Taufiq mula menduga.
            Wafa sedikit tersentak. Lantas dia membebaskan keluhan berat. Kepalanya dianggukkan perlahan. “ Especially Aakif. Saya tak nak dia tahu saya menangis sebab dia.” Wafa membalas perlahan.
            Taufiq Afif mula merenung lama wajah lembut yang sudah melemparkan pandangan ke luar restoran yang hanya menggunakan dinding kaca itu. Jelas menampakkan orang yang tidak putus lalu – lalang di situ.
            “ Cuba awak berterus – terang dengan saya. Sebenarnya awak kahwin dengan Aakif bukan sebab cinta kan?”
            Wafa segera mengalihkan pandangan ke arah pemuda itu. “ Kalau awak dah tahu pasal tu jugak, awak tolong lah simpan rahsia ni sekali ya. Saya ada sebab sendiri yang memang kena kahwin dengan dia.”
            “ Dan dengan sebab awak tu lah yang membuatkan awak rasa bersalah jatuh cinta dengan dia kan?”
            Biji mata Wafa sudah dibuntangkan. “ Awak jangan cakap sembarangan, Taufiq. Awak ni doktor apa sebenarnya? Psikologi ke? Awak tak tahu perasaan saya, jangan nak main tuduh aje.” Wafa menempelak tiba – tiba.
            “ Tak semestinya doktor psikologi aje yang boleh baca perasaan orang, Cik Wafa. Awak dah jatuh hati dengan Aakif kan?” Taufiq sengaja menduga lagi.
             Wafa sudah merengus geram. “ Saya masih waras lah nak jatuh hati dengan orang yang suka mungkir janji macam tu. Perangai entah apa – apa aje.”
            Taufiq hanya tersengih mendengar bebelan dari bibir mungil itu. Kau dah terlambat, Taufiq! Cinta Wafa sudah dimiliki. Hati kecil lelaki itu mula berbisik halus.
            “ Em macam mana awak boleh muncul tiba – tiba dekat sini tadi? Bukan awak dah pindah KL ke?” Wafa menyambung lagi setelah menyedari suasana sunyi di antara mereka.
            “ Memang saya dah pindah sana tapi hati saya masih di sini.” Balas Taufiq selamba.
            Wafa segera mengunci mulutnya untuk tidak mengeluarkan kata – kata. Biji matanya pula merenung lama wajah lelaki di hadapannya itu. Apa maksud hati dia masih di sini?
                                                                                                         *****
Mesti korang pelik kan siapa Mia ni? Jawapannye mestilah ade dlm bab sblum ni..sje nk buat korang t’tanya2..nmpk x kekejaman sy di situ? Hehe apa2 pun layan aje tau..btw, officially PWC sy dah selamat hntr ke pnerbitan kaki novel..doakan yg tbaik ye lalingku semua =)

18 comments:

  1. hope jd novel cita ne

    ReplyDelete
  2. writer mmg kejam :)
    saje wat kite org geram kan nk tggu cite ni trbit
    tak sbr giler!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo,writer mmg suke mgkejamkan diri pun..hihi
      jgn mara ye ain =)

      Delete
  3. naga betina????harimau jadian vs kucing garong?????
    hahahahahaha......(ketawa guling2)
    adoi...sakit dh perut noor ketawa...
    kesian wafa...nick name yg sgt2 nk minta penampar wafa tu...
    yeay!!!yeay!!!!(lompat tinggi2)...
    hehehe...best nyer...xsbr nk baca versi cetak...
    tp sementara ni mesti rindu giler dgn aakif n wafa...
    nurrul,ada cter baru x????hehe...

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tenkiu noor sbb smpai bguling2 gelak tu..=)
      siap lompat tu yg wat t'haru tu..hihi
      em cite baru ade tp rangka otak lg kot..
      ble dah ready nnti sy publish ok?hehe

      Delete
  4. pnulisan2u lmbt update la
    nsb jmpe blog writer
    cite ni superb!
    dah trbit nnti bgtau ye

    -novel reader

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0o sy dah hntr kat penulisan2u smpai bab20..
      kat sne myb lmbt sikit..
      bce kat sini pun bleh..
      tenkiu novel reader sbb suke cite ni
      in shaa Allah ade rezki dterbitkan nnti, sy war2kan ok

      Delete
  5. suka la buat kite tertanya2.
    bge la taw sapa mia 2? hahaha
    -GIRLS GENERATION YOONA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. popular blog aku yoona bce..haha
      -hyun bin-

      Delete
  6. ala akif gaduh nan wafa ke?
    jhat la akif

    ReplyDelete
  7. HUHU X SABAR NAK TUNGGU NOVEL KELUAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu alot baby mio sbb sudi baca!
      in shaa Allah ada rezki PWC ni terbit nnti, sy roger naa =)

      Delete
  8. alamak sapa lak mia ni....
    harap2 cpt terbit. can't wait

    -nana-

    ReplyDelete
  9. kak.. knapa bab sebelum ni x der?? nk baca.. :( btw novel ni mcm boleh di bawak jadi drama tv jer.. kan bagus klw muncul kat tv.. ^_^ i love this novel..

    ReplyDelete
  10. Bestnye cite ni xsbr nk bli

    ReplyDelete
  11. Kalau betul Aakif ngan Taufiq betul betul betul betul wujud kan bagus .. harap harap novel ni keluar tv .. aakif + wafa so so so sawitt ..
    -Book Worm-

    ReplyDelete
  12. wah..saya suka je bila watak akif ngan wafa tu muncul..ada je yang buat kan saya tersengih sendiri..haha so sweet la cite ni ..saya harap cite ni di buat drama..hehe

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?