Hari ini genap tiga hari usia
pernikahan Tengku Aakif Nawfal dan Wafa Amani. Wafa seperti biasa masih sibuk
dengan hal anak – anak muridnya di sekolah. Perihal suaminya tempoh hari
dilupakan sementara. Tidak ada siapapun rakan tempat kerjanya yang dapat menghidu
darah manis pengantin baru itu. Boleh jadi dia sendiri pun kadang – kadang
terlupa bahawa dia sudah bergelar isteri.
Wafa
hanya termenung memerhatikan Nadia di sebelahnya yang sedang mengecop buku
latihan. Sengaja dia meminta anak muridnya itu menolong dia mengecop buku
latihan yang hendak disemaknya nanti memandangkan Nadia akan pindah sekolah
minggu hadapan. Boleh juga dia meluangkan sedikit masa dengan pelajarnya itu.
“
Minggu ni kamu last belajar di
sekolah ni ya?” Wafa memecah sunyi.
Nadia
menganggukkan kepalanya laju. Tangannya masih mengecop buku latihan di atas
meja di bilik guru itu. “ Abang lah ni kena tukar kerja KL. Kalau tak, mesti
saya boleh ambil SPM dekat sini aje.” Bebel Nadia.
Wafa
hanya tersenyum. “ Apa salahnya sekali – sekala tukar suasana pembelajaran
pulak betul tak?” Wafa separuh memujuk.
“
Tapi saya lebih suka belajar dekat sini, cikgu. Saya suka cikgu yang ajar saya
matematik. Nanti kalau saya pindah sana mesti dah tak dapat cikgu yang best dah.” Sambung Nadia lagi.
“
Ish ada cakap macam tu pulak. Semua cikgu dalam dunia ni sama aje, Nadia.
Matlamat diorang akan ajar anak murid sampai berjaya. Cuma cikgu nak
nasihatkan, bila dah belajar dekat tempat baru nanti jangan lupa diri tau?
Pilih kawan yang elok – elok. Jangan malas baca buku. Tak lama aje lagi dah nak
SPM kan? Study smart, faham?”
“
Faham, cikgu. Saya akan ingat pesanan cikgu tu sampai bila – bila tau. Cikgu
nanti senang – senang datang KL, contact
lah saya ok?”
“
Macam ni lah anak murid cikgu. In shaa Allah.” Wafa tersenyum.
“
Cikgu, saya nak tanya sikit boleh?”
“
Boleh. Tanya aje lah.”
“
Cikgu dah ada boyfriend?” soal Nadia
tersengih.
Wafa
tersentak. Tak terduga dek akal anak muridnya itu akan bertanyakan hal
sedemikian. Dia memandang sekeliling kawasan bilik guru itu. Fuh, nasib baik
cikgu lain tak dengar soalan cepumas ni! Kalau tak, mula lah aku dijadikan
bahan mengumpat.
“
Perlu ke cikgu jawab soalan kamu ni?”
“
Perlu lah cikgu. Soalan saya ni akan tentukan masa depan seseorang.” Balas
Nadia tersenyum. Mendalam maknanya tu.
Wafa
hanya tersengih lantas menggelengkan kepalanya perlahan. “ Sudah – sudah pergi
masuk kelas. Lepas ni subjek apa? Nanti cikgu kamu marah pulak masuk lambat.”
Wafa cuba berdalih.
“
Ala cikgu, bagitahu lah. Ada ke tak ada?” Nadia tidak berputus asa. Tunjuk muka
simpati sudah semestinya.
Wafa
mengeluh kecil. “ Cikgu dah ada suami dah pun. Kenapa?” balas Wafa tiba – tiba.
Tika itu, bayangan Tengku Aakif Nawfal mula menjelma dalam kepala otaknya.
Alamak, betul ke apa yang aku cakap ni?
Nadia
tercengang. Terkedip – kedip biji matanya melihat wajah cikgu kesayangannya
itu. Belum sempat dia membalas apa – apa, tiba – tiba muncul kelibat Cikgu
Fatty di ruang itu.
“
Kamu dengar lah sangat cikgu kesayangan kamu ni merapu, Nadia. Kalau dah ada
suami, kenapa tak jemput kenduri kahwin betul tak?” Seperti biasa Cikgu Fatimah
akan menyalakan api untuk musuhnya itu.
Wafa sudah
merenung tajam biji mata Cikgu Fatty di hadapannya itu. Ish, dia ni dekat mana
– mana pun ada! Cuba lah satu hari kau lesap dari biji mata aku tak boleh ke?
Bentak Wafa dalam hati. Nadia pula sudah menghela nafas lega. Seketika kemudian,
dia sudah tersengih. Cikgu Wafa tipu rupanya.
Cikgu Fatimah
yang menyedari renungan tajam dari Wafa cepat – cepat mengalihkan pandangannya
ke arah Nadia. “ Hah kamu ni sengih – sengih apa? Ada kelas dengan saya
sekarang kan? Jom, jangan nak ponteng pulak.” Cikgu Fatimah segera menarik
tangan Nadia mengatur langkah menuju ke kelas.
Nadia hanya
menurut perintah membontoti cikgunya itu. Sempat lagi dia melambaikan tangannya
ke arah Wafa yang sedang memandang ke arah mereka.Wafa hanya tersenyum lalu
mengucapkan terima kasih perlahan atas pertolongan Nadia tadi. Tak sempat dia hendak
berterima kasih kepada Nadia disebabkan Cikgu Fatty tadi.
***
Tengku Aakif Nawfal tekun meneliti proposal projek di Bagan Serai yang
diusulkan oleh Tengku Danial Hakimi di dalam ofisnya. Dia membaca sebiji – biji
ayat yang ditaip atas kertas putih itu.Walaupun ingatannya masih belum pulih,
nyata kemampuannya dalam soal kerja masih lagi berjalan seperti biasa.
Seketika
kemudian, Aakif menekan interkom di atas mejanya. “ Ikin, tolong panggilkan
Encik Kimi ya?”
“
Baik, Encik Aakif.” Balas Asyikin dari hujung talian.
Tak
sampai lima minit, kedengaran Tengku Danial Hakimi mengetuk pintu lantas
memasuki ruang bilik Aakif apabila mendapat arahan masuk. Dia mengukir sebuah
senyuman lalu segera melabuhkan punggung di hadapan Aakif. Aakif masih lagi memandang
isi fail di atas mejanya itu.
“
Good job, Kimi.” Aakif menutup semula
fail yang sudah disemaknya tadi.
Tengku
Danial Hakimi tersenyum bangga. “ Thanks,
bro.”
“
Anyway, macam mana kau boleh dapat
idea nak bina property dekat Bagan
Serai ni?” soal Aakif tiba – tiba.
Tika
itu, serta – merta air muka Aakif berubah. Matanya memandang tepat biji mata
Aakif di hadapannya itu. Dia perli aku ke? Entah – entah dia dah tahu idea asal
projek ni dia yang punya. Tapi, mustahil lah! Dia kan tak ingat apa – apa lagi
sekarang ni.
“
Err apa maksud kau Kif?” Kimi sedikit gagap.
Aakif
sudah menayang wajah pelik ke arah sepupunya itu. “ Maksud? Ye lah aku saja nak
tahu macam mana kau boleh pandang jauh nak bina commercial area dekat situ kan? Bagi aku, it is a great idea bro!” Aakif tersenyum.
“
Oh, nak jadi developer like our beloved
grandfather mesti lah kena kreatif betul tak?” Kimi tersengih. Dalam diam,
dia menghela nafas lega.
“
Aku sokong!” balas Aakif.
Belum
sempat Tengku Danial Hakimi membalas apa – apa, kedengaran pintu bilik itu
dibuka dari luar. Kedua – dua jejaka tampan itu serentak memandang ke arah
susuk tubuh ramping Qistina yang sedang melangkah masuk. Aakif sudah menayang
muka meluatnya. Kucing garong muncul dah! Bisik hati kecilnya.
Qistina
menghadiahkan senyuman manis lalu mengambil tempat di sebelah Tengku Danial
Hakimi. “ Hai sayang.” Ucapan biasa yang akan keluar dari bibir Qistina untuk
buah hatinya itu.
“
Kau ada janji temu dengan perempuan ni ke, Kimi?” Aakif segera menoleh ke arah
Tengku Danial Hakimi.
Kimi
menggelengkan kepalanya perlahan. Air mukanya jelas pelik. “ Tak ada pun.”
“
Aku pun tak ada. Tapi macam mana dia boleh ada dalam ofis aku sekarang ni?”
Aakif berpura – pura pelik.
Qistina
sudah merengus geram. Bengang betul hatinya dipermainkan begitu. “ Aakif! You tak boleh cakap dengan I sendiri ke? You ingat I ni halimunan
ke apa?” bentak Qistina tiba – tiba.
Tengku
Aakif Nafwal hanya menayang wajah selamba. Kimi pula sudah tersengih melihat
gelagat pasangan itu. “ Kif, aku keluar dulu lah ya.”
Tengku Danial
Hakimi segera bangun lalu melangkah menuju ke arah pintu. Tengku Aakif Nawfal
pula menyambung kerjanya kembali. Sengaja dia pura – pura menyibukkan diri
dengan harapan perempuan di hadapan matanya itu akan ghaib serta – merta.
“ Aakif, sampai
hati you layan I macam ni kan. You tahu
kan I ni bakal isteri you?”
Aakif tersentak
kecil. Dia segera meletakkan pen di jarinya itu di atas meja. Wajah Qistina
dipandang tepat. “ Siapa cakap you
bakal isteri I?”
“ Nenda yang
cakap kita akan bernikah Sabtu ni.” Qistina membela diri.
“ Itu nenda I yang cakap. I ada cakap apa – apa? Yang nak salam tangan kadi tu I ke nenda I?” Aakif bertanya selamba.
Qistina merenung
tajam wajah pujaan hatinya itu. Jelas dirinya disindir. “ Sekarang ni you nak cakap you tak nak kahwin dengan I
lah ya?”
“ Pandai pun.”
Balas Aakif tersengih.
“ You ingat you boleh lari dari I ke,
Aakif? I akan pastikan pernikahan
kita tetap akan berlangsung.” Balas Qistina dengan riaknya.
“ Takutnya I dengar..” Tengku Aakif Nawfal separuh
mengejek. Sengaja memanaskan lagi hati perempuan yang hendak meletup itu.
“ You mesti tak tahu lagi kan? Hari ni kad
jemputan kahwin kita dah diedarkan.
Hotel pun dah tempah. Set baju semua akan sampai dekat rumah you petang nanti rasanya. You jangan lupa tengok pula nanti. Dan
kalau you rasa you nak malukan keluarga Allahyarham Tan Sri Tengku Mustapha,
silakan lah ya?” Qistina tersenyum puas.
Aakif
terperanjat besar. Seperti tak percaya apa yang baru didengarinya tika itu.
Biar betul semuanya dah siap dalam masa terdekat ni. Apa aku nak buat sekarang
ni? Ah, nenda ni memang sengaja nak jerat aku. Pandai – pandai aje buat majlis
kahwin tanpa tanya aku dulu. Papa, tolonggg!!! Saat itu juga, bayangan
isterinya muncul di fikiran.
***
Aakif mematikan enjin keretanya
apabila sampai di perkarangan rumah mewah itu. Dia segera keluar dari perut
kereta untuk mendapatkan Puan Nafeesah. Dari muka pintu lagi dia tidak sabar –
sabar mencari kelibat mamanya di dalam rumah. Usai membuka kasut kulitnya, dia
cepat – cepat melangkah masuk.
Tiba
– tiba matanya tertancap ke arah sepasang persalinan yang tersarung kemas dari
sebuah butik. Dia membuka perlahan sarung itu lalu menampakkan sepasang baju
melayu putih lengkap bersampin songket. Aakif melepaskan keluhan berat. Betul
lah apa yang Qistina cakap tadi tu. Bisik hati kecilnya.
“
Eh, awal kamu balik hari ni Aakif?” tegur Puan Nafeesah pelik. Senyuman seorang
ibu masih tidak lekang dari bibirnya.
Aakif
segera menoleh ke arah Puan Nafeesah. “ Mama, ni apa ni?” Aakif menunjukkan sepasang
persalinan di tangannya itu.
“
Baju lah. Kenapa?” Puan Nafeesah pelik.
“
Memang lah baju tapi untuk apa ni ma?” Aakif masih tidak puas hati.
“
Untuk majlis nikah Aakif dan Qistina Sabtu ni. Kenapa?” Belum sempat Puan
Nafeesah membalas, Puan Sri Tengku Sakinah sudah menyampuk.
“
Tapi nenda, kan Aakif dah bagitahu hari tu yang Aakif tak nak kahwin dengan
Qis. Kenapa nenda nak paksa Aakif jugak?”
“
Aakif, nenda buat semua ni untuk kebaikan kamu jugak. Nenda tahu sekarang ni
kamu keliru dengan identiti diri kamu sendiri, tapi percaya lah Aakif akan
berterima kasih dengan nenda nanti bila ingatan Aakif dah pulih.” Jelas wanita
itu tenang.
“
Kebaikan Aakif atau kebaikan syarikat kita? Nenda ingat Aakif tak tahu kenapa
nenda paksa Aakif kahwin dengan Qis? Semuanya sebab harta dan kuasa kan? Sebab
Datin Qad tu pemegang saham kedua terbesar dalam company kita betul tak?” Tengku Aakif Nawfal meninggikan suaranya
tiba – tiba. Sakit hatinya bukan kepalang lagi dengan tindakan Puan Sri Tengku
Sakinah.
“
Aakif!!! Kamu jangan biadap dengan nenda!” Puan Sri Tengku Sakinah turut meninggikan
suaranya. Perasaan amarahnya seperti tidak mampu dikawal lagi.
“
Aakif, cuba bagitahu mama. Apa kurangnya Qis tu? Mama tak nampak pun apa yang
kurang dengan dia.” Puan Nafeesah cuba meredakan keadaan panas di ruang itu.
“
Sebab Aakif tak cintakan dia ma. Aakif langsung tak suka dia.” Balas Aakif
perlahan. Nada suaranya sudah direndahkan.
“
Kamu suka ke tidak, kamu tetap akan nikah dengan Qistina Sabtu ni faham? Kamu
jangan nak malukan keturunan kita Aakif.” Sekali lagi Puan Sri Tengku Sakinah
memberi arahan. Masih tidak berganjak dengan keputusannya.
Tengku
Aakif Nawfal melepaskan keluhan berat. “ Biar Aakif berterus – terang senang.
Kalau semua nak tahu, Aakif sebenarnya dah bernikah. Aakif dah ada isteri.
Jadi, Aakif tak kan kahwin dengan Qistina.”
Saat
itu, air muka kedua – dua perempuan di ruang itu serta – merta berubah. Jelas
begitu terperanjat sekali dengan berita yang baru mengetuk gegendang telinga
mereka. Tengku Aakif Nawfal yang menyedari perubahan suasana tiba – tiba
menjadi misteri dan sunyi itu sudah tersengih sendiri. Aku dah agak dah akan
jadi macam ni bila aku bagitahu aku dah kahwin!
“
Apa yang kecoh – kecoh ni? Dari luar lagi dah dengar.” Tengku Muaz melangkah
masuk dari arah pintu segera menyampuk.
Puan
Nafeesah segera mendekati suaminya lantas mengambil briefcase di tangan lelaki itu. Puan Sri Tengku Sakinah masih tidak
mampu berkata apa – apa. Matanya masih merenung tajam wajah cucu kesayangannya
itu.
“ Aakif cakap
dia dah kahwin sebenarnya bang.” Puan Nafeesah segera bersuara.
Wajah Tengku Muaz
jelas terperanjat. Agak terkejut juga dengan berita hangit itu. Tengku Aakif
Nawfal sudah menayang wajah pelik apabila melihat reaksi papanya itu. Eh,
kenapa papa terkejut semacam pulak ni?
“ Kamu kahwin
dengan siapa, Aakif?” soal Tengku Muaz tiba – tiba.
“ Err..” Aakif
gagap. Dalam kepala otaknya masih memikirkan kelakuan pelik papanya itu.
“ Papa tanya ni
kamu kahwin dengan siapa?” Tengku Muaz mengulangi soalan yang sama. Sedikit
tinggi nadanya.
“ De..dengan
Wafa. Perempuan yang selamatkan Aakif tempoh hari.” Cepat – cepat Aakif
membalas.
Sekali lagi
wajah Puan Sri Tengku Sakinah dan Puan Nafeesah terperanjat. Puan Nafeesah
segera mendapatkan anak terunanya itu. “ Betul ke apa yang mama dengar ni
Aakif?”
“ Betul ma.
Aakif tak bohong. Aakif sebenarnya dah bernikah.”
“ Kau tengok Muaz.
Contoh terbaik darah daging yang akan malukan keluarga kita nanti. Sekarang
mana aku nak letak muka ni? Kad jemputan semua dah edar. Hotel dah tempah.”
Puan Sri Tengku Sakinah merengus geram.
“ Esok, kamu
bawak isteri kamu datang sini. Papa nak kamu berdua bersanding malam Sabtu dekat
hotel seperti dalam planning nenda tu.
Itu saja satu – satunya cara nak selamatkan maruah keluarga kita.” Tengku Muaz
memberi arahan.
Tengku Aakif
Nawfal hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Bibirnya tersenyum bahagia. Yes, aku selamat! Papa, you are the best! Wafa, kau get ready esok ya? Pentas lakonan kita akan bermula esok.
“ Qistina macam
mana bang? Apa saya nak jawab dengan Datin Qadijah nanti?” sampuk Puan Nafeesah
tiba – tiba.
“ Habis tu, awak
nak suruh Aakif kahwin dua ke? Kalau awak nak suruh anak kahwin dua, bapaknya
kena lah tunjuk contoh dulu.” Tengku Muaz tersengih ke arah isterinya.
“ Abang jangan
main – main lah.” Puan Nafeesah mencubit lengan suaminya.
Aakif hanya
ketawa kecil melihat gelagat mama dan papanya itu. Seketika kemudian,
pandangannya beralih ke arah Puan Sri Tengku Sakinah yang masih membisu dari
tadi. Lantas dia mendekati tubuh wanita yang duduk bersandar di atas sofa itu.
Aakif menggenggam erat tangan tua itu.
“ Nenda, Aakif
minta maaf sangat – sangat. Aakif bukan nak derhaka dengan keluarga kita. Kalau
nenda betul – betul nak tengok Aakif bahagia, nenda restu pilihan Aakif ya?”
Lembut nada suara Tengku Aakif Nawfal memujuk hati wanita itu. Tapi bahagia kah
aku dengan Wafa? Ah, janji aku dapat selamatkan diri buat masa ni! Yang lain
belakang cerita.
“ Ok nenda restu
tapi nenda mahu Aakif bawa isteri Aakif tinggal dekat rumah ni dengan kami
semua, boleh?” balas Puan Sri Tengku Sakinah bersahaja.
Tengku Aakif
Nawfal tersentak kecil. Dia berpura – pura mengukir senyuman ke arah nendanya.
Kepala otaknya mulai serabut. Alamak, Wafa nak ke tinggal dekat sini dengan family aku? Kalau dia bantah macam mana?
Aku baru suruh harimau tu pindah sini pun dia dah mengaum. Ni belum lagi bagitahu kena
duduk dengan family aku.
Bagaimanalah penerimaan keluarga Akiff terhadap Wafa takkan nenda terima macam tu sahaja. Mesti ada muslihat tak?
ReplyDeleteSuatu perkara yg paling aku takutkan shu ialah/??? Bila dia ingat balik..Ang rasa si nawfal tu memang betul2 cintakan Qistina tu ke?/Adakah dia akan lupakan wafa?? Hmm konflik2.. Tapi bab nie sweet haha..Aku gelak sorang2.. Aku dpt rasakan nenek dia ada plan JAHAT punya haha
ReplyDeletesmbung cpt cik penulis..
ReplyDeletexsbr nk tahu misah seterusnya..
oh nenda! nampak sangat kau punya niat jahat...
ReplyDeletesabar2..semua marah dgn nenda ya? =)
ReplyDeletedah ternampak2 pelbagai kejadian yg akn membuatkan wafa sedey... huhuhuuuu
ReplyDelete