“ Betul ke awak setuju dengan tawaran ni Hanna? Anda pasti
keputusan anda muktamad? Tak ada talian
hayat tau lepas ni.” nada Hakim serius dengan ayat skema nya itu.
Dalam hati, dia sangat berharap Hanna menolak tawaran hotel
tu. Kalau Hanna pergi, siapa lagi aku nak usya
ni. Kalau tak dapat couple, dapat
pandang pun jadi lah. Dalam diam dia sebenarnya menaruh perasaan kepada property manager nya itu. Dia akui
kecantikan asli dan keayuan gadis itu sangat memikat hati setiap lelaki yang
melihatnya. Kulitnya tak la macam Chinese
look pun tapi disebabkan wajahnya yang dilengkapi dengan sepasang mata yang
menawan confirm dapat menggoda setiap
lelaki yang memandangnya.
Namun,
harapan nya untuk memperisterikan Hanna musnah apabila dia terbaca gosip artis
Aliff Asyraf yang dikatakan sedang bercinta dengan seorang property manager iaitu Hanna Nadira. Akhirnya dia hanya menyimpan
perasaannya sendiri.
“ Hahaha
Encik Hakim ni kelakar la. Macam AC Mizal dalam where the money drop pulak. Lagipun saya dah fikir masak – masak
dah yang saya akan terima tawaran hotel tu. Parents
saya pun dah restu. Saya harap Encik Hakim dapat terima keputusan saya ni.”
Hanna tersenyum manis ke arah bos nya itu.
Ish ni aku
lemah ni. Manis betul la dia ni. Wahai hati jangan lah kau cair ye. Ni semua
cobaan ni. Sedar lah Hakim dia bukan untuk kau.
“ Encik
Hakim dengar tak apa saya cakap tadi?” Hanna melambai –lambai kan tangannya di
hadapan muka bosnya. Dia pelik bila melihat bos nya merenung diri nya. Ada apa
– apa ke kat muka aku ni. Tak kan tumbuh tahi lalat baru kot. Kalau betul
tumbuh memang aku tak nak hidup dah. Kat muka pulak tu.
“ Ya saya
dengar. Sorry Hanna. Em macam ni lah,
kalau awak dah buat keputusan dan awak rasa itu yang terbaik untuk diri awak.
Saya tak ada hak nak menghalang. Saya terima perletakkan jawatan awak tu. Tapi
ingat ya, bila – bila masa awak nak kerja sini balik just contact saya tau. Anytime
saya terima awak balik ye. Saya bukan apa, rasa rugi bila kehilangan pekerja
dedikasi macam awak ni.” Ceh, bukan sebab aku memang takut rindu kan dia ke
nanti.
“ Baiklah
Encik Hakim. Terima kasih sebab selama ni jaga kebajikan saya sebagai pekerja.
Saya tak kan lupa kan company ni
sampai bila – bila. Banyak kenangan saya kat sini. Tak apa lah Encik Hakim,
sebelum saya menangis kat sini baik saya keluar dulu kalau tak ada apa – apa
ya. Terima kasih segalanya ye encik.” Balas Hanna sambil tersengih.
Hakim memandang sayu ke arah Hanna sehingga Hanna hilang di
sebalik pintu. Aku rasa aku yang akan menangis sebab kau Hanna. Sungguh aku tak
sanggup kehilangan kau.
Hari ni
Hanna lunch dengan housemate nya. Kelihatan Lisa melambai –
lambai ke arah Hanna dan Ain. Ain pula sudah menunjukkan mukanya yang masam
mencuka tu. “ Lambatnya kau ni. Aku dah kebulur ni sebab semata – mata nak tunggu
kau tau. Kau tahu tak kalau kita tak makan ikut time, macam mana badan kita nak sihat?” Hanna mula memberi ceramah free kepada Lisa.
“ Tau tak
pe. Janji pukul 12 datang pukul 1. Ni la janji melayu orang cakap.” Ain pun
ikut menyampuk jugak.
“ Sorry la girls. Patient aku ramai
tadi. Aku kan doktor cemerlang mana boleh tinggalkan patient macam tu je. Hahaha.” Lisa cuba berjenaka untuk memujuk
kedua – dua sahabatnya itu.
“ Perasan
betul lah minah ni. Dah tu kenapa kau tak makan je dengan patient kau tu?” Ain masih lagi tidak mahu mengalah.
“ Sudah la
tu korang ni. Karang dua – dua aku sumbat gelas air ni kang. Kau nak makan apa
Lisa? Kita order sekali je la.” Hanna
sudah malu dengan perbalahan kedua sahabatnya yang disaksikan dengan waiter yang setia menunggu pesanan dari
pelanggannya. Rasanya memang kitorang akan wanted
la kat restoran ni.
“ Em saya
nak order nasi goreng sotong dan fresh orange satu ye.” Lisa memulakan
pesanannya terlebih dahulu.
“ Aku nak
sama dengan kau la.” Hanna menyampuk.
“ Kalau
macam tu, bagi dua ye dik.”
“ Saya nak
nasi goreng pattaya satu ye.” Ain pula memesan.
“ So, bila
kau nak pindah Hanna?” Lisa memulakan bicaranya. Ain pula hanya melihat dan
menanti jawapan dari bibir mungil Hanna tu.
“ Em aku
rasa hujung minggu ni kot aku pindah sana. Lagipun aku dah bagitau dekat bos
aku tu yang aku nak letak jawatan tadi. Bos dengan staf kat office aku tu semua sedih bila aku cakap
nak berhenti. Nampak sangat aku ni disayangi kan. Hahaha.” Hanna ketawa besar.
“ Eleh staf
kat office tu memangla mula – mula
sedih nanti bila da lama – lama diorang lupa la kat kau. Tapi aku tau orang
yang sentiasa ingat kat kau tu mesti bos kau yang macho tu kan. Hahaha.” Ain mula menyakat Hanna.
“ Ish kau ni, jangan merepek boleh tak?”
“ Betul lah Hanna. Dari gaya Encik Hakim tu pun aku tau dia
syok kat kau. Cuma kau je tak perasan.” Lisa pula mencelah.
“ Bos aku tu sayang semua pekerja dia la. Korang ni jangan
lah merepek. Lagipun dia dah tau aku dah ada boyfriend. Dia sendiri yang bagitau aku suruh jemput dia makan nasi
minyak aku nanti. Tak kan lah dia nak syok kat aku lagi kalau sampai dia pun da
cakap macam tu kan.” Hanna cuba menafikan tanggapan teman – temannya itu.
“ Kitorang cakap kau tak nak percaya. Nanti dah terbukti
baru kau tau.” Ain membalas.
“ Cik, ini pesanannya. Enjoy
you meal.” Waiter restoran itu
meletakkan hidangan mereka di atas meja dan berlalu pergi.
“ Sudah la tu. Jom makan. Nanti lambat pulak nak masuk
kerja. Dah la si Lisa ni doktor cemerlang. Nanti jatuh pulak reputasi dia kat
hospital tu.” Hanna sempat menyindir Lisa.
Ain pulak ketawa terbahak –bahak mendengar usikkan temannya
itu. Manakala Lisa sempat menghadiahkan jelingan mautnya sebelum menjamah
hidangannya. Haish mahu rindu gila aku dengan korang nanti. Kita mesti jarang
dah nak bergurau macam ni lagi.
Selesai makan mereka beredar ke tempat kerja masing –
masing. “ Bye, jumpa kat rumah tau. Bawak kereta hati – hati.” Pesan Hanna
kepada housemate nya itu. Dia hanya
melihat mereka senyum sambil menganggukkan kepala. Hanna tidak membawa
keretanya kerana officenya tidak jauh
dari restoran yang mereka makan tadi. Jimat sikit minyak dan dapat kurangkan
pencemaran.
Sewaktu Hanna hendak melintas menyeberangi jalan raya
tersebut untuk menuju ke officenya tiba – tiba dia hampir di
langgar sebuah kereta BMW. Tapi nasib menyebelahi dia kerana baru hendak melangkahkan kaki kereta itu terus meluncur
laju. Ni kalau aku dah kat tengah jalan ni memang arwah dah ni.
“ Kurang asam punya
orang. Dah tahu kereta tu buta, yang kau pun buta apehal? Kalau nak race pergi la daftar kat Litar Sepang
tu.” Ha kan dah keluar bahasa tak sopan aku ni. Kat Putrajaya ni pun nak racing
ke. Tak kan tak tau ni administration
centre. Sempat lagi Hanna menjerkah tuan kereta tersebut walaupun dia tahu
tuan kereta itu tak dengar lansung kata –katanya.
Hanna meneruskan perjalanannya untuk ke pejabat. Dalam hati
dia bersyukur umurnya masih panjang.
“ Alamak nyaris betul aku tadi. Kalau terlanggar minah tu
tadi mesti aku tak sempat nak balik Johor hari ni jugak. Kereta kat depan aku
ni pun satu hal. Bawak kereta pun macam kura – kura. Dengan nak beli rantai si
Sazzy lagi ni. Haish kalau bukan sebab nak suruh Sazzy ni pakai tudung, jangan
harap aku nak turun KL ni semata – mata nak beli rantai Habib Jewels kat dia.
Baik aku beli je rantai kat Kedai Emas Siew Ling tu lagi senang. Bukannya tak
ada Habib Jewels dekat Johor tu tapi nak nampak grand punya pasal apa pun aku sanggup.
Selepas menerima mesej dari Sazzy yang menyatakan dia ada hal
hari ni dan membatalkan temujanji dengan Irfan, Irfan terus meluncur laju
dengan BMW nya ke KL untuk membeli sesuatu yang istimewa buat kekasihnya. Dalam
hati dia berdoa agar terbuka pintu hati Sazzy untuk menutup aurat walaupun dia
tahu caranya memujuk itu salah. Paling penting dia akan buat apa sahaja agar
mama nya membatalkan jodohnya dengan anak kawan mamanya itu.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?