Puan Normah sibuk menyediakan nasi goreng kampung dan cucur udang
untuk hidangan sarapan mereka sekeluarga pagi itu. Manakala Hanna ditugaskan
membancuh air Nescafe untuk sarapan nanti. Usai mereka menyiapkan kerja masing
– masing, Hanna menghidang segala makanan yang disediakan di meja makan.
“ Abang..
Ajim.. mai makan ni. Sarapan dah siap.” Puan Normah memanggil ayah dan anak itu
dari dapur.
Setelah
sempurna ahli keluarga mereka berada di meja makan, Ajim menadah tangan untuk
membaca doa makan dan seterusnya menjamu selera.
“ Jadi ke
hang balik Putrajaya hari ni Ana?” Encik Hasyim memulakan perbualan dengan anak
gadisnya itu sambil tangannya menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulut.
“ Jadi bah.
Orang terpaksa balik awai sikit sebab nak kemas barang – barang kat umah tu.”
“ Hang pi
Johor nanti naik apa? Muat ke nak letak barang dalam kereta hang tu nak bawak
sampai Johor?”
“ Orang
bawak kereta la sampai sana bah. Lagipun orang bawak barang yang penting –
penting je. Selebihnya nanti baru orang pi ambik kat Putrajaya tu bila hari
cuti nanti.” Balas Hanna.
“ Em tak
apa lah macam tu. Hang hati – hati la nak drive
pi sana nanti na.”
“ Akak,
nanti jumpa abang Aliff mintak dia punya single
terbaru tu boleh tak? Ala yang lagu dia dok top
sangat sekarang ni. Lagu Perempuan Seperti Dia tu.” Ajim tiba – tiba menyampuk.
“ Hang nak
buat apa? Setahu akak hang bukan minat sangat artis lelaki kan.”
“ Ala ada
la. Akak mintak je la kat dia. Tak kan dengan bakal adik ipar sendiri pun
kedekut kot.” Balas Ajim bersahaja.
Hampir
tersedak Puan Normah mendengar perkataan ‘ adik ipar’ yang disebut Ajim tadi.
Saat itu mata ketiga – tiga anak – beranak itu memandang ke arah Puan Normah. “
Ajim, hang makan cepat. Time makan je
nak bersembang. Tak elok hang tau tak.” Puan Normah menegur Hazim.
“ Ala mak
ni, tadi abah ngan akak sembang boleh je.” Bentak Hazim.
“ Ha
menjawab je hang tau.” Marah Puan Normah.
“ Ye lah.”
Balas Hazim pendek. Tidak mahu kemarahan ibunya berpanjangan.
Irfan bersiap – siap dan laju menuruni anak tangga. Dia
hanya sempat mengucapkan good morning
kepada mama dan papanya lalu terus menuju ke kereta kesayangannya itu.
“ Irfan,
tak nak breakfast dulu ke kalau ye
pun nak keluar tu?” Panggil Datin Haliza dari meja makan.
“ Tak apa
lah ma. Irfan dah lambat ni. Nanti Irfan balik, Irfan makan ye.” Irfan membalas
sambil menyarungkan selipar crocs nya lalu terus memasuki perut kereta.
“ Ish budak
ni sampai tak sempat nak jamah sikit pun.” Ngomel Datin Haliza sendirian.
“ Ala biasa
la tu orang muda.” Balas Datuk Iskandar bersahaja sambil menyuapkan sesudu
bihun goreng ke dalam mulutnya.
Irfan terus
meluncur laju dengan keretanya meninggalkan perkarangan banglo. Sekali – sekala
dia mengerling jam di tangannya itu. Alamak dah pukul 9 dah. Semalam aku janji
pukul 8. Ni mesti aku dapat ceramah free
ni kejap lagi. Irfan terus menekan pedal minyak keretanya lebih laju menuju ke
kondo Sazzy.
Setelah
sampai di kawasan kondo Sazzy, Irfan lantas mencapai telefon bimbitnya lalu
mendail nombor Sazzy. “ Helo sayang, I
dah sampai dah ni kat parking bawah. You turun la cepat.”
“ Ok tunggu
kejap tau. Nanti I turun.” Balas Sazzy.
Sazzy
keluar dari lift di tempat parking dengan lenggok modelnya. Dia mengenakan baju
kurung jarang yang dibelinya semalam dan hanya memakai tube sendat di dalam. Di kepalanya hanya dilitupi dengan selendang
jarang yang menampakkan rambutnya yang disanggul kemas.
Terbeliak
mata Irfan bila terpandang ke arah Sazzy yang sedang berjalan menuju ke
arahnya. Sazzy terus masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat di sebelah
Irfan. Irfan yang dari tadi tak berkedip memandang Sazzy lantas tersedar.
“ Sayang, you nak pergi mana pakai macam ni?”
tanya Irfan sambil memandang Sazzy dari atas ke bawah.
“ Nak pergi
jumpa mama you la. Cantik tak I pakai macam ni?”
“ Cantik tu
memang lah tapi yang pakai seksi macam ni kenapa? Lagi satu, mana tudung yang I beli kat you semalam? Yang you
pakai selendang macam ni kenapa?” Irfan mengeluh mengenangkan nasibnya yang
bakal menimpa sebentar lagi.
“ Ala I tak reti lah pakai tudung macam tu.
Lagipun I dah try tengok macam tak lawa je. So,
I decide la pakai macam ni je.
Tak ada masalah kan sayang?” Sazzy tayang muka manjanya kepada Irfan.
“ Hmm..whatever lah sayang. Ni you dah breakfast ke belum?” soal Irfan dengan nada malas.
“ Belum
lagi. I nervous la pulak nak jumpa
mama you ni.”
“ Ala you jangan la risau ye. I kan ada. Nanti kita makan kat rumah I je lah ye. I pun tak sarapan lagi ni.” Ajak Irfan.
Sazzy hanya
mengangguk tanda mengiakan pelawaaan Irfan. Irfan terus memecut laju meenuju ke
banglo keluarganya. Dalam hatinya berdoa agar mamanya bersetuju dengan pilihan
hatinya ini. Walaupun dia tahu Sazzy sikit sebanyak telah merosakkan rancangannya
pada hari ni.
Sementara itu di laman rumah Encik Hasyim kelihatan Hazim
sedang menolong Hanna mengangkat beg dan Momo Hanna untuk dimasukkan ke dalam
bonet kereta. “ Akak, Ajim dah angkat semua barang akak ni. Boleh tutup dah ke
bonet ni?” laung Hazim dari laman kepada kakaknya yang sedang berbual dengan
ayah dan ibunya.
“ Eh jangan
tutup lagi. Biar je terbukak. Nanti akak nak check cukup tak barang akak yang hang angkat tu.” balas Hanna.
“ Ok kak.”
Hazim membiarkan bonet kereta terbuka lalu masuk ke dalam rumah dan duduk
bersama – sama keluarganya di ruang tamu.
“ Esok pagi hang nak bertolak pi Johor tu telefon mak dulu
tau. Dah sampai sana pun telefon jugak tau.” Pesan Puan Normah kepada anaknya
itu.
“ Baik lah mak. Mak jangan la risau tau. Orang jaga diri
elok – elok nanti. Mak jangan la sedih sangat na.” Mata Hanna sudah berlinangan
air mata begitu juga dengan ibunya.
“ Tu la hang. Mak suruh kahwin awai tak mau. Bila nak pi
jauh – jauh ni mula la mak risau.” Puan Normah mula menyeka air mata di
pipinya.
“ Mak jangan la macam ni. Orang pi kerja ni pun nak kumpui
duit nak kahwin la ni. Mak selalu la doa – doa kan orang tau. ”
“ Ye lah. Mak sentiasa doakan kesejahteraan anak – anak mak
tau.”
Encik Hasyim dan Hazim yang hanya melihat drama sedih anak –
beranak itu juga turut berasa sayu. “ Sudah la tu Ana. Nanti lambat pulak hang
sampai Putrajaya tu. Lagi kami risau.” Encik Hasyim menyampuk perbualan ibu dan
anak itu.
“ Kalau macam tu orang balik dulu la tau. Mak ngan abah jaga
diri jugak tau. Ajim, hang jangan rempit hang tu je. Jaga mak ngan abah. Buku
tu tengok – tengok sama.” Pesan Hanna sebelum bersalaman dengan ibu dan
ayahnya.
Usai bersalaman Hanna meninggalkan perkarangan rumahnya
menuju ke Putrajaya untuk mengambil barang – barang yang masih lagi belum
dikemas. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang lima hingga enam jam itu
membuatkan Hanna kebosanan. Lantas Hanna menekan punat untuk menghidupkan radio
di dalam keretanya itu. Kedengaran deejay
di siaran Era f.m. sedang memceritakan gosip tentang dunia hiburan. Tika itu
Hanna teringat akan gosip kekasihnya yang di ceritakan oleh Puan Normah.
Lalu Hanna mendail nombor Aliff untuk mnegetahui kesahihan
gossip yang di war – war kan dalam media itu. “ Helo Aliff, Hanna ni. Aliff
sibuk ke?” tanya Hanna.
“ Oh, Aliff kat luar ni ada hal sikit. Kenapa Hanna
telefon?”
“ Tak ada apa – apa. Lama dah tak call Aliff. Tak boleh ke Hanna telefon ni?” Hanna mula mencurigai
Aliff.
“ Eh mesti lah boleh cuma sekarang ni Aliff tengah busy sikit. Nanti Aliff call Hanna balik ye.”
Belum sempat Hanna membalas tiba – tiba dia terdengar satu
suara perempuan memanggil abang Aliff. “ Aliff dengan siapa tu?” perasaan
curiga Hanna semakin meninggi.
“ Oh ni adik Aliff. Ok lah Hanna, nanti Aliff telefon Hanna
balik ye. Tata sayang.” Aliff terus meletakkan gagang telefonnya itu tanpa
sempat mendengar balasan dari Hanna.
Adik? Hanna mengerutkan dahinya seperti memikirkan sesuatu. Bila
masa pulak dia ada adik perempuan ni? Ni yang aku tak tenteram ni. Aku belum
pindah lagi dia dah pandai ada scandal pulak.
Ngomel Hanna sendirian.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?