Tepat pukul 9 malam, Hanna sampai diperkarangan rumahnya.
Kelihatan adik lelakinya, Hazim yang berusia 17 tahun sedang membaiki
motosikalnya di garaj kereta ayahnya. Dia memarkir keretanya di belakang kereta
ayahnya. “ Wei Ajim, hang dok buat buat apa kat dalam tu?” Sampai je Kedah automatic loghat nya bertukar.
“ Dok
tengok wayang ni kak. Hang baru sampai ke kak?” jawab Hazim sambil berloyar
buruk.
“ Dak aih.
Semalam dah akak sampai tapi baru nak keluaq kereta malam ni. Hahaha.” Hanna ketawa
besar memulangkan paku buah keras sambil berlalu pergi.
“ Ceh,
balas balik nampak!” Bebel Hazim sorang – sorang.
“
Assalamualaikum mak.” Hanna memberi salam di muka pintu seraya menyalami tangan
ibunya.
“
Waalaikumussalam, hang sihat ke Ana? Mak tengok hang makin slim ni awat? Depa catu makanan ka kat Putrajaya tu?” Bertubi –
tubi soalan Puan Normah hadiahkan pada anak daranya itu.
“ Ish awak
ni, kalau ye pun ajak la anak kita tu duduk dulu kalau nak bersembang. Boleh
pulak buat cerita Hindustan depan pintu tu. Penat budak tu pun tak habis lagi.”
Tegur Encik Hasyim yang selamba tengok televisyen seolah – olah tak ada apa –
apa yang berlaku dalam rumahnya itu.
“ Salam
bah.” Hanna menghulurkan tangannya lalu duduk di sofa bersama – sama kedua –
dua ibu bapanya.
“ Macam
mana hang sekarang? Hang sihat ka?” Puan Normah bertanya semula soalan yang di
tanya tadi.
“
Alhamdulillah, Ana sihat je. Mak abah sihat? Ajim macam mana pelajaran dia?”
Giliran Hanna pula bertanya.
“ Kami ni
sihat je kat sini Ana. Ajim macam biasa la dia. Hujung tahun ni SPM tapi dia
dok sibuk dengan rempit retro dia tu lagi.” Hanna tergelak kecil mendengar kata
ibunya itu.
“ Mak ni
orang rempit moden la mak. Ada ke muka hensem macam ni di katakan retro.
Lagipun mak, orang tak lupakan buku la walaupun orang ni pengerusi persatuan
rempit kampung ni. Hahaha.” Sampuk Hazim dari muka pintu.
Bertambah –
tambah ketawa Hanna disebabkan geli hati melihat telatah adik dan ibunya. Hanna
tahu maknya memang suka menyakat si Ajim tu. Ada saja yang tak kena dengan Ajim
tu. Bukannya Ajim tak pandai dalam pelajaran tapi mungkin sebab bosan kalau tak
menyakat. Maklum lah anak ada dua orang je. Abahnya hanya tersenyum kecil
melihat telatah anak – anaknya itu. Matanya masih lagi tidak melepaskan kaca
televisyen. Agaknya kalau tak ada televisyen dalam rumah tu, mahu gila abah
dibuatnya.
“ Dah la
Ana. Hang pi la berehat. Dah la bawak kereta jauh – jauh. Jangan dok layan
sangat mak dengan adik hang ni.” Abahnya pula menyampuk.
“ Kalau
macam tu orang masuk bilik dulu la mak abah. Nak mandi dengan solat lagi ni.”
Ujar Hanna sambil mengangkat beg dan Momo nya masuk ke dalam bilik.
“ Akak esok
ajaq orang matematik tau.” Sempat lagi Hazim berpesan pada kakaknya.
“
InsyaAllah.” Dengan lemah Hanna menjawab. Fuh, penat gila hari ni. Macam nak
tercabut kepala lutut aku ni. Wah, katil ku sayang! Rindunya aku kat kau. “
Momo rindu tak kat katil ni? Mesti rindu kan dengan tempat tidur sendiri.”
Hanna bertanya kepada teddy bear nya
seolah – olah teddy bear nya itu
bernyawa. Hanna tidak pernah meninggalkan teddy
bear nya itu walau ke mana pun dia pergi. Teddy bear ni adalah hadiah pemberian ibunya sempena hari lahirnya
yang ke 12 tahun dulu. Dia tidak pernah mempunyai bantal busuk seperti kanak –
kanak lain. Teddy bear ni lah yang
dijadikan bantal busuknya setiap malam. Sebab tu teddy bear nya dinamakan Momo. Hanna akan merasakan ibunya sentiasa
menemani tidur malamnya dengan memeluk teddy
bear nya di sisi.
“ Momo, Ana
mandi dulu ya. Nak solat lagi ni.” Hanna berkata kepada Momo sambil mencapai
tualanya dan berlalu ke bilik air.
“ Helo
Liza. Macam mana? Ada apa – apa progress
baru tak?” Hanna berasa pelik melihat Puan Normah bercakap dengan seseorang
sambil memerhatikan sekelilingnya dan
menoleh ke kiri dan kanan. Seperti ada sesuatu yang disoroknya.
Tika itu
juga Puan Normah melihat kelibat Hanna menghampirinya. Belum sempat orang yang
sedang bercakap dengannya itu membalas, dia telah meletakkan gagang telefon.
“ Eh Ana,
bila masa pulak hang ada kat sini?” Tegur Puan Normah sedikit gagap melihat
anaknya itu.
“ Bila ada
kat sini apanya mak? Bukan mak nampak ke orang datang kat mak tadi? Mak cakap
dengan sapa tadi? Bunyi macam rahsia sangat kenapa? Muka pun cuak ni mesti ada
apa – apa kan mak. Baik mak habaq kat orang.” Desak Hanna sambil megelap
rambutnya yang basah itu.
Puan Normah berpura – pura menguap dan
menunjukkan muka mengantuk kepada anaknya. “ Mak ngantuk lah Ana. Nanti esok –
esok lah kita sembang na? Hang pun pi la tidoq. Nanti bangun lambat pulak
esok.” Ujar Puan Normah sambil menuju ke kamarnya. Fuh, selamat aku. Kalau tak
habis lah. Puan Normah menarik nafas lega apabila sampai di dalam biliknya.
Ish pelik –
pelik betul lah mak aku ni. Ngomel Hanna sendirian sambil berlalu ke biliknya.
“ Ni kenapa
macam nampak hantu je ni Mah? Masuk bilik main serbu je kenapa?” Tegur Encik
Hashim yang sedang berbaring di atas katil.
Puan Normah
berbaring di sebelah suaminya. “ Saya bukan nya nampak hantu bang tapi tadi la
saya tengah dok cakap dengan Liza tu. Tiba – tiba Ana datang kat saya. Apa lagi
kelam – kabut la saya pun.”
“ Tu la
awak. Orang kalau tak buat salah tak kan jadi macam tu tau. Ni bila awak nak
bagitau anak kita tu?” Soal Encik Hasyim sambil matanya dipejamkan.
“
InsyaAllah esok rasanya. Abang back up saya
tau apa – apa jadi nanti.”
“ Tengok
lah keadaan dulu. Awak ni macam nak pergi berperang la pulak lagaknya.”
“ Ish saya
cuma takut Ana bantah je rancangan saya ni. Sebab tu kena mintak tolong abang.”
“ Kalau dah
takut, tak payah buat rancangan lain kali. Dah la saya nak tidoq ni. Esok kita
sambung bincang na.” Serius nada Encik Hasim. Dia sebolehnya tidak mahu anaknya
sedih dengan rancangan isterinya itu.
“ Ish abang
ni kerja tidoq ja.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?