Pagi itu dalam keadaan kelam - kabut, Hanna hanya mengenakan
slack hitam, kemeja wanita berwarna
merah dan dilengkapi dengan selendang berwarna merah muda di kepalanya untuk
memulakan tugas barunya di hotel. Usai bersiap, Hanna mencapai handbag Gucci nya yang berwarna hitam
lalu menuju ke keretanya.
“ Eh Hanna
kau tak nak breakfast dulu ke?” tegur
Aida dari meja makan yang sedang menjamah roti bakarnya.
“ Sorry la aku dah lambat ni. Aku pergi
dulu tau. Kau tolong lah makan untuk aku ye.” Laung Hanna dari dalam keretanya.
Hanna
memulakan perjalanannya dengan bacaan doa menaiki kenderaan. Tapi, cara dia
memandu kereta pagi tu sebijik macam orang tak baca apa – apa langsung. Habis
semua lampu isyarat dibedalnya. Ni kalau tak sebab tengok cerita Korea sampai
pukul 3 pagi ni, tak adanya aku nak lambat macam ni. Alamak, jam dah pukul 8
dah ni. Mesti bos dah sampai ni. Padan muka kau Hanna. Terima lah nasib kau
nanti ye.
Irfan yang
pagi itu juga mengenakan kemeja merah dan berslack hitam yang dipadankan dengan tie dan vest berwarna
hitam menunggu dengan sabar PM baru merangkap bakal isterinya nanti dalam
ofisnya. Sesekali dia mengerling jam di tangannya. Amboi, mentang – mentang lah
nak jadi bakal isteri aku boleh pulak datang lambat. Siap kau ye. Jangan ingat
kau boleh berlagak sebab mak aku sayang kat kau. Macam – macam dah aku plan nak
buat ni. Tunggu je lah nanti.
Irfan
meneruskan kerjanya sementara menunggu PM barunya itu. Sesekali dia mengerling
lagi jam di tangannya. Maybe silap
bilik kot dia ni. Maklum lah hotel kan banyak bilik. Aku pulak bukan duduk kat
dalam bilik general manager (GM).
Lantas Irfan menekan interkom di mejanya, “ Su, nanti kalau PM baru kita
sampai, bawak dia masuk bilik saya ye. Takut dia salah masuk bilik GM pulak
nanti.”
“ Baik
Encik Irfan.” Balas Suraya pendek.
Tepat pukul
8 suku, Hanna sampai di ofis yang berada di dalam Asean Regency Hotel Suites
itu. Wow, cantiknya ofis ni. Dengan reka bentuk yang elegan dan moden ni mesti
mahal gila nak buat ofis ni. Ni baru ofis, belum lagi bilik – bilik kat hotel
ni. Patut lah five star pun kan.
Hanna
bergegas jalan masuk ke kawasan ofis sampai dia berhenti di satu meja untuk
bertanya sesuatu. “ Assalamualaikum cik, boleh saya berjumpa dengan Encik Irfan
Haris bin Datuk Iskandar?” tanya Hanna kepada Suraya.
“
Waalaikumussalam. Cik ni siapa?”
“ Oh nama
saya Hanna Nadira binti Hasyim. PM baru yang akan..” belum sempat Hanna
menghabiskan ayatnya, Suraya terus menyampuk.
“ Oh Cik
Hanna. Sekejap ye saya bagi tau Encik Irfan dulu. Cik Hanna boleh duduk dulu
ye.” Kata Suraya dengan penuh sopan. Lantas dia masuk ke bilik Irfan untuk
memaklumkan kehadiran Hanna di situ. Cantik betul Cik Hanna ni. Mesti Encik
Irfan cair ni bila tengok dia nanti.
“ Encik, PM
baru dah sampai. Nak saya suruh masuk ke?”
“ Ye ke. Ok
suruh dia masuk sekarang.” Irfan meletakkan pen yang berada di jarinya dan
terus mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Dia membelakangi pintu masuk ke
biliknya dan bercakap dalam telefon dengan seseorang.
Seketika
kemudian bunyi ketukan dari pintu luar yang menandakan Hanna sudah berada di
muka pintu bilik Irfan. “ Masuk!” kedengaran suara seseorang menyuruh Hanna
masuk ke dalam bilik tersebut.
Dengan
perlahan Hanna memulas tombol pintu di hadapannya dan terus melangkah masuk ke
dalam bilik bos nya itu. Belum sempat dia memberi salam, dia terdengar Irfan
sedang bersembang dengan seseorang dalam telefon.
“ Sayang, I mintak maaf sangat – sangat pasal
semalam tu ye. I janji lepas ni kalau
I bermalam kat rumah you lagi, I kemas ye semua pakaian – pakaian dalam I tu ok? You jangan
merajuk ye sayang. By the way, you looking
so hot yesterday night baby. Ok lah sayang. Ada orang nak jumpa I ni. Nanti I call you balik k. Love you
so much muah!”
Ya Allah,
kenapa lah Kau bagi bos yang begitu rendah akhlaknya kat aku. Haish teruk betul
perangai anak orang kaya ni. Dah lupa halal haram kot. Ni lah orang cakap Islam
hanya pada nama je. Ish mintak simpang sangat. Moga – moga aku dijauhi dari
lelaki macam ni.
Irfan
mematikan talian telefon bimbitnya dan menoleh ke arah Hanna yang sedang
berdiri di belakangnya. Ya Allah, ni ke bakal isteri aku tu? Macam mana boleh
jadi cantik pulak ni? Kenapa tak macam makcik semalam pun? Aduhai, mata dia
menawan betul. Menusuk ke sanubari ni.
Eh, Irfan apa yang kau fikir ni? Kau dah lupa ke sebab
perempuan ni lah, kau gaduh besar dengan mama kau. Dia nak kikis harta kau je
ni. Sampai mama pun dah bela dia, tak lama lagi mesti dia dapat kaut semua
harta kau. Ah, perempuan semua sama je! Ya, aku tetapkan akan laksanakan semua
misi yang aku plan dari semalam.
Hanna
berasa jelek untuk memandang wajah bos nya yang buruk perangai itu. Harap muka
je hensem tapi perangai subhanallah. Saat itu, dia teringat Encik Hakim yang
begitu baik terhadapnya. Macam tu lah baru dinamakan contoh terbaik. Ni
perangai dah macam ape tah.
“ Silakan
duduk, Cik Hanna Nadira. Would you mind
if I just call you Ana?” Irfan bertanya kepada Hanna. Ya Allah apa aku
merepek ni? Yang aku nak panggil dia Ana pulak kenapa? Ah, lawan perasaan kau
tu Irfan.
Eh, Ana tu
untuk panggilan dalam keluarga aku je lah. Aliff pun tak panggil aku Ana, kau
sedap – sedap je nak panggil aku Ana pulak. Meluat betul lah. Laki macam ni
memang pantang nampak perempuan. Miangnya subhanallah. Nasib baik lah kau bos
aku. Aku tunjuk lah hormat sikit.
“ Oh sure. So, macam mana dengan kerja saya
encik?” Hanna memulakan pertanyaan.
“ Awak kan
PM. Tak kan awak tak tahu lagi apa tugas seorang PM. Tu pun nak kena tanya saya
ke?” Irfan meninggikan suaranya. Hahaha. Puas hati aku.
Aik, tinggi
pulak suara dia. Aku je yang perasan dia nak ayat aku kot tadi. Lagipun
perempuan macam aku ni pun bukannya taste
laki macam dia. “ Saya tahu tugas saya encik. Tapi maksud saya macam mana
dengan tempat kerja saya and who are the
staff?
Lepas lunch nanti, saya akan tunjukkan surrounding of this hotel yang awak akan
manage. Buat masa sekarang ni awak
boleh tengok ofis awak dulu. Nanti my
secretary akan tunjukkan kat awak kat mana bilik awak. And one more thing, saya paling tak suka orang tak punctual, paham? Jangan ingat awak tu owner hotel ni pulak.” Puas hati Irfan
bila dapat berlagak sombong dengan PM barunya itu.
“ Pasal
pagi tadi tu saya mintak maaf encik. Saya janji saya tak kan lambat dah lepas
ni. Saya mintak diri dulu ye encik.” Kata Hanna sebelum bangun dari kerusinya
dan berlalu pergi meninggalkan Irfan.
Eleh, berlagak
betul mamat ni. Menyampah aku. Aku pun tak kebulur lah jadi owner hotel ni. Perempuan yang terpikat
kat kau tu mesti sebab duit punya. Kalau tahu perangai kau macam ni, confirm ramai perempuan surrender awal – awal. Baru padan muka
kau jadi anak teruna tua.
Sabar ye
Hanna. Ni baru sikit je aku buat. Kau ingat senang ke nak jadi isteri Irfan
Haris? Cermin muka kau tu dulu walaupun aku tahu kau cantik tapi kau tetap tak
kan dapat curi hati aku ni tau apatah lagi nak kikis harta aku.
Irfan
lantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. “ Helo Jali,
kejap lagi kau lunch dengan siapa?”
Irfan bertanya kepada temannya.
“ Aik,
ingatkan dah delete nombor handphone aku. Lama dah tak call aku ni. Kau pergi mana ha?”
“ Ala aku
ada hal sikit dua tiga hari ni. Weh, kau free
tak kejap lagi? Lunch dengan aku
nak?”
“ Ok lah
kejap lagi pukul 12 kau tunggu aku kat Restoran Nasi Campur tu. Nanti aku
datang.”
“ Ok nanti
apa – apa hal aku call balik.” Irfan
mematikan telefon bimbitnya dan menyambung kembali tugasnya yang tergendala
tadi.
Hanna
dibawa oleh Suraya ke ofisnya yang telah disediakan khas untuk property manager di hotel itu. Semasa
dalam perjalanan, Hanna bertanya kepada Suraya, “ Cik, boleh tak saya tanya
sesuatu?”
“ Boleh je
tapi Cik Hanna panggil saya Su sudah lah ye. Lagipun saya kan dah jadi orang
bawah Cik Hanna.” balas Suraya sambil tersenyum.
“ Ish kita
sama – sama orang bawahan Encik Irfan tau. Em, kenapa ye Encik Irfan tak duduk
dalam bilik GM? Datuk Iskandar masih lagi jadi GM sini ke Su?”
“ Oh, Datuk
Is dah bagi jawatan GM tu kat anak sulung dia. Irham Hafiz namanya. Tapi Encik
Irham ni tak ada kat Malaysia. So,
adik dia Encik Irfan lah yang pangku jawatan GM sekarang. Sebab tu dia tak
duduk dalam bilik GM tu. Ha, sekarang kita dah sampai. Ni lah bilik Cik Hanna.
Silakan masuk. Cik Hanna tengok – tengok lah dulu ye. Nanti apa – apa hal
panggil saya. Saya keluar dulu tau.” Suraya meminta diri dan berlalu keluar.
Hanna hanya
mengangguk dan menghantar Suraya keluar dengan matanya. Wah, cantik gila ofis
aku. Kalau macam ni, tak jadi GM pun tak apa lah. PM pun dah dapat ofis lawa.
Hanna melihat di sekitar biliknya itu. Tak sia – sia aku pindah Johor ni.
Syukur Alhamdulillah. Rasa macam nak buat kenduri kesyukuran pulak. Hehehe.
Tepat pukul
12 tengah hari semua staf di pejabat Asean Regency Hotel Suites keluar untuk
makan tengah hari. Hanna mengajak Suraya untuk menemaninya lunch. Nasib baik Suraya ni jenis mesra alam. Kalau tak memang aku lunch solo la hari ni. Maklum lah baru
hari first masuk kerja mana ada kawan
– kawan lagi. Nak ajak si Aida tu pulak tempat kerja dia dengan aku pun jauh
gila. Time – time macam ni lah aku
rindu sangat kat Lisa dengan Ain tu. Selalunya aku lunch dengan diorang. Agak – agak diorang rindu tak dengan aku ni?
“ Kita nak
makan kat mana, Su? Saya tak tahu sangat mana kedai – kedai makan kat sini yang
sedap.” Tanya Hanna kepada Suraya.
“ Ala Cik
Hanna ikut je saya. Kita makan nasi campur nak? Restoran Nasi Campur kat depan
tu sedap tau. Murah pun murah.” Jawab Suraya sambil melangkah ke restoran yang
dimaksudkan itu.
“ Ok lah
kalau macam tu.” Hanna membontoti Suraya dari belakang.
Tiba sahaja
mereka menjejakkan kaki ke restoran itu, kedengaran Suraya menegur seseorang. “
Eh, Encik Irfan pun lunch kat sini jugak? Encik Irfan tunggu orang ke?”
Hanna yang
berada di belakang Suraya, pura – pura mengukir senyuman di bibirnya. Ish
lelaki miang ni lagi. Tak ada orang lain ke aku nak jumpa lagi dalam negeri Johor
ni? Buat aku hilang selera makan je lah.
“ Ye saya
tengah tunggu kawan saya. Kawan saya yang nak makan kat sini. Biasanya saya lunch kat hotel je tak pun mana – mana fast food restaurant.” Irfan berkata
sambil matanya melirik ke arah Hanna yang berdiri macam tiang elektrik di
belakang Suraya.
Eleh,
berlagak gila mamat ni! Hish benci lah aku tengok muka dia ni. “ Encik Irfan,
kami mintak diri dulu ye. Tak boleh sembang lama – lama. Nanti lambat pulak
masuk kerja. Kalau saya ni owner
hotel tu tak apa lah jugak kan.” Hanna memulangkan paku buah keras dan berlalu
mencari meja makan yang kosong untuk menjamu selera.
Irfan hanya
memandang Hanna dan Suraya yang berlalu pergi dengan ekor matanya. Amboi, boleh
tahan jugak mulut minah ni! Seketika kemudian dia terlibat kelibat Sazali yang
memasuki restoran itu. Dia melambai – lambaikan tangan kanannya ke arah
temannya itu. Sazali yang terlihat Irfan melambaikan tangannya terus menuju ke
arah temannya itu.
Setelah
mereka mengambil juadah makanan ala – ala buffet
di restoran itu, mereka menjamu selera dengan lahapnya. Tanpa disedari, Hanna
memerhatikan gaya Irfan menjamu selera. Ceh, kononnya tak makan lah makanan
melayu ni kan. Tapi yang makan nasi macam tak makan setahun tu apa bendanya.
Berlagak je lebih.
“ Em apa
hal yang kau tiba – tiba nak lunch dengan
aku hari ni? Biasanya kau kan dengan si Sazzy tu.” Sazali memulakan bicaranya.
“ Aku dah clash dah dengan Sazzy tu. Aku tak contact dah pun dengan dia.” Jawab Irfan
bersahaja.
Terlopong
mulut Sazali mendengar berita hangat dari temannya itu. “ Kau biar betul Fan.
Korang kan couple of the year for the
every season, secocok sepadan macam pinang dibelah – belah. Hahaha.” Sempat
lagi Sazali menyindir sahabatnya itu sambil ketawa besar. “ Macam mana boleh putus
ni? Mak kau paksa kau kahwin ngan perempuan lain ke?”
Irfan
hampir tersedak mendengar soalan dari mulut temannya itu. Aik, mana dia tahu ni
aku kena paksa kahwin. Tak kan si Sazzy ni bagi tau dia kot. Setahu aku, aku
tak pernah bagi tahu siapa – siapa selain Sazzy je. Irfan sempat memandang ke
arah Hanna yang sedang menjamu selera dengan secretarynya itu sebelum menjawab pertanyaan temannya itu.
“ Ish kau
ingat ni zaman kekanda adinda ke nak main kahwin – kahwin paksa pulak. Ni zaman
moden tau mana ada dah orang kahwin ikut pilihan mak bapak. Lagi pun ni Irfan
Haris lah. Aku akan kahwin dengan pilihan hati aku tau. Si Sazzy tu memang lah
dulu pilihan hati tapi sekarang dah menyakitkan hati. Sebab tu aku tinggal
dia.” Irfan menjawab dengan panjang lebar supaya temannya itu tidak menghidu
apa – apa tentang dirinya.
“ Hahaha relax la bro. Aku main – main je lah
tadi. Kau ni sejak bila cepat emo pulak ni? Ha ni kau tak bagi tahu lagi apa
tujuan kau nak jumpa aku ni.”
“ Em
sebenarnya aku ingat nak bagi job kat
engineering firm kau ni. Kau nak
tak?”
“ Eh siapa
lah nak tolak rezeki Fan oi. Tapi job
apa kau nak bagi kat firm aku ni?”
“ Em aku
ingat aku nak sub kan engineer untuk hotel aku tu. Sementara
nak tunggu abang aku tu balik sini, aku nak focus
pasal administration je. Bila dia dah
balik nanti, baru aku take over balik
untuk engineering. Tapi kau kena
hantar sorang engineer dari firm kau lah untuk hotel aku tu boleh?”
“ Oh macam
tu. Untuk kau Fan, aku sendiri akan hantar diri aku ni untuk jadi engineer kat hotel kau. Yang penting payment dia mesti cun lah. Hahaha.”
Gurau Sazali sambil ketawa besar.
“ Bagus lah
macam tu. Pasal payment kau jangan
risau. Aku bayar yang terbaik punya tapi job
pun mau baik lah ye.” Balas Irfan puas hati. Settle satu masalah.
“ Em tapi
PM kau macam mana? Kalau tak ada PM macam mana aku nak handle pulak?”
“ Oh pasal
PM tu aku dah lantik baru dah. Nanti aku kenalkan kat kau. Pandai – pndai lah
korang bekerjasama nanti ye.” Jawab Irfan bersahaja.
Tika itu, Hanna dan Suraya berlalu melintasi mereka untuk
pulang ke tempat kerja. Irfan terpandang ke arah Hanna dan saat itu bola mata
mereka bertembung. Irfan cepat – cepat mengalihkan pandangan matanya. Ish minah
ni, asal sebut pasal dia je terus muncul. Bahaya betul.
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?