Followers

Monday, 21 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 28 ~


Tepat pukul 9 malam, mereka sampai di perkarangan rumah setelah menjamu selera di Restoran Makanan Laut. Hanya Hanna yang berselera untuk makan semua makanan laut yang terhidang di atas meja mereka tadi. Irfan pula hanya dibenarkan makan nasi putih dan sup ikan haruan sahaja. Macam – macam pantang larang Hanna berikan kepada Irfan. Katanya takut bernanah dan melarat luka di tangan Irfan sekiranya makan makanan laut. Irfan mulanya degil namun apabila memikirkan keadaan tangannya akan menjadi teruk, dia akur juga dengan kata – kata isterinya.
            “ Kau free tak sekarang?” tanya Irfan yang sedang berbaring menonton televisyen.
            Hanna yang berada di meja makan sedang membuat kerja di ofisnya yang tergendala tadi serta – merta menoleh ke arah Irfan yang sedang menonton televisyen. Ish, dah nampak aku tengah buat kerja ni boleh lagi buat – buat tanya. Sengaja lah tu nak kacau aku.
            “ Saya memang tengah ‘free’ sangat pun ni. Kenapa?” perli Hanna sambil tangannya sibuk sedang menulis sesuatu.
            Irfan hanya tersengih mendengar balasan dari Hanna. “ Em aku nak mintak tolong kau cuci luka aku ni, boleh tak?”
            “ Eh tadi waktu mandi awak tak cuci luka awak tu sekali ke?” soal Hanna pelik.
            “ Tak pun. Aku lupa nak cuci.” Bohong Irfan. Ceh, bukan sebab aku takut rasa pedih ke?
            “ Terlupa ke takut nak cuci sendiri ni ha?” perli Hanna sambil tersengih memandang Irfan.
            “ Kau ni banyak bunyi la pulak. Tak nak tolong tak apa lah.” balas Irfan pura – pura merajuk dengan isterinya.
            “ Ye lah. Tunggu kejap saya pergi ambik air cuci dan ubat.”
            Beberapa minit kemudian, Hanna datang menghampiri Irfan dengan menatang sebekas air bersih beserta kain. “ Meh sini tangan tu.” Kata Hanna.
Irfan menghulurkan tangan kanannya yang cedera itu kepada Hanna. Hanna membuka pembalut di lengan Irfan perlahan – lahan dengan penuh cermat. Dalam jugak luka mamat ni. Desis hati kecilnya. Selesai membuka, Hanna membasahkan kain yang dibawanya tadi dengan air bersih. Kemudian, dengan perlahan – lahan dia mengelap luka di lengan Irfan.
            “ Aduh, sakit lah! Slow la sikit.” Bebel Irfan yang sedang mengaduh kepedihan.
            “ Awak tahan lah sikit. Saya lap dah cukup perlahan lah ni. Macam budak – budak betul tak tahan sakit.” Balas Hanna sambil tangannya masih lagi mengelap luka Irfan.
            “ Apa kau cakap? Macam budak – budak? Kau lagi macam budak – budak tau. Asyik – asyik nangis je.” Ejek Irfan sambil tersengih.
            Hanna sengaja menekan sedikit luka di lengan Irfan. Padan muka kau! Ejek aku lagi kan. Nah, rasakan penangan aku ni!
            “ Adoi! Sakit lah makcik. Sekali lagi kau tekan kuat – kuat, aku tekan muka kau balik kang.” Bebel Irfan.
            Hanna cepat – cepat mengelap luka itu perlahan – lahan. Ni kalau dia tekan muka aku, mau penyek hidung aku yang mancung ni. Selesai mencuci, Hanna mencapai iodine yang diberi oleh doktor lalu menyapu perlahan – lahan di luka Irfan. Irfan hanya memerhatikan wajah Hanna yang berada dekat dengan dirinya. Cantik!
            Hanna tidak sedar dirinya yang diperhatikan oleh Irfan. Dia terus menyapu ubat dan membalut luka Irfan semula dengan pembalut yang bersih. Saat itu, tiba – tiba anak mata Hanna bertentangan dengan mata Irfan yang sedang leka melihat dirinya. Cepat – cepat Irfan mengalihkan pandangannya ke arah televisyen.
            “ Aliff Asyraf ni makin lama makin popular kan? Tambah – tambah lepas kes khalwat dia hari tu.” Irfan cepat – cepat menukar topik apabila melihat lakonan Aliff Asyraf di dalam sebuah drama tv 3.
            Hanna tersentak apabila Irfan menyebut nama seseorang yang begitu dibencinya. Lantas dia menoleh ke arah televisyen dan mendapati lakonan Aliff Asyraf sedang ditayangkan di kaca televisyen.
            “ Entah. Mana saya tahu dia popular ke tak.” Balas Hanna acuh tak acuh sambil mengangkat bekas cucian dan ubat dan berlalu ke dapur.
            Fuh, selamat aku! Nasib baik dia tak perasan aku dok usya muka dia tadi. Apa lah yang tak kena ngan aku ni eh? Tak habis – habis dok berangan bila tengok Hanna tu. Aku dah jatuh cinta dengan dia ke?
            Di dapur, Hanna mencuci bekas yang digunakannya tadi untuk mencuci luka suaminya. Dalam fikirannya menerawang kepada adegan dia dan Irfan bertentangan mata tadi. Em, kenapa jantung aku macam nak luruh eh bila tengok mamat tu renung aku tadi? Macam orang jatuh cinta pandang pertama la pulak. Tapi tak kan lah, mamat tu pun dah ada girlfriend. Tak kan aku nak jadi orang ketiga pulak. Satu hari nanti dia mesti akan ceraikan aku kan. So, sudah la tu Hanna! Wahai hati, berhenti lah daripada menyayangi lelaki itu ya.
***
Keesokkan harinya, Hanna ke tempat kerja bersama Irfan disebabkan keretanya yang masih berada di hotel. Pagi itu, Irfan sudah boleh memandu keretanya sendiri. Hanna hanya duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Dalam perjalanan, sesekali Hanna melirik ke arah suaminya untuk memastikan Irfan boleh memandu dalam keadaan cedera. Bukannya dia tak nak pandu kereta tadi tapi Irfan yang berdegil hendak memandu sendiri. Kalau dia bertegang lidah pun, mesti Irfan jugak yang menang.
            Usai sampai di kawasan hotel, Irfan memarkir keretanya di tempat parkir khas untuk General Manager. Mereka kemudiannya berjalan beriringan memasuki ruang hotel untuk menuju ke pejabat. Beberapa pasang mata staf mula tertancap ke arah mereka bila melihat bos dan PM baru mereka berjalan bersama menuju ke ofis. Hanna berjalan sambil menundukkan kepalanya kerana berasa malu di pandang begitu manakala Irfan pula hanya berlagak selamba berjalan dengan imej korporatnya.
            Hanna dan Irfan terus memasuki ke ofis masing – masing. Suraya juga terus mengekori Irfan setelah melihat bosnya yang telah masuk ke dalam bilik.
            “ Selamat pagi, encik. Saya dengar cerita semalam Encik Irfan cedera sebab selamatkan staf. Encik ok ke hari ni?” tanya Suraya bertalu – talu.
            “ Awak ni Su, macam bini saya lah pulak. Pertanyaan tanpa ada noktahnya.” Gurau Irfan.
            “ Hah Encik Irfan dah ada bini ke?” terperanjat muka Suraya. Aiseh, melepas lah aku macam ni! Jejaka idaman aku dah di ambil orang. Baru je putus dengan Cik Sazzy hari tu, tak kan dah ada pengganti kot.
            “ Eh, saya cakap bini ke tadi? Maksud saya, awak kan setiausaha saya tapi soalan awak tu dah macam awak ni bini saya tau.” Fuh, selamat dapat cover! Ish, mulut aku ni main lepas je lah!
            “ Oh, ingatkan encik kahwin tak jemput saya tadi. Em encik ok tak hari ni?” Balas Suraya tersengih.
            “ Kalau saya tak ok, saya tak datang ofis hari ni. Hmm hari ni ada apa – apa appointment tak untuk saya?” tanya Irfan.
            “ Em tak ada apa – apa appointment pun untuk encik hari ni tapi dalam pukul 10 pagi nanti, Encik Sazali dari engineering firm cakap nak jumpa encik.”
            “ Oh, I take note for that.” Balas Irfan.
            “ Yang tu je lah. Kalau tak ada apa – apa lagi, saya keluar dulu ye encik.” Ujar Suraya lalu menuju ke arah pintu.
            “ Su! Tunggu kejap.” Panggil Irfan.
            Suraya memberhentikan langkahnya dan menoleh semula ke arah Irfan. “ Kenapa encik?”
            “ Awak tolong bagi tau Cik Hanna, cakap kat dia saya nak nescafe panas satu. Suruh dia hantar kat bilik saya ok?”
            “ Baik encik. Ada apa – apa lagi?” tanya Suraya.
            That’s all. Jangan lupa tau Su.” Balas Irfan sambil tersenyum.
            Suraya mengangguk lalu memulas tonbol pintu bilik Irfan untuk keluar. Apa hal Encik Irfan tu? Sebelum ni suruh aku buat air Nescafe dia. Kenapa hari ni nak suruh Cik Hanna pulak? Entah – entah betul kot gossip yang aku dengar pasal Encik Irfan ngan Cik Hanna bercinta. Ish, tak boleh jadi ni! Perempuan tu baru masuk kerja dah nak pikat bos ye. Kau jangan ingat kau boleh besar kepala kat sini. Tunggu kau Hanna. Beberapa minit kemudian, dia berlalu ke bilik Hanna untuk menyampaikan pesanan bosnya tadi.
Beberapa minit kemudian, Hanna mengetuk pintu bilik Irfan dengan membawa secawan Nescafe panas. Setelah dia dibenarkan masuk, lalu dia memulas tombol pintu bilik Irfan dan melangkah masuk. Dia meletakkan cawan yang berisi Nescafe panas itu di atas meja Irfan dengan berhati – hati. Irfan sengaja berpura – pura tekun membuat kerja tanpa menoleh ke arah Hanna yang sedang tercegat di hadapannya itu.
            “ Kenapa saya yang kena bancuh air kat awak? Awak kan ada secretary. Awak sengaja nak buli saya eh?” tanya Hanna sambil mengecilkan matanya.
            “ Eh mana ada buli lah. Lagipun memang tugas kau kan sediakan makan minum untuk aku.” Balas Irfan bersahaja sambil menoleh ke arah isterinya itu.
            Mamat ni demam ke hari ni? Sejak bila pulak dia pandai mempersoalkan hal tanggungjawab dengan aku ni. Tak pernah – pernah pun cakap pasal tu selama ni. Ni saja nak kenakan aku lah ni. Macam lah aku tak tahu perangai dia tu.
            “ Serius lah. Awak ada hal apa panggil saya ni?” tanya Hanna tidak mahu Irfan terus bermain kata dengannya.
            “ Ok lah kejap lagi aku nak kenalkan kau dengan new engineer kita. So, dalam pukul 10 nanti kau datang bilik aku balik eh?” Irfan memberi arahan.
            Hanna mengerling jam di tangannya. Pukul 10? Sekarang ni dah pukul 9.45 dah. Tak kan aku nak balik bilik aku lepas tu nak datang sini balik. Mamat ni memang suka lah buang masa aku. Lain kali bagi tau lah awal – awal kalau nak aku datang bilik dia pukul 10. Takpe – takpe siap kau.
Hanna berjalan – jalan di sekitar bilik Irfan sambil memerhatikan fail – fail yang tersusun di atas rak di dalam bilik itu. Dia membelek – belek fail itu lalu meletakkan semula ke tempat asalnya. Kemudian dia duduk di atas sofa yang disediakan di sudut bilik itu. Irfan memandang pelik bila melihat telatah isterinya.
            “ Hoi kau tunggu apa lagi? Pergi la balik bilik kau dulu. Nanti pukul 10 tepat kau datang sini balik.” Sengaja Irfan mahu mengenakan isterinya.
            Hanna mengerling jam di tangannya lagi. “ Sekarang dah pukul 9.50. So, saya tak nak balik bilik saya. Saya nak terus tunggu sini sampai pukul 10. Encik Irfan buat lah kerja Encik Irfan ye. Saya janji tak kacau encik. Saya duduk diam – diam kat sini.” Balas Hanna sambil meletakkan jari telunjuk ke bibirnya tanda senyap.
            Irfan menahan senyum melihat gelagat Hanna. Lantas dia menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. “ Suka hati kau lah makcik. Kalau aku dengar kau bising, aku panggil security tau.”
            Hanna hanya ketawa kecil mendengar amaran daripada Irfan. Macam aku ni penjenayah la pulak sikit – sikit nak panggil security. Kan senang kau pasang body guard je untuk diri kau tu. Berlagak macam anak raja je. Bebel Hanna dalam hatinya. Hanna melihat Irfan yang sedang tekun membuat kerja sambil minum air Nescafe yang dibancuhnya tadi. Em memang kacak pun mamat ni. Untung awek dia dapat boyfriend hensem macam ni. Dah la hensem, pandai bergaya pulak tu. Tapi kalau dengan staf lain murah je senyuman dia. Kalau dengan aku, punya lah kedekut nak senyum. Ditambah pulak dengan lesung pipit kanan kau tu, memang aku akui aku sendiri confirm cair lah bila tengok kau senyum.
            Saat itu, Hanna melihat Irfan meneguk baki airnya lagi. “ Awak suka minum Nescafe ke?” tercetus soalan dari bibir Hanna secara tiba – tiba.
            “ Kalau aku suka pun kenapa?” balas Irfan. Mata masih memandang fail di atas meja.
            “ Tak elok lah minum Nescafe selalu. Nanti cepat dapat penyakit.”
            “ Penyakit apa pulak?” tanya Irfan pelik.
            “ Macam – macam penyakit lah. Contohnya, buasir or sembelit ke.” Hanna ketawa kecil bila teringatkan Irfan yang buang air besar sampai setengah jam.
            “ Kau perli aku eh?” balas Irfan geram.
            “ Eh mana ada lah. Saya bagi nasihat je. Kalau awak tak nak ikut, tak apa lah.” Hanna tersengih memandang suaminya.
            “ Habis tu aku nak minum air apa kalau tak boleh minum air Nescafe?”
            “ Awak minum lah air kosong je. Baik untuk pencernaan makanan tau.” sekali lagi tercetus tawa Hanna.
            Hish makcik ni, dah tak sayang mulut agaknya. Boleh pulak dia buat lawak tak jadi depan aku ni. Berani dia perli aku eh? Aku cekik – cekik kau sampai pengsan nanti baru kau tau Hanna. Irfan merengus geram apabila diusik isterinya.
            “ Malas aku layan kau ni Hanna. Terbantut segala kerja aku kalau layan kau sembang.” Irfan kembali menyambung kerjanya semula tanpa mempedulikan Hanna. Hanna pula hanya menjuihkan bibirnya kepada Irfan.
            Beberapa minit kemudian, kedengaran Suraya mengetuk pintu dari arah luar. “ Encik, Encik Sazali dah sampai.” Kata Suraya kepada bosnya.
            “ Ok, suruh dia masuk sekarang.” Balas Irfan sambil meletakkan pennya di atas meja.
            “ Baik encik.”
Selang beberapa minit, Sazali menguak pintu bilik Irfan. Dia terus berlalu mendapatkan Irfan di mejanya. Hanna yang berada di sofa hanya menjadi pemerhati kepada kedua – dua sahabat itu.
            Bro, sorry lah semalam aku ada hal tak dapat datang jumpa kau.” Ujar Sazali sambil sambil menarik kerusi di hadapan Irfan untuk duduk.
            “ Tak apa lah lagipun semalam hotel aku ada masalah sikit. Elok lah kau tak datang pun.” Balas Irfan.
            Oh, I heard about that. Kau macam mana sekarang? Ok ke?”
            “ Aku ok je lah. Eh, kau jangan kecoh – kecoh tau pasal ni! Aku tak nak saham hotel ni jatuh pulak.” Ujar Irfan separuh memberi amaran.
            No hal lah. Kau ingat aku ni mulut tempayan ke? Ha, what about the job?” Tanya Sazali.
            Irfan bangun dari kerusinya lalu menghampiri ke arah Hanna yang sedang duduk di atas sofa itu. “ She is our PM. Kenal kan lah.” ujar Irfan sambil menoleh ke arah Sazali.
            Terbeliak kedua – dua biji mata Sazali bila melihat kelibat Hanna yang sedang berdiri di hadapannya. Dia menggosok – gosok matanya beberapa kali. Adakah aku sedang bermimpi Hanna berdiri di depan aku sekarang? Lantas Sazali terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hanna. Namun, cepat – cepat dipintas Irfan.
            “ Tak payah lah nak bersalam. Korang tu bukan muhrim.” Balas Irfan bersahaja.
            “ Selamat bekerjasama, Encik Sazali.” Hanna tersenyum manis kepada Sazali.
            Belum sempat Sazali membalas, Irfan cepat – cepat menyampuk. “ Err.. Cik Hanna boleh lah masuk ofis balik ye. Nanti apa – apa hal saya panggil awak balik.”
            Aik, aku tunggu kat sini punya lama semata – mata nak tengok muka engineer tu aje ke? Aku rasa Irfan ni memang tak patut jadi bos betul lah. Boleh bankrap hotel bapak dia kalau macam ni. At least, bagi lah aku bincang apa – apa yang patut dengan engineer baru tu. Bebel Hanna dalam hati. Namun  dia tetap akur dengan arahan suaminya itu.
            “ Kalau macam tu, saya mintak diri dulu lah ye.” Hanna tidak membantah dan terus keluar dari bilik Irfan.
            Sazali masih lagi dalam keadaan terperanjatnya. Dia hanya memandang sepi apabila melihat kelibat Hanna hilang di muka pintu. Irfan pula kembali duduk di kerusinya sambil melihat gelagat temannya itu.
            Bro, kenapa kau tak bagi tahu yang Hanna tu kerja kat sini? Kalau tak, semalam jugak aku cancel appointment aku and terus datang sini tau.” Sazali kembali duduk di kerusi.
            Wah, lebih – lebih pulak si Jali ni. Aku tarik balik contract engineering kau tu nanti baru tau. “ Kau jangan nak menggatal pulak eh? Aku suruh datang sini untuk kerja, bukan untuk cari jodoh.”
            “ Ala bro, sambil menyelam minum air sekali lah. Aku rasa kan, Hanna tu macam berjodoh aje dengan aku. Ye lah cuba kau bayangkan, aku asyik terjumpa dia je. Sekarang ni, aku siap kena bekerjasama dengan dia pulak. Haish bahagianya hidup aku, Fan.” Ujar Sazali sambil membayangkan dia sedang berpacaran dengan Hanna.
            Asyik terjumpa dia? Huh, kau tak fikir pulak aku ni yang setiap masa jumpa muka dia. Siap duduk serumah lagi tau. Macam tak ada perempuan lain je kau nak suka. Bini aku jugak kau nak rembat. Sempat Irfan membebel dalam hati. Mukanya mula diserbu perasaan geram bila mendengar kata temannya itu.
            “ Sudah la tu. Aku malas nak layan kau dah. Kau pergi lah buat kerja kau. Aku banyak kerja ni nak siapkan.” Balas Irfan acuh tak acuh. Sengaja dia berpura – pura sibuk.
            “ Kalau macam tu tak apa lah. Aku chow dulu lah ye. Aku nak jumpe PM kejap. Nak bincang hal kerja.” Ujar Sazali sambil tersengih memandang Irfan. Pantas dia keluar dari bilik Irfan dan menuju ke bilik Hanna.
            Aku rasa macam silap besar je aku lantik si Jali ni jadi engineer hotel. Am ni pun satu, kalau kau balik sini cepat kan bagus. Tak payah aku nak ambik si Jali ni kerja kat hotel kita.

4 comments:

  1. nak lagi please....
    :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...pesaing irfan dh muncul...
    wait n see irfan...
    nanti bru kau tau langit tu tinggi ke rendah...
    suka sgt nk sakitkn hati hanna...
    nurrul,nk lagi!!!

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..
      tau takpe..
      irfan dah silap langkah dah tu..hehe
      ok noor..
      pmintaan awak akan dtunaikan scepat mgkin..
      huhu

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?