Selesai sudah kenduri kahwin mereka yang bertemakan warna
kesukaan Hanna yang juga diadakan di rumah keluarga Hanna, Hanna keesokkan
harinya mengikuti keluarga mertuanya pulang ke Johor. Hanna juga diberitahu
oleh Irfan bahawa tidak akan ada sebarang kenduri kahwin sewaktu di Johor
nanti. Dia hanya akur dan sikitpun tidak ambil kisah. Kenduri kat rumah aku
pun, sebab mak yang beria – ria nak buat. Kalau tak, tak kuasa aku nak
bersanding dengan buaya ni.
Sayu hati Puan Normah apabila bersalaman dengan anak
perempuannya yang telah menjadi isteri orang itu. Hanna yang sememangnya ratu
air mata menangis teresak – esak di dalam kereta sewaktu Irfan meninggalkan
kawasan rumah Hanna.
“ Sudah lah tu menangis. Aku yang nak bawak kereta ni tak
tenteram tau bising dengar kau nangis. Kalau nangis secara bisu tak apa jugak.”
Irfan memarahi Hanna yang sedang teresak – esak. Sebenarnya, Irfan memang tak
boleh dengar perempuan menangis sebab dia kesian. Tapi ego punya pasal terpaksa
lah dia buat – buat marah.
Hanna hanya mendiamkan diri dan menyeka air matanya yang tak
berhenti – henti mengalir. Dah banyak dah tisu yang direnyukkan di atas pahanya.
Dia meraba – raba dalam handbagnya
mencari tisu lagi. Lantas dia berpaling ke arah Irfan.
“ Awak ada tisu tak? Saya nak pinjam.” tanya Hanna dalam
nada simpati.
Irfan yang dari tadi hanya memandang ke hadapan semasa
memandu, meraba – raba kocek seluarnya mencari tisu. Sempat juga dia melihat ke
bahagian belakang keretanya untuk mencari kotak tisu. Haish time – time ni lah tak ada tisu pun.
“ Kau lap pakai tudung kau tu je lah. Tisu tak ada. Tu la siapa
suruh gatal sangat menangis.” Kata Irfan dengan matanya yang masih memandang ke
depan.
Kedekut betul lah mamat ni. Ni lah orang cakap semakin jadi
orang kaya semakin kedekut orang tu. Takpe – takpe siap kau. Hanna merapatkan
mukanya ke bahu Irfan dan lantas menyeka air matanya dengan lengan baju Irfan.
Siap dengan hembus hingus sekuat mungkin lagi. Hahaha puas hati aku.
Irfan yang terkejut dengan tindakan Hanna tidak mampu buat
apa – apa disebabkan tangannya masih lagi memegang stereng kereta. Terbeliak
biji mata Irfan melihat lengan bajunya basah dek air mata dan cecair dari
hidung Hanna. Dengan perasaan bengang dan geram, Irfan memberhentikan kereta di
R & R yang berdekatan.
“ Pengotor betul lah kau ni. Kau tahu tak berapa harga baju
aku ni? Kau telah cemarkan nilai estetika baju ni kau tahu tak? Ish geli lah
aku tengok cecair hidung kau ni.” marah Irfan lalu menghempas pintu keretanya
keluar menuju ke toilet.
Hanna hanya tayang muka selamba kepada suaminya itu. Eleh,
nilai estetika konon. Macam lah kau beli baju tu kat dalam muzium. Padan muka
kau. Semalam kenakan aku sangat. Hari ni terima lah nasib kau Irfan. Desis hati
Hanna. Hanna kemudiannya keluar untuk menjamu selera di R & R. Dia berjalan
– jalan melintasi setiap gerai di R & R itu. Akhirnya, dia membuat pilihan
untuk membeli nasi lemak dan milo ais sahaja.
Selesai membayar makanan, Hanna menatang makanannya sambil
matanya melilau mencari meja yang kosong. Alamak, semua meja penuh ke? Tak kan
aku nak makan berdiri pulak. Saat itu, Hanna terpandang kelibat Irfan yang
sedang menjamah sekeping sandwich sendirian. Hanna menghampiri suaminya itu.
“ Assalamualaikum encik, boleh saya duduk kat sini? Semua
meja makan lain dah penuh lah.” Hanna menegur Irfan. Kononnya berpura – pura
tidak mengenali antara satu sama lain.
“ Waalaikumussalam, maaf lah cik. Saya tak makan dengan
orang yang saya tak kenal apatah lagi orang tu pengotor. Cik tunggu lah sekejap
ye. Nanti saya dah habis makan, baru cik duduk tempat ni ye.” Irfan berkata
dengan selamba sambil tangannya masih menyuap sepotong sandwich ke dalam mulutnya.
Padan muka kau.
Hanna hanya memandang Irfan dengan renungan matanya yang
tajam. Tangannya mengenggam kuat dulang makanannya di hadapan Irfan. Ish mamat
ni, rasa aku nak hempuk je nasi lemak ni atas kepala dia. Sanggup dia biar aku
tercegat macam tunggul di depan dia.
Irfan pula sengaja berpura – pura tidak menyedari muka Hanna
yang dah naik hijau tu menahan rasa marah. Dia terus – menerus menjamah makanan
tanpa mempedulikan Hanna yang berdiri di hadapannya.
Beberapa saat kemudian, orang di meja sebelah telah bangun
dari meja mereka. Hanna terus duduk di meja sebelah tanpa mempedulikan senyuman
sinis Irfan kepadanya. Tiba – tiba datang seorang pemuda yang ingin berkongsi
meja dengannya. Hanna hanya mengangguk tanda membenarkan. Pemuda tersebut duduk
berhadapan dengan Hanna dan mula menjamah makanannya. Sekali – sekala matanya
melirik ke arah Hanna yang tidak sedar dirinya diperhatikan.
Irfan yang menyaksikan drama itu mula tidak senang duduk.
Apa hal mamat ni dok usya – usya si Hanna tu? Yang Hanna pun boleh pulak control cun depan mamat tu. Lantas dia
pun bangun dan menghampiri Hanna. “ Cepat lah makan, makcik! Aku tunggu kau
dalam kereta. Lagi tiga minit kau tak datang, aku tinggal kau kat sini.” Irfan
terus berlalu menuju ke keretanya.
Hanna bagaikan nak tercekik sebab makan macam dalam
pertandingan siapa dapat makan paling banyak dalam masa yang singkat. Tak guna
betul lah buaya ni. Tak sampai lima minit aku baru duduk, dia nk gerak dah.
Tadi kedekut sangat meja dia dengan aku. Terkocoh – kocoh Hanna mencapai handbagnya dan menuju ke kereta Irfan.
Mama lah ni yang beria – ria sangat nak aku naik dengan Irfan sampai sanggup
pos kereta aku kat Johor. Kalau tak, dah bebas dah hidup aku nak lepak sampai
bila – bila pun kat R & R ni. Bebel Hanna sendirian. Sempat juga dia menghadiahkan sebuah senyuman
ke arah pemuda yang berada di hadapannya tadi dan berlalu pergi.
Sampai sahaja di dalam kereta, Hanna mula melancarkan
perangnya. “ Awak tahu tak saya tak habis makan lagi tadi? Awak tak nampak ke
saya baru duduk je kat meja tu tadi?”
“ Siapa suruh kau makan lembap sangat? Kalau aku tak cakap
macam tu, nanti kau terhegeh – hegeh.” Kata Irfan sambil menekan pedal
minyaknya meninggalkan R & R itu.
Hanna mendengus geram dan menoleh ke hadapan sebab meluat
dengan perangai Irfan. Ada je jawapan
dia nak menjawab. Dia ni sesuai sangat kalau jadi lawyer yang tak berhati perut. Kalau dah buaya tu tetap buaya.
Suasana sunyi di dalam kereta tanpa ada sebarang perbualan
pun antara mereka. Irfan mula menekan punat radio di dalam keretanya.
Kedengaran lagu dari kumpulan Wali Band yang bertajuk Cari Jodoh sedang di
mainkan di Sinar FM.
Hanna yang dari tadi menyepikan diri akhirnya terlena di
tempatnya. Sekali – sekala kepalanya terlentok ke kiri dan kanan. Irfan yang
perasan akan keadaan Hanna mula mencari akal untuk kenakan isterinya itu.
Segera dia memulas volume radio
sekuat mungkin untuk mengejutkan Hanna.
“ Hoi mak kau tergolek!” Hanna tersedar lalu melatah
disebabkan terkejut mendengar lagu yang begitu kuat.
Irfan ketawa terbahak – bahak melihat aksi Hanna yang
terkebil – kebil itu. Memang dasar makcik betul. Boleh pulak bangun tidur pun
nak melatah. “ Hahaha mak aku tak tergolek pun tapi otak kau tu yang tergolek.
Asyik membuta je.” Bebel Irfan.
Hanna
menarik nafas lega kerana sangkanya apa lah yang berlaku sampai dengar bunyi
yang begitu kuat di telinganya. “ Sekali lagi awak buat macam tu, saya tendang
radio kereta awak dengan kasut tinggi saya ni. Dah berlubang nanti, baru padan
muka awak!” marah Hanna lalu memejam semula matanya.
Ah,
menyampah dan meluat semua cukup lah aku tengok muka dia ni. Aku tengah syok
mimpi berani dia kacau. Sekali lagi kau buat, memang tamat lah riwayat radio
kau ni. Aku cabut lepas tu aku campak kat luar bagi sedekah kat kereta
belakang. Hanna membentak dalam hatinya.
Garang
jugak minah ni. Radio aku yang berlubang tak apa lagi. Jangan kepala aku yang
berlubang dah la. Perempuan ni bukan betul sangat pun. Hingus pun selamba badak
dia je lap kat baju aku. Haish nasib kau lah Irfan dapat bini macam ni.
haha slumber giler hanna hembus hingus..
ReplyDeletehaha siapa suruh irfan kerek sangat dgn hanna kan?hehe
Deletehahaha...rasakn irfan..
ReplyDeletehanna mmg terbaekkk la...
boleh pula guna baju irfan utk kesat air mata dan hembus hingus...
hahaha...mesti irfan bengang tahap gaban dgn hanna..
-noorwieyl-
hehe baru irfan tahu siapa lagi ganas kan?
Deletehaha hingus?? hanna lagi extreme dari wafa rupanya! *eh, bandingkan PWC dgn CUS la pulak..hehe*
ReplyDeletebtw i love your job writer!
ala jgn la bandingkan PWC ngan CUS..hehe tenkiu so much shila =)
Delete