Followers

Sunday 13 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 21 ~


Selesai sudah kenduri kahwin mereka yang bertemakan warna kesukaan Hanna yang juga diadakan di rumah keluarga Hanna, Hanna keesokkan harinya mengikuti keluarga mertuanya pulang ke Johor. Hanna juga diberitahu oleh Irfan bahawa tidak akan ada sebarang kenduri kahwin sewaktu di Johor nanti. Dia hanya akur dan sikitpun tidak ambil kisah. Kenduri kat rumah aku pun, sebab mak yang beria – ria nak buat. Kalau tak, tak kuasa aku nak bersanding dengan buaya ni.
Sayu hati Puan Normah apabila bersalaman dengan anak perempuannya yang telah menjadi isteri orang itu. Hanna yang sememangnya ratu air mata menangis teresak – esak di dalam kereta sewaktu Irfan meninggalkan kawasan rumah Hanna.
“ Sudah lah tu menangis. Aku yang nak bawak kereta ni tak tenteram tau bising dengar kau nangis. Kalau nangis secara bisu tak apa jugak.” Irfan memarahi Hanna yang sedang teresak – esak. Sebenarnya, Irfan memang tak boleh dengar perempuan menangis sebab dia kesian. Tapi ego punya pasal terpaksa lah dia buat – buat marah.
Hanna hanya mendiamkan diri dan menyeka air matanya yang tak berhenti – henti mengalir. Dah banyak dah tisu yang direnyukkan di atas pahanya. Dia meraba – raba dalam handbagnya mencari tisu lagi. Lantas dia berpaling ke arah Irfan.
“ Awak ada tisu tak? Saya nak pinjam.” tanya Hanna dalam nada simpati.
Irfan yang dari tadi hanya memandang ke hadapan semasa memandu, meraba – raba kocek seluarnya mencari tisu. Sempat juga dia melihat ke bahagian belakang keretanya untuk mencari kotak tisu. Haish time – time ni lah tak ada tisu pun.
“ Kau lap pakai tudung kau tu je lah. Tisu tak ada. Tu la siapa suruh gatal sangat menangis.” Kata Irfan dengan matanya yang masih memandang ke depan.
Kedekut betul lah mamat ni. Ni lah orang cakap semakin jadi orang kaya semakin kedekut orang tu. Takpe – takpe siap kau. Hanna merapatkan mukanya ke bahu Irfan dan lantas menyeka air matanya dengan lengan baju Irfan. Siap dengan hembus hingus sekuat mungkin lagi. Hahaha puas hati aku.
Irfan yang terkejut dengan tindakan Hanna tidak mampu buat apa – apa disebabkan tangannya masih lagi memegang stereng kereta. Terbeliak biji mata Irfan melihat lengan bajunya basah dek air mata dan cecair dari hidung Hanna. Dengan perasaan bengang dan geram, Irfan memberhentikan kereta di R & R yang berdekatan.
“ Pengotor betul lah kau ni. Kau tahu tak berapa harga baju aku ni? Kau telah cemarkan nilai estetika baju ni kau tahu tak? Ish geli lah aku tengok cecair hidung kau ni.” marah Irfan lalu menghempas pintu keretanya keluar menuju ke toilet.
Hanna hanya tayang muka selamba kepada suaminya itu. Eleh, nilai estetika konon. Macam lah kau beli baju tu kat dalam muzium. Padan muka kau. Semalam kenakan aku sangat. Hari ni terima lah nasib kau Irfan. Desis hati Hanna. Hanna kemudiannya keluar untuk menjamu selera di R & R. Dia berjalan – jalan melintasi setiap gerai di R & R itu. Akhirnya, dia membuat pilihan untuk membeli nasi lemak dan milo ais sahaja.
Selesai membayar makanan, Hanna menatang makanannya sambil matanya melilau mencari meja yang kosong. Alamak, semua meja penuh ke? Tak kan aku nak makan berdiri pulak. Saat itu, Hanna terpandang kelibat Irfan yang sedang menjamah sekeping sandwich sendirian. Hanna menghampiri suaminya itu.
“ Assalamualaikum encik, boleh saya duduk kat sini? Semua meja makan lain dah penuh lah.” Hanna menegur Irfan. Kononnya berpura – pura tidak mengenali antara satu  sama lain.
“ Waalaikumussalam, maaf lah cik. Saya tak makan dengan orang yang saya tak kenal apatah lagi orang tu pengotor. Cik tunggu lah sekejap ye. Nanti saya dah habis makan, baru cik duduk tempat ni ye.” Irfan berkata dengan selamba sambil tangannya masih menyuap sepotong sandwich ke dalam mulutnya. Padan muka kau.
Hanna hanya memandang Irfan dengan renungan matanya yang tajam. Tangannya mengenggam kuat dulang makanannya di hadapan Irfan. Ish mamat ni, rasa aku nak hempuk je nasi lemak ni atas kepala dia. Sanggup dia biar aku tercegat macam tunggul di depan dia.
Irfan pula sengaja berpura – pura tidak menyedari muka Hanna yang dah naik hijau tu menahan rasa marah. Dia terus – menerus menjamah makanan tanpa mempedulikan Hanna yang berdiri di hadapannya.
Beberapa saat kemudian, orang di meja sebelah telah bangun dari meja mereka. Hanna terus duduk di meja sebelah tanpa mempedulikan senyuman sinis Irfan kepadanya. Tiba – tiba datang seorang pemuda yang ingin berkongsi meja dengannya. Hanna hanya mengangguk tanda membenarkan. Pemuda tersebut duduk berhadapan dengan Hanna dan mula menjamah makanannya. Sekali – sekala matanya melirik ke arah Hanna yang tidak sedar dirinya diperhatikan.
Irfan yang menyaksikan drama itu mula tidak senang duduk. Apa hal mamat ni dok usya – usya si Hanna tu? Yang Hanna pun boleh pulak control cun depan mamat tu. Lantas dia pun bangun dan menghampiri Hanna. “ Cepat lah makan, makcik! Aku tunggu kau dalam kereta. Lagi tiga minit kau tak datang, aku tinggal kau kat sini.” Irfan terus berlalu menuju ke keretanya.
Hanna bagaikan nak tercekik sebab makan macam dalam pertandingan siapa dapat makan paling banyak dalam masa yang singkat. Tak guna betul lah buaya ni. Tak sampai lima minit aku baru duduk, dia nk gerak dah. Tadi kedekut sangat meja dia dengan aku. Terkocoh – kocoh Hanna mencapai handbagnya dan menuju ke kereta Irfan. Mama lah ni yang beria – ria sangat nak aku naik dengan Irfan sampai sanggup pos kereta aku kat Johor. Kalau tak, dah bebas dah hidup aku nak lepak sampai bila – bila pun kat R & R ni. Bebel Hanna sendirian.  Sempat juga dia menghadiahkan sebuah senyuman ke arah pemuda yang berada di hadapannya tadi dan berlalu pergi.
Sampai sahaja di dalam kereta, Hanna mula melancarkan perangnya. “ Awak tahu tak saya tak habis makan lagi tadi? Awak tak nampak ke saya baru duduk je kat meja tu tadi?”
“ Siapa suruh kau makan lembap sangat? Kalau aku tak cakap macam tu, nanti kau terhegeh – hegeh.” Kata Irfan sambil menekan pedal minyaknya meninggalkan R & R itu.
Hanna mendengus geram dan menoleh ke hadapan sebab meluat dengan perangai Irfan.  Ada je jawapan dia nak menjawab. Dia ni sesuai sangat kalau jadi lawyer yang tak berhati perut. Kalau dah buaya tu tetap buaya.
Suasana sunyi di dalam kereta tanpa ada sebarang perbualan pun antara mereka. Irfan mula menekan punat radio di dalam keretanya. Kedengaran lagu dari kumpulan Wali Band yang bertajuk Cari Jodoh sedang di mainkan di Sinar FM.
Hanna yang dari tadi menyepikan diri akhirnya terlena di tempatnya. Sekali – sekala kepalanya terlentok ke kiri dan kanan. Irfan yang perasan akan keadaan Hanna mula mencari akal untuk kenakan isterinya itu. Segera dia memulas volume radio sekuat mungkin untuk mengejutkan Hanna.
“ Hoi mak kau tergolek!” Hanna tersedar lalu melatah disebabkan terkejut mendengar lagu yang begitu kuat.
Irfan ketawa terbahak – bahak melihat aksi Hanna yang terkebil – kebil itu. Memang dasar makcik betul. Boleh pulak bangun tidur pun nak melatah. “ Hahaha mak aku tak tergolek pun tapi otak kau tu yang tergolek. Asyik membuta je.” Bebel Irfan.
            Hanna menarik nafas lega kerana sangkanya apa lah yang berlaku sampai dengar bunyi yang begitu kuat di telinganya. “ Sekali lagi awak buat macam tu, saya tendang radio kereta awak dengan kasut tinggi saya ni. Dah berlubang nanti, baru padan muka awak!” marah Hanna lalu memejam semula matanya.
            Ah, menyampah dan meluat semua cukup lah aku tengok muka dia ni. Aku tengah syok mimpi berani dia kacau. Sekali lagi kau buat, memang tamat lah riwayat radio kau ni. Aku cabut lepas tu aku campak kat luar bagi sedekah kat kereta belakang. Hanna membentak dalam hatinya.
            Garang jugak minah ni. Radio aku yang berlubang tak apa lagi. Jangan kepala aku yang berlubang dah la. Perempuan ni bukan betul sangat pun. Hingus pun selamba badak dia je lap kat baju aku. Haish nasib kau lah Irfan dapat bini macam ni.

6 comments:

  1. haha slumber giler hanna hembus hingus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha siapa suruh irfan kerek sangat dgn hanna kan?hehe

      Delete
  2. hahaha...rasakn irfan..
    hanna mmg terbaekkk la...
    boleh pula guna baju irfan utk kesat air mata dan hembus hingus...
    hahaha...mesti irfan bengang tahap gaban dgn hanna..

    -noorwieyl-

    ReplyDelete
  3. haha hingus?? hanna lagi extreme dari wafa rupanya! *eh, bandingkan PWC dgn CUS la pulak..hehe*
    btw i love your job writer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jgn la bandingkan PWC ngan CUS..hehe tenkiu so much shila =)

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?