Followers

Friday, 4 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 20 ~


Tepat pukul 9 malam, Tengku Aakif Nawfal memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumah Wafa yang sudah ditutup. Wafa terperanjat besar bila melihat kereta kesayangannya diparkir elok di dalam garaj. Ya Allah, pelupanya aku ni! Langsung aku tak ingat pasal kereta aku tadi. Eh, tapi macam mana kereta aku boleh sampai rumah dulu dari aku ni? Segera Wafa mengerling tajam pemuda di sebelahnya itu.
            “ Mesti awak punya kerja kan upah orang suruh bawak balik kereta saya tu? Lepas tu pura – pura berlakon terkejut pulak kereta saya kena curi.”
            Aakif mengerut dahi. Upah orang? “ Eh cik kak, tak ada masa saya nak menghabiskan duit saya semata – mata nak upah orang suruh bawak balik kereta awak tu. Waiz sendiri yang drive balik dulu ok?”
            Wafa tersengih malu. “ Err.. ye ke? Waiz pun ikut awak balik kampung lah tadi. Ni awak terus balik KL ke apa ni?” cepat – cepat dia menukar topik.
            “ Awak lupa ke esok kita nak nikah? Saya stay hotel dekat sini malam ni. Esok malam lain cerita lah.” Aakif tersengih.
            Wafa serta – merta menghadiahkan jelingan tajam. “ Saya ingat lah.” balas Wafa pendek lalu membuka pintu kereta itu.
            “ Esok pagi saya ambil awak. Pakai lawa – lawa tau. Jangan pakai kostum traffic light pulak.” Sempat lagi Aakif mengusik lantas menekan pedal minyaknya meninggalkan gadis itu.
            Wafa hanya menjuihkan bibirnya sambil memandang belakang kereta mewah itu meluncur pergi. Eleh, kalau aku pakai jugak kau boleh cakap apa? Ngomel Wafa sendiri lantas menghayunkan kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
            Dengan perasaan yang begitu penat dan lesu, Wafa memulas tombol pintu rumahnya yang tidak dikunci itu. Kelihatan Mardiana sedang bersila di atas lantai sambil menghadap kertas kerjanya yang dibentang seluas – luas alam itu. Wafa segera melangkah masuk lalu menghempaskan tubuhnya di atas sofa seperti biasa.
“ Fuh, lega! Hilang segala lenguh di badan bila dapat baring macam ni.” Wafa menghela nafas lega sambil memejamkan mata sebentar.
            “ Astaghfirullahalazim, Wafa! Terkejut aku tiba – tiba aje kau muncul.” Mardiana mengurut dada perlahan.
            “ Eh, lupa pulak. Assalamualaikum.” Wafa tersengih.
            “ Waalaikumussalam. Awal kau balik Wafa? Macam mana tadi? Ada apa – apa yang berlaku?” Mardiana sudah meletakkan penselnya di atas lantai. Dia segera menoleh ke arah Wafa. Tidak sabar menunggu cerita dari temannya itu.
            Wafa merenung tajam wajah Mardiana. “ Kau yang pujuk Tengku suruh datang tolong aku kan tadi?”
            “ Err bukan aku aje. Waiz pun komplot jugak.” Mardiana tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
            Seketika kemudian, Wafa hanya mampu melepaskan keluhan berat. “ Kenapa lah korang tau bagitau aku dulu?”
            “ Kitorang takut kau marah. Tapi Tengku tu dah selamatkan keadaan kau tadi betul tak?”
            “ Memang lah keadaan tadi dah selamat. Tapi keadaan sekarang ni jadi bertambah rumit kau tahu tak, Mar?”
            Mardiana terperanjat kecil. “ Apa yang dah jadi Wafa?” soal Mardiana pelik.
            “ Aku kena nikah dengan Tengku esok.” Balas Wafa selamba.
            Mardiana ternganga. Matanya langsung tidak berkedip memandang Wafa. “ What?!! Adakah aku salah dengar Wafa?”
            “ Kau tak payah lah buat muka burung hantu tu sangat, Mar. Biar aku ulang lagi sekali. Aku kena nikah dengan Tengku Aakif Nawfal besok pagi, faham?” Wafa menguatkan volum suaranya di tepi telinga Mardiana.
            “ Ta.. tapi kenapa pulak Wafa?” Mardiana gagap. Masih tidak boleh dipercayai kenyataan itu.
            “ Sebab Tengku tu mengaku dia suami aku depan maklong tadi. Kau bayangkan dia siap suruh maklong aku datang rumah kitorang tengok sijil nikah lagi. Mahu tak pengsan aku dengar waktu tu?”
            Sekali lagi Mardiana ternganga. Sijil nikah? “ Macam mana Tengku tu boleh cakap macam tu pulak?”
            “ Mana lah aku tahu. Entah – entah korang yang bagi skrip dekat dia suruh cakap macam tu tak? Baik mengaku cepat!” Wafa mengecilkan matanya merenung ke arah temannya itu.
            Mardiana segera menggelengkan kepalanya laju. “ Sumpah Wafa kitorang tak pernah pun cakap macam tu dekat dia. Aku suruh dia tolong jadi boyfriend kau macam yang kau nak hari tu je lah. Tak ada lah sampai nak kena berlakon jadi suami.”
            Wafa mengeluh kecil. “ Tak apa lah. Sorry, aku bukan nak tuduh kau pun.”
            Mardiana pula sudah menghela nafas lega. “ Tapi kenapa kau nak kena kahwin jugak dengan Tengku? Bukannya tentu lagi maklong kau nak datang rumah kan.” soal Mardiana pelik.
            “ Memang lah dia tak tentu nak datang rumah aku tapi masalah terbesar sekarang mak Khairul tu tetap nak buat aku jadi menantu dia. Aku dah siap menari twist lagu Bila Larut Malam depan dia tadi pun dia boleh terima aku lagi kau tahu tak?”
            Mardiana sudah menghamburkan ketawanya. “ Aku memang tabik dengan kau Wafa. Agaknya mak Khairul tu betul – betul sayang dekat kau kot sampai nak jugak buat menantu tu.”
            “ Sayang aku apanya? Sayang duit aku adalah. Lepas tu Si Tengku pulak offer aku nikah dengan dia. Nak tak nak aku sapu lah daripada kena kahwin dengan Khairul Tonggek tu.”
            “ Oh macam tu. Tapi kan, kau tak rasa pelik ke kenapa Tengku sanggup nak nikah dengan kau? Melainkan lah dia dah suka dekat kau kan.” Mardiana mula tersengih nakal.
            “ Sabar dulu, Cik Mardiana. Dia offer diri dia sebab dia pun kena kahwin paksa jugak sebenarnya. So, tak ada yang nak dibanggakan dengan penikahan kitorang ni ya? Dan kau tolong berhenti buat muka teruja macam tu. Geli aku tengok.” Jelas Wafa.
            “ Cis, aku ingatkan dia sukakan kau! Tapi apa salahnya kan? Aku tengok korang sepadan sangat tau Wafa.” Mardiana tersenyum sambil membayangkan temannya itu bersanding di atas pelamin. Sweetnya!
            “ Tak ada maknanya semua tu. Aku tak suka dia. Dia pun tak suka aku. Fullstop!” balas Wafa tegas nada suaranya.
            Mardiana segera memadamkan bayangan dalam kepala otaknya. Segera dia mencebik bibir. “ Ye lah aku tahu. Habis tu, korang nikah dekat mana esok?”
            “ Entah lah. Dekat pejabat agama or masjid yang terdekat lah kot. Kau teman aku esok boleh? Kalau kau busy tak apa lah.” Wafa sengaja menayang muka kasihan.
            “ Eh kau ni, esok kan hari penting dalam hidup kau. Aku ambil cuti lah esok teman kau ya?” Mardiana tersenyum.
            “ Ni yang buat aku sayang kau ni. Tak apa lah aku nak pergi mandi dulu. Solat Isyak pun belum lagi dok melayan kau ni.” sempat lagi Wafa membebel sambil mengatur langkah menuju ke bilik air.
            Mardiana hanya menggelengkan kepalanya perlahan melihat kelibat temannya itu melangkah pergi. Kau yang bercerita banyak, aku pulak yang salah. Bebel Mardiana perlahan lantas menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.
***
Tengku Aakif Nawfal membaringkan tubuhnya di atas katil empuk di dalam bilik hotel yang disewanya itu. Matanya tepat memandang syiling. Agaknya apa lah reaksi nenda bila dapat tahu aku dah nikah nanti eh? Haish aku ni memang dah terang – terang menempah maut sebenarnya. Ah, lantak lah. Siapa suruh nenda paksa aku kahwin dengan Qistina.
            Aakif segera memejamkan matanya rapat kononnya sudah bersedia untuk dibuai mimpi. Tak sampai lima minit, dia mencelikkan kelopak matanya semula. Dia mengeluh kecil. Kenapa lah aku libatkan Wafa pulak dalam hal aku ni? Yang Wafa pun satu, kenapa kau setuju? Kau sebagai seorang perempuan patut fikir masak – masak dulu sebelum setuju nak kahwin dengan lelaki. Mana tahu lelaki tu jahat ke. Sempat lagi Aakif membebel.
Tapi bila difikirkan balik, aku tengah terdesak. Dia pun terdesak jugak. Masing – masing nak lari dari kena kahwin. Maksudnya aku tak ada lah rasa bersalah sangat, betul tak? Kalau dia cakap aku gunakan dia, bermakna dia pun gunakan aku jugak. Yes, bijak kepala otak kau, Kif! Aakif mula tersengih lalu mencapai Samsung Galaxy S3nya dan menaip sesuatu.
Dalam masa yang sama, Wafa Amani sudahpun selesai mengecop menggunakan cop namanya yang selalu digunakan dalam buku tulis pelajarnya di sekolah bersertakan tandatangannya di atas surat perjanjian yang baru dicetaknya tadi. Dia tersengih sendiri apabila membaca syarat yang baru diciptanya itu. Bagus! Dengan adanya perjanjian ni, hidup aku selamat!

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?