Followers

Wednesday, 19 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 12 ~


          Selepas menunaikan solat subuh di pagi yang hening itu, Hanna meneruskan perjalanan ke negeri Darul Takzim itu. Sebelum berpisah, Hanna sempat menghadiahkan air mata perpisahan untuk teman – temannya itu. Maklum lah, berkawan sejak dari bangku sekolah lagi tiba – tiba pula nak berpisah jauh.
            Sudah dua jam perjalanan, Hanna lantas memasang earphone telefon bimbitnya ke telinga. Ish susahnya nak pakai earphone ni bila dah siap pakai tudung macam ni. Kalau aku tau, aku pakai tudung Arini je senang. Usai meletakkan earphone nya di telinga, Hanna mendail nombor ibunya.
            “ Helo mak, Ana ni. Mak buat apa tu?” tanya Hanna.
            “ Salam tak ada ke cek?” Perli Puan Normah kepada anak daranya itu.
            “ Hehe lupa pulak. Assalamualaikum mak.” Hanna tersengih keseorangan.
            “ Waalaikumussalam. Mak dok baca surat khabar ni. Hang dah bertolak pi Johor ke Ana?”
            “ Orang on the way la ni mak. Dah dua jam dah pun orang gerak tadi.”
            “ Amboi dah dua jam bertolak baru nak telefon mak? Ni mak nak mintak tolong sikit boleh?”
            Sorry la mak. Tadi orang terlupa nak telefon. Nak mintak tolong apa mak?” Hanna pelik dengan pertanyaan ibunya itu. Tak kan nak suruh aku beli buah tangan kot. Aku baru nak pergi Johor bukan baru balik dari Johor.
            “ Macam ni Ana. Kawan mak kat JB tu masuk hospital semalam sebab kena serang sakit jantung. Boleh tak hang ganti mak pi melawat dia sat gi. Hang bawak la buah tangan apa – apa ke. Mak nak jenguk dia jauh sangat. Boleh tolong mak tak?”
            “ Boleh je mak itu pun kalau sempat waktu melawat la. Tapi kawan mak yang mana ni masuk hospital?” Sejak bila pulak mak aku ada kawan kat Johor ni.
            “ Nama dia Haliza. Hang panggil je dia Makcik Liza. Mak lupa la pulak nak tanya nombor bilik dia berapa. Tapi dia dok kat KPJ Specialist Hospital. Nanti hang dah sampai hospital tu hang tanya la kat kaunter tu berapa nombor bilik Haliza binti Hamdan na.”
            “ Baiklah mak. Nanti mak bagi tau la kawan mak tu yang anak mak datang ganti mak melawat dia. Tak lah dia terkejut pulak nanti bila tengok Ana datang.”
            “ Ok nanti mak bagi tau dia. Tak apa lah Ana. Mak nak pi jemur kain ni. Hang bawak kereta elok – elok tau. Nanti dah sampai JB tu bagi tau mak tau.”
            “ Ye lah mak. Nanti orang call bila dah sampai. Mak tolong kirim salam kat abah ngan Ajim tau. Assalamualaikum.”
            “ Ye waalaikumussalam.” Balas Puan Normah sebelum meletak gagang telefon.
            Em apa aku nak beli untuk buat buah tangan ni ye? Ala beli buah – buahan dah la. Benda lazim yang biasa orang buat buah tangan melawat orang sakit kan. Huish boleh tahan jugak jauh Johor ni, kalau macam ni memang aku akan mintak cuti raya lama – lama punya lah nanti. Baru berbaloi nak balik Kedah nun.
            Datuk Iskandar sampai di hospital dengan membawa bubur ayam untuk sarapan isteri tercintanya itu. Saat dia membuka pintu bilik isterinya, dia terpandang Datin Haliza sedang mengusap rambut anaknya yang sedang terlena di sisi mamanya.
            Datin Haliza memberi isyarat agar suaminya masuk secara perlahan dan tidak membuat bising supaya tidak menganggu tidur Irfan. Datuk Iskandar akur dan meletakkan bekas makanan secara perlahan – lahan di atas meja yang telah disediakan di dalam bilik itu. Namun, kecuaian Datuk Iskandar telah membuatkan Irfan terjaga apabila dia terdengar sudu yang hendak diberikan kepada mamanya jatuh ke lantai.
            Datin Haliza cepat – cepat berpura – pura tidur apabila Irfan bangun mengangkat kepalanya. “ Eh, papa dah lama sampai ke? Kenapa tak kejutkan Irfan tadi?” tanya Irfan sambil menggosok – gosok matanya yang agak kabur melihat papanya.
            “ Oh, papa baru je sampai ni. Irfan pergi lah basuh muka dulu. Biar papa temankan mama pulak ye.” Datuk Iskandar kasihan bila melihat anaknya yang kurang tidur itu.
            “ Ok nanti Irfan datang balik ye.” Irfan terus menuju ke bilik air yang memang disediakan di dalam bilik pesakit itu. Dia membasuh mukanya banyak kali supaya lebih segar ekoran daripada kekurangan tidur semalam.
            “ Ala abang bawak bubur je ke? Bawak la nasi ngan lauk bang. Mana kenyang makan bubur je ni.” Bebel Datin Haliza apabila membuka bekas makanan yang dibawa oleh suaminya itu.
            “ Ish awak ni tak bersyukur lah. Dah Mak Siti masak bubur je untuk awak pagi ni. saya pun bawak je lah yang ni je. Lagipun bubur nasi ni bagus untuk orang sakit. Mari sini saya suapkan.” Datuk Iskandar menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulut isterinya.
            “ Bubur nasi macam ni untuk orang demam sesuai lah bang. Lagipun saya dah sihat ni ha.” Datin Haliza masih lagi membebel namun tetap ditelan juga bubur nasi tu.
            “ Eleh dah sihat apanya, yang awak pura – pura tak sedar time Irfan bangun kenapa tadi?”
            “ Oh, tu sebab saya nak dia tahu yang saya masih marahkan dia. Baru lah dia akan rasa bersalah dan ikut cakap saya jugak nanti.”
            “ Awak ni tak baik tau tipu anak macam tu. Kalau dah dia tak nak, awak tak payah la paksa ye. Kesian abang tengok dia dari semalam dok mintak ampun dengan awak tau. Abang tahu dia dah menyesal sangat dah tu sakitkan hati awak semalam.”
             “ Saya tahu bang. Ala saya bukan nak marahkan dia sangat pun. Abang jangan lah risau ye.”
            “ Em suka hati awak lah. Jangan awak buat bukan – bukan dah la.”
            Irfan membuka pintu bilik air melihat papanya sedang menyuapkan mamanya makan. “ Mama! Syukur Ya Allah mama dah sedar!” Irfan terus meluru memeluk mamanya yang tergamam melihat anaknya itu.
            Tersedak – sedak Datin Haliza apabila Irfan terus memeluk tubuhnya. “ Irfan lepas lah mama. Mama tengah makan ni tau.”
            “ Mama, Irfan mintak maaf ma Irfan sakitkan hati mama semalam. Irfan mohon ampun ma. Maafkan Irfan ma. Mama jangan tinggalkan Irfan ma.” Irfan memeluk kaki mamanya pula.
            “ Ish Irfan jangan buat macam ni lah. Irfan ingat filem Hindustan ke peluk – peluk kaki mama pulak.”
            “ Irfan sanggup ma. Irfan sanggup buat apa sahaja asalkan mama maafkan Irfan. Irfan tak sanggup kehilangan mama.” Irfan terus merayu kepada mamanya.
            “ Betul ni Irfan sanggup buat apa sahaja untuk mama? Irfan janji?”
            “ Betul ma. Irfan janji asalkan mama tak tinggalkan Irfan.”
            “ Bagus lah kalau macam tu. Nanti bila mama dah balik rumah, mama bagi tau apa permintaan mama tu ye. Irfan dah janji kan akan ikut cakap mama?”
            “ Ye I’m promise ma.” Irfan menarik nafas lega apabila melihat Datin Haliza yang sudah mahu memaafkannya.
            “ Macam ni lah anak mama. Mak mana yang tak maafkan anaknya sendiri kan.”
            Datuk Iskandar yang sedari tadi melihat adegan sedih anak – beranak itu hanya menggeleng – geleng kepala menyaksikan lakonan isterinya yang cukup mantap. Ni memang boleh menang award pelakon komedi wanita terbaik ni.
            “ Sudah – sudah la tu Irfan. Kamu balik lah rumah dulu sucikan diri tu dan berehat. Mama ni selagi Irfan ada kat sini selagi tu drama air mata dia tak habis lagi. Nanti ada lagi sambungan episod akan datang tu kang.” Datuk Iskandar mengusik isterinya. Datin Haliza hanya menghadiahkan sebuah jelingan manja untuk suaminya.
            “ Kalau macam tu, Irfan balik dulu nanti petang Irfan datang balik ye ma.” Irfan menyalami tangan kedua ibu bapanya itu.
            “ Hati – hati tau bawak kereta nanti.” Pesan Datin Haliza kepada anaknya.
            Usai bersalaman, Irfan menuju ke keretanya untuk memandu pulang. Saat itu, telefon bimbitnya berdering minta dijawab. Skrin telefon bimbitnya jelas mempamerkan nama Sazzy. Namun, sengaja dia buat pekak.
            Ish perempuan tak guna ni lagi. Rimas betul lah aku. Sebab kau la mama aku jadi macam ni. Jangan harap la aku nak angkat call kau. Jangan sampai aku tukar nombor telefon aku nanti.
Fuh, Alhamdulillah akhirnya sampai pun aku kat Johor ni. Boleh tahan maju jugak JB ni kan. Padan lah ramai orang suka shopping kat sini. Lepas ni aku pun akan jadi golongan shopaholic jugak lah. Alamak, dah pukul berapa ni? Aku nak kena melawat kawan mak lagi. Apa – apa hal pun pergi beli buah dulu lah.
            Hanna memberhentikan keretanya di sebuah kedai buah – buahan yang agak usang. “ Pakcik, selain buah tembikai ni tak ada buah lain ke? Epal ke oren ke anggur ke?” tanya Hanna kepada penjual buah tersebut.
            “ Tak ada lah nak. Pak cik memang jual buah tembikai je. Seumur hidup pakcik tak pernah jual buah lain pun.”
            Alamak, tak kan aku nak bagi buah tembikai pulak. Kalau yang dah potong tak apa lah jugak. Ni gedabak punya tembikai. Aku nak bawak masuk hospital pun malu kalau macam ni. Kalau singgah rumah Aida semata – mata nak potong tembikai ni memang tak kan sempat punya. Dengan nak dengar cerita – cerita baru dia lagi. Maklumlah, sejak lepas grad dulu aku tak pernah jumpa si Aida ni. Nak gi cari kedai lain pun dah tak sempat ni. Argh, bedal lah. Tembikai pun tembikai lah. Boleh jugak Makcik Liza tu makan besar satu keluarga kalau aku bagi sebijik ni.
            “ Tak pe lah pakcik. Bagi saya sebijik ye. Berapa harganya?” Tanya Hanna.
            “ Sebiji RM10 je nak.”
            Hanna menghulurkan not RM10 kepada penjual tembikai tu. “ Nah ni duitnya pakcik.”
            “ Terima kasih ye nak. Pakcik jual ye. Datang lagi tau.” Penjual buah itu menghulurkan tembikai yang dibeli Hanna.
            “ Sama – sama pakcik. InsyaAllah ye.” Hanna memberi senyuman manisnya tatkala menyambut huluran dari penjual buah itu.
            Hanna membawa buah tangan yang dibelinya itu ke dalam kereta dan terus memandu keretanya ke KPJ Specialist Hospital. Nasibnya agak baik kerana tidak sesat sewaktu mencari kedudukan hospital tu dalam JB ni. Ni lah advantage bila kerajaan bina signboard ni. Kalau tak memang sesat dah aku ni. Maklumlah, baru first time datang Johor.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?